Laporan Akhir Politeknik
-
Upload
muhammad-asyraf -
Category
Documents
-
view
509 -
download
30
description
Transcript of Laporan Akhir Politeknik
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
MUHAMMAD ASYRAF BIN MAT ISA(18DTK13F1025)
THUNDER MATCH TECHNOLOGY SDN BHDVILLAGE MALL NO G 27 GROUND FLOOR,
JALAN LAGENDA HEIGHTS08000, SUNGAI PETANI, KEDAH
DIS 2014
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
MUHAMMAD ASYRAF BIN MAT ISA
(18DTK13F1025)
DI
THUNDER MATCH TECHNOLOGY SDN BHD
VILLAGE MALL NO G 27 GROUND FLOOR,
JALAN LAGENDA HEIGHTS
08000, SUNGAI PETANI, KEDAH
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat
penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komputer)
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
DIS 2014
PENGESAHAN PELAJAR
“saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan , gambar dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”
Tandatangan :
Nama Pelajar : MUHAMMAD ASYRAF BIN MAT ISA
No. Pendaftaran : 18DTK13F1025
Tarikh : 17 APRIL 2015
PENGHARGAAN
Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan
Thunder Match Technology Sdn Bhd kerana telah memberi peluang saya
menjalankan latihan industri di cawangannya selama 20 minggu. Khasnya buat En.
Ahmad Faizurhezree selaku pembantu pengurus di kedai ini dan menguruskan hal
saya semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, Puan Nor
Hidayah binti Kamarulzaman dan Chan Chuan Khang selaku penyelia kerana
beliau juga telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di kedai
ini terutama perkara yang saya tidak mahir. Mereka juga banyak memberi tunjuk
ajar saya tentang penggunaan sistem terutama yang berkaitan dengan mesin
jualan tunai dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul.
Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja telah memberikan saya pengalaman
yang baru dalam selok-belok kedai. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa
saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan
Industri dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang
banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri
dan penyediaan laporan latihan industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan
dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan
menamatkan latihan industri.
BAB 1 – PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan
serta menyediakan laporan industry saya pada masa dan waktu yang
dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam tempoh masa 20 minggu bermula pada 1 DISEMBER 2014 sehingga
17 APRIL 2015 , saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Thunder
Match Technology Sdn Bhd. Dalam tempoh saya berada di organisasi ini,
saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam
alam pekerjaan.
Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah , bagi saya
dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan
yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar
dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu benda itu
diterjadi dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul
semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami menambah
keyakinan diri terhadap kemampuan kami
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar seperti saya tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan
sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi
peluang kepada saya untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik
bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga
adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, membuat keputusan untuk dan berupaya menguji
keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif
untuk melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi
mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 Objektif Latihan Industri
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik
perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan. Latihan
industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap
pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik
Kementeriaan Pengajian Tinggi . Setiap pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya .
Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah mendedahkan
kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar serta membolehkan
pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek
praktikal di firma atau sebaliknya. Selain itu, ia juga untuk menanam semangat
kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma tersebut.
Latihan industri ini juga dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab
dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan
datang serta mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas
tamat pengajian di Politenik kelak. Akhir sekali , supaya pelajar dapat
menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik
seperti menyediakan buku laporan industri
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu,
maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap
dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah
bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang
dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut.
Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana
untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga
sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak. Laporan yang
telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang
berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang
berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika
ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan
bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-
arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah
mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-
pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu,
dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan. Saya berharap buku laporan
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak
langsung
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Kepada pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap
proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik kuliah. Ia dapat
dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung iadapat
melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri
seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan
pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman
dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar
itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan
sebenarnya dalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali
ketika dalam sesi pembelajaran.
Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secaraumum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah
sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa
akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa
dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada
pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri
sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
BAB 2 – LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Sejarah Thunder Match Sdn Bhd
Thunder Match Sdn Bhd telah ditubuhkan pada Januari 1997. Dengan modal
RM5 Juta dan pinjaman sebanyak RM2.4 Juta. Teras perniagaan adalah untuk
menjadi sebagai Rangkaian Stor IT utama yang menawarkan pelbagai produk
komputer dan komunikasi.
Thunder Match Sdn Bhd kini telah menubuhkan pelbagai cawangan stor
antaranya Oh Yes, Samsung Concept Store, Thunder ( Apple Store ) ,
Thunder Match Technology ( IT Store ) dan banyak lagi.
2.2 Sejarah Thunder Match Technology Sdn Bhd
Thunder Match Technology Sdn Bhd (TMT) dikendalikan dan dimiliki
sepenuhnya oleh Thunder Match Sdn Bhd. TMT telah ditubuhkan pada Mac
2001 dengan objektif untuk mengurus dan mengendalikan komputer dan
teknologi maklumat sehenti pembekal penyelesaian yang mengutamakan
kecekapan, keselesaan dan pengalaman pelanggan .
TMT bertujuan untuk menawarkan rangkaian meluas produk berkualiti
kompetitif tanpa kompromi perkhidmatan pelanggan yang paling tinggi dengan
menawarkan penyelenggaraan dan pembaikan kepada pelanggan kami.
Dari permulaan yang rendah terdiri dari 1 outlet 5 kakitangan, TMT telah
berkembang kepada 64 cawangan, kira-kira 495 kakitangan. Pada tahun
2007, TMT memenangi PIKOM "Anugerah Peruncit".
2.2.1 Aktiviti Perniagaan
Kegiatan utama TMT adalah menjadikan pembekal yang menyediakan
keperluan barangan teknologi serta rangkaian internet. TMT juga
menyediakan servis membaik pulih kerosakan barangan IT seperti komputer
riba.
2.2.2 Misi Syarikat
Untuk mencapai kejayaan perniagaan dalam jangka masa yang panjang
serta mempunyai pertumbuhan yang pesat.
Untuk mengekalkan reputasi yang sangat baik yang sukar ditandingi dalam
kualiti, harga, perkhidmatan dan sokongan.
2.2.3 Visi Syarikat
Untuk menjadi peneraju pasaran di Malaysia dengan liputan geografi yang
luas dalam menyediakan informasi teknologi maklumat dan komitmen tahap
tertinggi dalam perkhidmatan kepada pelanggan kami.
BAB 3 – RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU AKTIVITI
1
(1 – 7 Dis 2014)
i. Melapor diri kepada penyelia iaitu Puan Nor
Hidayah binti Kamarulzaman serta
menyerahkan surat pengesahan lapor diri.
ii. Beliau menerangkan tentang hari dan waktu
bekerja serta menerangkan sedikit sebanyak
tentang peraturan di sini
iii. Berkenalan dengan staf-staf di Thunder
Match Technology Sdn Bhd.
iv. Diperkenalkan dengan peralatan komputer
seperti mouse, keyboard, pendrive, hard disk,
dan sebagainya serta mengetahui harga
yang dijual..
v. Melakukan semakan stok harian di bahagian
hard disk , laptop, dan handphone.
vi. Menyusun atur barang-barang serta
membersihkan stor.
vii. Diterangkan satu persatu barangan di kedai
tentang jaminannya secara terperinci dari
pendrive hingga ke laptop.
2
(8 – 14 Dis 2014)
i. Membersihkan sampah serta menyusun atur
alatan
ii. Mengenalpasti jenis-jenis RAM ( Random
Access Memory)
iii. Belajar cara menyambut kedatangan
pelanggan
iv. Mengenali jenis-jenis hard disk dan kabel
yang perlu digunakan
v. Bantu pelanggan menyelesaikan masalah
bootloop di komputer ribanya
vi. Mempelajari cara-cara melakukan proses
recovery di komputer
3
(15 – 21 Dis 2014)
i. Mengelap serta mencuci skrin telefon bimbit
dan meja
ii. Mendengar serta memahami fungsi-fungsi
utama tentang processor yang di terangkan
oleh seorang wakil syarikat Intel
iii. Mempelajari cara-cara untuk format laptop.
iv. Membantu pelanggan yang menghadapi
masalah virus serta mencadangkan
pelanggan membeli anti-virus baru yang
berlesen
v. Menyemak harga barangan agar sama
seperti harga promosi yang syarikat lakukan
vi. Belajar menggunakan mesin merchant debit
dan kredit.
4
(22 – 28 Dis 2014)
i. Diajar membuka bil di sistem
ii. Melakukan semakan stok harian di bahagian
ink , printer dan lain-lain lagi.
iii. Fahami jenis-jenis serta fungsi utama grahic
card
iv. Membantu pelanggan membersihkan
bahagian kipas komputer ribanya atas
permintaannya.
v. Melakukan proses recovery ke atas komputer
riba pelanggan
5
(29 Dis 2014 – 4 Jan 2015)
i. Memeriksa kerosakan skrin komputer riba
pelanggan
ii. Mempelajari cara mencari barang
menggunakan kod barangan secara manual
iii. Diperkenalkan model-model printer serta
fungsinya
iv. Menyusun barang-barang
v. Melakukan semakan stok harian
vi. Perbezaan antara modem dan router
diterangkan
6
(5 – 11 Jan 2015)
i. Telah diajar cara-cara untuk setup modem
router
ii. Menolong pelanggan memasang dan
menerangkan cara-cara menggunaan printer
iii. Melakukan semakan stok harian di bahagian
telefon bimbit
iv. Membantu pelanggan menyelesaikan
masalah pattern lock di telefonnya
v. Belajar cara melakukan factory reset di
telefon bimbit
vi. Mengemas kedai
7
(12 – 18 Jan 2015)
i. Melihat cara pemasangan screen protector di
telefon bimbit
ii. Wakil syarikat Dell datang dan
memperkenalkan processor generasi ke 5
yang lebih jimat tenaga serta efisyen
iii. Membantu pelanggan yang menghadapi
masalah kad sim yang tersekat dalam slot
kad sim telefonnya
iv. Proses factory reset dilakukan atas
permintaan pelanggan
v. Menolong pelanggan untuk settingkan
modem router
vi. Pasang driver printer
8
(19 – 25 Jan 2015)
i. Mempelajari tentang pelbagai jenis pakej
internet YES 4G serta modem dan modem
routernya.
ii. Cara pengiraan bil untuk bulan pertama juga
ditunjukkan satu persatu kepada saya
supaya mudah untuk difahami
iii. Menghadiri Majlis Annual Dinner TMT di
Hotel Grand Seasons di Kuala Lumpur dan
bertemakan Masquerade Night
iv. Belajar cara-cara setting modem zoom YES
4G
v. Membantu pelanggan menukarkan skrin
laptopnya
9 i. Daftar pakej internet pelanggan serta
(26 Jan – 1 Feb 2015) settingkan modem Huddle XS YES 4G
untuknya.
ii. Memasang 4 Gb RAM DDR3L pada laptop
pelanggan
iii. Mengemas stor
iv. Pasang dan bina komputer persendirian yang
ditempah oleh pelanggan. Mula-mula
memasang processor, RAM , dan diikuti
dengan komponen-komponen lain
v. Menyemak stok komputer riba.
vi. Menyusun bahagian permainan dari
komputer hingga kad deck.
vii. Mengadakan cabutan bertuah
10
(2 – 8 Feb 2015)
i. Update windows komputer pelanggan yang
mengalami kehilangan driver dan tidak dapat
berfungsi dengan baik.
ii. Menyusun atur bahagian beg dan perisian
iii. Sapu dan buang sampah
iv. Memasang perisian IPOS pada komputer-
komputer bahagian pameran. IPOS berfungsi
untuk mempamerkan harga dan spesifikasi
sesebuah komputer
v. Stok wireless adapter berkurangan. Saya
melaporkan kepada penyelia untuk
menambahkan stok sedia ada
vi. Saya diarah untuk tukar tempat bertugas
kerana di sana mengalami kekurangan
tenaga pekerja. Saya melapor dan
memperkenalkan diri pada tempat bertugas
yang baru.
