Contoh Laporan Kelab Kembara Alam
-
Upload
nadhirararah -
Category
Documents
-
view
652 -
download
18
description
Transcript of Contoh Laporan Kelab Kembara Alam
CSR 2021
KEMBARA ALAM
DISEDIAKAN OLEH :
SEMESTER : SEM 3 2014/2015
PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN KIMIA
TARKH HANTAR : MINGGU 8
PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD AZMAN BIN SOBRI
NAMA MATRIKNOR ATIQAH BINTI ISMAIL D20131063785
LAPORAN PERKHEMAHAN PERTAMA: PUSAT KOKURIKULUM
Pada tarikh 11-12 Oktober 2014, pelajar kursus Kembara Alam(CSR2021) iaitu kokurikulum
berkredit telah mengadakan satu kem kembara alam telah diadakan di pusat perkhemahan
kokurikulum, UPSI, Tanjung Malim, Perak. Kem ini telah melibatkan seramai 102 orang ahli
Kembara Alam. Kem ini telah diketuai oleh pensyarah Kembara Alam, iaitu Encik Muhammad
Azman bin Sobri. Kem ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam. Objektifnya adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan antara semua ahli Kembara Alam
UPSI. Selain itu, kem ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada ahli tentang kepentingan
subjek ini diwujudkan di peringkat universiti. Kem ini juga secara langsungnya bertujuan untuk
menggalakkan semua ahli menyertai program ini untuk memenuhi kriteria permarkahan yang
ditetapkan dalam kursus ini.
Pada hari pertama bersamaan 11 Oktober 2014, pendaftaran telah dimulakan pada pukul
2.30 petang di kafe belakang Dewan Besar UPSI. Sedikit taklimat ringkas diberikan oleh
instruktur dan pengarah program sebelum memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan.
Perjalanan dimulakan pada pukul 3.30 petang dan selamat tiba ke destinasi pada pukul 4.30
petang. Aktiviti pertama yang telah dijalankan adalah aktiviti bantu mula. Melalui aktiviti ini,
kami dapat mengetahui pelbagai cara untuk membantu pesakit yang berada dalam kecemasan
sebelum merujuk kepada yang pakar untuk rawatan seterusnya. Pada sebelah malam, selepas
menunaikan solat dan makan malam, aktiviti dalam kumpulan pun bermula. Dengan bimbingan
instruktur, kami menjalani aktiviti yang menguji semangat berfikir. Kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki mencipta ikan daripada kertas. Aktiviti yang
sangat menyeronokkan di samping peserta yang sporting. Kira-kira pukul 12.30 tengah malam,
kami menjalani aktiviti survival. Aktiviti ini menghendaki kami untuk memasak menggunakan
mastin. Kami hanya dibekalkan dengan 3 batang mancis dan 1 fire starter untuk menghidupkan
api. Aktiviti sebegini sangat mencabar untuk saya yang tidak pernah menggunakan mastin dan
menghidupkan api dengan menggunakan kayu api, terutamnya kayu api yang basah kerana
keadaan setelah hujan. Setelah siap memasak, kami dikehendaki mencuba masakan yang telah
kami masak. Untuk kami yang pertama kali manyertai aktiviti survival, masakan kami tidak
masak sepenuhnya. Aktiviti ini tamat lebih kurang pukul 4 pagi. Aktiviti ini telah mengajar kami
erti kesusahan dan mengajar juga erti kesabaran. Dalam aktiviti ini juga, kami mempunyai
semangat berpasukan yang tinggi. Setelah itu, kami dibenarkan untuk berehat sebelum
memulakan aktiviti pada keesokannya.
Pada hari kedua iaitu 12 Oktober 2014. Kami memulakan hari dengan solat subuh dan
sarapan. Setelah bersarapan, kami dikehendaki mengemas khemah sebelum memulakan aktiviti
seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti orienteering. Di mana kami diajar untuk
menggunakan kompas dengan cara yang betul oleh instruktur. Setelah memahami cara
menggunakan kompas, kami dikehendaki melakukan aktiviti ini berpandukan checkpoint yang
telah disediakan. Kumpulan kami adalah antara kumpulan yang terawal dapat menghabiskan
aktiviti ini walaupun kumpulan kami adalah kumpulan yang peling lewat bermula. Aktiviti ini
telah mengajar kami erti berpasukan dan bagaimana cara untuk menyelesaikan maslah dengan
cara yang lain dari yang lain. Setelah tamat aktiviti ini, majlis penutup pun bermula. Kami
mendengar beberapa pandangan dari beberapa orang instruktur. Seterusnya ucapan dari pengarah
program dan juga refleksi dari beberapa orang peserta. Akhir sekali adalah ucapan penutup
daripada Encik Azman tentang kem yang telah dijalankan. Kami pulang dengan penuh
pengalaman.