KERTAS CADANGAN Bengkel Pasca Fppm

4
KERTAS CADANGAN BENGKEL PENGURUSAN PASCA SISWAZAH FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA 29 HINGGA 31 DISEMBER 2014 1

description

contoh kertas kerja mengadakan bengkel

Transcript of KERTAS CADANGAN Bengkel Pasca Fppm

KERTAS CADANGANBENGKEL PENGURUSAN PASCA SISWAZAH FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

29 HINGGA 31 DISEMBER 2014

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Institut Pengajian Siswazah bagi mengadakan Bengkel Pengurusan Pasca Siswazah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia pada 29 hingga 31 Disember 2014.2. LATAR BELAKANG Pada ketika ini, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia merupakan fakulti yang paling ramai dari segi bilangan pelajar pasca siswazahnya dan juga penawaran kursus, berbanding fakulti lain di UPSI. Dengan pelbagai program dan kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar setiap semester, terdapat isu dan masalah dalam pengurusan dan pentadbiran pasca siswazah telah dikenal pasti dari semasa ke semasa. Justeru bengkel ini perlu diadakan bagi merancang, memantau dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi menjamin proses pentadbiran berlaku dengan lancar dan berkesan.

3. OBJEKTIF BENGKEL

3.1 Membina Pakej Program bagi program-program pasca siswazah

3.2 Membincang dan mewujudkan syarat-syarat khas bagi pengambilan pelajar-pelajar memasuki program-program pasca siswazah

3.3 Membincang dan menyelesaikan isu-isu berkaitan penyeliaan pelajar

3.4 Membincang langkah-langkah proaktif dalam menambah bilangan pelajar-pelajar luar negara

3.5 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu lain berkaitan pengurusan pasca siswazah 3.6 Membina takwim aktiviti untuk tahun 2015

4. PESERTA BENGKEL

Bengkel ini akan disertai seramai 19 orang kakitangan FPPM, seperti berikut:

4.1 Dekan

4.2 Timbalan Dekan Pengajian Siswazah

4.3 Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi

4.4 Timbalan Dekan Akademik

4.5 Semua penyelaras program (seramai 12 orang)

4.6 Penolong Pendaftar

4.7 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Kanan

4.8 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

5. TARIKH

29 hingga 31 Disember 2014

6. TEMPAT

De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan adalah menggunakan peruntukan daripada Institut Pengajian Siswazah. Butiran perbelanjaan adalah seperti di Lampiran 18. ATURCARA BENGKEL

Seperti di Lampiran 29. SYOR

Pihak Institut Pengajian Siswazah adalah dengan ini dipohon untuk meluluskan pelaksanaan bengkel ini dengan menggunakan peruntukan kewangan Institut Pengajian Siswazah, seperti di para 7.

Disediakan oleh:

Encik Suhaimi bin Zulkipli

Penolong Pendaftar FPPM

Disemak dan disahkan oleh:

.....................

Prof. Dr. Abdul Malek bin Abdul Rahman

Timbalan Dekan Pengajian Siswazah FPPM4