KAEDAH DAN FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH...
Transcript of KAEDAH DAN FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH...
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
33
KAEDAH DAN FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH:
KAJIAN KES DR. JAHID SIDEK
Phayilah Yama, Ikmal Zaidi Hashim, &
Farhah Zaidar Mohamed Ramli
[email protected], [email protected], &
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
ABSTRAK
Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin
positif dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan
Komplementari 2016 (Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini
disifatkan sebagai tanda aras pengiktirafan serta penerimaan kerajaan Malaysia terhadap
peranan penting yang turut dimainkan oleh perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti
kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring dengan perubatan moden. Sambutan
masyarakat yang memberangsangkan terhadap perubatan Islam pada masa kini ini turut dapat
dikenal pasti menerusi penubuhan organisasi, persatuan dan pertubuhan perubatan Islam yang
semakin banyak sehingga mencetuskan penggabungan di bawah organisasi induk yang
menghimpuan belasan ribu pengamal perubatan Islam di Malaysia iaitu Gabungan Persatuan
Perawat Islam Malaysia (GAPPIMA). Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan
faktor keberkesanan perubatan Islam ruqyah seorang tokoh pengasas dan perawat perubatan
Islam yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Jahid Sidek. Data-data kajian dikumpul menerusi
metode analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Dapatan kajian berdasarkan
analisis data secara historikal dan deskriptif mendapati ruqyah merupakan kaedah asas
perubatan Islam responden dan terdapat enam faktor utama keberkesanan Perubatan Islam
Ruqyah responden.
Kata kunci: Kaedah, Faktor Keberkesanan, Dr. Jahid Sidek, Perubatan Islam Ruqyah,
Malaysia.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
34
1.0 PENGENALAN
Sihat dan sakit merupakan dua senario yang lumrahnya bersilih ganti perlu ditempuhi dalam
kehidupan manusia. Setiap manusia yang diciptakan selaku khalifah Allah secara
normalnya tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi ujian kesihatan yang merosot
pada suatu hari kelak khasnya akibat pertambahan usia dan lain-lain. Rasulullah sendiri
pada penghujung usianya telah mengalami kemerosotan kesihatan yang seterusnya membawa
kepada kematian baginda . Walaupun ajal merupakan ketentuan yang tidak dapat dielakkan,
namun Islam sebagai agama yang mempunyai cara hidup yang sempurna masih tetap menitik
beratkan amalan penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit
sejak 1400 tahun dahulu lagi sehingga kini (Phayilah Yama et. al., 2017).
Fenomena keprihatinan ini dapat ditelusuri menerusi dua sumber ilmu Islam teragung
iaitu al-Quran dan Hadis. Statistik menunjukkan terdapat enam ayat al-Quran yang
menyentuh tentang konsep penyembuhan iaitu surah al-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57,
surah al-Nahl ayat 69, surah al-Isra' ayat 82, surah al-Syu'ara' ayat 80 dan surah al-Fussilat
ayat 44. Manakala, Sahih al-Bukhari sebagai kitab hadis yang paling benar selepas al-Quran
pula menyenaraikan kitab al-tibb yang terkandung dalamnya lapan bab berkaitan ruqyah.
Teks-teks wahyu ini bukan sahaja membicarakan tetapi memberi garis panduan tentang aspek
penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit. Bahkan ayat al-
Quran itu sendiri di samping perkataan Rasulullah merupakan antara teks doa yang
ditegaskan oleh Allah sebagai mempunyai unsur penyembuhan penyakit. Antaranya
firman Allah dalam Surah al-Isra': 82:
Maksudnya:
"Dan kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan
rahmat bagi orang yang beriman."
Manakala Nabi Muhammad selaku utusan Allah turut mengisyaratkan betapa
mustahaknya penjagaan kesihatan supaya terhindar daripada mendapat penyakit. Imam
al-Bukhari meriwayatkan hal ini sebagaimana dalam hadis berikut:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
35
Maksudnya:
''Daripada Ibn 'Abbas semoga Allah meredahainya, beliau berkata, Nabi telah
bersabda, dua ni'mat yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan
dan masa lapang.'' (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab la 'Isy illa 'isy al-akhirah, no.
Hadis 5933)
Selain itu, Baginda menegaskan keistimewaan seseorang mukmin yang kuat dalam
erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang optima sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim menerusi hadis berikut:
Maksudnya:
''Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, bersabda Rasulullah , mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.'' (Muslim,
Sahih Muslim, Bab fi al-amr bi al-quwwah wa tarak al'ajz wa al-istighathah, no.
Hadis 4816)
Rasulullah juga mendorong umat Islam bertindak untuk berikhtiar dalam mengubati
penyakit yang dialami. Imam Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadis yang menunjukkan
dorongan ini iaitu :
Maksudnya:
"Daripada Usamah bin Syarik, beliau telah berkata, telah bertanya sekumpulan
orang Arab, Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat, baginda menjawap, ya,
wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit
kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya, apakah
yang satu itu? Baginda menyatakan iaitu tua." (al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab
Ma Ja'a fi al-Dawa' wa al-Hath 'alayh, no. hadis 1961).
