Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

14
SKPD 1013 SKPD 1013 Pengantar Sains Pengantar Sains Sosial Sosial Konsep-konsep Asas Sains Konsep-konsep Asas Sains Sosial (2) Sosial (2)

Transcript of Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Page 1: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

SKPD 1013 Pengantar SKPD 1013 Pengantar Sains SosialSains Sosial

SKPD 1013 Pengantar SKPD 1013 Pengantar Sains SosialSains Sosial

Konsep-konsep Asas Sains Sosial Konsep-konsep Asas Sains Sosial (2)(2)

Page 2: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Proses-proses yang dialami dalam perkembangan kehidupan kelompok manusia

1) Sosialisasi (socialisation)

Proses yang membentuk personaliti setiap

anggota dalam sesuatu kelompok manusia

supaya mereka boleh menyesuaikan diri dan

menjadi ahli kelompok manusia atau masyarakat itu.

Page 3: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

2) Interaksi sosial (social interaction)

Ahli-ahli dalam kelompok manusia itu terlibat dalam interaksi - berinteraksi sesama sendiri

Interaksi ialah proses yang melibatkan dua atau lebih individu dalam sesuatu kelompok manusia atau masyarakat

Melibatkan tindakan saling balas-membalas tingkah laku dan saling memperngaruhi di antara satu individu dengan individu yang lain

Page 4: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Saling jangkaan (mutual expectation) di kalangan ahli-ahli yang terlibat - proses mengagak atau meramalkan tingkah laku yang bakal dilakukan, dan selanjutnya proses penyesuaian tingkah laku berasaskan jangkaan yang telah dibuat

Pola saling-jangkaan itu lama-kelamaan menjadi norma yang akan diterima oleh individu-individu berkenaan untuk menentukan keadaan interaksi mereka pada masa tertentu atau masa yang akan datang

Alat komunikasi digunakan dalam interaksi – cth bahasa dan simbol – ada proses tukar-menukar makna dan buah fikiran

Page 5: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

3) Perubahan budaya (cultural change)

Sesuatu kelompok manusia ada mengalami perubahan budaya

Def - perubahan pada aspek-aspek sesuatu budaya yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia

Perubahan budaya dikatakan berlaku apabila terbentuk cara pembelajaran yang baru, dimensi sains yang baru, alat teknologi yang baru, dan lain-lain.

Elemen asas dalam perubahan budaya ialah rekaan

dan difusi

Page 6: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

4) Perubahan sosial (social change)

Kelompok manusia itu juga akan mengalami perubahan yang lebih luas iaitu perubahan sosial

Perubahan sosial itu boleh berlaku dalam sistem demografi, sistem ekonomi, sistem persanakan, sistem politik, sistem kepercayaan dan lain-lain

Perubahan-perubahan itu mempunyai kesan ke atas struktur-struktur sosial yang sedia ada dan asas dalam masyarakat itu, iaitu struktur sosial yang dibentuk dari hubungan sosial dalam masyarakat berkenaan

Page 7: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Perubahan sosial juga boleh dilihat melalui perubahan dari segi hubungan sosial dan tingkah-laku sosial yang sedia ada, seperti dalam kehidupan keluarga, ekonomi atau agama

Ialah perubahan yang berlaku dalam sistem sosial yang lebih besar dan bukan perubahan yang kecil yang berlaku dalam sesuatu kelompok manusia yang kecil Apabila berlakunya perubahan sosial, manusia dalam kelompok itu akan menghadapi sesuatu keadaan yang baru dan harus bertindak untuk menangani keadaan tersebut

Ialah satu fenomena yang biasa dalam kehidupan kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti

Page 8: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

5) Stratifikasi sosial

Terdapat proses pembezaan di kalangan individu-individu di dalam sesuatu kelompok manusia

Pembezaan itu - dari segi keistimewaan yang berbeza-beza dan peluang hidup yang berbeza-beza (life chances yang meliputi peluang untuk mencapai matlamat tertentu, peluang untuk menikmati kemudahan sosial dsb.) yang berlainan, khususnya kedudukan atau status yang berbeza-beza

Setiap golongan dalam lapisan yang berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan

Stratifikasi sosial itu menyebabkan wujudnya satu hierarki yang terdiri daripada pelbagai lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya – pada asasnya, golongan dalam lapisan-lapisan itu memperlihatkan keistimewaan yang berbeza-beza dan peluang hidup

Page 9: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Umumnya, stratifikasi sosial - hasil daripada interaksi sosial dan ialah suatu fenomena sosial yang agak meluas dalam semua masyarakat

Faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang individu dalam sistem stratifikasi - cth faktor ekonomi, sosial, politik, ras dan kebudayaan – khususnya, peranan politik, peranan tentera, agama, keturunan, perkahwinan, pendidikan, peranan ekonomi, pekerjaan atau profesion, sifat-sifat peribadi, pencapaian, kedudukan ekonomi, benda-benda yang dimiliki (seperti harta), kewibawaan dan kuasa dan kegiatan komuniti

Pada asasnya, semua stratifikasi melibatkan unsur ketidaksamaan (inequality) dalam kelompok manusia atau masyarakat

Ada beberapa bentuk stratifikasi, di antara bentuk yang paling asas ialah sistem kasta dan kelas

Page 10: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

6) Kelas sosial

Penggunaan konsep ini dihuraikan berasaskan tulisan dua tokoh klasik, Karl Marx dan Max Weber

Mengikut Marx, kelas sosial - kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran (means of production) dan juga hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran – ada dua kelas manusia utama dan bertentangan dalam masyarakat kapitalis

Satu kategori ialah kelas bourjuis (pemodal atau kapitalis)

Satu lagi kategori - kelas proletariat (pekerja) - pemodal

Kelas borjuis miliki sumber-sumber pengeluaran, dan kawal proses pengagihan dan pertukaran dan menindas golongan proletariat yang tidak memiliki apa-apa selain daripada tenaga kerja –

pendeknya, kedua kelas ini wujud akibat proses pengeluaran

Page 11: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Weber juga berkongi pendapat dengan Marx mengenai pentingnya faktor ekonomi sebagai penentu pengkelasan sosial, akan tetapi, Weber mempunyai pendapat yang agak berbeza dari Marx

Mengikut Weber, selain proses pengeluaran, kelas sosial juga boleh wujud di pasaran (market) akibat peluang-peluang hidup atau life chances yang berbeza-beza (iaitu peluang hidup untuk mencapai matlamat tertentu dan menikmati kemudahan sosial dsb. yang ditentukan oleh taraf pendidikan, kekayaan, kemahiran dan pengalaman, status sosial, dll.)

Oleh itu, sistem kelas bukan sahaja dilihat dari segi golongan yang menindas dan golongan yang ditindas, atau golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah,

Ada pula pengkaji lain berpendapat wujudnya tiga kelas utama dalam masyarakat - golongan atasan, golongan menengah dan golongan bawahan

Page 12: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

7) Mobiliti Sosial (Social mobility)

Sistem stratifikasi sosial yang terdapat dalam sesuatu kelompok manusia boleh berpunca dari mobiliti sosial

Mobiliti sosial - satu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial

Ialah satu fenomena sosial yang kompleks yang terdiri daripada beberapa dimensi

Satu dimensi ialah melihat dari segi arah – iaitu mobiliti boleh bercorak mendatar atau menegak – mobiliti mendatar ialah perubahan kedudukan sosial seseorang dalam kelas sosialnya tanpa tanpa perubahan dari segi hierarki prestij dan jenis kelas sosialnya, cthnya, pertukaran pekerjaan dari yang bersifat separuh mahir ke mahir, mobiliti menegak ialah perubahan di antara kelas-kelas sosial atau status sesuatu masyarakat, samada dari yang ke atas atau ke bawah, yang melibatkan kenaikan atau

penurunan status atau martabat seseorang individu

Page 13: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

Satu lagi dimensi ialah melihat dari segi masa – mobiliti sosial yang berlaku dalam satu generasi tertentu atau daripada satu generasi ke generasi yang lain - cthnya mobiliti yang dilalui oleh seorang individu sepanjang hayatnya, misalnya dari satu pekerjaan ke pekerjaan lain, atau mobiliti dari segi perubahan jenis kerja di antara anak dengan ayah, yang melibatkan kelas sosial atau martabat mereka, seperti seorang anak nelayan menjadi pegawai korporat

Page 14: Konsep konsep asas-sains_sosial__2_

8) Konflik sosial (Social conflict)

Konflik sosial - salah satu proses sosial yang dialami atau mungkin dialami oleh anggota-anggota dalam sesuatu kelompok manusia

Konflik - pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kelompok untuk mencapai matlamat bersama

Ada pandangan yang berbeza-beza tentang kepentingan konflik sosial dalam perkembangan sesuatu kelompok atau masyarakat

Cth – mengikut Lewis Coser, konflik adalah perkara normal yang tidak boleh dielakkan, tidak semestinya memusnahkan tetapi sebaliknya boleh menwujudkan harmoni dan integrasi sosial - tidak semestinya memecah-belahkan sistem sosial

Pandangan lain mengatakan konflik sosial tidak semestinya menwujudkan

kestabilan tetapi sebaliknya mungkin mengancam kestabilan sesuatu sistem sosial