KEMASKINI PADA 02 MEI 2017 · 2018. 12. 5. · bin Abdul Wahab, AMP., PJK., merupakan Yang Di...
Transcript of KEMASKINI PADA 02 MEI 2017 · 2018. 12. 5. · bin Abdul Wahab, AMP., PJK., merupakan Yang Di...
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020MS ISO 9001:2008
KEMASKINI PADA 02 MEI 2017
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 2
• Kata-kata Aluan Yang DiPertua MDP 2
• Setiausaha MDP 3
• Ringkasan Eksekutif 4
• Pengenalan 5
• Anugerah dan Pencapaian 11
• Carta Organisasi 26
• Objektif MDP 27
• Fungsi MDP 28
• Stakeholders dan Pelanggan 29
• Pengenalan Pelan Strategik 30
• Halatuju Strategik 31
• Nilai-nilai Bersama 32
• Analisa Persekitaran 34
• Isu-isu Strategik 35
• Objektif Strategik 38
• Peta Strategi 39
• Strategi dan Pelan Tindakan 41
• Elemen Penentu Kejayaan 56
• Mekanisme Pelaksanaan 57
• The Way Forward 58
• Penutup 59
• Lampiran 60
KANDUNGAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 3
KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PEKAN
Sebagai sebuah agensi kerajaan di barisan hadapan danpaling hampir dengan rakyat, Majlis Daerah Pekan sentiasa
berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggannya. Untuk tujuan tersebut, Majlis Daerah
Pekan telah menggariskan visi yang jelas iaitu untuk
“Menjadikan Pekan sebuah daerah yang maju, harmoni,
makmur dan lestari sehingga diiktiraf di peringkat Nasional
menjelang 2020”.
Pelan Strategik dari tahun 2016-2020 adalah merupakan
kaedah yang digunakan oleh kakitangan Majlis Daerah Pekan
ke arah budaya kerja yang lebih berkualiti dan efektif supaya
dapat meningkatkan lagi kecemerlangan penyampaian
perkhidmatan Majlis Daerah Pekan.
Semoga segala yang dirancang ini dapat direalisasikan
dengan mendapat kerjasama yang padu dari semua
kakitangan serta memperolehi keizinan dan keberkatan Allah
s.w.t. demi memberi manfaat dan kesejahteraan kepada
seluruh warga Pekan dan pengunjung-pengunjungnya.
ROSE SHAMSUL BIN ABDUL RAZAK, AAP., AMPYANG DIPERTUAMAJLIS DAERAH PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 4
KATA-KATA ALUAN
SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH PEKAN
Pelan Strategik Majlis Daerah Pekan merangkumi visi, misi dan halatuju Majlis Daerah Pekan untuk tempoh sehingga tahun
2015. Tempoh 7 tahun ini bermula dari 2009 hingga 2015 dipilih
kerana tempoh ini dianggap praktikal bagi pelaksanaan
strategi yang telah digariskan. Walaubagaimanapun, Pelan
Strategik ini akan dikaji semula pada setiap tahun bagi
memastikan ianya selaras dengan keperluan dan kehendak
semasa.
Pelan Strategik 2016-2020 ini amat penting dalam menentukan
arah dan memastikan kelancaran perjalanan visi 2020 Majlis
Daerah Pekan. Pelan Strategik yang jelas akan dapat dijadikan
rujukan dan memberikan kefahaman serta panduan kepada
seluruh warga kerja Majlis Daerah Pekan dalam usaha untuk
memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dan
seterusnya mencapai visi dan misi organisasi.
Kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini bergantung kepada
komitmen semua pihak termasuk kerjasama pelanggan
sepertimana yang telah digariskan. Semoga dengan panduan
daripada Pelan Strategik ini, Majlis Daerah Pekan akan dapat
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggannya selaras dengan slogan ISO majlis iaitu
“Perkhidmatan Berkualiti Pelanggan Berpuashati”.
MOHD ALI BIN MOHD AMINSETIAUSAHAMAJLIS DAERAH PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pekan merupakan sebuah Bandar Diraja yang terancang
dalam pelbagai aspek meliputi bangunan pejabat serta
perumahan, infrastruktur, sosio ekonomi, perkhidmatan
perbandaran, landskap, kemudahan awam dan sukan serta
tempat ibadat. Majlis Daerah Pekan merupakan tulang
belakang bagi hampir keseluruhan pembangunan dan
perkhidmatan di Daerah Pekan. Oleh yang demikian, Majlis
Daerah Pekan mestilah mempunyai satu halatuju yang jelas
dan strategi yang mantap bagi memastikan perancangan,
pembangunan dan perkhidmatannya sentiasa berkualiti,
cekap dan menepati kehendak pelanggan.
Majlis Daerah Pekan telah menetapkan visi dan misi, selaras
dengan usaha untuk memantapkan organisasi dan
menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya. Pelan
Strategik bagi tempoh dari 2016 hingga 2020 pula dirangka
untuk dijadikan panduan dan halatuju bagi mencapai visi dan
misi tersebut.
Pelan Strategik ini mengandungi Visi, Misi, Nilai-nilai Bersama,
Peta Strategi (Strategy Map), Objektif Strategik, Strategi-strategi
dan Pelan Tindakan bagi memberi gambaran menyeluruh
mengenai perancangan dan pelaksanaan strategi Majlis
Daerah Pekan.
Setiap tahun pihak pengurusan Majlis Daerah Pekan akan
menyemak dan mengemaskini pelan strategik ini untuk
menyelaras pencapaian berbanding dengan sasaran yang
ditetapkan. Ianya bagi memastikan strategi yang telah
digariskan terus relevan serta sentiasa berada pada landasan dan halatuju yang dikehendaki.
5
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
Mengikut cerita orang-orang tua, Pekan mendapat namanya
dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak
tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya
berwarna putih seperti bunga Melor dan berbau harum.
PENGENALAN
SEJARAH BANDAR PEKAN
6
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH PEKAN
Majlis Daerah Pekan telah ditubuhkan pada 1hb. Julai, 1988
bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah melalui Warta Kerajaan
Negeri Pahang No. 503 bertarikh 23hb Jun, 1988. Encik Hashim
bin Abdul Wahab, AMP., PJK., merupakan Yang Di Pertua
pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang
kakitangan. Pelancaran rasminya telah disempunakan KDYTM
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al Musta’in Billah, pada 3hb November 1990.
Pada dasarnya, MDP bertanggungjawab terhadap
perancangan fizikal dan pembangunan bandar untuk
kesejahteraan dan keselesaan penduduk yang seterusnya
memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan sosial
masyarakat. Selain itu MDP juga mempunyai peranan untuk
menjaga kebersihan dan keceriaan bandar melalui
perkhidmatan perbandaran.
Pentadbiran MDP sentiasa komited untuk melaksanakan tugas-
tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar
dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan
dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti
demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk serta pengunjung.
7
KAWASAN PENTADBIRAN
TAHUN KAWALAN
(km2)
OPERASI
(km2)
JUMLAH
(km2)
1989 – 2001
2002 – kini
108.67
1952.36
56.28
399.44
164.95
2351.8
Bermula tahun 2002 seluruh kawasan di dalam Daerah Pekan,
diwartakan sebagai kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pekan
kecuali kawasan hutan simpan seluas 1499.5 km2.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
KOMPOSISI PENDUDUK MENGIKUT KAUM
Mengikut banci penduduk dan perumahan negara tahun
2010, pecahan jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik diDaerah Pekan adalah seperti berikut :
8
Warganegara Malaysia BukanWarganegara
Malaysia
Jumlah
Melayu Bumiputera
Lain
Cina India Lain-
lain
85,545 11,654 1,340 380 1,446 5,222 105,587
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
TITAH PERUTUSAN ALUAN
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA
PAHANG SEMPENA PELANCARAN MDP
9
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 10
WATIKAH PEMASYURAN
MAJLID DAERAH PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 11
AHLI MAJLIS YANG PERTAMA
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
PELAN STRATEGIK MAJLIS
DAERAH PEKAN 2009-201512
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
Majlis Daerah Pekan telah berjaya mendapat 5
Bintang dalam penggredan PBT pada tahun 2016.
13
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 14
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 15
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-202016
ANUGERAH PEKAN BANDAR BERSIH 2016
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 17
ANUGERAH BANDAR MAMPAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 18
Persijilan MS ISO 9001 : 2000 & 9001 : 2008
Majlis Daerah Pekan telah memperolehi sijil ISO 9001 : 2000
pada 16 Disember 2007 dan ISO 9001 : 2008 pada 06
Februari 2009 untuk tempoh sehingga 2010 bagi
keseluruhan proses merangkumi pengurusan korporat
kewangan, cukai taksiran dan sumber manusia.
Penyediaan perancang bandar, pembangunan,
pelesenan, lanskap, perundangan dan penguatkuasaan
serta perkhidmatan perbandaran. MDP juga merupakan
PBT pertama di Malaysia yang mendapat Persijilan ISO 9001:2008
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 19
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 20
OBJEKTIF MDP
• Untuk memastikan kualiti perbandaran di tahap optima
melalui perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan.
• Untuk memastikan perancangan dan pembangunan bandar
dilaksanakan secara bersistematik dan realistik.
• Untuk memastikan ciri-ciri dan identiti bandar kekal dengan
fungsinya sebagai Bandar Diraja.
• Untuk menjamin kebersihan dan keindahan alam sekitar
sentiasa baik serta kekal dengan ciri-ciri semulajadi.
• Untuk mewujudkan kualiti perkhidmatan optima melalui
amalan pengurusan budaya korporat.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 21
FUNGSI MDP
Dalam mencapai matlamat, MDP melaksanakan fungsi- fungsi
berikut :
• Melipatgandakan usaha-usaha menambah dan
mempelbagaikan punca hasil dalam usaha
mengurangkan pergantungan ke atas hasil cukai taksiran.
• Mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan
perkhidmatan perbandaran selaras dengan kehendak,
citarasa dan keselesaan penduduk.
• Mempertingkatkan pengindahan kawasan dan kawalan
kebersihan serta kesihatan.
• Menggalakkan pembangunan fizikal selaras dengan polisi
perancangan negeri mengikut keutamaan yang
ditetapkan.
• Menentukan semua pegangan di dalam kawasan operasi
Majlis Daerah Pekan dinilai bagi maksud Cukai Taksiran Am
pada nilai yang munasabah.
• Menguruskan penyewaan gerai-gerai dan meningkatkan
kutipan sewaan gerai.
• Menambah dan memperhebatkan lagi kempen-kempen
kebersihan, kursus dan gotong-royong di kalangan para
peniaga dan penduduk setempat.
• Menambah dan meningkatkan kemahiran dan kecekapan
kakitangan MDP melalui pelbagai kursus, latihan serta
seminar-seminar dalaman mahupun luaran.
• Menyelenggara dan membaikpulih secara menyeluruh
kemudahan awam sediada seperti tandas awam, taman permainan serta longkang dan parit.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 22
Majlis Daerah
Pekan
STAKEHOLDERS
•SUK
•Ahli Majlis PBT
•Kerajaan Negeri
•Kerajaan
Persekutuan
PELANGGAN
•Penduduk
•Pelawat/Pelancong
•Kakitangan Kerajaan
dan Swasta
•Pemilik
Kediaman/Premis
Perniagaan
•NGO
•Komuniti Perniagaan
•Syarikat Konsesi
STAKEHOLDER & PELANGGAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 23
PENGENALAN PELAN STRATEGIK
Bengkel Penyediaan Semula
Pelan Strategik PBT di Institut
Latihan KPKT, Bukit Tinggi
9 – 10 April 2014
Semakan Semula Pelan
Strategik MDP di Bilik
Mesyuarat Seroja, MDP
21 Oktober 2014
Penyediaan Maklumat KPI,
Objektif Strategik dan Inisiatif
Setiap Jabatan
1 – 31 Mei 2015
Penyediaan Laporan Penuh
di Bilik Mesyuarat Seroja, MDP
9 Jun 2015
Bengkel Pelan Strategik di MP
Bentong
22 Disember 2015
PENGESAHAN DRAF PELAN STRATEGIK MDP 2016-2020
28 DISEMBER 2015
Model pengurusan Pelan Strategik ini merangkumi visi dan misi, nilai bersama, tema strategik, matlamat dan yang paling utama adalah Objektif, Key Perfomance Indicator (KPI)dan Inisiatif Strategik.Berikut adalah perjalanan sepanjang penyediaan Pelan Strategik MDP 2016-2020:
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 24
HALATUJU STRATEGIK MDP
VISI
”Menjadikan Pekan sebuah daerah
yang maju, harmoni, makmur dan lestari
sehingga diiktiraf di peringkat Nasional
menjelang 2020”
Untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk
dalam kawasan Majlis Daerah Pekan
yang bercirikan identiti Bandar Diraja melalui
penyampaian perkhidmatan yang cekap,
berkesan dan berintegriti
MISI
Penyataan visi ini merangkumi 4 komponen penting yang
menunjukkan dengan jelas halatuju Majlis Daerah Pekan
menjelang 2020 iaitu memberikan sistem penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti sehingga menjadi sebuah
kawasan yang maju dan berdaya saing tanpa
mengabaikan kualiti kehidupan yang harmoni, makmur dan
lestari sehingga diiktiraf di peringkat Nasional
Dengan kelebihan sebagai sebuah Bandar DiRaja disamping
menjadi Kawasan Parlimen Perdana Menteri, diharapkan visi ini
dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Pekan
Penyataan misi ini menunjukkan dengan jelas, matlamat utama
Majlis Daerah Pekan iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat disamping mengekalkan identiti Bandar DiRaja.
MDP juga menjanjikan perkhidmatan yang cekap dan
b e r k u a l i t i s e l a r a s d e n g a n s l o g a n I S O M D P i a i t u
‘ Pe rkh idma tan B e r k u a l i t i , P e l a n g g a n Be rpuasha t i ’
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 25
NILAI-NILAI BERSAMA
Bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti, kami sentiasa
berpegang kepada nilai-nilai bersama seperti berikut semasa
melaksanakan tugas:-
1. Integriti Melaksanakan amanah dan kuasa yang
diberikan dengan jujur dan saksama serta
berkhidmat dengan penuh komitmen dan
bertanggungjawab.
2. Adil Sentiasa berusaha membuat pertimbangan
yang saksama dan sama rata dalam setiap
tindakan. Keputusan yang diambil adalah
berasaskan undang-undang, peraturan,
keutamaan, serta fakta yang lengkap dan
tepat bagi menjamin kepuasan semua pihak.
3. Berdisiplin Sentiasa mengawal diri dan perilaku
berlandaskan undang-undang, peraturan,
prinsip dan nilai-nilai murni. Melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan
taat tanpa penyeliaan yang rapi dan sentiasa
menjaga imej diri, organisasi, perkhidmatan
dan negara di kaca mata masyarakat.
4. Akauntabiliti Mempunyai rasa tanggungjawab dan
akauntabiliti di dalam segala tindakan dankelakuan.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 26
5. Bijaksana Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan
tanggungjawab secara bijaksana
berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap
profesionalisme yang tinggi. Membuat
pertimbangan yang teliti dalam sesuatu
tindakan serta membuat keputusan yang
rasional berdasarkan fakta tertentu dengan
mengambil kira kepentingan organisasi,
perkhidmatan dan negara.
6. Telus Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan
mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan
tindakan yang telus, lengkap serta
menyelesaikan kerja mengikut masa yang
ditetapkan. Berusaha memaklumkan maklumat,
tindakan dan keputusan yang telah diambil
kepada pihak yang berhak selagi ianya tidak
bercanggah dengan undang-undang dan
peraturan.
7. Amanah Menjalankan tugas dengan penuh komitmen,
dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras
dengan akujanji yang telah diikrarkan.
8. Kerja Berpasukan
Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama,
bertolak ansur dan sifat setia kawan dan
muafakat yang tinggi untuk mencapai visi dan
misi organisasi. Kepentingan kerja berpasukan
lebih diutamakan daripada kepentingan dirisendiri.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 27
KEKUATAN / STRENGTHS (S)
• Teamwork dan komitmenkakitangan yang tinggi
• Sikap untuk berdaya saing
• Pelan Pembangunan yangterancang (RTD 2002 – 2015dan Pelan Induk Landskap2005 - 2015)
• Bilangan kakitangan yangmencukupi
• Transformational leadership
• E-PBT dan MS ISO 9001:2008(International Standarad)
KELEMAHAN / WEAKNESSES (W)• Sumber hasil terhad• Kakitangan kurang mahir
• Peraturan/Undang-undang kecil yang
ketinggalan zaman/lapuk
• Kekurangan penggunaanteknologi terkini
• Ruang pejabat yang sempitdan terhad.
• Prospek kerjaya yang terhad –kenaikan pangkat dankontrak
• Peralatan kerja yang terhad.
PELUANG / OPPORTUNITIES (O)• Bandar Diraja
• Kawasan Parlimen YABPerdana Menteri Malaysiayang ke 6
• Sokongan pemimpin politikdan pengurusan
• Lokasi yang strategik – hampirdengan Kuantan, ibu negeriPahang
• Termasuk dalam kawasanWilayah Ekonomi Pantai Timur
• Bandar Otomotif
• Eco-tourism – Tasik Chini,Hutan Paya Gambut dan Sg.Pahang
• Banyak peluang pekerjaan• Potensi pelaburan yang tinggi
ANCAMAN / THREATS (T)
• Selalu banjir – muara sungaiPahang
• Sultanate Land – tidak bolehdibangunkan
• Ramai pendatang asingtanpa izin / setinggan sungai
• Selalu berlaku kebakaranhutan dan kawasan payagambut
• Kawasan untukpembangunan projek besarterhad
• Vandalisme
ANALISIS PERSEKITARAN
(ANALISA SWOT)
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 28
ISU-ISU STRATEGIK
Berdasarkan analisis persekitaran yang telah dilaksanakan,
beberapa isu strategik telah dikenalpasti untuk menyokong
pencapaian visi dan misi iaitu:
• Potensi pelaburan yang tinggi
Lokasi Pekan yang strategik iaitu bersempadanan dengan ibu
negeri Pahang, Kuantan memberikan limpahan manfaat
kepada Daerah Pekan dari segi pembangunan dan secara tidak
langsung menarik pelabur dalam dan luar negeri/negara untuk
melabur di Pekan.
Pekan juga mempunyai tanah yang luas (150 ribu ha) yang
masih belum diterokai dan berpotensi untuk dibangunkan sekaligus
membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk Pekan.
Kemasukan pelabur-pelabur ke Daerah Pekan, secara tidak
langsung membantu meningkatkan hasil dan pendapatan dalam
daerah.
Keistimewaan Pekan sebagai sebuah Bandar DiRaja, kawasan
YAB Perdana Menteri Malaysia dan termasuk di dalam kawasan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilihat sebagi penyumbang
yang turut membantu Pekan mencapai sasaran yang telah
ditetapkan.
Walaubagaimanapun, wujud beberapa kekangan yang telah
dikenalpasti mampu menghalang perlaksanaan hasrat ini, iaitu
walaupun Pekan mempunyai tanah yang luas untuk dibangunkan,
sebahagiannya melibatkan tanah hakmilik dan Sultanate Land.
Proses pengambilan balik tanah memerlukan kos yang tinggi dan
melibatkan banyak pihak serta prosidur yang perlu dipatuhi.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 29
Selain itu, kesan pembangunan yang dibawa oleh
pelabur-pelabur ini secara tidak langsung turut mempengaruhi
kehidupan sosial masyarakat. Antara kesan yang mungkin
timbul adalah seperti peningkatan kadar jenayah,
pertambahan pendatang tanpa izin, vandalisme, gejala sosial,
keruntuhan moral dan sebagainya.
Justeru, bagi memastikan visi yang telah ditetapkan
tercapai, penglibatan semua pihak adalah sangat penting
bagi memastikan Pekan maju, harmoni, makmur dan lestari.
•Teamwork dan komitmen yang tinggi
Komitmen pengurusan yang tinggi untuk memastikan
kecemerlangan organisasi adalah merupakan kunci utama ke arah kejayaan Majlis Daerah Pekan mencapai visi dan misinya.
Teamwork dan penglibatan warga kerja yang optimum dalam
memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan
berintegriti kepada pelanggan turut memainkan peranan
penting dalam mencapai misi organisasi.
Bagi mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan, Majlis Daerah Pekan telah memperolehi sijil ISO
9001 : 2008 bagi keseluruhan perkhidmatan, melaksanakan KPI
bagi 25 proses kerja dan berjaya memperolehi Sijil Amalan
persekitaran Berkualiti. Kejayaan Majlis Daerah Pekan dalam
beberapa anugerah contohnya pengiktirafan 4 bintang dalam
penggredan PBT dan Pemenang Anugerah Bandar Lestari -
Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan bagi Kategori
Majlis Daerah untuk tahun 2006/2007 membuktikan
kesungguhan pihak pengurusan dan warga kerja Majlis Daerah
Pekan memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi kepuasan pelanggan.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 30
• Pelan Pembangunan yang terancang
Bagi memastikan Pekan mencapai taraf daerah maju,
harmoni, makmur dan lestari menjelang 2020, satu Pelan
Pembangunan yang terancang telah digunapakai iaitu
Rancangan Tempatan Daerah Pekan dan Pelan Induk Lanskap
Majlis Daerah Pekan.
Ianya dijadikan garis panduan utama sebelum sesuatu
projek pembangunan dilaksanakan di dalam Daerah Pekan.
Garis panduan ini merupakan salah satu alat kawalan supaya
setiap perancangan dan pembangunan yang hendak
dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah ditetapkan.
• Sumber alam semulajadi
Bagi mengekalkan kelestarian Daerah Pekan, sumber–
sumber semulajadi yang sediada perlu dikekalkan. Pekan
mempunyai potensi untuk membangunkan Pusat Eco-Tourism
seperti Tasik Chini yang mana bakal diiktiraf sebagai warisan
alam semulajadi.
Selain daripada itu, Pekan mempunyai hutan paya gambut
terbesar di Asia Tenggara dan ke-3 terbesar di dunia.
Walaubagaimanapun, kawasan hutan paya gambut ini
diancam dengan kebakaran hutan hampir setiap tahun
sekaligus memusnahkan eko-sistem kawasan terlibat.
Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di
Semenanjung Malaysia yang turut menyumbang kepada
ekonomi penduduk setempat di samping dapat dijadikan
produk pelancongan. Walaubagaimanapun, sungai ini telah
tercemar dengan kehadiran PATI dan setinggan sungai. Oleh
itu usaha dari semua pihak adalah perlu untuk menjagaanugerah alam yang tidak ternilai ini.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 31
OBJEKTIF STRATEGIK
Bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan, Majlis
Daerah Pekan telah menggariskan 5 Objektif Strategik untuk
dijadikan panduan dan halatuju dalam melaksanakan kerja-
kerja harian. Objektif Strategik ini disokong oleh strategi-
strategi dan pelan-pelan tindakan yang telah dikenalpasti
dapat membantu Objektif Strategik ini tercapai. Objektif
Strategik Majlis Daerah Pekan ialah :-
• Memantapkan sistem pengurusan dan penyampaian
perkhidmatan ke arah perhidmatan yang berkualiti
dan memberi kepuasan kepada pelanggan
• Mengekalkan persekitaran lestari ke arah kualiti hidup
penduduk yang lebih tinggi
• Memastikan perancangan pembangunan yang
seimbang dan terkawal serta mengekalkan identiti
Bandar DiRaja
• Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan perbandaran ke arah mencapai
keharmonian dan kemakmuran Daerah Pekan
• Memperkukuh dan memantapkan sumber hasil
jabatan ke arah kemajuan dan pembangunan DaerahPekan
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 32
PETA STRATEGI
Peta Strategi merupakan ringkasan kepada strategi-strategi
yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif strategik
yang telah ditetapkan dalam tempoh masa pelaksanaan
Pelan Strategik ini. Bagi memudahkan pelaksanaan, 15
strategi yang telah digariskan dibahagi kepada empat (4)
perspektif utama iaitu Pelanggan, Kewangan, Proses Dalaman
serta Pembelajaran dan Pertumbuhan.
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, strategi
yang perlu dilaksanakan ialah mempertingkatkan kemudahan
dan infrastruktur awam, mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan perbandaran, mewujudkan persekitaran yang
indah, bersih, selamat dan selesa serta memperkukuhkan
jalinan dan penyertaan komuniti dalam aktiviti dan program
majlis.
Untuk memastikan kemajuan dan pembangunan daerah,
strategi dari perspektif kewangan perlu dilaksanakan iaitu
memantapkan keupayaan kutipan hasil dan
mempelbagaikan sumber hasil.
Strategi dari perspektif proses dalaman adalah penting dalam
mencapai misi dan visi jabatan. Strategi-strategi yang perlu
dilaksanakan ialah memastikan pembangunan secara
terancang dan terkawal, mempertingkatkan keberkesanan
penguatkuasaan, mempertingkatkan kecekapan pengurusan
kawalan perniagaan, menggalakkan penggunaan peralatan
dan produk yang mesra alam, memelihara dan mengekalkan
warisan alam semulajadi dan memperkasakan imej dan
warisan Kesultanan Melayu Pahang.
Bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti, strategi dari
perspektif pembelajaran dan pertumbuhan perlu dilaksanakan
iaitu memantapkan pembangunan organisasi, memantapkan
pengurusan sumber manusia dan mewujudkan persekitaran
kerja yang kondusif untuk keselesaan warga kerja dan pelanggan.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 33
PETA STRATEGI MAJLIS DAERAH PEKAN (2016-2020)
Mempertingkatka
n kemudahan
dan infrastruktur
awam
Mewujudkan
persekitaran
yang indah,
bersih, selamat
dan selesa
Penyediaan
penyata
kewangan
Memantap
kan
keupayaan
kutipan
hasil
PELANGGAN
KEWANGAN
Memperkukuhka
n jalinan dan
penyertaan
komuniti dalam
aktiviti dan
program majlis
Memastikan
pembanguna
n secara
terancang
dan terkawal
Mempertingkatk
an
keberkesanan
penguatkuasaan
Menggalakkan
kebersihan di
premis makanan
& minuman
Memantapkan
Pembangunan
Organisasi
PROSES DALAMAN
PEMBELAJARAN & PERTUMBUHAN
Memantapkan
Pengurusan
Sumber Manusia
Pengurusan
aduan awam
yang lebih
cekap
Memantapkan
sistem
pengurusan
kewangan
Penyediaan kawasan
lapang awam dan
kemudahan rekreasi yang
mencukupi mengikut
keperluan penduduk
Mempertingkat
kan kualiti
perkhidmatan
perbandaran
Mewujudkan
persekitaran
yang kondusif
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 34
STRATEGIK & PELAN TINDAKAN
1. MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN KE ARAH PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI
DAN MEMBERI KEPUASAN KEPADA PELANGGAN
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memantapkan
pembangunan
organisasi
Pengukuran
Sistem Star
Rating PBT
4 Bintang
Bahagian Audit Dalam
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Membuat Perbincangan
mengenai indicator start rating
bersama YDP, SU dan Ketua
Jabatan
Membuat aktiviti pengauditan
sebelum lawatan dari auditor
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 35
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memantapk
an
pengurusan
sumber
manusia
Kursus/
latihan
kepada
kakitangan
7 hari setahun
Jabatan Khidmat Pengurusan
Markah
prestasi
Markah prestasi 80%
ke atas melebihi 90%
kakitangan
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Menyediakan kursus/
latihan kepada
kakitangan secara
dalaman dan luaran.
Menganjurkan ceramah
agama dan nilai-nilai
murni
Mengadakan
perjumpaan YDP
bersama kakitangan
Mengadakan mesyuarat
MBJ 4 kali setahun
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 36
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Pengurus
an aduan
awam
yang
lebih
cekap
Penyele
saian
aduan
awam
Keutam
aan
risiko
yang
melibat
kan
nyawa,
kesihat
an dan
harta
benda.
75% aduan risiko
tinggi
75% aduan risiko
sederhana
10% aduan risiko
rendah
Jabatan Korporat dan
Perhubungan Awam
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Mengadakan
mesyuarat aduan
secara berkala
Melaksanakan
pengurusan aduan
mengikut standard
MS ISO 9001:2015
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 37
Strategik KPI SasaranPemilik KPI /
Tindakan
Mewujudkan
persekitaran
yang kondusif
Tahap
kepuasa
pekerja di
tahap
cemerlang
50%
Jabatan Korporat
dan Perhubungan
Awam
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Mengekalkan perlaksanaan
amalan persekitaran berkualiti
EKSA
Mengadakan mesyuarat MBJ
Menyediakan aktiviti/program
yang melibatkan kakitangan
seperti sukan, kebajikan dan
sebagainya
Mengadakan program
bersama Kelab SERASI
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 38
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memperku
kuh jalinan
dan
penyertaa
n komuniti
dalam
aktiviti dan
program
majlis
Program
kemasyar
akatan /
penglibat
an
komuniti
12 program
Jabatan Perkhidmatan
Masyarakat
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Jawatankuasa
Perwakilan Penduduk.
Mengadakan program
yang melibatkan
kemudahan sukan
seperti klinik bola
sepak, sukan
persahabatan anjuran
bersama agensi luar
dan sebagainya.
Mengadakan program
komuniti bersama
penduduk.
Melaksanakan progran
gotong royong
bersama penduduk
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 39
2. MENGEKALKAN PERSEKITARAN LESTARI KE ARAH KUALITI HIDUP PENDUDUK YANG LEBIH TINGGI
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Mewujudk
an
persekitar
an yang
indah,
bersih,
selamat
dan
selesa
Program
gotong
royong
24 program
Jabatan Perkhidmatan
Masyarakat
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Melaksanakan
program gotong
royong di kawasan
operasi MDP
Mengadakan
Mesyuarat JK
Keindahan dan
Kebersihan
Melaksanakan
program 3R dan
komposting
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 40
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Menggalak
kan
kebersihan
di premis
makanan &
minuman
Penggredd
an A tahap
kebersihan
premis
makanan
dan
minuman
70%
Jabatan Pelesenan dan
Perkhidmatan Perbandaran
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Pemeriksaan tahunan
oleh Majlis Daerah Pekan
dan Pejabat Kesihatan
Daerah
1 Daerah 1 Lokaliti
Tindakan kompaun bagi
gerai yang kotor
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 41
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Penyediaan
kawasan
lapang
awam dan
kemudaha
n rekreasi
yang
mencukupi
mengikut
keperluan
penduduk
Pencapai
an
mampan
(3 score)
dalam
murninets
setiap
tahun
Mampan
Jabatan Perancangan
Bandar dan Landskap
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Mensyaratkan
penyediaan 10% tanah
lapang dan rekreasi
bagi semua(jenis
pembangunan di
peringkat permohonan
kebenaran merancang
Mengunapakai garis
panduan tanah lapang
dan kawasan rekreasi,
JPBD Semenanjung
Malaysia
2 hektar tanah lapang
awam bagi setiap
1,000 penduduk
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 42
3. MEMASTIKAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG DAN TERKAWAL SERTA MENGEKALKAN IDENTITI BANDAR DIRAJA
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memastika
n
pembangu
nan secara
terancang
dan
terkawal
mengikut
Rancangan
Tempatan
Daerah
Pekan
Pelan-pelan
pembangu
nan
diluluskan
mematuhi
Rancangan
Tempatan
Daerah
Pekan
80%
Jabatan Perancangan Bandar
dan Landskap
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Laporan pematuhan
permohonan kebenaran
merancang ke atas
rancangan pemajuan
secara tahunan oleh
JPBD Negeri Pahang
Mesyuarat Jawatankuasa
OSC
Penguatkuasaan
peraturan secara
konsisten dan efektif
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 43
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Meningk
atkan
kemuda
han dan
infrastruk
tur awam
Projek
Pembangu
nan
100%
Jabatan Kejuruteraan
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Membuat permohonan
peruntukkan projek
pembangunan dari
KPKT,ECER,MARRIS dan
Kementerian
Perlancongan
Mendapatkan
maklumat projek
pembangunan yang
perlu dilaksanakan
daripada penduduk,
Adun dan Ahli Majlis
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 44
4. MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN KE ARAH MENCAPAI KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN DAERAH PEKAN
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Mempert
ingkatka
n kualiti
perkhid
matan
perband
aran
Pengukuran
tahap
kepuasan
pelanggan
berbanding
prestasi
sebelum
Meningkat
Jabatan Korporat dan
Perhubungan Awam
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Jabatan Kesihatan
membuat pemantauan
kerja-kerja
pembersihan
Memastikan kerja-
kerja pembersihan
dijalankan mengikut
jadual
Program 1 Daerah 1
Lokaliti bersama Jab.
Kesihatan Daerah
Pekan
Program komposting
bersama penduduk
Penyenggaraan
landskap
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 45
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Mempertingk
atkan
keberkesana
n
penguatkuas
aan
Tindakan
Penguatk
uasan
80%
Jabatan Undang-Undang
dan Penguatkuasaan
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Melaksanakan tindakan
penguatkuasaan secara
bersepadu
Mempertingkatkan
kemahiran dan
keupayaan anggota
penguatkuasa
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 46
5. MEMPERKUKUH DAN MEMANTAPKAN SUMBER HASIL JABATAN KE ARAH KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DAERAH PEKAN
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memantapka
n keupayaan
kutipan hasil
Peningkatan
peratusan kutipan
hasil tahunan
5%
Semua Jabatan
Peratusan kutipan
tunggakan cukai 70%Jabatan Penilaian
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Menyediakan kemudahan kutipan
secara online seperti CIMB Click,
Maybank 2U dan pos Malaysia
Mengadakan kutipan sewaan ke
tempat harta Majlis disewakan
(kutipan pintu ke pintu ) setiap bulan
Menambahkan simpanan tetap
Mengadakan insentif seperti
cabutan bertuah/hadiah iringan
kepada pembayar cukai yang tiada
tunggakan
Melantik panel peguam untuk
menuntut tunggakan melalui
mahkamah
Mengadakan aktiviti lawat periksa
ke atas harta-harta yang ada di
dalam kawasan operasi
Meningkatkan hasil-hasil dari setiap
Jabatan MDP
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 47
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Memantapka
n sistem
pengurusan
kewangan
Tempoh
pembay
aran
kepada
pembek
al dibuat
dalam
tempoh
7 hari
50%
Jabatan Perbendaharaan
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Mewujudkan borang KPI
bagi tujuan
pemantauan proses
bayaran.
Memastikan tuntutan
yang diterima diproses
dengan segera
Pelaporan di dalam
mesyuarat
Jawatankuasa
Kewangan dan akaun
serta Jawatankuasa
kewangan dan
perkara-perkara am
Majlis Daerah Pekan
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 48
Strategik KPI Sasaran Pemilik KPI / Tindakan
Penyediaan
penyata
kewangan
Sijil
Bersih
Ketua
Audit
Negara
Setiap Tahun
Jabatan Perbendaharaan
Inisiatif Strategik 2016 2017 2018 2019 2020
Menaik taraf sistem
perakaunan yang
digunapakai.
Memastikan penyata
kewangan dihantar
ke Jabatan Audit
Negara selewat-
lewatnya 30 April
setiap tahun
Memberi latihan dan
pendedahan kepada
kakitangan yang
terlibat dengan
penyediaan penyata
kewangan
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 49
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
Bagi memastikan sasaran visi dan misi organisasi dapat
dicapai, beberapa elemen utama telah dikenalpasti
sebagai penentu utama kepada kejayaan Majlis Daerah
Pekan.
1. Komitmen Pengurusan Atasan
Komitmen pengurusan atasan memberikan impak yang
tinggi dalam setiap perancangan jabatan. Pengurusan
atasan memainkan peranan yang penting dalam
memberikan halatuju yang jelas kepada kakitangan untuk
mencapai visi dan misi organisasi.
2. Budaya Kualiti Dalam Organisasi
Bagi menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan,
penerapan budaya kerja berkualiti merupakan aspek yang
amat penting. Sebarang usaha penambahbaikan dapat
dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua warga kerja
memahami budaya kualiti dalam organisasi masing-masing.
3. Pembangunan Modal Insan Yang Berkesan
Aspek pembangunan modal insan merupakan elemen
utama dalam pengurusan. Untuk melakukan sebarang
perubahan dalam organisasi, modal insan perlu
dipersiapkan untuk bersedia bagi menerima perubahan dan
melakukan perubahan tersebut. Tumpuan akan diberikan
kepada peningkatan ilmu dan kemahiran kepada semua
pekerja.
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 50
MEKANISME PELAKSANAAN
• Strategi dan pelan tindakan yang telah ditetapkan dalam
Pelan Strategik Majlis Daerah Pekan ini, telah dirangka untuk
dicapai dalam tempoh 5 tahun iaitu 2016 sehingga 2020.
Tempoh pelaksanaan ini dianggap praktikal bagi
melaksanakan strategi yang telah digariskan.
• Bagi memastikan setiap bahagian di MDP memainkan
peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
tempoh 5 tahun ini, strategi dan pelan tindakan di dalam
Pelan Strategik ini akan dipantau dan dibuat kajian semula
mengikut jadual perancangan seperti berikut :-
BIL PERKARA TARIKH
CADANGAN
1. Mesyuarat Pemantauan Pelan
Strategik dan Pencapaian
Pelan Strategik
(Mesyuarat JK Penilaian Impak)
Sekali Setahun
2. Kajian Semula Pelan Strategik 2019 & 2020
• Kajian semula Pelan Strategik akan mengambilkira perubahan
persekitaran yang berlaku serta bersesuaian dengan keadaan
semasa
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 51
THE WAY FORWARD
• Selepas perancangan strategik ini dilaksanakan dan berakhir
pada tahun 2020, peranan MDP diharapkan akan lebih
menyerlah dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan
perbandaran.
• Oleh kerana aspek pengurusan dan perkhidmatan
perbandaran adalah aspek yang berterusan, maka
perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan
dan memantapkan lagi transformasi pengurusan dan
perkhidmatan perbandaran MDP berdasarkan kepada
keperluan semasa.
• Selepas tahun 2020, MDP mempunyai gagasan dan
berwawasan untuk mencapai ke tahap seperti berikut:-
i. Menjadi agensi yang terunggul di Malaysia dalam
pengurusan dan perkhidmatan perbandaran
ii. Pembangunan sosioekonomi penduduk yang terbaik
iii. Infrastruktur dan pembangunan yang seimbang antara
penduduk bandar dan luar bandar
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 52
PENUTUP
Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat
diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan
pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Ia
juga bagi memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat serta
masyarakat perniagaan yang terus meningkat. Justeru, Pelan
Strategik Majlis Daerah Pekan 2016-2020 telah mengariskan
beberapa objektif strategik dan strategi serta pelan tindakan
yang perlu dilaksanakan.
Tumpuan akan diberikan kepada usaha penambahbaikan
mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan
penilaian agar program yang dirancang dapat dilaksanakan
mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya
dapat diukur berdasarkan indikator berkaitan. Pelan strategik
ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak
pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta
meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi
dan misi yang telah ditetapkan.
Untuk mempastikan Pelan Strategik MDP mencapai
sasarannya, semua pihak perlu bekerjasama dan komited
dalam usaha merialisasikan strategi-strategi dan tindakan-
tindakan yang telah digariskan. Obligasi berkenaan hendaklah
dipikul bersama oleh pentadbiran majlis dan masyarakat demi
untuk kesejahteraan dan kelestarian Pekan Bandar DiRaja.
Warisan sediada terutama Kesultanan Melayu Pahang
hendaklah dikekalkan. Alam semulajadi pula perlu dipelihara
melalui peningkatan tahap kesedaran dan kawalan
pembangunan yang terancang.
Hakikatnya semua pihak bertanggungjawab dan mempunyai
peranan masing-masing dalam membantu Majlis Daerah
Pekan mencapai visinya iaitu “Menjadikan Pekan sebuah
daerah yang maju, harmoni, makmur dan lestari sehingga diiktiraf di peringkat Nasional menjelang 2020”
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 53
LAMPIRAN
1. PROJEK-PROJEK UTAMA DI DAERAH PEKAN
Bangunan Kedai Anjung Warisan
Bangunan Kedai Serambi Pekan
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-202054
Medan Ikan Bakar di Kuala Pahang
Pembangunan Taman Rekreasi Pantai Air Leleh
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-202055
Muzium Keislaman Pekan
Litar di Taman Tasik Sultan Abu Bakar
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
Air Hitam Link
KONTRAK 1:
i. Ban barat 5.2 km,
ii. Ban selatan 8.7 km
iii. Parit Monsun.
iv. Struktur Kawalan Sg. Madulang
KONTRAK 2:
i. Sg Parit 2.2 km
ii. Parit Timur 5.5 km
iii. Jambatan 3 buah.
iv. Air Hitam Link
v. Struktur ‘outlet’ 8 nos.
KONTRAK 3:
i. Sg Parit 2.1 km
ii. Jambatan 2 buah
iii. Struktur ‘outlet’.2 nos
Siap pada 15.12.2012
Siap pada 15.11.12
Siap pada 15.12.12
PROJEK-PROJEK RANCANGAN TEBATAN
BANJIR PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
SUNGAI PARIT CH 1250
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
SG. PARIT CH3660
SELEPAS
SEBELUM
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
AIR HITAM LINK
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
JAMBATAN CH 3660 SUNGAI PARIT
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
EAST DRAIN
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
SEBELUM
BAN BARAT
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
CONFLUENCE PARIT TIMUR DAN PARIT MONSUN UTAMA.
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
CONTROL STRUCTURE SG MAT DULANG
SEBELUM
SELEPAS
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
Cycle Point & Welcoming Tower (Anjung & Serambi Gantung)
• Penyediaan dan penanaman landskap
lembut.
• Penyediaan laluan basikal dan siar kaki
• Penyediaan papan tanda
• Pembinaan ‘Welcoming Tower’
• Penyediaan perabot taman
Pelan Kunci
Keadaan Semasa
A /
B
C
PERSPEKTIF A‘Welcoming Tower’ turut berfungsi sebagai wakaf di sampingperanannyasebagai ‘landmark’ Bandar Pekan.
PERSPEKTIF BPemandangan ke arah ‘Welcoming Tower’ di kawasan jalan masukutama Bandar Pekan
PERSPEKTIF CKawasan ini merupakan titik permulaan kepada para pengunjung yang ingin menggunakan berbasikal untuk meneroka Bandar Pekan.
PEMBANGUNAN LANDSKAP
PERBANDARAN PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020
Pelan Kunci
Keadaan Semasa
Pekan Promenade (Rumah Ibu)
• Penyediaan dan penanaman landskap lembut.• Penyediaan pomenade untuk kegunaan orang ramai bersiar-siar dan berniaga (food truck).• Penyediaan lampu taman• Penyediaan ‘metal grating walkway’• Penyediaan perabot taman
PERSPEKTIF DPandangan dari udara ke arah ‘Pekan Promenade’. Gambaran artis menunjukkan orang ramai sedang
menikmatisuasana di ‘promenade’.
D
PERSPEKTIF FPemandangan ke arah ‘’promenade’ dari arah sungai.
PERSPEKTIF EPemandangan di sekitar ‘promenade’ dari pelantar (metal grating walkway).
E
F
PEMBANGUNAN LANDSKAP
PERBANDARAN PEKAN
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 67
Tanjong Agas Oil & Gas Maritime Industrial Park
Universiti Malaysia Pahang (UMP) Di Kuala Pahang
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 68
Pembesaran Jalan Pekan - Kuantan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Politeknik Muadzam Shah
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 69
Masjid Baru Pekan
Intitut Kemahiran Belia Negara, Paloh Hinai
Kem Askar Wataniah, Sungai Miang
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 70
2. INDUSTRI-INDUSTRI UTAMA DI DAERAH PEKAN
PERINDUSTRIAN AUTOMOTIF PERAMU
PUSAT TENUN DIRAJA, PULAU KELADI
INDUSTRI AQUAKULTUR- TANJUNG BATU Perusahaan Nenas, Sungai Miang
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 71
3. TARIKAN-TARIKAN DI DAERAH PEKAN
Muzium Sultan Abu Bakar
Istana Sultan Abu Bakar
Kelab Polo Diraja Pahang
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 72
Pekan Riverfront
Persisiran Sungai Pahang
Hutan Paya Gambut
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 73
Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
Tasik Chini
Tanjong Gosong, Pekan
-
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH PEKAN 2016-2020 74
Kelab Golf Diraja Pekan
Taman Tasik Sultan Abu Bakar
Bandar Nostalgia Pekan