KARGO, PENYIMPANAN DAN MUATAN
Transcript of KARGO, PENYIMPANAN DAN MUATAN
1
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
BANCI EKONOMI 2011
(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)
PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK
A. UMUM
1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini
menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh
dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan
hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan
menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan
kerjasama.
2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik hendaklah meliputi tahun takwim 2010.
Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan
tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari
tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran
yang munasabah.
3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik
pertubuhan ini dan bukan pada wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh
bertindak bagi pihak pemilik.
4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.
5. Semasa melengkapkan soal selidik, jika terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan
yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan
catatan di muka surat 18 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan
pertanyaan.
B. SKOP DAN LIPUTAN
1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam pengangkutan darat dan aktiviti
Perkhidmatan sokongan pengangkutan di seluruh Malaysia.
2. Aktiviti perkhidmatan pengangkutan yang diliputi adalah merangkumi perkhidmatan kargo, gudang
& penyimpanan, pengangkutan muatan, operasi perlabuhan, operasi terminal, operasi kemudahan
lapangan terbang, perkhidmatan lain berkaitan pengangkutan darat atau air, pemungahan muatan
KARGO,
PENYIMPANAN
DAN MUATAN
2
dan agen pemungahan, aktiviti broker Perniagaan, pembrokeran ruang kapal dan kapal terbang
dan sokongan lain yang berkaitan.
3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan tuan yang
meliputi mana-mana kegiatan yang dinyatakan di atas. Jika pertubuhan tuan terlibat lebih dari satu
aktiviti yang signifikan, sila laporkan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan kargo, gudang &
penyimpanan dan pengangkutan darat atau sokongan lain yang berkaitan sahaja.
4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah bebas, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini kecuali soalan 14 di muka surat 20.
5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini.
6. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat dan tiada akaun berasingan bagi
cawangannya, sila laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini.
7. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun yang
berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di soalan 14.2 dan
14.3 di muka surat 20.
C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK
Soalan 1: Maklumat Pengenalan
Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran jika berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) atau nombor pendaftaran lain.
Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi, tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Ia
merujuk kepada tarikh bila pertubuhan tuan memulakan operasi.
Perkara 1.4 Sila berikan tempoh operasi pertubuhan tuan (hari, bulan dan tahun) dalam kotak yang
disediakan. Tempoh operasi perlu meliputi sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam
tahun rujukan.
Contoh:-
(a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010
(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011
Tahun80%
Bulan Hari
Dari 0 1 0 1 2 0 0 95
Tahun Bulan Hari
hingga 3 1 1 2 2 0 0 9
Tahun Bulan Hari
Dari 0 1 0 7 2 0 0 9
Tahun Bulan Hari
hingga 3 0 0 6 2 0 1 0
/ / / /
/ / / /
3
Perkara 1.5 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh residen
(individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada pelaburan
dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti hutang, bon, unit
amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit, pemberian pendahuluan
atau aset lain.
Perkara 1.6 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan kepada perkhidmatan yang
memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai.
Perkara 1.7 Kod Industri Semasa
Sila tandakan aktiviti yang menghasilkan pendapatan utama daripada perniagaan yang
dijalankan oleh pertubuhan tuan. Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
(a) Pengangkutan muatan melalui jalan raya
Industri ini meliputi semua pengoperasian pengangkutan muatan melalui jalan raya,
sama ada berjadual atau tidak. Ia termasuk pengangkutan trak bagi pelbagai jenis
barangan seperti balak, pengangkutan stok, pengangkutan barangan sejuk,
pengangkutan berat, pengangkutan pukal termasuk barang dalam tangki, pengangkutan
automobil, pengangkutan sisa buangan dan bahan sisa tanpa pengumpulan dan
pelupusan, pengangkutan pemindahan perabot dan penyewaan trak dengan pemandu
atau operator. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk operasi kemudahan terminal
untuk mengendali muatan dan membungkus untuk tujuan pengangkutan.
(b) Perkhidmatan pemunggahan
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai memuat dan memunggah barangan atau bagasi
penumpang tanpa mengambil kira jenis pengangkutan yang digunakan untuk
perkhidmatan pengangkutan dan pemunggahan. Ia tidak termasuk operasi kemudahan
terminal.
