JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH
Click here to load reader
-
Upload
engmohamad-faisal -
Category
Education
-
view
388 -
download
0
description
Transcript of JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH
UNIT 20JENIS-JENIS KEGAGALAN
TANAH
SIFAT-SIFAT TANAH Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja
kejuruteraan awam adalah:Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi
kejelekit dan juga sudut geseranMempunyai indeks kebolehmampatan yang sesuai
agar dapat mengurangkan kesan mendapan pada tanah.
Mempunyai kebolehtelapan yang sesuai agar tidak mempengaruhi kesan kekuatan tanah.
Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran kasar atau berbutiran halus atau campuran kedua-duanya.
JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH
Kegagalan cerunKegagalan tanah semasa kerja pengorekanKegagalan tanah asas cetek dan asas dalam
Kegagalan Cerun Jenis-jenis kegagalan cerun ialah:JatuhGelincir putaranGelincir majmukGelincir translasiAliran
JatuhMod kegagalan tidak begitu seriusDikaitkan dengan kegagalan jangka pendek
cerun tanah terkukuh lebih.Dua fasa kegagalan dapat dikenalpasti.Apabila sokongan sisi terhapus tanah di
sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak tegangan muncul pada bahgian atas cerun.
Rajah 20.1 Mod Kegagalan Jatuh
Kewujudan air di dalam retakan akan menjejaskan lagi kestabilan, akhirnya jisim tanah tumbang dan jatuh secara mendadak.
Gelincir PutaranBerlaku pada tanah jelekit homogenPermukaan yang gagal melengkungBergantung pada keceruman cerun, satah
gelincir yang gagal adalh dalamNisbah antara ketebalan maksimum gelincir
dan panjang maksimum gelincir di sepanjang cerun ialah dalam lingkungan 0.15 – 0.33
SambunganJisim tanah yang tergelincir tidak terpecah
kecuali tanah di kawasan terbawahJenis kegagalan gelincir putaran membulat
berlaku pada cerun tanah liat yang lebih seragam
Kegagalan gelincir putaran tak membulat terbentuk pada cerun tanah liat terkukuh lebih yang tak seragam
Gelincir putaran cetek yang berbentuk bulat dan tak bulat kerap terjadi pada cerun yang tidak begitu curam
Rajah 20.2 Mod Kegagalan Gelincir
PutaranPergerakan jisim tanah tidak sekata, oleh itu jisim tanah yang tergelincir pecah
Gelincir MajmukBerlaku dengan bentuk permukaan
kegagalan dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang sangat berbeza
Juga berlaku apabila stratum bersebelahan adalah pada kedalaman yang besar di mana permukaan kegagalan mengandungi keratan berbentuk lengkuk dan satah
Rajah 20.3 Mod Kegagalan Gelincir
Majmuk
Gelincir TranslasiBerlaku kerana kewujudan keheterogenan
seperti lapisan tanah lemah dan sempadan di antara dua bahan berlainan.
Gelincir ini berlaku biasanya keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan cerun
Permukaan kegagalan hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi
Pada cerun tanah tak jelekit, gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah contohnya berlaku risipan.
Rajah 20.4 mod kegagalan gelincir
translasiJisim yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum berhenti
Mod Kegagalan AliranMerupakan satu daripada bentuk pergerakan
jisim tanah yang kompleksTidak wujud satah gagal yang dapat
ditentukan secara pasti.
Rajah 20.5 Mod Kegagalan Aliran
Tanah yang mengalir bersifat cecair likat
KEGAGALAN TANAH SEMASA KERJA PENGOREKAN
Antara kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut:
Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan korekan
Pergerakan air tanahLambung oleh dasar korekan
Rajah 20.6 Kegagalan Tanah
Semasa Kerja Pengorekan
KEGAGALAN TANAH ASAS CETEK DAN ASAS DALAM
Kegagalan tanah asas cetek dan asas dalam merujuk kepada keupayaan galas tanah untuk menanggung beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang menyokong asas.
Kegagalan Asas Cetek 1. Kegagalan ricih am2. Kegagalan ricih tempatan3. Kegagalan ricih menebuk
Kegagalan Ricih AmPermukaan kegagalan berterusan terhasil di
antara hujung-hujung asas dan permukaan tanah
Apabila tekanan dinaikkan, keadaan keseimbangan plastik tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur merebak ke arah bawah dan keluar
Pada keadaan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh tanah di atas permukaan gagal
Rajah 20.7 Kegagalan Ricih AmPerlambungan permukaan tanah berlaku diatas kedua-dua belah asas
Kegagalan Ricih Tempatan
Berlaku mampatan yang besar pada tanah di bawah asas dan hanya sebahagian keadaan keseimbangan plastik.
Berlaku sedikit perlambungan di bahagian permukaan tanah dan berlakunya pemadatan di bahagian bawah asas
Rajah 20.8 kegagalan ricih
tempatanKejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan pada asas
Kegagalan Ricih MenebukBerlaku apabila terdapat mampatan tanah
pada bahagian bawah asas dan tidak berlaku perlambungan tanah di bahagian permukaan tanah
Rajah 20.9 Kegagalan Ricih
MenebukKejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan yang besar pada asas
Kegagalan Asas Dalam Bergantung kepada dua faktor utama iaitu:1. Geseran antara tanah dengan cerucuk2. Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah