ii - fp.utm.my · Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran...
Transcript of ii - fp.utm.my · Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran...
ii
PENERAPAN KEMAHIRAN ‘EMPLOYABILITY’ DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU.
NOOR MURNI BTE ABD SUKOR
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : Noor Murni Bte Abd Sukor
Tarikh : …………………………….
iv
DEDIKASI
Teristemewa Buat……………. Keluargaku…….
Aminah Bte Beeran………….. Seorang ibu yang banyak memberi sokongan
Abd Sukor Bin Abd Rahim…. Seorang ayah yang banyak membantu tanpa
jemu
Noor Ashikin…………. Kakak yang banyak memberi tunjuk ajar
Mohd Edil ……………. Abang yang mengajarku
Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya
Budi dan jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat…Insyaallah…
Terimakasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar kepada ku….jasa kalian akan sentiasa ku
kenang…
Tidak lupa uacapan terimakasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu dalam menghasilkan Projek Sarjana Muda ini…
Berjaya jua kita akhirnya…………….
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani
Bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah
saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.
Pertama sekali ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Hjh Noraini Bte Mohd Noor
selaku pensyarah pembimbing saya. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar,
bimbingan, nasihat, dorongan dengan sabar dalam usaha menyiapkan projek
penulisan ini.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang turut
memberikan kerjasama kepada saya iaitu Pn. Azira yang banyak membantu saya
dalam memberi maklumat dan mengaturkan masa pertemuan dengan pelajar-pelajar
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) dan pelajra-pelajar ILPPG yang
sanggup meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Kerjasama dari kalian
semua amat saya hargai dengan ucapan terima kasih.
Tidak dilupa juga penghargaan ini kepada kedua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan dan membantu saya dalam saya membuat PSM ini. Selain
itu, rakan-rakan seperjuangan serta pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sekian wassalam.......
vi
ABSTRAK
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran
‘employability’ yang diterapkan oleh tenaga pengajar di Institut Latihan
Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG). Dalam konteks kajian ini, hanya tiga elemen
yang dikaji iaitu penerapan kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan
kemahiran kerja kumpulan. Seramai 48 orang responden yang terlibat dalam kajian
ini. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk kajian ini. Kaedah sekala
likert 5 mata digunakan untuk mendapatkan maklumat. Data dianalisis secara
deskriptif dengan menggunakan peratusan. Dapatan kajian dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sceince (SPSS) versi 11.5.
Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan kemahiran akademik yang diterapkan
oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran
berkomunikasi, kemahiran mengurus sumber, kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah dan kemahiran menggunakan nombor. Manakala dalam penerapan
kemahiran mengurus diri pula tenaga pengajar menerapkan kemahiran bersikap
positif, bertanggungjawab dan kemahiran menyesuaikan diri. Akhir sekali,
kemahiran kerja kumpulan pula yang diterapkan oleh tenaga pengajar ialah
kemahiran bekerjasama dengan orang lain dan kemahiran melibatkan diri di dalam
sesuatu projek atau kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan
responden telah diberi penerapan kemahiran ‘employability’. Ini kerana peratusan
purata setiap soalan kajian berada pada tahap tinggi iaitu melebihi 80%.
vii
ABSTRCT
The purpose of this research is to identify the inclusion of employability skill
by lecture in Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG). In the context of
this research, only 3 skill were analyzed namely academics skill, personal
management skill and teamwork skill. 48 respondents are including in this research.
Questionnaire is the instrument used to gather all the data for this research. Laikert
scalar 5 point method used to get the information. Data were analyzed descriptively
using percentage. The research finding was analyzed using the Statistical Package for
Social Sceince (SPSS) version 11.5. The finding of the research show that inclusion
of academic skill is by lecture in teaching and learning process is communication
skill, management source skill, thinking skill and solve the problem and used number
skill. While inclusion in personal management skill, the lecture include positive
attitudes and behaviors skill, responsibility and personal accommodate skill. Finally,
team working skill include by lecture is working together with other people skill and
personal involve in the project or group skill. The outcome of the study shows that
the entire respondent has the inclusion of employability skill. That why because the
average percentage of research questions has a high level is more that 80%.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB
PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Kaedah Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1
3
6
6
7
7
8
8
9
ix
1.10 Definisi Konsep
1.10.1 Penerapan
1.10.2 Kemahiran ‘Employability’
1.10.3 Kemahiran Akademik
1.10.4 Kemahiran Kerja Kumpulan
1.10.5 Kemahiran Mengurus Diri
1.10.6 Tenaga Pengajar
1.10.7 Pelajar
1.10.8 ILPPG
1.11 Penutup
9
9
10
10
10
11
11
11
11
12
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
(ILPPG)
2.3 Kemahiran ‘Employability’
2.4 Kemahiran Akademik
2.4.1 Kemahiran Komunikasi
2.4.1.1 Ciri-Ciri Kemahiran Berkomunikasi
2.4.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah
2.4.2.1 Ciri-Ciri Kemahiran Menyelesai
Masalah
2.4.3 Kemahiran Berfikir
2.4.3.1 Ciri-Ciri Kemahiran Berfikir Secara
Kritika dan Kritis
2.5 Kemahiran Mengurus Diri
2.5.1 Kebolehan Bersikap Positf
2.5.1.1 Tunjukan Minat dan Usaha
13
13
14
14
15
16
18
18
19
22
22
24
24
x
2.5.1.2 Berkeyakinan dan Rasa Bahawa Diri
Bagus
2.5.1.3 Berhadapan Dengan Orang Lain,
Masalah Dan Situasi Dengan Juju,
Iklas Dan Dengan Penuh Etika
2.5.1.4 Menerima dan Belajar dari Kesilapan
2.5.2 Kebolehan Bertanggungjawab
2.5.2.1 Menetapkan Matlamat
2.5.2.2 Bertanggungjawab Terhadap Tindakan
Yang Diambil
2.5.2.3 Merancang dan Mengurus Masa,
Keewangan dan Sumber Lain
2.5.2.4 Mendisplikan Diri
2.5.3 Kebolehan Menbuat Penyesuaian
2.5.3.3 Berfikiran Terbuka dan Membuat dan
Membuat Perubahan yang Membina
2.5.3.2 Menjadi Lebih Fleksibel
3.5.3.3 Mengiktiraf dan Menghormati
Perbezaan Pendapat
2.6 Kemahiran Berkumpulan
2.6.1 Cir-ciri Kemahiran Berpasukan
2.6.1.1 Bekerja Dengan Orang Lain
2.6.1.2 Keterlibatan Dalam Projek atau
Tugasan
2.7 Masalah Penerapan Kemahiran
‘Employability’
2.8 Penutup
25
25
26
26
27
27
28
28
29
29
29
30
30
31
31
32
33
34
xi
BAB 3
METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.3.1 Pemilihan Sempel
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Kajian Rintis
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Analisis Data
3.7 Penutup
35
35
36
37
37
39
40
42
43
BAB 4
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Bangsa
4.2.3 Agama
4.2.4 Umur
4.2.5 Bidang
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran akademik dalam proses
penagajaran dan pembelajaran?
4.3.2 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran mengurus diri dalam proses
penagajaran dan pembelajaran?
44
45
45
46
46
47
48
48
49
53
xii
4.3.3 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran kerja kumpulan dalam proses
penagajaran dan pembelajaran?
