MergedFile - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Pelan... · 2 1....
Transcript of MergedFile - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Pelan... · 2 1....
1
Pekeliling Ketua Setiausaha
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan
Bilangan 4 Tahun 2017
Pelan Tindakan Pengurusan Tandas Awam Kebangsaan
2
1. PENGENALAN
1.1 Jawatankuasa Task Force Tandas Bersih telah ditubuhkan pada
tahun 2012 bertujuan untuk merangka satu Pelan Tindakan bagi
menangani masalah kebersihan tandas di negara ini. Ahli-ahli
Jawatankuasa terdiri dari pelbagai Kementerian, Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi swasta
yang berkepentingan. Rentetan itu, satu bengkel telah diadakan
bertujuan untuk mewujudkan Pelan Tindakan Pengurusan Tandas
Awam Kebangsaan pada 19 hingga 20 Julai 2012 yang dihadiri
seramai 31 orang peserta. Pasukan ini juga bertanggungjawab
merangka pelan strategik dalam menangani isu tandas kotor di
Malaysia menjelang tahun 2020.
1.2 Antara pengisian bengkel adalah untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti
pelaksanaan, mewujudkan kerjasama pintar yang melibatkan agensi
Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Lima (5)
kumpulan utama telah menganalisa dan pendekatan pelbagai sudut
telah diberi perhatian dalam memastikan budaya tandas bersih dapat
dihayati oleh kumpulan-kumpulan berikut-
Orang Awam;
Kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah;
Pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS);
Operator Pembersihan Tandas; dan
Pelancong dan Penguatkuasa
1.3 Dapatan Bengkel tersebut telah dikumpul dan dirumuskan sebelum
dibentangkan semula di dalam satu mesyuarat pemurnian yang telah
diadakan pada 1-2 Julai 2013 di mana Bahagian Kesihatan
Persekitaran (BKS), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah
bertindak selaku Sekretariat. Hasilnya, satu draf Pelan Tindakan
3
Pengurusan Tandas Awam Kebangsaan telah dibangunkan dan akan
menjadi rujukan pihak-pihak yang berkepentingan.
1.4 Matlamatnya untuk mengangkat martabat kebersihan tandas-tandas
awam di seluruh negara ke suatu tahap yang boleh dibanggakan,
sehingga ia menjadi rujukan atau sebutan dalam kalangan palabur,
pelancong asing malah menjadi kebanggaan rakyat tempatan. Pelan
ini bakal memberi impak yang lebih berkesan bagi menyelesaikan
masalah tandas awam yang kotor.
2. OBJEKTIF
2.1 Untuk menggariskan beberapa pembaharuan, penambahbaikan dan
penyelarasan yang komprehensif dan strategik bagi meningkatkan
tahap kebersihan tandas di negara ini;
2.2 Untuk menetapkan hala tuju dan rangka tindakan bagi tempoh lima
(5) tahun yang perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan;
2.3 Untuk menghuraikan peranan setiap pihak berkepentingan bagi
membolehkan Pelan Tindakan Pengurusan Tandas Awam
Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan, teratur dan holistik;
2.4 Untuk menjelaskan peranan Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku peneraju hal ehwal
tandas bersih di Malaysia; dan
2.5 Untuk menyelaras dan melapor semua aktiviti yang dijalankan oleh
pihak yang berkepentingan dalam mewujudkan tandas bersih, selesa
dan selamat di Malaysia.
4
3. TERAS PELAN TINDAKAN
Tiga (3) teras utama telah dikenalpasti oleh Jawatankuasa Task Force yang
menyumbang kepada masalah tandas awam tidak bersih di Malaysia. Teras
Pertama berkaitan dengan Pengurusan dan Teras Kedua mengenai Etika
Pengguna manakala Teras Ketiga merujuk kepada Reka Bentuk Tandas
Awam.
3.1 TERAS SATU: PENGURUSAN TANDAS AWAM
Teras ini mengandungi sembilan (9) strategi bagi memastikan tandas awam
diurus dan diselenggara dengan baik. Secara amnya strategi-strategi ini
mengariskan keperluan bagi kontraktor dan operator, kerjasama pintar,
penguatkuasaan, penilaian kepuasan pengguna, pengiktirafan dan
penarafan bintang, penglibatan pengurusan atasan, kebersihan sekolah dan
IPTA/IPTS, penyeragaman Undang-Undang Kecil (UUK) dan memaklumkan
kewujudan UUK kepada orang awam, kebersihan di stesen minyak dan
rumah ibadat, perkhidmatan tandas bergerak dan juga peruntukan khas bagi
pembersihan dan penyelenggaraan peralatan.
3.2 TERAS DUA: ETIKA PENGGUNA TANDAS AWAM
Teras ini mengandungi dua (2) strategi yang memberi keutamaan bagi
menyampai maklumat kepada orang awam mengenai etika penggunaan
tandas. Strategi pertama menyentuh berkaitan pendidikan awal mengenai
etika penggunaan tandas dan strategi kedua berkaitan cara-cara mencegah
vandalisme.
3.3 TERAS TIGA: REKA BENTUK TANDAS AWAM
Teras ini mengandungi dua (2) strategi yang secara amnya menyentuh
berkaitan keseragaman reka bentuk tandas awam di samping
penyelenggaraan dan pengurusan dalam memastikan keselesaan dan
5
keselamatan pengguna. Bagi tujuan tersebut, peralatan dan kemudahan
seperti Basin Cuci Tangan/Basin Stainless Steel; Cermin; Dinding; Lantai;
Siling; Pintu; Mangkuk Tandas dan Alat Simbah; Urinal; Longkang dan
Saliran Permukaan; Pili, Bidet dan sambungannya; Tong Sampah dan Tong
Sanitari; dan Kelengkapan Elektrik wajib disediakan. Strategi pertama
berkaitan prototaip tandas awam yang seragam dan strategi kedua berkaitan
penambahbaikan kemasan dan peralatan tandas awam.
4. STRATEGI PENGURUSAN
4.1 Di bawah Teras Satu, sembilan (9) strategi telah dikenalpasti bagi
memastikan aspek pengurusan tandas awam dapat dilaksanakan secara
berkesan. Berikut adalah strategi yang dicadangkan-
a) Mengaktifkan Jawatankuasa Kebersihan Kebangsaan;
b) Program ‘Mystery Shopping’ Oleh Pengurusan Tertinggi KPKT
dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
c) Program Penarafan Bintang Untuk Tandas-Tandas Awam;
d) Perlantikan Kontraktor Pembersihan Tandas Awam yang
Kompeten;
e) Program Kebersihan Tandas Di Institusi Pendidikan;
f) Penguatkuasaan Undang-Undang;
g) Penilaian Kepuasan Pengguna Tandas Awam;
h) Pemantauan Tandas-Tandas Kegunaan Awam; dan
i) Peruntukan Kewangan Penyelenggaraan Dan Pembersihan.
4.2 Di bawah Teras Dua strategi yang telah dikenalpasti adalah-
a) Promosi Kesedaran Awam;
b) Mencegah Kejadian Vandalisme;
4.3 Di bawah Teras Tiga strategi yang telah dikenalpasti adalah-
a) Penyediaan Reka Bentuk Seragam (Prototype); dan
b) Pengurusan Dan Penyelenggaraan.
6
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 1: MENGAKTIFKAN JAWATANKUASA KEBERSIHAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF:
1) Untuk mewujudkan kerjasama mampan dan berterusan dalam kalangan agensi Kerajaan.
2) Untuk memastikan isu kebersihan tandas awam menjadi agenda nasional.
BIL
PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Mengenalpasti ahli dan peranan setiap agensi
terlibat
JKT 2018 Mesyuarat 2 kali
setahun.
Berterusan
7
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 2: PROGRAM ‘MYSTERY SHOPPING’ OLEH PENGURUSAN TERTINGGI KPKT DAN PIHAK BERKUASA
TEMPATAN
OBJEKTIF:
1) Untuk mengenalpasti isu dan masalah berkaitan tandas awam.
2) Untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti di peringkat tertinggi pengurusan kerajaan.
3) Untuk menunjukkan kepekaan dan komitmen mengenai kebersihan tandas awam kepada semua pihak.
BIL
PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN INDIKATOR PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Melakukan lawatan mengejut secara
berkala ke lapangan.
KPKT Mulai 2018 1% daripada jumlah tandas
awam di PBT dilakukan
lawatan setiap tahun
Berterusan
2. Melaksanakan penarafan bintang
kebersihan tandas di semua
Kementerian/Jabatan/PBT sebagai Key
Perfomance Indicator.
Semua
Jabatan/PBT
2022 100% penarafan bintang di
setiap Jabatan/PBT
Berterusan
8
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 3: PROGRAM PENARAFAN BINTANG UNTUK TANDAS-TANDAS AWAM
OBJEKTIF: 1) Untuk mewujudkan model tandas bersih di Jabatan/Agensi Kerajaan.
2) Untuk membudayakan amalan tandas bersih dalam kalangan Jabatan/Agensi Kerajaan.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN INDIKATOR PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Penubuhan Panel Bebas untuk menilai
tandas awam di setiap PBT secara cross-
audit dan diselaraskan oleh Pejabat
Setiausaha Negeri.
SUK/SUT/
PBT
Mulai 2018 100% SUK/SUT (Sabah
& Sarawak) menubuhkan
Panel Bebas.
Berterusan
2. Ahli Panel Penilai yang kompeten dan diberi
latihan.
JKT Mulai 2018 100% ahli panel dilatih. 6 bulan sekali
setahun
* SUK - Setiausaha Kerajaan * SUT - Setiausaha Tetap (Sabah/Sarawak)
9
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 4: PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMBERSIHAN TANDAS AWAM YANG KOMPETEN
OBJEKTIF: 1) Untuk memastikan kontraktor yang dilantik untuk kerja pembersihan tandas awam dalam kalangan yang kompeten.
2) Untuk memastikan amalan pembersihan adalah memenuhi spesifikasi Piawaian Malaysia (Malaysian Standard).
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN INDIKATOR PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Penyediaan dan pengedaran garis
panduan/pekeliling.
JKT/
PBT
2018 Garis panduan/
pekeliling diedarkan
kepada semua PBT.
6 bulan sekali
setahun
2. Pematuhan garis panduan/pekeliling. JKT/
PBT
2018 100% kontraktor yang
mematuhi.
6 bulan sekali
setahun
10
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN INDIKATOR PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
3. Penyediaan Manual Pembersihan
Tandas Awam.
JKT 2018 Manual diedarkan kepada
semua PBT
Sekali setahun
11
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 5: PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN
OBJEKTIF: 1) Untuk memastikan Garis Panduan Pemeriksaan Kebersihan Tandas Sekolah dipatuhi.
2) Untuk mewujudkan generasi yang mengamalkan budaya dan nilai cemerlang tandas bersih di peringkat awal.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Meningkatkan pematuhan Garis Panduan
Pemeriksaan Kebersihan Tandas Sekolah di
sekolah-sekolah rendah dan menengah.
KPM 2022 100% pematuhan
Garis Panduan
Pemeriksaan
Kebersihan
Tandas Sekolah.
Berterusan
2. Menjadikan budaya dan amalan pembersihan
tandas sebagai sebahagian kurikulum P & P di
sekolah-sekolah rendah.
KPM 2018 Pewujudan
kurikulum dan
pemakaiannya.
Berterusan
* KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
* P & P - Pengajaran & Pembelajaran
12
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
3. Memastikan kontraktor pembersihan yang dilantik
dalam kalangan yang kompeten.
KPM 2022 100% perlantikan
kontraktor yang
terlatih.
Berterusan
4. Mewujudkan Pasukan Pemantau di peringkat
sekolah rendah (Skuad MyTandas).
KPM 2022 100% Skuad
MyTandas
ditubuhkan.
Berterusan
5. Penyediaan instrumentasi pemantauan seragam. JKT 2018 Edaran senarai
Instrumentasi
seragam kepada
KPM.
Berterusan
6. Latihan kepada ahli Pasukan Pemantau mengenai
pengauditan penarafan bintang.
KPM 2022 100% Skuad
MyTandas yang
dilatih.
6 bulan sekali
setahun
13
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 6: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
OBJEKTIF: 1) Untuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan menggunakan undang-undang sedia ada.
2) Untuk menyeragamkan tindakan penguatkuasaan di semua PBT.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Penguatkuasaan di bawah UUK supaya premis makanan di
bawah PBTmempunyai tandas yang bersih.
PBT 2022 100% tandas premis
makanan di PBT
bersih.
6 bulan sekali
setahun
2. Penguatkuasaan tandas awam sebagai kawasan larangan
merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004.
KKM/
PBT
2022 100% kawasan
larangan merokok.
6 bulan sekali
setahun
3. Penambahan anggota penguatkuasa dan latihan yang
mencukupi di semua PBT.
PBT 2022 Bilangan anggota
yang dilantik dan
dilatih.
Sekali setahun
* KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia
14
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
4. Semakan, penyeragaman dan mengemaskini UUK untuk
digunapakai oleh semua PBT.
JKT 2018 UUK disemak dan
dikemaskini.
Berterusan
15
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 7: PENILAIAN KEPUASAN PENGGUNA TANDAS AWAM
OBJEKTIF: 1) Untuk menilai kepuasan pengguna mengenai tandas awam yang disediakan oleh PBT.
2) Untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai kebersihan tandas awam dan pengurusannya.
3) Untuk membudayakan amalan dan etika tandas bersih dalam kalangan pengguna.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Mempamerkan status penarafan bintang tandas
awam PBT.
PBT 2022 100% tandas yang
dipamerkan
penarafan bintang.
6 bulan sekali
setahun
2. Menyediakan borang soal selidik mengenai
kepuasan pengguna.
PBT 2018 100% bilangan
borang soal selidik
yang diterima.
6 bulan sekali
setahun
16
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
3. Menyediakan aplikasi mudah alih melalui media
elektronik/sosial bagi pengguna mengemukakan
aduan atau cadangan.
PBT 2018 100% PBT
menyediakan
aplikasi mudah alih
untuk aduan dan
cadangan.
6 bulan sekali
setahun
17
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 8: PEMANTAUAN TANDAS-TANDAS KEGUNAAN AWAM OBJEKTIF: 1) Untuk memastikan tandas-tandas kegunaan awam seperti stesyen minyak, rumah ibadat, pusat penjaja makanan (food
court/hawker centre), pusat pelancongan, pintu masuk negara adalah bersih, selesa dan selamat;
2) Untuk memastikan keseragaman kemudahan fizikal dan pengurusan tandas-tandas kegunaan awam yang baik dan
berkesan.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Pihak bertanggungjawab terhadap sesebuah premis
memastikan tandas-tandas di bawah kawalan masing-
masing bersih, selesa dan selamat.
PBT 2018 100%
pemantauan di
laksanakan
6 bulan sekali
setahun
2. Mesyuarat bersama pihak-pihak yang bertanggungjawab
ke atas tandas-tandas kegunaan awam termasuk-
i. Pihak Berkuasa Tempatan
ii. Agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri
iii. Majlis Agama Negeri
iv. Gabungan Persatuan stesyen minyak
Semua
Jabatan/
Agensi
terlibat.
2018 Mesyuarat 2 kali
setahun.
Berterusan
18
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
v. Persatuan Agama-agama Buddha, Sikh, Hindu,
Kristian
vi. Persatuan Pusat Membeli Belah
vii. Persatuan Restoran dan kedai makan
viii. Jabatan-jabatan utama di pintu masuk negara dan
pusat rekreasi/pusat pelancongan/IPTA dan IPTS/
sekolah.
3. Meningkatkan aktiviti pemantauan secara kendiri oleh
pihak yang bertanggungjawab.
PBT 2018 100%
pemantauan
6 bulan sekali
setahun
19
TERAS 1: PENGURUSAN
STRATEGI 9: PERUNTUKAN KEWANGAN PENYELENGGARAN DAN PEMBERSIHAN TANDAS AWAM
OBJEKTIF:
1. Untuk memastikan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaran tandas awam yang berkesan.
2. Untuk memastikan semua kerosakan dapat disenggara secara efisyen dan tepat waktunya.
3. Untuk meminimakan aduan awam mengenai kerosakan tandas awam.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk
kerja-kerja penyelenggaran tandas awam.
PBT/JKT 2018 Peratusan
peruntukan tahunan
setiap PBT untuk
penyelenggaran
tandas awam.
Berterusan
2. Menyediakan pangkalan data asas status
penyelenggaraan setiap tandas awam.
JKT/
PBT
2022 100% PBT
menyediakan
pangkalan data
penyelenggaraan
6 bulan sekali
setahun
20
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
3. Menyediakan perkhidmatan tandas awam
bergerak semasa majlis-majlis rasmi.
PBT 2018 Bilangan tandas
awam bergerak
disediakan.
Berterusan
21
TERAS 2: PENGGUNA
STRATEGI 1: PROMOSI KESEDARAN AWAM
OBJEKTIF: 1) Untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan mengenai penggunaan dan penjagaan tandas yang baik.
2) Untuk memupuk etika dan nilai baik dalam penggunaan tandas awam di peringkat awal remaja.
3) Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peruntukan undang-undang dan tindakan penguatkuasaan
mengenai kebersihan tandas awam.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Memaparkan notis dan maklumat berikut di tandas-tandas
awam:
i. Peruntukan UUK
ii. Etika penggunaan tandas awam
iii. Jadual pembersihan
iv. Penarafan bintang
PBT 2018 100% tandas
awam
mempamerkan
notis.
Berterusan
22
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
2. Mewujudkan pangkalan data tandas awam di laman
sesawang PBT sebagai rujukan.
PBT 2022 100%
pangkalan
data
diwujudkan.
Berterusan
3. Meningkatkan promosi di media massa berkaitan etika
penggunaan dan penjagaan tandas yang baik.
KPKT 2018 Bilangan
promosi.
Berterusan
4. Pewujudan Skuad MyTandas di sekolah-sekolah rendah. KPM
2022 100% Skuad
MyTandas
wujud di
sekolah-
sekolah.
Berterusan
5. Latihan penggunaan tandas (potty training) di
TASKA/TADIKA.
KPWKM 2018 Bilangan
Program
diwujudkan.
Berterusan
* KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
* KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
23
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
6. Cetakan dan edaran bahan promosi serta peralatan
audio/visual.
KPKT 2018 Bilangan PBT
yang
menerima
bahan promosi
dan peralatan
audio/visual.
Berterusan
24
TERAS 2: PENGGUNA
STRATEGI 2: MENCEGAH KEJADIAN VANDALISME DI TANDAS AWAM
OBJEKTIF: 1) Untuk mewujudkan tandas awam yang bersih, selesa dan selamat.
2) Untuk menggalakkan penggunaan peralatan serta kemasan yang mudah disenggara.
3) Untuk memastikan reka bentuk tandas awam yang sesuai dan vandal proof fitting.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Pemantauan dan penguatkuasaan. PBT 2018 100% tandas
awam
dipantau.
Berterusan
2. Penggunaan peralatan yang berkualiti. PBT 2018 Audit secara
berkala.
Berterusan
3. Pemasangan sistem sensor automatic flushing.
KPKT/
PBT
2022 100% sistem
sensor
automatic
flushing
dipasang.
Berterusan
25
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
4. Pemasangan sistem amaran kepada pengguna yang tidak
beretika selepas menggunakan tandas (flushing).
PBT 2022 100% sistem
penggera
dipasang.
Berterusan
26
TERAS 3: REKABENTUK
STRATEGI 1: PENYEDIAAN REKA BENTUK SERAGAM TANDAS AWAM DI PBT OBJEKTIF: 1) Untuk mewujudkan reka bentuk tandas awam seragam di semua PBT.
2) Untuk memastikan pembinaan tandas-tandas awam memenuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
3) Untuk mewujudkan model tandas awam bersih, selesa dan selamat sebagai rujukan.
BIL
PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Mewujudkan reka bentuk tandas awam yang menepati
spesifikasi piawaian di semua PBT.
KPKT/
PBT
2022 100%
penggunaan
reka bentuk
piawai.
Berterusan
2. Mewujudkan reka bentuk tandas awam di lokasi persisiran
pantai dan kawasan rekreasi dengan kemudahan tambahan;
i. Celup kaki.
ii. Tempat mandi.
iii. Ruang persalinan pakaian.
KPKT/
PBT
2022 100% tandas
dengan
kemudahan
tambahan.
Berterusan
27
BIL
PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
iv. Ruang tukar lampin bayi.
3. Pembinaan tandas awam baru hendaklah memenuhi syarat-
syarat berikut-
i. Lokasi strategik dan selamat.
ii. Sambungan terus ke Sistem Kumbahan Berpusat.
iii. Penggunaan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).
iv. Menepati konsep Green Technology.
v. Memenuhi nisbah pengguna mengikut jantina.
vi. Mempunyai tangki air simpanan.
vii. Mempunyai kemudahan untuk ruang tukar lampin bayi.
viii. Mempunyai bilik OKU.
KPKT/
PBT
2022 100% tandas
baru yang
memenuhi
syarat.
Berterusan
4. Mempunyai papan tanda arah ke lokasi tandas awam yang
memenuhi kriteria -
i. Bilangan yang mencukupi.
ii. Koordinat GPS menunjukkan lokasi tandas.
iii. Pictogram.
iv. Mudah difahami.
KPKT/
PBT
2022 100% papan
tanda yang
memenuhi
syarat.
Berterusan
28
TERAS 3: REKA BENTUK
STRATEGI 2: PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TANDAS AWAM DI PBT
OBJEKTIF: 1) Untuk memastikan tadbir urus tandas awam secara efisyen.
2) Untuk memastikan semua aduan diambil tindakan dalam masa yang ditetapkan.
BIL PELAKSANAAN PENCAPAIAN
KAEDAH AGENSI TAHUN
SASARAN
INDIKATOR
PENCAPAIAN
KEKERAPAN
PEMANTAUAN
1. Mewujudkan sistem aduan yang efisyen. PBT 2018 100% sistem
aduan
diwujudkan di
PBT.
6 bulan sekali
setahun
2. Mewujudkan sistem pematuhan kualiti (QA) terhadap aduan
mengenai tandas awam.
PBT 2018 100% aduan
diambil
tindakan
dalam
tempoh yang
ditetapkan.
6 bulan sekali
setahun
1
MANUAL PEMBERSIHAN TANDAS AWAM
BAHAGIAN I
1. PENGENALAN
Tandas awam seringkali digambarkan dengan imej yang negatif seperti busuk, kotor dan tiada penyelenggaraan yang sempurna. Menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas-tandas awam di seluruh Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengambil keputusan menghasilkan satu Manual Pembersihan Tandas Awam yang seragam untuk dijadikan panduan kepada agensi-agensi sektor awam dan swasta dalam memastikan tandas-tandas awam diselenggara dengan baik.
Manual Pembersihan Tandas Awam ini merupakan panduan am untuk kerja-kerja pembersihan tandas awam di mana ianya boleh dijadikan panduan kepada pelbagai pihak dalam usaha untuk mewujudkan tandas yang bersih dan selesa untuk kegunaan orang awam di seluruh Malaysia.
Dengan wujudnya manual ini, pelbagai pihak sama ada dari sektor awam mahupun sektor swasta akan dapat memanfaatkan maklumat yang tersedia sebagai petunjuk yang dapat membantu mempercepatkan dan memudahkan proses pembersihan sesebuah tandas awam.
Selain itu, manual ini juga akan dapat meningkatkan pemahaman khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia mengenai tatacara/kaedah pencucian tandas awam yang betul di samping penggunaan bahan pencuci dan kaedah yang sesuai untuk setiap bahagian/peralatan di dalam tandas awam.
Dengan adanya manual ini diharapkan semua pihak yang berkenaan akan dapat mengurangkan kesilapan mengenai cara dan kaedah pencucian yang selama ini sering timbul dalam kalangan pihak pengusaha tandas awam.
2
2. OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan keseragaman mengenai tatacara/kaedah
pembersihan tandas awam yang betul untuk kegunaan PBT di seluruh Malaysia.
2.2 Memastikan penggunaan bahan pencuci dan kaedah yang sesuai
untuk setiap bahagian/peralatan di dalam tandas awam.
2.3 Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran operator tandas awam dalam usaha menjadikan tandas-tandas awam di seluruh Malaysia bertaraf lima (5) bintang.
3. SKOP
3.1 Manual ini disediakan untuk digunapakai oleh Pegawai Pemeriksa
di PBT yang terdiri dari Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
(PPKP) atau Pembantu Kesihatan Awam (PKA).
3.2 Manual ini digunapakai untuk semua Tandas Awam milik PBT di
seluruh Malaysia.
3
BAHAGIAN II
4. PROSEDUR PEMBERSIHAN TANDAS AWAM
4.1. Bahan Kimia Pembersihan Bahan kimia yang disarankan untuk pembersihan tandas awam adalah seperti berikut:-
4.1.1 Bahan pencuci pelbagai guna (multi purpose)*
4.1.2 Bahan kimia alkali
4.1.3 Bahan pembersih cermin
4.1.4 Bahan basmi kuman (disinfectant)*
4.1.5 Bahan pengilat cermin
4.1.6 High Strength Degreaser (HSD)**
Nota:
* Penggunaan bahan pencuci mesra alam (biodegradable) amat digalakkan dan sukatan merujuk kepada arahan pada label bahan kimia.
** Nisbah pencairan 1:10, Kadar pH 8-9.
4.2 Peralatan Pembersihan
Peralatan pembersihan seragam yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
4.2.1 Troli yang mengandungi peralatan seperti berikut:
a. Baldi b. Botol penyembur
c. Bahan kimia
d. Berus lembut
e. Berus tandas
f. Flat mop
g. Microfiber cloth
h. Kain pengelap mengikut kod warna (kuning amat
digalakkan)
4
i. Moping bucket c/w wringler
j. Nipper
k. Pad hijau
l. Plastik sampah
m. Penyapu
n. Pengikis
o. Penyepit (tweezer)
p. Pad lembut
q. Scrapper
r. Squeegee
s. Sponge mop
4.2.2 Pakaian Keselamatan
a. Kasut getah kalis air
b. Sarung tangan getah
c. Apron plastik pakai buang
d. Penutup muka (mask)
e. Goggles
4.2.3 Peralatan lain
a. Papan tanda notis/keselamatan
b. Kon keselamatan c. Tangga
4.3 Kaedah Pembersihan (Am)
4.3.1 Sebelum
a. Pakai pakaian keselamatan.
b. Sediakan peralatan pencucian yang hendak
digunakan.
c. Lakukan pemeriksaan keselamatan di sekitar
kawasan kerja.
d. Pastikan pengudaraan dan pencahayaan mencukupi
di sekitar kawasan kerja.
e. Letakkkan kon dan papan tanda keselamatan di
laluan masuk utama premis.
5
4.3.2 Selepas
a. Bersih dan keringkan permukaan yang terkena
percikan air.
b. Bersih dan keringkan peralatan-peralatan yang telah
digunakan.
c. Simpan semula peralatan-peralatan yang telah
digunakan di dalam stor.
d. Kemaskini Jadual Rekod Pencucian.
e. Semakan dan pemantauan oleh penyelia.
4.4 Prosedur Pembersihan
Prosedur pembersihan merangkumi semua peralatan dan kemudahan di dalam sesebuah tandas seperti berikut:
4.4.1 Basin Cuci Tangan / Basin Stainless Steel
4.4.2 Cermin
4.4.3 Dinding
4.4.4 Lantai
4.4.5 Siling
4.4.6 Pintu
4.4.7 Mangkuk tandas dan alat simbah
4.4.8 Urinal
4.4.9 Longkang dan saliran permukaan
4.4.10 Pili, Bidet dan sambungannya
4.4.11 Tong Sampah
4.4.12 Kelengkapan elektrik (exhaust fan, kipas, lampu, dll)
6
4.4.1 BASIN CUCI TANGAN / BASIN STAINLESS STEEL
Basin Cuci Tangan/Basin Stainless Steel merangkumi bahagian dalam dan luar basin termasuk kepala paip, saluran paip dan saluran water trap. Basin Cuci Tangan/Basin Stainless Steel hendaklah bebas dari sisa minyak, kotoran/bendasing, bau, alga dan sistem saliran bersih, lancar, berkilat serta selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Keluarkan sisa sampah/bendasing yang terdapat di dalam basin cuci tangan.
a.
b.
Tiga (3) kali/syif (bagi yang beroperasi 24 jam – 3 syif).
Spot cleaning jika perlu.
a.
b.
c.
d.
e.
Pili air setiap Basin Cuci Tangan/ Basin Stainless Steel berfungsi.
Kering dan tiada kesan tompokan air (watermark).
Tiada habuk.
Tiada kesan kehitaman/daki.
Water trap berfungsi.
a.
b.
c.
d.
Bekas Sabun Cecair (Hand Soap Dispenser) diletakkan berhampiran Basin Cuci Tangan dan dalam keadaan berfungsi serta bersih.
Sabun cecair perlu dihabiskan sebelum pengisian semula.
Sabun yang tidak habis perlu ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali dan diganti dengan sabun baru.
Kelengkapan mengeringkan tangan perlu disediakan berhampiran Basin Cuci Tangan, seperti kertas tisu atau Alat Pengering Tangan Automatik dan ianya perlu bebas dari habuk serta kesan contengan.
b Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label botol bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi /botol penyembur.
c. Tutup semula bekas bahan pencuci.
d. Basahkan permukaan yang hendak dicuci.
e. Letakkan bahan pencuci di permukaan dalam dan luar Basin Cuci Tangan/Basin Stainless Steel.
f. Biarkan seketika untuk tindak balas bahan pencuci.
g. Mulakan dari bahagian luar basin.
h. Cuci keseluruhan permukaan luar dan bawah Basin Cuci Tangan/Basin Stainless Steel dengan menggunakan pad lembut. Sental mengikut tahap kekotoran (jika perlu gunakan pengikis).
i. Bilas permukaan dalam dan luar Basin Cuci Tangan/ Basin Stainless Steel dengan menggunakan air dan kain pengelap yang bersih sehingga kering.
j. Pastikan pencucian water trap dilakukan bagi membuang sisa sampah/kotoran supaya aliran air tidak terhalang.
7
4.4.2 CERMIN
Cermin merangkumi permukaan cermin dan bingkai. Cermin hendaklah bebas dari habuk, kesan tompokan air (watermark), kesan kotoran jari dan lain-lain kotoran serta selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
b.
Tiga (3) kali/syif (bagi yang beroperasi 24 jam – 3 shif).
Spot cleaning jika perlu.
a.
b.
c.
d.
e.
Kering
Tiada kesan tompokan air (watermark)
Tiada kesan kotoran jari
Tiada habuk
Berkilat
b. Tutup semula bekas bahan pencuci
c. Semburkan bahan pencuci pada permukaan cermin.
d. Biarkan seketika untuk tindakbalas bahan pencuci
e. Gosok permukaan cermin dengan menggunakan lamb wool.
f. Cuci keseluruhan permukaan cermin dengan menggunakan squeegees.
g. Lap dengan kain pengelap yang bersih sehingga kering.
8
4.4.3 DINDING
Dinding merangkumi keseluruhan ruang di dalam dan permukaan luar tandas sehingga ke permukaan siling. Permukaan dinding termasuk alat pepasangan yang dipasang terus kepadanya hendaklah sentiasa bersih, kering dan bebas dari kotoran dan habuk.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
b.
Harian (pembersihan setempat atau spot cleaning).
Bulanan (pembersihan am terutamanya pada grouting tile).
a.
b.
c.
d.
e.
Tiada habuk.
Tiada kotoran.
Tiada bendasing melekat.
Tiada kesan air.
Tiada sesawang.
a.
Menggilap kemasan pada dinding.
b. Tutup semula bekas bahan pencuci.
c. Tanggalkan bendasing yang melekat (sticker, gula-gula getah dan sebagainya) pada permukaan dinding dengan menggunakan pengikis.
d. Sembur bahan pencuci ke seluruh dinding dan biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindakbalas bahan pencuci.
e. Mulakan cucian dari atas ke bawah dengan lingkungan kawasan kerja sekitar 1 meter persegi.
f. Gosok permukaan dinding dengan menggunakan kain /berus bagi menanggalkan kotoran degil pada permukaan dinding.
g. Pindah ke bahagian seterusnya sehingga kerja selesai.
h. Bilas sehingga bersih keseluruhan permukaan dinding dengan menggunakan flat mop dari bahagian atas ke bawah.
i.
Keringkan dengan kain pengelap atau flat mop yang bersih sehingga kering.
j. Memastikan langkah keselamatan diambil ketika membilas permukaan dinding dengan air.
9
4.4.4 LANTAI
Lantai merangkumi keseluruhan ruang di dalam tandas dari permukaan luar dan dalam sehingga ke ruang dalam kubikel tandas. Permukaan lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan bebas dari kotoran dan habuk.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN
INDIKATOR TAHAP KEBERSIHAN
NILAI TAMBAH
Pembersihan Harian (Pembersihan Setempat) a.
b.
c.
Harian (sekali atau lebih dalam sehari mengikut keperluan).
Berjadual (mingguan atau bulanan).
Spot Cleaning.
a.
b.
c.
d.
Tiada habuk.
Tiada kotoran.
Tiada bendasing melekat.
Tiada kesan air.
a.
Penggunaan mesin scrubbler - Campurkan bahan pencuci dengan air mengikut sukatan dan masukkan ke dalam tangki scrubbing. - Pasangkan drive plate dan pad ke mesin - Lepaskan bahan pencuci dari tanki scrubbing. Pastikan lantai telah dibasahkan terlebih dahulu. -Scrub lantai secara sistematik. -Periksa pad dari masa ke semasa. Tukar pad jika sudah kotor. -Setelah selesai buka pemegang pad. -Bersihkan dah simpan semula di dalam stor.
a. Kikis sebarang bendasing lain yang melekat pada permukaan lantai.
b. Sapu lantai dengan penyapu.
c. Bersihkan dan cuci permukaan lantai yang terkena tumpahan (kotoran, kencing, muntah dan sebagainya)
d. Semburkan bahan pencuci dan biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindakbalas bahan pencuci.
e. Gosok atau sental permukaan lantai yang terdapat kesan kotoran degil dengan menggunakan berus/pad hijau mengikut kesesuaian termasuk sudut-sudut tepi dinding.
f. Bilas dengan air.
g. Mop hingga kering.
Pembersihan Harian – Masa Bukan Puncak
a. Dilakukan sekali sehari (contohnya semasa hendak tutup)
b. Kutip sampah-sampah besar pada permukaan lantai.
c. Kikis sebarang bendasing lain yang melekat pada permukaan lantai.
d. Basahkan keseluruhan lantai.
e. Sembur bahan pencuci pada keseluruhan lantai dan biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindak balas bahan pencuci.
10
LANTAI
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
f. Gosok ataupun sental pada permukaan lantai terutamanya kotoran.
g. Bilas lantai dengan air sebelum permukaan lantai kering.
h. Tolak air yang bertakung dengan floor squeegees ke perangkap lantai.
i. Mop hingga kering.
Pembersihan Mingguan/Bulanan – Menyeluruh
a. Dilakukan sekali mingguan dan bulanan mengikut kesesuaian.
b. Lakukan sama seperti pencucian harian semasa masa bukan puncak tetapi kerja-kerja menggosok atau menyental menggunakan mesin scrubber atau berus yang sesuai.
c. Bersih dan keringkan permukaan berhampiran yang terkena percikan air.
11
4.4.5 SILING
Siling merangkumi keseluruhan ruang bahagian atas (bumbung) dalam tandas. Permukaan siling hendaklah sentiasa bersih, kering, bebas dari sesawang, kotoran, habuk dan selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Buang sesawang.
a.
b.
Harian (pembersihan sesawang). Berjadual (mingguan atau bulanan mengikut keperluan).
a.
b. c.
Tiada sesawang.
Tiada habuk/kotoran Tiada kesan air.
a.
Siling yang terdapat kotoran yang sukar ditanggalkan hendaklah dicat semula.
b. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
c. Tutup semula bekas bahan pencuci.
d. Tanggalkan bendasing yang melekat (sticker, gula-gula getah dan sebagainya) pada permukaan dan jangan biarkan terlalu basah.
e. Gosok permukaan siling dengan menggunakan kain/pad hijau/berus bagi menanggalkan kotoran degil pada permukaan siling.
f. Pindah ke bahagian seterusnya sehingga kerja selesai.
g. Bersihkan sehingga bersih keseluruhan permukaan siling dengan menggunakan flat mop.
h. Keringkan dengan kain pengelap atau mop yang bersih dan kering.
12
4.4.6 PINTU
Pintu adalah merangkumi pintu masuk utama, pintu kubikel dan pintu ruang utiliti/ stor. Pintu boleh terdiri dari bahan plastik, kayu, kaca, komposit atau logam. Permukaan pintu, pemegang pintu dan penyangkut barang hendaklah bebas dari kotoran dan habuk, kesan cap jari atau sebarang tanda yang kelihatan serta selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
b.
c.
d.
Harian (lap dengan kain pengelap yang bersih tanpa bahan pencuci).
Dua (2) kali seminggu (pencucian dengan bahan pencuci).
Bagi tandas yang tinggi kadar penggunaan – pencucian perlu dibuat lebih kerap.
Berjadual (mingguan atau bulanan mengikut keperluan).
a.
b.
c.
d.
e.
Tiada sebarang tompokan/karat/ contengan/ bendasing.
Permukaan luar dan dalam kering.
Tiada habuk / sawang.
Tiada kesan kehitaman.
Permukaan stainless steel tidak pudar.
a.
Pintu yang terdapat kotoran yang sukar ditanggalkan hendaklah dicat semula.
b. Tutup semula bekas bahan pencuci.
c. Biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindakbalas bahan pencuci.
d. Lapkan permukaan pintu dengan bahan pencuci dari atas ke bawah, pemegang pintu dan penyangkut pakaian dengan kain/pad lembut.
e. Sediakan air bilasan di dalam baldi dan bilas kain/pad lembut dalam air bersih dan perah.
f. Lapkan permukaan pintu sekali lagi dengan menggunakan air bersih dan keringkannya dengan kain pengelap yang bersih.
g. Ulangi langkah di atas sehingga permukaan pintu benar-benar bersih.
13
4.4.7 MANGKUK TANDAS DAN ALAT SIMBAH
Mangkuk tandas adalah termasuk dari jenis duduk (sitting) dan cangkung (squatting). Komponen mangkuk tandas adalah terdiri daripada:
1) Mangkuk tandas
2) Pelapik mangkuk tandas
3) Alat simbah
4) Segala aksesori mangkuk tandas yang berkaitan.
Bahan binaan boleh terdiri daripada seramik, plastik, logam atau konkrit. Mangkuk tandas, pelapik mangkuk tandas dan alat simbah hendaklah bebas dari kotoran, najis, habuk, kesan cap jari atau sebarang tanda yang kelihatan dan bau serta selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
b.
c.
Harian (minimum tiga (3) kali/syif).
Bagi tandas yang tinggi kadar penggunaan, pencucian perlu dibuat lebih kerap.
Spot cleaning, jika perlu.
a.
b.
c.
d.
e.
Tiada sebarang tompokan/karat/kesan kekuningan.
Tiada bau.
Permukaan luar dan dalam yang kering.
Tiada habuk/sawang.
Tiada daki/kesan kehitaman.
a
b
c
Bahan pewangi hendaklah digunakan.
Jenis berus tandas, pad lembut hendaklah dari jenis yang tidak merosakkan/mencalarkan permukaan mangkuk tandas.
Cermin khas boleh digunakan untuk memantau kebersihan bahagian bawah rim mangkuk tandas.
b. Tutup semula bekas bahan pencuci.
c. Gunakan berus tandas untuk mengosongkan air dalam perangkap.
d. Letakkan bahan pencuci ke dalam mangkuk tandas dan permukaan di sekelilingnya.
e. Biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindakbalas bahan pencuci. Kemudian sental dengan menggunakan berus tandas termasuk bahagian yang terlindung seperti bahagian bawah rim mangkuk tandas.
f. Sementara itu, sental bahagian luar mangkuk tandas dan alat simbah dengan menggunakan pad lembut.
14
MANGKUK TANDAS DAN ALAT SIMBAH
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
g.
Jika terdapat kekuningan dan kotoran degil, gunakan bahan pencuci berbentuk asid. Berhati-hati ketika menggunakan bahan pencuci berbentuk asid kerana ia boleh menjejaskan permukaan lantai.
h. Bilas mangkuk tandas sehingga bersih.
i. Sembur atau lapkan permukaan mangkuk tandas dengan menggunakan bahan pembasmi kuman.
j. Pastikan penutup dan permukaan atas mangkuk tandas dikeringkan selepas pencucian.
k. Tutup penutup mangkuk tandas selepas pencucian.
15
4.4.8 URINAL
Urinal adalah dari jenis panel atau mangkuk dan alat simbahnya. Bahan binaan boleh terdiri daripada seramik, logam atau kaca. Urinal hendaklah bebas dari kotoran, kesan urin, habuk atau sebarang tanda yang kelihatan dan bau serta selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
b.
c.
Harian (minimum 3 (tiga) kali/syif ).
Bagi tandas yang tinggi kadar penggunaan (pencucian perlu dibuat lebih kerap).
Spot cleaning, jika perlu.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
Tiada sebarang tompokan/karat/kesan kekuningan.
Tiada bau.
Permukaan luar dan dalam yang kering.
Tiada habuk/sawang.
Tiada daki/kesan kehitaman.
Permukaan stainless steel tidak pudar.
a
b
c
Bahan pewangi hendaklah digunakan.
Jenis berus tandas,pad lembut hendaklah dari jenis yang tidak merosakkan/mencalarkan permukaan mangkuk tandas.
Cermin khas boleh digunakan untuk memantau kebersihan bahagian bawah rim mangkuk tandas.
b. Tutup semula bekas bahan pencuci.
c. Letakkan bahan pencuci ke dalam urinal dan permukaan di sekelilingnya.
d. Biarkan seketika mengikut masa yang disyorkan untuk tindak balas bahan pencuci. Kemudian sental dengan menggunakan span/pad lembut.
e. Sementara itu, sental bahagian luar urinal dengan menggunaka pad lembut.
f.
Jika terdapat kekuningan dan kotoran degil, gunakan bahan pencuci berbentuk asid. Berhati-hati ketika menggunakan bahan pencuci berbentuk asid kerana ia boleh menjejaskan permukaan lantai.
g. Bilas urinal sehingga bersih.
h. Sembur atau lapkan permukaan urinal dengan menggunakan bahan pembasmi kuman.
i. Pastikan bahagian luar urinal dikeringkan selepas pencucian.
16
4.4.9 LONGKANG/SALIRAN PERMUKAAN
Longkang/saliran merangkumi di dalam dan luar tandas. Longkang/saliran hendaklah bebas dari kotoran, bau, sampah, pasir lumpur, lumut serta batu, selamat dan pengalirannya adalah lancar.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN
INDIKATOR TAHAP KEBERSIHAN
NILAI TAMBAH
a. Buka perangkap sampah (floor trap) di permukaan longkang/saliran permukaan.
a.
b.
Pencucian harian (sampah, pasir, daun, batu) di dalam dan luar bangunan.
Mingguan- 2 minggu sekali (heavy cleaning melibatkan bahan kimia, lumut, pasir, batu, daki) di luar bangunan.
a.
b.
c.
d.
Bersih.
Tiada bau.
Aliran air lancar.
Tiada kerosakan.
a.
Pastikan perangkap sampah tidak tersumbat, bebas dari sampah, daun dan pasir.
b. Keluarkan sisa sampah/bendasing yang tersangkut di dalam lubang saliran.
c. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
d. Tutup semula bekas bahan pencuci.
e. Letakkan bahan pencuci ke permukaan longkang/saliran permukaan dan biarkan seketika.
f. Gosok atau sental kesemua bahagian longkang/saliran permukaan dengan menggunakan berus penyental. Jika perlu gunakan pengikis untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada longkang/saliran permukaan.
g. Kutip sisa kotoran dan masukkan ke dalam beg plastik sampah.
h. Bilas permukaan longkang/saliran permukaan dengan menggunakan getah pancuran hose/water jet.
i. Keringkan dengan menggunakan mop atau penyedut wet & dry.
j.
k.
Bersihkan dan bilas perangkap sampah.
Kembalikan semula perangkap sampah tersebut ke tempat asal.
17
4.4.10 PILI, BIDET DAN SAMBUNGANNYA
Pili, bidet dan sambungan hendaklah bebas dari tompok kotoran, kesan kotoran jari, sisa sabun dan kesan tompokan air (watermark) serta berkilat.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Buka perangkap sampah di bawah basin cuci tangan/basin stainless steel. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
a.
Pengeringan/pengilapan dilakukan selepas setiap penggunaan.
a.
b.
c.
d.
e.
Tiada kesan karat/kekuningan.
Tiada kesan tompokan air (watermark).
Kering.
Tidak berhabuk.
Berkilat.
a.
Gunakan pili dan bidet yang tahan lasak, jimat air dan alat ganti yang berkualiti.
b. Tutup semula bekas bahan pencuci.
c. Semburkan bahan pencuci ke permukaan pili, bidet dan sambungannya kemudian biarkan seketika.
d. Cuci dengan menggunakan pad lembut sehingga kotoran tanggal.
e. Untuk kotoran degil, gunakan pad hijau dengan berhati-hati tanpa merosakkan permukaan dan bilas.
f. Keringkan dengan menggunakan kain bersih.
g. Gilapkan pili dan bidet (stainless steel) menggunakan bahan kimia yang bersesuaian.
18
4.4.11 TONG SAMPAH
Tong sampah dengan saiz bersesuaian dari jenis plastik/stainless steel yang lengkap dengan plastik dan berpenutup.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
Tong Sampah
a. Pastikan beg plastik sampah tidak bocor. Jika bocor masukkan ke dalam satu lapisan plastik sampah yang baru.
a.
b.
Harian (Pungutan – mengikut keperluan).
Mingguan (Cucian – mengikut keperluan).
a.
b.
c.
d.
e
Kering dan tidak kotor.
Tidak berbau busuk.
Sampah tidak melimpah (2/3 kapasiti).
Sentiasa bertutup dan dilengkapi beg plastik.
Tiada urungan lipas, lalat, tikus, nyamuk (LILATIN).
a.
b.
c.
Beg plastik mesra alam.
Tong sampah konsep 3R (recycle, reuse, reduce,).
Sembur tong sampah dengan pewangi.
b. Ikat beg plastik sampah dengan kemas.
c. Elakkan beg plastik sampah terkena badan.
d. Angkat keluar beg plastik dan masukkan dalam tong sampah beroda.
e. Cuci permukaan luar dan dalam tong sampah sehingga bersih dengan menggunakan air.
f. Lap permukaan luar dan dalam tong sampah dengan menggunakan pine disinfectant mengikut sukatan pada label.
g. Tukarkan beg plastik sampah mengikut saiz yang sesuai dan kembalikan tong sampah pada kedudukan asal.
*Tong Sanitari
Pihak pengurusan diwajibkan meletakkan Tong Sanitari di setiap kubikel tandas perempuan.
Pungutan sisa dilakukan secara berjadual oleh syarikat yang dilantik.
19
4.4.12 KELENGKAPAN ELEKTRIK (EXHAUST FAN, KIPAS, LAMPU, DLL)
Kelengkapan elektrik merangkumi exhaust fan, kipas, lampu dan lain-lain. Kelengkapan elektrik hendaklah sentiasa bersih, kering, berfungsi serta dalam keadaan selamat untuk digunakan.
KAEDAH PEMBERSIHAN FREKUENSI CUCIAN INDIKATOR TAHAP
KEBERSIHAN NILAI TAMBAH
a. Sediakan tangga pada posisi yang stabil serta tidak membahayakan.
a.
b.
Dwi bulanan – mengikut keperluan
Spot cleaning - jika perlu
a.
Tidak berhabuk/bersawang
a.
Keutamaan diberi kepada peralatan elektrik menggunakan konsep green technology.
b. Bancuh bahan pencuci mengikut sukatan yang ditetapkan pada label bahan pencuci dan masukkan ke dalam baldi/botol penyembur.
c. Tutup semula bekas bahan pencuci.
d. Sediakan air bilasan di dalam baldi.
e. Tanggalkan peralatan elektrik (jika perlu) dengan berhati-hati dan bersihkan dengan menggunakan kain.
f. Elakkan point elektrik dari terkena air (gunakan plastik sebagai penutup/masking tape).
20
5. Senarai Rujukan
i. Ballarat Health Services (2002). “Cleaning Manual Work Procedure and
Standards”. Human Resources Directorate Environmental Services
Department. New South Wales. Australia.
ii. Denai Biru (2006). “Manual Kursus Sijil Kemahiran Asas Pencucian.”
Denai Biru, Centre For Advanced Professional Development. Selangor.
Malaysia.
iii. Malaysian Standard (2006). “Public Toilets – Part 2: Inspection Criteria MS
2015: PART 2: 2006.” Putrajaya. Malaysia.
22
LAMPIRAN 1
CONTOH PERALATAN PENCUCIAN TANDAS
BIL PERALATAN CONTOH GAMBAR
1. Nipper
2. Scrapper
3. Squeegees
4. Sarung Tangan Getah
23
BIL PERALATAN CONTOH GAMBAR
5. Kasut Getah Kalis Air
6. Pad Lembut
7. Microfiber Cloth
8. Papan Tanda Keselamatan
24
BIL PERALATAN CONTOH GAMBAR
9. Tong Sampah
10. Tong Sanitari (Tandas
Perempuan)
11. Vest Keselamatan
12. Tangga