Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)
-
Upload
zulhilmi-rahazat -
Category
Documents
-
view
91 -
download
4
description
Transcript of Laporan Big Lawatan Penanda Aras (1)
LAPORAN BINA INSAN GURU “LAWATAN PENANDA ARAS”
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM MASAI
JOHOR BAHRU.
MASA : 8.45 AM – 5. 00 AM
HARI : SELASA
1.0Pengenalan
Program bina insan guru ini merupakan subjek wajib yang harus
dilaksanakan oleh semua pelajar PISMP, program ini disertai oleh 2 buah
kelas dari 5 PISMP iaitu TESL 2 dan Pendidikan Jasmani. Lawatan ini
bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada persekitaran sekolah
terutamanya dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.
Sekolah kebangsaan Bandar Seri Alam menjadi pilihan pelajar untuk
membuat lawatan kerana sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah
kluster, sekolah ini terdiri daripada 2 ribu murid dan seramai seratus lebih
kakitangan mengajar.
2.0Perjalanan program
Seawal 8.00 pagi semua peserta program bertolak dari kampus
menuju ke destinasi, perjalanan mengambil masa selama 30 minit
disebabkan kesesakan lalu lintas. Pada jam 8.45 am, para peserta
program dan pensyarah pengiring sampai ke sekolah dan disambut oleh
pihak sekolah. Peserta program disambut oleh pihak sekolah dengan
persembahan silat daripada murid sekolah tersebut. Setelah
persembahan selesai, semua peserta bergerak ke dewan/ bilik mesyuarat
untuk sesi program seterusnya.
Rajah 1: Ketibaan peserta program ke destinasi.
Rajah 2: Murid sekolah mempersembahkan silat kepada para peserta
program
Tepat jam 9.00 pagi, taklimat diteruskan oleh pihak pengurusan
sekolah, majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ustaz sekolah,
seterusnya ucapan dari wakil peserta program iaitu Muhd hamiduddin.
Rajah 3: Ketua program Muhd Hamiduddin memberikan ucapan alu-
aluan
2.1Taklimat daripada pentadbir sekolah (Guru Besar)
Guru besar memulakan taklimat berkaitan pengenalan diri beliau,
guru besar menceritakan latar belakang diri sendiri tentang perjalanan
hidupnya sebagai seorang guru sehinggalah sekarang. Seterusnya
guru besar meneruskan ucapannya berkaitan pengenalan kepada
latar belakang sekolah serta selok belok kawasan persekitaran
sekolah. Guru besar menerangkan struktur sekolah serta sejarah
penubuhan sekolah dari awal hinggalah sekarang. Bangunan sekolah
dibina pada tahun 2001. Jumlah guru dalam sekolah seramai 112
orang dan jumlah muridnya seramai 2035. Sekolah mempunyai 2 sesi
pagi dan petang. Guru besar juga memberitahu bahawa jumlah
kakitangan mengajar tidak mencukupi kerana jumlah muridnya sangat
ramai.
Guru besar menjelaskan juga bidang tugas menjadi seorang guru
dan tugasnya sendiri sebagai pengurus sekolah. Guru besar
menekankan bahawa kerja sebagai guru besar 90% tugasnya adalah
membuat keputusan.
Setelah habis ucapan , diteruskan pula dengan tayangan video
berkaitan dengan sekolah.
Rajah 4: Guru Besar sk seri alam memberikan taklimat kepada
para peserta program.
2.2Taklimat dari unit kurikulum
Sesi taklimat seterusnya pada jam 10.00 am dan diteruskan oleh
Pn. Nor Liana. Taklimat ini dimulakan dengan pengenalan kepada
carta organisasi bahagian kurikulum. Antara isi kandungan dalam
taklimat dari unit ini ialah:
i. Carta organisasi SPSK 2015 (standard pengurusan sekolah
kualiti)
ii. Bermula pada tahun 2009
iii. Hanya ada di negeri johor
iv. Piagam guru
v. Piagam pelanggan
vi. Lencana sekolah berserta huraian
vii. Bilik-bilik khas
viii. Aktiviti-aktiviti sekolah (aktiviti tahunan)
ix. Program nilam
x. Pembentangan berkaitan pencapaian UPSR
2.3Taklimat dari pengurusan hal ehwal murid (unit disiplin)
Taklimat diteruskan dari unit hal ehwal murid pada jam 10.25 am.
Taklimat ini disempurnakan oleh guru penolong kanan disiplin. Guru
disiplin menerangkan bidang-bidang kuasa sebagai guru disiplin.
Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah adalah berkaitan dengan:
i. Enrolmen murid
ii. Masalah disiplin murid
iii. Lembaga disiplin
iv. Pengawas
v. Skim pinjaman buku teks (SPBT)
vi. KWAM
vii. Pengurusan kantin sekolah
viii. Kehadiran murid
ix. Jawatankuasa bantuan sekolah
x. Aktiviti-aktivit yang dijalankan awal tahun 2015
xi. Program guru penyayang
Rajah 5: Puan Normah memberikan taklimat berkenaan unit
disiplin
2.4Taklimat unit kokurikulum
Taklimat diteruskan dari unit kokurikulum. Taklimat ini
disampaikan oleh En. Mohd Senin. Taklimat ini berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan oleh pikah sekolah serta
program sukan yang disertai sekolah. Dalam taklimat ini juga
menjelaskan tentang pencapaian-pencapaian yang di capai oleh
murid sepanjang penyertaan dalam bidang sukan yang disertai. En.
Mohd Senin juga menjelaskan program kokum sepanjang minggu
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah iaitu badan beruniform, kelab
dan persekutuan dan juga permainan. Selain itu aktiviti program 1
murid 1 sukan disertai dan dilaksanakan oleh sekolah dimana semua
murid diwajibkan melibatkan diri dalam program ini.
Rajah 6: Taklimat daripada unit kokurikulum oleh En.Mohd Senin
3.0Aktiviti bersama murid
Tepat jam 11.00 pagi, setelah selesai taklimat daripada pihak
pentadbiran sekolah, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti bersama
murid. Aktiviti ini bertujuan sebagai pengisian guru pelatih kepada pihak
sekolah. Dalam sesi ini, murid dari tahun 4 Adab dipilih sepagai peserta
aktiviti.
Dalam aktiviti ini, murid diberikan beberapa kumpulan yang terdiri
daripada 5 ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan
lagi hubungan antara guru pelatih dengan warga sekolah. Dalam aktiviti
ini, setiap kumpulan murid akan diiringi oleh 2 atau 3 orang guru pelatih,
dalam kumpulan guru pelatih akan membimbing murid untuk bersama-
sama dalam sepanjang akitviti. Sebelum bermula, ketua aktiviti
menerangkan perjalanan aktiviti kepada semua murid.
Dalam aktiviti ini, terdapat beberapa stesen yang perlu dilalui oleh
murid, murid perlu menyelesaikan Tugasan yang diberikan dalam stesen
tersebut berdasarkan masa yang ditentukan oleh penganjur aktiviti.
Setelah selesai menyelesaikan tugasan dalam stesen tersebut, murid
dikhendaki bertukar stesen dengan kumpulan yang lain. Carta aktiviti
boleh dirujuk dalam lampiran yang disertakan.
Aktiviti bersama murid selesai lebih kurang jm 12.15 tengah hari dan
diteruskan dengan sesi bergambar antara guru pelatih dengan warga
sekolah.
4.0Penutup
Setelah aktiviti selesai, semua guru pelatih dijemput oleh pihak
sekolah untuk menjamu selera di kantin. Selepas menjamu selera, aktiviti
penutupan diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada pihak
sekolah dan disempurnakan oleh ketua program iaitu Muhd Hamiduddin.
Setelah majlis penutupan selesai, guru pelatih bersalam-salaman dengan
warga sekolah sebelum bertolak balik semula ke kampus.
Rajah 7: Pemberian cenderahati daripada wakil peserta kepada pihak
sekolah