4.4 Rumusan
56
59
BAB 5
KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan
5.2.1 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran akademik yang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
5.2.2 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran mengurus diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
5.2.3 Adakah tenaga pengajar menerapkan
kemahiran kerja kumpulan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
5.2.4 Rumusan
5.3 Perbincangan Kajian
5.3.1 Penerapan kemahiran akademik yang
diterapkan oleh tenaga pengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
5.3.2 Penerapan kemahiran mengurus diri yang
diterapkan oleh tenaga pengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
5.3.3 Penerapan kemahiran kerja kumpulan
yang diterapkan oleh tenaga pengajar
61
62
62
64
66
68
69
69
73
xiii
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5.3.4 Rumusan
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
77
79
79
80
BIBILOGRAFI
82
LAMPIRAN
87
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Elemen Kemahiran ‘Employability’
38
3.2 Pelaksanaan Kaedah Skala likert
39
3.3 Skala Pemeringkatan 5mata
42
3.4 Rajah Penilaian Terhadap Respondan
43
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina
46
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa
46
4.3 Taburan responden berdasarkan agama
47
4.4 Taburan responden berdasarkan umur
57
4.5 Taburan responden berdasarkan kursus
48
4.6 Skala peringkat 5 mata
49
4.7 Hasil analisis persoalan kajian 1
52
4.8 Hasil analisis persoalan kajian 2
55
4.9 Hasil analisis persoalan kajian 3
58
4.10 Hasil analisis keseluruhan persoalan kajian
60
xvi
SENARAI SINGKATAN
ILP - Institut Latihan Perindustrian
ILPPG - Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
KS - Kurang Setuju
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS - Statistical Packege for Social Sceince
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 87
B Surat Pengesahan Item Soal Selidik 93
C Nilai Alpha 95
D Surat-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 97
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Misi nasional yang dikemukan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan
(RMK-9) bukan sahaja berpaksikan usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang hanya
tinggal 12 tahun sahaja lagi, tetapi juga bertujuan untuk membina tamadun negara
yang dihuni oleh masyarakat berkeperibadian mulia di sebuah negara kelas pertama
menjelang tahun tersebut. RMK-9 menyatakan bahawa modal insan berkualiti
merupakan objektif yang paling penting bagi mencapai Misi Nasional ini.
Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, produktiviti dalam pekerjaan
perlu dipertingkatkan. Penyelarasan antara pendidikan dan perkerjaan perlu diberi
penekanan supaya penghasilan dalam pendidikan memenuhi kerperluan dan
kehendak majikan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam mutu
pengeluaran.
Pendidikan kemahiran ‘employability’ dan pembelajaran sepanjang hayat
akan menjadi kunci kejayaan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ‘employability’, pengetahuan ‘employability’ dan keupayaan
‘employability’ jika digabungkan bersama nilai positif, sikap positif serta adap
tatasusila masyarakat timur, akan melahirlah Bangsa Malaysia yang cintakan negara
serta menghormati perlembagaan dan Rukun Negara.
2
Menurut Ibrahim (2002), tenaga manusia dalam era globalisasi bekerja dalam
alam bersifat “flexitime” dan “self-paced”. Dalam keadaan demikian, pekerja akan
berdepan dengan perubahan mendadak dan berterusan pertukaran persoalan,
perubahan produk dan penstrukturan semula organisasi.
Selain itu, kebanyakan taksiran kemahiran ‘employability’ hanya
menfokuskan aspek personaliti sikap, tabiat dan kelakuan, teknik berkomunikasi,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan proses mengurus sesbuah
organisasi (Lankard, 1990). Menurut Motel kerangka kemahiran ‘employability’
yang didefinisikan oleh Rashid dan Yahaya (2003), kemahiran ‘employability
mempunyai tiga kemahiran utama iaitu kemahiran akedemik, kemahiran mengurus
diri dan kemahiran berpasukan.
Manakala Robinson (2000), menyatakan kemahiran ‘employability’ dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu:
a) Kemahiran akademik asas iaitu; membaca, menulis, mengiran dan mendengar
b) Berfikir tahap tinggi (hight oder-thinking) yang merangkumi aspek berfikir,
menaakul, membuat keputusan dan menyelesai masalah
c) Kualiti peribadi yang merangkumi aspek kemhiran sosial, sikap kerja yang baik,
bekerjasama, keyakinan diri dan bertanggung jawab.
Gainer (1998), dalam Lankard (1990), merumuskan kemahiran “emplobility’
sebagai ketrampilan individu, kebolehpercayaan individu, kemahiran
pengubahsuaian ekonomi dan kemahiran berorganisasi, berkomunikasi, kemahiran
berkelompok dan berbudaya manakala kemahiran kebolehpercayaaan individu
merangkumi pengurusan individu, etika dan kemahiran vokasional, kemahiran
pengubahsuaian ekonomi meliputi; menyelesai masalah, kemahiran membuat
keputusan dan pembangunan kerjaya. Kemahiran beroganisasi secara efektif pula
meliputi kemahiran interpersional, kemahiran perundingan, kreativiti dan
kepimpinan.
Kemahiran ‘employability’ amat diperlukan oleh setiap orang pelajar untuk
masuk ke alam pekerjaan. Kemahiran ini perlu sentiasa diterapkan dalam sistem
3
pendidikan terutam di dalam sistem pendidikan di institusi kemahiran dan teknikal
bagi melahirkan pekerja yang memiliki kedua-dua kemahiran teknikal dan bukan
teknikal yang diperlukan di dalam bidang pekerjaan masa kini. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh Mohd. Yusof Mohd et al (1995), dalam Rasyid dan Yahya (2003),
mendapati terdapat beban kerja elemen kualiti yang mesti ada pada graduan teknikal
dan vokasional seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif dan lain-lain
bagi menghadapi cabaran masa depan yang mencabar dan dinamik.
Oleh itu, pihak institusi pendidikan haruslah memberikan penekanan terhadap
kemahiran ‘employability’ disamping kemahiran teknikal supaya pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sewaktu mereka memasuki alam
pekerjaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia pekerjaan yang semakin rumit pada masa kini menyebabkan para
majikan memerlukan pekerja yang berkemahiran. Bidang pekerjaan pada masa kini
memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran (multi skill), mahir
menggunakan teknologi maklumat dan yang paling penting mempunyai kemahiran
‘employability’ (Nabi 2003). Pekerja yang menpunyai kemahiran teknikal dan
kemahiran ’employability’ sudah pasti menjadi pilihan utama para majikan. Menurut
Buck dan Barrick (1987), kemahiran ‘employability’ merupakan atribut atau ciri
seorang pekerja yang menjadikan mereka sebagai aset kepada majikan selain
daripada kemahiran teknikal. Namun begitu, ciri-ciri ini kurang dimiliki oleh pelajar
lepasan institusi teknikal dan vokasional karana mereka banyak diterapkan dengan
kemahiran teknikal sahaja dalam sistem pembelajaran (Ramlee, 1999 dalam Noraini
et al).
Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa para majikan tidak berpuas hati
dengan kualiti graduan yang memasuki pasaran kerja. Kegagalan paling kritikal
4
dalam pendidikan dan latihan yang diberikan kepada graduan adalah melibatkan
aspek personal, sosial dan kemahiran komunikasi (Clark, 1997). Menurut Clark lagi,
kegagalan meliputi kemahiran menulis, kemahiran membaca (literasi) dan kemahiran
mengira juga semakin meningkat di kalangan para pelajar.
Menurut sebuah kajian, 81% daripada pegawai pendidikan negeri
mengenalpasti persediaan pelajar untuk bekerja sebagai isu paling kritikal dalam
dunia pendidikan untuk duapuluh tahun yang akan datang (Zinser, 2003). Fallow dan
Steven (2000) dalam Zinser (2003), menerangkan penerapan kemahiran
‘employability’ dalam kurikulum akademik merentasi segala displin adalah perlu
supaya pelajar dibekalkan dengan pelbagai kemahiran seperti komunikasi,
merancang dan penyelesaian masalah, pembangunan sosial dan interaksi. Kajian oleh
Chi-Kim dan Lewis (1998) menyatakan bahawa para pelajar memerlukan kemahiran
umum yang kukuh untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan pada masa
depan. Antara kemahiran yang diperlukan ialah komunikasi, keberkesanan
berorganisasi (organization effectiveness) dan pengurusan diri. Oleh itu, penerapan
kemahiran ‘employability’ di institusi pendidikan adalah amat penting bagi
menjamin peluang perkerjaan kepada mereka.
Ramlee (1999) dalam Noraini et al. (2003), menyatakan bahawa pihak
majikan berasa kesal kerana pelajar lepasan institut teknik dan vokasional tidak
mempunyai kemahiran ‘employability’ dan kemahiran kritikal yang mencukupi.
Pihak majikan juga tidak berpuas hati terhadap kemahiran berkomunikasi,
interpesional, kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran
keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh
Ramlee (1999) mencadangkan agar kemahiran ‘employability’ diterapkan di dalam
kurikulum teknik dan vokasional.
Menurut Robinson (2000), majikan memerlukan pekerja yang bertanggung
jawab, dapat menyelesaikan masalah, mempunyai kemahiran sosial yang baik dan
dapat bekerja sama dengan orang lain. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai
kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset
5
kepada syarikat. Oleh itu, kemahiran ‘employability’ perlu diterpkan kapada pelajar
supaya memperoleh pekerjaan kelak.
Menurut Brown (2000), enam penel telah mengkaji dan mengenalpasti
kemahiran utama yang diperlukan daripada seorang pekerja ialah kemahiran
komunikasi. Mereka menyatakan majikan memerlukan pekerja yang mempunyai
kebolehan membaca untuk mendapatkan maklumat, berinteraksi dengan pelanggan,
bercakap dengan pelanggan, mendengar berunding, menulis dan bekerja dengan
orang lain.
Menurut Brown (2003), program pendidikan harus memfokuskan kepada
contextual learning. Ilmu pengetahuan yang diberikan haruslah seiring dengan
keperluan pekerjaan pada masa kini. Selain itu, program pendidikan haruslah
memberikan kemahiran asas yang kukuh yang diperlukan oleh semua pekerjaan.
Zinser (2003), menyatakan tenaga pengajar kursus-kursus vokasional berada
dalam kedudukan yang terbaik untuk menerapkan kemahiran ‘employability’ kepada
pelajar. Mereka merupakan pakar kerjaya (Career expert) dalam bidang masing-
masing dan dengan ini mereka dapat membantu pelajar untuk menerokai dunia
kerjaya serta membuat perancangan.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, jelas menampakkan
kemahiran ‘employability’ sangat penting dalam pekerjaan. Sekolah, institut latihan
dan institut pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam proses penerapan
kemahiran ‘employability’ ini kepada pelajar-pelajarnya. Oleh itu, kajian ini di buat
adalah bertujuan untuk mengkaji penerapan kemahiran ‘employability’yang
diterapkan ke dalam diri pelajar di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
(ILPPG).
6
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan sorotan kajian, para majikan hari ini memerlukan para pekerja
yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran
pekerjaan termasuklah kemahiran ‘employability’ (Murnane dan Levy, 1996;
Robinson, 2000).
Kajian terdahulu mendapati majikan memerlukan pekerja yang mempunyai
elemen kemahiran ‘employability’ seperti sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, daya usaha, interpersonal
dan juga kemahiran memimpin (Robinson 2000). Oleh itu, kajian ini dibuat adalah
untuk mengenal pasti penerapan kemahiran ‘employability’ yang duterapkan oleh
tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) semasa
proses pengajaran dan pembalajaran dari perspektif para pelajar.
1.4 Persoalan Kajian
Secara amnya, kajian ini di jalankan adalah untuk mengenal pasti tanggapan
pelajar di ILP Pasir Gudang terhadap penerapan kemahiran ‘employability’ yang di
terapakan oleh tenaga pengajar ILP Pasir Gudang.
1. Apakah tenaga pengajar menerapkan kemahiran akademik dalam proses
pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah tenaga pengajar menerapkan kemahiran mengurus diri dalam proses
pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tenaga pengajar menerapkan kemahiran kerja kumpulan dalam
proses pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran?