Latih Tubi Peluru
-
Upload
zachryprolahok80yaho -
Category
Documents
-
view
207 -
download
20
Transcript of Latih Tubi Peluru
LONTAR PELURU
1.0 Pengenalan
Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai kelebihan dalam acara
lontar peluru. Ketinggian tubuh membolehkannya melepaskan peluru itu dari
sudut paras yang agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah. Badan yang
sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang stabil dalam
gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu
faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini di
samping ciri-ciri tubuh yang tersebut di atas.
2.0 Sejarah
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan
dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti
melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang
Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima
sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap
kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga
yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,
peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang
berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan
lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini,
acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.
Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun
1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
3.0 Fasa pergerakan Melontar peluru
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada
yang berikut:
(A) Pegangan peluru
(B) Lakaun sedia
(C) Lungusuran
(D) Kilasan badan
(E) Lontaran
(F) Pulihan
3.1 Cara memegang peluru
Ada dua cara memegang peluru yang lazim digunakan iaitu :
1. Gaya Tiga Jari
Peluru diletakkan pada pangkal tiga jari tengah dan di atas ibu jari. Jari
kelingking agak bengkok dan berada di samping peluru. Jari-jari agak
renggang. Kaedah ini sesuai bagi individu yang mempunyai jari-jari yang
kuat. (Rajah 6.1 dan 6.2)
2.
2.
2.
2.
2. Gaya Lima Jari
Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang terletak pada pangkal
jari. Ibu jari digunakan sebagai penyokong dan pengawal dari sebelah
rusuk. (Rajah 6.3 dan 6.4)
3.2 Cara menempatkan peluru pada bahu
Sebenarnya,peluru itu tidak diletakkan tepat di atas bahu, tetapi agak turun
sedikit ke depan hingga bahagian peluru di di antara ibu jari dan telunjuk benar-
benar melekat pada tulang selangka,dan bahagian atas peluru ditekan sedikit ke
arah tulang rahang; siku tangan di belakang peluru, kedudukan ini perlu
dikekalkan sehingga peluru dilepaskan. (Rujuk rajah 6. 5)
4.0 Teknik Melontar Peluru
(A) Gaya Parry O’Brien
(1) Lakuan Mulaan
Berdiri tegak membelakangi arah lontaran dengan kaki kanan,sedangkan kaki
kiri secara biasa ke belakang seperti diterangkan di atas. (Rajah 6.6 dan Rajah
6.7)
Condongkan badan seperti Rajah 6.7 jujukan 1 dan 2. Pada saat ini berat badan
dipindahkan ke kaki kanan. Gerakan meluncur ke belakang (iaitu,ke arah
lontaran) dilakukan dengan membengkokkan kaki kanan untuk berjingkit rendah
ke arah belakang iaitu ,sampai ke garis pusat bulatan (jujukan 3 dan 6).
Gerakan meluncur disertai dengan ayunan sepakan kaki kiri ke jauh-jauh ke
belakang,iaitu benar-benar dekat dengan kaki kanan mendarat garis pusat
bulatan dan ditempatkan di sebelah kaki kanan. Pandangan masih
membelakangi arah lontaran dengan badan dalam keadaan condong.
(2) Lakuan Lemparan
Pendaratan kaki kanan setelah berjingkit disusuli dengan putaran pinggul kanan
serong ke atas dan ke arah lontaran (perlu di sini bahawa putaran pinggul
kanan bermula sebelum mendaratnya kaki kiri di hadapan lingkaran).
Daya dari gerakan pinggul itu dipindahkan ke bahagian badan supaya bahu
berada di depan kaki kanan pada saat ia terkedang lurus. Semasa kaki kanan
berputar,kaki kiri hendaklah mendarat dengan segera di depan lingkaran ,iaitu
agak hampir di kiri kaki kanan. Dengan cara demikian,daya yang terkumpul dari
pergerakan awalan dapat dilihatkan ke kawasan lontaran. Masa mendarat serta
meluruskan kaki kiri itu adalah penting:jika terlalu awal atau lewat ini akan
mengurangkan jarak lontaran.
Gerakan melurus kaki kanan yang telah pun bermula tadi,diteruskan sehingga
ia menyebabkan putaran badan,serta pemindahan berat badan ke kaki kiri yang
telah pun mendarat tetapi agak bengkok.Gerakan melurus kaki kiri disertai
dengan gerakan menolak dari bahu atau kedudukan awal.
Selanjutnya tangan kanan dikuruskan ke arah sudut lontaran.Semasa kaki kiri
diluruskan dengan sepenuhnya peluru itu akan berada pada titik terjauh dari
badan: dan pada saat inilah peluru dilepaskan dengan dibantu oleh kekuatan
bahu di peingkat awal dan tolakan (flip) dengan pergelangan tangan di peringkat
akhir.
(3) Lakuan Mengimbang semula
Setelah peluru dilepaskan,kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar
lingkaran-(Jujuk 12-15).
(B) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)
(1) Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke
arah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih
kurang di bawah telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan
membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat
bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
(2) Kilasan badan
Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan
ke hadapan. Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan
dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula
menolak peluru.
(3) Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar
keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar mengakhiri
pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan
peluru sehingga peluru itu mendarat.
(4) Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan
badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu, fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya
ini.
(C) Gaya melungsur selangkah
(1) Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya,
bongkakkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan
dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan
dengan hujung kaki ). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan
kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya
dibengkokkan sedikit.
(2) Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan
secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas
kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok
(jangan tegakkan badan semasa melungsur ). Kaki kiri pelontar pula diletakkan
di hadapan bulatan.
(3) Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke
belakang.
(4) Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghendap ke arah lontaran ), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga
badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli
dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan
bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan
mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah
semasa peluru dilontar.
(5) Pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada
pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki
kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan ) dan pada masa yang
sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu
imbangan badan.
5.0 Perkara yang penting dalam lontaran peluru
1. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus
dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
2. Gerakan berjingkat(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu
tinggi-(iaitu,lakukan seberapa rendah yang boleh).
3. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan, peluru
hendaklah berada di bahu dan siku yang sentiasa di belakang
peluru. Sebelum peluru lepas dari bahu pandangan hendaklah
ditumpukan ke arah sudut lontaran.
4. Dari permulaan hingga peluru lepas dari tangan,tangan kiri
hendaklah selalu diangkat,iaitu pada aras dada. Di peringkat
sebelah kiri dapat dikurangkan.
5. Pada saat peluru akan ditolak sehingga ia jatuh di
tanah,pandangan ditumpukan kepada peluru. Semasa pergerakan
awalan,iaitu semasa meluncur,pandangan hendaklah
membelakangi arah lontaran.
6.0 Peraturan asas acara lontar peluru
(A) Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.
(B) Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan
sebelah tangan sahaja.
(C) Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi
atau papan penahan.
(D) Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah
dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri
tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan
seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.
(E) Peluru yang dihantar mestilah mendarat dalam kawasan garis
sektor.
(F) Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan
melalui bahagian belakang bulatan.
7.0 Latih tubi Pembinaan
1. Lontaran melepasi Kepala
Boleh membina kekuatan kaki dan belakang badan serta berguna sebagai
aktiviti memanas badan.
2. Lontaran Dari Paras Dada
Latihan ini bolah membina kordinasi antara kaki,badan,lengan dan
pergelangan tangan.
3. Lontaran Ke Dapan
Latihan ini berguna untuk melatih kederasan pinggul.
8.0 Pembelajaran secara Ansur Maju (Rajah 6.13)
1. Lontaran Berdiri-Dari Depan
Pegang peluru dengan cara betul dan berdiri menghadapi arah lontaran.
Tolak peluru sejauh yang boleh dan buat tanda pada tempat jatuhnya
(Rajah 6.13)
2. Lontaran Dari Depan Dengan Membengkokkan Kaki
Berdiri seperti rajah di sebelah,tetapi bengkokkan badan dan putar badan
ke kanan sejauh yang boleh tanpa menggerakkan tapak kaki. Kilas badan
serta luruskan kaki ke arah depan (kiri). Tolakan peluru sejauh yang boleh
dan tandakan tempatnya ianya jatuh (Rajah 6.14).
3. Lontaran sisi
Berdiri ke sisi,iaitu bahu kiri kea rah lontaran. Bongkokkan kaki kanan dan
lontar peluru dengan memutarkan pinggul kanan seperti dalam Rajah
6.15.
4. Lontaran dengan Membelakangi Kawasan Lontar
Berdiri ke sisi tengah bulatan dengan kaki dijarakkan. Ubah kedudukan
kaki kanan seperti dalam Rajah 6.16(b) supaya membelakangi arah
lontaran. Pindahkan barat badan ke kaki kanan dan kaki kiri juga
dibengkokkan badan ke depan. Kaki kanan dan kaki kiri juga
dibengkokkan juga dibengkokkan pada lutut. Mula dengan putaran pinggul
kanan dan luruskan kaki. Tolak peluru dengan kuat. Setelah melepasi
peluru,songsangkan kedudukan kaki supaya dapat mengawal imbangan
badan dalam Rajah 6.16(c).
5. Lontaran dengan Membelakangi Arah Lontaran
Berdiri dengan membelakangi arah lontaran. Kaki kanan di tengah bulatan
dan kaki kiri berhampiran dengan lingkaran. Bengkokkan lutut dan lontar
seperti Rajah 6.17. Songsangkan kedudukan kaki untuk mengawal
imbangan badan.
6. Teknik Penuh
Lakukan teknik keseluruhan seperti dalam Rajah 6.18. Mula di hujung
lingkaran dengan membelakangi arah lontaran.