Nasi Lemak Menu 1Malaysia
description
Transcript of Nasi Lemak Menu 1Malaysia
HNS 2063
PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL
NAMA : MUHAMAD SUKRI BIN AMERUDIN
NO. MATRIK : D20111049091
KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)
NO. TELEFON : 013-9884073
SEMESTER : 5
PENSYARAH : PUAN AZLINA ABDULLAH
1.0 Pengenalan
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran dan makanan integrasi bagi orang Malaysia
terutamanya sebagai sarapan pagi bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah. Nasi
lemak juga diketahui sebagai salah satu makanan tradisi dan warisan di Malaysia. Selain
Malaysia, nasi lemak juga boleh didapati di Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Kepulauan
Riau. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak
bagi menambahkan aromanya. Secara tradisional, nasi lemak merupakan makanan yang
dibungkus dengan daun pisang dan disajikan bersama hirisan timun, ikan bilis, kacang goreng,
telur rebus dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Pada asasnya, etnik Melayu, Cina dan India
makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal.
Kebiasaannya, nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang dijual oleh penjual
Melayu, Cina ataupun India di warung pinggir jalan dan gerai-gerai di pasar pagi. Ia sering dijual
dengan cara pembungkusan dalam surat khabar, kertas coklat atau daun pisang. Namun, ada
restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makanan sarapan pagi ataupun tengah hari
sehingga nasi lemak menjadi hidangan yang boleh dimakan sepanjang hari. Contohnuya, nasi
lemak yang dihidangkan bersama kacang goreng dan timun sebagai ulam juga terdapat dalam
menu Old Town White Coffee dan Paparich yang boleh didapati sepanjang hari. Kini, nasi lemak
merupakan salah satu menu rakyat 1Malaysia yang dipuji sedap dan harga berpatutan seperti
yang tertera pada slogan Kedai Makan 1Malaysia iaitu “Jimat Wang, Jimat Belanja”. Oleh yang
sedemikian, nasi lemak boleh didapati pada bila-bila masa, tidak hanya pada waktu pagi, malah
pada waktu malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas dan
menjadi makanan pilihan warga kota yang sentiasa berada dalam kesibukkan. Selain itu, harga
nasi lemak yang berada di dalam linkungan RM 1.20 sehingga RM 6 sebungkus dan mudah
didapati di mana-mana sahaja mendorong pelbagai etnik untuk menjamu makanan integrasi ini.
Sesungguhnya, kajian ini dijalankan untuk mengkaji nasi lemak sebagai makanan integrasi untuk
mengerat hubungan pelbagai etnik di Malaysia melalui kajian terhadap peniaga dan pelanggan
daripada tiga etnik majoriti iaitu Melayu, Cina dan India.
1.1 Permasalahan Kajian dan Persoalan Kajian
Terdapat beraneka jenis makanan yang berasal daripada pelbagai etnik di Malaysia. Setiap etnik
terdedah kepada penawaran makanan untuk dirasakan oleh setiap etnik. Penerimaan makanan
oleh setiap etnik adalah sangat penting, maka timbulnya nasi lemak sebagai hidangan dalam
menu 1Malaysia. Kini, pelbagai etnik Malaysia sememangnya sudah mempunyai amalan makan
nasi lemak. Secara umumnya, penjualan nasi lemak di Malaysia adalah sangat mendapat
sambutan daripada lapisan masyarakat. Tidak kira golongan yang lebih dewasa, remaja mahupun
kanak-kanak amat gemar hidangan nasi lemak. Terdapat tiga persoalan-persoalan kajian iaitu
bagaimanakah amalan pemakanan nasi lemak dalam kalangan masyrakat pelbagai etnik?
Seterusnya, adakah penyediaan nasi lemak berbeza-beza dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik? Akhir sekali, sejauh manakah amlan permakanan dan penerimaan nasi lamak sebagi menu
1Malaysia yang dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi?
1.2 Tujuan Kajian
Dalam kajian ini terdapat tiga fokus dan tujuan kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti
amalan pemakanan nasi lemak dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Kajian ini dijalankan
juga bertujuan untuk mengenal pasti penyediaan nasi lemak dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Akhir sekali, adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana amalan pemakanan dan
penerimaan nasi lemak sebagai menu 1Malaysia dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi.
1.3 Kepentingan Kajian
Kajian ni mengkaji sejauh mana makanan nasi lemak mampu membawa kepada perpaduan dan
integrasi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yangmemfokuskan tahap
penerimaan nasi lemak terhadap kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia. Selain itu,
kepentingan kajian ini mengkaji kepelbagaian resepi nasi lemak daripada kaum utama di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Akhir sekali, kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada
nasi lemak merupakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti untuk semua peringkat umur
setiap kaum di Malaysia.
1.4 Skop Kajian
Resipi nasi lemak bagi etnik Melayu, Cina dan India adalah lebih kurang sama dari segi
penggunaan bahan. Dalam memasak nasi, etnik Melayu dan Cina adalah sama manakala etnik
India ada menggunakan serai untuk menambah aroma nasinya. Dari segi penyediaan sambal,
bahan yang digunakan juga lebih kurang sama. Perbezaannya ialah etnik India ada menggunakan
tomato manakala etnik Cina ada menambah serai dalam masakan sambal. Kaedah pembuatan
nasi lemak juga berbeza mengikut etnik kerana etnik Melayu memasak dengan cara yang biasa
manakala etnik India mengisarkan bahan cili kering, bawang putih dan halia bersama dengan
ikan bilis dan memasukkan bawang besar dalam langkah terakhir. Cara pembuatan etnik Cina
pula adalah lebih kurang sama dengan etnik Melayu, yang berbezanya ialah etnik Cina banyak
menggunakan bawang besar dan kurangkan kepedasan dengan menambah gula. Bagi ketiga-tiga
etnik, nasi lemak dimakan tidak terhad kepada waktu kerana ia boleh didapati di mana-mana
sahaja. Mereka suka makan nasi lemak terutamanya pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Menerusi keadaan ini, boleh nampak bahawa ketiga-tiga etnik telah menjadikan nasi lemak
sebagai amalan makanan harian dan telah menerima makanan ini sebagai makanan kegemaran
dan harian.
1.5 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menggunakan teknik pengumpulan data
primer dan data sekunder untuk menyelidik makanan kegemaran ramai iaitu nasi lemak.
Pemerhatian, temu bual merupakan teknik pengumpulan data primer yang utama dalam
penyelidikan kualitatif. Pemerhatian dan tinjauan biasa dijalankan dalam masa yang singkat iaitu
selama 7 hari di kawasan kajian iaitu Tanjung Malim, Perak untuk mengetahui dan mengenal
pasti nasi lemak sebagai agenda untuk mencapai perpaduan dalam kalangan etnik utama di
Malaysia. Fokus kajian ini dijalankan di lokasi orang ramai iaitu gerai-gerai di pasar pagi, pasar
malam dan lokasi pelajar di kafe perpustakaan Tunku Bainum UPSI. Dapatan kajian yang
diperolehi daripada pemerhatian dan temu bual tentang nasi lemak akan ditafsirkan secara
objektif untuk menggambarkan populasi yang dikaji. Data primer yang seterusnya diperolehi
menerusi kaedah temu bual dengan pemberi maklumat. Sesi temu bual dijalankan kepada 20
responden daripada etnik utama untuk mengetahui asal-usul dan kekerapan makan nasi lemak
dalam kalangan masyarakat. Soalan-soalan yang berbentuk terbuka akan ditanya untuk memberi
peluang kepada responden untuk menceritakan pendapat atau pandangan terhadap nasi lemak.
Data sekunder seperti data daripada pelbagai rekod dan dokumen bertulis iaitu buku, majalah,
keratan akhbar, artikel dan laman web. Dalam kajian ini, maklumat yang diperolehi akan
dipersembahkan dengan data sokongan. Maklumat yang telah dikumpulkan akan dikategorikan
dalam kajian.
