KKP PBSM.docx
-
Upload
nazira-che-dom -
Category
Documents
-
view
91 -
download
8
Transcript of KKP PBSM.docx
1.0 Pengenalan
Penubuhan Bulan Sabit Malaysia berorientasikan bagi meningkatkan
kesedaran dalam kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli
sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit
Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan
rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika dalam
suasana yang cemas. Bulan Sabit Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli
supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri sendiri,
keluarga dan masyarakat. Kemahiran yang berkaitan perkhidmatan pertolongan
cemas dan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan dilatih kepada ahli dan
para pelajar.
Objektif penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah melatih ahli supaya
memehami prinsip-prinsip pertolongan cemas dan untuk kegunaan sendiri, keluarga
dan masyarakat. Selain itu, melalui BSSM ini, ia dapat melatih ahli supaya
mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan
bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan. Melahirkan lebih ramai ahli atau
jurulatih untuk pihak pasukan bantuan sukarela adalah salah satu objektif BBSM.
Bulan Sabit Merah mampu mengembang, membentuk, memimpin, dan merancang
kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti pasukan.
1.0 Catatan Tentang Sejarah
1.1 Sejarah Penubuhan Palang Merah di Dunia
Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang
Merah. Penubuhannya telah diasaakan oleh Jean Henry Dunant. Jean Henry
Dunant lahir pada 8 Mei 1828 di Rue Verdaine, iaitu sebuah Bandar lama di
Geneva. Jean Henry Dunant ini dikenali sebagai Bapa Palang Merah dimana idea
penubuhannya telah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran
di Solferino, Itali pada tahun 1869. Pada masa tersebut, masih belum ada
perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Semasa dalam
perjalanan atas urusan perniagaan ke Itali, beliau singgah di Castiglione della Piere.
Ketika berada di Castiglione della Piere, pertempuran Solferino mula meletus, dan
menyebabkan Henry Dunant terperangkap dalam peperangan tersebut. Di sana,
beliau mendapati banyak mangsa peperangan yang sakit dan ada yang mati. Oleh
itu, beliau juga cuba membantu orang yang sakit dan tercedera dalam peperangan
tersebut dengan sedaya upaya.
Pengalaman berharga ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal-hal
perniagaan sendiri. Jean Henry Dunant telah menumpukan tentang bagaimana
penderitaan dan peperangan yang dihadapi oleh para tentera dan penduduk
setempat dapat diringankan. Inisiatif Henry Dunant ialah membantu tentera yang
cedera dan sakit, memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada
mangsa peperangan. Selain itu, Beliau juga menukar rumah dan gereja berdekatan
untuk dijadikan hospital sementara. Bukan itu sahaja, beliau juga meminta
pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama
dan negara para tentera yang terbabit. Penggunaan kempen dan slogan “Tuttifratelli”
atau kitakan bersaudara dimana dikemukakan oleh wanita di Bandar Castiglione
delleStiviere. Henry Dunant juga membantu membebaskan beberapa doctor dari
pasukan Austria yang telah di tawan oleh Perancis.
Pengalaman berharga yang beliau lalui sepanjang berada di sana, beliau
telah menerbitkan buku yang bertajuk “Kenangan di Solfarino”. Buku ini ditulis oleh
Henry sendiri dan permulaan bagi kerjayaan-kerjayaanya yang seterusnya. Buku ini
telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka
betepa menderita mangsa peperangan tidak kira sama ada tentera, tentera musuh,
mahupun orang awam. Buku yang di tulis oleh Jean Henry Dunant berjaya
menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan
dua cadangan Henry Dunant, iaitu:
1. Membentuk satu pasukan organisasi kemanusiaan antarabangsa yang bagi
membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan.
2. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-
mana pasukan hendaklah dibantu.
1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim
kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan
cadangan utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu
tentera yang cedera.” . Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar
undang-undang GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama
dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare)
pada 7 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Henry Dunant dimana
mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant adalah salah
seorang ahlinya. Ahli lain ialah GustaveMoynier iaitu pakar undang-undang, Jeneral
Henri Dufour iaitu ketua tentera Switzerland, Doktor Louis Appia dan Theodore
Maunoir. Pada 17 Februari 1863, mesyuarat pertama mereka dan pada tarikh
tersebut dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa (ICRC)
Pada mulanya, lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana perbezaan
visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant sebagai
seorang yang terlalu idealis. Akhirnya, Henry tetap meneruskan pengembaraannya
dan tetap memperjuangkan idea-idea organisasi kesukarelaan. Pada Oktober 1863,
14 Negara telah mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi
membincangkan isu membantu tentera yang cedera semasa peperangan. Peranan
Henry Dunant ini cuba dipekecilkan oleh pakar undang-undang iaitu
GustaveMoynier. Pada 1864, Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan
diplomatikdari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva. Akhirnya,
pada 1864, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa
kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan
Henry Dunant. Jawatankuasa Antarabangsa ditubuhkan oleh Henry Dunant bagi
membantu mereka yang tercedera dimana dikenali sebagai Jawatankuasa Palang
Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di
bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang berlatar warna putih.
Lambang Bulan Sabit Merah berasal dari lambang Palang Merah. Walau
Bagaimanapun, Negara-negara Islam tidak bersetuju dengan palang merah kerana
berkaitan dengan agama Kristian. Pada mulanya, Henry Dunant mencadangkan
satu lambang digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk
mengelakkan mereka daripada diserang ketika dalam peperangan. Dr Louis Appia
mencadangkan kain putih digunakan dimana kain tersebut bermaksud perlindungan
dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry Duffor mencadangkan agar
palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan lambang ini sama dengan
bendera Switzerland. Pada tahun 1906, Konvensyen Geneva telah menambah
makna Palang Merah iaitu ‘tanda penghormatan kepada Negara Switzerland’.
