KKP Rasm Uthamani PPISMP
-
Upload
muizimba-muhamad -
Category
Documents
-
view
376 -
download
5
Transcript of KKP Rasm Uthamani PPISMP
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
1/31
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah,inayah dan
kurnianya, akhirnya dapat juga kami berdua menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek
bagi subjek Pendidikan Islam 2 (Rasm Uthmani) yang diberikan ini dalam tempoh masa
yang telah diberikan dengan jayanya.
Pertama kalinya saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada
pensyarah yang amat kami hormati iaitu Ustaz Dr Saidi Bin Mohd yang memberi
seberapa banyak maklumat yang berguna kepada kami sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Kami juga banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat
berharga daripada beliau sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Selain itu
juga , nasihat serta sokongan beliau amat berguna sepanjang menyiapkan kerja kursus
ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa kami yang turut serta
membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang kami melaksanakan
tugasan ini. Dan tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sama-sama
memberikan kerjasama kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini, terima kasih
diucapkan.
Sehubungan itu, kami berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapatlah kamimempertingkatkan kualiti dan kredibiliti diri kami dalam memperkasakan ilmu
pengetahuan bersandarkan ilmu pendidikan agama islam yang ada serta dapat
mengaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang akan datang agar dapat menjadi modal
insan yang cemerlang dari semua aspek.
Akhir kata, kami begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk
mendapatkan ilmu berkaitan pendidikan agama islam ini walaupun hanya sedikit untuk
dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina suasana dan
methodologi pembelajaran yang efektif dan sistematik. Sekian, terima kasih.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
2/31
2
PENDAHULUAN
Al-Quranul Karim boleh ditakrifkan sebagai Kalamullah yang diturunkan kepada
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril a.s. dan melalui Nabi
Muhammad S.A.W. disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci
yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah Taala :
(Surah Al-Isra: 9)
Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan
memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa
bagi mereka ganjaran yang besar.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu
kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak
mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim
satu huruf.
(Riwayat Ibnu Masud)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
3/31
3
1.0 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-
huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia
juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
1.1 Pengertian Rasm Uthmani (Istilahi)
Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membincangkan kaedah penulisan
kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina
Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu
untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm
Qiyasi. Dr. Syaban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai
satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada
zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Rasm Uthmani
juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang
bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.
Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan
ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh
Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam
penulisan al-Quran pada ketika itu.
1.2 Pengertian Rasm Imlai (Qiasi)
Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf
ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimahtersebut. Ia juga ditakrifkan dengan membentuk atau menggambarkan satu kalimah
berpandukan huruf-huruf ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut
dengan sebutannya. Rasm ini juga dinamakan sebagai Rasm ImlaI iaitu penulisan
yang berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya. Oleh sebab itu, cara penulisannya
tidak dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf, ibdal dan sebagainya.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
4/31
4
Kesimpulannya, Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan
oleh Allah s.w.t. kepada Rasullullah s.a.w. dan rasm inilah yang digunakan oleh para
sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran, dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman
pula adalah kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula
kepada beberapa buah mashaf dngan menggunakan rasm tersebut.
2.0 Sejarah Penulisan & Perkembangan Rasm Uthmani
TAHAP PERTAMA
Zaman Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam. Pada tahap ini penyandaran pada
hafalan lebih banyak daripada penyandaran pada tulisan kerana hafalan para Sahabat
Radhiyallahu anhum sangat kuat dan cepat disamping sedikitnyaorang yang mampu
membaca dan menulis Bahkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menulis juga tidak
begitu banyak. Oleh kerana itu siapa saja dari kalangan mereka yang mendengar satu ayat, dia
akan terus menghafalnya atau menuliskannya dengan kelengkapan seadanya di pelepah
kurma, potongan kulit, permukaan batu atau tulang belikat unta. Jumlah para penghafal Al-
Quran sangat banyak.
Dalam kitab Shahih Bukhari [1] dari Anas Ibn Malik Radhiyallahu anhu bahawasanya Nabi
Sallallahu alaihi wa sallam mengutus tujuh puluh orang yang disebut Al-Qurra. Mereka
dihadang dan dibunuh oleh penduduk dua desa dari suku Bani Sulaim ; Ril dan Dzakwan
berdekatan sumur Maunah. Namun dikalangan para sahabat selain mereka masih banyak para
penghafal Al-Quran, seperti Khulafa' Ar Rasyidin, Abdullah Ibn Masud, Salim yang pernah
menjadi hamba Abu Hudzaifah, Ubay Ibn Kaab, Muadz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu
Darda Radhiyallahu anhum.
TAHAP KEDUA
Pada zaman Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu anhupada tahun 12 Hijriyah.
Penyebabnya adalah : Pada perang Yamamah banyak dari kalangan Al-Qurra yang terbunuh,
di antaranya Salim bekas hamba Abu Hudzaifah ; salah seorang yang Rasulullah Shallallahu
alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengambil pelajaranAl-Quran darinya.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
5/31
5
Maka Abu Bakar Radhiyallahu anhu memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Quran agar
tidak hilang. Dalam kitab Shahih Bukahri [2] disebutkan, bahwa Umar Ibn Khattab
mengemukakan pandangan tersebut kepada Abu Bakar Radhiyallahu anhu setelah selesainya
perang Yamamah. Abu Bakar tidak mahu melakukannya kerana takut dosa, sehingga Umar
terus-menerus mengemukakan pandangannya sampai Allah Subhanahu wa Taala
membukakan pintu hati Abu Bakar untuk hal itu, dia lalu memanggil Zaid Ibn Tsabit
Radhiyallahu anhu. Di samping Abu Bakar bediri Umar, Abu Bakar mengatakan kepada Zaid :
Sesunguhnya engkau adalah seorang yang masih muda dan cerdik akalnya, kami tidak
meragukannmu, engkau dulu pernah menulis wahyu untuk Rasulullah Shallallahu alaihi wa
sallam, maka sekarang carilah Al-Quran dan kumpulkanlah!, Zaid berkata : Maka akupun
mencari dan mengumpulkan Al-Quran dari pelepah kurma, permukaan batu dan dari hafalan
orang-orang lain.Mushaf tersebut berada di tangan Abu Bakar hingga dia wafat, kemudian
dipegang oleh Umar hingga wafatnya, dan kemudian di pegang oleh Hafsah Binti Umar
Radhiyallahu anhuma. Diriwayatkan oleh Bukhari secara panjang lebar.
Kaum muslimin pada waktu itu seluruhnya sepakat dengan apa yang dilakukan oleh Abu
Bakar. Mereka menganggap perbuatannya itu sebagai nilai positif dan keutamaan bagi Abu
Bakar, sehingga Ali Ibn Abi Thalib Radhiyallahu anhu mengatakan : Orang yang paling besar
pahalanya pada mushaf Al-Quran adalah Abu Bakar, semoga Allah Subhanahu wa Taala
memberi rahmat kepada Abu Bakar kerana, dialah orang yang pertama kali mengumpulkan
Kitab Allah Subhanahu wa Taala.
TAHAP KETIGA
Pada zaman Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu, iaitu pada tahun 25
Hijriyah. Sebabnya adalah perbezaan kaum muslimin pada dialek bacaan Al-Quran sesuai
dengan perbezaan mushaf-mushaf yang berada di tangan para sahabat Radhiyallahu anhum.
Hal itu dikhuatirkan akan menjadi fitnah, maka Uthman Radhiyallahu anhu memerintahkan
untuk mengumpulkan mushaf-mushaf tersebut menjadi satu mushaf sehingga kaum muslimin
tidak berbeza bacaannya kemudian bertengkar pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala dan
akhirnya berpecah belah.
