Pembelajaran Kontekstual
-
Upload
lieynarameli -
Category
Documents
-
view
57 -
download
7
Transcript of Pembelajaran Kontekstual
Strategi Pembelajaran
KontekstualSaiful Izwan B. Makhtar
Nur Dini Bt RahimRonihanim Bt Redzuan
Nurul Amirah Bt Asha’ariSiti Nur Aliaa Bt Mohd Razali
Nur Sarah Adilah Bt Ab Rahim
4PISMP Matematik
Kontekstual (dalam Bahasa Inggeris dikenali
sebagai Contextual) yang berasal daripada bahasa
Latin, contextum, con = with dan textum = woven
bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi
dan kejadian yang berlaku secara langsung atau
tidak langsung.
Kontekstual
Secara umum, kontekstual membawa
pengertian:
Yang berkenaan, releven, ada hubungan
atau kaitan langsung, mengikut konteks.
Yang membawa maksud, makna dan
kepentingan (meaningful).
Kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian mungkin dalam konteks
sosial,budaya,fizikal dan psikologi.
Menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti hands- On dan
Minds–On.
Pembelajaran Kontekstual
Sosial -ahli keluarga, kawan-kawan. Budaya permainan tradisional, perayaan. Fizikal -penjagaan tubuh badan Psikologi -pemikiran
Contoh:
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual
Kerjasama dan saling bantu membantu
Menyenangkan,tidak membosankan
Belajar dengan minat
Murid aktifMurid dan guru
kritis dan kreatif
Menggunakan pelbagai sumber
Bermotivasi untuk mencapai tahap yang yang lebih
tinggi
Pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain.
Guru mesti memastikan sesuatu aktiviti yang dijalankan dapat bergerak dengan lancar
Guru sebagai pemantau dan pemantau kumpulan-kumpulan yang dibentuk
Contoh:Permainan kecil dalam Dalam Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan
Kerjasama dan saling bantu membantu
Guru perlu memainkan peranan dengan memastikan aktiviti yang dilakukan mudah dan menarik.
Guru perlu bijak dan kreatif dalam pemilihan aktiviti.
Contoh: Dalam Dalam Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, guru perlu merancang aktiviti yang mudah tetapi menarik.
Aktiviti regangan dalam pemanasan badan
Menyenangkan, tidak membosankan
Guru berperanan sebagai pembimbing sahaja.
Pelajar diberi peluang untuk meneroka sendiri
Contoh:Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
guru memberikan alatan seperti bola dan pelajar akan meneroka
Berpusatkan pelajar dan belajar dengan minat
KOMPONEN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Terdapat tujuh komponen pembelajaran
kontekstual iaitu :
◦ Kontruktivisme
◦ Penyoalan
◦ Penemuan
◦ Pembelajaran komuniti
◦ Pemodelan
◦ Refleksi
◦ Penilaian
Pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuannya atau
konsep secara aktif.
Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secara langsung akan
membantu murid membina pengetahuannya sendiri
Contoh : Murid-murid boleh menendang bola dengan menggunakan kaki
mereka. Pengetahuan tersebut merupakan pengetahuan sedia ada yang
diperolehi melalui pengalaman yang lepas.
Walaupun begitu, mereka tidak tahu menendang bola dengan
menggunakan teknik yang betul. Jadi, guru perlu memainkan peranan
untuk membantu murid agar dapat menguasai teknik menendang bola
dengan betul.
Kontruktivisme.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berlaku untuk
menggalakkan, membimbing dan
memperkembangkan kebolehan berfikir murid-
murid.
Aktiviti pembelajaran yang melibatkan proses
pertanyaan akan menggalakkan mereka untuk
bertanya dan menjadi peserta aktif dalam proses
pembelajaran.
Penyoalan
Aktiviti-aktiviti ini berguna untuk:
◦ Mengumpul maklumat,
◦ Untuk menyemak pemahaman murid,
◦ Menjana maklum balas kepada murid-murid,
◦ Menentukan sejauh mana rasa ingin tahu murid,
◦ Mengetahui perkara-perkara yang yang telah diketahui murid,
◦ Menumpukan perhatian murid pada sesuatu yang guru mahu,
◦ Menimbulkan lebih banyak soalan daripada pelajar,
◦ Untuk mengingat kembali pengetahuan pelajar.
Sebagai contoh, apabila guru ingin mengajar
sesuatu kemahiran dalam permainan bola baling,
guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
bertanyakan soalan yang mengelirukan mereka
Secara tidak langsung, guru dapat mengetahui
tahap kefahaman murid tersebut tentang
permainan bola baling.
Aktiviti pembelajaran yang melibatkan sebahagian besar daripada
keupayaan murid-murid untuk mencari dan menyiasat secara
sistematik, kritikal, logik dan analisis.
Sasaran utama pembelajaran menerusi siasatan ini adalah seperti
berikut :
◦ Penglibatan pelajar yang maksimum dimana melibatkan intelektual
pelajar dari segi mental dan emosi,
◦ Peraturan aktiviti yang dijalankan secara logik dan sistematik
◦ Dapat meningkatkan sikap yakin tentang sesuatu yang mereka temui
melalui aktiviti siasatan.
Penemuan
Contohnya, permainan ‘treasure hunt’. Di dalam
permainan ini, guru boleh menyediakan soalan
atau petunjuk pada setiap stesen dan murid
akan cuba untuk membuat siasatan untuk
mencari jawapan kepada klu yang diberikan
agar mereka dapat terus ke stesen seterusnya.
Konsep ini mencadangkan bahawa hasil
pembelajaran yang diperolehi daripada kerjasama
dengan rakan-rakan atau orang lain.
Pembelajaran komuniti berlaku apabila terdapat
komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Dalam pendidikan jasmani, murid-murid diajar
untuk sentiasa bekerjasama sesama ahli kumpulan
semasa melakukan aktiviti berkumpulan.
Pembelajaran komuniti
Sebagai contoh, dalam permainan bola tampar, murid-
murid diajar agar bekerjasama, bantu-membantu dan
saling berkomunikasi antara satu sama lain agar mereka
dapat bermain dengan baik sebagai satu pasukan.
Semasa melaksanakan aktiviti ini, guru memainkan
peranan untuk membantu murid agar mereka bermain
dengan mengunakan teknik yang betul dalam permainan
bola tampar.
Secara tidak langsung, akan wujud komunikasi dua hala
antara guru dan murid semasa dalam proses pengajaran
dam pembelajaran kemahiran permainan bola tampar ini.
Pemodelan menerangkan idea pemikiran, menunjukkan
bagaimana guru-guru mahukan murid-murid mereka
melaksanakan sesuatu dalam pembelajaran.
Guru memberikan contoh dengan mendemonstrasikan
sesuatu ataupun dengan menjadi model.
Komponen ini memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani terutamanya dalam melaksanakan aktiviti
yang melibatkan amali.
Pemodelan
Sebagai contoh, dalam sukan lontar peluru.
Guru perlu menjadi model kepada murid
untuk menunjukkan cara memegang peluru
dengan betul sebelum membenarkan murid
memegang peluru tersebut supaya
sebarang kemalangan ataupun kecederaan
dapat dielakkan.
Refleksi adalah satu cara berfikir tentang apa yang
baru dipelajari atau berfikir kembali tentang apa
yang dilakukan pada masa lalu.
Refleksi adalah tindak balas kepada peristiwa,
aktiviti, atau pengetahuan yang baru diterima.
Menerusi refleksi, seseorang individu dapat
mengenal pasti kelebihan dan juga kelemahan
yang terdapat pada diri masing-masing.
Refleksi
Di dalam pendidikan jasmani, guru serta murid
perlu membuat refleksi setelah menjalani
sesuatu aktiviti supaya dapat mengenal pasti
kelebihan dan juga kekurangan dalam menjalani
aktiviti yang disediakan agar kelebihan yang
dimiliki dapat dipertingkatkan manakala
kekurangan ataupun kelemahan tersebut dapat
diatasi dan tidak akan berulang lagi untuk aktiviti
yang akan dijalankan kelak.
Penilaian adalah proses pengumpulan data
pelbagai yang boleh memberi gambaran kepada
perkembangan pembelajaran murid.
Perkara yang boleh digunakan sebagai asas untuk
menilai pencapaian pelajar termasuk: aktiviti dan
laporan, pembentangan atau persembahan murid,
demonstrasi, dan ujian bertulis.