Apabila perang Rusia- Turki tercetus, Negara turki enggan mengiktiraf lambang
Palang Merah sebaliknya menggunakan lambang Bulan Sabit Merah. Lambang
Bulat Sabit Merah ini kebetulan sama dengan bendera Turki . Malah, banyak Negara
Islam mengikut langkah Turki ini. Pada mulanya, Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah tidak bersetuju dengan Tindakan Turki dan mendakwa lambang
Palang Merah tidak ada kaitan dengan agama Kristian. Akhirnya, pada tahun 1929,
Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lambang Bulan Sabit Merah
yang diguna pakai.
Lambang Palang Merah mempunyai 5 maksud iaitu melambangkan lima
kotak yang terdapat pada lambang Palang Merah. Maksud pertama ialah
Persidangan Antarabangsa Palang Merah, Kedua pula ia membawa maksud
negara-negara yang menandatangani Perjanjian Geneva. Maksud ketiga ialah Liga
Persatuan Palang atau Bulan Sabit Merah. Maksud keempat bermaksud palang atau
Bulan Sabit Merah Kebangsaan dan maksud kelima pula ialah Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah.
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah merupakan
sebuah pergerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan
manusia. Walaubagaimanapun, pergerakan ini merupakan satu organisasi
antarabangsa, pertubuhan ini islah organisasi persendirian. Kerajaan tidak bertindak
mengawal pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Palang Merah
mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.
Ini merupakan satu-satunya organisasi pertubuhan persendirian yang tugas-
tugasnya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
1.2 Sejarah Hidup Pengasas Palang Merah Sedunia.
Gambar 1: Jean Henry Dunant
Henry Dunant atau nama sebenarnya Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8
Mei 1828 di Rue Verdaine, iaitu sebuah Bandar lama di Geneva. Henry Dunant
terkenal dengan gelarannya sebagai Bapa Palang Merah. Ayahnya adalah seorang
perniaga yang terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang ibu yang
penyayang dan patuh pada agama. Henry Dunant aktif dengan pelbagai kegiatan
amal dan agama. Beliau juga aktif dalam penyatuan orang Kristian dan Yahudi
menjadi ahli bagi LEAGUE OF ALMS di Geneva. Pergerakan ini berobjektif untuk
membantu penduduk yang miskin dan sakit serta melawat penjara untuk
memulihkan banduan yang telah berada di dalam tahanan.
Pada umur 30 tahun, minat beliau terarah kepada sekumpulan organisasi di
Switzerland, Franze, dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Cristian
Union dan dikenal sebagai Young Mens Christian Assosiation di England. Pada
tahun 1953, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah telah
dimulakan. Dunant bertindak menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia
termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad hanya di Eropah
sahaja. Hasil desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di
Paris pada tahun 1855.
Pada tahun 1849, Dunant bekerja sebagai seorang perintis di sebuah syarikat
bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Atas kesungguhan beliau
bekerja, Henry Dunant telah diberikan tugas sebagai pengurus besar di sebuah
cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif. Namun
begitu, beliau bertekad berhenti kerja bagi menjalankan perniagaannya sendiri dan
akhirnya beliau berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau telah memulakan
perniagaannya sendiri pada tahun 1855.
Pada bulan Jun 1859, beliau datang ke Itali atas urusan perniagaanya. Dalam
perjalanan beliau telah singgah ke Castiglione della Piere. Ketika berada di
Castiglione della Piere, pertempuran Solferino telah berlaku dan menyebabkan
Henry Dunant terperangkap dalam peperangan tersebut. Pada ketika itu, Henry
Dunant mendapati banyak mangsa peperangan yang sakit dan ada yang mati. Oleh
itu, beliau telah cuba membantu orang yang sakit atau cedera dalam peperangan
tersebut dengan sedaya upaya yang mampu. Pengalaman yang cukup berharga ini
menyebabkan beliau meninggalkan urusannya dalam perniagaan. Henry Dunant
lebih menumpukan tentang bagaimana penderitaan dan peperangan yang dihadapi
oleh para tentera dan penduduk setempat dapat diringankan.
Pengalaman berharga yang beliau lalui sepanjang berada di Castiglione della
Piere telah dibukukan yang bertajuk “ Kenangan di Solfarino”Buku ini dikarang
sendiri oleh Henry dan telah menyarankan agar pasukan yang mempunyai
sukarelawan terlatih patut ditubuhkan bagi membantu anggota tentera yang
tercedera di semua Negara yang berperang. Tanpa di duga, ideanya telah mendapat
sambutan luar biasa daripada orang ramai. Konsep kesukarelawan antarabangsa
antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat
kebanyakan pembacanya.
Selama dua tahun iaitu pada tahun 1863 sehingga 1864, beliau telah
mempromosikan idea-ideanya dan kejayaan beliau meningkat selepas orang ramai
memberi sokongan padu kepada beliau. Akhirnya, suatu Jawatankuasa Palang
Merah ditubuhkan dan sebuah persidangan telah diadakan pada 26 sehingga 29
Oktober 1863. Namun begitu, pada tahu 1865, sehingga 1866, beliau telah
menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang yang lebih praktikal. Ini
menyebabkan Henry Dunant malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri.
Tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang buat Henry Dunant apabila
perniagaannya merosot dan segala urusan perniagaanya diabaikan. Beliau terpaksa
menggunakan hartanya untuk membayar segala hutangnya. Ekoran daripada
peristiwa itu, Henry Dunant telah meninggalkan Geneva dimana pada ketika itu
beliau berumur 39 tahun. 20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling
malang apabila beliau terpaksa hidup dengan belas ehsan sahabat handai dan
sedikit elaun daripada keluarganya. Beliau banyak menghabiskan masanya untuk
mengembara.
Pada bulan Julai 1887, ketika usianya 59 tahun, Henry Dunant kelihatan
begitu uzur akibat kekecewaan yang dialaminya selama hamper 20 tahun. Namun,
penduduk yang tinggal di Bandar kecil Heidden, Switzerland masih tetap
mengenalinya. Beliau masih dihormati seperti dahulu, Pada tahun 1892, Dunant
telah mengalami gangguan kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital
dan hidup di sana selama 18 tahun.
Pada tahun 1895, seorang wartawan muda yang dalam pengembaraan telah
mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara sendiri
Dunant. Ekoran dari temuramah terbabit, seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant
masih hidup tetapi berada dalam keadaan daif. Hasil wawancara itu, pelbagai pihak
tampil mahu membantu beliau. Pengiktirafan terhadap khidmat beliau selama ini
telah disampaikan melalui surat oleh pelbagai pihak atasan dan bawahan tidak kira
jauh mahupun dekat. Pope Leo sendiri telah menghantar potret yang
ditandatanganinya yang ditulis dengan tangannya.
Henry Dunant nampak tenang semasa hari tuanya. Beliau menghargai segala
pujian yang telah diberikan oleh orang sekeliling. Beliau mengatakan bahawa beliau
tidak perlu dibantu kerana beliau telah memadai dengan bantuan oleh pihak hospital
dan jiran-jirannya di Heidden. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel
menganugerahkan Dunant Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan
dikongsi bersama Frederick Pessy dari Perancis. Ketika majlis tersebut, Henry
Dunant tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah tersebut kerana
badan beliau terlalu lemah. Oleh itu, anugerah tersebut terus kepadanya dari
Geneva.
Pada hari ahad, 30 Oktober 1910, ketika usianya 82 tahun, Henry Dunant
meninggal dunia di Heidden, iaitu di sebuah kawasan pergunungan. Dalam kalangan
penduduk disana, mereka merasakan Henry Dunant dapat menikmati ketenangan
hidup, jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari tuanya.
1.3 Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
Gambar 2: Lambang dan Logo Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Bulan Sabit Merah Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini merupakan organisasi sukarela
kemanusiaan yang bertujuan menggalakkan nilai-nilai kemanusiaan, memberi
perkhidmatan, dan pendidikan awam terutamanya dalam kes-kes pengurusan
bencana serta penjagaan kesihatan. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun
1950, Cawangan persatuan ditubuhkan lebih banyak bermula di Pulau Pinang dan
kemudian negeri-negeri lain . Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan
organisasidi Semenanjung Malaysia dikenal sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu.
Persatuan ini telah mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa tersebut
pada tarikh 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963, satu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Penswastaan) telah diwujudkan. Akta 1965 ini telah bertindak
menggabungkan persatuan.
Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah
dan Sarawak di bawah nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditubuhkan. Perkara ini telah dibentankan di Parlimen dan diwartakan pada 1 Julai
1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukarkan
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
Persatuan Palang Merah Malaysia ini dinamakan Bulan Sabit Merah Malaysia
di bawah Akta 1965 pertukaran nama dengan kelulusan Parlimen. Sehingga tahun
2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 Cawangan dan 148
Chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.
2.0 Pengurusan dan Pentadbiran
2.1 Struktur dan Organisasi Antarabangsa
Jawatankuasa Tetap yang bermula dengan hanya 5 orang kini dianggotai
oleh 25 orang. Mereka telah berjumpa lapan kali setahun dalam satu perhimpunan.
Lembaga ini dianggotai oleh 7 orang Eksekutif yang bertanggungjawab terhadap
pentadbiran WMA. Bahagian-bahagiannya ialah bahagian operasi, ,prinsip dan
undang-undang, kakitangan, penerangan dan pengesanan pusat.
2.2 Organisasi Kebangsaan dan Sekolah
Rajah 1 : Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Kebangsaan.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah
penaung Persatuan manakala. Persatuan ini ditadbir oleh sebuah majlis di atas
kuasa yang diberikan oleh perlembagaan mengatur, menyelenggara dan mengawal
semua urusan persatuan. Presiden Kehormat ialah Perdana Menteri manakala
Timbalan Presiden Kehormat ialah Timbalan Perdana Menteri. Naib –naib presiden
Kehormat adalah dari kalangan menteri iaitu daripada Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Luar Negeri, Kementerian
Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian
Belia dan Sukan.
Rajah 2 : Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah
2.2 Pendaftaran Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Penubuhan Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia mestilah
didaftarkan oleh Pemimpin Kumpulan yang dipanggil Pemimpin Link. Sesebuah
pasukan kanak-kanak mestilah mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 12 orang
ahli untuk didaftarkan. Pasukan kanak-kanak merupakan unit pertama dalam
keluarga Bulan Sabit Merah Malaysia sebelum seseorang ahli kanak-kanak itu
memupuk minat, mempelajari dan menguasai asas kemahiran Bulan Sabit Merah
pada peringkat awal.
Seseorang pemimpin pasukan kanak-kanak mestilah mengisi borang
pendaftaran untuk dimajukan kepada Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
peringkat daerah. Setiap permohonan mestilah melalui Guru Besar sebagai kuasa
penganjur bagi sesebuah pasukan kanak-kanak. Guru Besar akan melantik seorang
Pegawai Link untuk memimpin Pasukan Kanak-kanak tersebut. Setelah segala
urusan pendaftaran telah diselesaikan, para Pemimpin Link bertanggungjawab
melantik penolong-penolong pemimpin untuk membantu menjalankan tugas-
tugasnya kelak.
Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia terbuka kepada murid
sekolah rendah yang berumur antara 10 hingga 12 tahun iaitu murid Tahap Dua
yang terdiri daripada Tahun 4 hingga Tahun 6. Oleh yang demikian, para pemimpin
mestilah mendapat kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa ahli bagi bergiat
aktif dalam kegiatan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah masing-masing.
Kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa merupakan salah satu daripada
peraturan kokurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Setelah semua maklumat yang diperlukan diperolehi, para pemimpin Pasukan
Kanak-kanak akan mengisi borang pendaftaran yang ditetapkan dengan
memasukkan semua maklumat yang diperlukan. Borang ini diisi dengan mengambil
kira maklumat kuasa penganjur, pemimpin, penolong pemimpin dan ahli- ahli kanak-
kanak Bulan Sabit Merah Malaysia.
Borang pendaftaran Pasukan Kanak-kanak yang telah lengkap diisi perlu
diserahkan semua kepada Cawangan Bulan Sabit Merah Negeri melalui Cabang
(Daerah) Bulan Sabit Merah. Penyerahan borang ini hendaklah dilakukan dengan
teliti untuk mengelakkan kebarangkalian borang berkenaan hilang semasa proses
pendaftaran. Jadi, sebaik-baiknya pendaftaran hendaklah dihantar dan diserahkan
secara rasmi beserta dengan surat iringan oleh pihak sekolah. Borang pendaftaran
yang mesti dimajukan kepada Cabang Bulan Sabit Merah ialah borang pendaftaran
kumpulan dan borang pemimpin.
Setelah borang tersebut diakui penerimaannya di peringkat cabang, borang
tersebut perlu terus dimajukan ke peringkat cawangan negeri. Pada kebiasaannya,
pihak cabang akan mengumpulkan semua pendaftaran dan dimajukan pula ke ibu
pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk didaftar secara rasmi.
Proses ini mengambil masa yang singkat sahaja sekiranya segala peraturan dan
keperluan proses pendaftaran dipenuhi semasa mendaftar.
Sijil rasmi akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah
Malaysia sebagai bukti bahawa sesebuah pasukan yang terdapat disesebuah
sekolah itu telah berdaftar. Kesatuan Bulan Sabit Merah diperingkat cabang
hendaklah memastikan bahawa pemimpin Pasukan Kanak-kanak diberikan tauliah
pelantikan sebagai pemimpin pasukan. Di samping itu, kad keahlian juga akan
dikeluarkan kepada para pemimpin.
Setelah kad keahlian dan Sijil Pendaftaran Pasukan Kanak-kanak diperoleh,
segala aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia boleh dijalankan. Semua pemimpin
pasukan boleh menjalankan aktiviti ini dengan berpandukan kepada buku panduan
yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Berdasarkan Buku Panduan Bulan Sabit Merah untuk Kanak-kanak, kebanyakkan
aktiviti lebih kepada pembentukan jati diri, latihan kepimpinan, asas pertolongan
cemas, sejarah Bulan Sabit Merah dan Palang Merah serta undang-undang
kemanusiaan.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab pemimpin
Pemimpin biasanya terdiri daripada guru yang menjaga pasukan di sekolah
atau persatuan yang di panggil pemimpin Kanak-kanak (Link Leader). Beliau akan
membantu Penolong Pemimpin menjalankan tugas. Berikut adalah tugas-tugas yang
terdapat dalam Ahli Jawatankuasa
1. Tugas Pengerusi
a) Perhubungan dalaman dan luaran
b) Memanggil mesyuarat atau perjumpaan
c) Membentuk AJK kerja mengikut keperluan
d) Merancang aktiviti mengikut kerja
e) Mewakili skuad untuk menerima amanat/sijil/ hadiah
2. Tugas Naib Pengerusi
a) Membantu pengerusi menjalankan tugas
b) Memangku jawatan pengerusi ketika beliau tidak menjalankan tugas kerana
sebab-sebab yang tertentu.
3. Tugas setiausaha
a) Menyediakan senarai nama ahli
b) Merekod kehadiran untuk setiap mesyuarat atau perjumpaan
c) Mencatatkan minit mesyuarat
d) Menyediakan jadual waktu aktiviti perjumpaan jika perlu dilakukan
e) Menyediakan laporan dokumentasi aktiviti untuk setiap perjumpaan.
f) Membantu jawatankuasa Buku Program dalam menyediakan buku program.
4. Tugas Penolong Setiausaha
a) Membantu setiausaha menjalankan tugas
b) Memangku jawatan Setiausaha ketika beliau tidak menjalankan tugas kerana
sebab-sebab yang tertentu.
5. Tugas Bendahari
a) Menyimpan resit dan rekod penerimaan dan pembayaran
b) Membentang laporan kewangan semasa mesyuarat AGM & Bulanan
c) Menyimpan buku program dan dokumentasi yang lain bagi tujuan rujukan.
6. Tugas Penolong Bendahari
a) Membantu bendahari menjalankan tugas
b) Memangku jawatan Bendahari ketika beliau tidak menjalankan tugas kerana
sebab-sebab yang tertentu.
7. Tugas AJK Peralatan
a) Meminjamkan barangan/ peralatan yang diperlukan
b) Membuat senarai semak untuk barangan
c) Memastikan barangan dan peralatan dalam keadaan baik
d) Memulangkan barangan pada pihak yang berkenaan.
