AirAsia sasar 1.5 juta pelancong ke Indonesia...
Transcript of AirAsia sasar 1.5 juta pelancong ke Indonesia...
16 UTUSANBIZ UTUSAN MALAYSIA • RABU 2 OGOS 2017
AirAsia sasar 1.5 juta pelancong ke Indonesia
Sijil halal CCM diperbaharui Jakim
TDA yakin capai nilai pemerolehan RM68 bilion
Tiada lambakan pelaburan China
PBSN lancar dana unit amanah baharu
Sime Darby Property lupus SDSB pada PNB
Masalah kerap dihadapi pelabur baharu
Oleh ZULKIFLI [email protected]
� SHAH ALAM 1 OGOS
SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. menyasarkan untuk mem
bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, jumlah tersebut sama dengan yang disasarkan Kementerian Pelancongan Indonesia bagi memacu industri pelancongan di negara itu.
Menurutnya, berdasarkan rekod, sebanyak empat juta penumpang keduadua negara telah menggunakan perkhidmatan AirAsia pada tahun lalu sahaja.
“Kami yakin sasaran itu mampu dicapai dengan mudah selain turut berkemampuan membawa pelancong dari hab perniagaan lain seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, India, Thailand dan negara Asia Barat.
“Kerjasama dengan Indonesia juga membuka peluang kepada AirAsia dalam meneroka potensi laluan destinasi baharu di negara itu seterusnya mengukuhkan jenama AirAsia,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran promosi pelancongan Kementerian Pelancongan Indonesia dan AirAsia Bhd. di sini hari ini.
AirAsia kini mempunyai lebih 350 penerbangan seminggu ke 15 destinasi di Indonesia seperti Acheh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar dan Yogyakarta.
Aireen memberitahu, kerjasama tersebut akan menyaksikan keduadua pihak memberi tumpuan kepada usaha pemasaran dari segi pengiklanan dan promosi serta penjenamaan dalam penerbangan, pameran dan jualan.
“Kementerian Pelancongan Indonesia sangat agresif dalam melonjakkan kehadiran pelancongan dan semestinya kita sedia mem
bantu mereka,” jelasnya.Sementara itu, Penasihat Ka
nan Menteri Pelancongan Dalam Bidang Kemudahan Udara Kementerian Pelancongan Indonesia, Robert D. Waloni menjelaskan, pemilihan AirAsia dibuat atas kemampuan syarikat penerbangan tersebut membawa pelancong melebihi syarikat penerbangan terbesar Indonesia, Garuda Indonesia Airlines.
“Kita juga melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) adalah hab pelancongan kepada Indonesia selain Malaysia menduduki kedudukan pertama pelancong mengunjungi Indonesia saban tahun,” jelasnya.
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Chemical Company Malaysia Berhad (CCM) menerima sijil halal yang telah diperbaharui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produkproduk seperti vitamin dan suplemen.
Pengerusi CCM, Datuk Normala Abdul Samad berkata, sijil tersebut diserahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, standard halal sangat penting dalam industri kesihatan dan farmaseutikal kerana menggabungkan elemen syariah serta sains dalam pelbagai peringkat pengeluaran.
“Dahulunya persepsi halal hanya tertumpu kepada industri berkaitan makanan, namun kesedaran pengguna telah meningkat dengan menjadikan halal sebagai sebahagian gaya hidup mereka. Pengguna bukan Islam juga semakin memahami kepentingan halal kerana menawarkan produk yang selamat, berkhasiat, berkualiti dan bersih.
“Oleh itu, pembaharuan sijil ini mencerminkan keyakinan Jakim terhadap usaha dan komitmen CCM dalam memastikan stan dard halal sentiasa dipatuhi. Kami berharap pengiktirafan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan CCM
sebagai peneraju pasaran farmaseutikal halal di Malaysia dan global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Normala, CCM sentiasa komited dalam memastikan operasi harian termasuk setiap peringkat pengeluaran mematuhi standard halal.
Jelas beliau, CCM menganggap pematuhan halal sebagai sebahagian daripada fardu kifayah yang mana ia akan meningkatkan gaya hidup orang Islam dan bukan Islam.
“Bagi memastikan komitmen itu terlaksana, CCM telah melaksanakan Sistem Jaminan Pengurusan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan halal dalam industri.
“Sistem ini berintegrasi dengan pembangunan, pelaksanaan, penambahbaikan, pengeluaran, produk, sumber manusia dan prosedur supaya menepati keperluan syariah. Sistem ini telah menjadi asas kepada proses pembaharuan sijil oleh Jakim,” ujarnya.
Industri farmaseutikal di Malaysia berkembang antara lapan hingga 10 peratus setahun de ngan pasaran halal global dijangka bernilai AS$132 bilion (RM565 bilion) menjelang 2021.
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Technology Depository Agency Bhd. (TDA) yakin negara dapat mencapai nilai sasaran pemerolehan RM68 bilion menjelang 2020 melalui Program Kerjasama Industri (ICP).
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zailani Safari berkata, agensi itu telah menyelesaikan pemerolehan bernilai kirakira RM5 bilion setakat ini bagi 2017 berbanding RM1 bilion tahun lalu.
“Kami bekerjasama dengan banyak agensi untuk membantu kami mencapai sasaran, dan kami yakin jika semuanya berjalan lancar, kami mampu mencapainya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Asian Rail Academy (ARA) di sini, hari ini.
Semasa majlis itu, TDA turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan ARA dan Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk menyokong Pusat Kecemerlangan Rel Negara (NRCOE) yang berperanan mengisi keperluan industri kereta api tempatan melalui pendidikan dan latihan.
“Kami melihat usaha NRCOE ini akan memenuhi keperluan pembangunan kereta api masa hadapan, bukan hanya di Malaysia, malah juga rantau ASEAN,” katanya.
Katanya, NRCOE menyasarkan untuk mengurangkan jurang keperluan modal insan.
Beliau menambah, tenaga kerja dalam industri kereta api tempatan ketika ini berjumlah 22,000 orang, dan dijangka meningkat kepada 68,000 menjelang 2030.
Zailani berkata, ICP akan membantu pembangunan industri kereta api Malaysia ke arah menjadi perniagaan lebih kukuh dan mampan. – BERNAMA
Oleh ZUNAIDAH [email protected]
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Malaysia tidak perlu bimbang berlakunya ‘lebihan’ pelaburan dari China memandangkan negara telah mempelbagaikan sumber ekonomi melibatkan rakan pelabur asing yang lain.
Ketua Ekonomi dan Rakan Kongsi Deloitte China, Prof. Stephen Xu Sitao berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak berkepentingan yang lain sebaliknya perlu mengambil pendekatan tertentu untuk memahami keberkesanan dasardasar yang dilaksanakan China berbanding menjadi pemacu di peringkat serantau.
Katanya, dari segi pelaburan, dalam tempoh sembilan bulan berturutturut China merupakan rakan dagang Malaysia terbesar kerana hubungan ekonomi yang komprehensif antara keduaduanya telah dibina daripada asas yang kukuh.
“Mengambil contoh Australia, negara itu sejak beberapa tahun lalu mencatat jumlah eksport ke China hampir 35 hingga 36 peratus yang sebenarnya tinggi dan begitu juga Korea Selatan, suku daripada nilai eksportnya adalah ke China.
“Dalam konteks ini, saya melihat Malaysia belum lagi mencapai tahap tersebut. Ini kerana, Malaysia telah mempelbagaikan ekonomi dan rakan dagang. Jadi, tidak timbul isu mengenai pendedahan terlalu banyak pelabur dari China ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ucaptama mengenai Per kembangan Ekonomi China dan Peranan Dalam Ekonomi Global pada
Persidangan Perbankan Global Institut Pengamal Perbankan Bertauliah Asia (AICB) di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi AICB, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Eksekutif AICB, P. Prasad.
Persidangan dua hari bermula hari ini, diadakan dengan kerjasama Universiti Tsinghua bagi menyediakan platform kepada pemain industri untuk memahami sektor perbankan di China dan meneroka peluangpeluang yang disediakan.
Pelaburan China di Malaysia mula meningkat sejak Presiden Xi Jinping memimpin negara kuasa kedua ekonomi dunia itu pada 2012. Sejak 2009, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia (menggantikan Singapura) dengan hubungan dagangan dua hala tahun lalu sahaja berjumlah AS$83.4 bilion (RM356.91 bilion). China juga adalah pasaran eksport terbesar Malaysia.
Pada November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa masuk urus niaga bernilai AS$33.6 bilion (RM143.79 bilion) ke Malaysia yang disifatkan pelaburan terbesar antara keduadua negara setakat ini.
Berdasarkan laporan Bloomberg, China komited untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion (RM8.56 trilion) dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang (melonjak hampir lapan kali ganda berbanding import pada 2016 dalam tempoh itu), selain meningkatkan pelaburan sehingga AS$150 bilion (RM641.92 bilion) ke negara ini dan menawarkan sehingga 10,000 tempat untuk menjalani latihan di negara itu.
Dalam pembentangannya, Xu Sitao berkata, China boleh mempelajari langkah Malaysia melaksanakan kawalan modal ketika krisis kewangan Asia pada 1998 dengan menambat ringgit pada RM3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kawalan itu dilakukan pada waktu yang tepat disebabkan sentimen ketika itu menyaksikan kebanyakan mata wang Asia berada dalam tekanan.
“Bagi China, jika mahu melaksanakan langkah kawalan modal lakukan pada ketika mata wang secara relatifnya berada di bawah nilai. Bagaimanapun, sama ada kita (China) mahu melakukannya ataupun tidak, saya tidak pasti,” katanya.
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Permodalan BSN Bhd. (PBSN) melancarkan dana unit amanah, BSN Dana Shariah Money Market (BSNDSMM) pada harga tawaran permulaan RM1 seunit dalam tempoh bertenang selama 21 hari hingga 21 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBSN, Kamarul Izam Idrus berkata, dana baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam dana unit amanah saham yang diuruskan oleh PBSN.
“Dana ini berkecairan tinggi dan dijangka mampu menjana pendapatan jangka pendek serta mengekalkan tahap kestabilan modal.
“Pendapatan yang diperoleh akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan. Pelancaran unit amanah saham ini juga melengkap kan tawaran produk pe laburan PBSN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
PBSN merupakan syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional
(BSN) yang beroperasi menguruskan unitunit amanah saham, dana pasaran wang dan mandat khusus.
Menurut Kamarul, harga Nilai Aset Bersih (NAB) untuk dana itu boleh berubahubah mengikut pasaran selepas tempoh bertenang tersebut tamat.
“Pelaburan minimum adalah sebanyak RM500 bagi pelabur individu, manakala RM100,000 pula bagi pelabur korporat.
“Buat masa ini, dana itu hanya boleh didapati di PBSN,” ujarnya.
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sime Darby Property Bhd. melupuskan keseluruhan kepentingannya dalam Seriemas Development Sdn. Bhd. (SDSB) kepada unit Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan harga RM625 juta.
Menerusi perjanjian jualan saham tersebut, unit Sime Darby Bhd. itu akan melupuskan 40 peratus kepentingan ekuitinya melibatkan sejuta saham biasa kepada PNB Development Sdn. Bhd.
Menurut kumpulan itu, cadangan pelupusan berkenaan adalah selaras dengan strategi Sime Darby untuk membuka kunci nilai mela
lui pelepasan, sambil mengurangkan pinjaman menerusi hasil.
“Pertimbangan itu dicapai atas dasar kesanggupan pembelian antara keduadua belah pihak mengambil kira nilai pasaran tanah dan pelaburan hartanah milik SDSB bernilai RM2.79 bilion.
“Ia juga berdasarkan penilaian SDSB setakat 31 Mac 2017 pada RM1.23 bilion, serta dividen tunai RM120 juta SDSB kepada Sime Darby Property pada 30 Jun 2017,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
SDSB merupakan syarikat swasta dengan 40 peratus kepen
tingan ekuiti milik Sime Darby Property, manakala baki 60 peratus lagi dipegang oleh PNB melalui PNB Development.
Menurut Sime Darby lagi, cadangan pelupusan itu dijangka tidak memberi kesan ke atas aset bersih sesaham dan penggearan disatukan Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.
Jelas kenyataan itu, PNB dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pemegang saham utama yang berminat dengan cadangan pelupusan tersebut masingmasing dengan 6.06 peratus dan 41.14 peratus.
SOALAN yang kerap saya terima ialah apakah persediaan untuk melabur, bagaimana hendak mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan, apakah bukubuku yang sesuai untuk dibaca, apakah petua untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang sepenuh masa dan sebagainya.
Walaupun sudah banyak artikel yang ditulis di ruangan ini, sebagai panduan saya akan berikan beberapa langkah lagi yang mungkin dapat membantu para pembaca menangani masalah yang diutarakan itu.
n Modal yang mencukupiMaksud modal yang men
cukupi ialah modal tunai yang berlebihan yang diagihkan untuk masa hadapan. Jumlah modal pelaburan ini agak subjektif kerana ada yang mengatakan dengan modal RM100 kita sudah boleh membeli sesuatu saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa terdapat koskos yang terlibat di dalam proses jual beli saham iaitu caj pembrokeran, cukai GST dan yuran scan. Sekiranya kita tidak dapat menyediakan jumlah modal yang mencukupi, ini bermakna kita belum lagi mempunyai persediaan atau persiapan untuk melabur.
Kemungkinan juga kita tidak mempunyai simpanan atau wang yang berlebihan. Pelaburan saham ini berbeza dengan dagangan forex kerana dagangan forex boleh dibuat dengan menggunakan modal yang sangat kecil.
n Matlamat atau tujuan pelaburan
Dewasa ini ramai hadir ke seminar pelaburan saham sebagai trend atau ikutikutan lebihlebih lagi seminar percuma. Mereka juga tidak tahu atau tidak didedahkan dengan risikorisiko pelaburan tetapi diindahkan dengan katakata, beli saham terus naik dan memberikan pulangan yang lumayan.
Maka, selepas tamat seminar saham, berbondongbondong peserta seminar membuka akaun urus niaga saham. Ada
yang terus membeli saham bila akaun urus niaga telah diaktifkan kerana adanya kemudahan urus niaga dalam talian yang sangat mudah dikendalikan.
Sememangnya mereka sangat teruja dengan cerita kenaikan saham semasa di dalam seminar saham yang dihadiri, walhal dalam satu hari dagangan Bursa Malaysia terdapat beratusratus saham naik termasuk juga beratusratus yang jatuh.
Mereka sangat teruja dengan ceritacerita daripada contohcontoh saham yang naik sahaja tetapi tidak diceritakan tentang sahamsaham yang jatuh ataupun yang dinyah senarai daripada Bursa Malaysia.
n Ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai
Ramai orang mudah terpesona apabila membaca iklaniklan tentang pelaburan saham yang untung berlipat kali ganda. Maka, sesiapa sahaja akan terpikat dengan seminarseminar sebegini seolaholah letak duit dan duit akan berkembang.
Dan ramai yang mencaricari sumber yang boleh memberikan cadangan sahamsaham yang bakal memberikan pulangan lumayan tanpa merujuk betulbetul maklumat yang diperoleh itu.
n Faham apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya
Hadir seminar atau bengkel saham tetapi tiada kesinambungan pembelajaran atau tidak membuat kajian saham kerana telah disuap dengan anggapan beli saham dan simpan maka harga saham akan terus naik.
Yang mempunyai wang berlebihan dalam pelaburan saham sudah tentu boleh menunggu harga saham naik dalam masa satu atau dua tahun, tetapi yang bermodalkan kecil ini resah ge
lisah menanti harga saham naik walaupun telah memegangnya selama dua minggu atau satu bulan.
n Membuat keputusan sendiri
Jarang pelabur dan pedagang saham membuat keputusan sendiri. Mereka lebih gemar atau yakin mendengar cakap orang. Orang tersebut pula ada kalanya yang mereka tidak kenal atau berjumpa.
Hanya kenal di alam maya boleh memberikan mereka keyakinan untuk mengikuti saranansaranan tentang saham tanpa membuat penyelidikan atau bertanya pendapat profesional yang bertauliah.
n Sentiasa mengikuti perkem bangan semasa
Terdapat juga ramai pedagang dan pelabur saham yang tidak ambil kisah tentang perkembangan atau berita semasa dunia saham serta ekonomi dunia. Mereka beranggapan bahawa melabur saham seperti menyimpan duit di bank yang tidak akan merosot nilainya. Maka, setelah saham tersebut dibeli tanpa ilmu dan kajian, ianya dibiarkan begitu sahaja di dalam akaun CDS.
n Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca
Terdapat juga yang langsung tidak tahu bagaimana untuk mencari sumber pembacaan tentang saham walaupun dunia sekarang semua maklumat berada di hujung jari. Apaapa sahaja maklumat atau pencarian boleh dicari di internet termasuk terjemahan bahasa. Mereka masih tertanyatanya bagaimana hendak bermula, apakah bahan bacaan yang sesuai dan sebagainya.
Sebagai rumusan, kepada sesiapa yang ingin melabur saham perlu mempunyai matlamat, prinsip serta kesungguhan dalam membuat kajian saham dan pembelajaran sendiri. Ini amat penting untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan yang mengakibatkan kerugian dalam pe laburan.
CIKGU SAHAM
Zuraida Mohd. Zakaria
AIREEN OMAR menyampaikan cenderamata kepada Ketua Staf Kementerian Pelancongan Indonesia, Judi Rifajantoro (dua dari kanan) pada majlis perasmian pelancongan Kementerian Pelancongan Indonesia dan AirAsia Berhad di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
JAMIL KHIR BAHAROM menyampaikan sijil halal Jakim kepada Normala Abdul Samad disaksikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif CCM, Leonard Ariff Abdul Shatar (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam konteks ini, saya melihat Malaysia belum lagi mencapai tahap tersebut. Ini kerana, Malaysia telah mempelbagaikan ekonomi dan rakan dagang.”
STEPHEN XU SITAOKetua Ekonomi dan Rakan Kongsi Deloitte China