Modul RBT3108 2013

download Modul RBT3108 2013

of 170

Transcript of Modul RBT3108 2013

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    1/170

    Nama Kursus : PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAHKod : RBT3108

    Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.

    INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

    JUMLAHJAM

    MENGIKUTPRO FORMA

    KURSUS

    1

    Pengenalan

    pentaksiran dan

    penilaian

    Konsep pentaksiran dan penilaian

    Perundangan dan kesaksamaandalam Pentaksiran (Prosedur

    penilaian)

    1

    Pengujian,

    pengukuran dan

    penilaian

    Definisi pengujian, pengukuran danpenilaian

    Penilaian dan proses pengajaran-pembelajaran

    - Penilaian pencapaian- Penilaian pembelajaran- Perbandingan rujukan norma- Perbandingan rujukan kriteria- Penilaian terkawal- Penilaian tidak terkawal

    Jenis-jenis penilaian- Penilaian formatif- Penilaian sumatif- Penilaian diagnostik- Ujian penempatan atau pra-

    kelayakan- Penilaian ujian piawai

    (scholastic aptitude)

    Penilaian alternatif- Penilaian portfolio- Penilaian berasaskan

    ketrampilan

    Kaedah penilaianberasaskanKetrampilan

    - Penilaian berasaskan projek Pentaksiran bagi kerja

    kursusberasaskan sekolah

    Modul pentaksiran kerjakursus

    8

    AGIHAN TAJUK

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    2/170

    INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

    JUMLAHJAM

    MENGIKUTPRO FORMA

    KURSUS Pelaporan

    Kaedah pemarkahan

    2

    Kesahan dankebolehpercayaanpentaksiran

    Matlamat pendidikan, hasilpembelajaran dan pentaksiran

    Kesahan pentaksiran- Kesahan muka- Kesahan kandungan- Kesahan ramalan- Kesahan serentak- Kesahan gagasan

    Kebolehpercayaan- Uji dan uji semula- Ujian setara

    - Ujian belahan dua- Kaedah Kuder Richardson- Alfa Cronbach- Antara pemeriksa dan antara

    pemerhati (inter-rater)- Faktor mempengaruhi

    kebolehpercayaan

    6

    Kaedah menilai dan

    mentaksir

    pengetahuan dan

    kemahiran bagi

    mata pelajaran

    Reka Bentuk dan

    Teknologi Seko lah

    Rendah

    Penilaian secara ujian bertulis- Ujian objektif dan ujian subjektif- Tujuan ujian- Langkah-langkah dan peraturan

    Penilaian melalui pemerhatian

    - Kepentingan penilaian melaluipemerhatian

    - Jenis-jenis alat pemerhatian- Rekod anekdot (peristiwa)- Senarai semak- Skala kadar- Carta penyertaan

    Peraturan pemarkahan berasaskanrubrik

    - Definisi- Tujuan- Ciri-ciri rubrik

    - Jenis-jenis rubrik- Penilaian konsep berasaskan rubrik- Penilaian proses berasaskan rubrik- Penilaian produk berasaskan rubrik- Kebaikan penilaian berasaskan

    rubrik

    6

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    3/170

    INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

    JUMLAHJAM

    MENGIKUTPRO FORMA

    KURSUS

    Pembentukan dan

    pelaksanaan ujian

    Pentadbiran dan pemeriksaan ujian

    1

    3

    Perancangan

    pentaksiran bagi

    mata pelajaran

    Reka Bentuk danTeknologi Sekolah

    Rendah

    Prosedur- Menentukan objektif ujian- Membentuk Jadual Spesifikasi

    Ujian- Menentukan bilangan item- Memilih reka bentuk item- Meninggikan mutu ujian- Mengulang kaji dan

    menyunting item

    - Menyediakan ujian untukdigunakan

    - Percubaan ujian- Menjalankan ujian

    Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

    Konstruk dalam JSU- Konstruk pengetahuan- Konstruk kemahiran- Konstruk nilai

    Aras kesukaran soalan

    5

    4

    Pembinaan item

    ujian

    Item objektif Item esei

    Item struktur

    3

    Analisis item ujian

    Aras kesukaran item

    Aras diskriminasi item

    Langkah penganalisisan item

    Kriteria untuk item yang sesuai

    Pemilihan item mengikut araskesukaran

    Pemilihan item mengikut indeksdiskriminasi

    Prosedur analisis bagi item esei

    3

    5

    Statistik asas

    dalam pentaksiran

    dan penilaian

    Statistik asas- Taburan markah, data kelompok,

    gambaran grafik, lengkung,taburan normal, pangkatan,ukuran kecenderungan memusat,

    julat, kuartil, sisihan piawai,varians, skor z dan skor T.

    Pemarkahan dan pemeringkatan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    4/170

    INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

    JUMLAHJAM

    MENGIKUTPRO FORMA

    KURSUS- skor kuantitatif

    - skor kualitatif

    Pentafsiran markah

    dan laporan

    pentaksiran

    Kegunaan min, median dan mod

    Tafsiran taburan

    Tafsiran sisihan piawai

    Gred norma

    Persentil

    Skor Z

    Skor T

    Pemarkahan

    Fungsi sistem gred

    Jenis markah dan laporan

    Pemberian gred abjad

    Laporan

    9

    JUMLAH 45

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    5/170

    Sipnosis

    Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran

    Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga merupakan pengenalan

    kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-

    dua aspek ini serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian.

    2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian.

    3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran.

    4. Mengenal pasti prosedur penilaian.

    .

    Kerangka Tajuk 1

    TAJUK 1 Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian

    Pengenalan pentaksiran dan penilaian

    Definisi konsep

    pentaksiran

    Definisi konsep

    penilaian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    6/170

    Prosedurpenilaian

    Hubunganpentaksiran dengan

    penilaian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    7/170

    Kandungan Isi

    1.1Konsep pentaksiran dan penilaian

    1.1.1 Definisi dan konsep pentaksiran.

    Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda

    dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di

    atas.

    Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua

    istilah yang boleh saling ditukarganti. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud

    pentaksiran dan penilaian berikut.

    Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda

    gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    8/170

    Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and use of

    information to help teachers make better decisions.

    .the total sets of information gathered about students in the classroom.

    Banks 2005

    proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat

    keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.

    (Mohamad Sahari, 2004)

    Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

    McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula

    mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut:

    Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam

    pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini bermakna

    ada aktiviti menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir.

    Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari (2002) merangkumkan kedua-

    dua definisi Banks dan McMillan:

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    9/170

    Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir.

    Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod,

    menghurai, menganalisis, menterjemah dan mentafsir maklumat bertujuan membantu

    pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan pembelajaran dan pengajaran yang

    berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah

    untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

    Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting

    yang terkandung dalam pentaksiran. Tujuan umum pentaksiran di bilik darjah ialah untuk

    membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi

    mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang dapat memberikan

    satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang mampu

    memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan nilai

    kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian

    kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-

    maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu memperkukuhkan proses

    pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara berterusan. Jika diteliti, seiring

    dengan matlamat pentaksiran, pentaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah

    pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    10/170

    Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita

    harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti.

    Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang

    berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktiviti-

    aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

    1.1.2 Definisi dan konsep penilaian

    Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses

    mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

    mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang

    perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu

    program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang

    membolehkan seseorang membuat keputusan.

    Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar seperti

    Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada

    asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik

    melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi

    pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

    Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara

    ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

    Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih

    dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan

    pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh

    secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang

    dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    11/170

    the specific process of describing and making judgments about assessments.

    (Banks., 2005)

    satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah

    dicapai oleh para pelajar.

    cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering

    dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap projek, kajian kes, portfolio, kerja kursus,

    dan buku skrap pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan

    maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal,

    pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin

    dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan

    rapuh.

    Menurut Banks pula, penilaian ialah......

    Gronlund (1981 dalam Mokhtar, 1995) menterjemah maksud penilaian sebagai;

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    12/170

    an interpretation of what has been gathered through measurement, in which

    value judgments are made about performance.

    McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan;

    Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa

    mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang

    telah ditetapkan itu telah tercapai.

    Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk

    menentukan sejauhmana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga

    merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan

    membuat pertimbangan nilai.

    1.2Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

    Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan

    bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat

    membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan itulah dia

    penilaian.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    13/170

    Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah

    yang dibina oleh Banks (2005).

    Rajah 1.1: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian

    Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang merangkumi aktiviti

    penilaian.

    Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa perlu kita

    berbuat demikian?

    1.3 Prosedur penilaian

    Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan

    dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang

    dihuraikan secara ringkas seperti Rajah 1.2 di bawah.

    Pentaksiran

    Penilaian Pentaksiran tidak formal

    Peringkat Persediaan Ujian

    Peringkat PentadbiranUjian

    Peringkat Pemeriksaan dan

    Pengukuran

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    14/170

    Rajah 1.2: Prosedur penilaian

    Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti

    utama dalam aktiviti penilaian.

    Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian, pengukuran

    dan pengujian.

    Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

    .

    Peringkat Analisis Ukuran

    Peringkat Interpretasi dan Tindakan

    Susulan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    15/170

    .

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    16/170

    Sipnosis

    Tajuk ini menjelaskan tentang definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. Pelbagai

    jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

    darjah juga turut didedahkan dalam tajuk ini.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1. Menjelaskan definisi pengujian, pengukuran dan penilaian.

    2. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian.

    3. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.

    4. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    5. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan kemahiran

    bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

    Kerangka Tajuk 2

    TAJUK 2 Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

    Pengujian, Pengukuran

    dan Penilaian

    Definisi pengujian, pengukuran dan

    penilaian

    Penilaian dan proses pengajaran-

    pembelajaran

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    17/170

    Kandungan Isi

    Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan daripada

    mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut :

    i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran dapenilaian?

    ii. Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian?

    iii. Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu.

    2.1Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

    Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? Mari kita teliti

    maksud terminologi di bawah.

    Pengujian ialah:

    pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk

    memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait

    seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.

    Jenis-jenis penilaian

    Penilaian alternatif

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    18/170

    (Mokhtar,1995)

    Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai:

    satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan

    memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu sistem

    berkategori

    Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

    supaya pemerhatian tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu mata

    pelajaran di sekolah. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur

    penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

    Menurut Milagros (1981 dalam Raminah, 1991);

    Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

    diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

    Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk

    membuat penilaian atau pengadilan.

    Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan

    sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk menunjukkan tahap

    penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan murid

    biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    19/170

    Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

    mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran

    di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang

    bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya

    dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

    dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan

    menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian

    menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai

    murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    20/170

    Apa pula yang dimaksudkan dengan pengukuran? Kumpul 5 pengertian

    pengukuran daripada sumber yang berbeza. Kongsi dengan rakan-rakan

    anda.

    Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan tahap

    sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu. Menurut Aziz dan Mohd Isha (2008) pula,

    pengukuran bermaksud suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau

    melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang

    diukur dengan menggunakan instrumen. Reynolds, Livingston dan Wilson (2010)

    mengutarakan pengertian pengukuran yang selari dengan pengkaji-pengkaji lain.

    Menurut mereka,

    Measurement is a set of rules for assigning numbers to represent objects, traits,

    attributes, or behaviors.

    Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombor-

    nombor diberi (biasanya dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri

    atau atribut seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukun-rukun tertentu.Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat

    antara orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu.

    Kumpul maklumat dari internet berkaitan pengertian penilaian. Buat nota

    pendek daripada setiap pengertian. Bawa ke kelas untuk dibincangkan.

    Penilaian ialah .

    Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda.

    (Mokhtar, 1995)

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    21/170

    Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran

    telah dicapai oleh para murid.

    (Mokhtarl, 1995)

    Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian

    bersama-sama dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya. Dalam hal ini,

    terdapat dua aspek yang penting dalam penilaian iaitu proses sistematik di mana

    terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan terdapat objektif pengajaran yang telah

    dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi Popham (1975) penilaian pendidikan mencakupi

    aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha

    pengajaran yang ditentukan. Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan

    menggunakan maklumat atau data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-duanya

    sekali. Bolehkah anda fikirkan contoh bagi penilaian ini?

    Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses yang

    penting dalam mengesan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Maka,

    kemahiran menghasilkan instrumen pengujian, pengukuran dan penilaian yang baik

    memainkan peranan yang penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran.

    Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman web

    seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

    2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

    2.2.1 Penilaian pencapaian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    22/170

    Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan pada

    setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Penilaian ini dijalankan dalam

    bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber maklum balas pencapaian

    objektif pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian murid.

    2.2.2 Penilaian pembelajaran

    Penilaian pembelajaran merupakan satu penilaian yang dijalankan sepanjang

    masa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Penilaian ini membolehkan

    guru mendapatkan pengetahuan tentang pencapaian murid dalam perkara

    yang telah diajar untuk setiap hari atau sepajang hari agar dapat mengambil

    tindakan untuk mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini merangkumi aktiviti

    mendapat maklumat melalui soalan murid dan membuat perbandingan

    daripada kerja atau latihan murid semasa pembelajaran dan pengajaran itu

    berlaku.

    Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan. Pertama

    kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja. Murid perlu diberi

    balik kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau ilmu pengetahuan telah

    dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru perlu menjalankan kerja-kerja

    pemulihan sebaik sahaja kerja murid dikembalikan.

    2.2.3 Perbandingan rujukan norma

    Perbandingan rujukan norma digunakan sekiranya guru ingin

    membandingkan prestasi pencapaian individu murid dengan prestasi

    pencapaian murid lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau

    kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    23/170

    ditekankan adalah apakah murid A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan

    rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan

    pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

    Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada murid sudah

    menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian

    rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk

    memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang murid dengan

    murid lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran

    ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta

    tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50

    peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi

    antara murid pandai dan murid lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya,

    ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai

    asas perbandingan pencapaian antara murid.

    Perbandingan rujukan norma juga membawa pengertian membuat

    perbandingan di antara murid yang dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang samaseperti umur atau peringkat perkembangan yang sama.Ini bermakna sekiranya

    terdapat murid yang tidak dapat melakukan tingkah laku seperti sebahagian

    besar murid lain, maka dia dikategorikan lemah atau di bawah pencapaian

    norma. Contohnya sebilangan besar murid yang berumur 6 tahun telah boleh

    membaca semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seorang murid yang sama

    umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap berada di bawah

    pencapaian norma.

    Popham (1981) menjelaskan.............

    Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    24/170

    berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan.

    Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik tetapi

    tidak memberi satu gambaran yang terperinci seperti kemahiran seseorang

    murid. Kerja menghasilkan soalan ujian hendaklah diberi perhatian agar dapat

    menunjukkan perbezaan di antara murid-murid. Kesukaran soalan boleh

    dibahagikan kepada 25% yang sukar dan 25% yang senang di mana 50% soalan

    yang sederhana sukar. Dengan ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan

    dengan betul daripada 60 soalan dalam sesuatu ujian dan skor mentah murid ini

    ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid ini dalam pangkat

    peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan murid lain sebagai norma.

    Hasil rujukan ini memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 dari jadual

    norma, maka prestasi murid tersebut dikatakan berprestasi melebihi atau

    menyamai 82 peratus daripada murid lain dalam kumpulan norma.

    2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria

    Perbandingan rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin

    membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria

    yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada

    seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran

    yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan

    seseorang murid berbanding dengan murid lain.

    Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kandungan pelajaran yang

    berbentuk kumulatif iaitu murid perlu menguasai setiap unit sebelum unit

    berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak

    semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang

    digunakan tidak semestinya kandungan sesuatu pelajaran yang hanya

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    25/170

    diperoleh pada akhir semester. Guru boleh menggunakan kriteria

    berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, guru perlu

    membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada

    seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-

    soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi

    dengan objektif pembelajaran.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    26/170

    Jadual 2.1 di bawah menjelaskan perbandingan antara Penilaian Rujukan

    Norma dengan Penilaian Rujukan Kriteria.

    Jadual 2.1 Perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma danPenilaian Rujukan Kriteria

    Dimensi Ciri Rujukan Norma Rujukan Kriteria

    Matlamat Membandingkan prestasiseseorang pelajardengan pelajar lain

    Membandingkan prestasiseorang pelajar dengankriteria piawai yangditetapkan.

    PembinaanSoalan

    Soalan menggalakkankepelbagaian. Soalanmenggunakan pengacauterbaik

    Soalan memberi tumpuankepada kriteria tingkahlaku yang diuji.Menumpukan kepadapengenalpastian tingkahlaku.

    KandunganUjian

    Cetek, kebiasaannya 1atau 2 soalan setiapobjektif

    Mendalam, banyaksoalan bagi setiapobjektif

    KepelbagaianKandungan

    Semakin pelbagai soalanujian semakin baik

    Kepelbagaian soalanujian adalah minimum

    Pelaporan danPentafsiran

    Persentil dan skor piawai Bilangan lulus atau gagalserta julat prestasi yang

    boleh diterima

    Renung sejenak !

    Apakah perbezaan utama antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria?

    2.2.5 Penilaian terkawal

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    27/170

    Penilaian terkawal merujuk kepada penilaian di mana murid-murid diberi

    masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama,

    menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama, menjawab

    dalam bentuk dan pada kertas yang serupa dan diawasi sepanjang masa

    oleh pengawas. Penilaian ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang

    berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran.

    2.2.6 Penilaian tidak terkawal

    Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran serta berlaku dalam keadaan sebenarnya dan semasa

    perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni

    yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan secara terkawal. Maka

    guru perlu bersifat bersedia dan sensitif kepada keadaan yang boleh

    menjadi sumber penilaian tidak terkawal.

    2.3 Jenis-jenis penilaian

    Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat

    berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,

    sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Justeru ujian yang dibina

    perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.

    Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan

    pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

    2.3.1 Penilaian Formatif

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    28/170

    Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang

    dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian

    formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap

    unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit

    pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi

    tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan murid dapat

    dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada murid telah

    bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan

    rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid

    untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif banyak digunakan di

    sekolah-sekolah.

    Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan

    diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit pelajaran, pelaporan

    penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai

    atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian

    formatif tidak sesuai digred.

    2.3.2 Penilaian Sumatif

    Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap

    penguasaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Penilaian

    sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester. Contoh

    penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan

    penilaian sumatif dibuat pada akhir semester, skor-skor dari

    penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan

    kemajuan murid daripada memperbaiki kelemahan awal

    pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor penilaian sumatif

    banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan murid.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    29/170

    Kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada

    pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding

    dengan penilaian sumatif?

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    30/170

    2.3.3 Penilaian Diagnostik

    Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada

    murid sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya

    murid belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan

    murid agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh

    dilakukan. Penilaian diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran

    pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat diperbaiki

    melalui penilaian formatif. Matlamatnya adalah untuk menentukan punca

    masalah pembelajaran dan menyediakan perancangan untuk tindakan

    pemulihannya.

    2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan

    Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama

    ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan

    minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Antara tujuan

    lain ujian ini diadakan ialah bagi menempatkan murid pada peringkat

    pelajaran yang sesuai dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pelajaran.

    Selain itu. penempatan dilakukan supaya tindakan susulan dapat dibuat

    agar murid diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai. Jenis ujian

    penempatan yang biasa dijalankan di sekolah ialah ujian pencapaian atau

    ujian sumatif

    Empat jenis penempatan yang dijalankan ialah :

    a. penempatan murid ke sekolah yang berlainan seperti sekolah

    vokasional atau sekolah biasa

    b. murid dimasukkan ke aliran sains atau sastera

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    31/170

    c. murid dimasukkan ke dalam darjah yang berlainan mengikut

    kemampuan murid

    d. murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam satu bilik

    darjah dan guru terpaksa menggunakan pelbagai strategi

    pengajaran apabila mengendalikan darjahnya.

    2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude)

    Ujian piawai merupakan ujian yang diselaraskan secara bersama dari

    peringkat merancang, mengubal dan mentadbir ujian serta menyemak

    jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya oleh satu

    organisasi tertentu. Ujian ini direkabentuk untuk meramal penguasaan

    murid dalam aktiviti tertentu pada masa hadapan. Ujian ini juga

    digunakan untuk mengukur kebolehan murid terhadap pengetahuan atau

    kemahiran yang telah dipelajari. Maklumat dari ujian ini berguna dalam

    menentukan kesediaan belajar murid, pengajaran secara individu,

    membentuk kumpulan dalam bilik darjah, mengenal pasti murid yang

    lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran, dan membantu murid

    dalam perancangan pelajaran dan vokasional. Contoh ujian piawai ialah

    ujian bakat dan ujian kecerdasan.

    2.4 Penilaian alternatif

    Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu

    alternatif kepada pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil.

    Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil

    pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid. Antara penilaian alternatif ini adalah

    penilaian terhadap portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian

    berasakan projek. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    32/170

    pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran melalui portfolio yang disediakan

    oleh murid. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran

    khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.

    2.4.1 Penilaian portfolio

    Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul

    dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang

    dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan

    konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan

    lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk

    menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

    Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan

    perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses

    pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman

    dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta

    pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

    Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid mendokumentasi

    kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman

    sewaktu menyempurnakan tugasan, menggalakkan murid menyemak

    dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik dan

    menyediakan ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan

    matlamat peribadi.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    33/170

    Ciri-ciri Portfolio

    a. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu rasional,

    matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

    b. Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik. Ini adalah

    kaedah konkrit untuk murid menghasilkan kerja melalui

    pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-

    kerja lapangan.

    c. Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru seperti

    ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi

    dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

    d. Membuat catatan pembimbing yang membantu murid merenung dan

    membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan

    susulan.

    e. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama

    dengan murid sebagai penggalak kepada murid untuk mengambil

    bahagian secara aktif.

    Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

    Sesebuah portfolio mengandungi:

    a. senarai semak yang disediakan oleh guru

    b. nota-nota yang disediakan oleh guru

    c. catatan jurnal

    d. buku log

    e. refleksi kendiri murid

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    34/170

    f. gambar dan foto

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    35/170

    Kebaikan Penilaian Portfolio

    a. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan

    pembelajaran

    b. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian

    murid

    c. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid

    d. Dapat memotivasikan murid dan meningkatkan tahap kefahaman

    kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

    2.4.2 Penilaian berasaskan keterampilan

    Penilaian berasaskan keterampilan merupakan satu penilaian yang

    melibatkan proses melaksanakan sesuatu tugasan atau menghasilkan

    sesuatu produk. Penilaian ini melibatkan murid menunjukkan

    kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberi jawapan yangtepat atau satu hasil produk yang baik. Penilaian ini juga merupakan satu

    bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang

    penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif

    mereka. Kriteria penilaian ditetapkan bersama-sama dengan murid.

    Penilaian berasaskan keterampilan juga merupakan proses mengumpul

    bukti dan membuat pertimbangan tentang sama ada kompetensi telahdicapai. Ini bagi mengesahkan sama ada seorang murid dapat

    melaksanakan jangkaan standard yang telah ditetapkan.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    36/170

    2.4.3 Penilaian berasaskan projek

    Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-

    aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar

    cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Penilaian ini melibatkan banyak

    gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat siasatan,

    dan membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu.

    Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projek

    a. Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka

    bentuk sama ada lisan, visual atau kinestetik

    b. Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjang

    c. Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam

    situasi sebenar

    d. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila

    tidak mendapat jawapan yang benar

    e. Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek

    secara koperatif

    f. Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau

    berpasukan

    g. Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai

    pembelajaran

    Peringkat-peringkat pelaksanaan projek

    1. Sebelum pelaksanaan projek

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    37/170

    Dapatkan panduan dari guru

    Kenalpasti masalah dan tajuk

    Tinjau projek lepas untuk rujukan

    Bentuk pasukan dan pembahagian tugas

    2. Semasa pelaksanaan projek

    Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan

    Kenal pasti skop dan urutan

    Sediakan jadual pelaksanaan projek

    Tentukan punca maklumat

    Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data

    Penambahbaikan dan penilaian berterusan

    Sediakan laporan projek

    Bentangkan dapatan/ hasil

    3. Selepas pelaksanaan projek

    i. Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan,

    pelaksanaan atau proses, dan projek yang dihasilkan mempunyai

    kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan

    ii. Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan,

    kelemahan dan cadangan mengatasi

    iii. Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan

    kemahiran

    iv. Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah

    v. Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

    Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:

    1. Fasa 1

    Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti

    sama ada secara formal seperti pra-pentaksiran bertulis mahu

    pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    38/170

    topik projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas

    pengetahuan amat penting. Penilaian ke atas maklumat sedia

    ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    39/170

    2. Fasa 2

    Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai

    semak dan skala kadar memberi maklum balas bernilai kepada

    murid mengenai pembelajaran dan kemajuan projek mereka.

    Rubrik pemarkahan boleh membantu murid-murid menilai

    kemajuan perancangan projek sementara bagi guru pula menjadi

    rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap

    pencapaian dan kemajuan.

    3. Fasa 3

    Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat

    memberikan maklumat bernilai mengenai hasil projek dan dalam

    membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang

    sesuai juga dapat membantu memberikan maklum balas tentang

    kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang.

    2.4.4 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah

    Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan,

    kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil

    pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen

    penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian,

    menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan

    susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini

    dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

    PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid

    dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik

    bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini

    memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan

    memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    40/170

    tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti

    kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

    PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang

    perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui

    penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan

    yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam

    pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

    Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan

    penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang

    pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat

    saling melengkapi dalam sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk

    mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di

    samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

    Melalui PBS guru akan dapat:

    a. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

    b. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

    pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

    c. mengetahui keberkesanan pengajarannya;

    d. merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

    e. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

    CiriI-Ciri Penilaian Berasakan Sekolah

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    41/170

    PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat

    membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal

    pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak

    terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah

    menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan

    susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan

    kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh

    pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

    PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:

    i. dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiri

    ii. berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai menilai

    berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan

    iii. berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara

    berterusan dalam mengesan perkembangan, kemajuan dan

    pencapaian murid

    iv. menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan,

    penulisan dan sebagainya

    v. mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari

    aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

    vi. menekankan perkembangan Individu berdasarkan kemampuan

    individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

    vii. bersistem yang melibatkan proses merancang, menentukan

    instrumen, melaksana, menganalisis, merekod, melapor dan

    mengambil tindakan susulan

    viii. menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih menilai

    kemajuan sendiri secara berterusan dan guru mendapat

    maklumat tambahan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    42/170

    ix. membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi

    kelemahan pembelajaran dan mempertingkatkan kekuatan

    pembelajaran murid.

    Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

    menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

    1. Pengertian bagi konsep-konsep berikut:

    a. Pengujian

    b. Pengukuran

    c. Penilaian

    2. Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.

    3. Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat dilaksanakan dalam

    penilaian kerja kursus Reka Bentuk Teknologi?

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    43/170

    Sinopsis

    Tajuk ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian,

    penggunaan dan interprestasi data. Analisis Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks

    Kesahan Ujian perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi

    sesuatu tujuan tertentu.

    Hasil Pembelajaran:

    1. Menerangkan maksud kesahan pentaksiran

    2. Menerangkan maksud kebolehpercayaan pentaksiran3. Menjelaskan jenis-jenis kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

    4. Membandingkan antara pemeriksa dan pemerhati (inter-rater)

    Kerangka Tajuk 3

    TAJUK 3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Pentaksiran

    Kesahan dan kebolehpercayaan

    pentaksiran

    Jenis kesahan pentaksiran

    Matlamat pendidikan, hasil

    pembelajaran dan pentaksiran

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    44/170

    3.0 Ciri-Ciri Utama Ujian

    Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan

    membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu,

    pengujian dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi.

    Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahamidan mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan

    adalah:

    a. Kesahan

    b. Kebolehpercayaan

    c. Keobjektifan

    d. Kebolehtadbiran

    e. Kebolehtafsiran

    3.1 Definisi Kesahan Pentaksiran

    Antara pemeriksa dan antara

    pemerhati serta faktor

    mempengaruhi kebolehpercayaan

    Jenis kebolehpercayaan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    45/170

    Kesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat

    mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer,

    2004). Ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran amat penting supaya alat ukuran

    tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur.

    3.1.1 Jenis kesahan

    Mehrens dan Lehmann (1991) telah menyenaraikan empat jenis

    kesahan, iaitu:

    .

    a Kesahan kandungan

    Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat

    ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan.Kesahan kandungan adalah penting, terutama bagi ujian

    pencapaian, sebab markah yang diperoleh pelajar akan

    menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi kandungan

    pelajaran tertentu. Sekiranya soalan ujian tidak meliputi

    Kesahan ramalan Kesahan serentak

    Kesahan hubungan-kriteriaKesahan muka

    Kesahan gagasanKesahan kandungan

    JENIS KESAHAN

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    46/170

    secukupnya kandungan pelajaran tersebut, penilaian terhadap

    pencapaian pelajar menjadi tidak sah/bias.

    b. Kesahan gagasan/konstruk

    Kesahan gagasan/konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu

    alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu gagasan/konstruk

    berasas teori psikologi.

    c. Kesahan muka

    Kesahan muka bukanlah kesahan saperti definisinya yang kita

    fahami tetapi ia lebih kepada sesuatu alat ukuran nampak pada

    permukaan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini bermaksud

    sekali pandangan, nampak alat ukuran itu sah atau orang biasa /

    tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

    d. Kesahan hubungan kriteria

    Kesahan hubungan kriteria merujuk kepada sejauh mana

    sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai

    hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria). Ukuran

    luaran dibahagikan kepada dua jenis, satu ukuran serentak

    bermaksud apabila ukuran luar diambil serentak dengan ukuran

    alat. Kedua ukuran ramalan bermaksud apabila ukuran luaran

    diambil selepas ukuran alat. Daripada ukuran-ukuran luaran ini

    kita boleh mencari keesahan serentak dan kesahan ramalan

    saperti berikut:

    e. Kesahan Serentak

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    47/170

    Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat

    ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan

    dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak. Sebagai

    contoh sekiranya alat ukuran kecerdasan A menghasilkan skor

    yang mempunyai hubungan (pekali kolerasi tinggi) yang kuat

    dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan B, maka alat A

    dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Dengan ini

    alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur kecerdasan.

    f. Kesahan Ramalan

    Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat

    ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan

    dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian. Sebagai

    contoh sekiranya ujian percubaan Matematik menghasilkan

    markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred

    Matematik SPM, maka ujian Matematik percubaan dikatakan

    mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna

    pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramalkan

    keputusan SPM.

    Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi

    tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan

    ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    48/170

    Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Contoh, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita

    mengukur sikap Contoh, jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika

    diberi gred Contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan

    mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukurkemahiran mendengar

    3.1.2 Kebolehpercayaan Ujian

    Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam

    mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu

    gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai

    kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang

    menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai

    kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai

    kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.

    Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh

    dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang

    mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih

    kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan

    individu dalam kumpulannya.

    Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak

    sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang

    menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang

    dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan

    pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak.

    Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan

    yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan

    perubahan tidak sistematik.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    49/170

    Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi

    individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal

    dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua,

    variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas

    jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR

    pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak

    disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan

    kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan

    yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada

    sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad

    lebih terdedah kepada faktor peluang.

    Indeks Kebolehpercayaan

    Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan

    sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah

    korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh

    dengan menggunakan kaedah uji dan uji semula, kaedah bentuk

    setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji semula dibuat apabila

    guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang

    ditadbirkan kepada murid yang sama pada dua masa berlainan.

    Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set

    skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada murid

    pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru

    memperoleh dua set skor dari jawapan murid terhadap soalan

    bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian

    yang ditadbirkan pada murid. Sekurang-kurangnya indeks

    kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang

    dibina boleh dipercayai.

    Mempertingkatkan Kebolehpercayaan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    50/170

    Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan

    kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.

    a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.

    b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.

    c. Soalan hendaklah seragam (homogen).

    d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai,

    serupa dan terkawal.

    e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan

    soalan tidak jelas.

    f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab

    soalan.

    Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian.

    Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80

    peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat

    markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau

    selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat

    kebolehpercayaan. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor

    yang dihasilkan dari ujian tersebut. Namun kebolehpercayaan

    juga dipengaruhi oleh faktor seperti emosi, tempat ujian

    dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan

    item ujian.

    Jenis-Jenis Kebolehpercayaan

    a. Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran

    kebolehpercayan uji-uji semula (test-retest estimate of

    realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang

    sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama

    selepas ujian pertama di tadbirkan dan seterusnya

    mengira pekali korelasi Perason antara dua atau

    pasangan skor yang diperoleh setiap murid. Memberi

    gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk membuat

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    51/170

    generalisasi skor yang diperolehi murid sekiranya di ulang

    semula ujian yang sama.

    b. Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira

    dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi setara

    (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian,

    format soalan dan arahan menajwab serta min, varians

    dan interkolerasi skor) kepada kumpulan murid dan pada

    hari yang sama dan seterusnya mengira pekali korelasi

    Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi

    setiap murid.

    c. Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan ini akan memberi

    tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generlisasi

    skor yang akan diperolehi murid sekiranya mereka diberi

    ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian akan

    menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi

    soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian kedua di

    samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa

    yang panjang.

    d. Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan

    mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di lakukan dengan

    membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-

    separuh (split-half). Mengunakan rumus Kuder-Richardson

    dan kaedah Alpha Cronbach. Pengiraan akan

    menunjukkan hubungan atau korelasi antara setiap item

    dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman

    (homogeneity) antara item dalam sesuatu ujian.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    52/170

    e. Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan

    ukuran atau skor yang diberikan oleh dua atau lebih

    pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.

    Kebolehpercayaan pemeriksa akan memberikan tahap

    keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi

    bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa

    kepada murid adalah sama bagi menyeragamkan

    pemberian markah apabila skrip jawapan ujian diperiksa

    oleh ramai pemeriksa.

    Faktor-Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan

    a. Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat

    sekiranya ujian bertambah panjang.

    b. Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks

    kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan menjadi

    lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil

    ujian.

    c. Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan

    mewujudkan kumpulan yang heterogenous (berbeza) yang

    akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan.

    d. Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang

    jawapannya lebih objektif mempunyai indeks

    kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-

    item yang mempunyai jawapan yang lebih subjektif akan

    mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih

    rendah.

    3.1.3 Keobjektifan

    Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-

    pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    53/170

    skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling

    tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif

    dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan

    emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan,

    kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. Panduan

    Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk

    memastikan perbezaan pemarkahan di antara pemeriksa dapat di

    kurangkan.

    3.1.4 Kebolehtadbiran

    Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang

    terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan

    mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus.

    Pelaksanaan ujian juga memerlukan bilik darjah atau dewan

    peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk

    dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik

    darjah yang sistematik dan efisien, penghantaran dan pentadbiran

    kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas,

    pengawasan yang teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip

    jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi.

    Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang

    ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan

    turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan.

    Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding

    ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

    3.1.5 Kemudahtafsiran

    Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor,

    diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.

    Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar

    ianya memberi maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    54/170

    bermaksud hasilan dan keputusan ujian mudah diperolehi dan

    diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai:

    i. pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah

    ii. pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

    iii. kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang murid

    iv. kesesuaian strategi pengajaran

    v. kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar

    vi. kesesuaian aras kesukaran item ujian

    vii. membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yangdijalankan

    Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh

    ditukarkan kepada pernomboran statistik seperti purata (mean),

    sisihan piawai (standard deviaton), skor piawai z dan skor piawai

    T. Dan jika semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai

    mudahtafsiran.

    Alfa CronbachIndeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau

    keseragaman item atau soalan yang bukan berjawapan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    55/170

    dikotomi

    Indeks KesukaranIndeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu

    nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah

    calon atau markah purata dibahagikan dengan julat

    markah penuh

    Indeks DiskriminasiIndeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur

    perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai

    yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah

    yang menjawab soalan yang betul

    Indeks KebolehpercayaanIndeks untuk mengukur ketekalan ukuran-ukuran yang

    dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan

    mengunakan pekali korelasi Pearson (coefficient

    correlation), Kuder-Richardson atau Alpha Cronbach

    Indeks KesahanIndeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat

    mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut

    yang boleh dikira menggunakan pekali korelasi Pearson

    atau persamaan regresi

    Kesahan Konstruk/GagasanKesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat

    mengukur sesuatu konstruk tertentu

    Kesahan KandunganKesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan

    sukatan pelajaran yang telah diajar

    Kesahan KriteriaKesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai

    hubungan dengan ujian yang lain sama ada ujian yang

    ditadbirkan secara serentak atau kemudian

    Kesahan MukaKesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur

    sesuatu konstruk tertentu seperti yang dipersepsikan calon

    yang menduduki ujian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    56/170

    Sipnosis

    Tajuk ini mendedahkan pelbagai jenis penilaian dan pentaksiran pengetahuan dan

    kemahiran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Reka Bentuk dan Teknologi di bilik darjah.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1. Menjelaskan pelbagai jenis penilaian bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan

    Teknologi Sekolah Rendah.

    2. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.

    3. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    4. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir aspek pengetahuan dan

    kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

    Kerangka Tajuk 4

    TAJUK 4Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata

    pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

    Penilaian secara

    ujian bertulis

    Penilaian melalui

    pemerhatian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    57/170

    Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi

    mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

    Peraturan

    pemarkahan

    berasaskan rubrik

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    58/170

    Kandungan Isi

    4.1Penilaian secara ujian bertulis

    4.1.1 Ujian objektif dan ujian subjektif.

    Ujian objektif mengandungi item/soalan yang mempunyai jawapan spesifik/tepat.

    Semua soalan ini mempunyai jawapan tertentu, jawapan daripada beraneka

    pilihan yang betul, betul atau salah, padanan yang betul.

    Ujian subjektif terdiri dari item yang mempunyai jawapan tidak spesifik atau

    jawapan terbuka, Ujian subjektif sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih

    tinggi dan membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.

    4.1.2 Tujuan ujian

    Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai

    yang perlu dijawab. Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering

    digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian

    pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan

    perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan

    dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu

    memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan

    1. Apakah jenis ujian yang paling kerap digunakan untuk menilai

    Pencapaian hasil pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    59/170

    pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

    dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan

    menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian

    menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran

    atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

    Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian calon. Ujian

    adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan

    oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang

    diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau

    pengadilan.

    Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk

    memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya

    dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

    Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang

    berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk

    menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran

    berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan

    memberi skor kepada jawapan yang diberi.

    4.1.3 Langkah-langkah dan peraturan

    Langkah-langkah mentadbir ujian termasuk

    a. persediaan dewan ujian, seperti penyusunan kerusi dan meja

    b. prosedur pengedaran dan memungut kertas soalan/jawapan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    60/170

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    61/170

    4.2 Penilaian melalui pemerhatian

    4.2.1. Kepentingan penilaian melalui pemerhatian

    Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat dan kemudiannya

    dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh calon.

    Kaedah ini mempunyai batasan tersendiri, seperti pemerhatian memerlukan

    masa yang panjang atau pentafsiran mungkin tidak tepat.

    4.2.2 Jenis-jenis alat pemerhatian

    a. Rekod anekdot

    i. Penjelasan ringkas tetapi mencukupi tentang sesuatu peristiwa

    yang signifikan. Termasuk tingkahlaku yang diperhatikan, latar di

    mana tingkahlaku berlaku dan interpretasi tentang peritiwa.

    ii. Satu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting.

    Pemerhatian penilai mesti spesifik dalam merekodkan apa yang

    dilihat dengan tepat, elak interpretasi atau asingkan interpretasi

    dalam catatan anekdot

    Rekod anekdot (peristiwa)

    - Satu huraian terperinci mengenai satu kejadian atau

    peristiwa spesifik dan penting berkaitan dengan tingkah laku

    seseorang individu.

    - Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasitertentu.

    iii. Untuk berfungsi sebagai alat penilaian, sesuatu anekdotharus mempunyai ciri-ciri berikut:

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    62/170

    - menghuraikan dengan tepat apa yang diperhatikan;mengasingkan kejadian sebenar yg diperhatikan daripadaperasaan dan tafsiran pemerhati;-direkodkan serta merta supaya ralat mengingat semula dapat

    dielakkan;

    - merekodkan pemerhatian mengenai hanya satu kejadian

    tingkah laku sahaja;

    - merekodkan pemerhatian secara objektif;- hanya menghuraikan kejadian yang penting dan yang

    relevan dengan perkembangan tingkah laku murid.

    Contoh: Rekod anekdot

    Nama Pelajar:. Tarikh: .

    Nama Pemerhati:.. Masa: ..

    Tempat Kejadian: .

    Huraian Kejadian:

    Kamal adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalahseorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, diaberkelahi dengan Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukanbola sepak kelas. Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkanpenumbuknya kepada Sani dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, diamenolak Kkalid yang jatuh dan menangis.

    Maklumat Lain Yang Relevan :

    Tafsiran / Komen Pemerhati:

    b. Senarai semak

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    63/170

    i. Senarai yang berguna untuk menilai prestasi diri, mengandungi

    ciri-ciri atau aktiviti yang dikemukakan kepada individu yang dikaji.

    Penilai perlu mengkaji kandungan pernyataan yang diberikan dan

    membuat tanda yang bersesuaian bersebelahan dengan ciri-ciri

    atau aktiviti yang berkaitandengan calon.

    ii. Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk

    ditanda bagi menunjukkan sama ada sesuatu tingkah laku,

    trait atau ciri dapat diperhatikan;

    iii. Satu poin diberi untuk setiap perkara yang diperhatikan;

    iv. Palilng sesuai digunakan untuk mengukur tingkah laku

    kompleks yang dapat bahagikan kepada bahagian-bahagian

    yang lebih spesifik; pengukuran yang dihasilkan mempunyai

    ciri skala ordinal.

    Contoh: Senarai Semak

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    64/170

    Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

    Nama Pelajar:Tarikh:

    Pemerhati:..

    Tingkah Laku Tanda Jika Ada

    Penuh semangat _________

    Rela kerja dalam kumpulan _________

    Sanggup bekerja tanpa penyeliaan _________

    Boleh dipercayai _________

    Siapkan kerja dengan cepat _________

    Keinginan untuk memperbaiki kerja _________

    Mengambil berat tentang keselamatan orang lain _________

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    65/170

    c. Skala kadar

    i. Penilai perlu menentukan satu tahap berdasarkan satu kontinum

    yang menunjukkan darjah perkadaran yang diberikan, contoh

    skala kadar numerik.

    ii. Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk

    dirakamkan penghakiman tentang setakat mana tingkah

    laku, trait atau ciri bagi sesuatu objek tertentu dapat

    diperhatikan;

    iii. Membolehkan pemerhati menunjukkan perbezaan tentang status

    atau kualiti sesuatu yang dinilai;

    iv. Terdapat dua jenis skala kadar yang popular:

    Skala Kadar Numerik

    Nombor-nombor yang diberi menunjukkan nilai-nilai

    sesuatu sifat. Huraian diberi untuk menjelaskan

    pengertian nombor-nombor berkenaan;

    Pemerhati menanda (pangkah atau bulatkan) salah

    satu daripada nombor dalam skala untuk

    menunjukkan pemerhatiannya;

    Contoh: Skala Kemahiran Bertutur

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    66/170

    1 2 3 4 5

    Amat tidak Amat fasih

    fasih dan dan amatamat tidak lancarlancar

    Skala Kadar Grafik

    Satu garis ufuk mewakili kontinum (continuum) sifatbagi sesuatu objek /operasi / hasil / projek yangdiperhatikan;Pemerhati menanda pada garis ufuk (kontinum) untukmenunjukkan penghakiman tentang kualiti sifat yangdiperhatikan.

    Contoh: Skala KadarTingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

    Nama Pelajar: Tarikh:

    Pemerhati: ..

    Tingkah Laku

    TidakPernah Selalu

    Rela kerja dalam kumpulan 1 2 3 4 5

    Sanggup bekerja tanpa penyeliaan 1 2 3 4 5

    Siapkan kerja dengan cepat 1 2 3 4 5

    Keinginan untuk memperbaiki kerja 1 2 3 4 5

    Mengambil berat tentang keselamatan orang lain 1 2 3 4 5

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    67/170

    4.3Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik

    4.3.1 Definisi

    Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan

    untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja, ia merupakan panduan penilaian yang

    menggambarkan kriteria yang diinginkan oleh guru dalam menilai atau

    mempertingkatkan hasil kerja pelajar. Rubrik perlu mengandungi kriteria yang diinginkan

    dan panduan untuk menilai kriteria tersebut.

    4.3.2 Tujuan

    Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria

    seperti daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat

    pemeringkatan atau rankingterhadap pencapaian murid. Penggredan yang

    menggunakan rubrik menjelaskan tentang penskoran bagi sesuatu tahap pencapaian

    atau respons yang pelajar kemukakan.

    4.3.3 Ciri-ciri rubrik

    Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih

    berstruktur, tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid

    dengan cara dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens

    tentang pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang

    pencapaian murid dapat dibuat dengan penskoran. Proses pemberian skor

    kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran/rubrik.

    4.3.4 Jenis-jenis rubrik

    a. Penilaian konsep / proses / produk berasaskan rubrik

    Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik

    mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja

    murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    68/170

    agihan markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik

    memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik

    hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya.

    Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan

    dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    69/170

    Contoh : Penilaian pembinaan portfolio

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    Tidak

    melengkap-

    kan portfolio

    seperti yang

    ditetapkan.

    Tidak

    berusaha

    untuk

    menambah

    maklumat dan

    dokumen

    yang releven

    Kurang

    berusaha

    untuk

    mengemaskin

    ikan porfolio

    dengan

    maklumat dan

    dokumen

    baru.

    Maklumat

    yang

    diberikan

    kurang

    berkaitan.

    Terdapat

    penambahan

    maklumat dan

    dokumen

    yang releven

    dengan

    tugasan,

    tetapi

    pengolahan-

    nya kurang

    kemas, kreatifdan teratur.

    Menunjukkan

    kesungguhan

    dan kerajinan

    dalam proses

    pembinaan

    portfoliodokumen dan

    maklumat

    yang

    ditambah itu

    releven.

    Penyediaan

    portfolio

    kemas, kreatif

    dan teratur

    serta

    menepati

    objektif

    penyediaanportfolio.

    Menunjukkan

    kesungguhan

    dan kerajinan

    dalam proses

    pembinaan

    portfoliodokumen dan

    maklumat

    yang

    ditambah itu

    amat releven.

    Penyediaan

    portfolio amat

    kemas, kreatif

    dan teratur

    serta amat

    menepati

    objektif

    penyediaanportfolio.

    4.3.5 Kebaikan penilaian berasaskan rubrik

    Rubrik kerap digunakan di dalam penaksiran kerja kursus, bertujuan untuk menjelaskan

    huraian tugas supaya penilaian lebih objektif dan konsisten. Rubrik memberi maklumat

    penilaian dan pelajar dapat maklumbalas yang tepat

    Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    70/170

    Terdapat berbagai bentuk penilaian yang boleh anda jalankan di

    sekolah. Anda telah menjalankan satu projek Kemahiran Hidup Reka

    Cipta untuk pelajar Darjah 5. Bincangkan kaedah penilaian yang tepat

    untuk anda menilai projek pelajar.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    71/170

    Aktiviti 1

    Bagaimanakah penilaian pemerhatian dan penilaian rubrik dapat dilaksanakan dalam penilaiankerja kursus Reka Bentuk dan Teknologi?

    Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

    Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di

    dalam kelas.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    72/170

    Sinopsis

    Peringkat selepas pengubalan soalan ialah mentadbir ujian calon. Ini mencakupi

    persediaan bilik peperiksaan,mengedarkan kertas soalan dan jawapan, memungut

    kertas jawapan dan menyimpan dan menyerahkan kertas jawapan kepada pemeriksa.

    Tajuk ini secara khususnya akan menerangkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir

    dan membincangkan tentang penyelarasan pemarkahan, pemeriksaan skrip jawapan,

    penyelarasan dan penilaian markah ujian.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1. Membincangkan langkah pentadbiran ujian

    2. Membincangkah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian semasa

    mentadbir ujian

    3. Menyelaraskan pemarkahan jawapan ujian dan markah ujian

    4. Membuat penilaian terhadap markah ujian.

    TAJUK 5 Pembentukan Dan Pelaksanaan Ujian

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    73/170

    Kandungan Isi

    5.1 Pentadbiran Ujian

    A. Arahan Ujian

    Arahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas dan kedua

    arahan dalam kertas soalan.

    Arahan yang diberikan dalam kertas soalan:

    Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas

    jawapan yang disediakan

    Masa peperiksaan 2 jam 30 minit

    Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan

    Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

    Arahan Ketua Pengawas:

    Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon;

    i.Sebelum peperiksaan bermula.

    Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk dimeja

    yang telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak melakukan sebarang salah laku

    peperiksaan seperti meniru jjawapan atau berbincang dengan calon

    lain.Seterusnya calon diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas

    jawapan, seperti k/pengenalan dan angka giliran. Kemudian ketua pengawas

    mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak

    ada sebarang kecacatan, seperti bilangan muka surat mencukupi,mendapat

    kertas soalan peperiksaan yang sepatutnya dan percetakan yang jelas.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    74/170

    ii. Semasa mula menjawab soalan

    Apabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan memberikan

    arahan supaya calon mula menjawab dan memberi tahu masa tamat

    menjawab soalan.

    iii.Sebelum tamat masa menjawab

    Lima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas perlu

    mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab

    soalan.

    iv. Selepas tamat masa menjawab

    Ketua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan

    dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab

    tamat.Ketua pengawas mengarahkan semua calon duduk ditempat masing-

    masing sehingga semua kertas jawapan dikutip.

    B. Suasana di bilik peperiksaan

    Menurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda amat

    memerlukan tempat yang selesa untuk memberi peluang menjawab dengan

    sebaik-baiknya. Oleh itu guru perlu memberikan tempat peperiksaan yang tidak

    menganggu tumpuan calon semasa menjawab. Ini termasuklah aspek

    pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai.

    C. Jarak tempat duduk calon

    . Kedudukan tempat duduk dan meja calon perlu dijarakkan sedikit antara

    kedudukan tempat duduk calon dihadapan dan belakang seta di kiri dan kanan

    calon. Ini bagi mengelakkan calon daripada meniru jawapan calon lain dan ini juga

    bagi memudahkan pergerakan pengawas peperiksaan.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    75/170

    Lain-lain aspek yang perlu diberikan perhatian oleh ketua pengawas dan

    pengawas peperiksaan termasuklah mengawasi pergerakan keluar masuk calon

    semasa peperiksaan seperti ke bilik air. Amaran kepada calon tentang melanggar

    peraturan peperiksaan seperti meniru atau berbincang.

    5.2 Pemeriksaan Kertas Jawapan

    A. Skema Pemarkahan

    Skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru selaras

    dengan penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru mengenalpasti soalan yang

    tidak sesuai, soalan yang perlu diperbaiki atau tidak dijadikan soalan peperiksaan.

    Ini kerana skor yang diperolehi oleh calon adalah bergantung kepada

    prestasi/kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga

    dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh pemeriksa.

    Penyediaan skema pemarkahan

    a. Skema pemarkahan Holistik

    Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada

    jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei

    yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression).

    Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu

    jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut

    kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi

    sesuatu soalan. Calon bebas memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    76/170

    daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan

    pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai mata pelajaran

    berkenaan.

    Kelebihan skema ini, pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

    Namun kekurangannya ialah kurang objektif. Untuk meningkatkan

    keobjektifannya dibuat penyelarasan markah antara pemeriksa. Dalam

    mesyuarat ini ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa

    jawapan diikuti dengan perbincangan daripada pemeriksa.

    b. Skema Pemarkahan Analitik

    Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara

    lebih terperinci yang nmana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih

    terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang

    lebih khusus. Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan

    holistik. Ini kerana skema yang lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang

    lama dalam penandaan.

    Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei:

    Tahap Langkah-langkah

    1 Memahami kehendak soalan

    2 Menyediakan skema pemarkahan

    3 Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan

    4 Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan

    5 Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu

    6 Memeriksa jawapan sehingga selesai

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    77/170

    B. Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan

    Perlu dilakukan apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.calon.

    Penyelarasan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Pemeriksa

    terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan

    membandingkannya dengan pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan

    pemeriksa.

    Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa.

    Setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua pemeriksa

    akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh

    pemeriksa-pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam

    pemberian markah.

    C. Penyelarasan Markah Ujian

    Dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar jangkaan.

    Kadangkala markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu ramai pelajar yang

    7 Mengelak daripada mengenali nama calon

    8 Memberikan ulasan pada kertas jawapan

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    78/170

    mendapat markah terlalu rendah. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini diharap

    dapat membantu pemeriksa memberi markah yang lebih adil kepada calon.

    Langkah penyelarasan markah ujian

    Sebagai contoh, dalam satu ujian RBT, markah yang diperolehi pelajar ialah

    antara 36 dan 78. Sebagai guru anda ingin membuat pertimbangan agar ada

    calon yang mendapat markah A dalam ujian ini. Untuk mendapat markah A calon

    perlu mendapat markah 80 dari 78. Keputusan untuk memberi gred A kepada

    pelajar yang mendapat markah 78 terpulang kepada anda sebagai

    guru.Pertambahan 2 markah perlu bagi membolehkan pelajar mendapat A. Dalam

    masa yang sama anda ingin membantu pelajar pelajar yang mendapat markah 36

    untuk mendapat gred lulus 40.

    Formula pengiraannya ialah:

    y = mx + c

    Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar.

    Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi

    Melalui formula:

    m = (MA ML)/ (MPA MPL )

    c = MA - m MPA

    Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum

    untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan

    MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus.

  • 7/30/2019 Modul RBT3108 2013

    79/170

    Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan

    kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/ variasi keputusan ujian.

    Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1, varians

    markah baru akan lebih rendah daripada varians markah asal. Misalnya jika nilai

    kecerunan persamaan perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah

    baru akan menjadi (0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asas.

    5.3 Penilaian

    Markah yang diperolehi oleh o