Ke PimpinAn
-
Upload
slashangah -
Category
Documents
-
view
233 -
download
1
description
Transcript of Ke PimpinAn
Kepimpinan
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan
Pengenalan
• Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.
• Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.
• Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat.
• Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif.
• Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi.
• Kepimpinan sentiasa aktif.
• Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.
Pandangan islam dan barat tentang
definisi kepimpinan
Pandangan Islam Pandangan Barat
1. Setiap individu yang mukallaf
(orang yang
dipertanggungjawabkan dengan
kewajipan dan perintah untuk
menjalankan hukum tuntutan
agama Islam serta menjauhi
larangan Allah atas dasar orang
tersebut sudah mencapai usia
dewasa dan mempunyai akal
[akil baligh] serta telah sampai
seruan agama [syariat Islam]
kepadanya) berperanan sebagai
pemimpin.
1. Kepimpinan sebagai proses
mempengaruhi tindak-tanduk
individu atau kumpulan dalam
usaha mencapai sesuatu
matlamat bagi situasi tertentu.
2. Kepimpinan Islam
mengekalkan keadilan
dan kesaksamaan
masyarakat yang menjadi
kewajipan bagi memberi
ruang kepada
pembangunan dan
penyerlahan potensi diri.
2. Sebarang kegiatan yang
melibatkan seseorang
merujuk orang lain supaya
bekerja dengan rela untuk
mencapai matlamat
kumpulan.
Konsep Kepimpinan
Konsep Kepimpinan
• Manusia sebagai pemimpin/khalifah.
• Sekecil pemimpin ialah ia memimpin dirinya sendiri.
• Kepimpinan mempunyai sejarah yang sangat lama, termasuklah
konsep kepimpinan dari Perspektif Islam dan konsep kepimpinan
dari konsep kepimpinan dari Perspektif Islam .
• konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah san taqwa
manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai
fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara
manusia.
Konsep kepimpinan dari Perspektif Islam• Kepimpinan dalam Islam berasaskan kepada amanah dan taqwa.
• Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh
seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa
manusia lain kepada matlamat hidup berasaskan kehendak Allah s.w.t.
• Contoh kepimpinan Islam :-
Nabi Muhammad s.a.w.
• Yang mana Firman Allah yang bermaksud:
Dan kami jadikan mereka pemimpin (lelaki) berdasarkan pilihan kami
dan kami berikan mereka inspirasi untuk melakukan perkara ibadah,
melakukan sembahyang seperti yang ditetapkan dan melakukan amal
jariah dan secara berterusan mereka hendaklah setia kepada Kami sahaja.
( Anbiyaa’ 21: 73).
Konsep Kepimpinan Barat
• Kepimpinan menurut Barat pula adalah berorientasikan
keadaan/situasi yang berubah-ubah.
• Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek
kehidupan dunia sahaja (sekular).
• Elemen-elemen penting dalam kepimpinan berdasarkan
kepada kuasa dan pengaruh semata (ada kuasa semua
boleh buat).
Ciri-ciri
• Kuasa dan pengaruh • Mengikut prinsip dan kadar. • Akhlak yang baik • Berkemanusiaan • Adil dan saksama • Kematangan emosi
• Kemampuan mental. • Sihat dan berkemampuan • Kemahiran berkomunikasi
yang baik • Kematangan • Kekuatan motivasi
• Berkemahiran sosial yang
baik • Berkemahiran pengurusan
• Jujur dan amanah • Menghormati orang lain • Pantas, Cergas dan Proaktif • Berfikiran mendidik dan
Mendorong • Sedia membantu dan
Bertimbangrasa • Daya Imiginasi, Kreatif dan
Inovatif • Tegas, Arahan Jelas dan Bijak
mengawal serta mengarah manusia
Kompetensi Kepimpinan
Kompetensi Kepimpinan
Penjelasan
Kecerdasan Emosi Keupayaan pemimpin untuk mengerti dan melahirkan perasaan, menyerap emosi ke dalam pemikirannya, memahami dan berhujah dengan emosi, serta mengawal emosi
Integriti Pemimpin mempunyai sikap berterus terang dan mengotakan apa-apa yang dikata
Bertenaga Mempunyai ciri-ciri memotivasi dalaman yang mendorong pemimpin mencapai matlamat
Motivasi Kepimpinan Pemimpin memerlukan kuasa sosial untuk mencapai matlamat pasukan dan organisasi
Keyakinan Diri Kepercayaan kendiri pemimpin terhadap kemahiran kepimpinan dan keupayaan dalam mencapai objektif
Kecerdasan Keupayaan kognitif pemimpin untuk memproses maklumat yang banyak
Pengetahuan tentang Perniagaan
Pemimpin memahami persekitaran organisasi untuk membuat keputusan secara gerak hati
Kemahiran – kemahiran yang Harus Ada pada Seseorang Pemimpin
1.Kemahiran Teknikalkecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti khusus, terutamanya yang melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik.melibatkan pengetahuan yang khusus, kebolehan menganalisis dengan menggunakan alat-alat, dan teknik dalam bidang-bidang yang khusus.
2.Kemahiran Kemanusiaankeupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan membangunkan usaha sama dalam kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya.Hal ini bererti seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dari aspek perhubungan awam; memahami diri sendiri dan orang lain serta boleh bekerjasama bersama-sama dengan mereka dengan lebih baik
3. Kemahiran KonseptualKebolehan seseorang melihat suatu usaha secara menyeluruh termasuk mengenali fungsi-fungsi berlainan dalam organisasi yang berkaitan antara satu sama lain dan memahami perubahan yang berlaku pada satu fungsi akan mempengaruhi fungsi yang lain.
Peranan Pemimpin
• menetapkan matlamat• menyusun• mengarah dan menyelaras• mengawal bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan.
• Runtuhkan segala halangan • Menggunakan semua sumber
tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.
• Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu)
• Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani
• Bertindak Proaktif • Mengurus perubahan • Membuat tinjauan dan
pemantauan berterusan • Merujuk kepada mesyuarat
atau perbincangan
Kepimpinan yang Berkesan
• Mewujudkan strategi / pendekatan yang rasional
• Memastikan sokongan dan kerjasama semua ahli
• Memberi dorongan / motivasi
• Memastikan kawalan yang berkesan
• Memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki
• Penerusan budaya kerja cemerlang
• Penyelesaian masalah yang efektif
Prinsip Kepimpinan
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat)
1.Memahami diri anda sebagai pemimpin.
2.Menguasai kemahiran teknikal.
3.Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab.
4.Berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan cekap.
5.Memberi contoh yang boleh diikuti.
6.Fahami anggota pasukan.
7.Pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu.
8.Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain.
9.Pastikan anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat.
10.Memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan.
11. Menggunakan secara maksimum kebolehan anggota sebagai sebuah
pasukan melalui semangat kekitaan yang tinggi.
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam)
• Kepimpinan bagi orang Islam begerak dalam paradigma yang berteraskan
kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada Pencipta, yakni Allah S.W.T.
• Sarjana Islam melahirkan prinsip kepimpinan dalam Islam seperti berikut:
1. Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah.
2. Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah yang menpunyai kesinambungan
dengan tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul.
3. Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan
dengan organisasi dan pengikut mereka.
4. Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya
organisasi mereka.
5. Berperanan wujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang.
6. Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan, keadilan,
pengorbanan, petah dan tegas membuat keputusan.
Fungsi Pemimpin
FUNGSI KUMPUL
AN
FUNGSI TERHADAP INDIVIDU
FUNGSI TUGASA
N
FUNGSI TUGASANMemahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh
FUNGSI KUMPULANPemimpin adalah contoh kepada kumpulan
FUNGSI TERHADAP INDIVIDUPemimpin mengawal individu dalam kumpulan
9 PRINSIP KEPEMIMPINAN DALE CARNEGIE
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 1 : KALAU ANDA HARUS MENCARI KESALAHAN, Mulailah Dengan Pujian dan Penghargaan yang Jujur
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 2 : MENGKRITIK NAMUN TIDAK DIBENCI, Beritahu Kesalahan Orang Lain Dengan Cara Tidak Langsung
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 3 : BICARAKAN KESALAHAN ANDA DULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 4 : TAK SEORANG PUN YANG SUKA DIPERINTAH, Ajukan Pertanyaan Sebagai Ganti Memberi Perintah Langsung
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 5 : BERI KESEMPATAN ORANG LAIN UNTUK MENYELAMATKAN MUKA
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 6 : BAGAIMANA MEMACU ORANG LAIN MENUJU SUKSES, Pujilah Peningkatan Sekecil Apa Pun dan Pujilah Setiap Peningkatan. Jadilah “Tulus Dalam Penerimaan Anda dan Murah Hati Dalam Penghargaan Anda.”
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 7 : BERI ORANG LAIN REPUTASI BAIK UNTUK MEREKA PENUHI
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 8 : BUATLAH KESALAHAN TAMPAK MUDAH DIPERBAIKI
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 9 : BUAT ORANG LAIN SENANG MENGERJAKAN HAL YANG ANDA SARANKAN
Gaya Kepimpinan
39
Gaya kepimpinan banyak bergantung kepada
kepercayaan dan andaian seorang pemimpin terhadap
orang–orang yang ada di bawah organisasinya.
40
•Berkait rapat dengan proses membuat keputusan
•Keadaan memilih atau memaksa
•Kepatuhan atau penentangan
•Lingkungan kuasa mengikut penerimaan
•Keberkesanan organisasi dan aktiviti
Gaya Kepimpinan sebenarnya melibatkan perkara berikut:
41
•Membina budaya kerja cemerlang
•Mewujudkan budaya ilmu
•Mewujudkan perancangan strategik
•Pembinaan pasukan / kolegialiti
•Pemimpin merupakan pengurus berkesan
42
Gaya Kepimpinan
•Demokratik
•Autokratik
•Laissez – faire
Kepimpinan Autokratik
• Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas terhadap organisasi.
• Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan.
• Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.
• Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan daripada subordinat dalam sesuatu perkara.
• Gaya kepimpinan autokratik lebih fokus kepada work-centered.
• Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan memastikan arahan tersebut dilaksanakan tanpa memberikan penjelasan.
Ciri-ciri
• Cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan.
• Mereka suka mendominasi.• Terdapat kuasa mutlak di mana
setiap orang bawahan mesti menerima akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk.
• Lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina.
• Sentiasa memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu.
• Tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari.
• Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).
Kesan kepimpinan autokratik
• Orang bawahan mempunyai motivasi rendah• Orang bawahan bekerja sungguh-sungguh
semasa ada ketua sahaja• Interaksi sehala• Orang bawahan terlalu bergantung kepada
ketua• Suasana tegang
47
Kepimpinan Demokratik
• Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang-orang bawahannya.
• Mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masing-masing.
• Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik, kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti.
Ciri-ciri
• Lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin.
• Penglibatan pemimpin dalam proses kerja dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya.
• Mengambil kira semua pandangan majoriti.• Mementingkan keputusan bersama.• Paling berkesan.
Kesan kepimpinan demokratik
• Ahli dapat membina disiplin• Menggalakkan semangat kerjasama,
hormat dan hubungan yang mesra• Ahli lebih bermotivasi• Ahli sentiasa bekerja keras walaupun
semasa ketiadaan ketua.• Semangat kekitaan yang tinggi• Interaksi 2 hala
51
Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)
• Pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan.
• Kepimpinan ini mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing.
• Walau bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah.
Ciri-ciri• Pemimpin tidak begitu berminat
dengan urusan yang diamanahkan kepadanya.
• Melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali.
• Memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka.
• Pemimpin memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.
• Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa penjelasan daripada pemimpin.
• Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan.
• Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas.
• Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi.
• Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.
Kelemahan
• Tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasi di mana perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan, inovasi dan teknologi.
• Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia.
• Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas.
• Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan.
Kesan kepimpinan laissez-faire
• Wujud masalah disiplin• Kualiti kerja sangat kurang• Kadar motivasi kendiri sangat rendah• Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau
tidak ada sempadan langsung.• Semangat kekitaan sangat rendah.
59
Perbandingan antara Gaya Kepimpinan
Berkesan apabila.. Tidak berkesan apabila…
I. Subordinat tidak
memberi respon
kepada gaya
kepimpinan yang
lain
II. Kerja perlu
dikoordinasikan
dengan jabatan lain
III. Pengurusan
organisasi berada di
tahap yang rendah.
Autokratik I. Subordinat mula merasa
takut dan tertekan
II. Subordinat mahukan
pendapat mereka
didengar dan diambilkira
III. Motivasi subordinat
rendah dan masalah tidak
hadir ke tempat kerja.
Berkesan apabila.. Tidak berkesan apabila…
I. Pemimpin dan
subordinat sama-sama
menunjukkan komitmen
yang tinggi.
Demokratik I. Perlu membuat keputusan
dengan pantas.
I. Subordinat mempunyai
kepakaran dan
pengalaman yang
tinggi.
II. Subordinat berminat
untuk melaksanakan
tugas yang diberikan
dengan cemerlang.
III. Subordinat berbaloi
untuk dipercayai.
Laissez
faire
I. Subordinat merasa kurang
yakin dengan ketidakhadiran
pemimpin.
II. Pemimpin tidak boleh
memberikan maklumbalas
mengenai prestasi kerja
subordinat.
III. Pemimpin tidak pandai
berterima kasih dengan
sumbangan yang diberikan
oleh subordinat
Jenis Kepimpinan
Kepimpinan arahan Kepimpinan penyokong Kepimpinan penyertaan Menetapkan objektif
latihan Ramah dan mudah
ditemui Berkongsi
tanggungjawab dengan atlet
Berorientasikan kerja dan menekankan pembangunan kemahiran
Bertimbang rasa Ahli kumpulan berpeluang menentukan matlamat sendiri
Mengabaikan perasaan dan pandangan atlet
Memberikan perhatian kepada atlet dan menggalakkan mereka memberikan pandangan
Berbincang untuk menyelesaikan masalah dan perbezaan pendapat
Mengagihkan tanggungjawab kepada setiap atlet
Memberikan nasihat secara berterusan
Berkongsi kejayaan dan kegagalan
Mementingkan prestasi sukan
Mementingkan suasana harmoni dalam pasukan
Mendelegasikan autoriti
Mengawal atlet dengan ganjaran dan denda
Menggunakan ganjaran positif dan bukan denda
Mementingkan hierarki autoriti
Teori Kepimpinan
Teori Tret
Teori Tingkah laku
Teori Kontigensi
Teori Kontemporari
TEORI KEPIMPINAN
• Ia berasaskan kepada pendapat bahawa pemimpin adalah dilahirkan dan bukan dididik.
• Pemimpin sememangnya dilahirkan untuk memimpin.• Sifat –sifat pemimpin yang berkesan adalah:
Bijak Berkeyakinan diri Bermotivasi tinggi Berpengetahuan berintegriti Emotional intelligence
Teori Tret
• Berdasarkan kepada tingkah laku atau tindakan yang dimainkan oleh pemimpin.
• Kontra kepada teori tret – pemimpin berkesan boleh dilatih.
• Kajian Universiti lowa oleh Kurt Lewin : Kajian ini berhubung dengan gaya kepimpinan yang mana tiga gaya kepimpinan yang dikenal pasti ialah : Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire.
Teori Tingkah Laku
• Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel.• Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut
situasi.• Gaya A tak mungkin boleh digunakan dalam
situasi B.• Terbahagi kepada 3 model :
Kontigensi Fiedler Kepimpinan Bersituasi Laluan Matlamat
Teori Kontigensi
Kepimpinan Bersituasi
Laluan Matlamat
Kontigensi Fiedler
Kontigensi Fiedler1. Kepimpinan beroreintasikan tugas2. Kepimpinan berorientasikan hubungan
Kepimpinan BersituasiKepimpinan yang berkesan adalah menurut kepada kematangan/keupayaan pengikut.
Laluan MatlamatCara pemimpin mempengaruhi pengikut untuk mencapai matlamat
Teori Karismatik
Teori Transaksi & Transformasi
Teori Kognitif
• Terbahagi kepada beberapa teori kecil seperti disebelah…
Teori Kontemporari
Teori Karismatik
Teori Transaksi &
Transformasi
Teori Kognitif
Teori KognitifPemimpin perlu menggunakan sumber kognitifnya seperti kecerdasan, kecekapan teknikal, pengetahuan dan kepakarannya dalam apa sahaja situasi
Teori KarismatikPenonjolan unsur karisma dalam kepimpinan seperti keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh dan bersungguh
Teori Transaksi & TransformasiTransaksi - pemimpin mengambil peluang daripada hasil rundingan antara organisasi dengan pengikut (manipulasi yang membawa keuntungan peribadi).Transformasi - pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat, membawa perubahan radikal dan keputusannya adalah mutlak.
Soalan
1. Berikut yang manakah menunjukkan ciri gaya Kepimpinan Autokratik?
a) Pemimpin jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan.
b) Pemimpin mengambil kira semua pandangan majoriti.
c) Pemimpin membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.
d) Pemimpin membuat keputusan mengikut keputusan majoriti.
2. Berikut yang mana satu bukannya kelemahan pemimpin yang mengamalkan Kepimpinan Laissez-Faire?
a) Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas.
b) Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan.
c) Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia.
d) Pemimpin cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan.
3. Berikut yang manakah bukannya ciri-ciri kepimpinan yang berkesan?
a) Memastikan kawalan yang berkesan. b) Menafikan sumbangan yang diberikan
oleh subordinat.c) Menghasilkan wawasan yang jelas. d) Memastikan pencapaian matlamat yang
dikehendaki.
Sekian Terima Kasih