kajian kegagalan JPNIN BAB 6
-
Upload
syahir-lokhman -
Category
Documents
-
view
21 -
download
1
description
Transcript of kajian kegagalan JPNIN BAB 6
BAB 6
KELEMAHAN STRATEGI JPNIN
Bab ini akan membincangkan tentang kelemahan JPNIN dalam menginter-
grasi kaum di Malaysia. Seperti mana yang diketahui JPNIN telah menetap-
kan beberapa strategi untuk meningkatkan intergrasi kaum di Malaysia.
Pelan intergrasi tersebut dinamakan sebagai pelan Tindakan Perpaduan dan
Intergrasi Nasional 2005- 2010 seperti yang telah dibincangkan dalam bab 3
Strategi JPNIN. Kelemahan JPNIN yang di trajui oleh kerjaan ini dilihat
bukan sahaja dari segi kelemahan jabatan itu sahaja ,tetapi ia merangkumi
kelemahan kaum, agenda politik dan agenda persatuan yang menjerumus
kelemahan pelan JPNIN secara tidak langsung .
Selepas pilihan raya umum ke-13 Malaysia pada 5 Mei 2013, pelbagai isu
timbul akibat daripada kegagalan strategi Pelan tindakan yang telah di-
jalankan oleh JPNIN dalam tempoh 5 tahun. Dimana pelan tindakan itu tam-
pak layu dan menjerumus Malaysia ke kancah polarisasi kaum. Dalam bab
ini terdapat beberapa strategi yang dilihat tidak berjaya sepenuhnya dan
perlu dikupas agar dapat diperbaiki pada masa yang datang. Strategi yang
tersenarai merupakan strategi persefahaman politik, strategi keseimbangan
ekonomi,strategi sistem pendidikan dan strategi media massa.
6.1 Kelemahan strategi sistem pendidikan negara.
Sejarah Malaysia telah menyaksikan semasa penjajahan british di Malaysia,
pentadbiran british telah meninggalkan satu sistem pendidikan yang be-
rasaskan segregasi. Dimana pelajar telah diasingkan mengikut bangsa,
perkara ini membibitkan semangat perkauman. Pada ketika itu sekolah cina
dan india mengunakan sukatan pelajaran yang beroreintasikan negara mas-
ing-masing. Dan terdapat juga sekolah vernakular ini yang mengambil guru-
guru dari negara masing-masing dalam mendidik pelajar mengikut aliran
bangsa mereka. Hasil daripada dasar british ini mencetuskan konflik
berdarah 13 Mei 1969.
Menelusuri agenda pendidikan Negara dari sebelum merdeka sehingga
kini, terdapat pelbagai dasar bermula dari penyata razak 1956 sehingga kini,
Terdapat pelbagai cadangan dalam meningkatkan tahap pendidikan negara
seterusnya meningkat intergrasi kaum di Malaysia. Antara dasar yang dilihat
popular seperti dasar sekolah wawasan yang dicernakan oleh Tun Dr Ma-
hathir Mohammad dan diluluskan kabinet pada 1997. Sekolah wawasan
merupakan sistem persekolahan yang mengabungkan ketiga-tiga sekolah
rendah kebangsaan dalam satu kawasan, dimana sekolah terbabit akan
berkongsi infrastruktur kemudahan yang sama dan diharap dapat murid dapat
pelbagai bangsa dapat bergaul antara satu sama lain dan seterusnya
mumupuk intergrasi. Selain sekolah wawasan terdapat juga cadangan mem-
perkasakan sekolah kebangasaan agar dapat menarik minat ibu-bapa pelba-
gai bangsa untuk menghantar anak mereka kesana. Tetapi malangnya seko-
lah wawasan dan program memperkasakan sekolah kebangsaan tampak layu
dan tidak berjaya mendapat sambutan ibu-bapa bangsa cina dan india. Di sini
manakah silapnya? Tanggal 6 mei 2013, negara digemparkan penulisan
akhbar yang menyatakan terdapat polarisasi perkauman dalam bentuk undian
ketika pilihanraya umum ke 13. Isu ini menunjukkan terdapat masalah yang
kian jelas tentang intergrasi kaum di malaysia.