(c) Perkhidmatan pengendalian kargo lain
Lain-lain perkhidmatan pengendalian kargo yang berkaitan. Ia tidak termasuk operasi
kemudahan terminal.
(d) Perkhidmatan gudang & penyimpanan
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kemudahan penyimpanan bagi semua jenis
barangan; gudang bijirin, gudang barangan am, muatan, gudang penyejukan, tangki
penyimpanan dan lain-lain. Termasuk juga gudang penyimpanan perabot, kereta, kayu
kayan, gas dan minyak, kimia, kain, makanan dan produk pertanian dan lain-lain, juga
penyimpanan barangan di zon perdagangan asing (Kawasan Perdagangan Bebas). Ia
tidak termasuk kemudahan tempat letak kenderaan bermotor, operasi kemudahan
penyimpanan barangan sendiri dan penyewaan ruang kosong.
(e) Perkhidmatan pengoperasian pelabuhan dan limbungan
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kunci jalan air, aktiviti mengawal lalu-lintas,
pemaliman, pandu arah dan aktiviti berlabuh. Ia tidak termasuk aktiviti pengendalian
kargo dan operasi marina.
4
(f) Operasi kemudahan terminal
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kemudahan terminal seperti stesen kereta
api, stesen bas, stesen untuk pengendalian barangan, aktiviti terminal muatan dan lain-
lain.
(g) Operasi kemudahan terminal lapangan terbang
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kemudahan terminal lapangan terbang dan
lain-lain. Ia tidak termasuk aktiviti pengendalian kargo dan operasi sekolah latihan
penerbangan.
(h) Aktiviti perkhidmatan lain berkaitan pengangkutan darat
Lain-lain perkhidmatan pengangkutan darat yang berkaitan. Ia tidak termasuk gas
cecair untuk tujuan pengangkutan.
(i) Aktiviti perkhidmatan lain berkaitan pengangkutan air
Lain-lain perkhidmatan pengangkutan air yang berkaitan seperti aktiviti pengangkutan
laiter dan rumah api. Ia tidak termasuk aktiviti operasi marina.
(j) Penghantaran muatan dan aktiviti agen penghantaran
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai perkhidmatan penghantaran barangan bagi pihak
konsigne dan akuan terima barangan (termasuk pengambilan dan penghantaran
tempatan), mengatur atau mengelola operasi pengangkutan melalui rel, jalan raya, laut
atau udara, mengelola serahan berkumpulan atau individu, pengeluaran dan perolehan
dokumen pengangkutan dan bil hantaran, aktiviti agen kastam, aktiviti agen
pengangkutan muatan laut dan kargo udara. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk
aktiviti penghantaran menggunakan pengangkutan awam dan aktiviti yang berkaitan
dengan urusan insurans muatan atau penyediaan insuran untuk motor, marin,
penerbangan dan pengangkutan.
(k) Aktiviti broker perniagaan
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai aktiviti broker peniagaan yang melibatkan
pembrokeran barangan, urusan pembrokeran gudang kastam, pengauditan bil dan
maklumat kadar tambang muatan. Ia tidak termasuk aktiviti lelongan, broker hartanah
serta perunding pengurusan.
(l) Pembrokeran ruang kapal dan kapal terbang
Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai aktiviti pembrokeran ruangan kapal dan pesawat
udara,
(m) Aktiviti sokongan pengangkutan lain
Aktiviti perkhidmatan sokongan pengangkutan lain yang berkaitan, termasuk
pengumpulan dan pengagihan barangan, operasi pengendalian barangan seperti
membungkus sementara untuk melindungi barangan semasa transit, penyuraian,
memeriksa, menimbang, menyukat dan mensampel muatan, aktiviti pembungkusan
berkaitan pengangkutan seperti mengepak dan mengepek, membuka pak dan pek. Ia
tidak termasuk, aktiviti kurier, agensi dan operator pelancongan, aktiviti bantuan
pelancong dan aktiviti yang berkaitan dengan urusan insurans muatan.
5
Perkara 1.8 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang
diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal
di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat perniagaan sebenar
terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti kampung
atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.
Perkara 1.9 Sila tandakan (X) dalam satu kotak sahaja.
Soalan 2: Taraf Sah
Perkara 2.1 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja
(a) Hak Milik Perseorangan
Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya
dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sendiri. Pemilik mempunyai
hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.
(b) Perkongsian
Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrak dan
menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan. Perniagaan
tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripada mereka yang bertindak
mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli
sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.
(c) Syarikat Sendirian Berhad
Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan
perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang secara
tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap
operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad.
Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel Persatuan
sendiri, yang antara lain:
i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;
ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh
orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih menjadi
ahli);
iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham
atau debentur syarikat itu; dan
iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang di
syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar bila
dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.
(d) Syarikat Awam Berhad
Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang
ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk
menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham syarikat
awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yang
6
disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas.
Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut
Memorandum dan Artikel Persatuan.
(e) Syarikat Koperasi
Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak terhad
dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang ada adalah
milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.
(f) Perbadanan Awam:
Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen
atau Dewan Perundangan Negeri.
(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan
Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan
berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan, keagamaan,
pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhan lain yang
membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah. Ia memberikan
perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang tidak meliputi
sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yang diperolehi semula ke
dalam pertubuhan berkenaan.
(h) Lain-lain
Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana
kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.
Perkara 2.2 Sila tanda (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c) sahaja.
Pertubuhan milikan wanita merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya 51
peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham terbesar adalah
wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atau Ketua
Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus ekuiti.
Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik
Perkara 3.1 Dana pemegang saham:
Perkara 3.1.1 Modal berbayar
Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.
(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan/rakan
kongsi.
(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk
kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh
kerajaan Malaysia.
7
(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar
oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.
Perkara 3.1.2 Rizab
Masukkan nilai Rizab dalam kotak yang di sediakan.
(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran
mata wang asing dan rizab lain.
(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.
(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul dan dana rizab.
Perkara 3.2 Struktur hak milik
Sila berikan peratus (%) hak milik dalam kotak yang disediakan.
Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal
berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan
mereka.
Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia
Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang lazimnya berada di
Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi:
Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia.
Warganegara asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada setahun.
Perkara 3.2.1.1 Individu
Jelas maksudnya
Perkara 3.2.1.2 Institusi / Syarikat
(a) Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh
Bumiputera seperti contoh di bawah:
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Koperasi Polis
Jabatan Koperasi
ASM Mara
Amanah Saham PNB
(b) Bukan Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh bukan
Bumiputera.
8
Perkara 3.2.2 Dipegang secara langsung oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan
Tempatan
Merujuk kepada badan atau organisasi di bawah pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Negeri atau Tempatan seperti di bawah :
Khazanah Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Menteri Kewangan Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Bank Pertanian Malaysia
Lembaga Air Perak
Yayasan Kemiskinan Kelantan
Lembaga Pelabuhan Johor
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Malaysian Airlines System Berhad
Penerbangan Malaysia Berhad
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Menteri Besar Incorporation
Selangor State Incorporation
Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang
9
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak
Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia
Bukan residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang
lazimnya terletak di luar negara. Bukan residen Malaysia terdiri daripada:
Cawangan dan anak syarikat Malaysia di luar negara dianggap sebagai
bukan residen Malaysia.
Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara.
Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh syarikat
atau individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, sila nyatakan
negara individu, enterpris atau syarikat induk organisasi berkenaan.
Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rentaian pemilikan
syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan ekuiti
dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat induk muktamad
adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.
Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan aktiviti
ekonomi/perniagaan.
Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk
muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:
Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara
Jepun
-------------------------------------------------------
Parent Company (X)
80%
Responden Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: Jepun
Malaysia
10
Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad
di luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di
Malaysia
USA
--------------------------------------------------------
Malaysia
Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di
luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara
asing lain.
--------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------
Ultimate Parent Company (X)
80%
Indirectly owned 80%
Immediate Parent Company (B)
100%
%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
USA
Bermuda
Malaysia
Ultimate Parent Company (X)
80%
Immediate Parent Company (B) Indirectly owned
80%
100%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
11
Soalan 4: Perbelanjaan Modal dan Nilai Harta
i. Maklumat yang dikehendaki dalam Soalan ini adalah
a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan;
dan
b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan
ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah dimaksudkan bagi kegunaan pertubuhan ini.
iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan; barang kemas; kerja dalam pelaksanaan dan
sebagainya.
iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai setelah mengambil kira susut nilai pada masa itu.
v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan ini sama
ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.
vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat,
iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.
vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang
sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.
viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta baru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).
ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang dahulunya digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).
x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan (ruangan 04).
Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.
Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan
sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas
merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes
pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang
disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan
pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.
12
xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa
mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di ruangan 05.
xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).
xiii. Susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh
haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan perkara 9.22 Soalan 9.
xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =
+ nilai buku bersih awal tahun + nilai harta yang diperoleh - harta yang dijual atau dilupus ± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta - susut nilai semasa
xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar
pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.
Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-
Perkara 4.1 Harta Tetap
Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.
Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:
(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan
bangunan-bangunan yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiri dari tempat-tempat kediaman.
(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi pembinaan
bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian
besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersial misalnya
kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital,
sekolah dan sebagainya.
(c) Pembinaan Lain termasuk jalan, landasan keretapi, parit, jambatan,
pelabuhan, medan tempat letak kereta, saluran paip dan sebagainya.
Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk
pemindahan barangan dan / atau orang.
13
Perkara 4.1.4 Komputer
(a) Perkakasan komputer
Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan, penghantaran
data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.
(b) Perisian komputer
Merujuk kepada isi kandungan (sofwer) untuk pengoperasian sistem
komputer sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.
Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuklah alat-alat penjanaan kuasa, jentera,
pejabat, peralatan jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan
perusahaan-perusahaan lain, kren forklif dan sebagainya; peralatan dan
perkakas yang digunakan oleh orang-orang profesional dan jentera-jentera serta
alat-alat lain dan pengubahsuaian dan pindaan terhadap jentera dan peralatan
jenis ini.
Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkara yang diperlukan bagi
menghiasi dan melengkapi sebuah bangunan misalnya kerusi, meja tulis, langsir
dan hamparan, dan sebagainya.
Perkara 4.2 Harta-harta lain merujuk kepada harta tak ketara.
Perkara 4.2.1 Paten memberikan hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-
ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada
kos.
Perkara 4.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan
yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai
bersih harta, maka kelebihan ini dianggap sebagai muhibah.
Perkara 4.2.3 Kerja dalam perlaksanaan merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih
belum dimodalkan.
Perkara 4.3 Lain-lain
Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang
mungkin tidak dapat dikelaskan di atas seperti barang kemas, barang antik dan lukisan.
Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang, stok (saham) dikecualikan.
Perkara 4.4 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3.
14
Soalan 5: Pekerjaan dan Gaji & Upah
A. Takrif am
Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan Soalan 5B
(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja di pertubuhan tuan seperti takrif
berikut:
i. Jumlah pekerja (kolum 01 hingga 13)
Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,
kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada ruangan 01 hingga 13 pada bulan
Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan
yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti
cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat
korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan,
bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah dikecualikan.
Sila pastikan bahawa semua Jumlah mendatar dan menegak adalah betul.
ii. Gaji dan upah tahunan (ruangan 18)
Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih
masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan
sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam
setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah
bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan
wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan
wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.
iii. Pekerja-pekerja sepenuh masa
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-
kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.
iv. Pekerja sambilan
Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada
6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.
B. Takrif kategori pekerja
Perkara 5.1 Pemilik-pemilik yang bekerja dan rakan-rakan niaga yang aktif
Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa)
yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli keluarga
pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang mengambil
bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini tidak berkaitan
dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalah
ditentukan mengikut pegangan ekuiti.
15
Perkara 5.2 Pekerja-pekerja keluarga tidak bergaji
Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik
pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga
daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wang
tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini sememangnya mendapat
makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi rumah
pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut. Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga dan
mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain, mereka
hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan di dalam
Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa
atau sambilan di atas.
Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau
perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.
Perkara 5.3 Pekerja-pekerja bergaji (sepenuh masa)
Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam tahun
rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas). Mereka yang
bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah kawalan pertubuhan itu,
seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan
hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan
pengarah pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima
pembayaran semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua
pekerja di atas hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di
bawah:-
Perkara 5.3.1 Pengurusan, Profesional dan Eksekutif
Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan mengambil
bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang, menyusun dan
mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan
tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih
jabatan di dalam sesebuah organisasi.
Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan
menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap
pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah
di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan
profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contoh peguam, akauntan,
jurutera dan sebagainya).
Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan tanggungjawab
berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
Perkara 5.3.2 Teknikal dan Penyeliaan
Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain
menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya
bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai kelayakan
16
profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah ketua mekanik, juruteknik
makmal, juruteknik kawalan kualiti, jururawat, pelukis pelan dan chef. Pekerja
penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu kegiatan
tertentu misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka
mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan
mereka.
Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan
Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod kewangan
dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi pihak
pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan atau menulis dengan
trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah kerani,
kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan, setiausaha
sulit, kerani stor dan penyambut tetamu.
Perkara 5.3.4 Pemandu
Termasuk pemandu semua jenis kenderaan.
Perkara 5.3.5 Pekerja am
Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai tugas.
Termasuk dalam kategori ini ialah konduktor, operator telefon, pembantu
pejabat, penghantar surat dan pengawal keselamatan.
Perkara 5.3.6 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.5.
Perkara 5.4 Pekerja-pekerja bergaji (sambilan)
Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan kurang daripada
20 hari sebulan.
Perkara 5.5 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 5.1, 5.2, 5.3.6 dan 5.4.
SOALAN 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan
i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:
Perkara 6.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperolehi daripada
institusi pengajian tinggi (dalam atau luar negeri).
Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi
pengajian tinggi (dalam atau luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau
profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil kira,
seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-udang) dab sebagainya.
17
Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf
Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi, politeknik
atau kolej (dalam atau luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian juga
kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian
tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.
Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE „A‟ level atau lulus peperiksaan
Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (tidak melanjutkan
pelajaran ke universiti).
Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan–peperiksaan setaraf
dengannya seperti GCE „O‟ level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.
Perkara 6.6 Di bawah SPM/SPVM
Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau di
bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.
ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori “Perkara
6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.
Perkara 6.7 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga 6.6. Jumlah ini mesti sepadan dengan angka yang
dilaporkan di Soalan 5A (Lelaki) dan 5B (Perempuan).
SOALAN 7: Jam – Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan
Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.
Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi di tahun rujukan.
Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.
Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)
Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar
waktu bekerja biasa pertubuhan ini.
18
SOALAN 8: Perolehan / Pendapatan
Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung &
Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang munasabah
sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.
Perkara 8.1 Tambang pengangkutan barang
Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh pertubuhan bagi perkhidmatan
pengangkutan barang yang diberikan.
Perkara 8.2 Pendapatan daripada perkhidmatan pengendalian kargo (termasuk pengendalian
kontena)
Bayaran yang diterima daripada kerja punggah memunggah barangan (kargo atau
kontena) dari atau ke kapal.
Perkara 8.3 Pendapatan daripada perkhidmatan penyimpanan dan gudang
Jelas maksudnya.
Perkara 8.4 Pendapatan daripada perkhidmatan pemunggahan (stevedoring) yang diberikan
Perkara ini meliputi pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan pemunggahan
yang diberikan.
Perkara 8.5 Pendapatan daripada pengoperasian pelabuhan atau operasi terminal lapangan
terbang
Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh sama ada bagi perkhidmatan
pengoperasian pelabuhan atau operasi kemudahan di terminal lapangan terbang.
Perkara 8.6 Komisen dan brokeraj daripada perkhidmatan agen perkapalan dan penghantaran
Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh pertubuhan sebagai upah atas
perkhidmatan sebagai agen perkapalan atau penghantaran bagi pihak pertubuhan lain.
Ia termasuk daripada aktiviti pembrokeran barangan, pembrokeran gudang kastam,
pembrokeran ruang kapal dan kapal terbang dan yang berkaitan dengannya.
Perkara 8.7 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan
Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk mengurus sesuatu
aktiviti atau projek pertubuhan lain.
Perkara 8.8 Pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan
kelengkapan pertubuhan lain.
Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripada kerja-kerja membaiki,
menyelenggara jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Harga invois hendaklah
termasuk, selain daripada kos pekerja dan overhead, bayaran untuk bahan yang
dibekalkan oleh pertubuhan ini semasa menjalankan kerja-kerjanya.
Perkara 8.9 Cukai perkhidmatan yang diterima
Ia merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan bagi pihak
kerajaan.