11
(9 – 15 Feb 2015)
i. Komputer pelanggan mengalami jangkitan
virus dan saya mencadangkan dia membeli
anti-virus Kaspersky yang baru
ii. Menyusun dan meletakkan tanda harga pada
mesin pencetak
iii. Mengemas stor dan membuang barang –
barang yang tidak digunakan
iv. Pelanggan ingin membuat pembentangan
dari jarak jauh dan tidak berada dekat
dengan komputer. Saya menyarankan dia
membeli dan menggunakan wireless
presenter.
v. Menyusun bahagian aksesori telefon
vi. Bersihkan meja untuk mempamerkan telefon
model baru dari Samsung
12
(16 – 22 Feb 2015)
i. Melihat dan belajar cara pemasangan
komputer persendirian seperti processor ,
hard disk , RAM , mother board dan banyak
lagi.
ii. Menyusun atur barang-barang di kedai
supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih
iii. Sentiasa mengawasi kedai untuk
mengelakkan kes-kes kecurian kerana terlalu
ramai pelanggan keluar masuk kedai
iv. Belajar menyemak cash flow
v. Mengira stok barang-barang
vi. Membahagikan saiz isipadu hard disk kepada
dua bahagian atas permintaan pelanggan
dengan menggunakan tools di disk
management
vii. Lakukan semakan stok harian
13
(22 Feb – 1 Mac 2015)
i. Install basic software pada komputer riba
pelanggan setelah siap di format. Antara
perisiannya ialah Google Chrome, Mozila
Firefox, Microsoft Office, Flash Player, Adobe
Reader , VLC Player , WinRar dan banyak
lagi
ii. Membersihkan barang – barang yang
dipamerkan
iii. Membantu pelanggan mengisi semula
cartridge pada mesin pencetaknya
iv. Membantu mengadakan jualan penghabisan
stok. Kebanyakkannya dijual pada harga
RM10.
v. Pelanggan menghantar hard disk untuk
dibaik pulih. Setelah diperiksa kami tidak
dapat membaiki lalu menghantar pada pihak
pengeluar.
vi. Menyusun semula barang – barang mengikut
kod barangan
14
(2 – 8 Mac 2015)
i. Mengadakan promosi percuma telefon pintar
berjenama Xiaomi model Mi2 apabila
mendaftar pakej – pakej internet yang
tertentu.
ii. Mempamerkan pembesar suara model yang
baru berjenama Sonic Gear model Pandora
III dan menyusun semula kedudukan semua
pembesar suara
iii. Menerima stok barangan baru. Setiap satu
barang – barang disemak dan perlu
dipastikan sama dengan apa yang telah
tertulis pada kertas invois
iv. Membantu pelanggan mencuba cooling fans
satu persatu
v. Cuci skrin telefon dengan komputer riba
supaya kelihatan bersih dan menarik
vi. Hard disk pelanggan mengalami kerosakkan
dan saya membantunya menukarkan dengan
hard disk yang baru
15
(9 – 15 Mac 2015)
i. Pelanggan mencari kabel HDMI yang
berkualti tinggi. Lalu , saya menunjukkan
kepadanya kabel HDMI berjenama Easy Link
kerana mempunyai jaminan sepanjang hayat
ii. Bantu pelanggan menambahkan RAM 2Gb
DDR3 pada komputer persendirian
iii. Download driver VGA , PCI Device dan
sound bagi laptop yang tidak cukup driver
selepas diformat
iv. Install Adobe Master Collection CS6 pada
laptop pelanggan
v. Backup data pada external hard disk
vi. Create partition baru pada harddisk tersebut
vii. Settingkan telefon pintar
viii. Install aplikasi android
ix. Buka akaun Gmail untuk pelanggan
16
(16 – 22 Mac 2015)
i. Melihat cara membaik pulih printer
ii. Gantikan cartridge baru
iii. Tukar keyboard lama dengan yang baru pada
laptop pelanggan. Periksa semula supaya
dapat berfungsi dengan baik
iv. Membuat data recovery untuk mendapatkan
data yang dibuang secara tidak sengaja
v. Mengaktifkan anti-virus
vi. Mengemaskini stok di kedai
vii. Menggantikan power supply pada CPU dan
menambahkan RAM 4Gb DDR3
viii. Cuci kipas pada bahagian CPU dan repair
windows yang rosak
17
(23 – 29 Mac 2015)
i. Menambahkan bahasa tulisan cina dan
memasang font baru
ii. Memasang satu per satu kabel pada
mainboard
iii. Menyelesaikan masalah paper jammed pada
printer canon
iv. Menggantikan bateri CMOS pada komputer
pelanggan kerana waktu dan masa yang
disetkan tidak betul apabila dihidupkan
semula kerana baterinya telah habis.
v. Mengira stok
vi. Troubleshoot masalah wifi yang tidak dapat
dikesan. Update driver wireless adapter
18
(30 Mac – 5 April 2015)
i. Settingkan modem router kepada pelanggan
serta mengajarnya.
ii. Menukar semua tanda harga kerana harga
sebelum ini tidak termasuk caj GST 6%.
Kami mengambil masa selama 2 hari untuk
menukarkan kesemua harga dengan
menukar sedikit demi sedikit untuk
mengelakkan dari terlalu sibuk dan
mengabaikan pelanggan
iii. Mengira dan memastikan stok yang akan
dihantar ke cawangan lain adalah mecukupi
serta barang yang betul
iv. Bantu pelanggan burn gambar ke dalam CD
v. Cipta akaun user baru pada laptop
pelanggan
vi. Install anti-virus dan basic software
19
(6 – 12 April 2015)
20
(13 – 17 April 2015)
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan
ADSL2+ Modem Router ialah peranti yang digunakan untuk menyambung
sambungan wayar telefon ke peranti tersebut supaya kita dapat mengakses
sambungan internet. Modem ini perlu disettingkan sebelum dapat digunakan.
Sebelum membuat setting, pelanggan mestilah memberi username dan
password yang diberikan oleh Tmnet kepada mereka selepas mereka
melanggan internet. Jika tiada itu, bermakna mereka tiada akaun streamyx
ataupun lupa username dan password mereka. Jika mereka lupa, mereka
mesti pergi ke Tmnet untuk mereset kembali password mereka.
4.2 Menyemak Akaun
1.Selepas mendapat username dan password pelanggan, kita perlu
menyemak sama ada akaun itu masih aktif ataupun tidak. Cara
menyemaknya ialah dengan mengunjungi laman sesawang TMNet care jika
pelanggan tersebut menggunakan servis dari TM Streamyx , jika selain
daripada ini kita perlu merujuk pusat servis masing-masing.
Rajah 1
2.Kemudian masukkan username dan password pelanggan, klik login , jika
boleh memasuki ke dalam akaunnya, bermakna akaun tersebut masih aktif.
4.3 Langkah – langkah Settingkan Modem
1. Mula-mula pasangkan modem dengan kabel kuasa serta switch on .
Kemudian lihat pada Wireless Network Connection , lihat nama wifi modem
tersebut dan sambungkan.
Rajah 2 Rajah 3
2. Setelah itu , pergi ke alamat 192.168.1.2 (D-Link) atau 192.168.1.1
(TP-Link) di pelayar masing-masing dan akan dapat lihat seperti gambar
rajah 3. Masukkan admin pada kedua-duanya.
Rajah 4
3. Klik Setup Wizard,
Rajah 5
4. Pilih Time Zone yang betul, kemudian klik next
Rajah 6
5. Pilih Malaysia, PPPoE , isikan username dan password milik pelanggan.
Klik Next
Rajah 7
6. Masukkan SSID (nama wifi) dan password yang dikehendaki, klik next
Rajah 8
7. Klik skip
Rajah 9
8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul kemudia klik Apply
9. Setelah semua setting siap, kita perlu sambungkan kabel telefon ke
modem, lalu kita dapat mengakses sambungan internet. Jika tidak dapat
mengakses internet bermakna setting kita adalah tidak betul dan perlu di
setting semula dari awal semula.
4.4 Kesimpulan
Kesimpulannya , cara untuk setting modem ini tidaklah begitu susah seperti
yang orang ramai fikirkan. Kita hanya perlu mengikut langkah – langkah
dengan betul. Jika kita sudah terbiasa settingkan modem, kadang – kadang ia
tidak perlu mengambil masa begitu lama atau kurang dari 5 minit untuk kita
settingkan.
BAB 5 : KESIMPULAN
Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti
mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak
seharusnya meninggi diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa
akan kekurangan yang ada pada diri.Sebagai manusia tidak salah untuk kita
sentiasa bernasihat-nasihat dan memperingati antara satu sama lain. Ini kerana
semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri. Dan
seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap
lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari
kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya.
Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun
sepuluh jari saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak
firma sekiranya saya telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang
menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin
sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya kepada Thunder Match
Technology Sdn Bhd ini kerana bagi saya selama 20 minggu saya menjalani
latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru.
Kemesraan,keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu
sekali tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit. Tinggi harapan saya supaya
pihak Thunder Match sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang
terbuka apabila terdetik dihati untuk bekerjaya di syarikat ini.
Selama 20 minggu latihan industri yang telah berlalu banyak pekara yang telah
saya pelajari dan mendedahkan saya kepada situasi dan cara bekerja yang
sebenar. Saya dapati banyak kelainan yang dirasai jika dibandingkan dengan
pembelajaran di politeknik. Syarikat di mana saya menjalani latihan iaitu Thunder
Match Techonology Sdn Bhd telah memberikan pengalaman baru kepada saya.
BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN
6.1 Komen
Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati
dengaan layanaan yang diberi oleh majikan kepada saya yang menjalani
latihan industry di syarikat tersebut. Waalaupun syarikat ini merupakan salah
satu syarikat yang maju bagi pandagan saya terdapat juga kelemahan yang
boleh menjejaskan pretasi syarikat ini antaranya ialah :
1. Kelewatan menghantar komputer dan kelewatan membaikpulih juga
menyebabkan pelanggan kurang yakin dan bosan dengan
perkhidmatan yang diberikan.
2. Perlu mengambil berat serta bertangungjawab kepada pelanggan yang
datang khususnya dari segi memberikan layanan yang lebih baik
kepada pelanggan. Buat masa kini layanan terhadap pelanggan adalah
baik tetapi ia perlu dipertingkatkan lagi agar pelanggan berasa lebih
selesa dan senang dengan khidmat yang diberikan.
6.2 Cadangan
Sebagai mana yang diketahui latihan industri dalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar – pelajar politeknik. Jadi
sewajarnya jika semuanya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok –
belok kerja dan mempraktikan segala yan telah dipelajri dahulu.
Walaubagaimanapun, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang
difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan
syarikat.
1. Sikap bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan
kepada petugas.
2. Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil
untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.
3. Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan
pekerja bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat –
bakat dalam diri mereka.
Selain itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar
kepada pihak politeknik.
1. Bagi pandangan saya , wajar pihak politeknik memberikan kelonggaran
kepada pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal dari
tarikh yang diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri.
Ini untuk memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang
berkaitan terutma yang menjalani latihan industri jauh dari politeknik.
2. Selain itu, maklumat yang jelas dari segi kandungan penulisan akhir
latihan industri dan penulisan maklumat dalam power point untuk
dibentangkan selepas tamat latihan.