m14- Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara.ppt
-
Upload
en-shen-chan -
Category
Documents
-
view
43 -
download
0
description
Transcript of m14- Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara.ppt
ISLAM HADHARI DAN PROSES
PEMBANGUNAN NEGARA
Nurfatin binti Idrus
Konsep Islam Hadhari…
• Hadhari membawa maksud bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun.
• Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Civilization Islam manakala bahasa Arab sebagai Al-Islam Al-Hadhari.
• Ajaran yang berpaksikan al-Quran dan sunnah.
Takrif Islam Hadhari
Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh,
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI
Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagai
teras pegangan dan rujukannya.
Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan),
akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras kepada-
Nya.
KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH
Menekankan kepada pembinaan akidah umat Islam menerusi perlaksanaan sistem pendidikan yang bersepadu dan mantap sejak dari peringkat awal persekolahan.
Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah memperkenalkan pendidikan j-Qaf iaitu pelajaran jawi, al-Quran dan fardu ain kepada pelajar-pelajar Islam di peringkat sekolah rendah.
2) Kerajaan yang adil dan beramanah
Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang
sesuai.
Amanah bermaksud menunaikan segala
tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke
atasnya.
Pemerintah hendaklah memerintah secara adil dan
beramanah kepada semua rakyat tanpa mengira
perbezaan agama dan budaya.
3) RAKYAT YANG BERJIWA MERDEKA
o Setiap manusia dilahirkan merdeka.
o Memiliki pemikiran dan tindakan yang tidak
dibelenggu oleh isme-isme ciptaan manusia
sama ada dari Timur ataupun Barat.
o Tidak akan terpedaya dengan budaya hidup
hedonistik ciptaan Barat.
o Mampu berfikir secara bebas dan waras serta
bertindak secara bijaksana.
4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan
• Entiti terpenting dalam kehidupan manusia.
• Hanya bangsa yang berilmu yang mampu membina tamadun.
• Negara yang diiktiraf sebagai negara maju dan memiliki kekuatan pertahanan serta ekonomi yang hebat adalah negara yang menguasai ilmu sains dan teknologi.
• Kerajaan telah memperkasakan sistem
pendidikan dengan menubuhkan sekolah
wawasan dan sekolah bestari.
• Menyediakan prasarana yang lengkap.
• Kerajaan juga telah menambah bilangan
universiti awam dan menggalakkan
penubuhan universiti swasta.
5) Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
o Pembangunan ekonomi bersifat seimbang dan komprehensif dengan mengambil kira nilai-nilai moral dan akhlak serta meliputi pembangunan rohani dan jasmani.
o Kerajaan telah merangka pelan pembangunan yang meliputi semua wilayah di Malaysia seperti Wilayah Pembangunan Koridor Utara.
o Kerajaaan juga memberi tumpuan kepada
pembangunan produk halal dengan mewujudkan hab-hab
halal.
o Kerajaan melalui JAKIM telah mempromosikan pensijilan
halal dan menganjurkan pameran produk halal
(MIHAS) yang diadakan secara tahunan.