Kaak 2 jam 30 mac 2016- susu ibu je
-
Upload
jesswonghuijuan1 -
Category
Health & Medicine
-
view
430 -
download
3
Transcript of Kaak 2 jam 30 mac 2016- susu ibu je
1
Pengendalian
Penyusuan Susu Ibu di TASKA
Disediakan oleh:
Puan Wong Hui Juan
Pegawai Sains (Pemakanan) C44
Klinik Kesihatan Kelana Jaya
Objektif
• Menerangkan
kepentingan penyusuan
susu ibu.
• Menjelaskan
pengendalian susu ibu di
TASKA.
4
5
6
Susu e-bu,
lebih digemari dari dulu
Cerdik dengan
kandungan DHA, SSA,
AAA
Sihat dengan
kandungan
IgA
Tidak meragam dengan
kandungan hormon
Penjagaan mata dengan kandungan DHA
dan ARA
Cepat besar Pencernaan dengan kandungan
probiotik, laktobasilus semulajadi
Kulit Sihat
Kepentingan Susu Ibu Secara
Eksklusif
Susu ibu:
•Zat yang mencukupi
•Mudah dihadam dan
digunakan dengan
berkesan
•Melindung bayi dari
penyakit
Penyusuan susu ibu:
•Eratkan kasih sayang
•Melindung kesihatan ibu
•Jarakkan kehamilan
•Tidak semahal susu tin
8
Polisi
Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya
dengan Susu Ibu Sahaja Dari Lahir
Sehingga Berumur 6 bulan dan
Meneruskannya Sehingga Mencapai Umur
2 Tahun. Makanan Pelengkap Perlu
Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.
Penyusuan Secara Eksklusif
Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
-diberi susu ibu sahaja
-tidak perlu air atau susu tambahan
-tidak perlu makanan pelengkap
9
Kebaikan Untuk Pusat Jagaan/ TASKA
• Bayi jarang sakit.
• Kurang jangkitan.
• Kurang masalah diarea.
• Lebih penumpuan kepada perkembangan pembelajaran bayi kerana kurang masalah (bayi sakit, jangkitan, keracunan dll).
• Pengurusan dan penjagaan bayi yang lebih mudah.
10
Bagaimana TASKA boleh membantu bayi yang menyusu?
• Sedia memberi sokongan kepada ibu dan bayi yang menyusu (kemudahan seperti peti sejuk, risalah, poster dll).
• Menyediakan sudut penyusuan susu ibu di TASKA untuk memudahkan ibu yang ingin menyusukan anak.
• Pastikan semua pengasuh menguruskan susu ibu dengan cara yang betul.
• Pastikan bayi sentiasa diberi susu ibu mengikut kehendak bayi.
11
Penjaga Bayi (Pengasuh) TASKA:
• Ambil sedikit masa untuk faham:
– Bagaimana simpan perahan susu
– Bagaimana sediakan perahan susu
–Jangan beri bayi minum air suam,susu
formula atau makanan lain selain daripada
susu perahan sahaja.
–Nombor telefon ibu bapa untuk dihubungi
pada waktu kecemasan
13
Langkah yang penting sebelum menyimpan
susu ibu……….
14
15
Panduan Am • Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau
disterilkan.
• Simpan di dalam peti sejuk.
• Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
• Labelkan bekas dengan nama bayi , masa dan tarikh.
• Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara.
• Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.
18
CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN
Tempat Bayi Normal Bayi Pramasa/
Sakit Suhu Bilik
- (Suhu 25°C-37°C)
- A/C (Suhu 15°C-25°C)
4 Jam
8 Jam
Sehingga 4 Jam
(Tidak Disyorkan)
Peti Sejuk (rak atas)
Suhu 2°C - 4°C
< 8 Hari 2 Hari
Peti sejuk (1pintu)
-Sejuk beku
2 Minggu 2 Minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
(-20°C) - Sejuk beku
-susu beku yang dicairkan
dalam peti sejuk rak atas
2 pintu
3 Bulan
24 Jam
(setelah dicairkan tidak
boleh dibekukan semula)
3 Bulan
12 Jam
(setelah dicairkan
tidak boleh dibekukan
semula)
Peti sejuk “deep freeze” 6 Bulan 3 Bulan
Susu Ibu yang Perlu Dibuang
• Susu diterima dalam bekas
yang kotor.
• Susu yang telah direndam
dalam air suam panas melebihi
satu jam.
• Susu yang tidak dihabiskan
oleh bayi (baki susu yang tidak
habis diminum perlu dibuang).
21
22
Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam panas (untuk pencairan segera)
Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro/ atas dapur.
23
CARA MEMBERI SUSU PERAHAN
• DENGAN SUDU
• DENGAN CAWAN
• ALAT PENITIS
24
1. Dudukan bayi di atas riba. Posisikan bayi pada posisi tegak
(upright) dengan tangan di belakang
leher bayi. Pastikan posisi selesa utk
bayi.
2. Letakkan cawan kecil pada
bibir bayi dan condongkan
supaya susu sampai ke bibir
bayi.
Biarkan bayi menjilat sendiri susu
dengan lidahnya.
3. Pastikan bayi menelan susu
perahan dan jangan sesekali
tuang susu ke dalam mulut
bayi.
4. Bila kenyang bayi berhenti. == Kekalkan posisi cawan walaupun bayi
berhenti seketika.
== Apabila bayi sudah kenyang, dia akan
memusingkan kepalanya tanda dia sudah
tidak mahu. Maka harus berhenti dan
sendawa bayi.
Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Beri
Susu Perahan Melalui Cawan (Cup Feeding):
• Hanya beri susu perahan semasa bayi sudah bangun dari tidur.
• Jangan beri susu ketika bayi masih tidur.
• Ikut kehendak bayi, jangan paksa.
• Pastikan sendawa bayi selepas penyusuan.
• Bayi akan ambil masa untuk belajar – perlu sabar.
Sudut Penyusuan Susu Ibu
• FUNGSI: – Memberi ruang persendirian yang selesa kepada ibu
bekerja untuk menyusu atau memerah susu.
– Menyediakan maklumat penyusuan susu ibu kepada
ibu bekerja.
– Memberi sokongan persekitaran kepada ibu menyusu
yang ingin meneruskan penyusuan apabila mereka
mula bekerja semula.
– Menyediakan fasiliti dalam sudut penyusuan bagi
membantu ibu mengekal dan meneruskan penyusuan
susu ibu.
FASILITI DALAM SUDUT PENYUSUAN SUSU IBU
• Keluasan sudut penyusuan susu ibu: 6 kaki X 6 kaki
• Sofa atau kerusi yang mempunyai pemegang
• Meja kecil
• Sinki dan sabun pembersih
• Bantal dan tilam/ pelapik untuk ibu yang ingin menyusu
berbaring.
• Soket/plug elektrik perlu disediakan untuk ibu yang
menggunakan pam elektrik.
• Peti sejuk dua pintu yang diperlukan untuk menyimpan
susu.
• Gambar/ foto bayi yang memotivasi ibu meneruskan
penyusuan.
Pelan TASKA
Pelan Sudut
Penyusuan
Panduan Cara-cara Pemberian
Susu Menggunakan Botol Susu
Untuk Bayi dan Kanak-kanak
Pengenalan
• Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu.
• Botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko infeksi.
• Botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman.
• Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu.
– Ini kerana puting akan tersumbat disebabkan saiz makanan
yang lebih besar daripada lubang puting dan menyukarkan bayi untuk menghisap.
– Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat.
Cara membersihkan botol susu
Langkah 1
Basuh tangan dengan sabun dan air.
Kemudian keringkan tangan dengan
menggunakan kain lap yang bersih.
Langkah 2
Basuh semua peralatan yang digunakan
dalam penyediaan susu menggunakan
sabun dan air bersih. Bersihkan bahagian
dalam dan luar botol serta puting yang
susah dibersihkan menggunakan berus
yang lembut dan bersesuaian.
Langkah 3
Bilas dengan sempurna semua peralatan
menggunakan air yang bersih dan
selamat.
Cara mensterilkan botol susu
Langkah 1
Isi periuk besar dengan air. Gunakan periuk
yang khas untuk merebus botol susu.
Langkah 2
Letakkan botol susu dan peralatannya yang
telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa
botol susu dan peralatannya benar-benar
tenggelam agar tiada gelembung udara yang
terperangkap.
Langkah 3
Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air
sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih
sehingga kering.
Langkah 4
Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa
bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
Cara Penyimpanan Botol Susu
Botol susu
terdedah ke udara Botol susu disterilkan
dan disimpan di dalam
bekas yang tertutup
36
37
Cara Penyediaan Susu Formula
Bersihkan meja yang digunakan
untuk menyediakan susu bayi.
Basuh tangan dengan sabun dan air. Lap
dan keringkan tangan dengan kain bersih.
Masak air sehingga mendidih.
Baca arahan label berkaitan sukatan
air dan rumusan bayi.
Tuangkan air panas (tidak kurang 70°C ) ke
dalam botol susu yang bersih.
38
Masukkan sukatan rumusan bayi seperti
yang disarankan ke dalam botol susu.
Goncangkan botol susu dengan penutup untuk
menggaul rumusan bayi sehingga sebati.
Biarkan botol susu di bawah air paip yang
mengalir sekiranya susu masih panas atau
rendam dalam bekas yang berisi air paip.
Lapkan botol susu dengan kain bersih
sehingga bersih dan kering.
Labelkan susu dengan nama bayi, masa
disediakan dan nama penyedia.
39
Periksa suhu susu dengan menitis pada tangan
anda. Suhu susu sepatutnya dalam keadaan
suam, sekira susu masih panas, ulangkan
langkah meletak botol susu di bawah air
mengalir.
Beri susu kepada bayi dalam posisi yang
betul.
Buangkan susu yang tidak dihabiskan oleh
bayi. Bersih dan sterilkan botol susu.
Apakah teknik yang betul bagi pemberian
minuman/ susu menggunakan
botol susu?
• Posisi bayi yang betul adalah penting
sewaktu memberi minuman atau susu
dengan menggunakan botol susu.
• Pemberian minuman/ susu yang
berlebihan dalam satu masaboleh juga
menyebabkan bayi tersedak dan tercekik.
Cara yang selamat dalam
memberi minuman/ susu
• Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih
tinggi daripada badannya.
• Tinggikan posisi botol - agar bayi tidak
menghisap banyak udara.
• Susu harus mengalir dengan mudah
melalui lubang puting tetapi tidak keluar
dengan berlebihan sehingga
menyusahkan bayi menelannya.
Bahagian
hadapan botol
tidak dipenuh
susu
Bahagian hadapan
botol penuh susu
Cara-cara untuk
mengelakkan kejadian tercekik
Elak meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.
Penjaga/ ibu perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa
menyusu.
52
Botol susu diletak
atas tangan bayi Penyusuan tanpa
pengawasan
53
54
Selepas menyusu, sendawa bayi
• Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi
di mana kepala adalah lebih tinggi daripada
badan.
55
• Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu
untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang
30 minit).
• Elak mengoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer
untuk mengelakkan muntah.
• Sekiranya bayi tidur selepas menyusu,
pastikan:
– Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada
di dalam mulut. Ini kerana susu/ minuman
manis yang tertinggal dalam mulut akan
meningkat risiko karies (kerosakan) gigi.
Karies botol susu akibat tabiat penyusuan
dengan botol yang beterusan
• Kepala bayi dalam posisi mengiring supaya sekiranya bayi termuntah, susu boleh keluar dan tidak meyebabkan bayi tersedak.
• Bayi sentiasa diawasi.
• Berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera dari klinik kesihatan/ hospital terdekat melalui talian 999 untuk pertolongan cemas sekiranya bayi didapati:
– Sukar bernafas
– Gelisah (restless)
– Warna kulit pucat atau kebiruan
– Kulit terasa sejuk
Bagaimana untuk sendawakan bayi?
• Semasa bayi menghisap minuman/ susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu.
• Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya satu atau dua kali semasa menyusu.
• Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawa setiap (15 -30 ml) susu diberi.
• Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2 - 3 kali pada setiap penyusuan.
• Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang.
3 Cara Sendawakan Bayi
1. Posisi bahu
Letakkan bayi di atas bahu
anda supaya tulang
selangka (collar bone)
anda menekan perut
bayi. Tekanan ini
sangat penting untuk
memastikan sendawa
yang baik. Pastikan
bayi anda diampu
dalam keadaan
selesa.
2. Posisi tangan
Dudukkan bayi di atas riba
anda. Ampukan bayi
dengan tangan kiri anda.
Kemudian tolak sedikit bayi
ke hadapan. Gosok dan
tepuk bayi dengan perlahan.
Jika bayi kurang daripada
tiga bulan, pastikan anda
menyokong lehernya.
Dagu bayi berehat di "V" antara ibu jari dan
jari telunjuk anda.
3. Posisi riba
Letakkan kain di atas riba anda.
Tiarapkan bayi di atas paha anda
dengan tangan anda menyokong
kepalanya (rujuk gambar di
sebelah). Dengan perlahan,
gerakkan lutut anda ke arah perut
bayi untuk memberi tekanan supaya
bayi sendawa.
• Kes tersedak mungkin berlaku sekiranya
sendawa tidak diamalkan.
• Ini kerana minuman/ susu yang dimuntahkan
oleh bayi, akan ditelan semula dan masuk ke
salur pernafasan yang menyebabkan bayi
tersedak.
• Kejadian ini boleh menyebabkan kematian
sekiranya bantuan segera tidak diberikan
kepada bayi yang tersedak.
Apakah yang patut dilakukan sekiranya bayi
tersedak?
1. Bantu bayi/ kanak-kanak untuk batuk supaya pulih dari tersedak.
2. Batuk adalah berkesan untuk mengatasi masalah tersedak. Ini dapat membantu bayi/ kanak-kanak mengeluarkan objek asing yang memasuki ke saluran pernafasan.
3. Jika bayi/ kanak-kanak batuk tidak berkesan (lemah), jerit untuk dapatkan bantuan dengan segera atau dial nombor 999 sebelum memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga. Kenal pasti tahap kesedaran bayi dan kanak-kanak.
– Nama sendiri
– Taska di mana
– Mohon bantuan
– Ringkasan kejadian
Apakah tindakan harus diambil oleh pihak
TASKAmengenai pengendalian botol susu?
• Setiap TASKA harus menyediakan Panduan Pengendalian Botol Susu Secara Bertulis mengikut kesesuaian pusat masing-masing.
• Panduan tersebut perlu memberi penekanan pada kebersihan dan keselamatan mengendali produk susu formula serta teknik pemberian susu yang betul.
• Staf-staf di TASKA perlu dilatih sepenuhnya mengikut panduan yang ditetapkan. Pelaksanaan garis panduan harus dipantau dari masa ke semasa.
Bagaimana mengelakkan masalah pergigian
bayi dan kanak- kanak?
• Galakkan bayi dan kanak-kanak minum dari cawan. Penggunaan botol susu perlu dihentikan secara berperingkat.
• Elakkan mencampuri gula dalam penyediaan susu bayi dan makanan kanak-kanak.
• Elakkan daripada memberi sebarang minuman yang mengandungi gula dengan menggunakan botol susu. Manakala jus buah patut dihidangkan dengan menggunakan cawan.
• Elakkan berkongsi minuman/makanan atau perkakas makan seperti sudu dengan bayi. Ini adalah kerana penyebaran bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi boleh juga berlaku daripada ibu bapa/penjaga/ pengasuh kepada bayi.