Islamic Ruqyah Centre
-
Upload
paparazi-sarawak -
Category
Health & Medicine
-
view
844 -
download
5
description
Transcript of Islamic Ruqyah Centre
Mempercayai perkara-perkara yang ghaib merupakan salah
satu daripada tuntutan aqidah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah (02) : ayat 1- 3
“Alif, lam, mim. Kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak
padanya (tentang daripada Allah dan kesempurnaanNya), Ia
pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang beriman. Iaitu
orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib dan mendirikan (mengerjakan) solat serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada
rezeki yang Kami berikan kepada mereka”
Sifat kejadian jin yang tidak dapat dilihat dengan pandangan
mata kasar bukanlah bererti bahawa ia tidak ada. Cth : Arus
Elektrik, Udara, Bau-Bauan
Dewasa ini telah wujud ramai individu yang tidak percaya lagi
kepada kewujudan perkara-perkara ghaib termasuklah jin
Bagi yang mempercayai kewujudannya pula, terdapat juga
golongan yang berpendirian bahawa makhluk jin ini tidak
berupaya menyebabkan berlakunya apa-apa kesan terhadap
dunia zahir iaitu kepada batang tubuh manusia itu sendiri.
Segala bentuk penyakit dan sebrang keganjilan pada batang
tubuh pesakit yang menderita dianggap berpunca daripada
virus, kuman atau bakteria yang hanya dapat dibongkar dan
diubati dengan wasilah teknologi perubatan dan sains.
Tidak syak lagi bahawa jin dicipta daripada api. Ini
berdasarkan dalil yang termaktub di dalam Al-Quran.
Surah Ar-Rahman : 15
“Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api”
Surah Al-Hijr : 27
“Dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api
yang sangat panas”
Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha‟labah r.a
telah berkata : bahawa RSAW telah bersabda :
Jin itu mempunyai tiga jenis ;
1). Jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara
2). Jenis yang berupa ular dan anjing
3). Jenis yang berpindah randah
Tempat-tempat yang sepi
daripada manusia
Tempat-tempat yang
kotor
Di tandas-
tandas
Tempat-tempat yangberlubang
Tempat buangan
binatang
Terdapat hadith-hadith sohih yang menyatakan bahawa
jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan makhluk
jin adalah :
1) Kotoran binatang
2) Tulang
3) Asap
Dalam sebuah hadith yang diriwayat at-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w
ada bersabda :
"Maka janganlah kamu beristinja dengan tulang dan tahi
binatang. Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu
dari kalangan jin"
Dalam hadith yang shohih dari Jabir, beliau bersabda bahawa RSAW
bersabda : ”Apabila malam menjelang, maka tahanlah anak-anak kalian
kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Apabila malam
sudah gelap gelita, maka lepaskanlah meraka dan tutuplah pintu serta
sebutlah nama Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu
yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun
dengan meletakkan sesuatu ke atasnya dan padamkanlah lampu-lampu
kalian”
Jadi apa yang dapat kita fahami tentang hadith ini adalah tentang perintah
RSAW pada kita. Diantara perintah RSAW itu ialah :
1) Ketika menjelang waktu hendak malam (waktu hampir-hampir
maghrib), anak-anak kecil tidak dibolehkan untuk berada di luar pada
waktu ini.
2) Apabila sudah hari gelap gelita (malam), maka biarkan saja anak-anak.
3) Tutuplah pintu dengan menyebut nama Allah
4) Tutuplah tempat-tempat air dengan menyebut nama Allah
Kita manusia tidak dapat melihat jin, ini berpandkan pada
firman Allah dalam surah Al-‟Araaf : ayat 27 yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh
syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapamu dari
syurga; ia menanggalkan pakaiannya dari keduanya untuk
memperlihatkan kepada keduanya „auratnya. Sesungguhnya, ia
(iblis/syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu
tempat yang (di sana) kamu tidak boleh melihat mereka.
Sesungguhnya, Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-
pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Kalau manusia memang tidak dapat melihat jin. Adapun yang
mengaku dapat melihat jin ianya tergolong pada 2 orang jenis manusia.
1) Berdusta
2) Dalam dirinya ada jin
Tetapi terdapat makhluk yang dapat melihat syaitan iaitu
sebahagian binatang seperti keldai dan anjing.
Kemasukan jin ke dalam jasad tubuh manusia berpunca daripada
pelbagai faktor. Namun secara umumnya punca kemasukan adalah
disebabkan oleh dua perbuatan dua makhluk. Sama ada berpunca daripada
jin atau manusia.