Strategi yang digunakan ialah persampelan bertujuan (Purposive sampling) iaitu seseorang
responden dikenal pasti yang dapat memberi maklumat yang dikehendaki dan sesuai dengan
tujuan kajian. Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur
persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai
ciri-ciri yang sesuai untuk kajian nasi lemak. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan
sehingga memperoleh semua responden yang dikehendaki berdasarkan objektif kajian.
2.0 Penemuan Kajian dan Analisis Data
2.1 Amalan Pemakanan nasi lemak dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik
Melayu Cina India Sabah Sarawak0
20406080
100
Adakah kamu gemar makan makanan Nasi Lemak?
YaTidak
Rajah 1
Peratusan(%)
Rajah 1 menunjukkan peratusan terhadap semua etnik yang gemar makan Nasi Lemak. Ternyata,
semua etnik menggemarinya. Jumlah 20 responden yang dipilih iaitu 5 responden terdiri dari
kalangan etnik Melayu, 5 orang Cina, 5 orang India, 2 orang Sabah dan 3 orang Sarawak. Ini
telah menunjukkan bahawa semua etnik gemar makan nasi lemak yang peratusannya
menunjukkan 100%. Oleh itu, nasi lemak sememangnya merupakan makanan kegemaran
pelbagai etnik yang boleh dilihat melalui amalan pemakanannya setiap hari.
Waktu0
20
40
60
80
Waktu untuk Makan Nasi Lemak
PagiTengahariMalam
Peratusan (%)
Rajah 2
Rajah 2 pula menunjukkan waktu responden makan nasi lemak sama ada pada waktu pagi,
tengah hari ataupun malam. Disini dapat ditunjukkan bahawa seramai 15 responden (75%)
makan nasi lemak pada waktu pagi. Namun demikian ada seorang responden (5%) makan nasi
lemak ketika tengah hari, manakala 4 orang lagi responden (25%) makan nasi lemak ketika
waktu malam. Ini jelas menyatakan bahawa amalan makan nasi lemak adalah tidak mengira
waktu, ada ketikanya masyarakat Malaysia makan nasi lemak pada waktu pagi, tengah hari
mahupun malam. Oleh yang sedemikian, proses perpaduan dan intergrasi nasional dalam
pelbagai etnik dapat diwujudkan dengan tidak mengira waktu apabila setiap etnik dapat duduk
bersama-sama menjamu nasi lemak.
Rumah Kedai0
20
40
60
80
Tempat untuk makan nasi lemak
Tempat
TempatRajah 3
Per
atus
an (
%)
Rajah 3 pula menunjukkan tempat responden menjamu nasi lemak. Majoriti responden atau 15
orang (75%) makan nasi lemak di kedai manakala 5 orang lagi (25%) makan nasi lemak di
rumah. Ini menunjukkan bahawa, gaya pemakanan mengikut keselesaan masing-masing. Ini
telah menunjukkan majoriti (75%) yang menjamu nasi lemak di kedai dapat mewujudkan
interaksi antara etnik seterusnya dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional antara etnik.
Selain itu, setiap etnik yang berperanan sebagai pembeli dapat berinteraksi dengan penjual nasi
lemak di gerai-gerai pasar pagi. Manakala, perpaduan juga diwujudkan di antara penjual-penjual
nasi lemak daripada etnik Melayu, Cina dan India di gerai-gerai pagi. Pembeli daripada pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terdiri daripada pelbagai etnik terutamanya dari
Sabah dan Sarawak juga dapat berinteraksi dengan pelajar etnik Melayu, Cina dan India di gerai
menjamu nasi lemak.
2.2 Penyediaan Nasi Lemak dalam Kalangan Masyarakat Pelbagai Etnik
Nasi lemak kini bukan sahaja menjadi makanan kegemaran etnik Melayu sahaja, malah turut
digemari oleh etnik-etnik lain seperti Cina dan India. Ini dapat dilihat apabila munculnya
peniaga-peniaga dari kalangan etnik Cina dan India yang juga menjual nasi lemak. Secara tidak
langsung, kita boleh merasai nasi lemak yang pelbagai resepi dan cara masakannya mengikut
pengubahsuaian dan citarasa etnik masing-masing.