Penilaian
Penilaian adalah bertujuan :◦ Memfokuskan kepada setiap orang murid
Melalui hasil penilaian, guru akan memperolehi maklumat
tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan
itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani
membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
◦ Menentukan status semasa murid a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu
e) Menentu aktiviti tertentu.
◦ Memilih wakil sekolah
◦ Memotivasikan murid
◦ Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
Melalui penilaian, guru dapat maklum balas keberkesanan
aktiviti yang dijalankan. Jadi, Ini memberi peluang kepada
guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi
pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan
tercapai.
- REACT -Proses Pembelajaran
Kontekstual
• Menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
• Dalam pemb. Kontekstual, murid menekankan aspek taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Dan kemudian dipautkan dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu.
• Contoh: Seorang murid melihat satu permainan bola sepak; kemudian, di sekolah dia diajar teknik menendang oleh guru PJ. Melalui pengalaman dan pengetahuan baru, dia dapat bermain permainan bola sepak dengan baik.
R
Relating
• Menimba pengalaman melalui aktviti eksplorasi, penemuan dan reka cipta.
• Penggunaan bahan p&p (video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks) akan dapat membantu murid mengalami sesuatu perkara/peristiwa.
• Contoh: Guru menunjukkan demonstrasi sesuatu pergerakan lokomotor kepada murid. Kemudian, melalui pengalaman murid dapat meneroka pergerakan lokomotor yang lain juga.
E
Experiencing
• Proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain.
• Contoh: Aspek keselamatan dalam tunjang ke-3. murid diajar menjaga keselamatan sebelum, semasa dan selepas membuat sesuatu aktiviti. Daripada pelajaran ini, murid akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu aktiviti dalam kehidupan seharian.
A Applying
• Pembelajaran dalam aspek berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan murid lain.
• Murid digalakkan bekerjasama dalam pelbagai kumpulan untuk mendapatkan pengalaman.
• Contoh: Dalam aktiviti pendidikan jasmani (hoki), murid ditekankan untuk saling bekerjasama dalam berinteraksi apabila bermain.
C Cooperati
ng• Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks
pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui murid.
• Menyerupai RELATING berasaskan perkara-perkara yang telah diketahui
• Contoh: Guru PJ boleh meningkatkan kemahiran bermain bola sepak sedia ada murid dengan memperbanyakan latihan teknik-teknik baru permainan tersebut.
T Transferri
ng
Strategi pengajaran kontekstual
Motivasi
•Sesi pengenalan yang menyeronokkan.•Sesi pemanaskan badan atau regangan yang menarik.
Pemahaman
•Penerangan konsep yang jelas dan teratur •Meminta murid menyatakan teknik balingan
Kemahiran aplikasi
•Aktiviti hands-on •Penggunaan alatan
Imbas kembali
•Menguji sejauh mana kefahaman pelajar•Menyatakan teknik yang telah dipelajari
Strategi pengajaran kontekstual
Kelebihan Pembelajaran Secara Kontekstual
1. Menggalakkan pendidik memilih dan
membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan pengalaman-pengalaman
yang mereka lalui sebanyak mungkin.
- CONTOH :
guru menceritakan pengalaman bermain bola sepak
ketika di zaman persekolahan dahulu.
2. Memberi peluang kepada murid untuk menghayati
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
- CONTOH:
-Tajuk pemakanan seimbang. Murid mengaplikasikan
pengetahuan dalam bidang pemakanan seimbang untuk
mendapatkan berat yang ideal.
3. Membantu murid belajar melalui penerokaan,
penemuan, dan mereka cipta.
-CONTOH:
- Murid belajar meningkatkan kemahiran bermain bola tampar
dari hasil latihan yang diberikan.
4. Menggalakkan murid menggunakan pengetahuan
sedia ada pada masa hadapan.
Contoh: Pengetahuan dalam tajuk perbezaan jantina
ketika di sekolah rendah dapat diaplikasikan dan
difahami dengan lebih jelas selepas mencapai akil
baligh.
5. Mendorong murid berkongsi, memberi respon
dan berkomunikasi.
-Contoh: permainan dalam kumpulan. Murid-murid
saling berbincang tentang strategi yang akan
digunakan bagi mencapai kemenangan.