KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI mental, emosi dan sosial

4
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI ASPEK MENTAL Dari aspek mental, Pedidikan Jasmani dapat membantu seseorang individu khasnya golongan murid-murid untuk mengawal perkembangan dan pertumbuhan mental yang sihat. Ini dapat lihat, Pendidikan Jasmani dapat membantu melahirkan mental yang cergas melalui aktiviti-aktiviti tunjang Pendikan Jasmani itu sendiri seperti kecerdasan, kemahiran dan kesukanan. Aktiviti dalam tunjang kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular dengan melakukan aktiviti larian mampu meningkatkan kecekapan mental untuk melahirkan pemikiran yang sihat. Tunjang Kesukanan pula dapat membantu menjana ketahanan mental yang kuat dikalangan pelajar dalam menangani sebarang situasi yang dihadapi sama ada dari segi mental dan fizikal. Ketahanan mental yang kuat dapat melahirkan individu yang cergas dan mantap.

Transcript of KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI mental, emosi dan sosial

Page 1: KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI mental, emosi dan sosial

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

DARI ASPEK MENTAL

Dari aspek mental, Pedidikan Jasmani dapat membantu seseorang individu

khasnya golongan murid-murid untuk mengawal perkembangan dan pertumbuhan

mental yang sihat. Ini dapat lihat, Pendidikan Jasmani dapat membantu melahirkan

mental yang cergas melalui aktiviti-aktiviti tunjang Pendikan Jasmani itu sendiri

seperti kecerdasan, kemahiran dan kesukanan.

Aktiviti dalam tunjang kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular dengan

melakukan aktiviti larian mampu meningkatkan kecekapan mental untuk melahirkan

pemikiran yang sihat.

Tunjang Kesukanan pula dapat membantu menjana ketahanan mental yang

kuat dikalangan pelajar dalam menangani sebarang situasi yang dihadapi sama ada

dari segi mental dan fizikal. Ketahanan mental yang kuat dapat melahirkan individu

yang cergas dan mantap.

Page 2: KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI mental, emosi dan sosial

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

DARI SEGI EMOSI

Kecergasan dapat membantu pelajar untuk mengawal emosi kerana tubuh

badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasaaan dan berupaya

mengenal pasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat

meransag pelajar berfikiran positif dan rasional. Keaadaan ini boleh melahirkan

individu yang seimbang dan berfikiran postif dalam mengani sebarag situasi.

Kejayaan yang diperolehi dalam bentuk fizikal dapat memberi kesan yang

baik dalam diri pelajar seperti berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian

dan seterusnya mengharigai diri mereka. Pendidikan Jasmani dapat memberi

peluang kepada individu untuk terlibat dalam pebagai aktiviti dan menbangunkan

kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan.

Page 3: KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI mental, emosi dan sosial

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI SEGI SOSIAL.

Pendidikan Jasmani dalah satu medium yang dapat membatu para pelajar

untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya iaitu masyarakat. Sifat kepimpinan

yang baik merupakan satu medium dalam mencapai matlamat sosial. Penglibatan

dalam aktiviti Pendidikan Jasmani amampu menjadi tapak yang kukuh untuk

melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja dalam

berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan,

Selain itu juga, melalui aktiviti Pendidkan Jamani juga dapat membentuk

hubungan yang baru dan postif dalam kalangan pelajar. Aktiviti yang melibatkan

pertandingan secara sihat dapat membentuk suatu hubungan yang baru dlam

kalangan pelajar-pelajar yang terlibat. Mereka dapat membentuk talian silaturrahim

yang baru dengan menambah kenalan ataupun kawan di antara satu sama lain.