Sehubungan itu, perubatan Islam yang mengikuti tradisi amalan turun menurun
berasal daripada Rasulullah sama ada berdasarkan skop al-Quran mahu pun hadis masih
kekal dipraktiskan sehingga abad ini. Rentetan kesinambungan ini menyebabkan perubatan
Islam dalam konteks Malaysia kini dapat diklasifikasikan secara standardnya sebagai salah
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
36
satu kaedah rawatan tradisional dan komplementari sejajar dengan penubuhan Bahagian
Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
pada tahun 2004 (TCM, 2016).
Penubuhan BPTK merupakan satu pengiktirafan rasmi daripada pihak kerajaan
Malaysia bahawa sistem perubatan tradisional dan komplementari termasuk kategori
Perubatan Islam adalah merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penjagaan
kesihatan. Ianya berfungsi seiring dengan perubatan moden untuk meningkatkan kesihatan
dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia (Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kebangsaan, 2007).
Kaedah pengamalan perubatan Islam yang dimaksudkan oleh kajian ini adalah kaedah
ruqyah iaitu doa-doa khusus yang bersumberkan hadis yang bertepatan dengan syarak bagi
tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan. Maksud ini diadaptasikan daripada
definisi ruqyah yang lebih luas sebagaimana yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Amalan
Perubatan Islam (2011) iaitu doa yang berasaskan ayat-ayat al-Quran dan Hadis, yang
bertepatan dengan syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengamalan perubatan Islam (ruqyah)
responden dan menganalisis faktor keberkesanannya. Jenis kajian adalah kombinasi antara
kepustakaan dan lapangan. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes.
Persampelan kajian adalah daripada jenis bertujuan yang melibatkan seorang orang pengamal
perubatan Islam berprofil tinggi di Malaysia. Instrumen pengumpulan data melibatkan
analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Metode analisis data adalah secara
historikal, deskriptif dan komparatif (Phayilah Yama et. al., 2017).
3.0 KAEDAH PENGAMALAN PERUBATAN ISLAM RESPONDEN
Responden menjelaskan kaedah pengamalan ruqyah beliau berdasarkan aspek-aspek berikut:
3.1 Pengertian Ruqyah
Ruqyah menurut responden adalah merupakan bacaan tertentu yang dapat memberi kesan
penyembuhan terhadap penyakit. Teks yang dibacakan adalah terdiri sama ada daripada jenis
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
37
ayat al-Quran atau pun doa-doa bersumberkan daripada Rasulullah . Responden dipetik
berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
" Ruqyah itu adalah bacaan-bacaan ayat al-Quran, doa-doa Rasulullah, ma'thurat
apabila dibacakan dapat menyembuhkan penyakit."
3.2 Ruqyah Kaedah Asas dalam Perubatan Islam
Responden menjelaskan peranan ruqyah sebagai kaedah asas dalam perubatan Islam. Namun
perubatan Islam itu sendiri menurut responden adalah universal konteks kefahamannya selagi
mana aspek paradiqma, konsep, nilai, prosedur, tatacara terutamanya berkait dengan kaedah
amalannya masih tertakluk dalam batasan syarak. Perubatan Islam juga bersifat fleksibel
dalam erti kata sentiasa dapat menerima perubahan-perubahan terkini dalam sistemnya atau
kaedahnya yang berlandaskan syariat di samping mengekalkan asas rawatan dengan bacaan
ruqyah. Responden dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
"Hal ini kerana ruqyah merupakan perubatan Islam yang asas atau basic yang
selaras dengan al-quran dan al-sunnah dan tidak berlawanan dengan kedua-dua
sumber Islam tersebut baik dari aspek paradiqmanya, konsepnya, aspek nilai,
prosudernya, tatacaranya terutamanya berkait dengan kaedah amalannya, tujuannya
dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kaedah perubatan Islam. Oleh yang
demikian perubatan Islam bersifat universal mencakupi semua aspek keperluan
perubatan, fleksibel dan sentiasa menerima apa juga system atau kaedah perubatan,
asal tidak berlawanan dengan al-Quran dan al-Sunnah."
3.3 Contoh Teks Bacaan Ruqyah
Responden memberi contoh antara teks bacaan ruqyah daripada sumber hadis yang
melibatkan masalah kesihatan tertentu yang paling kerap beliau gunakan adalah seperti
berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
Banyaklah bacaan teks hadis yang menjadi bacaan saya ketika berubat, saya tak
khusus… apa yang saya rasa perlu saya baca saya baca antaranya “Bismillah Hillazi
La’ yadhurumaasmihi Syaiu’ Fil ardhi wala Fissama'i Wahuwasamiul basir.”
Kajian mendapati teks berkenaan terdapat dalam hadis berikut:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
38
Maksudnya:
Daripada Uthman bin 'Affan, beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah
bersabda: Sesiapa yang membaca
sebanyak tiga kali, bala tidak akan menimpanya secara tiba-tiba sehingga waktu
pagi, dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak tiga kali maka bala
tidak akan menimpanya secara tiba-tiba sehingga sampai waktu petang. (al-Tirmidhi,
Jami' al-Tirmdhi, Kitab al-Da'awat, , No. Hadis 3388, Hasan
Sahih Gharib).
3.4 Solat Hajat, Solat Taubat, Pukulan dan Mandi ais.
Selain bacaan ruqyah, responden turut menyertakan empat elemen lain dalam proses rawatan
yang mustahak untuk dilakukan iaitu solat hajat, solat taubat, kaedah pukulan dan kaedah
mandian menggunakan ais. Masalah kesihatan yang tiada harapan pulih dengan perubatan
moden seperti HIV dan lain-lain semuanya adalah dirawat dengan menggabungkan kesemua
elemen-elemen ini. Responden dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
"Tiada bacaan khusus teks tertentu sama sahaja cumanya saya akan lebihkan dengan
solat hajat, solat taubat, pukulan, dan mandi ais.
"Bacaan ruqyah teks hadis tu banyak jadi apa yang saya rasa nak baca saya
bacalah."
3.5 Keberkesanan Ruqyah berdasarkan Doa Rasulullah
Menurut pengalaman responden terdapat keberkesanan yang memberangsangkan dalam
usaha penyembuhan penyakit dengan mengguna pakai kaedah perubatan Islam ruqyah
bersumberkan Rasulullah . Responden menyatakannya sebagaimana berikut (Phayilah
Yama et. al., 2017):
"Pada pandangan saya kalau kita amalkan ruqyah Rasulullah disertai dengan
kaedah saya ini ketukan, solat, mandian saya rasa lebih berkesan lah…sangat
berkesan tu macam mana? Pertama kita dapat tahu apa sebab penyakit tersebut
dengan cepat kalau hospital mungkin mengambil masa beberapa hari atau kena
ambil darah dahulu baru kita dapat tahu tapi kaedah ini cepat kadang-kadang
penyakit yang biasa –biasa seperti sakit lutut sakit kepala dan sebagainya dapat
dirawat dengan cepat tanpa perlu mengambil ubat…"
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
39
Responden juga menjelaskan faktor sebenar yang menyebabkan keberkesanan ruqyah
yang menggunakan doa Rasulullah adalah berkaitan kemustajaban doa seseorang individu
perawat. Justeru usaha memperbanyakkan amalan soleh dalam kalangan perawat adalah
penting kerana ianya membawa kepada kemustajaban doa-doa ruqyah terbabit. Responden
dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
"Keberkesanan ruqyah ini sangat hebat lah yang boleh saya katakan. Kita baca ayat
al-Quran kita baca teks hadis ruqyah jin pun boleh menjerit dalam badan, apa yang
penting kita perlu memperbanyakkan amalan-amalan yang membolehkan doa kita
termakbul."
Kajian mendapati responden berpengalaman selama 23 tahun dalam merawat 36 jenis
masalah kesihatan sebagaimana jadual berikut (Primanara, 2009):
Jadual 1: Jenis Penyakit Rawatan Responden
BIL. NAMA PENYAKIT BIL. NAMA PENYAKIT
1. Kencing Manis (Diabetis) 19. Sihir Seri Muka
2. Darah Tinggi 20. Sihir Susuk Cantik
3. Sakit Jantung (Heart Attack) 21. Sihir Penggerun
4. Sakit Buah Pinggang 22. Sihir Ilmu Kuat
5. Migrain / Sakit Kepala 23. Sihir Busung
6. Sembelit / Buasir 24. Sihir Pelaris
7. Angin Ahmar / Stroke 25. Sihir Ilmu Kebal
8. Lumpuh / Polio 26. Sihir Pelbagai Jenis Silat
9. Denggi 27. Sihir Santau
10. Resdung 28. Sikap Malas / Bodoh / Tidak dapat
Belajar@Bekerja
11. Jerawat Batu 29. Sikap Panas Baran / Pemarah
12. Gengren 30. Sikap Murung
13. Gout 31. Sikap Hyper-Active
14. Kanser Payudaya (Breast
Cancer)
32. Sikap Hisap Dadah
15. Kanser Rahim 33. Sikap Ketagih Judi / Arak
16. Kanser Hati 34. Tidak dapat anak walaupun sudah
lama berkahwin
17. Pelbagai Jenis Kanser yang lain 35. Mati Pucuk
18. Buang Sihir Saka 36. Tidak dapat tidur malam
4.0 FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RESPONDEN
Responden juga memperakui faktor-faktor keberkesanan ruqyah beliau juga adalah
membabitkan enam aspek berikut:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
40
4.1 Aspek Akidah
Responden mengesahkan bahawa pegangan akidah yang kukuh tersemat bahawa hanya Allah
hakikat sebenar penyembuh segala penyakit menyebabkan amalan ruqyah responden
adalah berkesan. Justeru itu, kesungguhan untuk berubat dan merawat sehingga mencapai
kesembuhan dan tidak berputus asa adalah refleksi tauhid yang bersumberkan pegangan
akidah tersebut. Responden dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
“Itu sudah semestinya kita perlu yakin Allah adalah penentu sesuatu perkara, dalam
kita berubat orang kesembuhan itu datang daripada Allah jika tidak sembuh itu juga
datang dari Allah cumanya kita perlu ikhtiar dan tidak putus asa."
Seterusnya responden menjelaskan tiga nilai tauhid berkaitan konsep ruqyah yang
perlu diyakini dan dipercayai oleh seseorang pengamal ruqyah supaya ruqyah tersebut
berkesan iaitu sabab, musabbab dan musabbib al-asbab. Contohnya, ubat dan rawatan adalah
sabab, sembuh penyakit yang diubati adalah musabbab. Kehendak, ketentuan dan kekuasaan
Allah yang menyembuhkan penyakit itu adalah musabbib al-asbab. Dengan erti kata lain,
responden menjelaskan kesembuhan sebagai menggambarkan sifat jamal (indah) iaitu
sembuh dengan semata-mata rahmat Allah . Manakala ketidaksembuhan pula
menunjukkan sifat jalal iaitu tidak sembuh semata-mata kerana ianya adalah kehendak Allah
. Kedua-dua sifat ini menunjukkan keagungan Allah yang berkuasa mutlak dalam
menentukan keputusan hasil berubat dan merawat. Justeru, ilmu pengetahuan seseorang
pengamal ruqyah terhadap akidah Islam dalam konteks ruqyah adalah mustahak untuk
didalami dan dipelajari secara sewajarnya. Pendapat responden terangkum dalam petikan
berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
“Menggabungkan tiga aspek sabab, musabbab dab musabbibab asbab itu dari aspek
tauhid kalau sembuh itu jamal iaitu rahmat Allah kalu tidak sembuh itu jalal itu
memnag kehendak Allah. Allah nak tunjukkan keagungan Dia…"
"Komen saya aspek akidah ini penting lah dan perlu ada dalam diri seorang
perubatan Islam."
Kajian mendapati para perawat dilatih oleh responden dengan latihan memperkasakan
akidah dan sifat ketakwaan kepada Allah . Latihan tersebut bertujuan untuk
memperteguhkan iman dan akidah perawat menerusi pendekatan ta’lim dan ditarbiyahkan
dengan ilmu tauhid dan kefahamannya (Primanarah, 2016).
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
41
4.2 Aspek fiqh
Responden juga mengesahkan nilai-nilai fiqh ruqyah yang berteraskan hukum halal dan
haram turut merupakan faktor yang memberi kesan kepada ruqyah yang dipraktikkan oleh
responden. Pengamal ruqyah yang iltizam dengan fiqh halal dan haram ini berkemampuan
mencegah pesakit daripada berikhtiar mencari kesembuhan menerusi kaedah yang dilarang
oleh Islam seperti berpawang. Selain itu, pengamal dapat melakukan usaha penyembuhan
menerusi dorongan melaksanakan kewajipan selaku penganut agama Islam dalam kalangan
pesakit. Contohnya seperti pesakit didorong untuk kembali menunaikan solat lima waktu
serta meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukai Allah . Responden juga
menegaskan bahawa seseorang pengamal ruqyah sangat perlu memiliki ilmu pengetahuan
fiqh secara sewajarnya. Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah
Yama et. al., 2017):
Pembantu
Penyelidik
Apakah nilai-nilai fiqh ruqyah yang diamalkan oleh tuan?
Responden Halal dan haram….iaitu kita membantu orang yang sakit dapat
menyembuhkannya daripada perkara-perkara yang dilarang di dalam Islam,
membetulakan perbuatan mereka daripada berpawang kepada perubatan
yang betul daripada tidak solat pesakit itu solat dan sebagainya
Pembantu
Penyelidik
Apakah pandangan tuan jika dikatakan sikap komited dan dedikasi dalam
mematuhi fiqh ruqyah tersebut menyebabkan amalan ruqyah tuan berkesan
untuk penyembuhan penyakit?
Responden Ye lah…. disini kita akan melarang kalau mahu berubat mesti tinggal
perkara yang dibenci oleh Allah dahulu. Contohnya kalau memakai tangkal
perlu mengahpuskannya dahulu barulah perubatan kita akan berjalan
dengan lancar.
Pembantu
Penyelidik
Justeru apakah komentar tuan terhadap kenyataan bahawa ilmu
pengetahuan fiqh seseorang pengamal ruqyah dalam konteks ruqyah adalah
mustahak untuk didalami dan dipelajari secara sewajarnya?
Responden Sangat perlu …sebabnya peserti yang saya katakana sebentar tadi.
4.3 Aspek Tasawuf
Responden juga mengesahkan terdapat unsur-unsur tasawuf dalam amalan ruqyah beliau iaitu
zikir, tafakur dan muraqabah. Pengaruh tasawuf adalah diperlukan dalam perubatan Islam
ruqyah disamping faktor kepatuhan kepada syariat. Ini adalah kerana hakikat kesembuhan
sebenarnya adalah dengan pertolongan Allah dan rahmat-Nya sebagaimana yang dapat
difahami menerusi ayat 82 dalam surah al-Isra' iaitu:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
42
Maksudnya:
Dan kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambahkan kepada
orang yang zalim kecuali kerugian.
Responden dipetik berkata Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah
Yama et. al., 2017):
“Ya ada ….zikir, tafakur, muraqabah. Dalam tasawuf ini dia ada kata-kata ulamak
masalah yang diselesaikan dengan syariat dengan hakikat yang sebenar iaitu kalau
nak sembuh mesti dengan pertolongan Allah, rahmat Allah tapi kalau kita nak
sembuh kita hanya pandang kepada syariat sahaja itu kita sendiri yang akan penat
sebab apa? sebab seperi dalam surah al-Israk ayat 82 ada mengatakan (rujuk
seminar perubatan Islam) kertas kerja."
Seterusnya responden juga menjelaskan memiliki jiwa yang berusaha disucikan
menerusi konsep tazkiyyah al-nafs yang terdapat dalam ilmu tasawuf adalah mustahak untuk
keberkesanan ruqyah oleh pengamalnya. Ini adalah kerana konsep ini membina keyakinan
yang tinggi dalam kalangan pengamal untuk mempraktikkan rawatan perubatan yang
dipelajari oleh mereka. Responden dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017):
"Ya sudah semestinya kerana konsep tazkiyyah al-nasf ini merupakan salah satu cara
seseorang pengamal perubatan itu betul-betul yakin dengan apa yang diubatinya."
Justeru unsur tasawuf seperti amalan zikir penting diamalkan serta diperolehi secara
bersanad untuk menambahkan lagi keberkesan rawatan ruqyah. Ini adalah kerana intipati
zikir adalah sentiasa konsisten mengingati Allah . Justeru ilmu pengetahuan tasawuf dan
amalannya adalah mustahak untuk didalami dan dipelajari secara sewajarnya oleh seseorang
pengamal ruqyah. Pendapat responden ini dapat disemak dalam petikan berikut Pendapat
responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
Pembantu
Penyelidik
Kenapa zikir-zikir ini penting diamalkan serta diperolehi secara bersanad
dalam konteks ruqyah
Responden “Untuk menambah lagi keberkesanan ruqyah kepada pesakit kerana kita
sentiasa mengingati Allah.
Pembantu
Penyelidik
Justeru apakah komentar tuan terhadap kenyataan bahawa ilmu
pengetahuan tasawuf dan amalannya adalah mustahak untuk didalami dan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
43
dipelajari secara sewajarnya oleh seseorang pengamal ruqyah ?
Responden 1 Bagi saya ilmu tasawuf amat penting dipelajari supaya pengamal perubatan
tersebut tidak menyalahgunakan kaedah yang telah dipelajarinya.
Kajian mendapati amalan zikir berteraskan lafaz هللا إال إله ال diterapkan secara
konsisten dalam kalangan perawat di bawah bimbingan responden. Ianya bertujuan untuk
memperteguhkan keimanan kepada Allah . Prinsip ini diselaraskan berpandukan firman
Allah dalam surah Ibrahim ayat 27 iaitu (Primanarah, 2016):
Maksudnya:
“Allah meneguhkan zahir dan batin (jiwa dan raga) orang-orang yang beriman
didunia dan akhirat dengan kalimah tauhid . هللا إال إله ال
Dan juga sabda Rasulullah yang bermaksud (Primanarah, 2016):
Rasulullah (SAW) pernah ditanya oleh para sahabat bagaimana cara
memperteguhkan iman. Maka baginda (S.A.W.) menjawab dengan sabdanya yang
bermaksud “Hendaklah kamu banyakkan sebutan kalimah هللا إال إله ال . (Ahmad,
Musnad ِ Ahmad, , No. hadis 8695.
Kajian mendapati matan untuk hadis di atas adalah seperti berikut:
Lazimnya zikir tersebut perlu diamalkan oleh calon perawat sekurang-kurangnya selama
setahun sebelum layak terlibat dalam melakukan rawatan perubatan Islam mengikut kaedah
responden (Primanarah, 2016).
4.4 Aspek akhlak dan Adab
Responden memperakui terdapat akhlak dan adab yang perlu dititik beratkan dalam amalan
ruqyah beliau iaitu akhlak dan adab terhadap diri pengamal sendiri, terhadap pesakit dan
terhadap doa-doa ruqyah. Dalam konteks pesakit, responden menekankan supaya
meninggalkan terus amalan-amalan yang menyalahi syariat sebagaimana yang diamalkan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
44
sebelum ini, pesakit juga perlu menutup aurat dengan sempurna dan ditemani mahram untuk
pesakit wanita. Manakala petua atau saranan berkaitan dengan akhlak dan adab yang
disarankan untuk diamalkan oleh pengamal atau pesakit supaya ruqyah lebih berkesan adalah
bacaan zikir ayat 33. Pesakit dan pengamal perlu memberi komitmen dan iltizam dengan
peraturan membabitkan akhlak dan adab ini supaya kegagalan rawatan dapat dielakkan.
Kenyataan ini dapat disemak dalam petikan temubual berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
Pembantu
Penyelidik
Apakah terdapat akhlak dan adab yang perlu dititik beratkan dalam amalan
ruqyah tuan contohnya akhlak dan adab terhadap diri pengamal sendiri,
terhadap pesakit dan terhadap doa-doa ruqyah?
Responden “Ada… pesakit tidak boleh terus mengamalkan semula apa yang
diamalkannya sebelum ini jika tidak rawatan tersebut tidak menjadi.
Pembantu
Penyelidik
Sejauhmanakah akhlak dan adab yang diterapkan ini mempengaruhi
keberkesanan ruqyah?
Responden “Akhlak dan adab kena ada… pertama pesakit perlu menutup aurat...selain
itu perlu ditemani oleh mahram ketika rawatan dijalankan terutamanya
perempuan.
Pembantu
Penyelidik
Terdapat petua atau saranan berkaitan dengan akhlak dan adab yang
disarankan untuk diamalkan oleh diri tuan atau pesakit tuan supaya ruqyah
lebih berkesan?
Responden “Kalau saya pesakit perlu terus amalkan amalan ayat 33 surah al-Baqarah.
Kajian mendapati amalan ayat 33 yang dimaksudkan oleh respondenadalah himpunan
potongan ayat al-Quran tertentu yang disusun daripada 15 buah surah sebagaimana dalam
jadual berikut:
Jadual 2: Amalan Ayat 33 Responden
BIL NAMA SURAH POTONGAN AYAT
1. Surah Al-Fatihah Ayat 1-7
2. Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286;
3. Surah Ali Imran ayat 18, 26-27
4. Surah Al-A’raaf ayat 54-56;
5. Surah Al-Isra Ayat 110-111
6. Surah Al-Mu’minun ayat 115-118
7. Surah As-Shaffat ayat 1-11
8. Surah Ar-Rahman ayat 33-40
9. Surah Al-Hasyr ayat 21-24
10. Surah Al-Jin ayat 1-4
11. Surah Al-Kafirun Ayat 1-6
12. Surah Al-Ikhlas Ayat 1-4
13. Surah Al-Falaq Ayat 1-5
14. Surah An-Nas Ayat 1-6
JUMLAH 14 SURAH 79 POTONGAN AYAT
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
45
Kajian juga menemui bahawa amalan Ayat 33 ini adalah berasal daripada amalan Rasulullah
. Kajian mendapati amalan ini terdapat dalam hadis berikut:
.
Maksudnya:
Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayatkan ; Sewaktu kami bersama Rasulullah SAW se
orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah SAW saya
ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda SAW telah bertanya;
“penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah SAW menyuruh orang itu
membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah SAW telah membaca surah
Al-Fatihah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah (2;1-4) ayat bermula dangan Wa
ilahukum ilahu wahid (2;163). Ayat Syahidallahuannahu (3;18), ayat terakhir surah
Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala (72;3), sepuluh
ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10), tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar
(59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6). Selepas itu orang
yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang di deritai nya itu
telah hilang. (al-Hakim. Mustadrak al-Hakim. , no. hadis:
8319).
Seterusnya kajian mendapati secara lengkapnya terdapat 11 etika yang perlu dipatuhi oleh
perawat di bawah bimbingan responden sebagaimana dalam jadual berikut (Primanarah,
2016).
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
46
Jadual 3: Etika Perawat Responden
BIL. ETIKA PERAWAT
1. Perawat mestilah sentiasa menjaga sifat taqwanya kepada Allah. Kerana ketaqwaan
yang benar-benar teguh menjadi asas utama yang membantu tercapainya tujuan
rawatan dilakukan. Sebab itu sepanjang sejarah Islam mereka yang melakukan adalah
mereka yang benar-benar bersifat taqwa.
2. Perawat mesti sentiasa dalam keadaan berdhikrullah. Semasa melakukan rawatan
tidak boleh lalai hati.
3. Seberapa boleh elakkan dari bercakap yang tidak berfaedah dan yang melalaikan.
4. Jika pesakit dipastikan lemah semangat atau tidak tertahan menanggung kesakitan,
hendaklah perawat beri nasihat dan tarbiyahkan dengan kata-kata penuh hikmah dan
boleh menguatkan semangat dan keyakinan serta berdaya untuk bersabar terus hingga
selesai rawatan dibuat.
5. Jika pesakit yang sedang dirawat meminta bersungguh-sungguh supaya rawatan
ditamatkan, maka permintaannya itu mestilah dipenuhi dan rawatan tidak boleh
diteruskan. Bagaimanapun perawat boleh menasihatkan agar rawatan diteruskan
dengan alasan yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit.
6. Perawat hendaklah membuktikan kesan rawatan yang dibuat itu kepada pesakit.
Banyak cara boleh dibuat. Misalnya dengan melakukan picitan di bahagian tubuh
badan tertentu, di bahagian perut atau bawah telinga dan sebagainya lagi. Biasanya
pesakit yang sedar bahawa penyakitnya banyak berkurangan, ia bertambah yakin
untuk terus berubat walaupun terpaksa menanggung sakit.
7. Perawat mestilah menasihatkan pesakit agar terus menerus beristighfar meminta
keampunan kepada Allah.
8. Perawat hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Jika
pakaian telah dibasahi dengan peluh, hendaklah salin dan pakai baju lain yang bersih.
9. Jika perawat berasa lemah atau tidak bermaya atau mengantuk, mestilah berehat
sebentar. Sebaik-baiknya ia mandi dan baharui air sembahyang.
10. Jika perawat rasakan jin atau syaitan yang dalam badan pesakit tidak boleh keluar,
maka hendaklah dicari sebabnya
11. Perawat mesti menjaga aurat pesakit perempuan. Tidak boleh didedahkan jika tidak
perlu. Hanya tempat yang diperlukan untuk diketuk sahaja yang boleh dibuka.
Perawat mesti terangkan mengenai keharusan merawat pesakit perempuan seperti
yang dipetuakan oleh Imam Sayuti dalam kitabnya At-Tibbu An-Nabawiyu
4.5 Aspek Meneladani Sunnah Rasulullah
Responden mengesahkan terdapat elemen-elemen dalam rawatan ruqyah yang ketara
meneladani sunnah Rasulullah iaitu elemen ketukan. Ianya didapati berkesan dalam
menyembuhkan kebanyakan penyakit yang dirawat. Dalam kes responden, ketukan adalah
dengan menggunakan kayu nona, diikuti mandian ais batu dan limau nipis. Fakta ini dapat
disemak dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
Pembantu
Penyelidik
Apakah elemen-elemen dalam rawatan ruqyah tuan yang ketara meneladani
sunnah Rasulullah ?
Responden “elemen ketukan kerana di dalam al-Quran juga diceritakan mengenai
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
47
ketukan ini dan nabi pernah menggunakan teknik pukulan ini dengan
menggunakan serban baginda
Pembantu
Penyelidik
Adakah sunnah tersebut mempengaruhi keberkesanan ruqyah tuan?
Responden “Ya, berkesan…alhamdulillah…diseratai dengan ketukan dengan kayu nona,
mandian ais batu dan limau nipis."
Kajian mendapati terdapat tiga hadis yang menunjukkan elemen ketukan (sejenis tepukan
atau pukulan) ini merupakan kaedah rawatan berasal daripada Rasulullah .
Hadith Pertama:
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin A’mir bin Rabia’h daripada ayahnya berkata;
Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya.
Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang
melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan
menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan
tingkah-lakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut
panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah
terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah s.a.w.
mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah s.a.w., baginda
menepuk-nepuk dadanya kemudian berdoa; “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan
gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian Baginda bersabda
kepadanya; “bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat”. Rasulullah s.a.w.
seterusnya bersabda; “Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya
berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli
keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini
kerana gangguan rasukan memang benar berlaku” (Abi Syaibah, Musannaf Ibn Abi
Syaibah, , no. hadis 23594).
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
48
Hadith Kedua:
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-A’sh berkata; apabila Rasulullah s.a.w.
mengutus saya ke Taaif, saya pernah merasa diganggu di dalam sembahyang
sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan di dalamnya. Saya menemui
Rasulullah s.a.w. lalu memberitahu baginda peristiwa tersebut. Baginda bersabda;
“Gangguan itu sebenarnya daripada syaitan, hampirlah kepadaku”. Saya
menghampiri Rasulullah s.a.w. dan duduk berhadapan dengan baginda. Baginda
menepuk-nepuk dadaku dengan tangannya dan meludah ke dalam mulut ku, sambil
berkata; “Keluarlah wahai musuh Allah!”. Baginda mengulanginya tiga kali.
Kemudian baginda bersabda; “Kebenaran adalah berserta dengan amalanmu”.
U’thman berkata; “Saya tidak pernah lagi diganggu setelah itu” (Ibn Majah, Sunan
Ibn Majah, Kitab al-Tibb, , hadith no; 3548.)
Hadith Ketiga:
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Jarir berkata; “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku
tidakkah mahu kamu menyenangkanku dengan memusnahkan Zil Khalasah? [iaitu
sebuah binaan yang digelar Ka’bah Yaman terletak di Khatha’m.]”. Jarir berkata;
“Lalu saya bersedia bertolak ke sana bersama satu pasukan tentera berkuda
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
49
sebilangan seratus lima puluh orang. [Sebelum bertolak], saya mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. bahawa saya merupakan seorang yang tidak boleh berada tetap di
atas tunggangan kuda”. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk nepuk dadaku sehingga
kedapatan kesan tepukan jari jemari Baginda di dadaku. Dalam pada itu baginda
berdoa; “Ya Allah jadikanlah dia tetap di atas tunggangannya dan jadikanlah dia
seorang yang petunjuk yang mendapat penunjuk dari Mu”. Jarir kemudiannya
bertolak ke sana dan memperolehi kemenangan.(al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab
al-Jihad, , No. hadis 4356).
4.6 Kelebihan Lain
Responden juga mengesahkan kelebihan yang dikurniakan Allah dalam erti kata
keistimewaan peribadi pengamal adalah mempengaruhi keberkesanan ruqyah responden.
Tambahan keperibadian soleh dan keyakinan dalam melaksanakan rawatan menjadikan
responden dapat menyumbang menyelesaikan banyak masalah pesakit-pesakit di Malaysia.
Ketokohan diri yang dibina dan sumbangan yang konsisten dalam perubatan Islam ruqyah
sebagaimana yang diusahakan merupakan satu kepuasan yang dihargai oleh responden
sendiri. Beliau merasa selesa berkongsi kelebihan ini dengan masyarakat sambil
mengharapkan ganjaran pahala yang besarnya khasnya di akhirat kelak. Kenyataan ini dapat
disemak dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017):
Pembantu
Penyelidik
Pada pandangan tuan, apakah kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada
tuan sehingga menyebabkan ruqyah tuan berkesan?
Responden “Tiada apa cumanya ia merupakan kelebihan yang Allah berikan kepada
saya untuk saya membantu masyarakat Islam kita daripada mempercayai
perkara-perkara khurafat.
Pembantu
Penyelidik
Apakah faktor atau amalan yang menyebabkan tuan dikurniakan kelebihan
tersebut?
Responden “Rasanya keyakinan kita terhadap apa yang kita pelajari kalau perkara
yang kita belajar itu betul Allah akan bersama kita itu sahaja….
Pembantu
Penyelidik
Apakah perasaan tuan memiliki kelebihan tersebut?
Responden Perasaan saya, saya bersyukur dengan nikmat atau kelebihan yang Allah
berikan kepada saya untuk sama –sama saya membantu menyelesaikan
masalah masyarakat di luar sana dan Allah akan memberi ganjaran pahala
In Sha Allah bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak….
5.0 KESIMPULAN
Analisis merumuskan ruqyah merupakan kaedah asas perubatan Islam yang diamalkan oleh
responden. Responden menggunakan bacaan bersumberkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
50
yang diriwayatkan dalam hadis Nabi ketika melaksanakan rawatan ruqyah. Analisis turut
merumuskan terdapat lima elemen rawatan tertentu yang disertakan dalam proses rawatan
ruqyah responden iaitu solat hajat, solat taubat, kaedah mandian ais, kaedah pukulan kayu
nona, dan bacaan ayat 33. Analisis merumuskan kesemua kaedah ini pada dasarnya adalah
sabit disandarkan sebagai kaedah perubatan Nabi meskipun terdapat sedikit perubahan
seperti penggunaan kayu nona sebagai ganti penggunaan tangan. Atas dasar itu juga,
kaedah-kaedah ini dapat dirumuskan sebagai model perubatan Islam ruqyah Rasulullah .
Rajah 1: Model Ruqyah Responden
Selain itu, analisis juga merumuskan bahawa terdapat enam faktor keberkesanan
rawatan ruqyah berdasarkan paradigma pemikiran responden iaitu akidah, fiqh, tasawuf,
akhlak dan adab, teladan sunnah Rasulullah dan lain-lain.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
51
Rajah 2: Faktor Keberkesanan Rawatan Ruqyah Responden
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
52
RUJUKAN
Ahmad, Muhammad bin Hambal.1994. Musnad Ahmad. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath
al-‘Arabi.
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il. 1994, Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Al-Hakim, Muhammad bin ‘Abd Allah. 1990. al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn. Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah.t.t. al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 2007. Atas talian
tcm.moh.gov.my dalam http://tcm.moh.gov.my/v4/pdf/NationalPolicy.pdf (8
Disember 2016).
Garis Panduan Amalan Perubatan Islam. 2011. Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ibn Abi Syaibah, Abu Bakr 'Abd Allah. 1989. al-Musannaf fi al-Ahadith wa al-Athar.
al-Riyad: Maktabah al-Rushd.
Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini. t.t. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr.
Muslim, al-Hajaj bin Muslim al-Qusyairi. t.t. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl.
Phayilah Yama et.al. 2017. Analisis Takhrij Hadis dan Kaedah Pengamalan Perubatan
Pengamal Perubatan Islam di Malaysia. Laporan Penyelidikan GPIK I 2016. Pusat
Pengurusan Penyelidikan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Profil Pusat Rawatan Islam Manarah atas talian primanara.blogspot.com dalam
http://www.primanara.blogspot.com/p/httpwww.html (15 Ogos 2016).
Profil Pusat Rawatan Islam Manarah atas talian primanara.blogspot.com dalam
http://www.primanara.blogspot.com/p/httpwww.html (15 Ogos 2016).
TCM 2016 atas talian (http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=2.
16 Jun 2016).
Temu bual bersama Responden. Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah pada 21 September
2016. Jam 12.00 tengahhari.