Modul Umum Dah Lengkap
-
Upload
aminah-suhaimin -
Category
Documents
-
view
1.116 -
download
0
Transcript of Modul Umum Dah Lengkap
1
AAKKAADDEEMMII FFAANNTTAASS II
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Meningkatkan konsep kendiri
Menikmati perasaan kejayaan
MODUS OPERANDI : Fasilitator akan memberi arahan berikut :
Pejam mata anda sekali
Tarik dan hembuskan nafas (beberapa kali) dan cuba bertenang
Cuba anda bayangkan satu yang anda berasa amat gembira sekali ketika anda
berumur 10 – 12 tahun.
Cuba anda ingat kembali kejayaan itu
Di mana ia berlaku? adakah anda mencapainya secara berseorangan atau
dengan bantuan orang lain? adakah anda merancang untuk mencapainya atau
ia berlaku secara spontan?
Apakah perasaan anda ketika anda memperoleh kejayaan itu? bolehkah anda
merasa perasaan itu pada ketika ini? adakah anda memberitahu sesiapa tentang
kejayaan tersebut? kepada siapa? apa kata orang itu?
Sekarang, sedarkan diri anda bahawa anda sedang berada dalam bilik. Apabila
sedar, buka mata anda secara perlahan-lahan.
Selepas selesai berfantasi, fasilitator akan meminta setiap ahli berkongsi
pengalaman kejayaan masing-masing.
ULASAN : Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya
Kegembiraan akan menjadi penuh makna jika ia di kongsi bersama orang-orang
lain / orang tersayang
Kejayaan yang kita miliki mampu mendorong kejayaan sahabat-sahabat yang
berada disekeliling kita
MODUL UMUM ( Taklimat )
2
MMAARRII MMEENNGGIIRRAA
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
OBJEKTIF : Untuk menunjukkan kepada peserta bahawa matlamat kita sama
MODUS OPERANDI : Peserta dikehendaki memilih sebarang tiga angka yang kedudukannya kecil di
hadapan dan besar di belakang
Contoh :
246
terbalikkan angka tadi menjadi
642
tolak dengan nombor asal
642
- 246
396
hasilnya diterbalikkan lagi dan dicampur dengan nombor tadi
693
+ 396
1089
ULASAN : Walaupun tidur berlainan bantal tetapi mimpi sama. Cara berbeza tetapi
matlamat adalah sama.
MODUL UMUM ( Taklimat )
3
PPAANNJJAANNGG AAKKAALL
Arahan : ujian ini mengandungi 16 soalan. Baca dengan teliti semua soalan dan jawab
dengan baik dalam masa 5 minit. Anda ditegah sama sekali dari meniru jawapan peserta
lain sepanjang ujian ini dijalankan.
1. Tulis nama anda di penjuru atas sebelah kanan kertas ini.
2. Tuliskan alamat rumah anda selengkapnya :
____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. Apakah cita-cita anda ?
4. Tandatangani nama anda di penjuru bawah sebelah kanan kertas ini.
5. Lubangkan kertas ini dengan pen atau pensil anda sebanyak tiga kali
6. Beritahu dengan nada kuat kepada rakan sebelah anda ,
“AMBOI SENANGNYA”
7. Kepimpinan melalui ____________________
8. Selesaikan : 2 x 3 ( 2 + 2 + 6 ) – 60 = _________
9. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang Pertama ?
________________________________________
10. Tuliskan nama salah seorang fasilitator yang anda kenal dan sekali dengan asalnya.
_________________________________________________________
11. Nyatakan salah satu universiti tertua di Malaysia.
__________________________________________________________
12. Saya sayangkan negara Malaysia kerana
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
13. Tuliskan nama sahabat paling karib dengan anda
__________________________________________________________
14. Anda tidak perlu menjawab semua soalan di atas dan hanya perlu berdiri dan
laungkan dengan kuat : “SAYA TELAH IKUT SEMUA ARAHAN”.
MODUL UMUM ( Taklimat )
4
MMAATTAA HHAATT II
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kain (untuk menutup mata)
Kertas-kertas yang mengandungi nama kumpulan yang berlipat.
OBJEKTIF : Membentuk kumpulan-kumpulan peserta dengan cara yang menyeronokkan
Menguji kepekaan peserta dalam menyampaikan arahan dan menerima arahan
Mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli kumpulan yang terbentuk
MODUS OPERANDI : Berikan semua peserta kertas yang mengandungi nama kumpulan.
Jangan benarkan mrk memberitahu peserta lain nama kumpulan yg diperolehi.
Tutup mata semua peserta dengan kain.
Campurkan mereka secara rawak (lelaki dan perempuan diasingkan)
Arahan : “Peserta diberi masa selama beberapa minit (bergantung pada jumlah
peserta) untuk mencari ahli kumpulan masing-masing, pegang tangan mereka
dan bentukkan sekumpulan sahaja. Tidak dibenarkan satu nama kumpulan yang
mempunyai banyak kelompok”.
Peranan fasilitator : provokasi dan gangguan bunyi.
Setelah tamat masa yang diberikan, minta mereka berhenti mencari dan buka
mata untuk melihat hasilnya.
ULASAN : Kepekaan mendengar maklumat lebih menjamin hasil yang memuaskan.
Kesepaduan antara ahli menjamin kekuatan kumpulan.
Jangan mendengar khabar angin.
Insan yang berjaya adalah insan yang tidak goyah walaupun dilanda arus
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, fokus memainkan peranan yang penting
dalam setiap perkara yang dilakukan
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
5
PPAANNDDAANNGG--PPAANNDDAANNGG,, JJEELL IINNGG--JJEELL IINNGG
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Membentuk kumpulan secara konvesional.
Mengawal diri peserta untuk membentuk kumpulan dengan cara yang paling
tenang.
Menguji kepantasan pelajar dalam membentuk kumpulan dalam masa yang
singkat
MODUS OPERANDI : Susun pelajar dalam beberapa barisan dengan kuantiti tertentu.
Buat kiraan mengikut turutan tertentu (contoh : 1 hingga 10 secara berulang)
bermula dari depan atau belakang.
Pastikan setiap kumpulan berbeza (mula dari depan, belakang dan sebagainya)
Minta para peserta masuk ke dalam kumpulan masing-masing mengikut kiraan
nombor yang telah dibuat tanpa mengeluarkan suara.
Masa yang diberikan adalah selama 10 Minit saja untuk pembentukan kumpulan.
ULASAN : Setiap orang perlu pantas dan tepat dalam melakukan sesuatu tugas tanpa perlu
membuat kecoh/bising
Kebijaksanaan dalam membuat keputusan mampu merubah diri ke arah kebaikan
Strategi yang tersusun mampu menghasilkan benda / perkara yang jitu dan
berkualiti
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
6
SSEEBBUUAAHH PPEERRTTEEMMUUAANN
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas Mahjung
Maker / Pen
OBJEKTIF : Membuka peluang kpd peserta-peserta untuk berkenalan dengan lebih bebas. Mengeratkan ukhwah dalam suasana yang menyeronokkan. Mengurangkan sikap negatif apabila berada dalam suasana baru.
MODUS OPERANDI : Asingkan peserta lelaki dan peserta perempuan.
Pecahkan peserta-peserta kepada beberapa kategori dan perkara. Contohnya :
Kategori : Bulan Lahir
Perkara : Pekerjaan Bapa
Masa : 10 minit
Kategori : Hobi
Perkara : Idola (pemimpin – bukan dari kalangan keluarga)
Dari dalam dan luar negeri
Masa : 10 minit
Kategori : Warna yang disukai
Perkara : Kemahiran/Pengalaman
Masa : 10 minit
Fasilitator memainkan peranan untuk mengeratkan hubungan antara peserta.
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
7
ULASAN : Hubungan baru boleh dibina atas dasar persamaan aspek tertentu dalam diri
manusia.
Hasil dari persamaan yang wujud, para peserta dapat bertukar maklumat dan
mengeratkan hubungan.
Dalam masa yang sama, perlu menerima pandangan dan kelainan dari peserta
yang berlainan kumpulan kerana Tuhan menjadikan manusia saling mengimbangi.
8
DDIISSIINNIILLAAHH KKIITTAA.. ..
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Sebiji bola kecil (tenis, ping pong dsb)
OBJEKTIF : Menonjolkan keberanian peserta dalam membuat keputusan.
Membentuk peserta agar sentiasa mempunyai rasional dalam membuat pilihan. Menerapkan diri peserta agar redha dengan keputusan yang telah ditetapkan.
MODUS OPERANDI : Kaedah 1:
Kumpulkan semua peserta.
Lemparkan bola tersebut secara rawak kepada mana-mana peserta.
Minta peserta yang menyambut bola tersebut ke hadapan.
Beri arahan kepada peserta itu untuk mengetuai pembahagian kumpulan
mengikut cara yang dirasakannya sesuai.
Pastikan peserta-peserta lain mengikut arahannya. Kaedah 2 :
Langkah 1 dan 2 di atas. Lakukan kepada beberapa peserta.
Minta peserta-peserta tersebut ke hadapan.
Peserta-peserta yang dipilih akan dianggap sebagai pimpinan.
Pimpinan ini akn b’bincang cara p’bahagian kump. paling sesuai dlm masa 5 mnt.
Peserta-peserta lain perlu mengikuti arahan yg diberikan oleh pemimpin mereka.
Dalam masa yang ditetapkan, pastikan kumpulan selesai dibahagikan.
Setelah tamat masa yang ditetapkan, ketua fasilitator akan bertanya rasional
pembahagian kumpulan pada pemimpin.
Fasilitator pastikan pembahagian kumpulan bukan kerana kawan.
Tanyakan pendapat peserta-peserta lain tentang pembahagian kumpulan
tersebut dan provokasi jawapan peserta.
Sekiranya fasilitator tidak berpuas hati atau pembahagian kumpulan adalah tidak
releven, ubah kumpulan mengikut pembahagian oleh fasilitator sendiri.
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
9
ULASAN : Idea dan pendapat setiap orang adalah berbeza. Penggabungan idea adalah
lebih baik dari idea individu.
Setiap orang perlu yakin dan berani menyatakan pendapat masing-masing
kerana pendapat tiada yang salah. Semuanya berlainan dari pandangan dan
perspektif berbeza.
10
NNAASSIIBB KKIITTAA MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kad manila
Pen marker
OBJEKTIF : Membentuk kumpulan dengan cara yang meriah (happening)
Menguji kepekaan dan kepantasan peserta dalam penerimaan maklumat
Mencungkil potensi kreatif dalam diri peserta dalam usaha mengumpulkan ahli
kumpulan.
MODUS OPERANDI : Setiap peserta akan diberikan sekeping kad manila yang tertulis nama haiwan.
Peserta tidak dibenarkan menunjukkannya kepada peserta lain.
Setiap nama binatang akan mewakili satu kumpulan yang bakal dibentuk.
Untuk mengumpulkan ahli kumpulan, peserta hendaklah membunyikan nada
bunyi binatang yang diperoleh atau menggunakan cara lain yang berkesan.
Peserta-peserta yang mendapat kad yang sama nama haiwan akan membentuk
kumpulan masing-masing.
Masa pembentukan hanyalah 5 minit sahaja.
ULASAN : Tidak semua maklumat yang kita ingin sampaikan akan difahami dengan tepat
oleh penerima. Kadangkala akan berlaku gangguan atau miscommunication.
Disebabkan pasti ada gangguan, peserta boleh mencipta alternative lain untuk
membentuk kumpulan seperti membuat gaya binatang tersebut.
Setiap orang perlu kepada perhatian dan fokus yang tinggi dalam merealisasikan
impian
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, harus pandai membaca situasi &
tidak hanyut dibawa arus.
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
11
LLAAGGUU SSAAYYAA LLAAGGII BBEESSTT !!
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Lagu Barat : Linkin Park
Lagu Tempatan : Siti Nurhaliza
Lagu Nasyid : Rabbani
Lagu Hindustan : Whateverlah…
OBJEKTIF : Mengaplikasikan lagu sebagai pendekatan pembentukan kumpulan.
Membentuk kumpulan peserta yang mempunyai aliran minat yang sama.
Menguji kesesuaian peserta yang berlainan kecenderungan melakukan aktiviti
berkumpulan.
Mengkaji aliran dan kehendak peserta terhadap lagu dan mesejnya.
MODUS OPERANDI : Beri arahan agar peserta mendengar arahan dan lagu yang dipasang.
Pasangkan lagu-lagu di atas selama beberapa saat mengikut giliran.
Minta peserta berpecah mengikut aliran lagu yang diminati.
Secara berkumpulan, bincangkan kelainan muzik tersebut yang bermanfaat
sahaja berbanding muzik lain selama 10 minit..
Setelah selesai masa yang ditetapkan, ketua kumpulan bentangkan hasil
perbincangan setiap kumpulan.
Di akhir perbentangan, buat satu kesimpulan.
Fasilitator akan memecahkan kumpulan-kumpulan tersebut dan membentuk
kumpulan baru yang bercampur antara 4 kategori lagu tadi.
ULASAN : Semua manusia mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing dan
mereka bebas meminati mengikut apa yang dirasakan bermanfaat.
Pelbagai ragam manusia akan dihadapi sepanjang hidup tapi perlu dihadapi
dengan rasional dan menerima dengan terbuka.
MODUL UMUM ( Pembahagian Kumpulan )
12
KENALI DAKU
MASA : 90 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Kertas Soalan
OBJEKTIF :
Merapatkan Ukhuwah sesama ahli
Menghayati persahabatan yang sebenar berlandaskan syariat Islam
Menanamkan konsep kasih sayang kerana Allah
MODUS OPERANDI :
Setiap peserta dikehendaki mengambil tanda tangan antara satu sama lain.
Sebelum menurunkan tanda tangan, ahli dikehendaki mengingati nama dan latar
belakang sahabatnya.
Peserta dikehendaki menulis sedikit ucapan untuk sahabat masing-masing.
Fasilitator kemudian akan mengedarkan soalan.
Peserta diminta untuk menjawab soalan tersebut secara jujur dan ikhlas.
Fasilitator membuat rumusan berdasarkan jawapan peserta.
ULASAN :
Dengan cara ini juga menyedarkan peserta bahawa mereka dipertemukan atas
tujuan yang sama yang telah ditentukan oleh Allah.
Tugasan mengambil tandatangan bukan sekadar memenuhi tugas modul,
sebaliknya peserta boleh mengetahui maksud tandatangan yang menarik dari
peserta–peserta lain.
Dengan cara ini juga, peserta akan cuba mengingati sedaya mungkin untuk
mendapatkan tandatangan dan memperoleh kata-kata semangat dari sahabat-
sahabat lain.
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
13
KENALI DAKU
SOALAN.
( Peserta dikehendaki menjawab soalan di bawah dengan jujur dan ikhlas )
Pada pandangan anda………..
1. Adakah persahabatan ini benar kerana Allah?
a: Ya b: Tidak
2. Adakah persahabatan ini benar mengikut syariat Islam?
a: Ya b: Tidak
3. Adakah anda berpuas hati dengan keadaan persahabatan yang ada sekarang?
a: Ya b: Tidak
4. Adakah anda mahukan persahabatan yang benar-benar mengikut syariat?
a: Ya b: Tidak
5. Adakah kita telah benar-benar menjaga Islam?
a: Ya b: Tidak
6. Adakah anda pernah menyakiti hati sahabat anda?
a: Ya b: Tidak
7. Adakah anda meminta maaf daripadanya atau membiarkan begitu sahaja?
a: Ya b: Tidak
8. Adakah anda pernah disakiti?
a: Ya b: Tidak
9. Adakah anda memaafkan kesalahan sahabat anda?
a: Ya b: Tidak
10. Adakah anda cemburu melihat sahabat anda rapat dengan orang lain?
a: Ya b: Tidak
11. Adakah anda pernah menolong sahabat anda dari segi kewangan?
a: Ya b: Tidak
12. Adakah dalam persahabatan ini telah ada yang mengingatkan anda tentang
kebesaran Allah?
a: Ya b: Tidak
14
13. Adakah dengan persahabatan ini membuatkan anda betul-betul hendak
mengamalkan Islam sepenuhnya?
a: Ya b: Tidak
14. Adakah dengan persahabatan ini anda merasakan iman anda semakin
meningkat?
a: Ya b: Tidak
15. Adakah dengan persahabatan ini akhlak anda bertambah baik?
a: Ya b: Tidak
16. Adakah didalam persahabatan ini ada konsep tegur-menegur diantara satu sama
lain? Contoh, anda menegur sahabat yang tidak solat.
a: Ya b: Tidak
17. Adakah persahabatan ini lebih cenderung kepada hal-hal keduniaan/
kegembiraan sahaja?
a: Ya b: Tidak
18. Adakah anda berasa rindu apabila tidak bertemu dengan sahabat anda?
a: Ya b: Tidak
19. Adakah anda bersedih apabila sahabat anda bersedih?
a: Ya b: Tidak
20. Apakah yang anda dapat daripada persahabatan ini?
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
21. Apakah yang anda harapkan daripada persahabatan ini?
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
22. Sejauh manakah anda sanggup berkorban untuk sahabat anda?
…………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………..
“ Andalah orang yang paling layak untuk menilai persahabatan anda…………”
15
MMAAKKIINN DDIIPPAANNDDAANNGG,, MMAAKKIINN TTEERRTTAAWWAANN
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
Pen
Double tape
OBJEKTIF : Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dan
mengeratkan ukhuwwah dalam suasana yang menyeronokkan
Peserta dapat mengenali diri sendiri dan sahabat dengan lebih mendalam
Mengurangkan perasaan malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam
kumpulan yang belum dikenali
MODUS OPERANDI : Lelaki dan perempuan diasingkan
Kaedah pertama (25 minit)
Ketua fasilitator mengarahkan peserta berkenalan dengan ahli kumpulan (7 atau 8
orang sahaja) dalam beberapa bentuk yang ada kesamaan ciri yang ditentukan
seperti aliran, sikap ataupun orang yang amat dikenali atau tidak dikenali
langsung dan lain-lain.
Kaedah Kedua (15 minit)
Biarkan peserta dalam kumpulan orang yang tidak dikenali
Ketua fasilitator mengarahkan peserta membuat bulatan dalam kumpulan
Setiap peserta dibekalkan sehelai kertas, pen dan double tape
Peserta mengadap ke belakang ahli kumpulan masing-masing dan lekatkan
kertas yang diberikan pada belakang individu tersebut
Setiap peserta perlu mendapatkan tanggapan pertama sewaktu perkenalan
awal mengenai peribadi dirinya daripada setiap ahli dan menulisnya pada
belakang individu tersebut.
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
16
Kaedah Ketiga (20 minit)
Ketua fasilitator berhak memilih mana-mana peserta untuk membaca
kenyataan tanggapan pertama ahli kumpulannya terhadap dirinya.
Peserta disoal mengenai kebenaran setiap kenyataan tanggapan tersebut
ULASAN : Pentingnya individu mengenali diri sendiri dan mengetahui persepsi orang lain
terhadap dirinya sebagai cermin diri
Memperbaiki kekurangan diri dan menghiasi peribadi dengan sifat terpuji
Membajai ukhuwwah Islamiyyah sesama saudara seakidah serta menyatukan
hati, fikiran dan tindakan selaras dengan Islam
17
MMAANN AANNAA.. ..
Carta dibawah terdapat 30 soalan. Anda diminta berjumpa dengan rakan anda dan
mengajukan soalan kepada rakan anda. Selepas anda mendapat jawapan ‘Ya’ bagi
soalan diajukan, dapatkan tandatangan beliau dipetak soalan tersebut dan seterusnya
anda hendaklah mencari rakan lain pula untuk mendapat jawapan ‘Ya’ bagi soalan
berikutnya. Anda boleh memilih soalan mana-mana yang anda fikirkan sesuai dahulu.
Soalan yang diajukan tidak semestinya mengikut aturan soalan di dalam carta.
Bolehkah anda berpidato?
Adakah anda
gemar bergurau?
Pernahkah anda membantu rakan
anda yang kesempitan?
Adakah anda biasa mengikuti sebarang
kursus?
Adakah anda
percaya kepada Allah?
Adakah anda
seorang pemarah?
Adakah nada
sayangkan sekolah anda?
Adakah anda selalu
tidur siang?
Bolehkah anda
bernasyid?
Adakah anda suka makan nasi lemak?
Adakah anda
pandai memasak?
Adakah anda tidur
bersama bantal peluk?
Adakah gemar menonton TV?
Adakah kartun
rancangan kegemaran anda?
Adakah anda suka
makan durian?
Adakah anda
mempunyai abang?
Adakah anda
gemar le library?
Pernahkah anda melawat Universiti
Malaya?
Adakah anda seorang yang
sabar?
Adakah anda suka
minum kopi?
Nama : ____________________________________ Kumpulan : ____________________________________ T/tangan : ____________________________________
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
18
RRAANNTTAAIIAANN UUKKHHUUWWAAHH
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta
faham dan dapat merasai kehadiran fasilitator bukan sebagai guru tetapi teman.
Mewujudkan sifat keterbukaan, saling percaya mempercayai & mesra antara satu
sama lain.
Menghilangkan ‘gap’ (jurang pemisah) antara ahli.
“Group Binding”
MODUS OPERANDI : Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing (biodata)
Selepas peserta pertama, peserta kedua pula dikehendaki mengulangi kembali
biodata rakan sebelumnya dan kemudian memperkenalkan dirinya pula.
Begitulah seterusnya
Peserta digalakkan untuk berkenalan lebih lanjut samada dari sudut pengalaman
pahit manis dan sebagainya.
ULASAN : Adab berkenalan biarlah secara bersungguh-sungguh.
Sebutkan :
i. “Tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah di hari Qiamat .... pemuda yang
bertemu dan berpisah kerana Allah SWT”
ii. “Seorang mukmin adalah cermin kepada saudaranya”.
iii. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara”
Segala kesusahan dan kegembiraan mesti dikongsi bersama dan segala
keburukan hendaklah dirahsiakan.
Kita mesti mencintai dan menghargai sahabat kita sebagai keluarga sendiri.
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
19
SSUURRAATTAANN PPEERRTTEEMMUUAANN
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas warna
OBJEKTIF : Membina hubungan antara peserta dalam kumpulan besar
Menghilangkan rasa takut serta membina rasa selamat dan selesa
Menggalakkan interaksi antara sesama peserta
MODUS OPERANDI : Setiap peserta mengambil satu keratan kertas berwarna.
Peserta dikehendaki mencari peserta lain yang mempunyai keratan-keratan dari
warna yang sama.
Peserta akan cuba mencantumkannya menjadi bentuk yang telah ditetapkan
Rumusan oleh fasilitator berdasarkan sikap dan perbuatan peserta ketika
menyudahkan tugasan.
Para peserta diminta memberikan komen
ULASAN : Dalam kehidupan di dunia ini, kita saling memerlukan antara satu sama lain
Sesama sahabat perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh sahabat lain.
Hulurkan bantuan sekiranya mereka memerlukanya kerana semangat kerjasama
yang tinggi dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah
Kita akan gagal sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan berseorangan sebaliknya
hidup bermasyarakat lebih menjamin kejayaan kita
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
20
AANNTTAARRAA MMAASSAA DDAANN UUSSIIAA
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4 (Graf)
Pen
OBJEKTIF : Melahirkan dan menimbulkan rasa kemesraan dikalangan peserta dengan
fasilitator dan peserta dengan peserta
Mengetahui secara ringkas tentang latar belakang kehidupan peserta
Melatih peserta supaya berani bercakap serta mengeluarkan idea dan
pandangan
MODUS OPERANDI : Fasi akan mengedarkan kertas graf kehidupan kepada semua ahli kumpulan
Fasi akan menerangkan cara untuk mengisi kertas tersebut
Minta peserta supaya mengisi kertas tersebut dengan ikhlas dan jujur
Fasi akan meminta beberapa orang yang sukarela untuk menceritakan graf yang
dilakar. Sekiranya tiada sukarela fasi boleh meminta sesiapa sahaja unuk bercakap
atau meminta semua sekali bercakap.
Antara isi perbincangan
i. Minta peserta menjelaskan tentang graf yang dilakarkan
ii. perjalanan kehidupan mereka
iii. pengalaman suka dan duka
iv. pengharapan
peserta lain digalakkan supaya memberikan pandangan, pendapat dan
mengajukan soalan kepada peserta tersebut
fasi akan membuat rumusan dan ulasan daripada perbincangan yang dibuat
fasi boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghidupkan suasana
BAHTERA MINDA, tetapi tidak lari daripada objektif modul.
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
21
ULASAN : Peristiwa dalam kehidupan manusia sering berputar mengikut sunnatullah
Bergembira dengan kesenangan sekadarnya begitu juga merintih kesusahan
sekadarnya kerana segala takdir Tuhan ada kebaikan untuk manusia
Manusia perlu merancang dan berusaha ke arah kebaikan tetapi yang
menetapkan takdir adalah Allah justeru perlunya sesuatu usaha disusuli dengan
doa dan tawakkal
Manusia mestilah sentiasa berlapang dada dan redha terhadap ketentuan Tuhan
dalam kehidupan
Mukmin yang baik adalah jika melakukan kesilapan sekali tidak akan mengulangi
untuk kali kedua, dan memastikan hidupnya pada hari esok lebih baik dari hari ini.
22
WWAAJJAAHH DDUUNNIIAA
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
Pen
OBJEKTIF : Dapat kenal siapa kawan dan kawan
Melahirkan bakat yang terpendam di kalangan pelatih
MODUS OPERANDI : Pelajar tidak dibenarkan bercakap diantara satu sama lain
Setiap peserta dikehendaki melukis muka kawannya secantik mungkin tanpa
diketahui kawan tersebut
Arahkan mereka menyenaraikan sifat-sifat kawan yang dilukisnya dengan positif
dan negatif, dan kemukakannya kepada umum.
Semua peserta hendaklah meneliti semua sifat-sifat yang dikemukakan dan
meneka siapakah wajah tersebut serta membetulkan semua sifat-sifat yang tidak
benar.
ULASAN : Manusia tidak boleh menghukum seseorang hanya dengan melihat zahirnya
sahaja. Sesuatu yang zahir itu tidak semestinya melambangkan batinnya.
Kita harus mendekati semua orang untuk mengetahui siapakah kawan dan
siapakah lawan.
Pemimpin mesti membuat penelitian yang mendalam bagi setiap keputusan yang
hendak dibuat.
Perbincangan adalah amat penting dalam menyelesaikan masalah.
Belajar untuk menegur dan menerima teguran.
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
23
YYOOUU AANNDD II SSEEEE
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
Pen
Lilin
OBJEKTIF : Memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan antara satu sama lain dan
mengeratkan ukhuwwah dalam suasana yang menyeronokkan
Memupuk interaksi yang lebih erat di antara peserta
Mengurangkan perasaan malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam
kumpulan yang belum dikenali
MODUS OPERANDI :
Situasi :
Tiupan angin semakin kencang dan gelombang pun turut mengikut rentak ombak
membuatkan kapal yang dinaiki terumbang-ambing. Hujan yang pada mulanya
renyai, tiba-tiba bertukar menjadi ribut petir, permukaan laut bertambah geloranya.
Tiba-tiba di luar dugaan, ombak dan gelombang besar telah memukul kapal . Akibat
daripada itu, kapal anda pecah dan karam. Anda dan anak kapal yang lain berjaya
berpaut pada serpihan papan dan dibawa hanyut entah ke mana. Sedar-sedar anda
terdampar di sebuah pulau bersama-sama manusia yang tidak dikenali.
Peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing-masing mengikut nama yang
disenaraikan dan telah dibaca semasa pembahagian kumpulan ( Taklimat
Program )
Semua fasi akan berada di suatu tempat yang dikhaskan
Peserta akan mencari ahli kumpulan dan fasi masing-masing
Pastikan setiap ahli kumpulan telah berkumpul (30minit)
MODUL UMUM ( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
24
Guideline kepada fasilitator :
Ta’aruf
- diri
- keluarga
- Sebab apa berada dalam kumpulan ini
- kenapa hadir “Program “
- Tokoh yang dihormati
- Lain-lain, bergantung kepada fasilitator
PENGISIAN TAMBAHAN :
Modul Konica
Kaedah :
o Peserta berpasangan dan beramah mesra dengan pasangannya
o Setiap peserta dikehendaki menulis sebuah iklan berkenaan kebolehan
istimewa pasangannya
o Setiap peserta mengemukakan iklannya dalam kumpulan. Sesi soal jawab
hendaklah diwujudkan
Perbincangan :
o Bagaimana perasaan peserta menjalankan tugas ?
o Apakah perasaan anda org membuat interpretasi berkaitan dgn diri anda
o Bagaimana cara berinteraksi dalam kumpulan yang lebih kecil ?
ULASAN : Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat-sifat peramah,
sedia menghampiri dan tidak hanya menunggu ditegur oleh orang lain.
25
AAPPAA YYAANNGG KKAAUU TTAAHHUU
MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menyedarkan para peserta akan fungsi semua benda
Memanfaatkan diri untuk kebaikan bangsa, agama dan Negara
Memaksimumkan kebolehan diri
MODUS OPERANDI : Minta peserta menyebutkan satu benda
Minta peserta huraikan fungsi benda tersebut dan kaitannya dengan kehidupan
Nyatakan juga apa kaitannya dengan kehidupan peserta
ULASAN : Semua benda yang dijadikan Allah ada manfaatnya
Hanya kita mengetahui kebolehan diri
Manfaatkan kebolehan diri sebaik-baiknya
MODUL UMUM ( Riadah )
26
AApprreess iiaass ii AAllaamm
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
Bata
Belon
Tali
OBJEKTIF : Mewujudkan kejelitikan
Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel
MODUS OPERANDI : Mengapungkan bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai
kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan
melaluinya
Belon Sifat
Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling
kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.
ULASAN : Setiap kerja yang dilakukan secara kerjasama akan menghasilkan produk yang
bernilai tinggi
Setiap orang perlu tanamkan sifat amanah dalam diri.
Saling bantu membantu dan jangan suka bersikap balas dendam
MODUL UMUM ( Riadah )
27
DDii ssaannaa MMeennaanntt ii ddii ss iinn ii mmeennuunngggguu
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Sebiji telur & Sebungkus maggi
Batu-bata
Bekas untuk memasak & batang mancis
OBJEKTIF : menggalakkan peserta bekerjasama bekerja dalam kumpulan
untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kecekapan peserta.
Menguji kepantasan dan membuat keputusan dalam masa yang singkat.
MODUS OPERANDI : peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (gabungan lelaki dan perempuan )
peserta perempuan perlu menyiapkan masakan dengan menggunakan bahan
yang ada disekeliling.
Sementara memasak, peserta lelaki perlu menjulang 2 biji batu-bata diatas dan
berdiri ditengah panas.
Selagi peserta perempuan belum siap memasak, peserta lelaki tidak dibenarkan
menurunkan batu-bata.
Peranan fasilitator ialah memastikan peserta lelaki menjulang batu sambil
memprovokasi peserta perempuan supaya mengambil berat tentang peserta
lelaki.
Setelah selesai memasak, pastikan mereka menghabiskan semua makanan yang
diberikan ( makan )
ULASAN : Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga
Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama
dan kesepakatan.
Perlu patuh kepada pemimpin.
MODUL UMUM ( Riadah )
28
DDRRAAGGOONN BBAALLLL MASA :
PERALATAN / BAHAN : Bola
OBJEKTIF : Menguji tahap ketangkasan para peserta memikirkan sesuatu yang memerlukan
kepada keputusan yang drastik.
Melatih sifat kepimpinan para peserta.
Menyelesaikan masalah secara berkumpulan
MODUS OPERANDI : Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.
Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua
peserta dalam masa 10 saat.
Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.
ULASAN : Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun
untuk mencapai keputusan yang drastik.
Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang
Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam mentaati
urutan perjalanan dalam kehidupan
MODUL UMUM ( Riadah )
29
FF llyyiinngg WWii tthhoouutt WWiinnggss
MASA : 45 Minit
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Untuk mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam
situasi dan keadaan sekarang dalam kehidupan.
Utk meningkatkan pengetahuan berkenaan dgn kepentingan peraturan dlm
kehidupan.
MODUS OPERANDI : Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang melibatkan peserta
lelaki dan perempuan.
Arahan akan diberikan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu
permainan yang tidak mempunyai peraturan atau undang-undang.
Masa akan diberikan kepada peserta untuk berbincang selama 20 minit.
Setiap kumpulan diminta mempersembahkan permainan tersebut dengan
menekankan bahawa permainannya tiada peraturan.
Setiap kali selesai perbentangan kump., reaksi/komen/pandangan ahli kump akan
diminta utk mengesahkan bhw permainan tersebut memang tiada peraturan.
Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta berhubung
falsafah modul ini.
Fasilitator akan membuat kesimpulan.
ULASAN : Manusia yang Allah cipta mesti ada undang-undang yang mengawal
kehidupannya. Mana undang-undang itu?
Di dalam kehidupan, kita sebenarnya terikat dengan peraturan.
Kepentingan peraturan:
- Sbg penunjuk jalan atau landasan kehidupan bagi mengelak daripada terbabas.
- Untuk membina sahsiah diri.
- Sebagai muslim kita memang tahu ada peraturan yang wajib kita ikuti. Jika
engkar maka akan mendapat laknat dari Allah s.w.t.
MODUL UMUM ( Riadah )
30
HHOOLLDDIINNGG OONN YYOOUU
MASA :
PERALATAN / BAHAN : 3 Biji telur
sehelai kertas mahjung
OBJEKTIF : Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.
Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif
Kepentingan kerjasama antara ahli.
MODUS OPERANDI : Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.
Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.
Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata
kecuali ketua kumpulan.
Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan diminta utk
membawa telur itu dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para
urusetia.
Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut
dalam keadaan mata tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.
Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam perjalanan yang
ditetapkan.
ULASAN : Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.
Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama
dan kesepakatan.
Perlu patuh kepada pemimpin .
MODUL UMUM ( Riadah )
31
IINNTT IIFFAADDAA
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menguji kepantasan kumpulan
Melihat kepekaan dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan
MODUS OPERANDI : Bahagikan kepada beberapa kumpulan
Namakan kumpulan masing-masing dengan nama binatang.
Letakkan kumpulan agak jauh antara satu sama lain.
Untuk memulakan: Contoh : Kumpulan Kambing
“ Kambing beek…kambing beek…kambing beek…:
Ulang ikut suka dan selepas itu sambung dengan…
“Kambing beek to kucing miau” atau kambing beek boom kucing miau”
Kumpulan kucing pula perlu mengulangi lagu yang sama dan bom kumpulan lain
pula.
Lakukan hingga ada kumpulan yang tersilap dan tidak sekata dalam kumpulan.
ULASAN : Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala
tindakan.
MODUL UMUM ( Riadah )
32
II TT ’’SS LL IIFFEE OOFF TTEESSTT
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tali berukuran 65 cm panjang.
OBJEKTIF : Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
Membuka minda dan mengembangkan idea yang kreatif dan inovatif
MODUS OPERANDI : Setiap peserta diberi seutas tali dan dikehendaki membuat gari dengan tali
tersebut.
Peserta dikehendaki mencari pasangan dan silangkan tali antara satu sama lain.
Peserta diminta melepaskan diri dari lingkaran tali itu dalam masa 5 – 10 minit
tanpa meleraikan ikatan.
ULASAN : Kesungguhan diperlukan bagi melepaskan diri dari masalah kerana setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya.
Kepentingan memanfaatkan akal kurniaan Allah bagi menegakkan syiar Islam
dalam kehidupan.
Belakang parang diasah lagikan tajam apatah lagi akal manusia.
Lingkaran itu boleh dianggap sebagai sifat mazmumah yang sukar dihilangkan
dari diri melainkan dengan ibadah sempurna dan akhlak mulia. Hadith :
“Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia”.
Al-Quran ( Surah al – Quran ):
“Dan bhw sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg sangat mulia”.
Kesabaran & ketabahan diperlukan bg menghadapi ujian & dugaan Allah.
Hadith : “Sabar itu sebahagian dari iman”.
Sirah : Kisah Rasulullah dan para sahabat.
MODUL UMUM ( Riadah )
33
JJAALLAANN BBAAHHAAGGIIAA MASA :
PERALATAN / BAHAN : Sampul surat yang mengandungi karektor
OBJEKTIF : Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.
MODUS OPERANDI : Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.
Orang buta
Orang bisu
Orang pekak
Orang tempang.
Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul surat yang mengandungi
arahan satu perjalanan menuju ke arah satu checkpoint.
Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang memegang peranan
orang bisu dan menjadi ketua kumpulan.
Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam sampul surat.
Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.
ULASAN : Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala
tindakan.
Mencungkil daya kreatif dikalangan peserta dalam menyelesaikan masalah.
MODUL UMUM ( Riadah )
34
KKAACCAA PPEERRMMAATTAA MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menilai kepekaan pelajar dalam setiap arahan yang diberikan.
Melihat sejauh mana para pelajar dapat memikirkan rasionalnya sesuatu perkara .
Melatih daya kreatif pemikiran pelajar.
MODUS OPERANDI : Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diminta untuk mencari bahan/benda yang diminta oleh fasilitator
dan mesti diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil carian mereka.
Benda-benda yang dicari adalah benda atau bahan yang tiada nilai dan tidak
patut dari pandangan mata. Contoh : 5 jenis sampah yang berlainan, 40 ekor
semut.(makluman fasilitator)
ULASAN : Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan perlu kepada pemahaman dan
kepentingan tugas tersebut.
Jangan buat perkara buang masa dan sia-sia.
Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah berguna walaupun dikaca mata
manusia ia tidak berguna.
MODUL UMUM ( Riadah )
35
KKeell ii rruu MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta.
Meransang daya fikir dikalangan peserta.
Melihat sejauh mana kemampuan sebenar para peserta
Menerapkan nilai hidup bermasyarakat
Mengeratkan kesatuan.
MODUS OPERANDI : Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu bulatan kecil.
Tangan kanan akan pegang tangan kiri sahabat yang berada dihadapan.
Manakala tangan kiri pula akan pegang pegang tangan kanan sahabat yg lain. Para peserta akan diminta untuk meleraikan tautan tangan tersebut tanpa
memutuskan pegangan tangan supaya dapat membentuk satu bulatan yang
besar.
ULASAN : Tautan dan kesatuan hati amat perlu dalam sesebuah persatuan/kumpulan dalam
menghasilkan produk yang berkualiti.
Perlu kepada usaha yang berulang untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Kehidupan ini memerlukan orang lain juga untuk melakukan sesuatu
Melatih peserta berbincang dan bermusyawarah
Bantu-membantu
MODUL UMUM ( Riadah )
36
MMAANNAA.. .. ..?? MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menguji kepekaan peserta
Menghilangkan mengantuk
MODUS OPERANDI : Ketua fasilitator akan berada di hadapan semua peserta.
Semua peserta berdiri.
Letakkan jari telunjuk di dahi.
Apabila ketua fasilitator menyebut “mata”, semua peserta turunkan jari telunjuk
dan tunjuk ke arah mata dengan cepat dan pantas.
Kembali semula ke dahi dan ulang beberapa anggota sambil ketua fasilitator
menunjukkan arah anggota yang betul.
Seterusnya, ketua fasilitator akan menyebutkan satu anggota badan tapi tunjuk ke
arah yang salah dan lihat reaksi peserta sama ada mereka menunjukkan arah
yang betul atau mengikut perbuatan salah ketua fasilitator.
ULASAN : Jangan diikuti jalan yang salah
Boleh main ketika mengantuk dalam kelas tapi jangan mengganggu keadaan.
Perhatian dan tumpuan amat perlu dalam melaksanakan sesuatu tugas
MODUL UMUM ( Riadah )
37
TAK SEINDAH SENTUHAN MATA
MASA: 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Tali
Gambarajah sarang labah-labah
OBJEKTIF : Membina sifat tolong menolong sesama para peserta
Melatih para peserta berfikir untuk menyelesaikan masalah
MODUS OPERANDI : Fasilitator akan memberikan 2 gulung tali kepada setiap kumpulan
Masa diberikan selama 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan web
sepertimana gambarajah yang diberikan
Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan 2 buah sarang lelabah
Para peserta perlulah menyeberangi rangkaian web tersebut tanpa terkena walau
sedikit pun pada tali tersebut.
