LAPORAN PELANCARAN PARENTHON
description
Transcript of LAPORAN PELANCARAN PARENTHON
-
LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PARENTHON
PIBG SKPP 2015
SK PARIT PENGHULU
Pada 26 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Parit
Penghulu telah mengadakan Majlis Pelancaran Parenthon PIBG SKPP 2015. Majlis ini
telah diadakan di Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Majlis
Pelancaran Parenthon PIBG SKPP 2015 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hasan
Bin Abd Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN
Sungai Rambai. Alhamdulillah kehadiran para ibu bapa dan guru pada majlis ini
adalah memuaskan. Majlis pelancaran ini telah dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan
yang telah disampaikan oleh Ustazah Adibahwati. Selepas itu majlis diteruskan
dengan ucapan daripada Penasihat PIBG iaitu Pn.Hjh.Seniah Binti Jantan, YDP PIBG
iaitu Tn.Hj.Ismail Bin Samad dan ucapan perasmian pelancaran Parenthon PIBG
SKPP 2015 oleh YB Datuk Hasan Bin Abd Rahman. Berikut adalah gambar-gambar
yang dapat diambil sekitar majlis ini berlangsung. Semoga niat dan usaha murni ini
akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.