Keselamatan bengkel

22
PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN PERKAKAS BENGKEL MASAKAN SERTA BENGKEL JAHITAN ELISA CHANDA CHEONG XUAN QIU KENNY DAMBU

description

RBTkeselamatan bengkelmasakanperkakas

Transcript of Keselamatan bengkel

Page 1: Keselamatan bengkel

PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN PERKAKAS BENGKEL

MASAKAN SERTA BENGKEL JAHITAN

ELISA CHANDACHEONG XUAN QIU

KENNY DAMBU

Page 2: Keselamatan bengkel

KESELAMATAN DIRI

KESELAMATAN ALATAN

PERATURAN BENGKEL MASAKAN

KESELAMATAN DI BENGKEL MASAKAN

Page 3: Keselamatan bengkel

Keadaan Bengkel Masakan

Page 4: Keselamatan bengkel

KESELAMATAN DIRI1. Kerja dengan tenang. 2. Gunakan baju yang ringkas daripada kain yang tidak

mudah terbakar seperti kain kapas.3. Lantai mestilah kering, tidak bersepah dengan

makanan dan tidak terlalu licin. 4. Ikatkan rambut yang panjang atau gunakan net/topi

supaya rambut tidak jatuh ke dalam makanan atau tersangkut kepada alatan yang sedang bergerak seperti alat pengadun kek, mesin basuh kain dan kipas.

5. Gunakan kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa dan bertutup.

6. Jalan dengan cergas, tetapi jangan sesekali berlari. 

Page 5: Keselamatan bengkel

Pakai pakaian yang kemas dan berkasut getah

Page 6: Keselamatan bengkel

KESELAMATAN ALATAN1. Padamkan suis utama sebelum memasang plam atau plag. Tangan

mestilah kering.2. Gunakan kain ketuhar atau kain memegang periuk ketika mengangkat

periuk dan kuali panas.3. Kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.4. Jika hendak tuang air panas, bawakan teko/ besen basuh kepada

cerek air panas.5. Hiris makanan arah ke bawah di atas papan pencincang.6. Lap mata pisau dengan menghala sebelah yang tajam jauh daripada

anda. Jangan sekali-kali tinggalkan pisau atau benda yang tajam di dalam besen berisi air.

7. Buangkan penutup tin untuk mengelakkan diri daripada terluka8. Apabila menghulur barang tajam seperti pisau atau gunting kepada

orang lain, hulurkan tangkainya dahulu.9. Gunakan pelapik periuk untuk mengalas periuk panas. 

Page 7: Keselamatan bengkel

KESELAMATAN DI DAPUR1. Labelkan semua bekas barang dengan cermat.2. Jauhkan dapur daripada permukaan-permukaan

kayu.3. Periksa tiub gas dari masa ke semasa.4. Barang-barang yang mudah terbakar seperti kain

pencuci dan minyak tanah mestilah disimpan jauh daripada api.

5. Nyalakan gores api sebelum memasang gas.6. Jauhkan kepala anda dari ketuhar apabila

memasang api ketuhar.7. Buka pintu ketuhar sebelum memasang api.

Page 8: Keselamatan bengkel

Peralatan

Page 9: Keselamatan bengkel

Keselamatan Alatan dan Perkakas1. Penggunaan alatan dan perkakas perlu mendapat bimbingan daripada

guru sebelum menggunakannya.2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi

memelihara peralatan daripada cepat rosak.3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum

memulakan sesuatu projek perlu diamalkan.4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai

menggunakannya.5. Membersihkan alatan dan menyimpan kembali di tempat penyimpanan.6. Alatan yang berbahaya dan peralatan yang tajam hendaklah disimpan di

dalam tempat yang selamat.7. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru

dengan segera.

Page 10: Keselamatan bengkel

Alatan yang terdapat di bengkel jahitan adalah seperti:

Alatan mengukurAlatan mendrafAlatan menandaAlatan menggunting Alatan menekan Alatan menjahit

Page 11: Keselamatan bengkel

Alatan Mengukur Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Pita Ukur            

 Diperbuat daripada gentian kaca, sintetik dan plastik.Mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya.Teguh dan tahan lama.Mempunyai tanda ukuran metrik yang terang dan jelas.

 Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik.

 Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.Simpan di dalam kotak jahitan.

 Pembaris lurus

      

 Diperbuat daripada kayu atau plastik.Tepinya licin, rata dan lurus.Mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.

 Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola.Mengukur fabrik.

 Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Page 12: Keselamatan bengkel

Alatan Mendraf Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Pembaris sesiku    

 Diperbuat daripada kayu atau plastik.Mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik.

 Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik.Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

 Gantung pembaris atau simpan di tempat yang rata

 Pembaris melengkung

      

 Diperbuat daripada kayu atau plastik.Ukuran metric yang terang dan jelas.

 Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki seluar semasa mendraf pola

 Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Page 13: Keselamatan bengkel

Alatan Menanda Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Roda surih dan karbon tukang jahit   

 Diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat.Pilih roda surih mengikut jenis fabrik.Mudah bergerak apabila ditolak.

 Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

 Simpan di dalam kotak jahitan.Simpan di dalam sarung selepas digunakan.Jangan lipat kertas karbon

 Kapur tukang jahit

        

 Pilih kapur yang tidak mudah pecah.Pilih warna yang sesuai dengan fabrik.Kapur yang diperbuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.

 Menandakan garis pemadan pada fabrik.Memindahkan garisan tanda pola pada fabrik

 Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah

Page 14: Keselamatan bengkel

Alatan Menggunting Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Gunting fabrik     

 Diperbuat daripada keluli kalis karatPilih yang tajamSkru tidak longgarPemegang yang melengkung

 Menggunting fabrik.

 Elakkan daripada terjatuhDigunakan untuk menggunting fabric sahajaSimpan di dalam sarung selepas digunakanMinyakkan sendi gunting jika perlu

 Gunting triming

               

 Diperbuat daripada keluli kalis karatPilih yang tajamSkru tidak longgarPemegangnya berbentuk bulat

 Digunakan untuk trim kelim dan penjuru.

 Elakkan daripada terjatuhSimpan di dalam sarungSapu dengan minyak apabila perlu

Page 15: Keselamatan bengkel

 Gunting sulam

    

 Diperbuat daripada keluli kalis karatBerukuran 7.5 cm– 10 cmMata gunting ini tajam dan melengkung di hujung

 Digunakan untuk kerja sulaman dan menggunting benang

 Elakkan daripada terjatuhSimpan di dalam sarungSapu dengan minyak apabila perlu

 Snipper

  

 Mempunyai mata yang anjal dan tajam

 Digunakan untuk menggunting benang jahitan

 Simpan di dalam sarungSapu dengan minyak apabila perlu

Page 16: Keselamatan bengkel

Alatan Menekan Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Seterika       

 Pilih yang sederhana beratMempunyai kawalan pelaras suhuMudah diguna dan dijagaPilih yang ada dua cara penggunaan iaitu kering dan wap

 Menekan dan menyeterika setiap proses pada semua peringkat jahitanSupaya kemas dan rata

 Elakkan daripada terjatuhIkut panduan penggunaanBersihkan tapak seterika apabila perluSejukkan sebelum disimpan

 Bod seterika

      

 Pilih ketinggian bangku yang sesuaiPermukaan bod dilapik dengan fabrik yang tahan panasPilih yang kukuh dan stabil

 Memudahkan sema proses menyeterika dan menekan

 Simpan selepas digunakanJangan meletakkan seterika yang terlalu panas di atas bod

Page 17: Keselamatan bengkel

Alatan Menjahit Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Mesin jahit 

Mesin jahit kaki 

 

Mesin jahit elektronik  

Mesin jahit tepi  

 Mudah digunakanHarga yang berpatutanJenama yang mempunyai perkhidmatan selepas membeliPelbagai kegunaanAlat ganti mesin mudah didapatiDibekalkan dengan buku panduan

 Menjahit dan mencantum fabrikMenjahit jahitan sulamanMenjahit lubang butangMengemas tepi fabrik

 Ditutup selepas digunakanMinyakkan mesin sekurang- kurangnya tiga bulan sekaliServis mesin apabilaperluAksesori mesin disimpan di dalam kotakPatuhi cara penggunaan mengikut buku panduan

Page 18: Keselamatan bengkel

 Jarum tangan

 Jenis tajam (sharps)

 Bermutu dan tajam

Pelbagai saiz mengikut kegunaan

Jahitan biasa saiz 7 – 9

 Untuk jahitan biasa

seperti menjahit jelujur dan menyembat kelepet

Sesuai untuk semua jenis fabrik

·

 Elak daripada berkarat dan simpan di dalam belas jarum

Jangan mencampurkan jarum baru dengan jarum

terpakai

 Jenis antara (between)

 Bermutu dan tajamSaiz lebih pendek

daripada jenis tajam

 Digunakan untuk kerja halus seperti menjahit

sembatSesuai untuk fabrik

tebal

 Simpan di dalam bekas

jarum supaya tidak berkaratGanti apabila jarum tumpul

dan berkarat

Page 19: Keselamatan bengkel

Alatan lain Pemilihan Penggunaan Penjagaan 

Jarum peniti    

 Diperbuat daripada keluli berkilatPilih yang panjang, halus dan tajam (2.5 cm – 4.5 cm)

 Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik semasa menggunting atau menjahitUntukmenandakan kedudukan

 Disimpan di dalam bekas yang berlapik atau kain flannel untuk mengelakkan jarum daripada berkarat

 Pencucuk benang (threader)

    

 Diperbuat daripada logam nipisHujungnya mempunyai dawai halus

 Digunakan untuk membantu memasukkan benang ke lubang jarum tangan atau lubang jarum mesin

 Disimpan di dalamkotak jahitan atau di tempat yang kering untuk mengelakkan daripada berkaratLetakkan di dalam bekas

 Jidal

 Diperbuat daripada logam, plastik dan seramik

 Mengelakkan jari daripada tercucuk ketika menjahit

 Simpan di dalam kotak jahitan

Page 20: Keselamatan bengkel

Gunting berhulu hitam - untuk yang si tangan kanan Gunting berhulu oren - untuk yang si tangan kiri

Page 21: Keselamatan bengkel

Sumber Rujukan

http://mutiarakaseeh.blogspot.my/2009/09/langkah-langkah-keselamatan-di-dapur.html

http://documents.tips/documents/klasifikasi-dan-spesifikasi-peralatan-dan-bahan.html

http://hafizahtopstitch.blogspot.my/2014/01/amalan-keselamatan-di-bengkel-jahitan.html

Page 22: Keselamatan bengkel

TERIMA KASIH