12.0 PENANDA ARAS ‘BENCHMARKING’ PEMULIHARAAN DAN ... · laporan projek pemuliharaan dan...
Transcript of 12.0 PENANDA ARAS ‘BENCHMARKING’ PEMULIHARAAN DAN ... · laporan projek pemuliharaan dan...
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 156
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
12.0 PENANDA ARAS ‘BENCHMARKING’ PEMULIHARAAN DAN
PEMBANGUNAN SUNGAI - DI DALAM DAN LUAR NEGARA
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 157
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
12.0 PENANDA ARAS ‘BENCHMARKING’ PROGRAM PEMBERSIHAN, PEMULIHARAAN
DAN PEMBANGUNAN SUNGAI - DI DALAM DAN LUAR NEGARA
12.1 SUNGAI MELAKA, MELAKA
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka dari tahun 1400-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang
tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan,
perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan
pegindahan Sungai Melaka untuk meningkatkan ekonomi negeri.
Panjang Sungai Melaka yang terlibat dalam program pemuliharaan dan pembangunan adalah
9 km dan mengambil masa 45 minit perjalanan dengan menaiki river cruise. Selain dari
program ‘river cruise’, Sungai Melaka kini telah diperindahkan dengan usaha pembaikan
tebing sungai, pembersihan sungai, pembinaan board walk dan aktiviti-aktiviti perniagaan,
perhotelan, kebudayaan dan tarikan pelancongan di lokasi-lokasi tertentu untuk mengaktifkan
penggunaan sungai tersebut sebagai aset yang berharga.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 158
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
SUNGAI MELAKA PADA MASA KINI
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 159
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
SUNGAI MELAKA PADA MASA KINI
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 160
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
12.2 SUNGAI CHEONGGYECHEON, KOREA SELATAN
Sebelum Seoul menjadi Ibu Negara Korea, lebih kurang 600 tahun dahulu, sungai
Cheonggyecheon telah wujud sebagai sumber semulajadi yang tidak pernah disentuh.
Perkembangan dan arus pembangunan yang pesat pada tahun 1900 an telah menyebabkan
pembangunan kediaman tanpa dirancang dibina disepanjang sungai.
Pada tahun 1960 an, pihak berkuasa telah membina struktur konkrit lebuhraya bertingkat bagi
mengatasi masalah trafik yang berlaku ketika itu.
Beberapa tahun, keadaan ini telah menyebabkan kesesakan dan menyumbang kepada
pencemaran serta persekitaran yang tidak sihat.
Bermula dari itu, pihak berkuasa (City of Seoul) telah membuat keputusan dan perubahan besar
untuk ‘menghidupkan’ semula dan meperindahkan sungai asal selaras dengan usaha pihak
berkuasa untuk menjadikan Seoul sebagai ‘Bandar Mesra Alam Sekitar’. Kini Sungai
Cheonggycheon sepanjang 5.8 km, adalah merupakan salah satu tarikan utama dan kebanggaan di
bandar Seoul.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 161
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
KRONOLOGI PERUBAHAN BERGAMBAR DI SUNGAI CHEONGGYECHEON, KOREA SELATAN
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 162
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
ELEMEN ‘HARDSCAPES’ DAN ‘SOFTSCAPES’ DALAM PENGINDAHAN SUNGAI CHEONGGYECHEON, KOREA SELATAN
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 163
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
ELEMEN ‘HARDSCAPES’ DAN ‘SOFTSCAPES’ DALAM PENGINDAHAN SUNGAI CHEONGGYECHEON, KOREA SELATAN
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 164
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
ELEMEN ‘HARDSCAPES’ DAN ‘SOFTSCAPES’ DALAM PENGINDAHAN SUNGAI CHEONGGYECHEON, KOREA SELATAN
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 165
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
12.3 SUNGAI SINGAPURA DAN SUNGAI KALLANG, REPUBLIK SINGAPURA
Usaha pemuliharaan sungai di Singapura bermula pada 27 Februari 1977. Perdana Menteri
Singapura telah mengumumkan keperluan untuk memulihara sungai di Singapura. Terdapat dua (2)
sungai utama di Singapura iaitu Sungai Singapura dan Sungai Kallang.
Pada Oktober 1977, laporan, “The Cleaning-up of the Singapore River and The Kallang Basin”,
telah diperkenalkan oleh Menteri Alam Sekitar.
Sungai Singapura mengalir dari kawasan tengah yang menghubungkan wilayah tengah di kawasan
selatan Singapura sebelum mengalir keluar ke lautan. Di bahagian utara Singapura dikenali sebagai
Lembah Sungai, manakala di bahagian tengah dikenali sebagai Pusat Perniagaan Utama dan
dibahagian atas Singapura adalah dikenali sebagai,” Singapore River Planning Area”.
Kini, Sungai Singapura menjadi tarikan utama pelancongan dan memainkan peranan penting dalam
membantu menjana ekonomi setempat. Sepuluh peratus (10%) daripada sumber air Sungai
Singapura telah digunakan sebagai sumber air untuk bekalan minuman rakyat Singapura.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 166
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
KRONOLOGI PERUBAHAN BERGAMBAR DI SUNGAI SINGAPURA
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 167
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
PEMANDANGAN SUNGAI DI SINGAPURA
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 168
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
PEMANDANGAN SUNGAI DI SINGAPURA