Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
-
Upload
rusdi-chodeng -
Category
Documents
-
view
261 -
download
0
Transcript of Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
1/13
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
“ LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT”
NAMA:
Shaameswary Annadorai A146816
Siti Nur Syawalia Binti Adam A146784
Nur Khalilah Binte Abdul Rahman A 146603
Muhammad Amirullah Eshan Bin Md Dewa A146814
Andi Muhammad Lutfi A146598
SET: 5
NAMA PENSYARAH:
Puan Yusasniza Binti Muhd Yunus
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
2/13
1.0 PENDAHULUAN
Kami seramai 5 orang ahli dari set 5 Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan telah
berkerjasama untuk mempraktikkan orang ramai terutama golongan pelajar untuk
mengamalkan gaya hidup sihat. Lahirnya idea program ini adalah untuk membudayakan
pelajar bagi mengekalkan cara kehidupan yang lebih sihat, stabil dan kekal aktif. Selain itu
juga, program ini dapat memberi penerangan terhadap pelajar fakulti tentang pentingnya
mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif program kami ini adalah untuk memberi pendedahan dengan memberi
peningkatan kesedaran kepada pelajar mengenai konsep gaya hidup sihat, memupuk sikap
positif dalam amalan pemakanan secara seimbang, dan memberi kesedaran dan galakan
kepada pelajar amalan gaya hidup tanpa rokok.
Kami menjalankan program ini pada 28 Mei 2015 iaitu pada hari Khamis pada waktu 12
p.m hingga 4 p.m dan bertempat di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan di sekitar dewan
kuliah.
2.0 PERJALANAN PROGRAM
Program kami ini bermula pada pukul 12 tengahari di hadapan dewan kuliah 3.
Perkara pertama yang dilakukan adalah kami memulakan persiapan dengan menyusun meja
serta bahan dan juga menyusun makanan iaitu roti dan air yang akan diberikan kepada
pelajar. Setelah kami menyiapkan segalanya, kami mula untuk mengedarkan risalah kepada
pelajar yang melalui di kawasan tersebut disamping menerangkan serba sedikit mengenai
konsep gaya hidup sihat. Kami juga menerangkan tentang faedah mengamalkan gaya hidupsihat dan juga cara pemakanan secara sihat daripada risalah yang diberikan. Selain itu, kami
menggalakkan pelajar mengamalkan petua 10 M untuk berhenti merokok. Ternyata mereka
menumpukan perhatian dan memahami dengan penerangan yang diberikan oleh kumpulan
kami. Mereka juga sedar akan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemberian roti dan sebotol air kepada pelajar daripada pihak kami selepas kami
menerangkan tentang gaya hidup sihat kepada mereka. Ini adalah sebagai cenderahati kepada
mereka kerana sudi mendengar penjelasan daripada pihak kami. Setelah pukul 4 petang, kami
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
3/13
mengemaskan meja yang digunakan dan bersiap untuk pulang bagi proses penyiapan laporan
akhir.
3.0 HASIL DAPATAN
Program ini secara khususnya telah memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada
individu malah meningkatkan sikap untuk bekerjasama sebagai satu pasukan. Kami telah
melakukan dan menjalankan program tersebut dengan jayanya dengan konsep gaya hidup
secara sihat. Berbekalkan sikap kerjasama yang kami amalkan, kami telah bersepakan untuk
bersama-sama memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dengan memberi kesedaran dan penerangan kepada pelajar konsep gaya hidup sihat secara
menyeluruh. Program yang telah kami laksanakan ini mempengaruhi tahap kerjasama dan
kepemimpinan kami dalam kerja berpasukan. Semua ahli kumpulan telah terlibat secara
langsung dalam memberi peningkatan gaya hidup sihat di persekitaran pelajar-pelajar. Maka,
ini secara tidak langsung meningkatkan sikap positif bagi semua ahli-ahli kumpulan,
meningkatkan prestasi, meningkatkan kerja yang baik bagi semua ahli.
Selain itu, dilihat dari sudut tugasan setiap ahli kumpulan, kami telah membahagi
tugasan bagi setiap ahli untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.
Sebagai contoh, ketua program dan timbalan ketua program bertanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program dan juga setiap perincian program menepati objektif
program yang ingin dilaksanakan. Maka kepimpinan dapat dilihat dengan adanya
pembahagian tugas kepada setiausaha program untuk mencatat aktiviti dan perbincangan
yang dilakukan manakala bendahari program bertanggungjawab bagi pencarian dana kerana
kami bersetuju untuk memberi roti dan air mineral percuma kepada pelajar sebagai tanda
menyokong konsep pemakanan secara seimbang. Arahan yang diberi oleh oleh ketua
program kepada ahli lain sebagai panduan untuk perlaksanaan tugas dan kami komited
dengan tugasan masing-masing dan ini meningkatkan sikap kepimpinan dalam diri.
Tambahan pula, apabila masalah yang timbul seperti ketidakcukupan masa untuk
kami membuat perbincangan bersama tetapi telah diatasi dengan secara efektif dan kritis iaitu
kami bersetuju dengan membuat perbincangan secara talian iaitu menerusi emel dan
Whatsapp secara kumpulan.
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
4/13
Dari sudut gerak kerja pula, kami telah berkerjasama dengan menghasilkan beberapa
poster dan juga risalah sebagai bahan rujukan ketika perlaksanaan program. Kami saling
bertukar pandangan dan idea bagi memastikan input yang dihasilkan adalah bermanfaat dan
sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain.
Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini mampu
melokjakkan kami kearah yang lebih baik dalam nilai kepimpinan dan kerja berpasukan
disamping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
4.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, gaya hidup sihat adalah amat penting untuk semua individu. Sebagai
mahasiswa, gaya hidup sihat juga adalah amat penting untuk memastikan prestasi pembelajaran.
Ini kerana kesihatan adalah asas kehidupan dan perlu sentiasa dititik beratkan. Melalui modul
gaya hidup sihat ini, kepentingan kesihatan dapat ditekankan. Antara cara yang diketengahkan
dalam program ini adalah seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan membiasakan
senaman. Walaupun perkara ini selalunya dipandang remeh namun implikasi dan kesannya amat
mendalam. Jadual mahasiswa yang sentiasa padat dan sibuk membuatkan ramai yang mengambilsikap sambil lewa dalam perkara ini. Namun jika mahasiswa gagal mengamalkan gaya hidup yang
sihat, pembelajaran mereka boleh terjejas kerana mereka akan menjadi lemah dan kurang mampu
untuk menumpukan perhatian di dalam kuliah. Program ini juga ingin memberi penekanan
tentang keburukan merokok. Budaya merokok semakin meningkat dikalangan masyarakat muda
Malaysia termasuklah mahasiswa. Merokok adalah antara amalan yang patut dielakkan atas kesan
jangka masa panjang yang boleh dihadapi oleh perokok itu sendiri. Akhiran, lebih banyak usaha
perlu dijalankan untuk membudayakan gaya hidup sihat. Universiti juga boleh memainkan
peranan yang besar untuk membantu mahasiswa mengamalkan gaya hidup yang sihat denganmengadakan dan mewajibkan program-program senaman atau pemakanan sihat.
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
5/13
5.0 LAMPIRAN
Proses penyediaan bahan bagi memulakan program
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
6/13
Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
7/13
Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
8/13
Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
9/13
Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
10/13
Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
11/13
Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
12/13
Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat
-
8/19/2019 Laporan Akhir HP6 Gaya Hidup SIhat
13/13
Risalah yang dihasilkan bagi memberi penerangan kepada pelajar