Seandainya salah seorang daripada kumpulan tersebut terkena tali, permainan
adalah batal dan perlu dimulakan sekali lagi.
ULASAN : Kita perlu terbuka dalam perbincangan sepertimana yang dituntut oleh Islam
Perancangan yang dibuat perlulah sistematik
MODUL UMUM ( Riadah )
38
TT ii tt iiaann PPeerr jjaallaannaann MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Sebarang bahan yang berada bersama-sama peserta
OBJEKTIF : Menguji kebersamaan antara peserta dalam kumpulan.
Melihat kebolehan peserta dalam mengaplikasikan bahan-bahan semulajadi.
Memastikan peserta melaksanakan tugas yang diberikan tanpa mengabaikan
syariat yang digariskan.
MODUS OPERANDI : Para peserta diminta untuk berada didalam kumpulan. Para peserta kemudiannya akan diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan
modul yang akan dijalankan. Taklimat permainan: Sebuah jambatan yang merentangi Sungai Wawasan telah
runtuh. Para peserta diminta untuk membina jambatan berkenaan dengan
menggunakan bahan yang berada dibadan mereka tanpa mengabaikan aurat. Para peserta ditegah sama sekali dari menggunakan bahan alam sekeliling. Sambungkan bahan-bahan binaan tersebut di atas tanah dengan mengatur
bahan-bahan berkenaan sepanjang yang mampu. Para peserta akan diadili oleh fasilitator. Peserta diadili dengan melihat binaan yang terpanjang yang dapat dibina oleh
para peserta.
ULASAN : Untuk mencapai matlamat, cara yang diambil mestilah betul. “ matlamat tidak
menghalalkan cara.”
Kerjasama antara kumpulan dapat menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.
“ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
MODUL UMUM
39
HHAARRAAPPAANN PPAADDAA--MMUU SSUUBBUURR KKEEMMBBAALLII
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
OBJEKTIF : Menyedarkan peserta akan tanggungjawab mereka terhadap pengharapan ibu
bapa
Agar peserta sedar akan tanggungjawab diri sendiri ( pelajar, anak, adik/abang/
kakak )
Menetapkan azam dan janji untuk ibubapa dan diri sendiri
MODUS OPERANDI : Peserta dikehendaki mengeluarkan kertas kosong
Fasi minta peserta menulis “ Apakah pengharapan yang tertinggi oleh ibu bapa
terhadap diri saya ” , di bahagian teratas, harapan mereka kepada ibu bapa,
kepada Tuhan, kepada cikgu dan sahabat.
Secara bersahaja, lekakan mereka dengan permainan dan minta mereka
menggumpal /membakar ( api lilin ) kertas kertas yang tertulis tadi. Buangkan jauh-
jauh. ( Fasi perlu provoke )
Diam seketika, fasi tunjukkan wajah kecewa dan kesal. Mulakan sesi toucher……..
bersuara keras dan merayu. Teruskan hingga puas hati
Berikan pengajaran
ULASAN : Pengharapan ibu bapa adalah satu amanah yang juga merupakan amanah
Tuhan ( Surah Al –Isra’ )
Kenangkan kembali betapa susah payahnya ibu melahirkan dan peluh bapa
mencarikan rezeki untuk membesarkan anak-anak
Menyedarkan mereka tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan
baik walaupun amanah itu kecil
Jangan sesekali menjadi anak yang derhaka
MODUL UMUM ( Ku Cari Damai Abadi )
40
KKAAUU YYAANNGG SSAATTUU
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menanam rasa keinsafan dalam diri
Membina keyakinan diri
Membina jati diri baru dalam diri pelajar
MODUS OPERANDI : Para peserta akan berkumpul di dalam dewan dan dibiarkan
Seorang fasilitator akan mewakili semua fasilitator untuk meluahkan rasa tidak puas
hati dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan / ditonjolkan oleh peserta
Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta –
ungkit kesalahan-kesalahan peserta sepanjang program
Fasilitator akan melahirkan rasa terkilan dan mengenangkan prestasi peserta yang
tidak memberikan komitmen tahap maksima
Selepas beberapa ketika, semua fasilitator akan meninggalkan dewan.
Membiarkan peserta memilih / memikirkan cara terbaik dalam mengatasi situasi
yang berlaku
Seorang fasilitator ( ketua ) bertanggungjawab dalam menyejukkan keadaan
Semua fasi balik ke dewan dan bersalam-salaman
ULASAN : Kadang-kadang kita perlu memandang ke belakang supaya pergerakkan
seterusnya berjalan lancar
Jangan hanya memandang kehebatan diri tanpa memikirkan perasaan org lain
Sentiasa berfikir panjang sebelum mengambil sebarang keputusan
Kurangkan ego
Setiap orang perlu kepada muhasabah
MODUL UMUM ( Ku Cari Damai Abadi )
41
SSIIAAPPAA AAKKUU.. ..??
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN : Kaset alunan zikir munajat dan nasyid
OBJEKTIF : Menanam rasa keinsafan dalam diri
Membina keyakinan diri
Membina jati diri baru dalam diri peserta
MODUS OPERANDI : Para peserta akan berkumpul di dalam dewan dan dibiarkan
Seorang fasilitator akan mewakili semua fasilitator untuk meluahkan rasa tidak puas
hati dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan / ditonjolkan oleh peserta
Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta –
ungkit kesalahan-kesalahan peserta sepanjang program
Fasilitator akan melahirkan rasa terkilan dan mengenangkan prestasi peserta yang
tidak memberikan komitmen tahap maksima
Keadaan dalam dewan bertukar menjadi samar
Para peserta akan memaut / memeluk rakan di sebelah ( berasingan lelaki dan
perempuan )
Alunan zikir munajat dimainkan dan peserta diajak utk berzikir sekali
Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta
Pembawakan bergantung kepada moderator
ULASAN : Kadang-kadang perlu memandang ke belakang supaya pergerakkan seterusnya
berjalan lancar
Jangan hanya memandang kehebatan diri tanpa memikirkan perasaan org lain
Sentiasa ingat pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa
Setiap orang perlu kepada muhasabah
MODUL UMUM ( Ku Cari Damai Abadi )
42
MMUUSSAAFFFFIIRR MMAALLAAMM
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Tali rafia
Barang amanah
kain penutup mata
Lampu suluh
OBJEKTIF : Medan pendedahan awal untuk mengaplikasikan ciri-ciri jihad yang sebenar
Menguji kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi pihak musuh di medan
jihad
Melatih peserta untuk wala’ dan thiqah kepada pimpinan
Medan untuk melatih diri agar lebih bertanggungjawab dalam membuat
keputusan
MODUS OPERANDI : Semua peserta akan diberi taklimat terlebih dahulu oleh ketua fasilitator
Peserta akan berada dalam kumpulan masing-masing dan diketuai oleh seorang
ketua. Barang amanah akan diberikan kepada semua peserta
Peserta akan berjalan secara individu mengikut tali yang disediakan selang 5 minit
seorang
Fasi akan mengawasi perjalanan yang agak berbahaya
ULASAN :
Menguji keberanian individu
Melatih peserta tabah dan cekal mengharungi rintangan
Menguji ketahanan mental, fizikal dan rohani
Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, akan ada rintangan dan cubaan yang
akan menyesatkan kita dari jalan kebenaran
MODUL UMUM ( Kunang-Kunang Malam )
43
PPEELL IITTAA HHIIDDUUPP
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Lilin untuk setiap peserta
Kertas A4 setiap peserta
Pen setiap peserta
OBJEKTIF : Mengingatkan peserta akan kembali ke alam realiti / hakikat kehidupan
Menguji tahap keberanian peserta
Mencungkil emosi dan tahap kepekaan peserta
MODUS OPERANDI : Para peserta mengikut kumpulan masing-masing
Setiap peserta akan dibekalkan dengan sebatang lilin yang bernyala, sehelai
kertas A4 dan sebatang pen
Berbekalkan bahan-bahan yang diberikan, setiap kumpulan diminta untuk
mencari satu kawasan yang selesa dan duduk dalam bentuk bulatan
Kemudian, para peserta dikehendaki untuk menulis luahan rasa / hati di atas kertas
A4. Panjang luahan bergantung kpd selama mana jangka hayat lilin itu bernyala
Tugas fasilitator adalah untuk mengawasi dan mengingatkan para peserta supaya
menjaga lilin drpd terpadam krn lilin yang bernyala ibarat nafas / nyawa peserta
ULASAN : Lilin yang bernyala adalah barang amanah yang perlu dijaga oleh setiap peserta
Sebagai manusia, kita mestilah sentiasa mengingati akan hakikat kehidupan.
