KKP WAJ3106
-
Upload
syarudin-ibrahim -
Category
Documents
-
view
20 -
download
2
Transcript of KKP WAJ3106
IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
TAJUK KERJA KURSUS:
1. Rujuk sumber-sumber relevan untuk mendapat peristiwa-peristiwa benar yang disiarkan dalam massa media (antara 3-5) yang berkaitan dengan hubungan atnik di Malaysia.
2. Analisis setiap peristiwa tersebut dari segi puncanya, kesan, penyelesaiannya dan mengenalpasti isu yang sebenar dalam setiap peristiwa tersebut serta kaitannya dengan unsur-unsur yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3. Anda dikehendaki menulis satu ulasan berkaitan dengan peristiwa dan isu yang dikenalpasti serta kaitannya dengan unsur-unsur Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
4. Penulisan Individu: Pada pendapat anda sejauh manakah kerajaan Malaysia berjaya memupuk keharmonian hubungan etnik dari aspek ekonomi dan pendidikan?
DISEDIAKAN OLEH:
SYARUDIN BIN IBRAHIM
761104-04-5227
KAMARUZAMAN BIN OTHMAN
670804-04-5451
FAIZUL ERI BIN AB RAZAK
840120-06-5637
PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN FEBRUARI 2012 – MEI 2016
SEMESTER 3
UNTUK PERHATIAN:
ENCIK BAHARULLAH BIN ADAM
HALAMAN PENGAKUAN
“Kami akui bahawa hasil karya yang disediakan ini adalah hasil ciptaan kami sendiri,
bukan diciplak atau diplagiat daripada sumber yang belum atau pernah diterbitkan.”
……………………………………..
(SYARUDIN BINTI IBRAHIM)
761104-04-5227
.....................................................
(KAMARUZAMAN BIN OTHMAN)
670804-04-5154
…………………………………
(FAIZUL ERI BIN AB RAZAK)
840120-06-5637
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : SYARUDIN BIN IBRAHIM (761104-04-5227)
: KAMARUZAMAN BIN OTHMAN (670804-04-5154)
: FAIZUL ERI BIN AB RAZAK (840120-06-5637)
KUMPULAN : PPG BAHASA MELAYU FEBRUARI 2012 SEMESTER : 3
MATA PELAJARAN : WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK BAHARULLAH BIN ADAM
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN PERUNTUKAN
MASA
KOMEN T/ TANGAN, NAMA
DAN COP RASMI (JIKA
BERKAITAN)
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP)
WAJ 3106 Hubungan Etnik ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing,
Encik Baharullah Bin Adam yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada
kami dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak
membantu, kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard yang dikehendaki.
Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seunit
yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna
dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik. Diharapkan
kalian semua dapat berkongsi maklumat lagi kelak.
Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat
rakan-rakan yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa
menyiapkan KKP ini. Terima kasih juga atas dorongan dan nasihat yang tidak putus-
putus dalam menjadikan kami sebagai guru berdedikasi serta yang disegani pada masa
akan datang.
Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung ataupun tidak. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Halaman Pengakuan 2
Borang Kolaborasi 3
Penghargaan 4
Kandungan Tugasan
a) Isu Kalimah Allah
b) Isu Hak Keistiwaan Orang Melayu
c) Isu Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
Refleksi Individu
Rujukan
Lampiran
PENGENALAN
KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang sangat penting dalam sistem
politik moden masa kini kerana ia mengandungi semua undang-undang asas negara.
Secara umumnya, perlembagaan juga boleh ditafsirkan sebagai kumpulan peraturan
atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi
kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip
umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.
Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan diangkat sebagai undang-
undang tertinggi dan semua rakyat perlu mematuhi keluhurannya. Setiap negara
memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan
agar lebih cekap dan adil.
Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang
tertinggi. Perlembagaan ini mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
Secara keseluruhannya, Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif,
legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan lain-lain.
Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sekarang ini adalah berasaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1957 yang mana telah digubal oleh
Suruhanjaya Reid. Oleh yang demikian, Perlembagaan Persekutuan dapat ditakrifkan
sebagai pelan induk yang di dalamnya terkandung segala undang-undang tertinggi
yang sangat mustahak bagi mewujudkan sebuah negara dan sistem politiknya.
Unsur-unsur tradisi merupakan perkara yang paling penting dibicarakan kerana
ia merupakan faktor utama untuk mewujudkan identiti negara Malaysia sekaligus
memupuk persefahaman ke arah membentuk perpaduan rakyat. Unsur-unsur tradisi
yang disebutkan meliputi Bahasa Melayu, agama Islam, pemerintahan beraja,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu
terdapat juga unsur pemerintahan Inggeris yang dianggap sebagai unsur baharu atau
unsur moden dalam perlembagaan iaitu kewarganegaraan.
Perlembagaan Persekutuan 1957 perkara 152 menetapkan bahawa ‘Bahasa
Melayu hendaklah menjadikan Bahasa Kebangsaan dan rakyat bebas mempelajari
bahasa lain. Bagi mengangkat lagi martabat Bahasa Melayundi kalangan semua kaum
di Persekutuan Tanah Melayu, perbagai usaha giat dijalankan seperti mewujudkan
Minggi Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu. Banyak lagi usaha dilaksanakan
bagi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.
Dari segi aspek agama pula, agama Islam telah ditabalkan sebagai agama
persekutuan dan kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan demi
pembangunan dan kemajuan yang berkaitan agama Islam seperti pembinaan masjid
dan sekolah-sekolah agama. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi
dalam perlembagaan namun rakyat diberi kebebasan alam mengamalkan dan
menganuti agama selain daripada agama Islam. Ini menunjukkan negara Malaysia
sebuah negara demokrasi.
Seterusnya, aspek hak dan kedudukan keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera. Unsur ini telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya hak orang
Melayu dan peribumi lebih terjamin dan terbela. Hal ini berkait rapat dengan sejarah
yang mana tindakan yang diambil oleh pihak penjajah membawa masuk buruh asing
boleh mengancam kehidupan peribumi.
Seterusnya aspek institusi beraja. Sudah menjadi tradisi serta amalan turun
temurun bagi negeri-negeri di Tanah Melayu menggunakan pemerintahan beraja iaitu
sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Raja dan sultan adalah symbol orang
Melayu. Pada zaman dahulu kala, segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja
dan istana. Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, institusi beraja telah ditetapkan
menjadi raja berpelembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua
negara dan diikuti oleh perdana menteri, kabinet dan seterusnya.
Kesimpulannya, setiap rakyat di negara ini perlu menyanjung tinggi
perlembagaan persekutuan serta mengakui keluhurannya sebagai undang-undang
yang menjadi pegangan hidup agar setiap tindak-tanduk kita lebih terarah selain
menjadikan kita rakyat yang baik serta setia kepada negara. Rakyat perlu sedar
bahawa tidak sukar untuk mematuhi unsur-unsur yang termaktub di dalam
perlembagaan kerana setiap unsur tersebut mempunyai kepentingan dan rasionalnya
yang tersendiri.
ISU-ISU SEMASA DAN HUBUNGKAIT DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1.3 Bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Bahasa Melayu dianggap sesuatu bahasa yang mudah dituturkan pada
waktu itu memandangkan bahasa ini mempunyai kekonsistenan dari segi
ketatabahasaannya dan juga istilahnya Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita harus
berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana bahasa kita sudah mempunyai sistem
ketatabahasaannya yang tersendiri dan mengikut piawaian dan standard yang telah
ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contohnya, sistem ejaan, sistem
sebutan, sistem imbuhan, sistem penggunaan kata dan sistem binaan struktur
frasa atau ayat.