19
Perkara 8.10 Nilai jualan barangan terpakai
Pendapatan dari jualan barangan terpakai sahaja tidak termasuk harta tetap atau skrap
seperti tayar.
Perkara 8.11 Pendapatan dari sewa
Ia merujuk kepada perkara-perkara di bawah:-
(a) Tanah
Pendapatan yang diterima dari sewa tanah.
(b) Bangunan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman.
(c) Bangunan bukan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman.
(d) Alat pengangkutan
Pendapatan dari penyewaan alat-alat pengangkutan tanpa pengendalinya.
(e) Bayaran sewa khas yang diterima
Pendapatan dari penyewaan pengangkutan dengan pengendali seperti penyewaan
kapal dan lain-lain.
(f) Lain-lain
Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas.
Perkara 8.12 Pendapatan daripada faedah
Ia merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada modal kewangan yang disimpan
di institusi kewangan.
Perkara 8.13 Pendapatan daripada dividen
Ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau
pelaburan.
Perkara 8.14 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta
Sila berikan nilai bersih sahaja.
Perkara 8.15 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing/aset kewangan
Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.
Perkara 8.16 Pemulihan hutang lapuk
Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas
tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.
Perkara 8.17 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima
Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.
20
Perkara 8.18 Tuntutan dan pampasan yang diterima
Ia merujuk kepada tuntutan daripada syarikat insurans dan/atau pertubuhan lain atau
perseorangan kerana kemalangan, kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.
Perkara 8.19 Lain-lain
Sila nyatakan jika ada.
Perkara 8.20 Jumlah pendapatan
Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.19.
Perkara 8.21 Pindahan modal yang diterima
Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi
memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang barangan,
perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.
Perkara 8.22 Jumlah Besar
Sila jumlahkan perkara 8.20 hingga 8.21.
SOALAN 9: Perbelanjaan
Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung &
Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang munasabah
jika akaun belum dimuktamadkan atau tiada.
Perkara 9.1 Nilai bekalan-bekalan yang digunakan:-
(a) Tayar dan tiub
Merujuk kepada nilai tayar dan tiub yang telah digunakan.
(b) Bateri
Merujuk kepada nilai bateri yang telah digunakan.
(c) Alat ganti dan aksesori
Merujuk kepada nilai alat ganti dan aksesori yang telah digunakan.
(d) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan
Merujuk kepada nilai semua bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan yang
telah digunakan.
(e) Alat tulis dan bekalan pejabat
Merujuk kepada nilai semua alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan.
(f) Lain-lain
Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.
Perkara 9.2 Kos percetakan
Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh
pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.
21
Perkara 9.3 Air yang dibeli
Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkan
dengan tenaga elektrik, sila berikan anggaran berasingan untuk air yang dibayar.
Perkara 9.4 Tenaga elektrik yang dibeli
Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telah
dicampurkan dengan air, sila berikan berasingan untuk tenaga elektrik yang dibayar.
Perkara 9.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas
Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,
minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas (contoh
gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).
Perkara 9.6 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi harta
tetap pertubuhan ini
Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat
oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan seperti bangunan, jentera & alat,
dan lain-lain. [Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal seperti
perbelanjaan untuk memperbaiki harta tetap tidak perlu dimasukkan di sini tetapi
hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan (02), (03) dan (04) yang bersesuaian bagi
Soalan 4 sebagai pemilikan modal harta tetap].
Perkara 9.7 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan
Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah kajian
sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru dan penyelidikan pada
kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. Jumlah
perbelanjaan untuk latihan staf tidak perlu dimasukkan.
Perkara 9.8 Pembelian perkhidmatan pengangkutan
Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan pemandu.
Perkara 9.9 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)
Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk menjalankan
tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan dan
perbelanjaan lain yang berkaitan.
Perkara 9.10 Perbelanjaan hiburan
Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh pertubuhan
tuan.
Perkara 9.11 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit
Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-kira,
perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada
pertubuhan perakaunan, kesetiausaha dan audit.
Perkara 9.12 Bayaran guaman
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan
dokumentasi.
22
Perkara 9.13 Bayaran perkhidmatan profesional lain
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding arkitek,
kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.
Perkara 9.14 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat
Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi;
tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium, pengesanan ciri optikal,
pangkalan data; dan pembaikan & penyelenggaraan komputer.
Perkara 9.15 Bayaran pengurusan
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh
pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos projek
dan tenaga manusia.
Perkara 9.16 Komisen dan bayaran agensi
Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau
individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan
bagi pihak pertubuhan.
Perkara 9.17 Bayaran telekomunikasi
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi. Perkhidmatan
telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, teleks,
kabel penyiaran, satelit, mel elektronik, faksimili dan internet.
Perkara 9.18 Bayaran pos
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,
pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan
bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan kurier
lain. Termasuk juga ialah perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.
Perkara 9.19 Pengiklanan dan promosi
Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan nama
syarikat atau perniagaan tuan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio,
internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.
Perkara 9.20 Caj bank
Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh institusi
kewangan. Contoh-contoh untuk bayaran bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran
perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s acceptances,
komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.
Perkara 9.21 Bayaran faedah
Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang diambil
oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank.
Perkata 9.22 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja
Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan perkapalan
atau penerbangan untuk ganti rugi.
23
Perkara 9.23 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan
Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti pengawal
keselamatan.
Perkara 9.24 Bayaran pemanduan, penundaan dan pelabuhan
Bayaran dibuat kepada pihak berkuasa pelabuhan dan perkhidmatan pemanduan,
penundaan dan berlabuh.
Perkara 9.25 Pembelian perkhidmatan pemunggahan kapal
Bayaran yang dibuat kepada syarikat pemunggah kapal kerana perkhidmatan
pemunggahan.
Perkara 9.26 Bayaran feri dan tol
Merujuk kepada tambang feri dan tol yang dibayar.
Perkara 9.27 Bayaran sewa untuk tanah
Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau pajakan
ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan tuan.
Perkara 9.28 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa untuk penggunaan tanah)
Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera dan
kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.
Perkara 9.29 Susut nilai semasa ke atas harta
Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan lusuh,
kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.
Perkara 9.30 Bayaran royalti
Merujuk kepada royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada bayaran untuk
pengguna sah bagi paten, hakcipta, tanda niaga, pemprosesan perindustrian, francais,
dan sebagainya; dan berdasarkan perjanjian perlesenan. (a) Kerajaan
Sila nyatakan jenis royalti.
(b) Swasta
Sila nyatakan jenis royalti.
Perkara 9.31 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah
Merujuk kepada cukai yang perlu dibayar oleh pertubuhan tuan secara langsung kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada tahun
rujukan.
Perkara 9.32 Cukai tidak langsung:-
(a) Cukai perkhidmatan
Merujuk kepada cukai perkidmatan yang dipungut dan di bayar kepada kerajaan.
(b) Cukai jalan
Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk
kenderaan bermotor.
24
(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem, dan sebagainya
Merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untuk pertubuhan hak milik
perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan.
Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi. Duti setem untuk dokumen
perjanjian/kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk
di dalam perkara ini.
Perkara 9.33 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Merujuk kepada kerugian kerana turun atau naik mata wang asing.
Perkara 9.34 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula harta.
Perkara 9.35 Hutang lapuk dihapuskan
Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.
Perkara 9.36 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, bantuan, derma dan sebagainya
Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.
Perkara 9.37 Lain-lain
Sila nyatakan jika ada.
Perkara 9.38 Kos pekerjaan:-
(a) Gaji & upah dibayar
Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun, bonus
dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk pekerja yang
diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan) yang bekerja pada
tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah dibuat di sepanjang tahun
rujukan dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya pada tempoh gaji terakhir
pada tahun rujukan.
(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja
* Rawatan perubatan percuma
Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untuk rawatan
perubatan kepada pekerja atau kakitangan. Nilai ini termasuk nilai subsidi.
* Lain-lain (contoh makanan percuma, tempat tinggal percuma, dan
sebagainya)
Merujuk kepada nilai dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dsb. yang
disediakan secara percuma oleh pertubuhan tuan kepada kakitangan atau
pekerja. Nilai ini juga termasuk nilai subsidi.
(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja
Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung
kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.
25
(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan sosial,
pencen dan kebajikan
* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada
KWSP.
* Kumpulan wang simpanan lain
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada
kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh
kerajaan.
* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada
PERKESO.
* Skim keselamatan sosial persendirian
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada
skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan
seperti insuran pampasan pekerja.
* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada
skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain daripada yang
dikelolakan oleh kerajaan.
(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah
Jelas maksudnya.
(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan
Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti
pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.
(g) Kos latihan kepada pekerja
Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan pekerja
yang dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.
(h) Bayaran levi pekerja
Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada kerajaan.
Bayaran levi pekerja semasa setahun adalah bagi pembantu rumah RM380, pekerja
ladang RM540, sektor pembinaan dan pembuatan RM1,200 manakala sektor
perkhidmatan RM1,800.
(i) Lain-lain
Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.
Perkara 9.39 Jumlah perbelanjaan
Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.38.
26
Perkara 9.40 Bayaran bagi pajakan kewangan
Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap yang
akan dimiliki akhirnya.
Perkara 9.41 Pindahan modal yang dibuat
Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan ke
pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada menerima pulangan dalam bentuk
barangan, perkhidmatan atau harta.
Perkara 9.42 Dividen kena bayar
Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham.
Perkara 9.43 Cukai langsung (cth. cukai syarikat dan cukai kemajuan) kena bayar
Merujuk kepada cukai yang perlu dibayar oleh pertubuhan tuan secara langsung kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sama ada telah dibayar atau kena bayar pada
tahun rujukan.
Perkara 9.44 Jumlah Besar
Sila jumlahkan perkara 9.39 hingga 9.43.
SOALAN 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai
Sila berikan nilai keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2009) dan tahun semasa
(2010) sepertimana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi pertubuhan tuan.
SOALAN 11: Nilai Stok
Sila laporkan nilai buku bagi Stok pembukaan dan Stok penutupan mengikut jenis stok tanpa
mengambil kira di mana ia disimpan yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak mempunyai
Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.
SOALAN 12: Bilangan Kenderaan Yang Didaftarkan Dan Dijalankan Oleh Pertubuhan Ini Pada
31 Disember 2010
Sila berikan jumlah kenderaan yang didaftarkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan dan digunakan untuk operasi pertubuhan tuan, mengikut jenis kenderaan seperti lori,
trak, lori tangki, van dan lain-lain. Lori merujuk kepada lori biasa dan/atau kepala lori (prime movers)
bagi lori treler.
SOALAN 13A: Soalan 13 Hanya Perlu Diisi Oleh Pertubuhan Yang Memberi Perkhidmatan
Agen Perkapalan Dan Penghantaran
Soalan ini hanya perlu diisi oleh pertubuhan yang memberi perkhidmatan agen perkapalan dan
penghantaran. Sila berikan nilai komisen yang diterima dari kerja yang dibuat atas akaun pihak
prinsipal yang merupakan Syarikat perkapalan asing dan Syarikat perkapalan tempatan.
27
SOALAN 13B: Jumlah Nilai Kasar Diterima Atau Dibayar Oleh Agen Di Malaysia Ke Atas
Perkara Yang Disenaraikan Di Mana Komisen Diterima Telah Dilaporkan Di Soalan 13A
Soalan ini adalah lanjutan dari Soalan 13A. Semua soalan diperkara 13.4 hingga 13.9.3 terjelas
dengan sendirinya dan sila jawab di mana yang berkenaan dan lihat arahan yang ada di soal selidik.
SOALAN 13C: Bayaran Pendahuluan (RM)
Perkara 13.10 Jumlah bayaran pendahuluan untuk anak-anak kapal.
Terjelas dengan sendirinya, Sila jawab dan ia bagi syarikat perkapalan sahaja.
SOALAN 14: Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan
Perkara 14.1 Sila laporkan nilai pendapatan diterima daripada perkhidmatan yang diberikan
dan jumlah nilai ini mestilah sama dengan jumlah nilai yang dilaporkan di perkara
8.1 hingga 8.6, di bawah Soalan 8, di muka surat 13.
Perkara 14.2 Jelas maksudnya.Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.
Perkara 14.3 Jelas maksudnya.
PANDUAN BAGI SEKSYEN A HINGGA F Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan
Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk
memperolehi pinjaman.
Seksyen B - Inovasi
Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh cth. ISO, HACCP dan sebagainya.
Seksyen C- Pemasaran dan Promosi
Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan, risalah
dan sebagainya
Seksyen D - Import dan Eksport
Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.
Seksyen E - Penggunaan ICT
Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan dalam tempoh laporan.
Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar
Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan dalam
tempoh laporan.