KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi...
Transcript of KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi...
KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU
AMPUAN AFZAN TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI
SISWA GURU PERIBUMI
Mohd Sahardi b Ismail (IPGKTAA)
Profesor Madya Dr Siti Eishah bt Moksin (UPSI)
Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini
berbentuk deskriptif untuk melihat kesan persekitaran di IPGKTAA dalam membangunkan
emosi mereka. Dua faktor persekitaran telah dikaji iaitu pengaruh rakan sebaya dan budaya di
institut. Seramai 79 orang siswa guru peribumi dari kursus pemulihan dan prasekolah telah
diambil sebagai responden . Set soal selidik mengandungi 20 item digunakan untuk mendapat
data kajian . Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidikk adalah
.87. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Social
(SPSS) versi 21 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi. Min keseluruhan yang
diperolehi menunjukkan kesan persekitaran IPGKTAA dapat membangunkan emosi pelajar
berada pada tahap tinggi (1.67). Faktor persekitaran yang paling domino adalah faktor budaya
institusi dengan min keseluruhan 1.72 diikuti oleh faktor rakan sebaya 1.57. Hasil daripada
ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara faktor persekitaran IPGKTAA
berdasarkan perbezaan jantina.Melalui korelasi peason r menunjukkan nilai signifikan lebih
kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelatih.Hasil dapatan dirumuskan
bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas bagi mengenai kesan faktor persekitaran di
IPGKTAA terhadap pembangunan emosi pelajar
Kata kunci : emosi pelajar, rakan sebaya, budaya kampus, persekitaran
MENGGUNAKAN TEKNIK NYAYIAN UNTUK MEMBANTU MURID MENGEJA
PERKATAAN VOKAL BERGANDING DENGAN BETUL
Jaimah binti Abdul Manaf (IPGKTHO)
Jamilah binti Abdul Rahman
Masalah menguasai penulisan perkataan yang tepat oleh murid orang asli sering kali terjadi
dalam kalangan murid orang asli di sekolah ini. Keadaan ini membantut usaha untuk
memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah ini. Justuru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk menguji pembelajaran menggunakan teknik nyayian dapat membantu murid mengeja
perkataan dengan betul. Objektif kajian pula bertumpu kepada kebolehan murid mengeja
perkataan yang mengadungi vokal berganding [ua] dan [ui] dengan betul. Kajian ini hanyalah
melibatkan lima orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil, Segamat.
Selain daripada itu kajian ini juga penting untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
pentingnya mengeja perkataan dengan betul. Analisis data menunjukkan kaedah
Pembelajaran menggunakan teknik nyanyian berjaya mencapai objektif kajian yang telah
ditetapkan. Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik yang sama untuk isu-isu lain
seperti masalah penguasaan pembinaan ayat mudah, ayat majmuk dan seterusnya menulis
karangan.
Kata kunci: Nyanyian, orang asli, vokal
PENGENALAN KEPADA KAJIAN KECEKAPAN NUMERASI PELAJAR ORANG
ASLI
Nur Atikah binti Hussein (UTM)
Zaleha binti Ismail
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecekapan numerasi murid Tahun
5 serta strategi pedagogi yang diamalkan oleh guru matematik Tahun 5 di negeri Pahang.
Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang murid Tahun 5 di sekolah-sekolah rendah
terpilih di seluruh negeri Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitif. Instumen yang
digunakan adalah ujian numerasi yang dibina sendiri. Ujian numerasi ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu ujian lisan dan bertulis. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical
Packages for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan
peratusan.
Kata kunci: Pedagogi, numerasi, Pahang
TAHAP PENYERTAAN ORANG ASLI DALAM LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL DI PUSAT LATIHAN ORANG ASLI NEGERI PAHANG
Zamani Ibrahim (IPGKTAA)
Rozman Rosely
Pendidikan dan latihan kemahiran vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup
penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang
berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara.
Pusat-pusat latihan kemahiran vokasional antara institusi yang memainkan peranan penting
dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam memenuhi pasaran kerja
bidang industri. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penyertaan Orang Asli dalam
latihan kemahiran vokasional di Negeri Pahang. Sampel kajian terdiri daripada Orang Asli
yang sedang menjalani kursus di Pusat Latihan Kemahiran Orang Asli di Pahang. Alat kajian
yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Bentuk kajian yang dijalankan
berbentuk kajian tinjauan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif
iaitu frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi iaitu ujian-t. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penyertaan Orang Asli dalam latihan vokasional secara keseluruhannya
adalah pada tahap sederhana iaitu dalam julat markah penyertaan latihan kemahiran 40%-
59%. Analisis ujian-t pada aras .05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bagi setiap penyertaan latihan kemahiran kecuali aktiviti belajar berbentuk praktikal
mengikut etnik orang Asli. Bagi faktor menambah kemahiran pula, terdapat hubungan yang
signifikan bagi setiap komponen dalam tahap penyertaan Orang Asli dalam latihan kemahiran
vokasional kecuali bagi menggemari bidang kemahiran yang ditawarkan dan mudah dapatkan
pekerjaan. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa tahap penyertaan Orang Asli
perlu dilihat semula terutama sekali dari aspek bidang dan kemahiran yang ditawarkan bagi
melahirkan pelatih Orang Asli yang mahir dalam setiap bidang kemahiran vokasional. Dalam
mencapai matlamat ini, pendidikan vokasional sewajarnya diberikan kepada pelajar Orang
Asli bagi menerima latihan kemahiran yang bersesuaian dengan kehidupan mereka. Dalam
sistem pendidikan masa kini, peranan pendidikan vokasional amat besar bagi melahirkan
tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pembangunan sesebuah negara industri.
Kata kunci: Orang Asli, tahap penyertaan, pendidikan dan latihan vokasional
PEDAGOGICAL STRATEGIES AND NUMERACY COMPETENCY OF
ABORIGINAL STUDENTS IN JOHOR
Zaleha Ismail (UTM)
Zuriati Sabidin
Tan Yee Ching
Nur Atikah Hussein
This study aims to investigate the numeracy competency among Year 5 aboriginal students
and pedagogical strategies used by mathematics teachers. The sample of this study consists of
100 aboriginal students and 10 teachers from different schools in Johor. For quantitative data
collection, written and oral test will be given to the students. To collect qualitative data,
observation will be done to find out teachers’ teaching pedagogy. Result of the numeracy test
will be analyzed using SPSS to find out descriptive data while result of observation will be
written in report.
Key words: Aboriginal, pedagogical, Johor
SEKILAS PANDANG: PERANAN SIPartner+ (SIP+) MEMBANGUNGAN SEKOLAH
ORANG ASLI DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH
Mohamad Azhar Bin Mat Ali, Ph.D (PPD Jerantut)
Objektif kertas konsep ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga pendidikan
mengenai peranan SIP+ yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di
bawah Program Transformasi Daerah. Terdapat 3 peranan utama SIP+ iaitu membuat lawatan
bersemuka dengan Guru Besar, membimbing Guru Besar tentang program yang diluluskan
oleh pihak KPM dan membantu menyelesaikan masalah dan isu-isu di sekolah berkenaan dan
melaporkan kepada Ketua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diambil tindakan lanjut. Dalam
menjalankan tiga peranan ini, dengan tidak secara langsung sekolah akan kerap dilawati oleh
SIP+ dan hubungan profesiolisme terjalin mesra. Bagi sekolah Orang Asli, hubungan
sebegini amat penting bagi membantu menyelesaikan segala isu yang sememangnya
terbelenggu lama seperti masalah kehadiran, keciciran dan motivasi rendah. Setelah lebih dari
setahun SIP+ membimbing Guru Besar serta guru-guru di sekolah Orang Asli ini, didapati
mereka sudah mula menerima kewujudan SIP+ dan seolah-olahnya telah menjadi tempat
mengadu hal dan tempat untuk mencurahkan segala permasalahan mereka tanpa prejudis.
Persepsi guru-guru terhadap pencapaian murid turut berubah daripada `tiada harapan’ kepada
`kami boleh’. Rumusannya untuk membantu sekolah Orang Asli bimbingan yang kerap perlu
dilakukan selain pemantauan dan penaziran. Metodologi hubungan juga perlu diubah
daripada `memberi tekanan’ kepada `memberi harapan’.
Kata kunci: SIP+, Orang Asli, PPD
UKURAN DAN SUKATAN DALAM PERIBAHASA SUKU KAUM SEMAI
Mohd. Rasdi bin Saamah (IPGKTAA)
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat jenis-jenis ukuran dan sukatan yang terdapat dalam
peribahasa suku kaum Semai. Kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat pemikiran
masyarakat Orang Asli suku kaum Semai terhadap alam persekitaran dan pengalaman hidup
mereka sebagai sumber ukuran dan sukatan dalam kehidupan seharian. Teori yang digunakan
dalam kajian ini ialah Teori Relativiti Linguistik yang menjadi dasar kepada Hipotesis Sapir-
Whorf (1921) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya dan
pemikiran manusia. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan 43 daripada 150 peribahasa yang
dirakamkan hasil temu bual dengan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai mempunyai
unsur ukuran dan sukatan yang digunakan dalam aktiviti seharian mereka. Berdasarkan
perlambangan yang terdapat dalam peribahasa yang telah dianalisis, kajian ini mendapati
bahawa beberapa kategori ukuran dan sukatan telah digunakan dalam peribahasa suku kaum
Semai iaitu ukuran keluasan, ukuran ketinggian, ukuran masa dan ukuran jarak. Pada
dasarnya masyarakat Orang Asli suku kaum Semai didapati menggunakan alam persekitaran
dan pengalaman hidup mereka dalam membina dan memilih perlambangan yang sesuai dalam
sesuatu peribahasa yang dikaitkan dengan persekitaran kognitif mereka. Kajian ini dapat
membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai juga mempunyai pemikiran
tentang kepentingan piawaian dalam aktiviti kehidupan mereka seharian sebagaimana
masyarakat lain di negara ini.
Kata kunci: Ukuran, suku kaum Semai, teori relativiti linguistik, sistem ukuran dan sukatan.
PEMBANGUNAN POTENSI KERJAYA MURID ORANG ASLI:
SATU KAJIAN KES
Abdul Razaq Ahmad (UKM)
Mohd Mahzan Awang
[email protected] ; [email protected]
Kajian ini adalah berujuan untuk meneroka minat dan potensi murid Orang Asli dalam
pemilihan kerjaya berdasarkan enam ciri personaliti iaitu Realistik, Investigatif, Artistik,
Sosial, Enterprising dan Konvensional. My Future Card telah digunakan bagi mengenalpasti
potensi dan minat kerjaya di kalangan murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan rekabentuk
kajian eksploratori yang melibatkan 28 Orang tahap dua di sebuah sekolah Kebangsaan
Orang Asli di negeri Pahang. My Future Card mengandungi 60 keping kad di mana murid
Orang Asli dikehendaki memeilih 15 kad bagi menentukan potensi kerjaya mereka. Kad ini
dibina berdasarkan ciri-ciri pesonaliti ke arah pemilihan kerjaya. Hasil kajian menunjukkan
bahawa majoriti murid Orang Asli cenderung kepada kerjaya dalam kategori sosial, artistik
dan Intestigatif. Manakala potensi terhadap kategori Rialistik, Enterprising dan Konvesnional
adalah kurang menggalakkan. Kajian ini memberi implikasi bahawa murid Orang Asli
mempunyai potensi dalam pemilihan kerjaya mereka dan sekolah perlu membuat
perancangan dalam persediaan kerjaya masa depan bersesuaian dengan minat dan
kcenedrungan mereka. Kajian ini mencadangkan satu model pedagogi bagi pembangunan
kerjaya Murid Asli yang lebih komprehensif dan bersepadu.
Kata kunci: Murid Orang Asli, kerjaya, potensi, personaliti, minat kerjaya
JAM AIR: SATU INOVASI PEDAGOGI SAINS DAN MATEMATIK
Mohd. Naim bin Hj. Abd. Rahim (IPGK Keningau)
Zakaria Barabag
Kajian Jam Air sebagai satu inovasi pedagogi sains dan matematik telah dijalankan dari April
hingga Ogos 2015. Bentuk fizikal Jam Air menggunakan tangki di bahagian atas sebagai
sumber air untuk menitiskan air pada takungan di bahagian bawah menerusi satu lubang pada
penutup botol yang dikawal saiznya. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi persampelan
rawak terhadap para pensyarah dan pelatih IPGK Keningau, guru-guru Zon Nabawan, Sabah
dan Zon Klang, Selangor. Fokus kajian ini ialah untuk mendapatkan maklum balas responden
terhadap fungsi Jam Air sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek sains dan matematik.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat fungsi Jam Air dalam pengajaran yang berkaitan
dengan konsep gelombang dan tenaga (Fizik), kemahiran saintifik dan kemahiran proses sains
(Sains) dan operasi tambah, tolak, bahagi dan isipadu (Matematik). Hasil ini menunjukkan
fungsi Jam Air amat signifikan dengan pelbagai tajuk dalam subjek sains dan matematik. Jam
Air dapat merangsang keupayaan murid untuk menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) bagi mencapai Tahap Penguasaan (TP) tertinggi dalam Standard Prestasi Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kajian lanjutan terhadap prinsip Jam Air masih terbuka luas dalam bidang yang berkaitan
dengan akuastik, gelombang, perbandingan pergerakan kelikatan cecair dan pergerakan
elektron dalam akueus.
Kata kunci: KBAT, Jam Air, akues
“MOTIVASI PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA”
Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop (UPM)
Sejarah menunjukkan bahawa manusia sentiasa membina peradaban dan ketamadunan dari
zaman ke zaman. Kehidupan dibangunkan supaya menjadi lebih baik kerana setiap era
memberikan dampak ke atas kesejahteraan manusia. Proses pewarisan berlaku sama ada
secara sedar; dipelajari dan dianuti mahupun secara tanpa sedar; tabii dan semula jadi.
Prasyarat perubahan secara sedar adalah kemampuan berbahasa; keupayaan manusia
‘membaca’ pengalaman lalu untuk meletakkan garis panduan bagi pembangunan kehidupan
yang seterusnya. Tanpa akses kepada pengetahuan tersebut, manusia akan berhadapan dengan
dua situasi; menanggung risiko mengulangi kesilapan masa lalu, atau sebaliknya menjadikan
pengalaman itu sebagai iktibar bagi membina sesuatu yang lebih baik. Kertas kerja ini
bertitik-tolak daripada kesedaran betapa manusia perlu dimotivasikan untuk belajar daripada
pengalaman lalu. Hal ini membolehkan manusia membangunkan peradaban yang relatif dan
mengikut arus, malahan menerajui ketamadunan itu sendiri melalui kemahiran berbahasa.
Untuk maju di dunia dan untuk sejahtera di akhirat, manusia perlu menguasai bahasa.
Kata kunci: Motivasi, pewarisan, bahasa
MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
PERIBUMI MELALUI PROGRAM NILAM
Norafizah Abdul Razak (SBT SK Seri Biram Pekan Pahang)
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pengabungan atau
adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah termasuk
sekolah masyarakat peribumi dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar
yang berjaya mengikuti program ini sepanjang ia dilaksanakan. Program ini adalah suatu
pendekatan untuk mengalakkan penyuburan tabiat membaca yang berterusan sehingga
mencapai objektif untuk melahirkan ‘avid reader’ ( atau pembaca bersemangat).Penyuburan
budaya ilmu dengan memberi penekanan kepada pendidikan seumur hidup dapat dicapai
melalui pemupukan budaya membaca, belajar berfikir dan berkongsi ilmu pengetahuan
dengan orang lain. Melalui Program NILAM aktiviti membaca telah diperkenalkan dan
dilaksanakan secara efektif. Melalui aktiviti ini pelbagai strategi telah digunakan untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar peribumi. Budaya dan sikap masyarakat
pribumi banyak mempengaruhi pandangan mereka terhadap pendidikan dan amalan budaya
membaca. Bagi mendepani cabaran ini pihak sekolah melalui Program NILAM telah
menjalankan pelbagai pendekatan dalam bagi menarik minat pelajar-pelajar peribumi
meningkatkan kemahiran membaca dan menanam sikap suka membaca dalam kalangan
mereka. Peningkatan amalan suka membaca mampu membawa pelajar peribumi ke satu tahap
yang lebih baik dan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Pembangunan
tamadun ilmu merupakan salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
sesebuah negara . Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mendepani
cabaran Pendidikan Abad ke 21 termasuk sekolah-sekolah masyarakat peribumi di Malaysia.
Kata Kunci : NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca
INDIGENOUS PEDAGOGY: A MATTER OF HEARTS AND MINDS
Chin Mei Chin, Ph.D (IPGK Bahasa Antarabangsa)
This presentation concerns a discourse on matters related to teaching and learning in Orang
Asli schools. The first consideration refers to the state of mind and heart of teachers posted
to Orang Asli schools. It is common knowledge that the interior location and isolated
environment of Orang Asli schools pose a challenge to teachers’ readiness and acceptance to
serve under such conditions. Some case examples of the implications of this challenge would
be shared together with a proposed solution that refers to the role of district and state
education department officers as well as officers from the Ministry of Education. A more
constructive approach to monitoring is suggested for these administrative officers. The
second consideration concerns empowering students in their own learning, with a focus on
students who come from families working on hunting and gathering forest produce. An
instructional strategy to cater for this scenario will be discussed. Getting into the hearts and
minds of these various stakeholders is just a first step towards rejuvenating teaching and
learning in the Orang Asli schools. It is hoped that propositions highlighted in this
presentation would be considered and utilized to enhance indigenous pedagogy for the Orang
Asli schools in particular and other indigenous schools in Sabah and Sarawak in general.
Kata kunci: Orang Asli, hearts, minds
PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU PELATIH PERIBUMI PRASEKOLAH
Rusini binti Kamaluddin (UPSI)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang diterapkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran guru pelatih peribumi di prasekolah semasa menjalani
praktikum Fasa Tiga. Seramai tiga orang guru pelatih peribumi Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP) Semester Lapan yang terlibat dalam kajian ini. Tumpuan diberikan
kepada aspek penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas
prasekolah bagi semua peserta kajian. Data dikumpul melalui analisis Buku Persediaan
Mengajar, temubual dan soalan terbuka. Semua data dianalisis menggunakan Kaedah
Hermeneutik yang bersifat interpretif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian. Dapatan
menunjukkan semua peserta kajian menerapkan nilai murni semasa pelaksanaan PdP namun
didapati penerapan tersebut masih belum menyeluruh meliputi 16 nilai murni seperti yang
disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Kata kunci : nilai-nilai murni, penerapan nilai-nilai murni, guru pelatih peribumi prasekolah
APAKAH PEDAGOGI YANG SESUAI UNTUK PELAJAR ORANG ASLI?:
SATU KAJIAN META-ANALYSIS
Zuriati binti Sabidin (UTM)
Zaleha binti Ismail
Dalam proses membangunkan pedagogi transformatif pada abad ke-21, soalan utama yang
timbul kepada kita sebagai guru, pelajar dan penyelidik adalah bagaimana untuk membawa
pendidikan ke arah yang lebih baik bersandarkan kepada realiti yang pelbagai dalam
kehidupan pelajar dan persekitaran tempat tinggal yang mereka diami. Selain itu, kita juga
mungkin tertanya-tanya bagaimana kita boleh menghargai dan memanfaatkan kepelbagaian
dalam latar belakang pelajar ini sebagai alat pedagogi untuk memudahkan pengalaman
pengajaran dan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk
mengetahui pedagogi pembelajaran yang sesuai terutamanya dalam persekitaran
pembelajaran pelajar minoriti ini iaitu pelajar di kalangan Orang Asli. Dalam usaha untuk
menangani soalan-soalan ini, adalah perlu untuk kita menilai semula pedagogi sedia ada
dalam pengajaran dan pembelajaran, dan mengilhamkan pedagogi alternatif bersandarkan
kepada epistemologi asas mereka. Tujuan meta-analisis ini adalah untuk menganalisa
pedagogi yang boleh dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran bersama-sama dengan
potensinya dalam mengesahkan kejayaan pelajar dalam suasana pembelajaran yang ada.
Seterusnya, meneroka prinsip-prinsip yang menyokong pedagogi Orang Asli dan alam sekitar
pendidikan serta potensi mereka untuk melengkapi satu sama lain dengan usaha yang lebih
transformatif.
Kata kunci: Pedagogi, persekitaran pembelajaran, Orang Asli, Meta Analisis
APLIKASI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU
KELAS DEWASA ORANG ASLI DAN PERIBUMI (KEDAP)
Abdul Rahim Othman (IPGKSAH)
rahim_othman@ipsah. edu.my
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan didik hibur terhadap program
Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Zon Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk
melihat tahap pemahaman guru-guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Perak. Kajian ini
melibatkan seramai empat puluh orang guru bahasa Melayu di negeri Perak. Kajian ini juga
bagi meninjau hubungan antara pendekatan didik hibur dengan penglibatan guru di dalam
bilik darjah. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dan
analisis korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah pengajaran guru
terhadap pendekatan didik hibur dan meninjau penglibatan guru dalam pendekatan didik
hibur. Dapatan kajian menunjukkan min didik hibur menduduki tempat tertinggi antara
keempat-empat pembolehubah yang dinilai. Sementara analisis korelasi pula menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif antara pengajaran guru dengan pendekatan
didik hibur. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan didik hibur telah diaplikasi
oleh guru-guru bahasa Melayu KEDAP dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pendekatan didik hibur dijangka mampu merangsang murid-murid Orang Asli untuk belajar
dan meningkatkan penguasaan mereka terhadap isi pelajaran yang diajar oleh guru.
Kata Kunci : Didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru dan persekitaran guru
ONLINE SURVEY : KAEDAH PENGUMPULAN DATA MUTAKHIR DALAM
KAJIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN PJ SEKOLAH PERIBUMI PENAN DI
MALAYSIA
Abang Ismail bin Abang Haji Julhi, PhD (IPGK Batu Lintang)
Salmi binti Haji Lilek
Kajian ini cuba meyakinkan penyelidik tentang kelebihan menggunakan online survey dalam
usaha untuk mendapatkan data-data yang sahih daripada responden yang terlibat sesuatu
kajian. Meskipun kaedah ini baru diperkenalkan dalam kajian yang menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif, namun kaedah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seandainya
jaringan internet di sesuatu kawasan mempunyai kapasiti talian yang amat baik dan
memuaskan. Kewujudan kaedah online survey atau SurveyMonkey yang berleluasa
memenuhi lam web sejak mutakhir ini menuntut pengkaji untuk menggunakan kaedah ini
agar transformasi dalam pengumpulan data dapat diperoleh dengan cepat dan dianalisis
dengan mudah serta meyakinkan. Dalam kajian pelaksanaan pengajaran PJ sekolah-sekolah
peribumi Penan, penyelidik menggunakan sepenuhnya online survey ke atas item-item yang
dibangunkan sendiri oleh penyelidik untuk dijawab oleh responden. Kesukaran penyelidik
untuk bergerak kesemua lokasi kajian yang agak jauh di kawasan pedalaman memaksa
penyelidik menggunakan kaedah ini agar responden yang terlibat dalam dijelmakan dalam
kajian ini. Daripada 10 buah sekolah rendah di Sarawak yang menempatkan murid-murid
Penan, hanya 5 buah sekolah sahaja yang berjaya dijejaki oleh penyelidik untuk mentadbir
sendiri online survey sementara 5 buah lagi penyelidik hanya menghantar item-item kajian
melalui email sekolah yang berkenaan. Hasil kaedah ini, penyelidik dapat mengumpul
seramai 180 daripada 242 responden guru di kawasan pedalaman menjawab online survey
dan menghantar balik ke email penyelidik dengan jayanya. Namun begitu, setiap yang baru
agar sukar diterima oleh penyelidik apatah lagi memikirkan sesuatu tempat tidak mempunyai
jaringan internet yang baik. Tambahan pula penyelidik menghadapi masalah untuk
membangunkan kaedah ini disebabkan pengetahuan untuk memperolehnya terhad. Fenomena
ini merupakan antara kekangan dan halangan penyelidik jarang mempraktikkan transformasi
dalam kaedah pengumpulan data terkini. Dapatan kajian ini, membantu guru-guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan beberapa implikasi serta
cadangan kajian telah dikemukakan untuk kesesuaian model pengajaran Pendidikan Jasmani
ini dipraktikkan di sekolah-sekolah Penan di Malaysia.
Kata kunci : Online survey, kaedah mutakhir dan pengajaran PJ sekolah peribumi Penan.
KAEDAH CERAKIN: BAGI MENANGANI MASALAH MEMBACAN AL-QURAN
MURID PERIBUMI SARAWAK
Subandi bin Kasidan (IPGK Rajang)
Kajian ini dijalankan memandangkan masih ramai murid peribumi dalam kawasan kajian
yang mengikuti program j-QAF (Bacaan al-Quran) gagal menguasai kemahiran membaca al-
Quran. Melalui tinjauan yang dibuat dibeberapa buah sekolah, keadaan ini berlaku kerana
kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru program j-QAF gagal menanam
kebolehan membaca semasa muris mengikuti program Bacaan al-Quran dalam kalangan
murid peribumi. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat dibeberapa buah sekolah maka
pengkaji memperkenalkan kaedah “Cerakin” di beberapa buah sekolah sebagai kajian rintis
bagi tahun 2013 dan pelaksanaan kajian sepenuhnya pada tahun 2014. Kajian yang telah
dijalankan selama bererapa bulan di lima buah sekolah yang ada program praktikum j-QAF
akhirnya pelajar peribumi dapat menguasai kemahiran membaca al-Quran perkataan dan
ayat mudah dari surah lazim. Sebelum inovasi dijalankan mereka gagal memberi tumpuan
kepada pembelajaran, namun selepas mengikuti program ini mereka dapat memberi
tumpuan sepenuh masa melalui program belajar.
Kata kunci: j-QAF, al-Quran, cerakin
BAHASA CHE WONG DI MATA UNESCO
Jamal Rizal bin Razali, PhD (UMP)
[email protected], [email protected]
Kertas kerja ini membincangkan perihal keberadaan bahasa Che Wong. Bahasa ini dituturkan
oleh kaum Che Wong yang merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli dan
tergolong dalam Senoi subgroup. Kaum ini sedang mengalami penyusutan jumlah anggota
komunitinya. Sehingga tahun 2014, jumlah anggota masyarakat Che Wong dianggarkan
hanya tinggal sekitar 650 orang (JAKOA). Daripada sudut pandang linguistik, jumlah
penutur sesebuah bahasa sangat berkaitan dengan kelangsungan hidup (survival) sesebuah
bahasa. Hal ini akan mempengaruhi proses pewarisan budaya dan bahasa ibunda mereka ke
generasi berikutnya yang mendorong kepada keusangan, kenazakan dan seterusnya
kepupusan bahasa tersebut. Kepupusan sesebuah bahasa adalah bencana kepada
kelangsungan hidup sesebuah bangsa dan kemanusiaan kerana melalui bahasa, manusia
menyimpan pelbagai maklumat seperti falsafah pemikiran, pandangan dunia, maklumat
perubatan, garis keturunan atau ““weltanschauung”. Melalui Keriteria Kelangsungan Bahasa
yang diperkenalkan oleh UNESCO (Language Vitality Criteria, 2003), keberadaan bahasa
Che Wong akan disoroti bagi mendapatkan gambaran umum tentang nasib bahasa tersebut.
Kata kunci : Che Wong, bahasa terancam, sikap penutur, pilihan bahasa
MENGENAL NOMBOR TUNGGAL MELALUI PERMAINAN TING TING
Mohammad Daud b. Abu Yamin (IPGKTHO)
Halimatun Sa’adiah bt. Harith
Khalidah bt. Khalid
Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan
permainan ting-ting sebagai bahan bantu mengajar dalam meningkatkan penguasaan murid
bagi mengenal nombor tunggal. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid
Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil. Hasil tinjauan awal menunjukkan
responden mempunyai masalah asas dalam mata pelajaran Matematik iaitu tidak mengenal
nombor tunggal. Responden juga tidak memberikan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Responden menunjukkan ciri-ciri tidak berminat
dengan pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia
ada. Kesan daripada tidak mengenal nombor tunggal ini akan menyebabkan murid gagal
dalam membuat operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Instrumen kajian yang digunakan
untuk mengumpul data kajian ialah melalui pemerhatian dan ujian kad imbasan. Pemerhatian
dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Manakala ujian kad imbasan adalah untuk menguji tahap penguasaan
responden dalam mengenal nombor tunggal. Data-data yang dikumpulkan ini digunakan
sebagai data sokongan untuk melihat keberkesanan penggunaan permainan ting ting sebagai
bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Berdasarkan
analisis data yang diperolehi, didapati responden menunjukkan respon yang positif dan
terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Responden dapat
mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan
suasana yang menyeronokkan tanpa rasa bosan. Responden juga dapat menjawab dengan
betul semasa ujian kad imbasan diberikan. Justeru, dapatan yang diperoleh telah
membuktikan bahawa permainan ting ting dapat membantu responden yang mempunyai
masalah mengenal nombor tunggal dan secara tidak langsung dapat menarik minat responden
untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : Permainan ting-ting, nombor tunggal
KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Khairuddin bin Said (IPGKTAA)
Kamarrul Arifin bin Abd Rahman
Kajian ini membincangkan tentang kemahiran insaniah yang mempengaruhi amalan
keguruan para pelajar peribumi kursus Ijazah Sarjana Muda Keguruan Di Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Dalam kajian ini akan menggunakan
kemahiran insaniah yang difokuskan kepada kemahiran komunikasi dan kepimpinan
berdasarkan model yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi
kajian terdiri daripada para pelajar peribumi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan daripada pelbagai bidang pengajian. Seramai 50 orang guru pelatih dipilih
sebagai responden dalam kajian ini. Semua data dikumpulkan dengan menggunakan borang
soalselidik berdasarkan elemen yang telah ditetapkan oleh KPM dan seterusnya dianalisis
menggunakan perisian SPSS Versi 21. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar peribumi
mempunyai kemahiran insaniah yang sangat tinggi dalam elemen komunikasi dan
kepimpinan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para pelajar mampu
menyampaikan maklumat dengan nilai-nilai yang tinggi serta boleh berorganisassi secara
berkesan. Sewajarnya hasil kajian ini mampu memberi satu infomasi yang releven dalam
pengurusan pendidikan peribumi dewasa ini dalam menghadapi situasi pendidikan abad ke
21.
Kata kunci: Insaniah, peribumi, komunikasi
PENILAIAN PELAKSANAAN KELAS DEWASA ASLI PENAN (KEDAP)
Ahamad Rahim, Ph.D (IPGKSM)
Nik Rosli Ibrahim
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid
Orang Asli dan Peribumi (KEDAP). Pelaksanan Program KEDAP ini bertujuan untuk
membantu mereka menguasai kemahiarn membaca, menulis dan mengira dan menimbulkan
kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada anak mereka. Kajian yang dilaksanakan ini
dengan menggunakan kaedah kualitatif berfokuskan kepada guru-guru yang terlibat secara
langsung dengan pelaksanaan KEDAP. Kajian ini melibatkan 5 orang sampel, terdiri
daripada empat orang guru dan seorang pentadbir. Kajian ini dilaksanakan di Sk. Sg. Berua,
Hulu Terengganu, Terengganu. Sekolah yang dipilih ini merupakan sekolah yang mempunyai
100% pelajarnya dalam kalangan murid orang Asli. Kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah
temu bual bersama guru-guru yang terlibat dengan KEDAP. Dapatan kajian ini menunjukkan
peserta KEDAP mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan KEDAP dalam bilik
darjah. Ini berdasarkan kepada empat tema yang dikategorikan iaitu kurikulum/input, tenaga
pengajar, bahan bantu mengajar dan kepentingan pendidikan. Analisis temu bual juga
menunjukkan terdapat beberapa masalah dalam pelaksanaan KEDAP, antaranya ialah peserta
KEDAP tidak mempunyai matlamat yang jelas, dorongan dan motivasi yang rendah, masalah
kekeluargaan, perasaan rendah diri dan pengaruh persekitaran yang tidak mesra pendidikan.
Untuk mengatasinya beberapa cadangan dikemukakan seperti perubahan pedagogi guru,
konsep ‘re-training’ guru, peningkatan komitmen dan pemantauan berkala dan konsisten oleh
pihak berwajib.
Kata kunci : KEDAP, Orang Asli, pendidikan peribumi dan kurikulum
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PEMBELAJARAN NON FORMAL
ORANG ASLI DEWASA: SATU KAJIAN KES
Halif Md Saleh (UPSI)
Ramlee Mustapha
Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program-program
pendidikan non formal Orang Asli dewasa di Malaysia iaitu bagi program Kelas Dewasa Asli
Penan (KEDAP) di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Kelas Dewasa Asli
Peribumi (KEDAP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di bawah anjuran
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian penilaian
program dengan data yang akan diperolehi adalah melalui instrumen soal selidik. Responden
kajian adalah terdiri daripada 30 orang pihak pengurusan program, 30 orang guru dan tenaga
pengajar program, 30 orang pelajar dan pelatih Orang Asli dewasa di seluruh Malaysia yang
mengikuti Program KEDAP KPM, KEDAP JAKOA dan PLKK. Data soal selidik akan
dianalisis melalui perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) 19.0.
Berdasarkan dapatan kajian didapati perancangan dan pelaksanaan ketiga-tiga program telah
dilaksanakan dengan berkesan dengan sebahagian besar nilai skor min menunjukkan ia
berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara julat 3.68 hingga 5.00.
Kata kunci: KEDAP, Orang Asli, JAKOA
PEDAGOGI GURU-GURU SEKOLAH ORANG ASLI DI PAHANG:
SATU PENGAMATAN
Sharifah Zarina binti Syed Zakaria (PhD) (LESTARI, UKM)
Aminuddin bin Mohamed
Muhamad Nazif bin Remli
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menyelidik tentang kefahaman pedagogi dalam kalangan
guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah murid Orang Asli di Pahang.
Metadologi yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif secara kajian kes.Pengutipan data
dilakukan terhadap 15 orang guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah murid
Orang Asli di beberapa daerah di Pahang. Pengutipan data ini dilakukan secara temubual dan
soal selidik, yang berkaitan dengan kursus peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang
diikuti oleh guru-guru itu di bawah kelolaan institut. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah Murid Orang Asli sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan baru dalam pedagogi sebagai amalan terbaik di sekolah-sekolah.
Kajian ini juga menunjukkan guru-guru yang berkhidmat sentiasa bersedia untuk
meningkatkan pengetahuan dalam memahami pedagogi yang bersesuaian dalam
meningkatkan kefahaman murid-murid Orang Asli terutamanya dalam pengajaran seterusnya
berupaya menarik dan meningkatkan kehadiran murid-murid ke sekolah. Implikasi kajian ini
menujukkan kesediaan guru yang sentiasa berusaha mendapatkan pengetahuan baru melalui
kursus-kursus peningkatan pedagogi untuk diaplikasi di sekolah-sekolah perlu dilaksanakan
secara berterusan. Guru-guru bereksperimentasi dengan pelbagai cara pengajaran untuk
disesuaikan dengan kebolehan dan kecerdasan murid berlatarkan kehidupan mesra rimba yang
perlu difahami sebagai prasyarat berkhidmat di sekolah-sekolah Murid Orang Asli.
Kata kunci: Inovasi, pedagogi, amalan terbaik, mesra rimba.
PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM MELALUI INOVASI PUJUKAN
TERARAH DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI SEKOLAH RENDAH
Abdul Hadi Mat Dawi, PhD (IPGK Ipoh)
Yahya Osman, PhD
Zain Hazmi Zain Baharin
Abdul Rashid Abdul Rahman
Ridza Ahmad Nizam Abdul Raof
Memperkukuhkan Pendidikan STEM dalam kalangan murid melalui pendekatan yang
sistematik dan inovatif adalah amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka
penerimaan dan penglibatan dalam pelaksanaan pendidikan STEM melalui Inovasi Pujukan
Terarah (IPT) dalam kalangan murid orang asli sekolah rendah. Dalam kajian ini, IPT telah
direka bentuk dan dibangunkan berasaskan Model Pengintegrasian Teknologi (Roblyer &
Doering, 2013), Model Kelakuan Fogg (Fogg, 2003), dan Model Proses Kreatif Terarah
(Plsek, 1996). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Data-data kajian
dikumpul melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Peserta kajian terdiri daripada murid-
murid orang asli tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pos Raya, Perak. Data-data kajian telah
dianalisis menggunakan Perisian Nvivo versi 8.0. Kajian mendapati bahawa murid menerima
pendidikan STEM melalui aplikasi IPT dengan baik. IPT telah dapat memudahkan
pembelajaran, memberikan faedah dan mengandungi bimbingan terarah bagi mempelajari
pendidikan STEM. IPT dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam pendidikan STEM
melalui perbincangan kolaboratif dan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dalam
menyelesaikan masalah. IPT dapat mencetuskan minat murid dan menyediakan bimbingan
terarah melalui elemen pencetus dalam menyelesaikan masalah dalam pendidikan STEM.
Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan inovasi pujukan terarah perlu diberikan lebih
penekanan dalam reka bentuk pengajaran kerana berpotensi mempercepatkan pembelajaran
dalam kalangan murid.
Kata Kunci: Orang Asli, pendidikan STEM, penerimaan, penglibatan, proses kreatif,
pujukan
PERKAHWINAN CAMPUR DALAM KALANGAN ORANG ASLI MENJADI
PEMANGKIN KEPADA PENINGKATAN AKADEMIK ORANG ASLI
Zolpatai b. Elias (IPGKTAA)
Shaiful Bahari b. Bachik
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan peranan perkahwinan campur antara
orang cina dan orang asli menjadi pemangkin kepada kemajuan akademik orang asli. Kajian
ini telah meneliti lima perkara asas yang menjadi teras kepada kemajuan akademik anak-
anak orang asli. Pertamanya ialah penelitian terhadap elemen-elemen berkaitan diri
responden .keduanya ialah penelitian terhadap perkaitan elemen-elemen keluarga yang
membantu kemajuan dalam masyarakat orang asli. ketiganya ialah berkaitan elemen-elemen
pendidikan anak-anak dalam membantu kemajuan dalam kalangan orang asli.Keempat ialah
elemen-elemen berkaitan dengan kemudahan lain yang boleh membantu kemajuan akademik
dalam kalangan masyarakat orang asli dan yang seterusnya elemen-elemen pengalaman kerja
guru dalam membantu mengembangkan potensi individu orang asli kearah yang lebih baik.
Kajian ini menumpukan kepada sebuah keluarga orang asli yang terlibat dengan perkahwinan
campur dan peranan guru di Sekolah Maran Dua dalam meningkat pencapaian anak orang
asli sehingga berjaya membentuk anak mereka mencapai kejayaan dan berjaya memasuki
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Kaedah penyelidikan di dalam kajian ini
menggunakan kaedah temubual dan borang soal selidik di antara penyelidik dan responden.
Analisis dan tafsiran data dalam kajian ini banyak berpandu berkaitan diri, berkaitan
keluarga berkaitan pendidikan anak-anak, berkaitan kemudahan lain dan bagi soalan bagi
guru ditambah dengan pengalaman pekerjaan. Hasil kajian mendapati kemajuan pelajaran
dalam keluarga orang asli bermula 20 tahun lalu . Proses ini bermula dengan perkahwinan
campur kedua pasangan dikembangkan dengan peranan keluarga yang menitik berat
pendidikan kepada anak dan guru juga memain peranan yang penting dalam mengangkat
kecemerlangan warga orang asli. Di dalam kajian ini juga telah menggunakan tiga dokumen
untuk melihat kemajuan akademik responden yang dipilih. Dalam dapatan tersebut di dapati
peranan keluarga yang memain peranan penting dalam memajukan perkembangan
pendidikan akademik dalam kalangan orang asli. kajian juga mendapati peranan guru juga
memain peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan murid-murid orang asli.
kajian ini juga mendapati taraf pendidikan ibu bapa yang rendah bukan penghalang kepada
kemajuan orang-orang asli. Di samping itu juga kekurangan bantuan dari JAKOA bukan
penghalang kepada orang untuk meningkat dalam akademik. akhirnya kerjasama yang erat
antara guru dan ibu bapa menyebabkan pencapaian akademik menjadi bertambah baik dan
cemerlang.
Kata kunci: JAKOA, orang asli, akademik
PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI: SATU ANALISIS MATLAMAT,
PELAKSANAAN DAN HASIL PENDIDIKAN
Norwaliza Abdul Wahab (UPSI)
Ramlee Mustapha
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif individu yang berkepentingan dalam
pendidikan murid Orang Asli di sekolah rendah. Oleh itu kajian kes dijalankan untuk
memahami proses pendidikan murid Orang Asli berdasarkan aspek matlamat, pedagogi,
institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan yang diadaptasi dari model
GPILSEO. Sumber data diperolehi daripada empat orang murid Orang Asli, dua orang ibu
murid Orang Asli, dua orang bapa murid Orang Asli, empat orang guru, dua pentadbir
sekolah, dan dua orang pemimpin masyarakat Orang Asli sebagai peserta kajian dari dua
buah sekolah rendah Orang Asli di sekitar negeri Pahang. Hasil kajian mendapati dalam
menentukan pendidikan dan persekolahan murid Orang Asli yang berkesan ialah: (i)
kepentingan mewujudkan matlamat yang jelas dan seimbang dalam bidang akademik dan
kokurikulum, (ii) mengintegrasikan pedagogi pribumi dan kurikulum khas untuk murid
Orang Asli, (iii) meningkatkan kualiti kemudahan dan infrastruktur sekolah Orang Asli, (iv)
mewujudkan kepimpinan sekolah Orang Asli yang proaktif dan responsif, (v) meningkatkan
sokongan dan penglibatan setiap pihak, (vi) menjalankan penilaian khas untuk guru dan
murid Orang Asli, dan (vii) meningkatkan rasa pemilikan terhadap sekolah Orang Asli.
Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek pendidikan tersebut perlu dijadikan panduan
dalam merangka satu pendidikan khas untuk murid Orang Asli. Antaranya menyediakan
latihan yang responsif terhadap budaya dan bahasa masyarakat Orang Asli di setiap institut
perguruan supaya pelaksanaan pedagogi dapat ditingkatkan, mengadakan alat bantu mengajar
serta prasarana yang kondusif bagi menggalakkan pembelajaran murid, menggerakkan
kepimpinan sekolah dengan meletakkan guru besar yang cemerlang dan lebih
berpengalaman, menggalakkan penglibatan NGO dalam menjadikan sekolah Orang Asli
sebagai sekolah angkat, menjalankan penilaian akademik yang lebih sesuai dengan tahap
kebolehan dan minat murid Orang Asli serta mempertingkatkan rasa pemilikan yang tinggi
terhadap pendidikan murid Orang Asli supaya mereka menjadi sebuah masyarakat yang lebih
berdaya saing tanpa menghilangkan identiti mereka sebagai sebuah masyarakat pribumi di
negara ini.
Kata kunci: pendidikan murid Orang Asli, pedagogi pribumi, sekolah Orang Asli
INOVASI DALAM PEDAGOGI PERIBUMI
Isa Ab.Hamid (JAKOA, Pahang)
Inovasi dalam Pedagogi Peribumi merujuk kepada kaedah-kaedah baru yang pratikal dan
relevan dengan murid Orang Asli untuk peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pedagogi Pedribumi akan menjelaskan keadah menginovasikann pengajaran dan
pembelajaran, Kurikulum dan Ko-Kurikulum, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Kelas
dan Alat Bantu Mengajar (ABM), Pentaksiran dan Penilaian, dan Kajian Penyelidikan.
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Peribumi bukan dilihat dalam aspek ‘software’ nya
sahaja, tetapi ‘hadrware’ juga perlu diberi perhatian supaya keseimbangan aspek ‘software’
dan ‘hardware’ dapat memberikan impak Pedagogi yang menyeronokan (‘enjoy learning’).
Aspek paling penting dalam memperkasakan Pendidikan Peribumi ialah bahasa penghantar di
Sekolah Peribumi. Bahasa penghantar selain bahasa Orang Asli agak menyulitkan kefahaman
dan pemahaman dalam sesuatu Pedagogi Peribumi. Dalam kokurikulum, pelbagai aktiviti
sukan, permainan, kebudayaan boleh diketengahkan bagi meningkatkan inovasi dalam
Pedagogi Peribumi. Menyumpit dan bersewang merupakan aktiviti luar bilik darjah digemari
oleh murid Orang Asli. Sumpit dan sewang perlu diolah supaya lebih kontemperari dan
berdimensi baru. Inovasi dalam pentaksiran dan penilaian bahasa Orang Asli perlu diberi
ruang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepertimana bahasa masyarakat lain
seperti bahasa cina, tamil, Iban, Punjabi, kadazan dan sebagainya. Pentaksiran dan Penilaian
pendidikan peribumi hendaklah diperluaskan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Penilaian terhadap kongnitif, psikomotor dan apektif murid peribumi hendaklah selari dengan
nilai budaya atau aktiviti pendidikan yang bersifat ilmiah dan intelektual dalam Masyarakat
Orang Asli. Prasarana juga yang perlu diinovasikan. Kekurangan prasarana bagi sekolah di
luar bandar adalah lumrah kerana kekangan kos yang tinggi, kesukaran operasi dan mobiliti.
Sememang perkara ini tidak dielakkan, maka pendidik mesti kreatif dan inovatif bagi
menginovasi ruang prasarana supaya sesuai dan ‘mencukupi’ bagi keperluan Pedagogi
peribumi. Pendidik hendaklah berani keluar dari sistem yang ada untuk menyesuaikan
kekurangan prasarana di luar bandar dengan ruang Pedagogi Peribumi. Kajian penyelidikan
amat dalam meletakkan konsep intelektual dalam kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam
Pedagogi Peribumi. Kepakaran dan kemahiran Orang Asli dalam herba perubatan, ikhtiar
hidup dan ilmu hutan tidak boleh dinafikan dan sepatut ianya dijadikan kajian ilmiah para
pendidik. Kesimpulannya, inovasi dalam Pedagogi Peribumi adalah untuk proses
transformasi pendidikan Orang Asli. Ruang dan peluang perlu diberi kepada pihak
berkepentingan dengan pendidikan Masyarakat Orang Asli sebagai proses keadilan sosial
Pendidikan Peribumi.
Kata kunci: Peribumi, Orang Asli, pedagogi
“Nong Pai” MEMANTAPAN SEBUTAN KONSONAN SENGAUAN ‘ny’ dan ‘ng’ .
SATU INOVASI
Mohammad Shamsudin bin Jamiran(IPGK Kota Bharu)
Abdul Halim bin Konting
Rosley bin Mustapha
Wan Zaini bin Wan Ismail
Dalam era pendidikan abad ke 21, pelbagai medium digunakan untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) merupakan salah satu
medium yang menjadi pilihan bagi setiap pendidik sama ada di peringkat universiti, institut,
dan sekolah. Murid suku kaum Asli tahap satu didapati menghadapi kesukaran menguasai
konsonan sengauan ‘ny’ dan ‘ng’. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan
dalam memantapkan sebutan konsonan sengauan ‘ny’ dan ‘ng’menggunakan inovasi ‘Nong
Pai”. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah Penempatan Semula Orang Asli di negeri
Kelantan yang terdiri daripada suku kaum Temiar. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada
murid tahun satu, seramai 10 orang. Murid didapati berminat dengan penggunaan “nong Pai”
dalam proses P&P di dalam dan diluar bilik darjah. Hasil dapatan dan pemerhatian yang
dijalankan menunjukkan 8 orang atau 80 % sampel menunjukan keberkesanan dalam
menjawab soalan-soalan lisan yang diutarakan oleh penyelidik. Jelasnya, penggunaan
peralatan dan perisian mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid orang Asli di
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, perisian, pengajaran dan pembelajaran
TAHAP KESEDARAN METAKOGNISI PELATIH PERIBUMI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS
Tan Sheau Yann
Lim Ming Hui
Kajian ini meninjau tahap kesedaran metakognisi guru-guru pelatih peribumi di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Kajian ini juga meninjau
perbezaan tahap kesedaran metakognisi antara pelatih peribumi PPISMP dan PISMP. Selain
itu, kolerasi antara tahap kesedaran metakognisi dengan pencapaian akademik mereka juga
dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan alat kajian Mecognitive Awareness
Inventory (MAI) dalam bentuk soal selidik yang dibina oleh Schraw dan Dennison (1994).
Kajian ini melibatkan responden seramai 95 orang. Statistik deskriptif min, peratusan min,
sisihan piawai, Cohen’s d dan Pearson r telah digunapakai. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa tahap kesedaran metakognisi kedua-dua kumpulan pada lingkungan sederhana tinggi
ke tahap tinggi. Rata-ratanya kesedaran metakognisi pelatih PISMP lebih tinggi daripada
tahap metakognisi pelatih PPISMP. Tiada hubungan antara tahap metakognisi dan
pencapaian akademik mereka.
Kata kunci: Metakognisi, guru pelatih peribumi, pencapaian akademik
GAYA BELAJAR MURID PERIBUMI DAN PERSEPSI GURU :
SATU PERBANDINGAN
En.Mohd Din Bin Haron (IPGKKB)
En. Shukri Bin Ismail
En. Mohd Zamri Bin Abdullah
Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya belajar murid pribumi
dengan persepsi guru terhadap gaya belajar ini berdasarkan kepada teori yang dipeloporkan
oleh DePorter, B.1992 . Beliau membahagikan gaya belajar kepada tiga iaitu gaya belajar
visual,auditori dan kinestatik. Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dimana soal selidik
dan data primer daripada sekolah diambil kira. Dua set soal selidik gaya belajar oleh
DePorter, B.1992 diubahsuai untuk guru dan murid.Analisis data mengunakan perisian
SPSS.Pekali kebolepercayaan alpha crombach digunakan dan untuk murid bernilai 0.94
manakala untuk guru 0.92. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya belajar visual (59 %)
mendominasi gaya auditori (29%) dan gaya kinestatik (22%) bagi murid. Ujian t-test antara
jantina menunjukkan signifikan bagi gaya belajar visual(P=0.047) pada aras kertian 0.05.
Sebaliknya dari segi persepsi guru pula gaya belajar kenestatik(55 %), auditori (35%) dan
visual( 10%). Gaya belajar kinestatik dikalangan murid menunjukkan sumbangan yang tinggi
terhadap pencapaian akademik. Ini disebabkan gaya ini merupakan gaya yang paling popular
digunakan oleh guru semasa P&P. Dapatan juga menunjukan bahawa pengalaman mengajar
guru memberi kesan kepada persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Guru yang lebih lama
mengajar menunjukkan kecenderungan untuk lebih mengenali gaya belajar murid yang betul
iaitu visual berbanding guru baru yang dominan kepada gaya belajar kinestatik.
Kata kunci: DePorter, kinestatik, gaya belajar
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK KSSR DI
SEKOLAH RENDAH ORANG ASLI
Dr Fan Siong Peng (IPGK Sultan Mizan, Besut, Terengganu)
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran terpenting dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Di peringkat sekolah rendah, empat aspek iaitu Standard Proses, Kemahiran
Matematik, sikap dan nilai, dan bidang pembelajaran diintegrasikan bersama dalam
melahirkan murid yang boleh berfikrah matematik. Memandangkan KSSR digunakan secara
universal merentas semua jenis sekolah, maka kajian ini dilaksanakan bagi membina model
pengajaran dan pembelajaran Matematik KSSR di Sekolah Rendah Orang Asli. Model ini
penting bagi menjelaskan pelaksanaan sebenar pengajaran dan pembelajaran berbanding
standard KSSR yang ditetapkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum khususnya di
sekolah orang Asli. Reka bentuk kajian ialah kajian kes yang mana data dikumpul secara
temu bual yang melibatkan lima orang guru yang mengajar Matematik KSSR Tahun Satu
hingga Lima di salah sebuah sekolah orang asli di negeri Terengganu. Selain itu, data juga
dikumpulkan secara pemerhatian pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru berkenaan.
Dapatan kajian akan diperjelaskan dalam seminar kemudian nanti.
Kata kunci: Model Matematik KSSR, sekolah orang Asli, pengajaran dan pembelajaran
PROGRAM “YEA CA’EN” DI SEKOLAH MURID ORANG ASLI
Mohd Shah bin Mohd Ali (SK Bukit Gemuruh)
Ramnah bt Adam
Ku Yusri b Ku Kudin
Program menangani masalah kehadiran murid ke sekolah ( YEA CE’EN) adalah bertujuan
menggalakkan murid- murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah dan mengikuti kurikulum
yang disediakan sama seperti murid- murid lain. Ia juga akan mencungkil keberkesanan
penggunaan modul Yea Ce'en dalam usaha menarik minat murid- murid Orang Asli ini untuk
terus mengekalkan prestasi kehadiran mereka ke sekolah. Melalui kajian ini juga diharapkan
akan dapat membantu meningkatkan penguasaan mereka dalam semua kurikulum yang
ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah melibatkan murid-
murid Orang Asli di daerah Bera, khasnya SK Bukit Gemuruh yang terdiri daripada 127
orang murid di mana mereka adalah daripada anak- anak Orang Asli penduduk Kampung
Bukit Gemuruh, Kampung Bongkok dan Kampung Chuat. Seterusnya program ini telah
dilaksanakan bermula dari Januari 2015 hingga Ogos 2015. Dengan yang demikian data
penilaian dipungut dan direkodkan bagi menentukan kejayaan Modul Yea Ce’en berdasarkan
kepada rekod kehadiran murid yang dicatat setiap hari. Bagi memastikan keberkesanan
program beberapa aktiviti di dalam modul yang telah dirangka terbukti berupaya menambah
peratus kehadiran murid. Ini berdasarkan kepada peningkatan peratus kehadiran murid yang
memberangsangkan dalam tempoh program dilaksanakan berbanding sepanjang tahun 2014.
Diharapkan penggunaan modul ini akan memberi impak yang sangat baik kepada murid
dalam memperkukuhkan penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana yang dikehendaki
dalam kurikulum kebangsaan.
Kata kunci: Orang Asli, Bukit Gemuruh, Yea Ce’en
PENGARUH KEBUDAYAAN DALAM PEDAGOGI PENGAJARAN PSV MURID
PENAN DI SARAWAK
Egmal Bin Hj Adin (IPGK Batu Lintang)
Dr. Mohd. Zahidiee Bin Arshad
Dr. Abdul Halim b Husain
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pengaruh kebudayaan dalam hasil karya murid Penan
di Baram, Sarawak dalam aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visua l(PSV) di sekolah-
sekolah etnik Penan di Sarawak. Karya-karya murid dipilih sebagai subjek perbincangan
dengan mendiskripsikan keseluruhan karya itu. Hasil karya murid Penan ini akan dianalisis
dalam konteks formalistik dan diinterpretasikan bersama. 15 buah hasil karya murid di
sekolah Penan dalam daerah Baram telah dipilih melalui persampelan bertujuan.
Pengumpulan data kajian melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan
kaedah temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan informan
menghuraikan apa yang difikirkannya kepada pengkaji. Analisis data kajian untuk analisis
karya menggunakan model analisis oleh Feldman(1967). Dalam model ini, pengumpulan data
bergerak dengan analisis data selagi mana pengkaji masih mahu meneruskan
penyelidikannya. Hasil kajian mendapati terdapat unsur-unsur asas yang penting. Antaranya
ialah pengaruh persekitaran, pengetahuan, perilaku, nilai dan keperluan dalam budaya
masyarakat yang mempengaruhi murid Penan ini. Hasil kajian ini memberikan sumbangan
dalam pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan kemajuan akademik
masyarakat Penan terutama mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan seni dan ciri-
ciri tradisional serta budaya tidak boleh dinafikan sumbangannya dalam pembentukan
kurikulum pelbagai masyarakat dan etnik di Malaysia.
Kata Kunci : Pengaruh budaya, pengajaran dan pembelajaran, murid dan karya
TAHAP KRITERIA KRITIKAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAGI GURU PRASEKOLAH ORANG ASLI
Fazli bin Mohd Bazin (IPGK Tengku Ampuan Afzan)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) merupakan penambahbaikan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Bagi melihat sejauhmana pelaksanaan kurikulum ini,
pemerhatian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah penting. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji tahap kriteria kritikal dalam pengajaran dan pembelajaran
guru-guru prasekolah Orang Asli di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini
berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian mengunakan borang Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Versi 2010 (Pencerapan P&P Guru (SKPM 2010). Terdapat 12 aspek
yang dinilai semasa pencerapan. Seramai 16 guru prasekolah yang mengajar di sekolah
murid Orang Asli terlibat di dalam kajian ini. Data dianalisis secara manual. Dapatan kajian
menunjukkan 2 kes pada tahap Lemah, 8 pada tahap Harapan, 3 pada tahap Baik dan 3 pada
tahap Cemerlang. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru prasekolah dan pihak-
pihak yang berkaitan menambahbaik dan meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran
guru-guru prasekolah khususnya di sekolah-sekolah murid Orang Asli.
Kata kunci: Prasekolah, pengajaran dan pembelajaran, sekolah murid Orang Asli
MATLAMAT KERJAYA DALAM KALANGAN MURID PERIBUMI JAKUN DI
TERENGGANU
Fouziah Mohd, Ph.D (IPG Kampus Dato’ Razali Ismail)
Rohani Abdul Hamid, Ph.D
Pemilihan kerjaya yang tepat serta memberi hasil pulangan yang setimpal menjadi fokus
utama murid dan keluarga dalam merancang kerjaya. Matlamat yang jelas dalam pemilihan
kerjaya mendorong murid untuk berusaha dan mengatur strategi bagi mencapainya. Kajian
berbentuk kualitatif ini mencungkil dan meneroka matlamat pemilihan kerjaya dalam diri
murid peribumi di Kemaman, Terengganu. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan temu
bual dengan murid, guru dan ibu. Dapatan kajian menunjukkan faktor luaran dan dalaman
diri murid menentukan pemilihan kerjaya. Semua peserta kajian mempunyai konsepsi yang
sama terhadap pemilihan kerjaya dengan tidak yakin untuk meneruskan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang tidak menggalakkan
serta tidak mempunyai maklumat yang jelas dalam kerjaya. Implikasi dapatan kajian
mencadangkan agar pihak sekolah, masyarakat dan agensi yang terlibat secara langsung
dalam pembangunan masyarakat peribumi meningkatkan usaha dalam menyampaikan
maklumat kerjaya agar mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam kerjaya.
Kata kunci: peribumi, matlamat kerjaya, faktor dalaman, faktor luaran,
SEKOLAH BERKESAN DAN AMALAN TERBAIK PEDAGOGI:
SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH
DI ROTORUA DAN HAMILTON, NEW ZEALAND
Mustaffa Kamal Osman (Institut Aminuddin Baki)
Mohd Zaidi Basir
Rosnani Kaman, Ph.D
[email protected]; [email protected]; [email protected]
Kajian ini bertujuan meneroka ciri kepimpinan sekolah berkesan dan amalan terbaik
pedagogi di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berbangsa Maori di New
Zealand. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan
kaedah temubual dan pemerhatian di lima buah sekolah rendah di Rotorua dan Hamilton.
Kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan kerangka sekolah berkesan oleh Mortimore (1995).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemimpin sekolah yang dikaji mengamalkan lapan ciri
sekolah berkesan, iaitu: 1). kepimpinan profesional; 2) perkongsian wawasan dan matlamat;
3) suasana pembelajaran yang unggul; 4) pengajaran yang mempunyai hala tuju yang jelas; 5)
pengharapan yang tinggi; 6) pengukuhan positif; 7) pemantauan kemajuan; 8) permuafakatan
sekolah-komuniti. Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran kolaboratif, inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan model kepimpinan
sekolah berkesan serta inovasi dalam pedagogi. Kajian ini mencadangkan bahawa untuk
meningkatkan inovasi dalam amalan pedagogi, pemimpin sekolah hendaklah mengamalkan
ciri kepimpinan sekolah berkesan. Di samping itu, kajian ini turut mencadangkan pemimpin
pendidikan melakukan inovasi dengan mengambilkira latarbelakang etnik murid-murid serta
tidak mengetepikan bahasa peribumi sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengkaji seterusnya disarankan menjalankan kajian dengan melihat semula
aspek metodologi kajian, kerangka kepimpinan, amalan pedagogi serta penguasaan bahasa
peribumi sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan minat belajar dalam kalangan
peribumi di Malaysia.
Kata kunci: Kepimpinan sekolah berkesan, pembelajaran kolaboratif, inkuiri penemuan,
kemahiran berfikir
MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR PERIBUMI
MELALUI PROGRAM NILAM
OLEH
NORAFIZAH ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SK SERI BIRAM PEKAN PAHANG
ABSTRAK
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pengabungan
atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah
termasuk sekolah masyarakat peribumi dengan memberi pengiktirafan yang sesuai
kepada pelajar yang berjaya mengikuti program ini sepanjang ia dilaksanakan.
Program ini adalah suatu pendekatan untuk mengalakkan penyuburan tabiat
membaca yang berterusan sehingga mencapai objektif untuk melahirkan ‘avid
reader’ ( atau pembaca bersemangat).Penyuburan budaya ilmu dengan memberi
penekanan kepada pendidikan seumur hidup dapat dicapai melalui pemupukan
budaya membaca, belajar berfikir dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang
lain. Melalui Program NILAM aktiviti membaca telah diperkenalkan dan dilaksanakan
secara efektif. Melalui aktiviti ini pelbagai strategi telah digunakan untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan pelajar peribumi. Budaya dan sikap masyarakat
pribumi banyak mempengaruhi pandangan mereka terhadap pendidikan dan amalan
budaya membaca. Bagi mendepani cabaran ini pihak sekolah melalui Program
NILAM telah menjalankan pelbagai pendekatan dalam bagi menarik minat pelajar-
pelajar peribumi meningkatkan kemahiran membaca dan menanam sikap suka
membaca dalam kalangan mereka. Peningkatan amalan suka membaca mampu
membawa pelajar peribumi ke satu tahap yang lebih baik dan sekaligus
meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Pembangunan tamadun ilmu merupakan
salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah
negara . Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mendepani
cabaran Pendidikan Abad ke 21 termasuk sekolah-sekolah masyarakat peribumi di
Malaysia.
Kata Kunci : NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca