MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR · 2.2.3 Gagal kuasai fakta asas dan konsep matematik 11 2.3...
Transcript of MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR · 2.2.3 Gagal kuasai fakta asas dan konsep matematik 11 2.3...
PENGGUNAAN CD-ROM INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN
MATEMATIK OLEH GURU PELATIH TAHUN 3 DAN 4
JURUSAN MATEMATIK SEMASA
LATIHAN MENGAJAR
MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN CD-ROM INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
OLEH GURU PELATIH TAHUN 3 DAN 4 JURUSAN MATEMATIK SEMASA
LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: 137, FASA 5, TAMAN ORKID, DR. HAMDAN SAID
SG LAYAR, 08000 SG PETANI,
KEDAH
Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
ii
PENGGUNAAN CD-ROM INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN
MATEMATIK OLEH GURU PELATIH TAHUN 3 DAN 4
JURUSAN MATEMATIK SEMASA
LATIHAN MENGAJAR
MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR
Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia: DR. HAMDAN BIN SAID
Tarikh : …………………………………..
iv
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………………..
Nama Penulis: MOHD FARIDUDDIN BIN MUKHTAR
Tarikh :…………………………………..
v
Khas buat yang disanjungi..
Ayah dan ibu yang disayangi,
Mukhtar Mat Isa & Kaushar Abd Hadi
Abang, kakak dan adik-adik yang sentiasa menyokong: Fadzly, Fadzlina, Fathin Izzati, Fakhrul & Faez Firdaus
&
Bantuan serta tunjuk ajar rakan-rakan 4SPM 2006-2010
serta
Penyelia yang banyak membimbingku,
PM Dr Othman Johan &
Dr. Hamdan Said
Terima kasih untuk segalanya…
vi
PENGHARGAAN
Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta
pertolongan kepadaNya dan memohon ampun kepadaNya.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Othman Johan
dan juga kepada Dr. Hamdan Said selaku pensyarah pembimbing, di atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan
kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan 4 SPM
yang telah memberi semangat serta teguran sepanjang saya berusaha menyiapkan
projek ini.
Juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, serta semua pihak yang
telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga
anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
vii
ABSTRAK
CD-ROM Interaktif ialah alat bantu mengajar yang dapat membantu guru
dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
penggunaan CD-ROM Interaktif dalam pengajaran matematik oleh guru pelatih
semasa menjalani latihan mengajar. Kajian melibatkan kepekaan terhadap
kemudahan CD-ROM Interaktif, pengaplikasian CD-ROM Interaktif dalam proses
pengajaran, kelebihan serta masalah yang dihadapi guru pelatih dalam
menggunakannya dalam bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada seramai 74
orang guru pelatih daripada kursus 3SPM, 4SPM dan 4SPT. Kajian berbentuk
deskriptif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian ini menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.93. Dapatan
menunjukkan bahawa guru pelatih amat peka dengan kemudahan CD-ROM
Interaktif serta tahu akan kelebihan penggunaannya dalam pengajaran. Dapatan
kajian turut menunjukkan terdapat sembilan masalah utama dalam menggunakan
CD-ROM Interaktif.
viii
ABSTRACT
CD-ROM Interactive is a teaching aid that can help teachers in the process of
teaching and learning. The purpose of this study was to determine the use of CD-
ROM Interactive in the teaching of mathematics by teacher trainees during their
practical teaching. The study investigated the sensitivity towards CD-ROM
Interactive in teaching process, the benefits of using CD-ROM Interactive in
teaching, and problems faced by teacher trainees in using CD-ROM Interactive in the
classroom. The study samples comprised of 74 teacher trainees from 3 SPT, 4 SPM
and 4 SPT. This descriptive study used a set of questionnaire as an instrument. The
reliability value for the instrument using Alpha Cronbach was 0.93. The findings
indicated that teacher trainees were very sensitive with the CD-ROM Interactive
facilities available at schools. Teacher trainees used various techniques in applying
CD-ROM Interactive and knew the benefits of using CD-ROM Interactive in their
teaching. The finding also showed that there were nine major problems in using CD-
ROM Interactive in teaching and learning.
ix
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
i
JUDUL
ii
PENGESAHAN PENYELIA
iii
PENGAKUAN PENYELIDIK
iv
DEDIKASI
v
PENGHARGAAN
vi
ABSTRAK
vii
ABSTRACT
viii
SENARAI KANDUNGAN
ix
SENARAI JADUAL
x
SENARAI RAJAH
xi
SENARAI SINGKATAN
xii
SENARAI LAMPIRAN
xiii
1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
3
1.3 Pernyataan Masalah
4
1.4 Objektif Kajian
5
1.5 Persoalan Kajian
5
1.6 Rasional Kajian
6
1.7 Skop dan Batasan Kajian
7
1.8 Definisi Istilah
7
1.8.1 Multimedia
7
1.8.2 Interaktif
8
1.8.3 Multimedia Interaktif
8
1.8.4 CD-ROM
8
1.8.5 CD-ROM Interaktif
8
1.8.6 Kepekaan Terhadap Kemudahan
CD-ROM Interaktif
9
1.8.7 Aplikasi
9
1.9 Kesimpulan
9
2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
10
2.2 Masalah-masalah Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik
10
2.2.1 Minat dalam matematik
10
2.2.2 Pembelajaran berasaskan
peperiksaan (Exam-Oriented
Learning)
11
2.2.3 Gagal kuasai fakta asas dan
konsep matematik
11
2.3 Perkembangan Teknologi Multimedia
dalam Pendidikan
12
2.4 Teknologi Visual dalam Pendidikan
15
2.5 Penggunaan CD-ROM Interaktif dalam
proses P&P
15
2.6 Teori-teori berkaitan Pendekatan
Multimedia
18
2.7 Kajian Lepas
19
2.7.1 Kajian Dalam Negara
19
2.7.2 Kajian Luar Negara
21
2.8 Kesimpulan
22
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
24
3.2 Rekabentuk Kajian
24
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
25
3.4 Responden Kajian
25
3.5 Instrumen Kajian
26
3.6 Prosedur Kajian
27
3.7 Kajian Rintis
28
3.8 Analisis Data
29
3.9 Kesimpulan
29
4
ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
30
4.2 Analisis Maklumat Bahagian A
31
4.2.1 Analisis Responden Mengikut
Kursus
31
4.2.2 Analisis Responden Mengikut
Sekolah Latihan Mengajar
32
4.2.3 Analisis Responden Menikut
Gred Responden
33
4.3 Analisis Data Bahagian B
33
4.3.1 Kepekaan Terhadap Kemudahan
CD-ROM Interaktif
34
4.3.2 Aplikasi CD-ROM Interaktif
dalam P&P.
36
4.3.3 Kelebihan CD-ROM Interaktif
dalam P&P
39
4.3.4 Masalah Penggunaan CD-ROM
Interaktif
42
4.4 Kesimpulan
43
5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
45
5.2 Perbincangan Tentang Maklumat
Responden
45
5.3 Perbincangan Berdasarkan
Persoalan Kajian
46
5.3.1 Kepekaan Terhadap
Kemudahan CD-ROM
Interaktif
47
5.3.2 Aplikasi CD-ROM
Interaktif dalam P&P.
49
5.3.3 Kelebihan CD-ROM
Interaktif dalam P&P
53
5.3.4 Masalah Penggunaan CD-
ROM Interaktif
55
5.4 Rumusan
57
5.5 Cadangan
60
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
61
5.7 Penutup
61
RUJUKAN 63
LAMPIRAN
x
SENARAI JADUAL
NOMBOR JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.7.1 Peratusan Gred Mengikut Kaedah Pengajaran 21
2.7.2 Keputusan Ujian Penggunaan Multimedia 21
3.5 Jadual Item Bahagian B 27
4.3.1 (a) Kepekaan Terhadap Kemudahan 34
CD-ROM Interaktif
4.3.1 (b) Nilai Min Bagi Kriteria Kepekaan Terhadap Kemudahan 36
CD-ROM Interaktif
4.3.2 (a) Kriteria Aplikasi CD-ROM Interaktif 37
4.3.2 (b) Aplikasi CD-ROM Interaktif dalam P&P 37
4.3.3 Kelebihan CD-ROM Interaktif dalam P&P 40
4.3.4 Masalah Penggunaan CD-ROM Interaktif 42
xi
SENARAI RAJAH
RAJAH NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Analisis Responden Mengikut Kursus 31
4.2.2 Analisis Responden Mengikut Sekolah 32
Latihan Mengajar
4.3.3 Analisis Responden Mengikut Gred 33
Latihan Mengajar
xii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Matematik)
SPT - Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Matematik)
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Keterangan
A Instrumen Soal Selidik
B Pengesahan Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di seluruh dunia sedang mengalami perubahan yang pesat
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Kaedah pengajaran terbaru diperkenal serta
dipraktikkan agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih bermakna. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berbantukan komputer (PBK) sedang giat membangun dan dilaksanakan. Menurut
laporan yang diambil daripada laman web Singapore Education, sekolah-sekolah di
Singapura kini dilengkapi dengan alat-alat pendidikan berteknologi tinggi malah
pelajarnya juga hanya perlu membawa beg bimbit yang dilengkapi dengan komputer
riba masing-masing. Pengajaran menggunakan komputer ini jelas dapat membantu
guru dalam penyampaian objektif pelajarannya. Malaysia juga tidak terkecuali
dalam menyediakan corak pendidikan bestari selari dengan perkembangan teknologi
masa kini.
Perkembangan teknologi multimedia turut merubah senario P&P dalam bilik
darjah. Penggunaan komputer bukan sahaja dapat merangsang minda pelajar bahkan
juga dapat memperbaiki serta meningkatkan mutu P&P (Zoraini Wati Abas, 1993).
Proses pembelajaran yang menggunakan kaedah ini adalah salah satu cara untuk
mengoptimumkan keberkesanan kaedah pengajaran seseorang guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memantapkan sistem
pendidikan negara. Penyediaan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti komputer
2
riba, LCD projektor, dan lain-lain perkakasan berteknologi tinggi dapat membantu
guru dalam proses P&P. Selain itu, pihak kementerian telah mengkaji cara terbaik
bagi memudahkan serta memastikan objektif pembelajaran bagi setiap pelajaran
tercapai. Pelbagai alat bantu mengajar diperkenal dan disediakan untuk kegunaan
guru-guru sekolah khasnya bagi mata pelajaran kritikal iaitu sains dan matematik.
Bagi sesetengah pelajar, matematik adalah subjek yang sukar dan abstrak
(Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah,
Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting dan Rohani Ahmad Tarmizi, 2005). Konsep
serta formula yang diskrit menyebabkan pelajar tidak dapat memahami pelajaran ini
dengan baik. Ini memberi cabaran besar kepada guru-guru berkenaan. Kajian yang
dilakukan oleh Hatfield (1994), Fiedler(1989) dan Sowell(1989) menunjukkan
penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dapat membantu P&P matematik
menjadi lebih berkesan. Menyedari hakikat ini, kerajaan menyediakan guru
kemudahan pengajaran iaitu melalui penggunaan CD-ROM Interaktif.
Penerbitan CD-ROM Interaktif adalah selaras dengan Program Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang
diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003. Sebagai permulaan, pihak
kementerian memperuntukkan setiap sekolah pakej-pakej CD-ROM Interaktif yang
disertakan bersama-sama dengan buku teks. CD-ROM Interaktif ini dapat
menggalakkan integrasi ICT dalam P&P dalam bilik darjah selaras dengan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membestarikan semua sekolah secara
berperingkat-peringkat.
CD-ROM Interaktif mengandungi elemen multimedia seperti audio, video,
animasi, teks dan grafik di dalam satu medium komunikasi yang melibatkan kesemua
deria manusia. Penggunaan elemen-elemen ini jelas berkeupayaan untuk
membentuk kefahaman serta membina kemahiran seseorang pelajar pada peringkat
yang lebih tinggi. Ini disokong oleh Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan
Manimegalai Subramaniam (2002) yang berpendapat bahawa kepelbagaian elemen
yang diterapkan dalam persembahan sesuatu perisian dapat memberangsangkan lagi
proses pembelajaran dan tidak menjemukan pelajar.
3
Oleh yang demikian, penggunaan CD-ROM Interaktif dalam proses P&P
adalah sangat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif. Cirinya
yang interaktif meningkatkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek
individu seseorang pelajar. Generasi guru pelapis masa kini perlulah peka dengan
penerapan sistem teknologi multimedia interaktif ini dan sedia terlatih dari segi
kepenggunaan teknologi seperti yang disarankan oleh pihak kementerian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat Pendidikan Matematik adalah untuk
memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran
penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam
kehidupan seharian pelajar. Untuk mencapai matlamat ini, kaedah pengajaran serta
pengunaan alat bantu mengajar (ABM) memainkan peranan yang cukup penting
dalam pembelajaran di bilik darjah.
CD-ROM Interaktif merupakan alat bantu mengajar masa kini yang sedang
dibangunkan oleh pelbagai pihak yang terbabit dalam bidang pendidikan. Masalah
pengajaran matematik sering menjadi topik bualan guru-guru matematik yang
tercari-cari kaedah pengajaran yang sesuai bagi dipraktikkan di dalam bilik darjah
(Norjihan Abdul Ghani, Norhana Hamin dan Noor Irmayanti Ishak, 2005). Usaha
kerajaan dalam menerapkan elemen teknologi di dalam pengajaran matematik sangat
sesuai seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat ini.
Pihak kementerian sudah menyediakan kemudahan ini yang dapat diyakini
dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran. Namun, masih juga
terdapat keraguan dalam kalangan guru sendiri iaitu sejauhmana pengunaan
teknologi ini membantu dalam proses pengajaran teurtama sekali bagi matapelajaran
matematik. Guru-guru berpengalaman dalam bidang ini berpendapat bahawa
pengajaran matematik seharusnya ditunjukkan dihadapan pelajar di papan hitam dan
4
penggunaan teknologi dalam pengajaran hanya membuang masa dan sia-sia
(Gayeski, 1993).
Selain itu, masih juga terdapat segelintir guru yang tidak berpengalaman
dalam mengaplikasikan CD-ROM Interaktif. Ini kerana guru tersebut tidak
didedahkan pada teknologi ini di peringkat awal. Kursus-kursus yang dibuat juga
hanya dihadiri hanya sekadar memenuhi arahan pihak kementerian. Oleh yang
demikian, pengetahuan bakal-bakal guru dalam menggunakan CD-ROM Interaktif
amat penting bagi memantapkan institusi pendidikan negara. Jadi, sekiranya guru
pelatih sudah sedia lengkap dengan pengetahuan tersebut, usaha kerajaan yang
menyediakan begitu banyak kemudahan CD-ROM Interaktif tidak dipersiakan begitu
sahaja.
Namun begitu, dalam mengaplikasikan CD-ROM Interaktif dalam proses
P&P masih juga terdapat beberapa masalah timbul. Masalah yang timbul ini
mungkin kerana tiadanya galakan daripada pihak-pihak berkenaan seperti sekolah
dan juga dikalangan guru itu sendiri. Masalah lain seperti kemudahan CD-ROM
Interaktif tidak diuruskan dengan baik juga antara sebab mengapa pengajaran
berbantukan CD-ROM Interaktif sukar untuk dilaksanakan.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengenalan CD-ROM Interaktif yang disediakan oleh KPM sebagai alat
bantu mengajar perlu diketahui keberkesanannya. Bakal guru yang dilahirkan oleh
pusat pengajian tinggi dan institusi perguruan seharusnya tahu mengenai fungsi CD-
ROM Interaktif dan mahir menggunakannya dalam pengajaran masing-masing. Ini
kerana, perkembangan teknologi yang pesat membangun mendesak para guru
menyiapkan diri mereka supaya mahir menggunakan teknologi yang dibekalkan agar
guru tidak ketinggalan dalam arus globalisasi. Justeru, kajian dijalankan adalah
untuk mengenalpasti kepekaan guru pelatih terhadap CD-ROM Interaktif yang
disediakan di sekolah. Guru pelatih seharusnya tahu dan faham tentang kemudahan
5
yang disediakan ini. Seterusnya, kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti cara
pengaplikasian CD-ROM Interaktif di dalam kelas. Kepelbagaian cara dan
penggunaan yang betul menambahkan keberkesanan penggunaan CD-ROM
Interaktif sebagai alat bantu mengajar dan akan membantu pengajaran guru pelatih
menjadi lebih baik. Kelebihan penggunaan serta masalah-masalah yang dihadapi
guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran berbantukan CD-ROM Interaktif juga
perlu dikaji dan diambil perhatian oleh semua pihak atasan termasuklah guru pelatih
itu sendiri.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti kepekaan guru pelatih terhadap CD-ROM Interaktif yang
disediakan di sekolah.
ii. Mengenalpasti cara pengaplikasian CD-ROM Interaktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iii. Mengenalpasti kelebihan penggunaan CD-ROM Interaktif dalam membantu
guru semasa P&P.
iv. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa
menggunakan CD-ROM Interaktif.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan, empat persoalan
kajian dapat dibuat iaitu:
i. Adakah guru pelatih peka dengan kemudahan CD-ROM Interaktif yang
disediakan di sekolah?
6
ii. Bagaimanakah guru pelatih mengaplikasikan CD-ROM Interaktif ini dalam
proses P&P?
iii. Apakah kelebihan CD-ROM Interaktif yang dapat membantu guru pelatih
bagi proses P&P?
iv. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru pelatih dalam menggunakan
CD-ROM Interaktif?