Namun, sehingga ke hari ini masih terdapat segelintir masyarakat tidak mahu
menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk keharmonian, kebahagian dan
kemakmuran dalam negara untuk berkomunikasi dan berinteraksi sebagai sebuah
negara yang bersatu padu. Hal ini memberikan kekeliruan kepada pelajar bahasa
Melayu terutama pelajar antarabangsa dan orang yang bukan penutur natif bahasa
Melayu. Hal ini juga telah menjadi isu bahasa yang tiada penghujungnya. Seterusnya,
pengajar dan pelajar bahasa Melayu sentiasa berada dalam dilema dalam memberi
penerangan dan hujah yang sesuai dalam .pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagi isu “Pengiktirafan bahasa Melayu” yang dipetik dari akhbar Berita Harian
yang bertarikh 18 Oktober 2010, yang mengupas isu berlakunya kecenderungan dalam
kalangan elit berbahasa Inggeris di Malaysia, malahan pemimpin Melayu juga. Kerajaan
seolah-olah membiarkan berlakunya dua jenis bahasa dasar di negara ini iaitu dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan manakala dasar
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Kebanyakan pemimpin di
negara ini bersikap paranoid bahasa kerana apabila berhadapan situasi berbahasa
dalam urusan rasmi, mereka malu untuk menggunakan bahasa Melayu kerana bimbang
nilai dan kredibiliti mereka dalam kalangan masyarakat dan media akan terjejas.
Pengkaji berpendapat pemimpin negara haruslah menunjukkan contoh ikutan
yang terbaik dengan memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu berikutan
mereka adalah peneraju negara kita. Mengapa mereka perlu malu dengan bahasa
kebangsaan sendiri, sedangkan para pemimpin dari negara-negara yang maju dan
membangun yang lain seperti Perancis, Jerman, Jepun dan Korea boleh berbangga
dengan bahasa rasmi negara mereka.
Perkara 153(1) dalam Perlembagaan diluluskan untuk menguatkuasakan
bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Mohd Salleh Abas
(1987) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada bahasa Melayu
jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai
bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini secara langsung telah
menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan
bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh
digunakan untuk tujuan “selain daripada maksud rasmi”.
Menurut Dr. Sharifudin Lubis pula, Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dalam ruangan pendapat akhbar utusan melalui
laman web http://psasir.upm.edu.my/1775/1/0208.pdf mengenai isu papan tanda
kawasan perumahan dan nama jalan sebuah taman perumahan di Ipoh. Beliau
menyatakan bahawa status bahasa Melayu boleh diselesaikan dengan mendiagnosis
akar puncanya. Saya menarik perhatian kepada asas pemartabatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang tercatat dalam
Perlembagaan Negara, Fasal152. Masyarakat sering dikhabarkan bahawa kedudukan
bahasa Melayu dijamin oleh Perlembagaan. Namun demikian ada sebahagian fasal
tersebut yang dengan jelas menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain tidak boleh
dilarang daripada digunakan, malah boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja terutama
penutur jati masing-masing. Walaupun banyak pihak (termasuk Datuk Azian Osman -
seorang peguam, Senator, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara dan Ketua UMNO
Bahagian Ipoh Timur yang mempertikaikan papan tanda pelbagai bahasa di
kawasannya) yang menyangka bahawa Fasal 152 itu begitu luhur dan dapat menjamin
kedudukan bahasa Melayu, tetapi hakikatnya ialah bahasa Melayu terpaksa juga
bersaing dengan bahasa-bahasa lain.
Hal ini bermaksud, semua warganegara Malaysia terutamanya para pemimpin
negara sewajarnya melaksanakan sistem berbahasa mengikut Perlembagaan
Persekutuan di mana berusaha menggunakan bahasa Melayu secara maksimum
terutama dalam urusan rasmi di dalam negara. Hal ini kerana pihak yang berkuasa
khususnya pemimpin-pemimpin dan ahli politik yang mampu mengubah segala bentuk
diskriminasi terhadap bahasa Melayu. Ini bermakna juga, bahasa-bahasa asing yang
juga dibenarkan untuk digunapakai asalkan tidak meminggirkan bahasa Melayu sama
sekali kerana dikuatiri akan hilang jati diri dan identiti Malaysia. Oleh yang demikian, jika
kita lihat di mana-mana juga sekarang ini, penggunaan bahasa Melayu bagi papan
tanda kawasan perumahan dan nama jalan telah mengalami perubahan dan
tranformasi bagi memperlihatkan aras kemajuan di sesuatu tempat. Ini tidak menjadi
kesalahan yang besar jika kita faham dan menikut landasan yang betul dalam
Perlembagaan Malaysia.
Seharusnya para pemimpin lebih berkobar-kobar dalam memperjuangkan
martabat bahasa Melayu kerana ia adalah perjuangan mempertahankan perlembagaan
negara kerana sudah termaktub dalam Perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah
bahasa rasmi negara ini. Pemerintah dan rakyat sesebuah negara maju juga
memartabatkan bahasa rasmi negara masing-masing dan wajar sekali pemimpin serta
rakyat negara ini turut mempunyai semangat yang serupa. Di samping itu, bahasa
Melayu adalah bahasa perpaduan kerana ia bahasa yang difahami seluruh rakyat.
Bukan itu sahaja, nama-nama sekolah tidak kira sekolah kebangsaan (SK),
sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil (SJKC / SJKT) juga dilihat menggunakan
nama yang sesuai dengan indentiti masing-masing kerana hal pendidikan tidak boleh
digadaikan bagi tujuan individu yang mementingkan unsur keperibadian atau agenda
tersenbunyi untuk memecaj belahkan masyarakat Malaysia yang berbialng kaum dan
bahasa. Menurut Dr. Sharifudin Lubis lagi, beliau menyatakan secara sedar atau tidak,
syarat yang dikenakan dalam fasal itu membolehkan sekolah beraliran jenis
kebangsaan ditubuhkan. Para pemimpin pula tidak wajib menggunakan bahasa Melayu
dalam majlis- majlis rasmi. Banyak situasi majlis rasmi sama ada peringkat kebangsaan
atau antarabangsa (yang dihadiri oleh hanya seorang dua orang asing) yang
memperlihatkan para pemimpin tertinggi negara tidak menggunakan bahasa Melayu.
Isu kedua yang telah dikaji adalah bertajuk “Isu DAP Letak Papan Tanda
Pelbagai Bahasa” dari Berita Harian bertarikh 22 November 2010. Dalam rencana
tersebut dinyatakan kerajaan Pulau Pinang yang ingin menamakan jalan pada papan
tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu. Tindakan kerajaan Pulau Pinang itu
disifatkan cuba mendaulatkan bahasa lain selain bahasa Melayu.
Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan
bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Sementara itu, Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah
digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan
yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan. Pengkaji berpendapat dalam
konteks papan tanda jalan, adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah
menggunakan bahasa kebangsaan.
Tambahan pula, alasan untuk kegunaan pelancongan sama sekali tidak relevan.
Hal ini kerana pelancong dari luar negara yang melancong di Malaysia sudah
semestinya mahu melihat identiti negara ini. Tiada lagi keunikan negara jika pelancong
tersebut lihat kebanyakan papan tanda di jalan-jalan di negara ini menggunakan
bahasa mereka sendiri. Selain itu, negeri-negeri lain seperti Melaka, Pahang dan Kuala
Lumpur yang lebih ramai bilangan pelancong asing yang datang melancong negeri-
negeri tersebut masih menggunakan dan mengekalkan bahasa kebangsaan pada
papan-papan tanda. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali untuk meletakkan bahasa
lain pada papan tanda hanya di negeri itu.
Isu bahasa Melayu ini juga tidak terhenti setakat itu sahaja, malah isu ini terus-
terusan dalam pendidikan negara dengan ramai membangkitkan isu Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah.
