Keperluan Asas Pokok Hiasan
Transcript of Keperluan Asas Pokok Hiasan
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
1/7
Setiap pokok memerlukan pelbagai keperluan asasnya seperti medium
tanaman yang sesuai, siraman dan semburan air, dedahan kepada cahaya
matahari, pembajaan dan sebagainya yang mencukupi. Tanpa semua ini,
pokok yang ditanam tidak mungkin akan menampakkan hasil yang
memuaskan. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mengetahui dan
mempelajari keperluan-keperluan ini bagi setiap pokok yang akan ditanam.
PELBAGAI KEPERLUAN ASAS POKOK HIASAN
Mungkin ada di antara kita yang menyerahkan
tumbesaran pokok tanaman kita kepada nasib dan
alam semula jadi untuknya membesar tanpa
mengambil inisiatif untuk mengetahui keperluan
tertentu bagi setiap pokok yang ditanam.
Sebenamya setiap pokok mempunyai
keperluannya yang tersendiri untuk hidup suburdan cantik sentiasa. Keperluan yang dimaksudkan
itu ialah medium tanaman, kekerapan siraman air,
dedahan kepada cahaya matahari serta jenis baja
dan kekerapan pembajaan yang sesuai untuknya
tumbuh subur.
Proses-proses yang perlu dilalui oleh tumbuhan
menggunakan bahan serta keperluan di atas ialah
fotosintesis, respirasi dan transpirasi. Proses-
proses ini secara ringkasnya menghasilkan
makanan, tenaga, menolong pengedaran bahan
mineral ke seluruh bahagian pokok sertamenyejukkan pokok apabila hari panas. Dengan
memberi keperluan yang seharusnya pada setiap
pokok yang ditanam itu, Insya-ALLAH, ia akan
hidup subur sentiasa.
Mungkin ada di antara pembaca biasa mendengar
dan mempercayai kata-kata bahawa hanya orang
tertentu yang mempunyai tangan yang sejuk atau
green fingers yang boleh menanam pokok hiasan
dengan jayanya. Saya tidak pasti sama ada
kepercayaan itu betul atau tidak kerana tiada kajian
ilmiah terperinci dilakukan bagi membuktikankesahihannya. Tetapi apa yang pasti dan yang
selalu diamalkan oleh saya ialah:
1) Mulakan apa-apa kerja penanaman pokok
dengan bacaan Bismillah...
2) Berikan segala keperluan pada setiap pokok
yang ditanam itu untuknya hidup subur.
3) Bertawakkal kepada ALLAH dan Insya-
ALLAH pokok kita akan hidup subur. Jika ia
mati sekalipun, kita perlu mencari puncanya
dan cuba untuk menanamnya semula sehingga
berjaya dan jangan sesekali berputus asa.
Mungkin kita kurang memberi perhatian ke
atas keperluannya sehinggakan ia kurang
subur atau pun mati.
Insya-ALLAH dalam buku ini, segala tips dan
panduan mengenai keperluan penanaman dan
penjagaan kebanyakan pokok hiasan dapat andaperolehi dan berikan pada pokok hiasan yang
ditanam. Bahagian seterusnya pula nanti akan
menceritakan mengenai keperluan pokok hiasan
seperti medium tanaman, air, cahaya dan baja.
MEDIUM TANAMAN UNTUK POKOK
HIASAN
Topik ini akan menceritakan mengenai jenis
medium, kepentingannya serta nisbah campuran
yang sesuai untuk pertumbuhan setiap pokok yangditanam.
Campuran medium tanaman yang sesuai untuk
setiap pokok yang ditanam adalah perlu bagi
tujuan berikut:-
i. memudahkan pertumbuhan akar bagi
pembesaran pokok.
ii. membekalkan nutrien secukupnya dan
seimbang bagi keperluan pokok.
iii. mengekalkan air atau kelembapan secukupnya
untuk pertumbuhan pokok.iv. memastikan pokok tumbuh menegak dan
subur sentiasa.
Di antara medium tanaman yang biasa digunakan
ialah medium berasaskan tanah seperti tanah
gembur atau peroi (loam), tanah gambut (peat),
pasir sungai dan bahan organik reput seperti najis
ayam. Setiap pokok memerlukan campuran
medium yang berlainan bagi memastikan ia hidup
subur seperti di alam semula jadinya.
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
2/7
1 Tanah Peroi:
Ia adalah jenis tanah yang berada di bahagian
teratas sekali dalam lapisan tanah. Ciri-cirinya
ialah ianya peroi dan senang pecah bila diramas
serta mengandungi humus iaitu reputan daun,
ranting dan serangga atau haiwan yang sudahreput.
Kandungan organik ini menyediakan keperluan
nutrien yang cukup serta memudahkan air
mengalir tetapi ia hendaklah mampu mengekalkan
kelembapan untuk kesuburan pokok. Tanah bakar
boleh digunakan sebagai tanah peroi dalam
campuran medium tanaman tetapi ianya perlu
diayak supaya dapat diasingkan sampah serta
bahan yang tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok
yang subur.
2 Tanah Gambut:
Ia boleh menakung air dan kaya dengan nutrien.
Kebiasaannya, ia digunakan untuk memperkaya-
kan tanah berpasir.
3 Pasir Sungai:
Ia berongga serta mempunyai banyak ruang untuk
pengaliran air. Oleh itu, ia kurang menyimpan air
dan sesuai untuk pertumbuhan akar anak pokok.
4 Bahan organik:
Biasanya ia terdiri daripada najis binatang sepertiayam, kelawar, kambing dan sebagainya yang siap
diproses atau dibiarkan reput sebelum boleh
digunakan. Bahan organik ini mengandungi
banyak kandungan nutrien untuk pertumbuhan
pokok yang subur.
Terdapat pelbagai medium tanaman berasaskan
tanah yang siap dicampur dijual di pusat tanaman,
nurseri, pasar raya dan sebagainya. Di antaranya
termasuklah campuran medium tanaman untuk
semua pokok berpasu atau khas untuk sesuatu
pokok tanaman tertentu seperti kaktus, pokok
bunga ros dan sebagainya.
Campuran medium tanaman ini boleh terus
digunakan untuk penanaman pokok. Nasihat saya
belilah campuran medium tanaman yang
berjenama untuk ketulenan campuran. Terdapat
campuran yang palsu menggunakan tanah yang
dicampur minyak yang boleh mematikan pokok.
Namun begitu tidak salah untuk kita mengambil
tahu secara terperinci tentang nisbah campuran
yang sesuai bagi setiap pokok yang akan ditanam.
Untuk medium tanaman yang berasaskan tanah,
dipaparkan nisbah campuran pelbagai kegunaan
seperti berikut:-
1 Untuk Pokok Berpasu
Campuran tanah yang terbaik ialah campuran
John Innes dengan nisbah 7:3:2 atau 3:2:1(Tanah peroi: Tanah gambut: Pasir sungai).
Campuran satu bahagian baja organik seperti
najis ayam, najis kelawar atau najis lembu
dimasukkan ke dalam campuran di atas juga
disyorkan untuk membekalkan nutrien
permulaan untuk pokok selama tiga
bulan.Tanah gambut boleh digantikan dengan
serat kelapa hancur.
2 Untuk Semaian Biji Benih Halus
Gunakan campuran nisbah 2:1:1 (Tanah peroi:Baja organik: Pasir sungai).
3 Kaedah Tut
Campuran yang terbaik ialah dengan nisbah
2:1 (Tanah peroi: Baja organik). Campuran
hendaklah melekit supaya senang diletakkan
di sekeliling bahagian dahan atau batang yang
kulitnya dipotong untuk ditutkan.
4 Anak Pokok
Campuran nisbah yang disyorkan ialah 7:3:2
(Tanah peroi: Tanah gambut: Pasir sungai).
Tanah peroi Pasir sungaiTanah gambut Bahan organik
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
3/7
5 Semaian Keratan Batang
Gunakan pasir sungai kasar.
TIPS
1) Aktiviti mencangkul dan menggembur
medium tanaman berasaskan tanah adalah
cara bagi memudahkan pertumbuhan akar
untuk pokok yang sihat
2) Merumput, menambah bahan organik dalam
medium tanaman dan membuat sungkupan
pula mampu menyuburkan dan menyejukkan
medium tanaman
Selain daripada medium berasaskan tanah, terdapat
pelbagai medium lain yang kurang diambil
perhatian tetapi boleh juga digunakan sebagai
alternatif dalam penanaman pokok hiasan. Diantaranya adalah seperti berikut: -
a Jeli/Jelly
sejenis agar-agar yang boleh mengekalkan air
untuk dibekalkan kepada akar bagi
pertumbuhan pokok yang segar sentiasa.
b Air
medium tanaman untuk pokok air seperti
keladi bunting, kiambang, teratai dan
sebagainya. Juga sesuai untuk tanaman pokok
secara hidroponik.
c Pecahan bata merah, pasu tanaman, arang dan
sabut kelapa
sesuai untuk tanaman orkid.
d Lumut sphagnum moss
medium untuk pokok pemanjat seperti Devil's
Ivy atau Sireh Puteri dan sebagainya.
e Pasir sungai
untuk semaian keratan batang.
f Sekam padi dan sabut kelapa
dicampurkan dalam medium tanaman
berasaskan tanah bagi menggantikan bahan
seperti pasir sungai agar air senang mengalir
keluar.
Apa sahaja bahan pengganti untuk medium
tanaman boleh digunakan asalkan ianya menepati
ciri-ciri keperluan untuk pertumbuhan pokok yangsubur seperti yang tersebut di atas.
KEPERLUAN AIR PADA POKOK TANAMAN
Air memainkan peranan yang sangat penting
dalam pertumbuhan pokok. Ia memenuhi semua
sel daun, batang, ranting, bunga dan
seumpamanya. Ia juga diperlukan sebagai medium
bagi pengaliran nutrien dan garam galian dari
dalam medium tanaman seperti campuran tanah ke
seluruh bahagian pokok terutama daun untukproses fotosintesis.
Proses fotosintesis adalah proses pembinaan
makanan oleh tumbuhan berklorofil menggunakan
bahan seperti cahaya, mineral, air dan sebagainya.
Air juga diperlukan dalam proses transpirasi di
mana melalui proses ini, pokok disejukkan
terutama pada hari panas terik.
Keperluan air kepada pokok bergantung kepada:
a Saiz pasu dan saiz tanaman:Lebih besar pasu dan tanaman anda, lebih
banyak air dan kekerapan siraman diperlukan.
b Jenis pasu:
Pasu jenis tanah liat memerlukan banyak
siraman air. Ini kerana air mudah menyerap
dan kering dengan cepatnya.
c Kelembapan udara mengikut musim:
Udara menjadi lembap pada musim hujan dan
keperluan pokok pada siraman air adalah
berkurangan. Begitulah sebaliknya pada
musim panas atau kemarau.
Jeli Sphagnum moss
Sabut/serat kelapa Pasir
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
4/7
Keperluan air di antara satu pokok dengan yang
lain adalah berbeza dan boleh dikategorikan
seperti berikut:
a Pokok berdaun besar memerlukan
kelembapan sentiasa.
b Pokok di mana medium tanamannya perlu
dibiarkan kering dahulu sebelum disiram
semula.
c Pokok yang perlu dijarakkan tempoh
siramannya. Contohnya kaktus yang hanya
perlu disiram sekali seminggu bagi
disesuaikan dengan keadaan habitat semula
jadinya iaitu di padang pasir.
Air hujan adalah contoh terbaik air siraman keranaia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh
pokok, lebih sejuk dan dihasilkan secara semula
jadi. Namun begitu, air paip juga boleh digunakan
secara terus atau dibiarkan semalaman dalam
bekas sebelum ia digunakan. Kaedah ini dilakukan
bagi mengurangkan kandungan klorin dalam air
tersebut bagi mendapatkan kesan terbaik seperti air
hujan kepada pertumbuhan pokok.
Kaedah siraman untuk pokok adalah seperti
berikut:-
Kaedah 1:
- Siraman dari atas terus ke medium tanaman
sehingga air mengalir keluar dari lubang di bawah
pasu.
Kaedah 2:
- Rendamkan pasu tanaman seketika dalam
bekas air bertakung sehingga
menenggelamkan hampir seluruh bahagian
pasu dan elakkan air daripada memasuki
bahagian atas pasu. Biarkan medium tanamanmeresapi air hingga ke permukaannya.
Kemudian angkat pasu dan biarkan air
mengalir keluar dari bawah pasu.
Kaedah ini sesuai bagi pokok yang sensitif
kepada siraman dari atas seperti pokok kaktus.
Kaedah 3:
- Menyemburkan air ke daun dapat
mengekalkan kelembapan dan
menyegarkannya terutama pada musim panas
bagi pokok yang memerlukan kelembapan
sentiasa seperti pokok Tradescantia,
Scindapsus atau Sireh Puteri dan sebagainya.
Oleh itu, adalah mustahak bagi kita untuk
mengetahui amaun, kekerapan siraman dan kaedah
siraman yang diperlukan oleh setiap pokok yang
ditanam agar sentiasa subur. Insya-ALLAH,
keperluan ini akan diterangkan secara terperinci
dalam Bab 6 nanti.
TIPS
1) Elakkan daripada terlalu lebihkan siraman
air pada pokok tertentu yang boleh
mengakibatkan akarnya terendam, reput dan
mematikan pokok berkenaan.
2) Kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada
pokok memerlukan air siraman atau tidak
ialah dengan menggunakan jari telunjuk ataupensel dan dicucuk ke dalam medium
tanaman sedalam kira-kira 1 inci. Jika
didapati hujung jari atau pensel berkenaan
kering, maka itu menandakan pokok
berkenaan perlu disiram
KEPENTINGAN CAHAYA MATAHARI PADA
POKOK
Cahaya matahari diperlukan untuk proses
fotosintesis iaitu proses kimia bagi memprosesmakanan untuk pertumbuhan pokok. Kuantiti
cahaya yang diperlukan berlainan di antara satu
pokok dengan yang lain. Pada asasnya ia
dibahagikan kepada tiga jenis dedahan seperti
berikut:-
1 Dedahan kepada 100% cahaya matahari atau
panas terik. Biasanya pokok berbunga
memerlukan dedahan sebegini untuk
menggalakkan pertumbuhan bunga yang
banyak dan cantik tetapi pastikan ia juga
diberikan baja pembungaan yang secukupnya.
2 Dedahan kepada 50% cahaya matahari di
mana pokok perlu diletakkan di bawah
lindungan pokok besar atau jaring hijau atau
hitam. Jaring ini boleh dibeli dari pusat
tanaman atau kedai hardware.
3 Dedahan kepada keadaan yang redup atau
teduh seperti di dalam rumah atau pejabat.
Terdapat juga pokok yang begitu tahan lasak
dan boleh hidup subur sama ada didedahkan
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
5/7
pada cahaya matahari terik atau dibiarkan di
tempat teduh.
Contoh pokok sebegini ialah spesies dari
genus Sansevieria atau lidah mak mertua atau
lidah jin.
Secara umumnya, kita boleh perhatikan tanda-
tanda kesan cahaya kepada pokok.
Tanda pokok yang terdedah kepada cahaya
berlebihan ialah:
a) Daunnya menjadi layu bermula dari hujung
dan seterusnya kelihatan melecur.
b) Semua daunnya menjadi bergulung dan
melengkung.
c) Warna daun dan bunganya menjadi pudar,tidak bermaya serta menjadi layu.
Jika dibiarkan, pokok akan mati. Segera pindahkan
pokok berkenaan ke tempat yang lebih teduh atau
redup.