6.1.1 Sekolah Wawasan gagal mengintegrasikan kaum.
Sekolah wawasan merupakan satu kaedah yang baik bagi mengintegrasikan
kaum di malaysia. Malangnya sekolah wawasan menerima reaksi yang
negatif daripada NGO kaum cina dan parti politik. Reaksi negatif ini terhasil
daripada kebimbangan yang kuat dikalangan kaum cina. Dimana mereka
kuathir sekolah wawasan akan menghakis kebudayaan dan identiti bangsa
mereka yang selama didukung oleh sekolah jenis kebangsaan cina. Selain itu
mereka merasakan kewujudan sekolah wawasan akan menjejaskan pengu-
naan bahasa mereka. Antara NGO yang kuat menentang penubuhan sekolah
wawasan adalah Dong Jiao Zhong sebuah persatuan cina yang aktif di
malaysia. Di dalam bab seterusnya kita membincangkan alasan-alasan yang
menyebabkan sekolah wawasan gagal akibat penolakan yang jitu daripada
NGO Dong Jiao Zhong.
6.1.2 Alasan yang dibawa oleh Dong Jiao Zhong dalam menolak
Sekolah Wawasan .
Dong jiao Zhong merupakan gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina yang menguruskan hampir 60 sekolah
persendirian dan membiaya hampir 1284 sekolah rendah jenis kebangsaan
cina. Persatuan ini telah ditubuhkan pada awal 1950. Semasa penubuhan
sekolah wawasan persatuan ini telah menolak seratus peratus penubuhan
sekolah tersebut. Dengan alasan sekolah wawasan menyebabkan identiti
masyarakat cina hilang. Persatuan ini beranggapan bahawa intergrasi boleh
dicapai walaupun dengan adanya sekolah vernakular. Mereka berpendapat
bahawa apabila murid sekolah vernakular ini membesar mereka akan menun-
tut disekolah menengah dimana mereka akan bercampur gaul dengan pelajar
lain.
Selain daripada itu persatuan ini juga memberi alasan bahawa mereka ku-
atir apabila anak-anak bangsa cina ini bergaul dengan bangsa lain, bahasa
ibunda mereka akan terhakis kerana lebih cenderung berbahasa melayu . Di
samping itu sifat tidak mahu berkongsi atau perkongsian pelbagai peralatan
seperti dewan, padang sekolah dan gelanggang permainan akan menim-
bulkan masalah sekiranya berlakunya pertembungan bagi menganjurkan se-
barang aktiviti yang menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama.
Adalah sukar untuk membuat jadual aktiviti kerana jadual sekolah adalah
terlalu ketat dan bukan senang untuk ketiga-tiga guru besar sekolah mem-
punyai sikap bertolak ansur kerana masing-masing mempunyai pendapat
yang berbeza-beza. Disebabkan alasan yang dibuat oleh persatuan ini seko-
lah wawasan dilihat tidak releven dan semakin dilupai oleh masyarakat cina.
Secara tidak langsung program yang dicadangkan oleh jabatan perpaduan
dan kementerian pelajaran dilihat gagal dalam mengintergrasikan kaum
mengikut medium pendidikan.
6.1.3 Kewujudan sekolah vernakular mengagalkan perpaduan
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda dalam sistem pelajaran dan pengajaran sekolah. Sekolah vernakular
ini terbahagi kepada 3 iaitu sekolah melayu, sekolah cina dan sekolah tamil.