8. Tugas AJK Kawad Kaki
a) Menguruskan kawad kaki perbarisan
b) Mengetuai Skuad dalam latihan kawad kaki
c) Memastikan skuad bersedia dalam pakaian yang sesuai.
d) Lapor pada kem Komanden untuk aktiviti pengembaraan dan sebagainya.
9. Tugas AJK Persembahan
a) Mengendalikan sesi nyanyian, tarian dan persembahan
b) Mencari idea untuk menyediakan sesi rekreasi pada setiap kali perjumpaan
10. Tugas AJK Permainan
a) Mengendalikan sesi permainan ketika perjumpaan atau perkhemahan.
b) Mencari idea untuk permainan yang boleh diadakan untuk sesi rekreasi ketika
perjumpaan atau perkhemahan.
11. Tugas AJK Fotografi
a) Meminjam atau menyediakan kamera untuk aktiviti tertentu
b) Mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi
c) Membantu setiausaha dalam proses penyediaan dokumentasi.
12. Tugas AJK Buku Program
a) Menyediakan buku program untuk perkhemahan atau perjumpaan tertentu
b) Berkerjasama dengan setiausaha dan ajk fotografi dalam penyedian buku
program dan dokumentasi
c) Mengedar buku program kepada pihak yang berkenaan.
2.4 Pakaian Seragam
Pakaian Bulan Sabit Merah Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kategori
pakaian pelatih atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara
pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Baju seragam dan
aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar seperti jadual di bawah:
Bil Keperluan Gambar
1. Baju BBSM Lelaki
2. Baju BBSM Perempuan
3. Seluar Putih
4. T-Shirt Putih BBSM lengan
pendek
5. T-Shirt Putih BBSM lengan
panjang
6. T-Shirt Merah BBSM lengan
pendek
7. T-Shirt Merah BBSM lengan
panjang
8. Beret
9. Lencana Beret BBSM
10
.
Lencana Bahu
11
.
Lencana Bahu Logo BBSM
12
.
Lencana Kolar BBSM
13
.
Lencana Poket BBSM
14
.
Lanyard Single
15
.
Butang
16
.
Tali Pinggang
17
.
Topi
18
.
Pangkat
19
.
Kasut Potong
20
.
Kain Anduh
21
.
Bush Jaket Pegawai Lelaki
22
.
Bush Jaket Pegawai Wanita
23
.
Vest Pegawai
24
.
Baju Korporat Pegawai
Lelaki
25
.
Baju Korporat Pegawai
Wanita
26
.
Lanyard Double
27
.
Pangkat bagi Pegawai
Berikut ialah susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam
Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia.
Susunan Pangkat Unit Bantuan Sukarela BSMM
1. Briged Jeneral Pengarah UBS
Kebangsaan
2. Leftenan
Kolonel
Penolong
Pengarah UBS
Kebangsaan
3. Mejar Pegawai
Penjaga Belia
UBS Cawangan
4. kapten Komandan
5. Leftenan Timbalan
Komandan
6. Leftenan Muda Kuartermaster
Unit
7. Staf Sarjan Ketua Utama
Seksyen
8. Sarjan Ketua Seksyen
9. Koperal Penolong Ketua
Seksyen
10. Lans Koperal Senior
2.5 Lambang
Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah
Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau
International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864.
Lambang palang merah merupakan lambang yang terbalik dari bendera Switzerland.
Gambar 3 :Emblem Palang Merah
Pada bulan November 1876 dimana semasa waktu tersebut berlakunya
peperangan antara Turki dan Rusia selama 6 bulan . Negara Turki enggan
mengiktiraf Lambang Palang Merah kerana mengangap lambang tersebut telah
menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian,
mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans
mereka. Seterusnya, langkah Turki telah diikuti oleh banyak negara-negara Arab
atau negara-negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua- dua
lambang iaitu palang merah dan bulan sabit merah dilindungi Konvensyen Geneva
sejak tahun 1929.
Gambar 4 : Emblem Bulan Sabit Merah
Gambar 5 : Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia
2.6 Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Semangat
Penulis lirik untuk lagu ini ialah Dato Dol Ramli dan Lagu ini oleh Dato Johari
Salleh. Lagu ini telah dinyanyikan pertama kali semasa perasmian pertukaran nama
pergerakan Palang Merah Malaysia ke Bulan Sabit Merah Malaysia.
2.7 Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia
IKRAR PBSM
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan
pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan
prinsip-prinsip Rukunegara.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada
perlembagaan dan undang-undang serta arahan
persatuan walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat
sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip
Bulan Sabit Merah seperti berikut:
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
3.0 Pendidikan Bulan Sabit Merah
3.1 Aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah Malaysia mempunyai tanggungjawab sosial yang
mencabar sesuai dengan perkembangan semasa. Berikut adalah peranan dan
tanggungjawab yang dimainkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia.
1. Perkhidmatan Ambulans Dan Bantuan Bencana Alam.
Bulan Sabit Merah Malaysia menawarkan perkhidmatan ambulans secara 24
jam. Para sukarelawan juga berpeluang untuk memberikan perkhidmatan ambulans
kepada masyarakat. Dalam banyak perkara, Bulan Sabit Merah Malaysia sering
menghulurkan bantuan kepada masyarakat terutamanya apabila berlakunya
bencana- bencana alam seperti, rebut, banjir, tsunami dan bencana-bencana lain
yang mungkin berpunca daripada manusia atau semula jadi.
2. Program Pembangunan Belia
Bulan Sabit Merah Malaysia menekankan kepada pembangunan modal
insan. Bermula dengan unit kanak-kanak, satu skim latihan telah digubal untuk
memastikan semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
pembangunan negara. Bermula dari seawal umur 9 tahun, pembangunan modal
insan diteruskan dalam kalangan belia melalui unit belia dan unit pasukan bantuan
sukarela (PBS/VAD).
3. Program Kemasyarakatan
Bulan Sabit Merah Malaysia banyak menjalankan aktiviti dan kerja-kerja amal,
kemasyarakatan, dan kesihatan masyarakat dengan harapan agar masyarakat
sedar akan tanggungjawab serta peranan mereka sebagai seorang ahli masyarakat.
Bulan Sabit Merah Malaysia sering terjadi pasukan sokongan kepada mana-mana
agensi yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan
4. Program Pertolongan Cemas- Orang Awam
Bulan Sabit Merah Malaysia sejak penubuhannya memang tidak pernah lari
dari tanggungjawabnya dalam memberi pertolongan kepada semua pihak. Jesteru
itu, banyak kursus pertolongan cemas dijalankan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia
termasuk kursus asas pertolongan cemas, kursus pertengahan pertolongan cemas,
kursus lanjutan pertolongan cemas dan pelbagai kursus yang berkaitan.
5. Program Kesihatan Asas
Bulan Sabit Merah Malaysia mengadakan program-program kesihatan asas
untuk memberikan pendedahan tentang kebersihan dan penjagaan kesihatan.
Banyak program dijalankan di kampung-kampung, perkampungan orang asli, di
sekolah-sekolah, dan juga di tempat awam yang lain. Kebanyakan program ini
dijalankan secara percuma
6. Perhubungan Awam
Bulan Sabit Merah Malaysia banyak menjalinkan hubungan kerjasama
dengan pelbagai pihak. Ini memberi peluang dan ruang kepada semua ahli untuk
membentuk kemahiran komunikasi dan perhubungan secara diplomasi dengan
pihak lain. Penglibatan dalam persatuan ini akan menjadi medan untuk menjadi
seorang yang berwibawa dalam menjalinkan hubungan secara professional dengan
orang lain.
7. Latihan dan Tenaga Manusia.
Bulan Sabit merah Malaysia berhasrat untuk melatih sebanyak mungkin
tenaga sukarelawan bagi memastikan golongan belia yang sedia ada pada hari ini
berkemahiran. Melalui skim-skim latihan yang telah dan akan diperkenalkan, Bulan
Sabit Merah Malaysia berhasrat melahirkan sekurang-kurangnya seorang ahli
pertolongan cemas dalam sebuah rumah.
8. Kutipan Derma
Pungutan derma adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Bulan Sabit
Merah Malaysia. Pengutan derma ini dilakukan untuk membantu mangsa bencana
alam, perang, dan sebagainya. Kutipan derma ini bukan sahaja dijalankan untuk
bantuan dalam negara malah untuk luar negara yang memerlukan bantuan. Bantuan
yang diterima bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk
barangan.
9. Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan.
Melibatkan diri dipersada dunia dengan kerja-kerja kemanusiaan merupakan
satu-satunya badan dunia yang terlibat iaitu Bulan Sabit Merah. Undang-undang
kemanusiaan diperkenalkan untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang hak-hak
mereka dalam aman dan peperangan agar tidak menjadi mangsa jenayah perang.
10. Program Dadah, AIDS dan Anti Dadah.
Bulan Sabit Merah Malaysia terlibat dengan program Tabung Darah Negara
dan perkhidmatan ini diberi kepada masyarakat sebagai tanggungjab sosial untuk
mengatasi masalah pengurangan darah. Bulan Sabit Merah mempunyai kumpulan
kaunselor yang memberikan bimbingan dan khidmat nasihat untuk mengelakkan diri
daripada terjebak dalam kegiatan najis dadah.
4.0 Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang
atas dasar kemanusiaan , menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan
konflik bersenjata. Undang-undang ini melindungi mereka yang terlibat atau yang
tidak terlibat dengan peperangan dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan.
UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan
UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebabagian
daripada undang-undang lazim yang dipakai oleh semua negara. UUKA tidak
menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak.
Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang lain
menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam.
UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam
pentempuran seperti orang awam, kakitangan perubatan, dan keagamaan pasukan
tentera. Selain itu, UUKA juga melindungi mereka yang tidak lagi mengambil
bahagian dalam pertempuran tersebut seperti tentera yang cedera, karam di laut
ketika peperangan, anggota tentera yang sakit dan tawanan perang. Maruah,
integriti fizikal dan nyawa golongan yang dilindungi perlu dihormati. Mereka ini juga
memiliki jaminan perundangan dan dilindungi serta dilayan dengan perikemanusiaan
di dalam semua keadaan tanpa membezakan sikap berat sebelah atau pilih kasih.
Selain itu, adalah dilarang untuk membunuh atau mencederakan seseorang musuh
yang telah menyerah diri atau tidak mampu untuk menentang lagi dalam
peperangan. Mereka yang tercedera dan yang sakit haruslah dikumpulkan dan
dijaga oleh pihak berkuasa yang menemui mereka dan anggota serta bekalan
perubatan, hospital dan ambulans wajib melindungi setiap masa.
Di dalam UUKA, terdapat juga peraturan-peraturan khusus yang mengawal
keadaan penahanan tawanan-tawanan perang, dan bagaimana orang awam dilayan
apabila mereka berada dalam kuasa pihak musuh. Ini adalah termasuk peruntukan
makanan, tempat tinggal dan khidmat perubatan dan hak untuk berhubung dengan
keluarga mereka. Undang-undang ini menentukan beberapa symbol yang mudah
dikenali, digunakan sebagai lambang melindungi orang, tempat dan objek.
Lambang utama adalah Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan simbol-simbol yang
mengenalpasti harta benda warisan dan kelengkapan pertahanan awam.
UUKA melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana gagal untuk
membezakan diantara mereka yang mengambil bahagian dengan mereka yang tidak
mengambil bahagian dalam peperangan. Perkara ini dilakukan adalah untuk
melindungi masyarakat, individu, dan harta benda awam. Selain itu, UUKA juga
melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana ia mengakibatkan
kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang keterluan yang tidak
berperikemanusiaan. Kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangka panjang
terhadap alam sekitar juga adalah salah satu cara dan kaedah yang dilarang melalui
UUKA. Oleh itu, UUKA telah mengehadkan atau mengharamkan penggunaan
pelbagai jenis senjata termasuk peluru letupan, senjata kimia, senjata laser yang
boleh membutakan dan periuk api.
4.1 Perjanjian yang membentuk UUKA
UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud sejak
150 tahun yang lalu. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat
Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada Konvensyen tersebut.
Konvensyen Geneva merupakan perjanjian antarabangsa pertama dalam sejarah
moden yang diterima sejagat oleh semua negara. Kebanyakkan peruntukan UUKA
telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim dimana sebagai peraturan am di
mana semua negara adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim tidak bertulis
tetapi oleh kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undang-undang
yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata. Berikut
adalah Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan yang menjurus kepada
pembentukan UUKA.
1. Konvensyen Geneva Pertama (1864)
Konvensyen ini adalah penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang
cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran. Konvensyen
ini melindungi mereka yang terlibat dalam peperangan di darat dimana:-
a) Menghormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa,
kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain.
b) Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen
biological
c) Dilindungi daripada dirompak dan jangkitan penyakit
d) Semua parti terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka
yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat
kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC)
e) Organisasi yang lain diberi kuasa dalam memberi rawatan secara
saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh
dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang
sakit dan cedera.
2. Konvensyen Geneva Kedua (1907)
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari
angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut
pada 12 Ogos 1949. Konvensyen ini melindungi mereka dimana:-
a) Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau
laut dimana mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari,
mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut.
b) Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal
perang harus dihormati dan dilindungi.
c) Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan kapal
tersebut tidak boleh diserang atau ditahan.
d) Pengankutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar
boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera dan terkaram.
e) Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap, namun mereka
yang cedera, sakit dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang
dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang
tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan.
3. Konvensyen Geneva Ketiga (1929)
Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang
(12 Ogos 1949). Melindungi angkatan tentera yang ditawan yang ditawan
semasa perang. Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan
tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan makanan yang
mencukupi serta rawatan yang memadai dimana:-
a) Diberi perlindungan dengan sebaiknya.
b) Diberi keselesaan dan keperluan hidup yang terbaik
c) Tahanan yang dilakukan perlu tertakluk kepada undang-undang
penahanan.
d) Penahanan tidak boleh bertindak secara diskriminasi terhadap tahanan
perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan
sebagainya.
4. Konvensyen Geneva Keempat (1949)
Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa
perang pada 12 Ogos 1949 . Konvensyen ini untuk mewujudkan peraturan
bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di
kawasan jajahan dan mereka dinafikan kebebasannya. Konvensyen ini
melindungi orang awam yang berada linkungan konflik bersenjata dan
pengganas dimana:-
a) Orang awam tidak boleh di buang negeri atau dikurung kecuali ketika
perintah berkurung atas keselamatan mereka.
b) Kegiatan negatif seperti rompakan, pembalasan permusnahan harta
benda adalah dilarang.
c) Perlindungan kanak-kanak dan orang awam diutamakan
d) Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja ketenteraan
untuk penjajah.
e) Pihak penjajah mesti menyediakan bekalan ubat-ubatan dan makanan
untuk bekalan penduduk.
f) Hospital dan zon-zon keselamatan perlu diwujudkan bagi ibu mengandung
dan kanak-kanak berumur bawah 15 tahun.
g) Orang kurungan mesti menerima makanan dan rawatan perubatan yang
secukupnya apabila berlaku peperangan.
h) Penghormatan, keselamatan, agama, hak keluarga, dan adat resam perlu
dihormati.
5. Protokol Tambahan 1 (1977)
Protokol tambahan kepada Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977).
Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan mengehadkan kaedah
serta cara peperangan dimana:-
a) Melarang melakukan serangan membuta tuli yang dilakukan kepada
penduduk awam dan memusnahkan sumber air, makanan, bahan-
bahanlain untuk hidup.
b) Benteng, empangan, stesen pemancar nuclear, objek bersejarah dan
tempat bersembahyang tidak boleh diserang.
c) Wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta perlindungan
kepada dispesifikasikan diberi perlindungan khas.
d) Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak boleh dikerah untuk tujuan
ketenteraan.
e) Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan
penderitaan yang melampau.
f) Penggunaan emblem yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk
menipu pihak lawan .
6. Protokol Tambahan 2 (1977)
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan
dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan
antarabangsa (*Jun 1977). Mengandungi jaminan asas bagi individu yang
tidak mengambil bahagian dalam peperangan , menyediakan peraturan
berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta
kelengkapan penting bagi menjamin keselamatan mereka dimana:-
a) Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan
baik seperti yang disyarat dalam Konvensyen Geneva
b) Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam
permusuhan patut diberikan penghormatan, Protokol 2 melarang
keganasan atas kehidupan, kesihatan, dan fizikal.
c) Tidak boleh melakukan serangan ke atas penduduk awam dan objek-
objek –objek yang penting dalam kehidupan penduduk untuk hidup seperti
sumber minuman, objek-objek bersejarah dan tempat beribadat.
d) Menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang
terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama.
e) ICRC diberikan kebenaran untuk meneruskan perkhidmatan
kemanusiaannya.
