Laman web: UTUSANBIZwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · NEW...
Transcript of Laman web: UTUSANBIZwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · NEW...
UTUSAN MALAYSIA MUKA 15
UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi
44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]
Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my
RABU • 25.10.2017
RIYAL (100)112.8176/9037
EURO4.9761/9809
POUND5.5849/5906
TUKARAN MATA WANG ASING24.10.17
DOLAR4.2310/2340
YEN3.7219/7255
DOLAR3.1071/1105
RUPIAH (100)0.0313/0313
KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(-5.33) mata1,736.14
SINGAPURA (Straits Times)(-15.13) mata3,334.67
TOKYONikkei(-108.52) mata21,805.17
NEW YORKNikkei(-54.67) mata23,273.96
Sumber : Bernama
Industri biojisimdi Sarawak
Jadi peneraju dan kluster biojisim bersepadu pertama Asia
RM18 bilionPeluang pelaburan
10 loji bahan api biodan biokimia
Menempatkan
RM4.8 bilionJana
tambahan Pendapatan Negeri Kasar
30,000Wujudkan
peluang pekerjaan
IP beri petunjuk ekonomi positif
Bajet 2018: 5 syor MTEM pacu ekonomi negara
Honda panggil balik 2,814 HR-V
SPNB Dana, MNC Wireless tubuh JVCO
Oleh YULPISMAN [email protected]
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang positif dalam tempoh terdekat selepas Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan, mencatatkan peningkatan pada Ogos lalu berbanding bulan sebelumnya.
Menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, (gambar) Indeks Pelopor pada bulan Ogos meningkatkan sebanyak 1.9 peratus kepada 120.3 mata berbanding 118.1 mata bulan sebelumnya.
Beliau berkata, komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan tersebut adalah bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan sebanyak 0.7 peratus, diikuti bilangan syarikat baru didaftar (0.6 peratus) dan import benar semi konduktor (0.5 peratus).
“Perubahan tahunan IP terus meningkat kepada 2.6 peratus pada bulan rujukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Uzir berkata, Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa bagaimanapun menurun 0.4 peratus pada Ogos lalu dengan tiga komponen IS yang mencatatkan penurunan ialah indeks kuantiti perdagangan runcit (0.3 peratus), kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.2 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.2 peratus).
“Walau bagaimanapun, perubahan tahunan IS terus meningkat kepada 4.5 peratus pada bulan rujukan. Peningkatan ini selari dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga malar yang berkembang
5.8 peratus pada suku kedua 2017 daripada 5.6 peratus suku sebelumnya.
“Perubahan tahunan IP dan IS terus menunjukkan pertumbuhan tahunan yang positif pada Ogos 2017. Disokong oleh keduadua Indeks Difusi melebihi 50 peratus, ekonomi Malaysia di jangka terus berkembang positif dalam tempoh terdekat,” katanya.
Bank Dunia sebelum ini menyemak naik unjuran pertumbuhan
KDNK Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun, berikutan pertumbuhan sebenar yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan 5.7 peratus pada separuh pertama 2017.
Pada asalnya, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 4.3 peratus.
Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]
� KUALA LUMPUR 24 OKT.
MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggariskan lima cadangan
untuk pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2018 iaitu aspek kenaikan gaji, pengecualian cukai, isu pekerja asing, pelaburan asing serta jurang pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, kadar gaji minimum sedia ada perlu ditingkatkan sehingga mencapai RM1,500, sementara ekosistem perniagaan pula harus diperbaiki untuk menyokong dasar tersebut.
“Gaji atau upah yang rendah ini merupakan sebahagian daripada faktor utama mengapa rakyat terbeban dengan kos gaya hidup yang semakin meningkat. Ini adalah topik utama yang perlu diberikan keutamaan mendalam.
“Jadi, kenaikan gaji akan membantu memberikan kesan positif kepada semua dalam menampung kos gaya hidup mereka, malah pada masa sama menjana ekonomi negara,” katanya dalam sidang
akhbar harapan Bajet 2018 MTEM di sini hari ini. Yang hadir sama, Felo Kanan MTEM, Azlan Awang.
Ahmad Yazid berkata, cadangan kedua ialah supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi sektor pertanian seperti baja dan racun untuk tanaman padi dilupuskan kerana inputnya digunakan untuk menghasilkan bekalan makanan negara.
“Dengan adanya GST untuk input pertanian ini, kos bercucuk tanam akan semakin meningkat, sebaliknya jika dihapuskan ia akan
membantu menurunkan kos makanan sekali gus menyelesaikan masalah kos gaya hidup rakyat.
“Strategi pengecualian cukai ini juga wajar untuk diadaptasikan dalam kos bahan mentah bagi pembinaan projekprojek perumahan kos rendah atau mampu milik yang jelas akan meningkatkan bilangannya pada masa depan,” katanya.
MTEM juga merayu kerajaan memperketatkan dasar kemasukan serta pengurusan pekerja asing secara lebih serius dan efektif
kerana ia memberi kesan kepada tenaga tempatan terutama golongan berpendapatan rendah B40.
“Dianggarkan seramai 6.7 juta pekerja asing berada di negara ini dan daripada jumlah itu 2.1 juta adalah pekerja dengan permit, sementara bakinya pendatang haram. Malah, Bank Negara Malaysia turut melaporkan sebanyak RM34.7 bilion wang dihantar keluar pada 2015.
“MTEM mencadangkan agar transaksi upah kepada pekerja asing dilakukan melalui transaksi bank, sementara tumpuan yang lebih kepada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga dapat menjamin pekerjaan buat tenaga tempatan dalam industri,” ujarnya.
Menurut Ahmad Yazid, aliran masuk dana asing dalam kuantum yang besar ke negara ini hanya akan memberi manfaat kepada syarikat luar, maka ia memberi impak kepada masyarakat tempatan dalam aspek pengembangan.
“Tanpa pengawalan yang jelas, aliran modal asing ini akan menyebabkan industri dan pekerja tempatan terlepas peluang untuk berkembang menjadi sebuah institusi perniagaan yang
kompetitif dalam negara mereka sendiri.
“MTEM mencadangkan polisi, mekanisme dan pemantauan yang lebih ketat seperti memastikan industri tempatan menerima sekurangkurangnya 70 peratus peluang untuk terbabit secara langsung serta 40 peratus lagi kepada negerinegeri yang terlibat,” ujarnya.
Tambah beliau, cadangan terakhir adalah pengenalan dasar atau mekanisme yang menggalakkan pengagihan kekayaan dalam negara dengan lebih adil dan saksama khususnya buat kaum bumiputera yang ketinggalan dalam pelbagai sektor.
“MTEM melihat keuntu ngan korporat berlipat kali ganda berbanding gaji pekerja, malah agihan pendapatan B40 semakin menurun sementara agihan pendapatan T20 meningkat dengan ketara. Ini berlakunya ketidakseimbangan.
“Justeru, kami mencadangkan cukai kekayaan, cukai warisan dan cukai pendapatan yang lebih tinggi bagi mereka yang berada dalam kelompok golongan satu peratus terkaya dalam negara, atau sekitar 70,000 isi rumah,” jelasnya.
KUALA LUMPUR 24 Okt. – SPNB Dana Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) dan syarikat penyelesaian teknologi digital, MNC Wireless Bhd. memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) bagi mewujudkan syarikat usaha sama ekuiti (JVCO).
SPNB Dana dan MNC Wireless dalam kenyataan bersama berkata, dalam JVCO itu, SPNB Dana memegang 70 peratus kepentingan manakala baki 30 peratus oleh MNC Wireless.
JVCO merupakan permulaan kepada hubungan pertumbuhan jangka panjang antara SPNB dengan MNC Wireless dalam usaha mengguna pakai revolusi industri teknologi kewangan (fintech) dengan pelan transformasi digital SPNB untuk menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat.
“MNC Wireless merancang untuk melaksanakan pengumpulan dana menerusi terbitan hak beserta waran percuma sehingga RM20 juta untuk melanggan saham Keutamaan Boleh Tebus (RPS) untuk JVCO berkenaan.
“Perkara ini akan membolehkan SPNB Dana menyediakan pembiayaan jangka pendek bayaran pendahuluan dan atau perbezaan jumlah untuk pembeli
yang layak bagi projek pembangunan kediaman oleh SPNB dan kumpulan syarikatnya.
“MNC Wireless juga akan dilantik sebagai rakan penyelesaian teknologi SPNB Dana dan bakal membangunkan platform digital mesra pengguna kepada pelanggan serta rakan niaga SPNB,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.
Pemeteraian SSA tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah SPNB Dana, Datuk Ahmad Azizi Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB bersama Ketua Pegawai Eksekutif MNC Wireless, Christopher Tan Chor How mewakili MNC Wireless.
Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerjasama melalui JVCO tersebut membolehkan pihaknya mencapai matlamat utama untuk membantu rakyat memiliki kediaman
sendiri. “Usaha sama ini
membolehkan kami terus membantu pembeli rumah di samping mendigitalkan proses perniagaan kami yang merupakan sebahagian daripada pelan transformasi digital SPNB,” katanya.
MNC Wireless juga telah memete
rai perjanjian bersyarat dengan mTouche Technology Berhad pada 28 Ogos lalu bagi pembangunan platform teknologi digital untuk SPNB Dana, sejajar dengan pelan transformasi SPNB sekali gus mengukuhkan pe ngurusan hubungan antara SPNB dengan pelanggan dan rakan niaga.
Tan Chor How berkata, JVCO ITU bakal merancakkan saiz pertumbuhan pasaran perniagaan sejajar dengan perkembangan projek pembangunan SPNB.
“SPNB ketika ini memiliki saiz nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM6 bilion dan de ngan pemeteraian JVCO ini diharap dapat melonjakkan lagi industri, dengan SPNB terus menyokong agenda nasional bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat,” katanya.
MASJID PUTRA di Putrajaya – GAMBAR IHSAN/NOR IKHSAN ISMAIL
Lima cadangan MTEM dalam Bajet 2018: HarapanBAJET 2018Kenaikan gaji minimum RM1,500
Pengecualian GST kepada industri makanan. Perketat kemasukan, pengurusan pekerja asing. Kawalan aliran modal asing. Agihan pendapatan, kekayaan yang lebih saksama.
n
n
n
n
n
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Honda Malaysia memanggil balik 2,814 buah Honda HR-V model 2016 susulan kemungkinan penstabil bar hadapan akan rosak apabila dikenakan tekanan yang tinggi.
Bagaimanapun semua model Honda yang lain tidak terlibat dengan panggilan semula itu.
Honda dalam kenyataannya memberitahu, masalah itu timbul apabila penstabil bar hadapan tidak dikenakan kawalan suhu yang cukup semasa proses pengeluaran.
Jelasnya, keadaan tersebut mengakibatkan penstabil bar hadapan tidak kukuh serta akan rosak apabila dikenakan tekanan yang kuat.
“Kerosakan pada bahagian berkenaan menyebabkan tayar tidak seimbang dan ketidakstabilan semasa memandu. Sehingga kini tiada laporan kemalangan dan kecederaan diterima berkaitan dengan isu berkenaan.
“Honda mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kesal dengan kesulitan yang berlaku,” jelas kenyataan itu hari ini.
Honda menambah, semua penstabil bar hadapan yang rosak akan diganti baharu dan pihaknya menanggung semua kos yang terlibat.
Setakat ini Honda mempunyai 50 peratus stok
alat ganti di seluruh negara dan 100 peratus pada November ini.
“Para pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat dan mereka diminta untuk menghantar kenderaan ke pusat pengedar sah Honda bagi tujuan pemeriksaan dan penggantian,’’ kata Honda Malaysia.
AHMAD AZIZI ALI CHRISTOPHER TAN
AHMAD YAZID OTHMAN (kiri) dan Azlan Awang menjawab soalan pemberita di pejabat MTEM, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZAINI HUSIN