Sejarah membuktikan sekolah ini wujud sebelum kemerdekaan negara. Se-
lama lebih 57 tahun kemerdekaan negara, sekolah vernakular ini dilihat
seperti tanah jerlus yang meruntuhkan apa sahaja yang dibina diatasnya. Ker-
ana apa yang dikatakan sekolah ini umpama tanah jerlus mengagalkan per-
paduan ? Selagi wujud sistem pendidikan vernakular pelajar hanya terdedah
dengan satu bangsa dan bahasa sahaja. Memang dikatakan bahawa mereka
juga belajar kurikulum pendidikan kebangsaan tetapi bahasa pengantaraan
yang digunakan dalam banyak subjek yang dipelajari adalah dalam bahasa
ibunda mereka . Selain itu suasana di dalam sekolah mereka juga terbatas
dengan bangsa mereka sendiri. Perkara ini menyebabkan mereka kurang
bergaul dengan bangsa lain sehingga menyebabkan masalah kurang pema-
haman dan perpaduan sebenar sehingga mampu mencetus masalah sensitivi
kaum. Menurut seorang tokoh akademik dan sejarah Professor Emeritus Tan
Sri Khoo kay Kim, beliau berpendapat bahawa sekolah vernakular ini patut
dihapuskan dan digantikan dengan sekolah satu aliran. Menurut beliau ada
pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat
demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini
boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa yang
berintegrasi.
6.2 Strategi keseimbangan ekonomi gagal seimbangkan ekonomi kaum
Didalam bahagian kedua ini kami akan mengupas kegagalan Jabatan per-
paduan dan bahagian perancang ekonomi negara dalam strategi keseimban-
gan ekonomi yang telah diutarakan dalam pelan perpaduan. Sejarah ekonomi
moden Malaysia bermula semasa penjajahan british di tanah melayu. Semasa
pentadbiran british imigran cina dan india telah dibawa masuk ke tanah
melayu bagi memantap ekonomi british ketika itu. Dasar pecah dan perintah
british telah menetapkan kegiatan ekonomi berasaskan komposisi kaum. Di-
mana orang melayu berkerja sebagai petani, cina berniaga dan perlombongan
dan manakala india berkerja estet dan ladang milik british. Dasar ini telah
mencetus kepada segregasi kaum diMalaysia. Selepas kemerdekaan negara
kerajaan telah merangka satu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi
Baru (DEB) 1971 , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991 dan yang ter-
baru ialah Model Ekonomi Baru (MEB) 2010. Namun dasar seperti DEB dan
DPN ini dilhat tidak berjaya secara menyeluruh. Apakah Punca dasar-dasar
ini tidak berjaya sepenuhnya dalam membentuk integrasi sehingga mem-
bawa kepada pengenalan dasar MEB.(Dasar MEB masih berjalan sehingga
2020)
6.2.1 DEB dan DPN tidak membawa kepada perpaduan kaum secara
menyeluruh.
Isu ini agak sensitif untuk diutarakan bagai ditelan mati bapak diluah mati
emak, tetapi ia perlu dikupas agar kita melihat antara punca penyebab kega-
galan perpaduan kaum. Kegagalan DEB dan DPN bukan disebabkan oleh
kerajaan seratus peratus tetapi ia berpunca dari kaum melayu sendiri. Seperti
yang di ketahui Dasar DEB dan DPN pada asas memajukan ekonomi negara
dalam masa yang sama perbaiki sosioekonomi kaum. Pelaksanaan Dasar-
Dasar ini menetapkan bahawa kontrak, tender dan ekuiti saham perlu 30 per-
atus adalah bumiputra. Tetapi kita melihat bahawa dasar ini tidak berjaya di-
mana statistik 2011 milikan ekuiti saham hanya pada 23.5 peratus manakala
selebih adalah milikan cina dan lain.Manakala pemilikan tanah bumiputra
hanya pada 24 peratus.
Seperti yang dikatakan sebelum ini punca kegagalan dasar ini disebabkan
bumiputra khusus nya melayu sendiri,ia sebenarnya berkaitan Isu “Alibaba”.
“Alibaba” merupakan isu yang berkaitan dengan orang melayu yang menjual
ekuiti atau tender kepada kaum cina sebagai cara mendapat wang segera.
Akibat daripada masalah ini orang melayu sering dilihat ketinggalan
berbanding cina seterus menyebabkan ketidak puasan hati antara kaum tim-
bul kononnya pembahagian kekayaan tidak diselenggara dengan baik dan
hanya kaum tertentu mendapat kekayaan tersebut.
Selain isu alibaba terdapat isu yang lain yang merosakan intergrasi
ekonomi kaum dimalaysia . Isu tersebut ialah masalah kronisme. Kenapa
kronisme punca DEB dan DPN gagal seterusnya mengagalkan perpaduan?.
Masalah kronisme berpunca daripada ketidak telusan pihak berkuasa dalam
pemberian tender kerajaan kepada rakyat. Dalam isu ini kerajaan seharusnya
mengunakan strategi keseimbangan ekonomi secara lebih adil bukan sahaja
kepada cina dan india tetapi kepada kelompok melayu sendiri. Semasa per-
jalanan DEB dan DPN dilihat kerajaan memberi kelebihan tender kepada
satu kelompok kecil melayu sahaja. Tetapi sepatutnya untuk mencapai 30
peratus ekuiti kekayaan negara untuk kaum melayu sepatut kerajaan mem-
berikan pegangan 30 peratus ekuiti secara saksama kepada keseluruhan
melayu bukannya sekelompok. Maksudnya disini ia sepatutnya tidak ter-
tumpu kepada seseorang tetapi kepada lebih ramai orang melayu. Hasilnya ia
bakal merancakkan ekonomi kaum melayu seterusnya mencapaikan sasaran
tersebut. Apabila sasaran tersebut berjaya sikap prejudis dan ketidakpuasan
kaum melayu akan lenyap kerana mereka berjaya mendapat hak mereka
dalam ekonomi. Hasilnya perpaduan dan intergrasi berjaya melalui strategi
ekonomi yang seimbang bebas dari penyelewangan.
6.3 Kelemahan Strategi Persefahaman Politik
JPNIN telah pun menyatakan bahawa melalui politik usaha mempuk perpaduan adalah
berlandaskan peruntukan perlembagaan. Semua perkara-perkara dalam peruntukan per-
lembagaan mampu mewujudkan identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi
antara wilayah. Namun begitu, kekuatan yang cuba diwujudkan oleh JPNIN nampaknya
seperti gagal kerana kekangan sistem parti politik berteraskan kaum dan sikap-sikap
yang ditunjukkan oleh parti-parti politik berteraskan kaum.
6.3.1 Parti politik berteraskan kaum tidak lagi relevan menurut se-bahagian masyarakat.
Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa parti politik berteraskan kaum tidak lagi
relevan. Generasi baru sudah basi dengan isu-isu perkauman yang telah dimainkan. Se-
bahagian masyarakat lebih cenderung melihat tawaran kebajikan serta inginkan negara
yang lebih maju dan makmur. Sebuah artikel yang ditulis di dalam akhbar alternatif ada
menyebutkan “Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama
juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang be-
rasaskan kaum,atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.”
6.4 Kelemahan Strategi Media Massa
JPNIN menyatakan bahawa media massa mesti digunakan untuk memupuk perpaduan.
Maklumat-maklumat yang disebarkan mestilah meniupkan bayu perpaduan yang nya-
man dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebarang laporan dan maklumat daripada
media massa mestilah mematuhi akta hasutan 1948 dan akta penerbitan dan mesin cetak
1984 agar menjadi limitasi kepada pengamal media massa dalam menyampaikan mak-
lumat. Namun begitu, masih terdapat kegagalan dalam strategi media massa yang telah
dirangka atas beberapa punca yang akan diterangkan di dalam bab ini.
6.4.1 Realiti Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Pener-bitan 1984 dalam menangani isu-isu berkaitan.
Makna menghasut seperti yang dinyatakan oleh Akta hasutan 1948 ialah:
“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan,
ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan,
perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan
menghasut;”
Pada bab 5 telah dinyatakan mengenai empat isu berkaitan penghinaan terhadap kaum
melaui media massa. Empat isu tersebut adalah artikel oleh Utusan dan Kosmo,
Karikatur yang diterbitkan oleh Sin Chew Daily serta Ucapan video Shahul Hamid di
laman sesawang Youtube.
Ustaz Shahul Hamid diketahui umum telah di tahan di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Ha-
sutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 31 Julai 2014. Namun
begitu, Shahul Hamid telah memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu
dan memohon agar laporan terhadapnya di tarik balik. Beliau telah dikeluarkan dengan
jaminan polis.
Melalui isu ini tampak jelas Akta Hasutan 1948 telah berfungsi dengan baik dalam men-
gawal ucapan-ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut. Sifat yang ditun-
jukkan Shahul Hamid dengan meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan ter-
hadap masyarakat agama lain telah membuka pintu perpaduan yang baru antara Islam
dan Hindu. Permintaan maaf Shahul Hamid bukanlah kerana ingin menjual aqidahnya
tetapi kerana kekuatan aqidah sebenar terhadap ayat Quran,
“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah,.kerana
mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan."
Surah Al-an'am ayat 108.
Namun begitu, bagaimana pula Akta Hasutan 1948 berfungsi terhadap isu artikel-artikel
dan karikatur yang diterbitkan akhbar tempatan?
Seusai Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, akhbar-akhbar tempatan sama ada
melalui akhbar dan media elektronik telah pun mengeluarkan artikel masing-masing
yang berkaitan pilihan raya. Selaku negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat
berhak memilih pemimpin yang difikirkan sesuai menerajui negara semasa mengundi.
Pilihan Raya Umum ke-13 telah pun dimenangi Barisan Nasional dengan kemenangan
majoriti mudah. Seluruh rakyat terpaksa memerima hakikat ini sama ada setuju atau pun
tidak setuju. Apa yang kurang menyenangkan adalah sikap yang telah ditunjukkan oleh
penerbit akhbar dan pengamal media yang tidak menunjukkan etika kewartawanan
mereka. Artikel-artikel yang menimbulkan kemarahan kaum lain telah diterbitkan dan
melanggar segala akta yang termaktub dalam Akta Hasutan 1948.
Hakikatnya, semasa pasca pilihan raya telah pun ada pihak akhbar yang mula memetik
api perkauman seperti karikatur yang diterbitkan Sin Chew Daily. Setelah desakan oleh
rakyat melalui media alternatif maka pihak Sin Chew Daily telah membuang karikatur
tersebut dan meninggalkan notis memohon maaf. Namun, tiada pihak menyiasat perkara
tersebut atas Akta Hasutan 1948.
Artikel-artikel yang menimbulkan prasangka terhadap kaum Cina oleh Utusan dan
Kosmo juga dibiarkan begitu sahaja. Akta Hasutan 1948 tidak lagi berfungsi seperti
yang terjadi kepada Shahul Hamid. Syarikat akhbar berkaitan tidak memohon maaf se-
cara terbuka dan tidak mengaku kesilapan mereka. Hasilnya, syarikat-syarikat akhbar
saling bercakaran atas dasar perkauman seperti yang berlaku di antara Utusan dan Sin
Chew Daily.
Di dalam artikel “Apa lagi Orang Cina Mahu” secara terang tertulis perkara-perkara
yang cuba menimbulkan pengapian terhadap orang lain. Begitu juga artikel bertajuk
“Penyokong Cina Pura-Pura Sokong” oleh Kosmo yang menimbulkan prasangka ba-
hawa orang Cina bersifat talam dua muka. Selain itu, karikatur yang diterbitkan oleh Sin
Chew Daily telah menyinggung hati kaum lain termasuk Melayu dan India. Seolah-olah
bangsa lain perlu tunduk kepada kaum Cina sahaja dalam politik.
Ketiga-tiga isu ini telah pun termasuk dalam bahagian ‘Mesin cetak yang digunakan
bagi maksud yang menyalahi undang-undang’. Seperti yang termaktub,
“ (b) yang mengandungi perkara pengapian terhadap orang atau harta, menggalakkan
pencabulan undang-undang atau terhadap apa-apa perintah yang sah di sisi undang-un-
dang atau yang melakukan pecah keamanan atau yang mungkin membawa kepada
pecah keamanan atau menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan,
kebencian, ketidakharmonian atau pecah belah,”
Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berfungsi tanpa memilih bulu, isu-isu ke-
celuparan penulisan artikel ini dapat dihentikan. Hukuman-hukuman yang termaktub di
dalam akta tersebut juga akan menyebabkan syarikat-syarikat penerbitan lebih berhati-
hati dan tidak melakukan sesuatu yang merosakkan perpaduan dan integrasi kaum.