Dalam kitab Sahih Bukhari [3] disebutkan, bahwasanya Hudzaifah Ibnu Yaman
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
6/31
6
Radhiyallahu anhu datang menghadap Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu dari perang
pembebasan Armenia dan Azerbaijan. Dia khuatir melihat perbezaan mereka pada dialek
bacaan Al-Quran, dia katakan : Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah umat ini sebelum
mereka berpecah belah pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala seperti perpecahan kaum
Yahudi dan Nasrani! Uthman lalu mengutus seseorang kepada Hafsah Radhiyallahu anhuma :
Kirimkan kepada kami mushaf yang engkau pegang agar kami gantikan mushaf-mushaf yang
ada dengannya kemudian akan kami kembalikan kepadamu!, Hafshah lalu mengirimkan
mushaf tersebut.
Kemudian Uthman memerintahkan Zaid Ibn Thabit, Abdullah Ibn Az-Zubair, Said Ibnul Ash
dan Abdurrahman Ibnul Harith Ibn Hisyam Radhiyallahu anhum untuk menuliskannya kembali
dan memperbanyaknya. Zaid Ibn Thabit berasal dari kaum Ansar sementara tiga orang yang
lain berasal dari Quraisy. Uthman mengatakan kepada ketiganya : Jika kalian berbeza bacaan
dengan Zaid Ibn Thabit pada sebagian ayat Al-Quran, maka tuliskanlah dengan dialek Quraisy,
karena Al-Quran diturunkan dengan dialek tersebut!, mereka pun lalu mengerjakannya dan
setelah selesai, Uthman mengembalikan mushaf itu kepada Hafshah dan mengirimkan hasil
pekerjaan tersebut ke seluruh penjuru negara Islam serta memerintahkan untuk membakar
naskah mushaf Al-Quran selainnya.
Uthman Radhiyallahu anhu melakukan hal ini setelah meminta pendapat kepada para
sahabat Radhiyalahu anhum yang lain sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud [4]
dari Ali Radhiyallahu anhu bahwasanya dia mengatakan : Demi Allah, tidaklah seseorang
melakukan apa yang dilakukan pada mushaf-mushaf Al-Quran selain harus meminta pendapat
kami semuanya, Uthman mengatakan : Aku berpendapat sebaiknya kita mengumpulkan
manusia hanya pada satu Mushaf saja sehingga tidak terjadi perpecahan dan perbezaan. Kami
menjawab : Alangkah baiknya pendapatmu itu.
Musab Ibn Saad [5] mengatakan : Aku melihat ramai manusia ketika Uthman membakar
mushaf-mushaf yang ada, merekapun kehairanan melihatnya, atau dia katakan : Tidak ada
seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, hal itu adalah termasuk nilai positif bagi Amirul
Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu yang disepakati oleh kaum muslimin
seluruhnya. Hal itu adalah penyempurnaan dari pengumpulan yang dilakukan Khalifah Abu
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
7/31
7
Bakar As-Siddiq Radhiyallahu anhu.
Perbezaan antara pengumpulan yang dilakukan Uthman dan pengumpulan yang dilakukan
Abu Bakar Radhiyallahu anhuma adalah :
Tujuan dari pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar adalah menuliskan dan
mengumpulkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dalam satu mushaf agar tidak tercicir dan tidak
hilang tanpa perlu kepada kaum muslimin untuk bersatu pada satu dialek; hal itu disebabkan
lebih terlihat pengaruh dari perbezaan dialek bacaan yang mengharuskannya membawa
mereka untuk bersatu pada satu mushaf Al-Quran saja.Manakala tujuan dari pengumpulan Al-
Quran di zaman Uthman Radhiyallahu anhu adalah : Mengumpulkan dan menuliskan Al-
Qurandalam satu mushaf dengan satu dialek bacaan dan membawa kaum muslimin untuk
bersatu pada satu mushaf Al-Quran kerana timbulnya pengaruh yangmengkhuatirkanpada
perbezaan dialek bacaan Al-Quran.
TAHAP KEEMPAT
Pemberian titik dan baris, terdiri dari tiga fasa :
1) Mu'awiyah bin Abi Sofyan menugaskan Abul Asad Ad-dualy untuk meletakkan tanda bacaan
(i'rab) pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam membaca.
2) Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk memberikan titik sebagai
pembeza antara satu huruf dengan lainnya (Baa'; dengan satu titik di bawah, Ta; dengan dua
titik di atas, Tsa; dengan tiga titik di atas). Pada masa itu Al Hajjaj meminta bantuan kepada
Nashr bin 'Ashim dan Hay bin Ya'mar.
3) Peletakan baris atau tanda baca (i'rab) seperti: Dhammah, Fathah, Kasrah dan Sukun,
mengikuti cara pemberian baris yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al Farahidy.
Hasil yang didapati dari pengumpulan ini terlihat dengan timbulnya kemaslahatan yang
besar di tengah-tengah kaum muslimin, di antaranya : Persatuan dan kesatuan, kesepakatan
bersama dan saling berkasih sayang. Kemudian mudharat yang besarpun boleh dihindari yang
di antaranya adalah : Perpecahan umat, perbezaan keyakinan, tersebar luasnya kebencian dan
permusuhan.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
8/31
8
Mushaf Al-Quran tetap seperti itu sampai sekarang dan disepakati oleh seluruh kaum
muslimin serta diriwayatkan secara Mutawatir. Dipelajari oleh anak-anak dari orang dewasa,
tidak terjejas kesuciannya tika dipermainkan oleh tangan-tangan kotor para perosak dan tidak
sampai tersentuh oleh hawa nafsu orang-orang yang menyeleweng.
Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan
penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara
penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain
seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-
pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah
Uthman bin Affan r.a memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke
negeri Sham, Kufah, Iraq dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-
rata tempat telah mempelajari dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan
daripada para sahabat yang masyhur di kalangan mereka.
Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin
lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan
mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan
semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka
pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang
besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf
yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walaupun
masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan
Mushaf Uthmani.
Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-
lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-
huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang,
menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini
adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma ( sepakat ) oleh seluruh
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
9/31
9
ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah
pengawasan Nabi s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiyasi tidaklah
diharuskan.
2.1 Kelebihan Rasm Uthmani
Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang
tersendiri yang tidak terdapat pada rasm yang lain. Antara keistimewaan tersebut
adalah seperti berikut :
1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi
Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh
Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T
Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah
mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai
sandaran :
Bermaksud : Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba,
pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim,
perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-
Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan
mengingatkan kamu.
Firman Allah S.W.T :
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
10/31
10
Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W
yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan
yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak
memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan
dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis)
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan
pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun.
Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga
perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama
ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau
mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun
bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan
menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan
al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-
mashaf uthmani sahaja.
3. Rasm Yang Bertepatan Dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir
Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu
diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan
pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril
a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat
Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit
diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah
Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zaid menulis berpandukan kepadaapa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
11/31
11
4. Merangkumi Tujuh Huruf
Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya
berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-
wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para
sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh
huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:
Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah
menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku
Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu
huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta
ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh
huruf.
Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh
cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada
mufrad, muthanna atau jama dan sama ada mudhakkar atau muannath,
samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.
5. Keistimewaan Rasm Uthamni yang lain ialah :
i. Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.
ii. Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang
berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh
yang mudah ialah pada kalimah maliki dalam surah Fatihah ada yang
membaca dengan hazaf alif dan ada yang membaca dengan Ithbat Alif yang
kedua makna kalimah tersebut tidak terkeluar daripada maksud yang
dikehendaki malahan ia saling mengukuh dan meluaskan makna.iii. Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat.
iv. Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
12/31
12
v. Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.
Contoh :Dalam surah Zariyyat ayat 47, kalimah AYYIDIN ditulis dengan gandaan huruf YA
kerana memberi petunjuk kebesaran kekuasaan Allah khususnya dalam penciptaan
langit dan alam semesta.
3.0 Bahagian Hamzah
Definisi dan pembahagian:
Bahasa : bererti tekanan atau tolakan
Istilah : bererti bertutur dengan huruf Hamzah
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:
1. Hamzah al-Wasl
2. Hamzah al-Qat'
3.1 Hamzah al-Wasl ()Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-
kalimah tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Dalam al-Quran Rasm
Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif. Hamzah ini hanya
berada di awal kalimah sahaja.
Contoh :
Kalimah Surah / AyatMana-mana tempat dalam Al-Quran
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
13/31
13
Hamzah Wasal yang dibuang bentuknya terdapat pada lima tempat:
i. Hamzah Wasal pada Fa al-Kalimah ( ( terletak di antara Wau atau Fadan Hamzah
Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
(Al-Baqarah 2:189)
(Al-Baqarah 2:223)
ii. Hamzah Wasal terletak pada Feel Amar kalimah soal () selepas Wau atauFa
Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
(Yusuf 12:82)
(Al-Ahzab 33:53)
iii. Hamzah Wasal terletak pada Lam al-Tarif )dan yang menyerupainya)selepas Lam al-Ibtida ) ( atau Lam al-Jar ()
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
14/31
14
Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
(Ali-Imran 3:193)
(Al-Anam 6:32) (Al-Duha 93:4)
iv. Hamzah Wasal terletak pada Fiilselepas Hamzah Istifham
Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
(Al-Baqarah 2:80)
v. Hamzah Wasal terletak pada Lafaz, ism al-Majrur dengan Ba sekiranya
diidhafatkan kepada lafaz al-Jalalah
Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
15/31
15
(Al-Naml 27:30)
3.2 Hamzah al-Qat' ( ) Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun
di hujung kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya seperti
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam
bentuk yang berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf
Ya'.
Kedudukan Hamzah Qata terdapat pada tiga tempat iaitu :
Pada awal kalimah
Pada pertengahan kalimah
Pada akhir kalimah
A. Hamzah Qata terletak pada awal kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata
nama),fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan
huruf Alif), sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:
1. Hamzah Qata ditulis dengan surah Alif
Bentuk Contoh Surah/Ayat
Dengan Fathah (Maryam 19:38)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
16/31
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
17/31
17
2. Hamzah dhammah selepas Fathah ditulis dengan suurah wau
Contoh Surah / Ayat
(Al-Nur 24:8)
3. Hamzah Fathah selepas Dhammah ditulis dengan suurah Wau
Contoh Surah/Ayat
(Ali Imran 3:145)
4. Hamzah Kasrah selepas Fathah atau Dhammah atau Kasrah atau berbaris
Fathah atau Dhammah selepas Kasrah ditulis dengan surah Ya
Contoh Surah/Ayat
(Ali Imran 3:13) (Al ALa 87:6)
5. Hamzah yang berbaris Fathah sebelum Alif dibuang suurah ) Hamzah)Imlai/Ejaan Asal Uthmani Surah/Ayat
(Sad 38:25)6. Hamzah yang berbaris Dhammah sebelum Wau dibuang suurah Hamzah
IMLAI/EJAAN ASAL UTHMANI SURAH/AYAT
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
18/31
18
(At-Taubah 9:13)
7. Hamzah yang berbaris Kasrah sebelum Ya dibuang surah Ya
IMLAI/EJAAN ASAL UTHMANI SURAH/AYAT
(Al-Araf 7:165)8. Hamzah yang didahului tanda Sukun dibuangkan surah Hamzah
IMLAI/EJAAN ASAL UTHMANI SURAH/AYAT