Sebanyak mana perancangan yang dibuat, jika ajal menjemput, perancangan
hanya tinggal perancangan
Kita seharusnya cepat dan merebut peluang yang ada di depan mata. Jangan
melengahkan dalam membuat perkara yang bermanfaat
Jangan berlengah dalam membuat keputusan
Kejayaan sesuatu perancangan bergantung kepada strategi yang berkesan
MODUL UMUM ( Kunang-Kunang Malam )
44
PPUUNNGGGGUUKK RR IINNDDUUKKAANN BBUULLAANN
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Kain penutup mata
Tali & Lampu suluh ( fasilitator )
Garam
OBJEKTIF : Menguji kepekaan peserta terhadap sekeliling
Menguji keberanian dan ketahanan mental serta fizikal peserta
MODUS OPERANDI : Para peserta akan dikumpulkan di satu kawasan
Para peserta dikehendaki utk menutup mata ( menggunakan kain penutup mata )
Para peserta seterusnya diminta untuk mengikut petanda / menyusur tali sehingga
peserta kehilangan punca / arah. ( Selang masa untuk pelepasan setiap peserta
adalah selama 10 minit )
Fasilitator seterusnya akan memandu peserta
Fasilitator akan menempatkan peserta di kawasan-kawasan tertentu. Jarak antara
setiap peserta adalah sejauh 10 meter
Fasilitator bertanggungjawab dalam menghidupkan suasana ( mengacau /
menakut-nakutkan peserta – tidak melampau )
Dalam masa yang sama, dua orang peserta akan di ‘ culik ‘ oleh fasilitator
Selepas 30 minit, para peserta akan dihimpunkan semula
Para peserta diminta untuk membilang bilangan peserta yang ada
Kehilangan 2 org peserta akan membimbangkan peserta. Para fasilitator haruslah
bijak dlm memastikan rancangan tersebut berjalan dgn jayanya (happening)
Para peserta diminta untuk mengemukakan pendapat untuk mencari rakan
mereka yang hilang
Usaha pencarian akan berlangsung selama 30 minit. Selepas itu para peserta akan
dihimpunkan semula
Pelajar yang di ‘ culik ‘ dibebaskan semula
MODUL UMUM ( Kunang-Kunang Malam )
45
ULASAN : Perlunya kepekaan dan kasih sayang sesama insan
Setiap orang harus mempunyai rasa tanggungjawab ke atas rakan-rakan mereka
yang lain
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”
Setiap orang perlu kepada nasihat dan jagaan dari pihak / orang lain
Sentiasa muhasabah diri dengan mengingati bahawa tiada yang hebat selain
Allah.
Perlunya berserah diri kepada Allah di setiap saat dan ketika
46
RRAANNJJAAUU SSEEPPAANNJJAANNGG JJAALLAANN
MASA :
PERALATAN / BAHAN : Biskut
Air minum
Barang amanah
OBJEKTIF : Melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental
Menguji kepekaan peserta terhadap amanah yang diberi
Melihat sejauh mana peserta dapat membuat perancangan dan mengatur
strategi dalam menghadapi ancaman musuh
Sejauh mana keberanian peserta mempertahankan hak masing-masing
MODUS OPERANDI : Permulaan
Peserta akan diberikan taklimat oleh ketua fasilitator tentang bendera dan adab-
adab di dalam hutan
Kemudian setiap kumpulan akan diberi barang amanah
Peserta dilepaskan diiringi dengan bacaan doa
Peserta lelaki akan berada di hadapan diikuti dengan peserta wanita Manakala
Setiap kumpulan akan dijarakkan masa selama 15 minit
Check-Point 1
1. Peserta dikehendaki berkawat
2. Tanya persediaan sebelum merempuh cabaran
3. Bakar semangat peserta oleh ketua fasilitator
4. fasilitator mula memainkan peranan untuk mendapatkan barang amanah
dan bendera setiap kumpulan .
MODUL UMUM ( Explorience )
47
Check-Point 2
1. Peserta sampai ke kawasan lapang yang merupakan kubu musuh
2. Peserta dikehendaki merangkak ( bayangkan peserta diserang hendap )
3. Fasi akan bertindak melihat peserta yang tidak mengikut arahan tersebut
4. Fasi juga akan berperanan untuk mendapatkan barang amanah dengan
meminta barang amanah ketika peserta hendak merangkak ( secara
psikologi bukan kekerasan )
5. Selepas melepasi rintangan tersebut, fasi meminta peserta membaca
sebarang doa yang diingati / dihafal
Check-Point 3
1. Peserta dibenarkan berehat
2. Peserta diminta mencipta sebuah lagu yang berkaitan perjuangan ( lagu
ciplak diterima )
3. Fasi akan mempengaruhi peserta supaya makan biskut ( barang amanah)
dan cuba merosakkan bendera peserta
*** Sepanjang perjalanan peserta dikehendaki menyanyikan lagu yang
mereka cipta dengan penuh semangat
Check-Point 4
1. Fasi akan memeriksa barang amanah dan bendera setiap kumpulan
2. Bagi yang telah kehilangan barang amanah atau bendera akan didenda
3. Antara dendanya :
a. Bawa batu sepanjang perjalanan
b. Tidak boleh membawa bendera – sebab : Mereka dianggap telah
terkorban
4. Brain wash peserta supaya berani mengharungi air
*** Di sini peserta tidak memberitahu tentang amanah yang diberi
ULASAN : Setiap orang harus mempunyai rasa tanggungjawab ke atas rakan-rakan mereka
yang lain
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”
Melatih sifat kerjasama secara berkumpulan
Menguji ketahanan minda dan fizikal
Beramanah dengan apa yang diamanahkan
48
AAKKAANN KKUU KKEENNAANNGG
MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Kertas warna
Gam
Gunting
OBJEKTIF :
Mewujudkan pelajar yang tahu menghargai orang lain
Melahirkan dan menimbulkan rasa kemesraan di kalangan peserta dengan
fasilitator dan peserta dengan peserta
MODUS OPERANDI :
Peserta diberikan kertas warna, gunting dan gam
Peserta diminta menghasilkan cenderamata kreatif dalam bentuk kad/penanda
buku dll yang mengandungi kata-kata positif/ dorongan/ penghargaan dll
Peserta akan menyerahkan kepada rakan mereka/fasilitator hasil yang telah siap
ULASAN :
Setiap orang perlu menghargai diri, sahabat, ibu bapa dan orang lain yang
menyambung silaturrahim dengan mereka
Cara untuk menghargai tidak hanya melalui pemberian sebaliknya juga kasih
sayang, layanan yang baik, pertolongan di kala susah dan lain-lain
Ganjaran yang besar bagi mereka yang menyambung silaturrahim sebaliknya
mereka yang memutuskan silaturrahim akan menderita di dunia dan akhirat
Golongan mukmin itu mempunyai pertalian saudara dalam agama iaitu akidah
Islam yang menyatukan manusia dengan penyembahan yang Satu iaitu Allah s.w.t
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
49
PPOOHHOONN HH IIJJAAUU MASA : 30 Minit
PERALATAN / BAHAN : Kertas A4
OBJEKTIF : Mengenal watak dan perilaku ahli lain
Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok
Mencari sifat sebenar ahli kelompok
Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli
kelompok.
MODUS OPERANDI : Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,
pisang, kelapa sawit dan salak.
Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat
yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.
Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.
Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.
ULASAN : Manusia kalu tidak ada sifat muhasabah maka ia akan jadi mcm pokok yg tidak
subur dan tidak mengeluarkan hasil.
Pokok yg tidak diberi baja, tidak di jaga, dan tidak disiram pun akan mati, inikan
pula manusia yg ada lebih lagi dari itu.
Setiap anggota pohon tersebut ada fungsi dan peranannya
Semua tumbuhan sujud dan sentiasa berzikir kpd Tuhan, tapi manusia ramai yg
disebaliknya.
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
50
TTHHRROOUUGGHH YYOOUURR EEYYEESS MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Cermin
Sejadah
Kotak
OBJEKTIF :
Memberi kesedaran kepentingan muhasabah diri
Menggalakkan peserta supaya sentiasa meningkatkan amalan diri
Melatih peserta berahsia tentang perkara yang sepatutnya berkaitan diri
MODUS OPERANDI :
Fasilitator akan memberitahukan pelajar tentang kotak misteri dan fungsinya (di
mana pelajar boleh melihat seseorang atau benda yg paling disayangi di dunia
ini)
Fasilitator memberitahu kepada pelajar bahawa terdapat beberapa peraturan
iaitu pelajar boleh melihat dan tidak dibenarkan menceritakan pada orang lain
apa yang dilihat (komunikasi dielakkan)
Selepas semua pelajar bergilir melihat cermin tersebut, fasi akan meminta apa
yang dilihat dan bertanyakan pandangan dari pelajar tentang apa yang dilihat
Fasilitator akan memberikan huraian dan kesimpulan dari aktiviti yang dijalankan
ULASAN :
Manusia perlu muhasabah dirinya sentiasa
Kita perlu menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri dan
menggunakannya pada tempat yang betul
Setiap kejadian ada hikmah dan manfaatnya yang perlu difikirkan dan diambil
iktibar dan panduan hidup pada masa akan datang
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
51
TTUUGGAASS SSIIAAPPAAKKAAHH II TTUU??
MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Petikan kisah ‘Tugas Siapakah Itu?’
OBJEKTIF :
Menguji kebijaksanaan peserta untuk menyelesaikan masalah yang diberikan
Menguji kefahaman peserta tentang konsep hidup berjemaah/ berkumpulan
Memberi pendedahan kpd peserta tentang konsep kebersamaan dalam tindakan
MODUS OPERANDI :
Fasilitator wajib memberi kesedaran kepada peserta yang mereka berada dalam
satu kumpulan dan masih terikat dengan protokol-protokol berkumpulan
Fasilitator diminta untuk membaca kisah “Tugas Siapakah Itu?” kepada peserta
sebanyak tiga kali sahaja berturut-turut
Minta peserta selesaikan masalah yang diberikan bersama hujah
Selepas 5 minit, sekiranya peserta masih menghadapi kesulitan dlm menyelesaikan
masalah itu, minta ketua kump. bacakan kisah itu kpd anak buah (sekali shj)
Pastikan semua fasilitator faham yang modul ini tidak berhajat sangat kepada
jawapan. Tetapi yang lebih diutamakan ialah bagaimana peserta berhujah,
berbincang dan cara untuk mencari jalan penyelesaian
ULASAN :
Apabila diberi sesuatu arahan atau tugasan, pastikan ia diteliti dan dikaji terlebih
dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan
Amalkan sikap berhati-hati sebelum bertindak
Pastikan sebelum membuat apa-apa keputusan, ianya berbincang terlebih dahulu
dgn org yg betu-betul berhak (ketua+ahli) krn ini sebahagian drpd protokol hidup
berkumpulan. Bukannya terus memberi makluman tanpa sebarang perbincangan
Sesuatu masalah yg rumit boleh dirungkaikan menjadi mudah. Terpulang kepada
kepandaian menggunakan kebijaksanaan akal anugerah Alah kepada kita
Orang yang suka “membuat keputusan sendiri” akan memberi masalah yg besar
kepada sesebuah organisasi sekiranya dia terlibat secara langsung di dalamnya
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
52
PPOOTTRREETT DD IIRR II MASA : 15 minit hingga 30 minit
PERALATAN / BAHAN :
Borang soal selidik persoanliti dan kendiri pelajar
OBJEKTIF :
Menggalakkan peserta menyatakan secara terbuka pendapat tentang diri sendiri
Meminta peserta menanamkan harapan pada diri sendiri
Memupuk sifat menyayangi diri dan menghargai diri
MODUS OPERANDI :
Minta peserta isikan barang yang disediakan dengan penuh keikhlasan tanpa
peniruan atau perbincangan oleh sahabat lain
ULASAN :
Sentiasa meminta pendapat dari orang lain tentang diri kita tetapi jarang untuk
bermuhasabah dalam diri sendiri.
Kadangkala kita terlupa untuk menghargai dan menyayangi diri sendiri
Meletakkan diri sebagai orang pertama yang disayangi agar menjadi permulaan
diri kita untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
53
POTRET DIRI
SUDUT PENILAIAN KOMENTAR YANG MEMBINA DAN IKHLAS BUAT DIRIKU
SIKAP
PERSONALITI
GAYA PERTUTURAN
PERGAULAN
KEBOLEHAN MEMBERI PENDAPAT
BAKAT KEPIMPINAN
PENGHAYATAN ISLAM DALAM DIRI
PAKAIAN
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
SOSIALISASI DENGAN MANUSIA
PERBELANJAAN HARTA
TAHAP PENGUASAAN ILMU AGAMA
MOTIVASI BELAJAR
54
LLEENNAA DDIIUULL IITT IINNTTAANN MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Kertas A4
OBJEKTIF :
Memberi kesedaran kepentingan muhasabah diri
Menggalakkan peserta supaya sentiasa meningkatkan amalan diri
Melatih peserta berahsia tentang perkara yang sepatutnya berkaitan diri
MODUS OPERANDI :
Fasilitator meminta pelajar menyediakan satu pengiraan tentang perbelanjaan
yang telah dikeluarkan oleh ibubapa sejak pelajar dilahirkan sehingga sekarang
(ringkas)
Kata-kata penghargaan kepada ibu bapa serta azam mereka di dalam
pencapaian SPM dan hala tuju mereka di masa depan
Draf perbelanjaan, kata-kata penghargaan, azam dan matlamat mereka itu
hendaklah ditulis di atas sehelai kertas dan ditanda tangani oleh pelajar tersebut
(sertakan tempat dan tarikh)
Para fasilitator meminta pelajar renungkan kepayahan ibu bapa menyediakan
perbelanjaan tersebut
ULASAN :
Kita perlu mengambil iktibar ke atas pengorbanan ibu bapa
Segala harta di dunia masih tidak dapat menyamai jasa dan pengorbanan ibu
bapa
Tanpa ibu bapa siapalah kita
Syurga di bawah tapak kaki ibu
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
55
MMEENNIITT II KKEETTEENNAANNGGAANN MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Radio
Penyapu
Bulu ayam
OBJEKTIF :
Menguji tahap kepekaan pelajar
Meransang kekuatan jiwa dan emosi pelajar
Melatih pelajar supaya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
MODUS OPERANDI :
Para peserta akan dikumpulkan di satu tempat (lakukan aktiviti-aktiviti ringkas yang
akan dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator
Dalam masa yang sama beberapa orang fasilitator akan mengkucar-kacirkan
dewan
Tiga hingga lima orang peserta akan dipanggil secara berasingan dari kumpulan
besar untuk satu taklimat khas
Selepas 15 hingga 30 minit, semua peserta akan dipanggil masuk ke dewan
Arahan untuk semua peserta supaya mengemaskan dewan kepada keadaan asal
(keadaan dewan samar-samar)
Semasa mengemas dewan, lagu-lagu akan dimainkan bermula dengan lagu
nasyid diikuti dengan lagu rock yang perlahan seterusnya yang rancak
Peserta yang diberi taklimat khas akan memainkan peranan dengan mengajak
sahabat-sahabat lain untuk menari mengikut alunan muzik
Apabila keadaan tidak terkawal lagu akan ditukar kepada lagu keinsafan. Ada
pelajar yang akan terus mengajak sahabat-sahabat menari dan akan ada
sahabat yang menyuruh sahabat-sahabat lain berhenti
MODUL UMUM ( Koreksi Diri )
56
ULASAN :
Para pelajar harus bijak membaca situasi
Jangan terlalu mengikut perasaan atau terpengaruh dengan rakan sebaya,
persekitaran dan lain-lain
Harus sentiasa fikir ke hadapan untuk membina personaliti yang positif dari semasa
ke semasa
Sentiasa mengamalkan zikrullah agar tidak mudah lalai dalam mana-mana situasi
mahupun tempat sebaliknya sentiasa dilindungi dari kejahatan
Pelajar perlu bijak membawa diri dalam menghadapi arus kemodenan