Antara punca yang disebabkan jin adalah ;
1) Jin yang jatuh cinta kepada manusia
2) Jin yang melakukan kezaliman dan sengaja cari pasal terhadap manusia
tanpa sebab
3) Sikap jin yang dengki dan hasad terhadap manusia
Antara punca yang disebabkan manusia ;
1) Kezaliman manusia terhadap golongan jin
2) Sikap manusia yang takabbur dan bermulut lancang sehingga
mengguris perasaan sesetengah jin
3) Keadaan manusia yang menyebabkan jin mudah masuk ke dalam
tubuhnya. Sebagai contoh : terlalu marah, terlalu takut, nafsu syahwat
yang sangat tinggi, bersikap terlampau lalai.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan (scan)
kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik ini
boleh dilakukan sendiri oleh kita. Antara Gejala-gejala atau
simptom-simptom kemasukan jin itu ialah ;
FIZIKAL
sebahagian atau seluruh bahagian kepala
Leher terasa sengal-sengal
Punggung terasa berat
Dada terasa sesak
Sering gementar
Sakit di bahagian perut kanan
Sakit dibahagian perut kiri
Sakit di bahagian perut kanan bawah
Otot kaki atau tangan sering menegang sendiri
Kedut-kedut di kelopak mata atau bahagian lainnya
Gigi sering beradu saat tidur sampai berbunyi
PSIKOLOGI
Mudah marah
Was-was
Takut yang berlebihan
Merasa ada yang mengikuti
Mendengar suara dentuman di atap rumah saat malam hari
Boleh meneka masa depan
Sering mimpi jatuh dari ketinggian
Sering mimpi dikejar hantu
Sering mimpi dikejar-kejar orang
Sering mimpi dikejar binatang buas
Sering mimpi dibelasah orang atau syaitan
Sering mimpi bertemu orang yang sudah meninggal
Sering/pernah melihat penampakan hantu
IBADAH
Merasa ngantuk dan malas untuk melaksanakan solat wajib
Mata pedas, dada panas, dan kepala pening saat membaca Al Qur‟an
Sering lupa rakaat solat
Sering berhadats saat shalat
Saat berzikir terasa keletihan di kaki dan pening di kepala
KEYAKINAN
Memiliki azimat pegangan seperti cincin, rantai, minyak, tali pinggang, atau
lainnya yang dianggap dapat melindungi diri
Mengamalkan Asma‟ul husna dalam bilangan tertentu tanpa diakhiri
dengan doa permohonan pada Allah
Rumah terdapat pagar-pagar seperti rajah, wafaq dan sebagainya untuk
penjagaan
Mempelajari ilmu-ilmu hikmah (biasanya tenaga dalam dengan
mengatasnamakan islam)
Punya karomah
Al-Quran sebagai sumber perubatan Islam. Firman Allah
dalam surah Al-Isra‟ : 82 .
”Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
Rasulullah SAW bersabda : “Kemukakanlah jampi –
jampi (ruqyah) kalian, tidaklah mengapa meruqyah
selama tidak mengandung kemusyrikan “. (HR.
Muslim).
Ruqyah memiliki arti do‟a, jampi-
jampi, mantra-mantra untuk memohon
perlindungan.
Ruqyah merupakan bagian dari aplikasi dari
rukun iman yakni beriman kepada yang
ghoib, seperti yang tercantum dalam surah Al
Baqarah ayat yang ke-3.
Secara garis besar ada dua jenis ruqyah, iaitu :
A. Ruqyah Syar‟iyyah
Ruqyah Syar‟iyyah adalah sebuah terap syar‟i dengan cara
membaca/melantunkan ayat-ayat suci Al Qur-anul Karim dan
doa-doa perlindungan yang ma‟tsur (yang bersumber dari Nabi
S.A.W) yang dilakukan oleh seorang muslim, baik
dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau untuk orang lain
dari pengaruh jahat pandangan mata (al„ain) manusia dan
jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai
penyakit fizik dan sebagainya, maupun dengan tujuan untuk
pengobatan dan penyembuhan bagi orang terkena gangguan
jin.
B. Ruqyah Syirkiyyah
Mantra-mantra, jampi-jampi atau doa-doa
yang mengandungi kemusyrikan dan
diharamkan oleh syari'at
Antara manfaat daripada rawatan ruqyah
syar‟iyyah adalah :
1. Merawat gangguan-gangguan jin
2. Merawat gangguan sihir
3. Memperbaiki qualiti Ibadah
4. Merawat gangguan fizikal
Syarat-Syarat rawatan ruqyah syar‟iyyah
adalah :
1. Menggunakan ayat-ayat Al-Quran
2. Menggunakan bahasa „arab
3. Ada keyakinan kepada Allah SWT
1. Membaca ayat-ayat Al-Quran yang di campur
dengan ayat-ayat jampi serapah
2. Membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi boleh
mengetahui akan hal-hal yang ghaib
3. Membaca Al-Quran dengan meletakkan
syarat yang tidak ada di dalam Al-Quran
4. Membaca Al-Quran dengan memberikan
jimat walaupun bertulis dengan bahasa
arab
Sentiasa istiqamah dengan zikir-zikir
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat
gelap
Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan
kucing
Jangan tidur bersendirian.
Jangan membuang air di merata-merata tempat terutama di
lubang-lubang
Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk
ke dalam rumah
Secara umum, jagalah ketaatan dan jauhi kemaksiatan
Periharalah shalat fardhu dan nafilah, khususnya sholat
rowatib
Perbanyak membaca Al-Qur'an setiap hari, khususnya pada
malam hari dan lebih afdhol jika disertai dengan membeca
terjemah tafsir untuk tadabbur
Persempitlah jalan syaithan dalam diri dengan banyak
berpuasa, minimal 3 hari dalam sebulan
Basahilah lidah dengan banyak berdzikir, baik dzikir khusus
pada kesempatan-kesempatan tertentu atau dzikir umum
seperti ; tasbih, tahmid, tahlil, sholawat, dll.
Jagalah wirid dzikir pagi dan petang dengan ma'tsurat atau
lainnya yang bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah
Bekali diri dengan ilmu yang shahih berdasarkan Al-Qur'an
dan As-Sunnah sesuai dengan manhaj As-Salaf As-Shalih
dengan banyak membaca, kosnultasi, mengikuti kajian-
kajian Islam secara manhaji, dll. Khususnya dalam tema-
tema aqidah, tazkiyatunnufus, tafsir Al-Qur'an dan As-Sunnah
Jauhilah kebiasaan melamun dan menghayal, serta
hindarkan pikiran dari hal-hal yang membebani samapi
membuat gelisah, sedih, takut, tertekan, marah, putus asa
dan lain sebagainya.
Pertahankan diri selalu berada di tengah pergaulan dan
kebersamaan islami
Sering bermuhasabah diri diikuti taubah dan istighfar
Usahakan selalu dalam keadaan suci (berwudhu)
Tidurlah secara islami (sesuai sunnah)