(Al-Baqarah 2:49)
(Al-Maidah 3:51)Pengecualian :
1. Tiap-tiap Hamzah Kasrah Yang didahului Alif ditulis dengan suurah Ya
Contoh Surah/Ayat
(Ali Imran 3:113)
2. Tiap-tiap Hamzah yang selepasnya Dhammah ditulis dengan surah Wau
Contoh Surah/Ayat
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
19/31
19
(Al-Haqqah 69:19)
C. Hamzah Qata terletak pada akhir kalimah
Hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk sebelumnya, Ditulis Alif selepas
Fathah, ditulis Ya selepas kasrah dan ditulis Wau selepas Dhammah. Cara mengenal
hamzah Qatho di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas alif,
wau dan ya huruf hamzah yang kecil. Hamzah qatho kekal sebutannya sama ada
ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya. Hamzah
qatho berada pada awal tengah dan akhir kalimah.Contohnya :
Contoh Surah/Ayat
(Al-Nisa 4:176)
(Al-Insyiqaq 84:21)
1. Tiap-tiap Hamzah ditulis tanpa surah jika didahului Tanda Sukun
Contoh Surah/Ayat
(Al-Baqarah 2:20)
(Al- Baqarah 2:28)
(Ali Imran 3:91)
(Ali Imran 3:174)
3.3 Al-Ziadah Dalam Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani
Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah
tertentu Al- Quran. Ia merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam
penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
20/31
20
semua keadaan pada bacaan. Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-
huruf yang di ziadah ialah :
a) Huruf Alif
b) Huruf Wau
c) Huruf Ya
1. Ziadah Huruf Alif
a) Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung
dengan Fiil Madi Fiil Mudhari dan Fiil Amar yang berada di hujung
kalimah. Contoh :
Contoh Surah/Ayat
(Al-Anfal: 74)
(Al-Baqarah: 237)
(Al-Baqarah: 189)
b) Ziadah Alif selepas Huruf Wau Jama pada kalimah Muzakkar Salim yang
berada di hujung kalimah. Contoh :
Contoh Surah/Ayat
(Al-Baqarah: 46)
(Al-Qamar: 27)
c) Ziadah Alif selepas Huruf Wau bagi semua Fael Mudhari
Contoh Surah/Ayat
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
21/31
21
(Maryam: 48)
(Al-Haj: 12)
(Az-Zumar: 9)
2. Ziadah Huruf Wau
a) Ziadah Wau pada kalimah berikut :
Contoh Surah/Ayat
(Al-Araf: 145)
(Al-Anfal: 75)
(Ali-Imran: 119)
(Al-Baqarah: 5)
(Al-Qamar: 43)
(Al-Talaq: 4)
3. Ziadah Huruf Ya
a) Ziadah Ya pada kalimah berikut :
Contoh Surah/Ayat
(Ali-Imran: 144)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
22/31
22
(Al-Anbiya: 34)
(Al-Anam: 34)
(Taha: 130)
(Az-Zariat: 47)
(Hud: 97)
(Al-Qalam: 6)
3.3.1 Alif Maddah
Memanjangkan bunyi huruf yang diikuti oleh huruf mad atau huruf lain. Mad
bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli bacaan, mad
bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah
satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaitu:
i. Mad Asli
ii. Mad Farie
Terdapat tiga huruf mad iaitu , dan dan huruf tersebut mestilah berbarismati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan
harakat. Contoh-contoh penulisan alif maddah dari segi kaedah rasm Qiasi dan
rasm Uthmani adalah seperti :
Rasm Qiasi/ Ejaan Asal Rasm Uthmani Surah / Ayat
(At-Taubah 9: 24)
(Al- Fath 48: 4)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
23/31
23
3.4 Ha Dhamir
Ha Dhamir pada ketika Dhammah dan Kasrah serta contoh-contohnya. Huruf
Ha Dhamir yang terdapat dalam al-Quran membawa maksud jumlah bilangan,
sama ada membawa maksud seorang, dua orang atau ramai.
A. Ha Dhamir padaketika Dhammah.
Contoh-contoh penulisan Ha Dhamir dari segi kaedah rasm Qiasi dan rasm
Uthmani adalah seperti :
B. Ha Dhamir pada ketika Kasrah.
Contoh-contoh penulisan Ha Dhamir dari segi kaedah rasm Qiasi dan rasm
Uthmani adalah seperti :
Rasm Qiasi / Ejaan Asal Rasm Uthmani Surah / Ayat (Hud 11: 73) (Al- Mumin 40: 12)
Rasm Qiasi / Ejaan Asal Rasm Uthmani Surah / Ayat
(Al-Araf 7: 80)
(Ar-Rad 13: 41)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
24/31
24
3.5 Jenis-jenis (tanda) tanwin, fungsi dan contohnya.
Tanwin adalah nun sakinah yang terdapat di akhir sebuah kata dan dibaca, akan
tetapi tidak tertulis. Terdapat tiga jenis Tanwin yang ditulis dalam al Quran Rasm
Uthmani. Pertama, Tanwin atau baris dua yang tersusun, iaitu bagi Tanwin baris atas
dan bawah ( Fathatain dan Kasratain ) dan Tanwin berbentuk enam sembilan berbaris
kecil bagi baris depan ( Dhummatain). ( ) .
Kedua, baris dua dengan huruf Mim kecil bagi semua keadaan, ( Fathah,
Kasrah, Dhummah). ( ), Ketiga, baris dua ( Tanwin ) yang senget dan berturut
atau berikut, iaitu bagi baris atas dan bawah ( Fathatain dan Kasratain ), dan dua huruf
Sembilan kecil pada ketika Dhummah ( Dhummatain ). ( ) .
I. Tanwin jenis yang pertama ( ) menandakan bahawa ia mesti dibaca
dengan izhar dan tidak dengung. Contohnya :
Baris Imlai / Ejaan asal Uthmani Surah / Ayat
Bawah
Al-Anfal 8 : 32
Depan
Al-Zukhruf 43 : 4
Atas
Al-Fil 105 : 3
II. Tanwin jenis kedua ( ) menandakan ia dibaca dengan dengung iaitu
dengan dengung Iqlab. Tanwin jenis ini akan bertemu dengan huruf Ba ( )sahaja. Cara menyembunyikan dengungnya mestilah diambil dari guru Quran
yang muktabar. Contohnya :
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
25/31
25
Baris Imlai / Ejaan asal Uthmani Surah / Ayat
Atas
Ali Imran 3 : 39
Depan Al-Baqarah 2 :229
Bawah As-Sajdah 32 :10
III. Tanwin jenis yang ketiga ( ) ialah apabila bertemu dengan huruf yang
bersabdu atau bertasydid. Maka pada masa itu ia dibaca dengan Idgham dan
dengung yang sempurna atau Idgham Kamil, melainkan jika bertemu dengan
dengan huruf Lam dan Ra. Pada masa itu ia dibaca dengan Idgham iaitu tanpa
dengung. Contohnya :
Baris Imlai / Ejaan asal Uthmani Surah / Ayat
Depan
At-Taubah 9 : 24
Bawah
Al-Anaam 6 : 110
Atas
Al-Baqarah 2 :168
Dua contoh yang dibawah itu dibaca dengan Idgham tanpa dengung. Ada
masanya tanwin jenis ketiga ini bertemu dengan huruf yang tidak bersabdu,
maka pada ketika itu tetap juga dibaca dengan dengung. Dengungnya ada dua
jenis :
1. Dibaca dengan Idgham Naqis, iaitu apabila bertemu dengan huruf Ya dan
Wau ( & : ). ContohnyaBentuk Rasm Qiasi Rasm Uthmani Surah / Ayat
(Al-Furqan 25: 46)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
26/31
26
2. Dibaca dengan Ikhfa iaitu apabila bertemu dengan huruf selain daripada huruf-
huruf yang disebutkan diatas. Contohnya :
3.6 Bentuk (tanda) Nun Sakinah dan fungsinya
1. Nun Sakinah ( (Ada tiga jenis Nun Sakinah dalam Al-quran. Iaitu Nun Sakinah yang bertanda kepala
Ha ( ) ) iaitu ), Nun Sakinah yang bertanda Mim Kecil ( ) dan Nun Sakinah yangtidak mempunyai sebarang tanda.
i. Nun Sakinah yang bertanda kepala Ha ( ) menunjukkan ia dibaca denganIzhar, iaitu dibunyikan dengan terang dan tidak dengung. Nun Sakinah ini akan
bertemu dengan huruf-huruf Izhar juga huruf ya dan Wau dalam satu kalimah
contohnya :
Idgham
Naqis
(Al-Naml 27: 2)
(Al-Zalzalah 99: 7)
Ikhfa
(Al-Baqarah 2: 168)
(Ali-Imran 3: 197)
(Al-Hajj 22: 31)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
27/31
27
ii. Nun Sakinah yang bertanda Mim Kecil ( ). Nun Sakinah yang bertanda beginihanya ketika bertemu dengan huruf Ba ( ) sahaja. Ia dibaca dengan ghunnahatau dengung. Contohnya :
iii. Nun Sakinah yang tidak bertanda apa-apa. Nun ini ada dua jenis. Pertama ia
bertemu dengan huruf bersabdu dan kedua ia bertemu dengan huruf yang tidak
bersabdu ( Tasydid ). Nun Sakinah yang bertemu dengan huruf bersabdu dibaca
dengan Idgham dan dengung yang sempurna ( idgham Kamil ). Ini dikecualikan
apabila Nun Sakinah bertemu dengan huruf Lam dan Ra ( & ). Walaupun iabertasydid, tetapi ia hanya dibaca dengan Idgham dan tidak dengung.Contohnya
Rasm Qiasi/ Ejaan Asal Rasm Uthmani Surah / Ayat
(An-Nahl 16: 33)
(Yusuf 12: 101)
(Yusuf 12: 107)
Rasm Qiasi/ Ejaan Asal Rasm Uthmani Surah / Ayat
(Al-Humazah 104: 4)
(Al-Bayyinah 98: 4)
Cara bacaan Rasm Qiasi Rasm Uthmani Surah / Ayat
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
28/31
28
iv.
IV. Nun Sakinah kosong yang tidak mempunyai sebarang tanda dan tidak bertemu
dengan huruf yang bertasydid semuanya dibaca dengan dengung ( ghunnah ).
Ini terdapat dalam dua keadaan. Pertama, dibaca dengan dengung idgham
naqis, iaitu apabila ia bertemu dengan huruf wau dan ya ( & ). Kedua, iadibaca dengan dengung secara ikhfa iaitu apabila bertemu dengan huruf selain
daripada yang disebutkan diatas. Contohnya:
Dengung
(Asy-Syura 42: 35)
Dengung
(Al-Anbiya 21: 9)
Tanpa
dengung
(Taha 20: 133)
Bentuk Rasm Qiasi Rasm Uthmani Surah / Ayat
(Hud 11: 93)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
29/31
29
PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm
Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat
Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada
manusia, iaitu akan memeliharaAl-Quran hingga ke hari kiamat.
Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan
ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan
Idgham
Naqis
(Asy-Syura 42: 8)
(Al-Mulk 67:22)
Ikhfa
(An-Nahl 16: 28)
(An-Nahl 16: 33)
(Al-Furqan 25: 55)
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
30/31
30
kepada kita. Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini
juga akan dapat membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa
kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uthmani.
Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita
berhenti di sini,sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru
yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap
Rasm Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi .
RUJUKAN
1. Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2. Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut
dan al Makrifah.
3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm
Uthmani dan Kelebihannya, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
-
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
31/31
4. Husni Sheikh Uthman, Haqq at-Tilawah, al-Urdun, Maktabah al-Manar.
5. Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000), Thamar al-Jinan Fi Afnan
Min Ulum al-Quran, Egypt.
6. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku
Panduan Rasm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
7. Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001),Al-Quranul Karim Terjemahan dan
Huraian - Maksud Jilid 1, DBP Kuala Lumpur.
8. Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006), Ensiklopedia Asas Fardhu Ain,
Crescent News KL Sdn. Bhd.
9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicara diakses pada
13 September 2011
10.http://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmani - diakses pada
13 September 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicarahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicarahttp://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmanihttp://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmanihttp://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmanihttp://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmanihttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicara