KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
description
Transcript of KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN
ETNIKKUMPULAN 2 :
NUR FARHANA BT. A.RAZAKNURULHUDA BT HAMBALI
NAMA PENSYARAH :EN.GHZALI BIN ISMAIL
KONSEP BUDAYA
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'.
Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.
Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
(Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)
Budaya terbahagi kepada 2 :
Kebendaan
peralatan dan kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya. Contohnya, orang melayu
mempunyai rumah yang reka bentuknya
berbeza dengan orang Inggeris atau orang
eskimo.
Bukan kebendaan
kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani
kehidupan. Misalnya, dalam
adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi
hantaran kepada pihak perempuan
manakala bagi masyarakat india
hantaran perkahwinan
diberikan oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki.
CIRI-CIRI BUDAYA
dipelajari
dikongsi
Bersifat sejagat
Diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur
simbolik
Adanya pandangan
semesta
KONSEP PERPADUA
N DAN INTEGRASI
SEGREGASI• Pengasingan @ pemisahan yang
meletakkan had-had dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi.
• Umumnya, segregasi wujud aspek-aspek yang tertentu seperti tempat tinggal, perkhidmatan dan kemudahan lain.
AKOMODASI• Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok
yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selama-lamanya.
• Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan.
• Proses ini wujud dalam keadaan hubungan ras atau etnik yang menekankan unsur tolak –ansur dan perundingan untuk kepentingan bersama.
• Tidak melibatkan kehilangan identiti sesuatu kelompok.
AKULTURASI• proses penerimaan unsur kebudayaan
dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
• terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
• tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
ASIMILASI• Satu proses percantuman dan
penyatuan di antara kelompok @ individu yang berlainan kebudayaan membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
• Kebudayaan saling menyerapi atau percantuman kebudayaan.
AMALGAMASI• Penyatuan biologi antara anggota-
anggota kelompok etnik @ ras yang berlainan, sehingga muncul bangsa yang baru.
• Konteks Malaysia :- amalgamasi berlaku apabila orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan kumpulan-kumpulan etnik yang lain bercantum, biasanya melalui perkahwinan campur dan menghasilkan satu kaum yang baru.
KEPENTINGAN PERPADUAN & INTEGRASI DI MALAYSIA
EKONOMI BUDAYA KESELAMATAN POLITIK
EKONOMI
Memberi peluang kepada semua kaum
menceburi bidang ekonomi tanpa
halangan
Menghapuskan penguasaansatuekonom
iuntuk satu kaum saja
Menjana ekonomi negara dengan menarik
lebih ramai pelabur asing untuk melabur di
Malaysia.
BUDAYA
Membolehkan setiap kaum memahami
budaya kaum-kaum lain.
Mengelakan daripada perasaan prasangka
terhadap amalan dan budaya kaum lain.
Memudahkan proses komunikasidengankaum
-kaum lain.
KESELAMATAN
Memastikan tradegi berdarah seperti 13 Mei 1969 tidak berlaku lagi
Mewujudkan semangat cintakan tanah air.
Mengukuhkan keselamatan Negara
kerana wujudnya perpaduan dan hal ini
menjadikan sistem politik di negara kita susah
digoyahkan.
POLITIK
Mewujudkan kestabilanpolitik
Pentadbiran Malaysia dapat dijalankan secara
sistematik
Negara Malaysia dapat melebarkan ruanglingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global.
SUMBER • http://www.slideshare.net/zue5588/hubungan-etni
k-1350593• http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/kons
ep-perpaduan-dan-integrasi.html• Ruslan Zainuddin (2003). SEJARAH MALAYSIA
( Edisi kedua ). Oxford Fajar Sdn.Bhd. • Ruslan Zainuddin, Mohd.Mahadee Ismail, Zaini
Othman (2005). KENEGARAAN MALAYSIA. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
• Ting Chew Peh (1997). KONSEP ASAS SOSIOLOGI. Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN..TERIMA KASIH