Laporan Program Orientasi t4 2015
-
Upload
siti-nadia -
Category
Documents
-
view
312 -
download
4
description
Transcript of Laporan Program Orientasi t4 2015
LAPORAN PROGRAM
ORIENTASI TINGKATAN 4
SMK SERI SETIA, KUCHING
TARIKH : 14 DAN 15 JANUARI 2015
TEMPAT : DEWAN SMK SERI SETIA
MASA : 0800 – 0120 TENGAHARI
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK SERI SETIA
LAPORAN PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 2015
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SETIA, KUCHING
1.0 PENGENALANDalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik,
kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa untuk
membentuk masa depan negara. Oleh yang demikian, mereka perlulah dibimbing sebaik-
baiknya bukan sahaja dari aspek intelek tetapi merangkumi aspek emosi, jasmani, sosial
dan sahsiah diri sebagai modal insan yang berjaya.
Pelajar-pelajar baharu didapati berada dalam keadaan kurang keyakinan diri dan
konsep kendiri yang bercelaru. Selain itu, pelajar didapati kurang berinteraksi antara satu
sama lain terutama yang datang dari sekolah dan kelas yang berlainan. Keadaan ini
menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sehubungan itu, program orientasi pelajar tingkatan 4 bagi tahun 2015 ini telah
dijalankan untuk membantu para pelajar menghadapi gaya dan cara belajar yang lebih
matang serta berhadapan dengan mata pelajaran yang lebih mencabar mengikut aliran
masing-masing.
2.0 MATLAMAT2.1 Membina keyajinan diri pelajar untuk menempuh alam persekolahan menengah
atas.
2.2 Merapatkan silaturahim antara guru dan pelajar supaya pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.
2.3 Memberi maklumat tambahan mata pelajaran SPM mengikut aliran atau kelas
masing-masing.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Pelajar-pelajar dapat mengenali rakan-rakan yang datang dari kelas yang
berlainan.
3.2 Pelajar-pelajar mendapat pendedahan dan penghayatan budaya serta suasana
pembelajaran menengah atas.
3.3 Mewujudkan kemesraan dan sikap bekerjasama diantara pelajar-pelajar serta
guru-guru.
3.4 Memberi pendedahan berkenaan mata pelajaran SPM mengikut aliran masing-
masing.
4.0 PERJALANAN PROGRAM
14 Januari 2015 (Rabu)
Pada hari pertama, pelajar terus berkumpul di dewan dan guru kelas masing-masing
mengambil kehadiran pelajar di dewan. Sebelum program dimulakan, pelajar dan guru-guru
sama-sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’, bacaan doa dan taklimat penyelaras program.
Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat Persijilan SPM daripada Setiausaha SPM
iaitu Cik Ivy. Taklimat ini penting untuk membolehkan pelajar membuat persediaan awal
untuk SPM tahun hadapan.
Slot yang kedua diteruskan dengan taklimat khas daripada penyelaras tingkatan 4 En.
Azhan Shakir. Pelajar tingkatan 4 disarankan untuk memilih halatuju awal supaya
perancangan akan menjadi lebih teratur dan mereka boleh membuat keputusan dengan tepat.
Slot taklimat diteruskan dengan taklimat penggunaan bilik computer daripada Guru Bestari
En Liu Kit Cheong. Taklimat terakhir ialah daripada Guru Pusat Sumber iaitu Cik Dayang
Maimunah berkenaan peraturan pusat sumber dan jenis-jenis buku atau bahan bacaan di pusat
sumber.
15 Januari 2015 (Khamis)
Seperti hari pertama, pelajar terus berkumpul di dewan untuk guru kelas masing-
masing mengambil kehadiran. Program dimulakan dengan menyanyikan lagu, bacaan doa
dan taklimat daripada penyelaras program. Taklimat pertama pada hari kedua ialah amanat
daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu En. Goh Siak Wah. PK HEM menekankan
mengenai disisplin seorang pelajar dan kehadiran pelajar. Taklimat berkaitan Hal Ehwal
Murid iaitu disiplin pelajar dan peraturan sekolah diteruskan oleh Ketua Unit Pengurusan
Pelajar iaitu En Harman Bin Aris. Selesai sahaja taklimat disiplin, slot diteruskan dengan slot
daripada En Julius Anak Mundor iaitu Penolong Kanan Kokurikulum berkenaan
Kokurikulum pelajar seperti penyertaan dan kehadiran pelajar.
Kemudian diteruskan lagi dengan slot daripada Pn. Pengetua iaitu Puan Hjh Salbiah
Binti Hj. Seman dengan amanat dan pesanan kepada pelajar tingkatan 4. Selesai sahaja
ucapan daripada Pn. Pengetua, slot seterusnya ialah slot dimana pelajar tingkatan 4 akan
menjawab soal selidik saringan DASS dan soal selidik gaya daya tindak selama 40 minit.
Selesai sahaja pelajar menjawab soal selidik, slot diteruskan dengan slot daripada Pihak
LPPKN yang bertajuk Siapa Saya? dan Cara Menangani Stress. Slot sangat menarik malah
guru pun turut serta. LPPKN menyediakan aktiviti khas kepada pelajar dan pelajar berasa
sangat seronok. Selesai sahaja slot daripada LPPKN maka berakhirlah orientasi Tingkatan 4
tahun 2015 dengan jayanya.
6.0 MASALAH DAN KEKURANGANKeadaan dewan yang panas dan pelajar tidak selesa.
Kipas dewan bising menyebabkan pelajar susah untuk menumpukan perhatian.
Kekurangan guru untuk membantu mengawal pelajar. Guru yang sepatutnya masuk
kelas tidak berada di dewan.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKANDiharap untuk program seterusnya, guru-guru yang terlibat akan memberi kerjasama
untuk memantau pelajar.
Diharap pihak pentadbir dapat mengantikan kipas yang rosak dan bising untuk
kemudahan bersama semasa aktiviti sekolah dijalankan.
8.0 KESIMPULANDiharap program ini akan membantu pelajar tingkatan 4 untuk menyesuaikan diri dengan
suasana dan matapelajaran baharu. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan meningkatkan
motivasi dan keyakinan diri pelajar untuk terus berusaha untuk menghadapi peperiksaan SPM
tahun hadapan. Terima kasih juga kepada guru-guru dan pihak pentadbir yang memberi
sokongan dan terlibat untuk menjayakan program ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………. ……………………………..
(MADELINA INUM ANAK SALIPUI) (GOH SIAK WAH)
Setiausaha Program Penolong Kanan Pentadbiran dan
Orientasi Tingkatan 4 2015 Akademik
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Setia Kuching
SMK Seri Setia Kuching
Laporan Bergambar