Bagi etnik Melayu, nasi lemak sememang menjadi makanan kegemaran semua orang dan
kebanyakan mereka tahu cara penyediaan nasi lemak dengan mengikut citarasa masing-masing.
Oleh itu, kita boleh mendapati resepi dan cara penyediaan nasi lemak dari etnik Melayu adalah
pelbagai dan berbeza-beza dari segi penggunaan bahan dan cara masakannya. Secara umumnya,
bahan untuk nasi terdiri daripada beras, air, santan, daun pandan yang disimpulkan, halia dan
garam. Namun, penggunaan bahannya adalah bergantung kepada individu. Menurut peniaga nasi
lemak yang telah berniaga selama 11 tahun berdekatan dengan UPSI, Mak Cik Zakiah binti
Hashim, 59, mengatakan bahawa dia hanya menggunakan beras, santan dan garam untuk
menyediakan nasinya mengikut cara tradisional kerana ianya lebih wangi dan sedap.
Selain nasinya, keunikan nasi lemak juga bergantung kepada keenakan sambalnya.
Terdapat pelbagai jenis sambal yang digunakan untuk menambah kesedapan nasi lemak, seperti
sambal ikan bilis, sotong, kerang, daging lembu dan sebagainya. Ia bergantung kepada kesukaan
individu untuk memilih jenis sambal dalam nasi lemak. Namun, nasi lemak yang asal dan
tradisional adalah menggunakan sambal ikan bilis. Secara umumnya, bahan untuk penyediaan
sambal nasi lemak terdiri daripada cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, ikan
bilis, air asam jawa, garam, gula dan belacan (ikut kesukaan individu). Cara penyediaannya
adalah tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan dan ikan bilis
sehingga garing dan pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa dan separuh lagi ikan
bilis dan masak sehingga pekat. Akhirnya, masukkan garam dan gula secukup rasanya. Menurut
responden tadi, resepi masakan sambalnya adalah tumiskan ikan bilis, cili kering, bawang besar,
bawang merah dengan minyak, masukkan air asam jawa, garam, gula dan sedikit penambah rasa
Ajinomoto untuk menambah kelazatannya. Dengan ini, rasa kepedasan sambal dapat
dikurangkan dan ia boleh diterima oleh etnik Cina dan individu-individu yang tidak makan
pedas.
Nasi lemak yang tradisional merangkumi nasi, sambal ikan bilis dan lauk sampingannya
seperti timun, kacang tanah goreng dan telur sama ada rebus atau goreng. Kini, lauk sampingan
boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti kari ayam, ayam goreng, rendang ayam dan daging
dan lain-lain lagi mengikut pilihan masing-masing dan kehendak pelanggan. Keenakan nasi
lemak dapat dirasai terutamanya membungkus nasi lemak dengan daun pisang untuk menambah
keharuman dan kesedapannya.
Bagi etnik India pula, bahan yang digunakan untuk memasak nasi dan cara masakan
sambal adalah sedikit berbeza. Bahan untuk nasi terdiri daripada beras, santan, halia, serai, daun
pandan yang disimpulkan dan garam. Sambal pula biasanya dimasak dengan pedas kerana
kebanyakan etnik India suka makan pedas. Menurut Mak Cik Rani, 45, bahan yang digunakan
untuk memasak sambal adalah terdiri daripada ikan bilis, bawang besar, bawang merah, bawang
putih, halia, tomato, cili kering, air asam jawa dan garam. Cara penyediaanya ialah kisarkan
bawang putih, halia, cili kering dan ikan bilis. Kemudian, tumiskan bawang merah, tomato dan
daun pandan yang disimpulkan. Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi, air asam jawa dan garam
secukup rasanya dan tunggu sehingga ia mendidih dan pecah minyak. Akhir sekali, masukkan
bawang besar dan kacau selama beberapa minit sebelum dihidangkan.
Lauk sampingannya adalah lebih kurang sama dengan nasi lemak asal, iaitu timun,
kacang tanah goreng dan telur. Namun menurut Mak Cik Rani, kadang-kadang papadam turut
dihidangkan sebagai lauk sampingan atas permintaan pelanggan kerana ia sangat digemari oleh
semua etnik. Pembungkusan nasi lemaknya adalah menggunakan plastik dan dibalut dengan
surat khabar.
Sementara itu, etnik Cina lazimnya menyediakan nasi lemak dengan mengurangkan
kepedasan kerana sebahagian besar etnik Cina tidak dapat menahan kepedasan sambal. Menurut
peniaga nasi lemak yang bernama Lee Swee Ping, 42, cara masakan dan bahan yang digunakan
untuk masak nasi adalah lebih kurang sama dengan etnik Melayu, seperti beras, santan, air,
garam dan daun pandan yang disimpulkan. Manakala bahan yang digunakan untuk memasak
sambalnya terdiri daripada cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai,
belacan, air asam jawa, gula, garam dan ikan bilis goreng. Cara penyediaan sambalnya ialah
tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih dan serai. Kemudian, tumiskan bawang besar
dengan minyak, masukkan bahan tumbukan tadi dan belacan. Selepas itu, masukkan air asam
jawa dan kacau sehingga rata. Akhirnya, masukkan gula, garam dan ikan bilis goreng dan
gaulkan secara rata sebelum dihidangkan. Dalam resipi etnik Cina, bawang besar dan gula
banyak digunakan dalam sambal untuk mengurangkan rasa pedas dan ada juga yang
menggunakan udang kering yang dikisarkan. Lauk sampingannya adalah sama seperti timun,
kacang tanah goreng, telur dan ada juga ditambah dengan ikan bilis goreng. Pembungkusan nasi
lemaknya adalah menggunakan polistirena.
2.3 Amalan pemakanan dan penerimaan nasi lemak sebagai menu 1Malaysia dapat
mewujudkan perpaduan dan integrasi
Amalan pemakanan dan penerimaan nasi lemak sebagai menu 1Malaysia telah lama dipraktikkan
dan perpaduan dan integrasi itu sudah pun sudah jelas melalui hasil kajian daripada temu bual
dengan 20 responden. Hasilnya, 19 orang daripada responden tersebut menyatakan bahawa nasi
lemak merupakan makanan yang dapat mewujudkan perpaduan di Malaysia, manakala seorang
sahaja yang menyatakan tidak bersetuju bahawa nasi lemak dapat mewujudkan perpaduan. Oleh
yang sedemikian, majoriti responden menyatakan bahawa nasi lemak sebagai menu 1Malaysia
dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat Malaysia. Seorang responden
yang tidak bersetuju adalah kerana tidak gemar makan atau kurang jelas dengan perpaduan yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam aspek makanan ini. Majoritinya, hasil kajian yang dapat
dilihat melalui sokongan dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh 19 orang responden ini jelas
menunjukkan bahawa nasi lemak merupakan makanan integrasi yang dapat mewujudkan
perpaduan di Malaysia.
3.0 Perbincangan dan Cadangan
Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik yang bersatu padu walaupun memiliki
bahasa, agama dan kepercayaan yang berbagai-bagai. Keadaan yang saling berhubungan antara
individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian
mereka memang tidak dapat dielakkan. Dengan itulah, masyarakat Malaysia kini dapat hidup
dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni melalui perkongsian sambutan perayaan,
makanan, pakaian dan sebagainya.
Dalam konteks kesepaduan sosial sama ada disedari ataupun tidak nasi lemak berperanan
memupuk kekuatan ikatan kesepaduan tersebut. Hal ini berlaku kerana pengalaman pelbagai
etnik yang makan nasi lemak telah mengetepikan stereotaip bahawa nasi lemak adalah milik
etnik India, sebaliknya beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik bersama. Nasi lemak telah
menjadi makanan yang digemari dan diterima oleh semua etnik yang di Malaysia walaupun
terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa pertuturan, agama dan lain-lain lagi. Di Malaysia ini,
makanan yang mewakili setiap etnik adalah berbagai-bagai, namun amalan pemakanan dan
penerimaan nasi lemak ini sungguh unik kerana ia telah menjadi simbol kepada akulturasi.
Akulturasi ialah proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing yang
berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan
sendiri. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan
manfaat seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Di sini telah jelas menyatakan bahawa nasi
lemak telah diterima oleh semua etnik kerana ia tergolong dalam kategori makanan integrasi,
tambahan pula nasi lemak menjadi menu wajib untuk sarapan pagi. Nasi lemak telah
berkembang apabila nasi lemak kini tidak hanya dimakan pada waktu pagi, malah sehinggakan
pada waktu malam juga masih boleh didapati di restoran-restoran yang menyediakan menu ini.
Pada masa kini, nasi lemak telah menjadi makanan kegemaran setiap etnik dan wajar
dikenali sebagai menu 1Malaysia. Apabila dikenali umum sebagai menu 1Malaysia, maka nasi
lemak sememangnya mewakili identiti negara Malaysia yang berbilang. Tambahan pulan, nasi
lemak ini juga dimakan oleh setiap lapisan umur masyarakat iaitu muda mahupun yang tua. Di
kantin-kantin sekolah, nasi lemak merupakan makanan popular setiap pelajar. Pelajar amat
menyukai nasi lemak apabila penjualan nasi lemak sangat mendapat sambuatan. Selain itu, ada
beberapa penggemar makanan ini suka makan nasi lemak di rumah masing-masing. Ini telah
menunjukkan bahawa setiap etnik dapat memasak dan menyediakan sajian nasi lemak serta
menikmati nasi lemak bersama-sama ahli keluarga. Walaupun resepi nasi lemak berbeza-beza
mengikut kaum, namun tahap penerimaan setiap etnik terhadap resepi etnik yang lain adalah
sangat tinggi. Walaupun penyediaan nasi lemak berasal daripada etnik Melayu, namun kesediaan
etnik Melayu untuk berkongsi dengan etnik lain adalah sangat tinggi nilainya. Etnik Melayu
tidak menafikan bahawa wujudnya resepi daripada pelbagai etnik yang lain. Ini adalah
disebabkan kesedaran yang tinggi setiap etnik bahawa nasi lemak dapat menjadi simbol dan
makanan integrasi pelbagai etnik. Kini, kebanyakkan masyarakat di Malaysia suka menjamu nasi
lemak yang dikenali sebagai menu 1Malaysia di gerai-gerai makan dan restoran. Interaksi yang
wujud dan hubungan yang terjalin antara pelbagai etnik ketika menjamu nasi lemak akan dapat
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Seterusnya, nasi lemak sebagai menu 1Malaysia
dan makanan integrasi pelbagai etnik dapat diangkat martabatnya sehingga persada antarabangsa
agar masyarakat antarabangsa mengenali Malaysia sebagai negara yang “ Unity in Diversity”.
4.0 Kesimpulan
Nasi Lemak sememangnya merupakan hidangan kebangsaan sebagai warisan kebangsaan
Malaysia. Nasi Lemak merupakan makanan integrasi yang dapat memupuk perpaduan dan
integrasi nasional dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik. Walaupun cara penyediaan
telah diubah suai daripada pelbagai etnik, namun makanan ini masih diangkat martabat dan
identitinya sebagai makanan integrasi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tahap penerimaan
setiap etnik terhadap nasi lemak adalah sangat baik, bahkan nasi lemak sudah menjadi makanan
kegemaran yang dijamu pada setiap hari. Oleh yang sedemikian, nasi lemak merupakan makanan
integrasi yang dapat memupuk perpaduan dan ntegrasi nasional yang tidak seharusnya dipandang
rendah kerana peranannya yang amat penting sekali.
Bibliografi
Marina Binti Abdul Manaf (2011, Julai). Nasi Lemak, oh Nasi Lemak. Dewan Masyarakat, 18
19.
Chew Fong Peng (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia. Kuala Lumpur:Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Shamsul Amri Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Universiti
Teknologi Mara.