5.0 Prinsip-Prinsip Asas Bulan Sabit Merah.
Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah telah dibentuk ketika dalam Persidangan
tahun 1965. Terdapat 7 prinsip asas Bulan Sabit Merah Iaitu:-
1. Kemanusiaan
Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan orang ramai di
mana-mana sahaja, melindungi nyawa dan kesihatan serta menentukan
penghormatan serta sesama manusia. Ini juga dapat memupuk
kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan
sesame manusia.
2. Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, politik, agama dalam kegiatannya.
Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan
memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali.
3. Berkecuali
Mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuh atau tidak memyertai
pertikaian yang bercorak politik, perkauman agama dan ideologi.
4. Kebebasan
Menjaga kebebasan dalam segala tindakannya yang berasaskan prinsip
kemanusiaan walaupun berupa badan tambahan kepada pihak berkuasa
awam dan tertakluk kepada undang-undang negara Persatuan.
5. Khidmat Sukarela
Badan Sukarela yang tidak di dorong oleh sebarang tujuan mencari
keuntungan
6. Ketunggalan
Terdapat hanya satu Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua
pihak dan aktivitinya meliputi seluruh pelusuk negara.
7. Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama untuk saling bantu mambantu di antara satu
sama lain.
6.0 Takwim dan Perancangan Aktiviti Tahunan dalam BBSM
BULAN AKTIVITI
JANUARI
· Mesyuarat Agong BSMM· Perlantikan AJK · Menyusun aktiviti sepanjang tahun
FEBRUARI· Pendaftaran Ahli· Penerangan mengenai Sejarah BSMM
MAC
· Pengenalan pertolongan cemas oleh guru penasihat BBSM· Ceramah pertolongan cemas oleh Guru Penasihat
APRIL· Ceramah Teori dan Praktikal pertolongan cemas
MEI· Kuiz pertolongan cemas
JUN· Kawad kaki· Perancangan Perkhemahan
JULAI· Pertandingan Kawad Kaki
OGOS· Perkhemahan
SEPTEMBER· Ceramah pertolongan cemas · Ceramah Teori dan Praktikal pertolongan cemas
OKTOBER· Jamuan Akhir Tahun BSMM
7.0 Peti Pertolongan Cemas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia
Kandungan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas
1. PVC BOX (25 X 21 cm) 2. Yellow Lotion 30mL
3. Cecair Antiseptik4. Dettol Antiseptic wash 50mL
5. Medicated Oil 3mL 6. Plastic forceps
7. Elastic bandage (7.5cm x 4.5m) 8. Surgical Tape ½”
9. Plastic Strips (10pcs) 10. Foldable Scissors 11. W.O.W bandage
12. Cotton buds 13. Cotton wool 50gm
14. Gauze swabs (5.5cm x 4 ply) 10pcs 15. Panadol 500mg 10’s16. Triangular bandage
17. Safety Pins18. Flanil Analqesic Cream
Bil Bahan Kegunaan Gambar
1 PVC Box (25 X 21
cm)
Menyimpan segala barang
dan perkakas pertolongan
cemas
2 Yellow Lotion
30mL
Ubat luka dan calar
3 Cecair Antiseptik Membersihkan kotoran
luka kecil dan calar
4 Dettol Antiseptic
wash 50mL
Membersihkan kotoran
kulit daripada kuman
5 Medicated Oil
3mL
Meredakan rasa sakit dan
ringan pada otot-otot,
sendi-sendi dan pening
kepala
6 Plastic forceps Mengeluarkan Duri atau
selumbar
7 Elastic bandage
(7.5cm x 4.5m)
Pembalut sendi terseliuh,
8Surgical Tape ½”
Mengemas balutan
dengan melekatkannya
9 Plastic Strips
(10pcs)
Plaster luka dan calar
ringan
10 Foldable Scissors Memotong pembalut atau
pita pelekat
11 W.O.W bandage Balutan dan pembalutan
luka
12 Cotton buds Untuk membersihkan luka
dan sapu ubatan
13Cotton wool 50gm
Mencuci luka
14 Gauze swabs
(5.5cm x 4 ply)
Membersihkan luka dan
balutan luka
15 Panadol 500mg
10’s
Merawat demam
16 Triangular
bandage
Membalut patah dan kehel
tulang, mencegahkan
pergerakan dan
mengekalkan splin
17 Safety Pins Mengemas pembalutan
18 Flanil Analqesic Cream
Krim luaran untuk melegakan sakit otot dan sendi
19 Bacidin Antiseptic Cream
Krim luaran untuk kulit
melecet, jangkitan kulit,
lecur, luka ringan
Lampiran
Gambar : Peta menunjukkan tempat di Solferino
Gambar : Menunjukkan suasana peperangan
Gambar : Buku yang ditulis oleh Jean Henry Dunant
Gambar: Ahli Palang Merah yang bertugas dalam peperangan
Gambar : Hospital yang merawat Henry Dunant dan sekarang dijadikan
hospital
Gambar : Konvensyen Geneva yang Pertama
Gambar : Menandatangani Protokol tambahan II
Rujukan
Amir Hamzah Aman. (2014) Bulan Sabit Merah Malaysia. Selangor Darul Ehsan.
Multimedia Sdn Bhd
Bulan Sabit Merah Malaysia (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur.
http://pbsmskptldm.blogspot.com/p/uniform.html
http://norshamis.blogspot.com/2013/04/perancangan-aktiviti-pbsm-2013.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/
Persatuan_Palang_Merah_dan_Bulan_Sabit_Merah_Antarabangsa