Tanda pokok yang kurang dedahan kepada cahaya
pula ialah:
a) Pertumbuhan bunganya tidak mekar atau
kudup kering dan layu sebelum kembang.
b) Daunnya akan menjadi kekuningan.c) Batang pokoknya menjadi kurus dan panjang,
kelihatan kurang sihat, tidak bermaya dan
senang dijangkiti penyakit.
d) Bagi pokok jenis variegated yang biasanya
terdapat corak keputihan di permukaan
daunnya, ia akan bertukar menjadi hijau pada
keseluruhannya.
Oleh itu pindahkan pokok ke tempat yang lebih
bercahaya.
TIPS
1) Pilih pokok yang hanya memerlukan sedikit
dedahan cahaya untuk ditanam di dalam
rumah atau pejabat
2) Jangan biarkan pokok berpasu tumbuh lama
pada tempat yang kurang bercahaya. Eloklah
ianya diubah ke tempat bercahaya bagi
mengekalkan kesuburannya sentiasa
3) Jangan ubah pokok ketika ia sedang
berbunga kerana ini akan membantutkan
pertumbuhan bunganya atau bunganya akan
menjadi layu tiba-tiba dan terus gugur
KEPERLUAN PEMBAJAAN UNTUK POKOK
TANAMAN
Selain medium tanaman yang sesuai, air dan
cahaya yang mencukupi, pokok juga memerlukan
pembajaan yang sempurna dan sesuai untuk
tumbesarannya. Dalam proses penanaman pokok
dalam pasu atau bekas lain atau tanaman di atas
tanah, medium tanaman perlu dicampurkan dengan
baja organik (baja kandang) seperti najis ayam
atau yang telah diproses. Ini dilakukan bertujuan
untuk membekalkan segala nutrien dan mineral
untuk pertumbuhan pokok berkenaan.
Namun begitu, baja ini hanya boleh bertahan
selama lebih kurang tiga bulan sahaja. Oleh itu,
pembajaan seterusnya adalah perlu untuk
mengekalkan kesuburan pokok tanaman. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual
sama ada baja kandang (organik) yang siap
diproses atau baja kimia.
Di antaranya adalah seperti berikut:-
1 Garam larutan air
Baja jenis ini didatangkan dalam warna
tertentu seperti hijau untuk pertumbuhan daun
yang subur. Merah untuk pembungaan yang
lebat dan biru pula untuk menghasilkan buah
yang banyak dan berkualiti tinggi. Ia mudah
digunakan melalui larutan dalam air siraman
yang boleh disiram atau disembur terus ke
pokok.
2 Baja bijian
Baja ini sesuai untuk pokok besar sepertipokok buah-buahan. Awas jika menggunakan-
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
6/7
-
7/29/2019 Keperluan Asas Pokok Hiasan
7/7
Untuk baja bijian, kita perlu berhati-hati
menggunakannya bagi mengelakkan kejadian
melecur daun, batang dan sebagainya. Jika terkena,
keluarkannya segera dan siramkan dengan air.
Kaedah terbaik menggunakan baja bijian ialah
dengan mengorek lubang pada permukaan medium
tanaman, masukkan beberapa biji baja dan tutup
semula dengan medium tanaman. Seterusnya siram
bagi mendapatkan kesan segera. Cara ini juga
boleh mengelakkan kejadian melecur jika terkena
bahagian pokok. Baja bijian juga tidak mudah
terpercik keluar apabila disiram air terutama jika
menggunakan hos atau paip air dengan tekanan air
yang kuat.
TIPS
1. Gembur tanah selepas melakukan pembajaan.
Berhati-hati melakukannya agar akar pokok
tidak dicederakan. Selepas itu, siram bagi
memastikan baja dapat meresap terus ke akar
untuk segera digunakan oleh pokok
2. Jangan lakukan pembajaan pada pokok yang
layu kerana kesannya boleh terus mematikan
pokok. Sebaiknya siram dahulu medium
tanaman dengan air bagi menyegarkan pokok
sebelum dilakukan pembajaan seterusnya