PPSMI yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 hanya bertahan selama 8 tahun
sahaja di sebabkan pelbagai pihak yang keliru tentang hala tuju mahupun hasil dasar
pendidikan negara pada waktu itu yang rata-rata melihat mata pelajaran Sains,
Matematik dan bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Inggeris. Dengan itu terdapat
sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan meminggirkan bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Jadi, pada tahun 2011 kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melakukan pembaharuan drastik dengan memperkenalkan dasar yang baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan mengembalikan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Melayu
semula. Namun, dalam melaksanakan KSSR ini dasar baru juga diserapkan dengan
menjalankan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) yang mana dasar ini adalah bertujuan meletakkan Bahasa Malaysia
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan
Akta Pendidikan 1996. Manakala Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud
memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari,
bahasa komunikasi dan bahasa ilmu diperingkat nasional dan antarabangsa.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam
bahasa Malaysia seperti yang dikehendaki dalam KBSR yang dahulu. Tetapi
Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil (SJKC / SJKT) pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-
masing. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat
di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah.
Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang
mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat
dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.
Namun, menurut pandangan Teo Kok Siong, Timbalan Pengarah, Institut Alam
dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dalam Berita Harian bertarikh 19 Januari 2011,
menyatakan bahawa penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil dalam konteks ini,
hendaklah dilihat sebagai bahasa ibunda kepada sektor bukan Melayu dalam
kependudukan Malaysia. Sehubungan ini, sesetengah pihak mempercayai penggunaan
bahasa ibunda adalah kaedah terbaik untuk tujuan pendidikan, khususnya pada
peringkat awal. Ini antaranya kerana pelajar didapati lebih mudah mengikuti pelajaran
dalam bahasa yang mereka ketahui, lebih-lebih lagi yang dituturkan sebagai bahasa
ibunda, apabila menjejak kaki ke sekolah. Dalil penggunaan bahasa ibunda ini ikut
digunakan oleh orang Melayu yang mahu dua mata pelajaran ini diajar semula dalam
bahasa Melayu.
Menurut beliau lagi, alasan ini ada rasionalnya walaupun tidak selalunya benar.
Ini dapat dilihat pada pelajar bukan Melayu yang belajar di sekolah kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sebilangan mereka
didapati berjaya mengikuti pelajaran yang disampaikan dalam bahasa Melayu dengan
baik sekali. Ramai juga yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, sedangkan
bahasa Melayu bukan pun bahasa ibunda mereka. Tambahan pula, sesetengah
mereka ini tidak pernah pun didedahkan kepada bahasa Melayu ketika zaman
prasekolah. Begitu juga halnya dengan pelajar Melayu dan pelajar lain di sekolah
vernakular Cina. Sesetengah mereka mampu meraihkan kejayaan luar biasa, sehingga
berjaya mengatasi prestasi pelajar Cina yang bertutur dalam bahasa Mandarin,
sesetengahnya sejak dari kecil lagi sebagai bahasa ibunda. Dalam kes ini, bahasa
Mandarin bukan pun bahasa ibunda pelajar bukan Cina ini, dan rata-ratanya tidak
pernah mempelajarinya secara formal sebelum memasuki sekolah.
Sebagai bahasa negara yakni bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa
Melayu adalah bahasa semua rakyat Malaysia. Ia mewakili seluruh negara dan setiap
seorang rakyat Malaysia, sama ada yang Melayu mahupun bukan Melayu. Dalam
konteks ini, bahasa Melayu adalah simbol negara. Statusnya sebagai bahasa pribumi
menambahkan lagi kepentingan peranannya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia
yang berasal daripada pelbagai kaum. Ini menjelaskan lagi bahawa pengaruh bahasa
ibunda dalam masyarakat Malaysia masih releven dalam menjayakan pembelajaran
anak-anak mereka untuk diperkembangkan lagi bagi generasi akan datang. Kita tidak
mahu lagi dasar KSSR ini dijadikan alasan untuk mencipta kegagalan system
pendidikan Negara yang semakin lama semakin mengalami trasformasi dalam
mengejar taraf Negara Maju. Kita juga sepatutnya berbagga dan menyokong kuat
dengan apa yang dilakukan, dilaksanakan dan dirancang demi kemajuan dan
kemahuan rakyat negara ini. Yang perlu kita lihat ialah penyatuan yang dianugerahkan
dengan bahasa Melayu ke atas anak watannya sendiri untuk mengejar kemajuan
melalui pendidikan yang sama rata bagi semua kaum.
Selain itu, isu bahasa Melayu ini bukan melibatkan pendidikan sahaja malahan
melibatkan sistem media massa negara yang mana bahasa Melayu telah disampaikan
menggunakan bahasa Melayu baku dalam penyampaian berita terutama TV3.
Penggunaan bahasa melayu baku ini mendedahkan serta memberi impak yang sangat
berkesan ke atas bahasa itu sendiri yang mana pelajar-pelajar tempatan mahupun
pelajar asing boleh melihat serta belajar menggunakan bahasa Melayu baku dengan
sebutan yang betul.
Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia dalam
Utusan Malaysia, 19 Januari 2012, melalui laman web
http://farihinzul1974.blogspot.com/2012/01/isu-bahasa-sukarkah-bertutur-bahasa.html
menyatakan bahawa beberapa pihak telah membangkit mengenai betapa pentingnya
kita memartabatkan semula bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan yang diadakan tahun lepas mahu
bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan sepenuhnya termasuk dalam bidang
ekonomi, kewangan serta perundangan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang
melaksanakan proses alih suara bagi rakaman suara individu yang menggunakan
bahasa Inggeris dalam sesi temu bual berbahasa Melayu sebagai usaha mengukuhkan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang penyiaran. Melalui Bulan Bahasa
Kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun, semua warga Malaysia diingatkan untuk
memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selain daripada usaha
membolehkan kita menguasai bahasa Melayu dengan tepat. Pada pendapat saya mutu
penggunaan tatabahasa Melayu dalam pelbagai program yang disiarkan oleh stesen
televisyen dan radio milik kerajaan dan swasta masih berada di tahap rendah.
Menurutnya lagi, sudah menjadi satu tabiat bagi mereka bercakap bahasa
kebangsaan diselitkan bahasa Inggeris. Memang tidak salah, untuk membuktikan kita
mempunyai kemahiran bercakap dalam pelbagai bahasa. Soalannya ialah kalau mahu
bertutur bahasa Inggeris gunakanlah sepenuhnya bahasa itu. Begitu juga semasa
bertutur bahasa kebangsaan, gunakan sepenuhnya dan tidak perlu dicampuradukan.
Bahasa Melayu adalah bahasa indah dan tidak patut dijadikan mudah tercemar.
Sungguhpun saya bukan pakar linguistik, saya berpendapat masa telah tiba bagi
semua pihak untuk memperbetulkan fenomena bahasa rojak ini dan jangan jadikannya
suatu budaya atau amalan harian di negara kita. Mesej yang saya ingin sampaikan
ialah kita tidak dapat memartabatkan bahasa Melayu kalau kita cenderung
mencampuradukan percakapan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau
kita tidak dapat memperkukuhkan bahasa Inggeris dengan mencampuradukan
percakapan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu.
Maka, penggunaan bahasa Melayu bolehlah digunakan sebagai bahasa ilmu di
negara ini mahupun bahasa Inggeris ataupun yang lain, untuk kita lihat sebagai
penyatuan rakyat melalui penyampaian ilmu. Justeru, penggunaan mana-mana bahasa
ini serta yang lain-lain khususnya sebagai alat untuk menyatakan pemikiran,
merakamkan fakta serta menukar maklumat adalah lebih daripada sudah memadai.
Fungsi asas bahasa begini dapat dimainkan oleh mana-mana bahasa moden, yakni
yang telah dibakukan. Secara tidak langsung akan membentuk sebuah masyarakat
yang dinamik serta berilmu pengetahuan yang tinggi setanding dengan negara maju
yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang mana tidak
menghadkan penggunaan satu bahasa sahaja dalam mencapai kemajuan negara
mahupun keperibadian serta kerohanian. Dengan ini, bahasa Melayu bukanlah sebagai
satu syarat yang wajib dalam mencapai kemajuan seperti mana yang didakwa oleh
sesetengah pihak yang mendakwa bahawa bahasa Melayu tidak boleh bersaing
dengan bahasa negara maju lain.
Ini dikuatkan lagi dengan pendapat oleh Profesor Dr. Sidek Baba dalam
artikelnya yang bertajuk “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu Dalam Konteks Sebuah Negara
Merdeka” melalui laman web http://farihinzul1974.blogspot.com menyatakan bahawa
memperkasa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, malah bahasa Mandarin sebagai
bahasa ketiga untuk menghadapi cabaran perubahan amatlah penting. Ia menuntut
pendekatan pengajaran-pembelajaran yang dinamik dan kreatif di bilik darjah dan kuliah
supaya kesan penguasaannya terserlah. Kemajuan teknologi dan modul-modul terkini
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan ketiga terbuka luas untuk
diaplikasikan supaya tidak saja penguasaan bahasa ibunda menjadi teguh dan kukuh
tetapi dalam masa yang sama penguasaan bahasa Inggeris menjadi lebih baik. Tidak
ada asas akademik dan hujah integriti yang menyatakan bahawa meninggalkan bahasa
ibunda dalam menguasai ilmu dan mendakap bahasa kedua menjadi bahasa utama
menyebabkan sesuatu bangsa itu maju. Orang-orang Perancis, Jerman, Jepun, China
dan Korea masih tetap mempertahankan integriti bahasa ibundanya untuk maju tetapi
dalam masa yang sama amat terbuka untuk menguasai bahasa lain sebagai strategi
untuk maju dan membangun.
Ini menjelaskan bahasa Melayu bukanlah satu halangan untuk Malaysia
mencapai kemajuan bahkan boleh mengembalikan kegemilangan lingua franca oleh
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu sebagai bahasa antarabangsa.
Semua ini terletak di atas bahu dan kemahuan diri kita sendiri dalam menegakkan jati
diri dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Oleh yang demikian, semua
rakyat perlu ada kerelaan dan kerdhaan dalam mengakui kedudukan bahasa Melayu
tudak boleh dipertikaikan lagi.
Tambahan pula, menurut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai
penggunaan bahasa Melayu perlu diberi perhatian sewajarnya adalah satu peringatan
kepada semua lapisan masyarakat termasuk menteri, ahli politik, pembuat polisi dan
rakyat. Seperti semua maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia amat
jelas terpahat dalam Perkara 152. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu
seperti kedudukannya dalam Perlembagaan mesti sentiasa berterusan. Kerajaan
seharusnya mempunyai perancangan yang jelas mengenai kedudukan bahasa
kebangsaan ini. Bahasa memainkan peranan penting dalam membina semangat dan
jati diri berkaitan kenegaraan. Ia adalah sebahagian kaedah untuk mengukuhkan
semangat patriotisme. Bahasa adalah juga simbolik kepada perpaduan di kalangan
masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang bahasa dan budaya. Kenyataan
ini disunting oleh Shamrahayu A Aziz, Penolong Profesor Kuliyyah Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Berita Harian pada 12 Oktober 2010.
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk
memastikan bahasa itu dimuliakan dan dihargai. Bukan sekadar orang Melayu atau
institusi Melayu atau gerakan bukan kerajaan yang berteraskan Melayu sahaja harus
memainkan peranan dalam soal ini. Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu
semata-mata, tetapi bahasa semua kaum. Maka, tugas memastikan kejayaan program
bahasa adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat tanpa mengira kaum.
REFLEKSI
SYARUDIN BIN IBRAHIM (761104-04-5227)
PPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEBRUARI 2012
Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya
dapatlah saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik – WAJ 3106 yang diberikan oleh
pensyarah. Kumpulan kami memilih, menapis dan mengumpul bahan-bahan yang
berkaitan dengan tajuk yang diberikan mengenai isu Kalimah Allah, Hak Keistimewaan
Orang Melayu dan Bahasa Melayu.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu
Kamaruzaman Bin Othman dan Faizul Eri Bin Ab Razak dalam menjayakan tugasan ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, Encik Baharullah bin
Adam atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan kami berilmu
dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini.
Tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini merupakan satu cabaran baru kepada
saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu Bahasa
Melayu Sekolah Rendah dalam mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Walaupun saya tidak
mengambil mata pelajaran ini sewaktu mendapatkan diploma, saya pernah belajar mata
pelajaran Pengajian Am dan Sejarah di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah
janggal sangat dengan mata pelajaran ini.
Kumpulan saya telah mengagihkan sub-sub tajuk manakala saya ditugaskan
untuk menyediakan penulisan tentang kedudukan Bahasa Melayu dari internet yang
akan dicantumkan dengan penulisan teks oleh ahli yang lain. Dari pencarian bahan-
bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan isu-isu tentang bahasa
Melayu tetapi sukar untuk mendapatkan gambar-gambar sebenar mengenai isu
berkenaan seperti mana yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai
koleksi keratin akhbar yang banyak supaya boleh menyokong hujah saya. Oleh itu saya
telah mencari laman-laman web yang sesuai untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan
dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang
tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan.
Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan
komputer saya. Kami juga sering berjumpa di Restoren Subaidah di Hang Tuah Mall
bagi mendapatkan pandangan serta mencari jalan penyelesaian mengenai tugasan
agar dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai
mata pelajaran Hubungan Etnik ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan
mempunyai sikap menyelidik atas sesuatu isu mengenai hubungan etnik yang berbilang
di Malaysia dengan mudah. Sikap ingin membaiki perhubungan yang akrab serta
harmoni dalam perpaduan kaum sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan
saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar Program
Pensiswazahan Guru (PPG) kelak.
Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang
berguna apabila saya di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari
Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.
RUJUKAN
BUKU
Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Freemind
Horizons Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Baterah Alias. Et. al. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah
Alam. Selangor.
Dr. Zainal Abidin Ahmad. En. Mazlan Zulkifly. (2003). LANH 2033 Pengajian Malaysia.
Open University. Kuala Lumpur, PD Offset Sdn. Bhd.
INTERNET
http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/01/isu-bahasa-bahasa-melayu-bukan.html
diakses pada 29 Mac 2013
http://farihinzul1974.blogspot.com/2012/01/isu-bahasa-sukarkah-bertutur-bahasa.html
diakses 29 Mac 2013
http://abihulwa.blogspot.com/2011/05/isu-bahasa-mengembalikan-bahasa-melayu.html
diakses pada 30 Mac 2013
http://puisikabur.blogspot.com/2010/10/isu-bahasa-melayu-sombong-bahasa.html
diakses pada 30 Mac 2013
http://ferizomar.blogspot.com/2009/03/utusanferizomar-17-mac-2009.html diakses pada
30 Mac 2013
http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/01/kekeliruan-sikap-dan-budaya-tun.html diakses
pada 30 Mac 2013
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0705&sec=Rencana&pg=re_04.
htm. Apa keputusan isu PPSMI? diakses pada 30 Mac 2013
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130307/re_07/Julang-bahasa-
Melayu-di-pentas-debat#ixzz2P2TOMvMj diakses pada 30 Mac 2013.