kkp inovasi.docx
-
Upload
fandi-rahman -
Category
Documents
-
view
331 -
download
2
Transcript of kkp inovasi.docx
SEKOLAH KEBANGSAAN LUI MUDA (FELDA)
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
2015
CONGKAK PINTAR JAWITARIKH :
10 OGOS 2015
SKLM 2015
Kertas Cadangan Projek Inovasi “Congkak Pintar Jawi”
1.0 Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Lui Muda (F) ialah bertajuk
“Congkak Pintar Jawi”.Congkak pintar jawi ini adalah hasil inovasi dalam cara permainannya.
Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang pelajar
bersama guru penasihat, guru kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.
2.0 Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita
dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam
permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca,
buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan
oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat
dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya
pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh ditinggalkan
dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak terkubur begitu sahaja.
Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan congkak ini dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik.
3.0 Objektif
Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.
Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.
Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses Pengajaran dan Pembelajaran
yang membosankan.
Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.
SKLM 2015
4.0 Rasional projek
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di
dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar
terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Pelajar-
pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain congkak yang diminati pelajar. Projek
ini juga dapat mempelbagaikan teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh digunakan
oleh guru-guru di dalam kelas atau semasa aktiviti kokurikulum.
5.0 Anggaran kos projek
Bil Perkara Jumlah
1
Peralatan Inovasi
Pemadam getah, kertas warna, cat pelaka, gunting, pisau,
berus cat, salotape.
RM 150.00
2Hadiah tempat pertama
(Pelbagai Alatan Tulis)RM 130.00
3Hadiah tempat kedua
(Pelbagai Alatan Tulis)RM 100.00
4Hadiah tempat ketiga
(Pelbagai Alatan Tulis)RM 70.00
JUMLAH RM 450.00
6.0 Pernyataan masalah
Skop projek Congkak Pintar Jawi ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam
kelas, mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan kokurikulum
sekolah dan boleh dijadikan set permainan di rumah.
Terdapat beberapa perkara yang membataskan projek Congkak Pintar Jawi ini adalah
semasa penyediaan buah congkak pintar jawi. Bagi menghasilkan suku kata jawi yang unik
dan pelbagai, pelajar memerlukan masa untuk menghasilkan set congkak yang banyak.
SKLM 2015
7.0 Proses pelaksanaan projek
Minggu 1 – Proses perbincangan dan lakaran.
Minggu 2 – Menyediakan dan membeli peralatan yang diperlukan.
Minggu 3 – Menghasilkan congkak dari botol plastik terbuang .
Minggu 4 – Menghasilkan suku jawi dan buah congkak.
Minggu 5 – Pertandingan Congkak Pintar Jawi.
Minggu 6 – Penyampaian hadiah.
8.0 Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi Puan Nor Hayati binti Haron
Setiausaha Encik Ghazali bin Abdullah
Bendahari Puan Kamisah binti Saharom
Penyediaan peserta Encik Mohd Saifullah bin Amil
Hadiah Puan Nor Azima binti Ujang
Puan Susilah binti Dolmat
Dokumentasi Puan Nor Rahimi binti Abd. Razak
9.0 Sasaran
Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Lui Muda (F).
10.0 Tempat
SK Lui Muda (F)
11.0 Tarikh
Jun hingga Ogos 2015
12.0 Peralatan
Botol plastik terbuang
Cat pelaka
Pemadam getah
Kertas warna
SKLM 2015
13.0 Carta Aliran proses pelaksanaan projek
SKLM 2015
14.0 Sumber Kewangan
Wang kerajaan peruntukkan inovasi sekolah rendah sebanyak RM 450.00
15.0 Penilaian projek
Permainan congkak pintar jawi dapat memberikan keseronokan dan menambah ilmu
pengetahuan kepada pelajar.Pintar jawi ini adalah merupakan satu usaha untuk murid-
murid tahap dua supaya mereka lebih minat dan cenderung untuk menulis jawi dengan
lebih baik.
Idea kreatif yang boleh pelajar cuba sebagai sumbangan pelajar dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna. Marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...
16.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan projek inovasi Congkak Pintar Jawi ini memerlukan kerjasama
berpasukan dalam kalangan pelajar.Pelajar dapat berbincang dan mengemukakan idea-idea
yang kreatif untuk menjayakan projek ini.Perbincangan dengan guru penasihat
memantapkan lagi pengembangan idea kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan
menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya.Sesungguhnya untuk menterjemahkan
sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua
pihak.
SKLM 2015
Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :
……………………….
(Ghazali bin Abdullah)
Setiausaha Kokurikulum
LAMPIRAN
SKLM 2015
SKLM 2015
SKLM 2015
SKLM 2015