MAJLIS PERASMIAN -...
Transcript of MAJLIS PERASMIAN -...
1
MAJLIS PERASMIAN
PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2016
(17 November 2016)
MASA PROGRAM
10.45 Pagi
Ketibaan YBhg. Datuk Haji Mohammad bin Mentek Ketua Setiausaha KPKT
10.50 Pagi
Ketibaan YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
11.00 Pagi
Ketibaan YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
UCAPAN ALUAN oleh YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
UCAPAN PERASMIAN oleh YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Gimik Perasmian
2
TEMA PERSIDANGAN
“Persekitaran Bersih, Rakyat Sejahtera”
OBJEKTIF PERSIDANGAN
Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk memberikan satu platform berbentuk
forum bagi pegawai teknikal di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi
yang terlibat dalam kesihatan persekitaran untuk berkomunikasi, berkongsi hasil kajian
disamping menemukan idea dan kaedah baru di dalam menangani isu-isu kesihatan
persekitaran.
3
ATURCARA
HARI PERTAMA: 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)
MASA ATURCARA
0800-0830 Pendaftaran Peserta
0830-1030 SESI I SANITASI BANDAR
PENGERUSI: YBrs. Tuan Shahruddin bin Shahril
Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan
RAPPORTEUR: En. Muhamad Fazly bin Zainal
En. Alias bin Abdullah PENJAGA MASA:
Pn. Najuah binti Abdul Halim
Pembentangan 1 Aplikasi Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran Dalam Sanitasi Bandar
Oleh: Dr. Mohd Rafee bin Baharudin,
Universiti Putra Malaysia
Pembentangan 2 Pelaksanaan Tapak Binaan Sejahtera (TABAS)
Oleh: En. Kuzaini bin Hamidon,
Majlis Perbandaran Sepang
Pembentangan 3 Panduan Pelaksanaan Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun
Sendiri (Kendiri) 3P3S Kendiri Oleh:
En. Raman a/l Maran, Majlis Bandaraya Ipoh
1030-1100 Minum Pagi
1100-1230 MAJLIS PERASMIAN OLEH YB. TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR, MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
1230-1400 Makan Tengahari dan Rehat
1400-1630 SESI II PENGURUSAN KESIHATAN PERSEKITARAN
PENGERUSI: YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Johar
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan
RAPPORTEUR: Pn. Noor Diana binti Khalil
En. Abdul Rabbiar Rasul bin Mohd Nayan PENJAGA MASA:
En. Mohamad Hafiz bin Mohamad Azmi
4
Pembentangan 4 Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca
Oleh: En. Mohamad Safri bin Abd. Rahman
SWCorp, Malaysia
Pembentangan 5 Pengurusan Pencemaran Udara Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Oleh: Dr. Yap Poh Sin
Institut Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi, International Medical University
Pembentangan 6 Fogging Machine - POD (FM - POD)
Oleh: En. Srighanesan a/l Kasippillai, Majlis Bandaraya Shah Alam
1630 Minum Petang dan Penangguhan
HARI KEDUA: 18 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
MASA ATURCARA
0830-1030 SESI III KAWALAN PENYAKIT DAN VEKTOR
PENGERUSI: Tuan Haji Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool
Ketua Perunding Kejuruteraan Awam RAPPORTEUR:
En. Rozaidi bin Misli En. Ahmad Faisal bin Awang Sofa
PENJAGA MASA: En. Muhamad Izzat bin Mohamad
Pembentangan 7 Mosquito Buster
Oleh: Prof Madya Dr. Mohd Azree bin Idris
College of Engineering Universiti Tenaga Nasional
Pembentangan 8 Cadangan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan Oleh:
Tuan Haji Rosnani bin Ab. Hamid Perunding Kanan Kesihatan Persekitaran,
Jabatan Kerajaan Tempatan
1030-1100 Minum Pagi
1100-1200 Pembentangan 9 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Masyarakat Dalam Pengurusan Masalah Anjing Liar Di Kawasan Perbandaran
Oleh: En. Khairil Anuar bin Mohamed
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
5
MASA ATURCARA
1200-1445 Rehat
1445-1630 SESI IV KESIHATAN AWAM
PENGERUSI Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan RAPPORTEUR
Pn. Norazlina binti Rozali En. Abdul Jamal bin Abd Razak
PENJAGA MASA En. Ahmad Azamuddin bin Abu Bakar
Pembentangan 10 Risiko Kesihatan Di Kolam Renang
Oleh: Dr. Umi Kalsom binti Md. Ariffin
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Pembentangan 11 Perkongsian Lawatan Teknikal Kesihatan Persekitaran: Penyampaian
Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran Di Mandurah City Council, Perth Australia Barat Oleh:
En. Ab Rahim bin Muda Ketua Unit Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Kuantan
1630 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PEMPAMER, PEMBENTANG LISAN DAN PEMBENTANG POSTER
OLEH YBrs. KETUA PENGARAH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
6
SENARAI PEMBENTANG LISAN
PEMBENTANG LISAN 1
“Aplikasi Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran Dalam Sanitasi Bandar”
Oleh
Dr. Mohd Rafee bin Baharudin Universiti Putra Malaysia
ABSTRAK
Penilaian risiko kesihatan persekitaran adalah merupakan proses yang perlu diberi perhatian yang sangat penting dalam aktiviti sanitasi bandar di sesebuah negara. Proses ini meliputi mengenalpasti hazad, melakukan penilaian risiko dan mencadangkan langkah pencegahan yang bersesuaian. Pengukuran proaktif dan reaktif juga mestilah dilakukan bagi mengetahui sejauh mana risiko yang dijangkakan berbanding penanda aras yang telah ditetapkan. Keputusan kesimpulan penilaian risiko dapat membantu merancang dan mengawal perbelanjaan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan ke arah ekonomi yang lebih mapan bagi mengelak pembaziran pengurusan kewangan. Risiko positif dan risiko negatif boleh diukur dengan pelbagai kaedah yang sistematik dan memerlukan pengumpulan data statistik berkaitan halatuju sesebuah organisasi. Pihak Berkuasa Tempatan perlu merancang dalam meluaskan aplikasi program penilaian risiko ke atas semua aktiviti kesihatan persekitaran yang berisiko supaya perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan cemerlang kepada penduduk dapat dilaksanakan dan ianya adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju.
7
PEMBENTANG LISAN 2
Pelaksanaan Tapak Binaan Sejahtera (TABAS)
Oleh
En. Kuzaini bin Hamidon Majlis Perbandaran Sepang
ABSTRAK
TABAS merupakan singkatan kepada Tapak Bina Sejahtera. Program adalah bertujuan memberi penarafan ke atas tapak bina yang memberi penekanan dan pematuhan ke atas usaha–usaha mewujudkan suasana persekitaran pembinaan yang teratur, selamat, bersih dan sejahtera. MP Sepang merupakan PBT yang pertama yang memberi penarafan kepada tapak bina dengan menggalakkan semua tapak bina mengamalkan kebersihan serta meningkatkan kualiti pengurusan. Dengan harapan slogan “Membudayakan Tapak Bina Sejahtera” akan menjadi ‘tagline’ kepada setiap pemaju–pemaju. Objektif program adalah untuk mengawal setiap kawasan tapak bina agar sentiasa mematuhi syarat–syarat kelulusan yang telah diberikan, mewujudkan suasana tapak bina yang selamat, bersih dan sejahtera serta meningkatkan kualiti pengurusan tapak bina yang lebih baik dan memberi penarafan dan pengiktirafan kepada pengurusan tapak bina baik dan sejahtera. Prinsip–prinsip perlaksanaan TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam sekitar, kebersihan sekitar tapak bina dan bebas aedes. Perlaksanaan fasa TABAS telah dijalankan di Zon Cyberjaya yang melibatkan pengauditan daripada 6 jabatan iaitu Jabatan Kesihatan, Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pelesenan & Pengurusan Penjaja, Jabatan Kejuruteraan dan Unit Perkhidmatan Bandar.
8
PEMBENTANG LISAN 3
Panduan Pelaksanaan Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (Kendiri) 3P3S (Kendiri)
Oleh
En. Raman a/l Maran Majlis Bandaraya Ipoh
ABSTRAK
Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) 3P3S KENDIRI memberi panduan kepada pemilik lot tanah kosong/rumah terbiar bagi menyelenggara harta milik berasaskan senarai nama kontraktor yang telah disediakan oleh MBI. Program ini mengaplikasikan falsafah keselamatan kesihatan pekerjaan (KKP) iaitu tanggungjawab keselamatan kesihatan pekerjaan orang yang bekerja terletak pada orang yang mewujudkan risiko (pemilik lot kosong/rumah terbiar) dan mereka yang bekerja dengan risiko. Projek ini merupakan satu proses kerja baharu dimana pemilik boleh memperolehi risalah Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) yang telah diedar dan dihebah melalui media massa serta laman sosial. Menggunakan konsep komunikasi yang berkesan berdasarkan bukti melalui strategi dan kerjasama tripartite di antara MBI, pemilik dan kontraktor pembersihan bagi mencapai kesedaran pengaturan sendiri (Kendiri) oleh pemilik. Melalui pelaksanaan 3P3S KENDIRI, pembersihan lot semak samun dapat dijalankan dalam tempoh kurang dari 7-14 hari dan menjimatkan kos serta tenaga dari segi pengurusan aduan semak samun oleh MBI. Program ini juga membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi dan kematian akibat demam denggi serta mengurangkan aduan berkaitan semak samun lot milik persendirian. Keseluruhannya, program ini merupakan program yang berimpak tinggi kerana dapat menjamin persekitaran yang bersih dan selamat kepada warga Bandaraya seterusnya dapat meningkatkan kepuasan pelanggan Bandaraya.
9
PEMBENTANG LISAN 4
Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca
Oleh
En. Mohamad Safri bin Abd. Rahman SWCorp Malaysia
ABSTRAK
Mulai 1 September 2015 yang lalu, pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Akta 672 adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyelenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan. Sistem kutipan 2 + 1 telah digerakkan bermula 1 September 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu. Objektif pengasingan sisa pepejal di punca adalah untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula, mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan dan mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.
10
PEMBENTANG LISAN 5
Pengurusan Pencemaran Udara Di Kawasan PBT
Oleh
Dr. Yap Poh Sin Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi
International Medical University
ABSTRAK
Antara pencemaran alam sekitar, pencemaran udara adalah cabaran alam sekitar yang paling tidak dapat dielakkan di negara-negara di seluruh dunia terutamanya Asia, yang sedang mengalami pertumbuhan drastik dalam pembangunan ekonomi dan sosial akibat peningkatan pesat dalam bidang perindustrian, pembangunan, dan pengangkutan. Menurut WHO Garis Panduan Kualiti Udara 2005, kira-kira 800,000 kematian dan 6.4 juta hilang upaya akibat daripada pencemaran udara dan dua pertiga daripadanya berlaku di negara-negara Asia. Walaupun peraturan-peraturan alam sekitar diwujudkan sedekad yang lalu, namun dengan pembangunan yang pesat telah mengakibatkan kualiti udara di bandar-bandar besar di Malaysia semakin teruk. Di Malaysia, punca pencemaran udara secara setempat disebabkan oleh perindustrian, pembakaran terbuka secara besar-besaran dan lepasan daripada kenderaan. Kekangan utama pengurusan pencemaran udara di Malaysia disebabkan lebih mengutamakan pembangunan daripada amalan penjagaan persekitaran dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Cabaran yang paling besar bagi Malaysia adalah bagaimana untuk mengimbangkan antara peningkatan aktiviti industri, pertanian, peningkatan bilangan kenderaan dan mengekalkan udara bersih jika tiada pemantauan dan pengurusan pencemaran udara memerlukan kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti udara. Selain itu, adalah penting untuk menilai pelan tindakan pengurusan pencemaran udara dengan menggabungkan polisi-polisi berkaitan alam sekitar di antara agensi-agensi kerajaan dengan semua pihak yang berkepentingan.
11
PEMBENTANG LISAN 6
Fogging Machine - POD (FM - POD)
Oleh
En. Srighanesan a/l Kasippillai Majlis Bandaraya Shah Alam
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh kakitangan yang menjalankan kerja-kerja semburan kabus semasa kawalan wabak demam denggi. Beban mesin fogging yang berat dengan purata 8 kg setiap unit yang perlu diangkat oleh pekerja-pekerja fogging hampir setiap hari memberikan kesan ergonomik atau gangguan kesihatan iaitu sakit-sakit bahagian bahu, lutut, pinggang dan belakang. Akibatnya ramai pekerja mengambil cuti sakit dan ini memberi impak kepada operasi kawalan dan kualiti sistem penyampaian jabatan kami. Bagi menyelesaikan masalah ini satu projek inovasi yang dikenali sebagai FM - POD telah direkacipta dengan mengambil kira bahan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula, tahan lasak, tahan hentakan dan ringan. Kumpulan menggunakan besi hollow bagi projek ini yang sesuai digunakan dalam konteks iklim di Malaysia. FM - POD merupakan struktur tambahan seperti tongkat yang disambungkan kepada mesin fogging bertujuan mengurangkan beban berterusan yang dipikul oleh pekerja semburan kabus. Projek FM - POD telah mengurangkan aduan masalah kesihatan dan meningkatkan kualiti kerja semburan kabus. Rekabentuk FM - POD juga adalah mesra pengguna dan sesuai bagi ketinggian yang berbeza. Implikasi, jika produk ini tidak dilaksanakan akan memberi kesan mendadak kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan berlakunya peningkatan kos perubatan dan kadar keuzuran di kalangan fogger's. Fogger’s terpaksa memikul beban mesin fogging dalam jangkamasa panjang dan kesan-kesan ergonomik tidak mungkin dapat diatasi dan mendorong kepada turunnya motivasi para pekerja.
12
PEMBENTANG LISAN 7
Mosquito Buster
Oleh:
Prof Madya Dr. Mohd Azree bin Idris College of Engineering
Universiti Tenaga Nasional
ABSTRAK
Kaedah terbaru ini adalah berkaitan dengan mechanical repellent humidifier dikenali sebagai ”Mosquito Buster“ untuk menghalau nyamuk dengan pembentukan wap air di udara. Peranti ini menggunakan “rotating impeller” untuk menguraikan titisan kecil air ke dalam udara tanpa proses pemanasan berlaku.Apabila “rotating drum” yang separa tenggelam di dalam takungan air berputar, ia memungut air dan membawanya pada peresap yang akan memecahkan zarah air menjadi zarah halus yang terapung di udara. Repellent humidifier ini akan menguraikan racun untuk kegunaan luar. Ia menyebarkan wap racun dalam udara dengan saiz zarah sebanyak 10.0 mikron hingga 20.0 mikron. Racun serangga yang digunakan dalam repellent humidifier adalah Deltacide (Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd.) Dengan kepekatan 10 mililiter dalam 10 liter air atau nisbah 1: 1000.Mosquito Buster menggunakan pendekatan spatial repellency untuk menguraikan wap ke atmosfera dan menyediakan penghalang antara manusia dan nyamuk dalam lingkungan 25 meter. Kaedah ini telah diuji di beberapa kawasan hotspot denggi, dan dalam masa dua minggu, beberapa kawasan telah ditarik balik daripada senarai kawasan hotspot.
13
PEMBENTANG LISAN 8
Cadangan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Aedes Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Oleh
Haji Rosnani bin Ab. Hamid Jabatan Kerajaan Tempatan
ABSTRAK
Wabak Demam Denggi di Malaysia amat membimbangkan dan menurut stastistik yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 70% dari kesemua kes denggi yang dilaporkan telah dikesan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini adalah konsisten dengan taburan penduduk di Malaysia yang mana 74 % adalah penghuni tetap bandar. Laporan tersebut juga, menunjukkan premis-premis khusus telah dikenalpasti sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memandang serius masalah ini dan mesyuarat JPP/KPKT Bil. 4 Tahun 2015 telah mencadangkan agar Jabatan Kerajaan Tempatan membangunkan satu Garis Panduan Kawalan Nyamuk Aedes di Kawasan PBT yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti pengawalan dan pencegahan demam denggi yang dijalankan oleh pihak PBT. Empat siri bengkel dan kursus bersama pihak berkepentingan telah diadakan pada tahun 2016 bagi maksud ini. Dapatannya mencadangkan agar Pelan yang dibangunkan haruslah mengamalkan 3 strategi utama; Pertama menerusi pengukuhan komitmen pihak pengurusan; Kedua dengan melaksanakan aktiviti promosi kesihatan dan penglibatan masyarakat dalam mengawal tempat pembiakan nyamuk aedes, dan Ketiga, adalah dengan menguatkuasakan sebagai langkah yang terakhir bagi mana-mana pemunya premis yang dikesan membiak nyamuk aedes. Di bawah strategi Pertama, setiap PBT wajib mewujudkan pangkalan data dan penetapan status risiko sesuatu jenis premis berasaskan penarafan risiko iaitu Risiko Tinggi, Risiko Sederhana atau Risiko Rendah. Penggubalan Garis Panduan ini telah mengambil kira pengalaman berasaskan bukti pihak daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam pengawalan Demam Denggi di kawasan PBT. Kekangan aset di kebanyakkan PBT telah diambil kira dan saranan pengoptimuman aset dengan memberi keutamaan tindakan terhadap premis-premis yang berisiko tinggi sahaja. Perlaksanaan aktiviti kawalan yang dilaksanakan oleh setiap PBT akan dipantau secara berkala menerusi kaedah pelaporan. Adalah diharapkan juga dengan wujudnya tindakan seragam dan pemantauan ke atas aktiviti pengawalan, insiden kejadian Demam Denggi di kawasan PBT dapat dikurangkan dan dikawal.
14
PEMBENTANG LISAN 9
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan Masyarakat Dalam Pengurusan Masalah Anjing Liar di
Kawasan Perbandaran
Oleh En. Khairil Anuar bin Mohamed
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
ABSTRAK
Anjing liar atau istilah anjing terbiar bukan sahaja mengganggu nilai estetika di sesuatu kawasan malahan ia juga menjadi kacau ganggu kepada masyarakat umum. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji punca kehadiran anjing liar dan langkah yang perlu diambil untuk mengekang fenomena ini. Kajian ini bersifat kuantitatif dijalankan terhadap responden yang terdiri dari masyarakat setempat, pemilik anjing dan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti penangkapan anjing liar di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang tinggi berhubung program pemandulan anjing di mana hasil korelasi Pearson antara program “Spay and Neuter (r = 0.442). Lapan puluh peratus responden yang terdiri dari bangsa Cina, India dan Melayu bersetuju bahawa masalah sampah haram domestik adalah berkait rapat dengan masalah anjing liar (33% responden berbangsa; 24 % peratus responden berbangsa India) yang juga membantu kemandirian anjing liar sebagai sumber makanan. Kekerapan operasi di kawasan hotspot anjing mesti dilaksanakan lebih fokus terhadap aduan dari pihak awam atau komuniti setempat. Pewujudan kandang anjing adalah perlu bagi menjayakan aktiviti tangkapan dengan lebih teratur dan komprehensif selaras dengan kehendak yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
15
PEMBENTANG LISAN 10
Risiko Kesihatan Di Kolam Renang
Oleh
Dr. Umi Kalsom binti Md. Ariffin Majlis Perbandaran Ampang Jaya
ABSTRAK
Kolam renang merupakan elemen eksklusif bukan sahaja di hotel dan pusat pelancongan tetapi juga di kawasan kediaman sama ada di banglo mewah dan kondominium, malah juga telah ada di beberapa jenis pangsapuri dan teres. Hal ini menggalakkan lebih ramai orang berenang sebagai hobi dan pilihan aktiviti fizikal yang sihat. Namun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pengguna kolam renang berhadapan dengan pelbagai bahaya dan risiko kesihatan. Ujian saringan terhadap sampel air dari 38 buah kolam renang awam di kawasan Ampang Jaya pada tahun 2016 mendapati bahawa sebanyak 92.1% tidak mematuhi piawaian baki klorin 1-1.2 mg/L, 63.2% mencatatkan kekeruhan melebihi piawai iaitu melebihi 0.5 NTU, 57.9% gagal mematuhi piawaian bacaan pH 7.0-7.8 manakala 26.3% positif saringan bakteria. Pelanggaran piawaian ini merupakan ancaman terhadap berlakunya jangkitan penyakit seperti peradangan kulit, penyakit mata, jangkitan paru-paru dan masalah usus yang boleh menyebabkan kematian dan ancaman wabak. Golongan yang paling terancam adalah individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah terutamanya kanak-kanak kecil. Tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya di kolam renang adalah masih rendah di mana masih ramai yang gagal mematuhi peraturan penggunaannya. Oleh itu, kertas kajian ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tentang risiko seterusnya memudahkan perancangan dan pelaksanaan langkah pencegahan. Peranan terletak kepada pengguna, pengendali serta operator kolam agar aktiviti di kolam renang dapat menjamin kesihatan yang baik.
16
PEMBENTANG LISAN 11
Perkongsian Lawatan Teknikal Kesihatan Persekitaran: Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan
Persekitaran di Mandurah City Council, Perth Australia Barat
Oleh En. Ab. Rahim bin Muda
Majlis Perbandaran Kuantan
ABSTRAK
Pada 01 hingga 05 Oktober 2016, satu lawatan teknikal kesihatan persekitaran anjuran Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) ke Perth Australia yang terdiri dari 26 orang Pengamal Kesihatan Persekitaran. Tujuan lawatan ini ialah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman aktiviti-aktiviti kesihatan persekitaran di Perth, ibu negeri Australia Barat. Perth ialah sebuah bandar metropolitan yang terletak di Barat Daya Benua Australia berkeluasan 6,417.9 kilometer persegi. Perth mempunyai penduduk seramai 2,039,200 orang (2015) dan mempunyai suhu purata 13 0C dan kadar hujan tahunan 830 mm. Perth terdiri dari beberapa buah bandar yang ditadbir oleh Pihak Kerajaan Tempatan iaitu Bandar Joodalop, Bandar St.Vincent, Bandar Rockingham dan Bandar Mandurah. Pada 03 Oktober 2016 satu lawatan khusus ke Bandar Mandurah yang terletak 67 km dari Bandaraya Perth bertujuan mengetahui aktiviti-aktiviti kesihatan persekitaran yang dijalankan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran di sana. Di Bandar Mandurah terdapat 4 aktiviti dalam kesihatan persekitaran, iaitu aktiviti pengurusan nyamuk, pengurusan keselamatan makanan, pengurusan rekreasi air dan pengurusan bunyi. Dalam aktiviti pengurusan nyamuk, objektif utamanya ialah untuk mengurangkan pembiakan nyamuk yang menjadi punca penyakit Rose River Virus (RRV), penyakit Barmah Forest Virus (BFV), penyakit Murray Valey Enchephalitis (MVE) dan penyakit Kunjin (KUN). Pengawalan penyakit bawaan nyamuk juga melibatkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Australia Barat yang menyediakan peruntukan sebanyak 3 juta dolar Australia dan kepakaran pegawai Entomologi bagi membantu PBT Mandurah mengurangkan penyakit berkenaan termasuk membantu sewaan helikopter bagi kerja semburan pestisid oleh PBT di kawasan Harvey Estuary yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes camptoryhanchus dan Aedes vigilax. Dalam pengurusan keselamatan makanan, PBT Mandurah memastikan kebersihatan premis makanan akan diperiksa 2 kali setahun dan sekali oleh auditor luar yang dilantik. Manakala latihan dan promosi kesihatan kepada pengusaha premis makanan dijalankan di lapangan semasa pemeriksaan premis dijalankan. PBT Mandurah lebih menekan kepada konsep 'pemeriksaan kendiri' oleh pengusaha premis makanan termasuk menutup sendiri premis makanan yang didapati tidak bersih. Dalam pengurusan rekreasi air melibatkan sungai, laut, kolam renang, SPA dan Hidrologi dengan membuat persampelan air bagi analisa Enterococci dan E.coli bagi mencegah patogen yang menyebabkan penyakit gastrointestin, kulit, mata, dan telinga. Dalam aktiviti pengawalan bunyi yang dijalankan ke atas tapak pembinaan, peralatan yang digunakan di kawasan kediaman, studio muzik, alat hawa dingin dan penggera bunyi. Tujuan pemantuan ini adalah untuk memastikan bunyi yang terhasil dari kegiatan yang dijalankan tidak menganggu orang ramai yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesimpulan lawatan teknikal kesihatan persekitaran di Mandurah dapat menambah pengetahuan dan pengalaman dalam pengawalan penyakit dan pengawalan kesihatan persekitaran dengan mendapatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Australia Barat dan PBT di Perth dalam penyediaan undang-undang oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan undang-undang kecil PBT serta pelaksanaan pengawalan dan pencegahan oleh PBT.
17
SENARAI PEMBENTANG POSTER
BIL NAMA TAJUK
PP1 En. Ab. Rahim bin Muda (Majlis Perbandaran Kuantan)
Penentuan Indek Kawalan Tikus Di Bandar Kuantan
PP2 Dr. Chin Wee Loon (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)
Perbandingan Antara Keberkesanan Ubat Pembunuh Jentik-Jentik Kimia, Biologi Atau Kedua-Duanya Serta Penilaian Ke Atas Pengetahuan, Amalan Dan Sikap Dan Tahap Penerimaan Langkah Pembunuhan Jentik-Jentik Dalam Tiga Komuniti Di Kawasan Bandaraya George Town, Pulau Pinang
PP3
En. Muhamad Hisham bin Hashim (Majlis Daerah Kampar)
Inisiatif Kejiranan Hijau Majlis Daerah Kampar
PP4
En. Basheer Ahmed Pakkir Mohamed (Dewan Bandaraya Kuching Utara)
EM Bokashi Home Composting
PP5
En. Hamidi Bin Hamzah (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)
Kajian Taburan Populasi Nyamuk Aedes Mengikut Spesis Secara Vertikal Di Bangunan Kediaman Bertingkat Tinggi Di Ampang
PP6
En. Mohd Faridz Bin Mokhtar (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)
Kajian Kualiti Air Kolam Renang di Ampang
PP7
Dr. Nazri bin Che Dom (Universiti Teknologi Mara, UiTM)
Physicochemical Profiling Of Dengue Vectors Breeding Habitat At Residential Areas In Shah Alam, Malaysia
PP8
En. Faiz bin Madzlan (Universiti Teknologi Mara, UITM)
The Infestation And Life Demographic Profiles of Ae. Albopictus (Skuse) In Urban Dengue Risk Areas.
PP9 Pn. Nur Mayamin binti Hamsidi (Universiti Teknologi Mara, UITM)
Exploring Dengue Vector Using Laboratory Methods
PP 10 En. M Selvam a/l Munian (Majlis Bandaraya Ipoh)
Panduan Pematuhan Pembersihan Lot Semak
Samun Sendiri (Kendiri) – 3P3S Kendiri
18
SENARAI PEMPAMER KITARAN POTENSI SDN. BHD. ENSYSTEX (M) SDN. BHD.
Lot 1937-J, Kompleks Kilang SME, Jln IKS, Bukit Minyak, Taman IKS, Bukit Minyak, 1400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel : 04 – 508 0895 Fax : 04 – 507 1895 HP : 016–414 0033
Ensystex (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan Bukit Permai,
Utama 1, Taman Industri Bukit Permai,
56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03–4287 1546 Fax : 03–4296 7636
AGRICULTURAL CHEMICALS (M) SDN. BHD. AGROFOG SDN. BHD. 962, Lrg Perusahaan 8, Taman Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang. Tel : 04 – 360 7988 Fax : 04 – 390 5703 HP : 019– 4000146
Agrofog Sdn. Bhd, No.18, Jln PJS 11/14 Bandar Sunway Industrial Park, 46150 Subang Jaya, Selangor. Tel : 0 3-5638 8486 Fax : 03-56388491
MAJLIS DAERAH KAMPAR ONECARE BIOTECH SDN. BHD.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar,
Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan
Iskandar,
31900, Kampar, Perak.
Tel : 05 – 467 1020
Onecare Biotech Sdn. Bhd. No.19 A, USJ 1/31, Subang Permai, 47600 Subang Jaya, Selangor. Tel : 03 – 8024 7986 Fax : 03 – 8023 0073 HP : 019 – 288 6516
SUMITOMO CHEMICAL ENVIRO-AGRO ASIA PACIFIC SDN. BHD.
BAYER CO. (M) SDN. BHD. & JASA KIMIA SDN. BHD.
Enviro- Agro Asia Pacific Sdn. Bhd, 62 A, Persiaran Bunga Tanjung 1, Senawang Industrial Park, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06 – 679 3711 Fax : 06 – 6793698 HP : 012–306 6870
T1-14, Jaya 33, No.3, Jalan Semangat, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03–6209 3127 Fax : 03–7960 5717 HP : 012 2255435
PERSATUAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (EHOM)
SYARIKAT PERNIAGAAN FOGGERS SDN. BHD.
Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran (EHOM) D/A : Jabatan Kerajaan Tempatan, Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran Aras 26, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. HP : 019 -757 7764
No.16, Jalan Bukit Permai Utama 2, Taman Indah Sri Bukit Permai, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03–4292 2594 HP : 012–2080 746
SYARIKAT PERNIAGAAN KEMUNCAK
No.43, Jalan Meranti Jaya 12, Meranti Jaya Industrial Park, 47120 Puchong, Selangor. Tel : 03–8061 8346 Fax : 03–8060 1180 HP : 012–369 4346
19
PE
LAN
LAK
AR P
ERSI
DAN
GAN
KES
IHAT
AN P
ERSE
KITA
RAN
PER
ING
KAT
PIHA
K BE
RKU
ASA
TEM
PATA
N 2
016
17 –
18
NO
VEM
BER
2016
, DEW
AN K
RIST
AL K
EMEN
TERI
AN K
ESEJ
AHTE
RAAN
BAN
DAR,
PER
UM
AHAN
DAN
KER
AJAA
N T
EMPA
TAN
PEM
BEN
TAN
GAN
PO
STER
BO
OTH
PEM
PAM
ER
KAU
NTE
R PE
NDA
FTAR
AN
HOLD
ING
ROO
M
BOO
TH P
EMPA
MER
BO
OTH
PEM
PAM
ER
PEN
TAS
BUFE
T
BUFE
T
1 2
3 4
5 6
7 8
9 10
11
PETU
NJU
K :
Pem
pam
er 1
: K
itara
n Po
tens
i Sdn
.Bhd
Pe
mpa
mer
2
: Ens
yste
x (M
) Sdn
.Bhd
Pe
mpa
mer
3
: Agr
icul
tura
l Che
mic
als (
M) S
dn.B
hd
Pem
pam
er 4
: A
grof
og S
dn.B
hd
Pem
pam
er 5
: M
ajlis
Dae
rah
Kam
par
Pem
pam
er 6
: O
neca
re B
iote
ch S
dn.B
hd
Pem
pam
er 7
: S
umito
mo
Chem
ical
Env
iro-A
gro
Asia
Pac
ific
Sdn.
Bhd
Pem
pam
er 8
: B
ayer
Co.
(M) S
dn.B
hd &
Jasa
Kim
ia S
dn.B
hd
Pem
pam
er 9
: P
ersa
tuan
Peg
awai
Kes
ihat
an P
erse
kita
ran
Mal
aysia
(EH
OM
) Pe
mpa
mer
10
: Sya
rikat
Per
niag
aan
Fogg
ers S
dn.B
hd
Pem
pam
er 1
1 : S
yarik
at P
erni
agaa
n Ke
mun
cak
Bilik
Kip
as
Bilik
Kip
as
20
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT YBrs. Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
PENGERUSI BERSAMA YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Johar
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan)
Jabatan Kerajaan Tempatan
YBrs. Tuan Shahruddin bin Shahril Timbalan Ketua Pengarah
(Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan
TIMBALAN PENGERUSI Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kerajaan Tempatan
PENYELARAS Tuan Haji Rosnani bin Ab. Hamid
Perunding Kanan Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kerajaan Tempatan
URUSETIA En. Mohamad Hilmi bin Mustapha, P(KS)/JKT (Ketua)
En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT En. Alias bin Abdullah (KS)/JKT
Pn. Najuah binti Abdul Halim (KS)/JKT En. Gobinath a/l Maniam (KS)/JKT
JKK SAMBUTAN /PROTOKOL
Pn Lee Kuen Yee, KPP(BDS)/JKT En. Mohamad Khir bin Mat Lazim (BKP)/KPKT
En. Mohamad Faizal bin Mohamad Yusuf (BKP)/KPKT Pn. Sheela a/p Samivellu (BDS)/JKT Pn. Radziah binti Ismail (BDS)/JKT
Cik Nadya Suria binti Mohamad Salleh (KS)/JKT
JKK KERTAS KERJA En. Mohamad Mustaqim bin Shukri, P(KS)/JKT (Ketua)
En. Zulkifli bin Mohamad (KS)/JKT
21
JKK POSTER En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, P(KS)/JKT (Ketua)
En. Abd. Jamal bin Abd. Razak (KS)/JKT
JKK PAMERAN En. Peter Ngalang, Pk(KS)/JKT (Ketua)
En. Ahmad Faisal bin Awang Sofa (KS)/JKT En. Muhammad Izzat bin Muhamed (KS)/JKT
JKK ICT/AUDIO VISUAL/PROMOSI
En. Abdul Halim bin Ahmad, P(BPM)/JKT (Ketua) En. Azwady bin Mohd Kassim (BPM)/JKT En. Zulkarnain bin Mohd Daud (BPM)/JKT
En. Mohd Suhaime bin Sumsudin (BPM)/JKT En. Muhd Fadhil bin Md Nor (BPM)/JKT
En. Ahmad Azamuddin bin Abu Bakar (KS)/JKT
JKK MONTAJ & GIMIK Tuan Haji Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, K(KA)/JKT (Ketua)
En. Saipullah bin Husin (KA)/JKT Pn. Eka Kusmawati binti Suparmanto (KA)/JKT
En. Azwady bin Mohd Kassim (BPM)/JKT En. Zulkarnain bin Mohd Daud (BPM)/JKT
En. Mohd Suhaime bin Sumsudin (BPM)/JKT En. Muhd Fadhil bin Md Nor (BPM)/JKT
En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT
JKK LOGISTIK Pn. Aminah binti Abd. Rahman, K(KM)/JKT (Ketua)
Pn Erma liza binti Azali (KM)/JKT En. Mohd Khairul Nizam bin Hosnas (KM)/JKT
En. Mohamad Hilmi bin Mustapha (KS)/JKT En. Zulkifli bin Mohamad (KS)/JKT
JKK KEWANGAN DAN TUGAS KHAS
En. Hasan Hafizi bin Hanapi, P(KP)/JKT (Ketua) Anggota (KP)/JKT
En. Mohamad Hilmi bin Mustapha (KS)/JKT En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT
JKK PENDAFTARAN
En. Rajendran a/l Kobalu, P(KS)/JKT (Ketua) Cik Poon Ai Phin (BPM)/JKT
En. Abdul Rabbiar Rasul bin Mohd Nayan (KS)/JKT Pn. Tuan Rosma Sulia binti Tuan Rasid (KS)/JKT
Pn. Khairul Nisha binti Hashim (KS)/JKT
22
JKK MAKANAN En. Zulkifli bin Mohamad P(KS)/JKT (Ketua)
En. Abdul Jamal bin Abd Razak (KS)/JKT En. Mohd Hafiz bin Mohamad Azmi (KS)/JKT
Pn. Tuan Rosma Sulia binti Tuan Rasid (KS)/JKT Pn. Khairul Nisha binti Hashim (KS)/JKT
JK MEDIA
Pn. Naizatul Azlinda binti Anuar, KPP(KP)/JKT (Ketua) Pn. Rafidah binti Abdullah (KP)/JKT
Pn. Norazah binti Muhamad Azha (UKK)/KPKT Unit Komunikasi Korporat KPKT(UKK)/KPKT
Pn. Najuah binti Abdul Halim (KS)/JKT
JK RAPPORTEUR DAN PENJAGA MASA Tn. Haji Nazeri bin Salleh, K(KU)/JKT (Ketua)
En. Mohamad Mustaqim bin Shukri (KS)/JKT
23
URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI
Tn. Haji Rosnani bin Ab. Hamid 03 – 8891 3303 016 – 289 5361
En. Mohd Hilmi bin Mustapha 03 – 8891 3372 019 – 228 6967
En. Rizam bin Ahmad 03 – 8891 3371 016 – 324 0873
En. Alias bin Abdullah 03 – 8891 3369 013 – 662 8806
Pn. Najuah binti Abdul Halim 03 – 8891 3367 012 – 903 3687
En. Gobinath a/l Maniam 03 – 8891 3370 018 – 902 7789
24
Sekalung Penghargaan
Pembentang Kertas Kerja
Pembentang Poster Kesihatan Persekitaran
Pempamer
Peserta Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT 2016
Ahli Jawatankuasa
Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT 2016
SEMUA MAKLUMAT ADALAH BETUL PADA MASA PENCETAKAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA
DIMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU