Kontekstual IPGTHO
-
Upload
zainurrashid-juki -
Category
Documents
-
view
255 -
download
6
description
Transcript of Kontekstual IPGTHO
Pembelajaran Secara Kontekstual
Disediakan oleh:ABDUL LATIF BIN AHMADIPG Kampus Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual menyimpulkan bahawa murid-murid akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran. (Dewey, 1916) Pembelajaran ini menekankan pada: • daya fikir yang tinggi, • pemindahan ilmu pengetahuan, • pengumpulan dan penganalisis data, • pemecahkan masalah2 tertentu samada secara individu atau berkumpulan.
Teori Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran hanya berlaku apabila pelajarmemproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.• minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa • pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau mevariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Pendekatan Kontekstual
Pendekatan kontekstual adalah teknik pembelajaran yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang menjangkau kaedah2 jenis latih tubi, rangsangan dan tindak balas. • pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian. • mendorong pelajar mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya.
Mengapa Pendekatan Kontekstual
Pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.
Perbandingan Pengajaran Kontekstual dan Tradisional
Pengajaran Tradisional Pengajaran Kontekstual
Bergantung pada penghafazanBergantung pada memori spatial (ruang)
Lazimnya tertumpu pada satu subjek tertentu
Lazimnya mengintegrasikan pelbagai subjek
Nilai maklumat ditentukan oleh guru
Nilai maklumat diasaskan padakeperluan perseorangan
Melengkapkan pelajar dengan cara sogokan maklumat apabila diperlukan
Mengaitkan maklumat denganpengetahuan dan pengalaman sedia ada
Penilaian pembelajaran semata-mata berasaskan tujuan akademik secara formal seperti peperiksaan dan ujian
Penilaian yang tulen melalui ketetapan praktikal atau penyelesaian masalah realistik
Konsep Pengajaran Kontekstual
• Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.• Individu mengekalkan maklumat dgn lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. • Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
(a) Kebanyakan murid belajar dgn berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang utk penemuan kendiri.(b) Pembelajaran lebih bermakna apb konsep disampaikan dlm konteks hubungan yg tidak asing kpd murid.(c) Kebanyakan murid belajar dgn lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dlm kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yg positif.(d) Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yg lain adalah satu kemahiran yg perlu dipelajari.
Proses Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual
(a) Faedah kepada Murid:i. Mengaitkan pembelajaran
dgn pekerjaan. ii. Mengaitkan pembelajaran
kehidupan harian. iii. Mengaitkan kandungan
pembelajaran dgn pengalaman harian.
iv. Memindahkan kemahiran. Meneroka dan mendapatkan bukti.
v. Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
vi. Belajar secara bekerjasama (akt. berkumpulan).
Faedah Pembelajaran Kontekstual
(b) Faedah kepada Gurui. Pengajaran sebagai
satu pengalaman yang berjaya
ii. Kebolehan mengaitkan prinsip pembelajaran dgn dunia pekerjaan
iii. Sebagai penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
Faedah Pembelajaran Kontekstual
(c) Faedah kepada Industrii. Memperolehi tenaga kerja
yang berpotensi ii. Sebagai penggerak industri
ke dalam pendidikan.iii. Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.
iv. Mengujudkan interaksi murid dengan pengeluar bahan-bahan keperluan yang berkaitan.
v. Tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan.
Faktor Yang Membantu Proses P&P Kontekstual
I. Pembelajaran Murid. - gaya pembelajaranII. Pengajaran Guru. - gaya pengajaranIII. Sokongan Pentadbiran Sekolah. - Motivasi - ProfesionalismeIV. Sokongan Masyarakat - Kerjasama
Komunikasi
SEKIANTERIMA KASIH