Kertas Kerja Kelab Kembara

download Kertas Kerja Kelab Kembara

of 3

Transcript of Kertas Kerja Kelab Kembara

Kertas Kerja Lukisan Dinding / Mural 1 Malaysia Kelab Kembara Dan Kebudayaan Dan Ahli Jawatankuasa RIMUP Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu Pengenalan Kelab Kembara dan Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu adalah sebuah pertubuhan berkonsep aktiviti Ko-Korikulum. Kelab ini berperanan melatih dan membimbing pelajar menjadi seorang pemimpin dan mengurus sesebuah organisasi. Program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mengikut kehendak ahliahli. Selaras menyahut seruan konsep 1 Malaysia, Kelab Kembara dan Kebudayaan serta Ahli Jawatankuasa Rimup SMKPH merancang menghasilkan sebuah lukisan dinding / mural berkonsep 1 Malaysia. Lukisan ini akan menghiasi salah satu sudut dinding bangunan sekolah sepertimana yang diberikan oleh pihak pengurusan / Pengetua. Ilham gambar akan di hasilkan oleh ahli-ahli serta guru-guru Kelab berteraskan lapan (8) elemen dan konsep 1 Malaysia. Penggunaan warna / cat adalah menggunakan cat kilat / cat minyak bagi memastikan kualiti lukisan menyerlah dan tahan lama. Kerja dan tugasan menghasilkan lukisan ini akan dilakukan secara gotong-royong oleh ahli-ahli dan guru-guru kelab hingga selesai. Objektif 1. 2. 3. 4. 5. Melatih pelajar / ahli sayang serta bertanggungjawab terhadap Kelab dan menceriakan kawasan sekolah. Melahirkan pelajar / ahli cintakan tanah air dan melahirkan gerak minda kelas pertama. Memupuk dan menghargai perjuangan Pemimpin negara. Membimbing pelajar / ahli mempunyai daya kepimpinan dan menjadi pemimpin. Melahirkan pelajar / ahli yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.

Tarikh Cadangan Mulai Bulan Februari Hingga Mac 2010 Tempat Cadangan Tingkat 1 Blok Pentadbiran Pejabat Sekolah @ Blok Bersesuaian Dapat DiLihat Oleh Umum Cadangan Tentatif Februari Minggu Pertama Bersama Minggu Kedua Minggu Ketiga Menghasilkan Gambar Oleh Pelajar / Ahli Pada Kertas Lukisan Dan Kelulusan / Percambahan Idea Pengetua Menghasilkan Lakaran Gambar Pada Dinding Memulakan Sentuhan Cat Pada Dinding Sentuhan Cat Pada Dinding

Minggu Keempat Mac Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ketiga -

Sentuhan Cat Pada Dinding Sentuhan Cat Pada Dinding Sentuhan Akhir Cat Pada Dinding Lukisan Dinding / Meruel

Minggu Keempat -

Penghasilan dan hasil lukisan dinding bergantung kepada keadaan Cuaca dan Aktiviti / Arahan semasa pihak pentadbiran sekolah.

Perbelanjaan 1. 2. Pembelian Cat Minyak @ RM 15 x 10 tin sederhana Perbelanjaan Pengurusan (minuman pelajar, alatan melukis dan mewarna) @ RM 50 RM 150.00 RM 50.00 ========= RM 200.00 ========= Penutup Program ini mampu melahirkan semangat cinta terhadap pemimpin dan negara. Ianya juga dapat melahirkan kepimpinan pelapis dan menambahkan keceriaan kawasan sekolah. Disediakan oleh,

(NUR SHUHADA ADILLA BT. ABDULLAH) Ketua Guru Penasihat Kelab Kembara dan Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu