JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

38
1 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 30 OGOS 2013/ 23 RAMADHAN 1434 JATI DIRI ASAS KEMERDEKAAN NEGARA

description

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA. JATI DIRI ASAS KEMERDEKAAN NEGARA. 30 OGOS 2013/ 23 RAMADHAN 1434H. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 1: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

1

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

30 OGOS 2013/ 23 RAMADHAN 1434H

JATI DIRI ASAS KEMERDEKAAN NEGARA

Page 2: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

2

Pujian Kepada Allah S.W.T.

د' م( +ل(ح+ ا Segala puji-pujian hanya bagiل/ل1ه/

Allah S.W.T.

Page 3: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

3

Page 4: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

4

/ل+ه+ إ/ال1 الله' د' أ+ن( آل إ ه+ أ+ش(د' ه+ أ+ش( ر/ي(ك+ ل+ه'. و+ د+ه' ال+ ش+ و+ح(

دBا ع+ب(د'ه' م1 يFد+ن+ا م'ح+ أ+ن1 س+ب(ع'و(ث' ل'ه' ال(م+ و( س' و+ر+

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang

Maha Esa dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya

Page 5: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

5

�م ع�ل�ى ه�ذ�ا ل �ه�م� ص�ل� و�س� �لل ا�ا م�ح�م�د� �د�ن ي � س� م �ر�ي ك �ي� ال �ب الن�ه� و�م�ن ب �ه� و�ص�ح و�ع�ل�ى آل � �وم �ل�ى ي ان� إ �حس� �إ �ع�ه�م ب �ب ت

ن الد�يYa Allah, cucurilah rahmat dan

sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan

seluruh sahabatnya.

Page 6: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

6

�ق�وا �اد� الله�، ات ب �ا ع� �عد�، ف�ي م�ا ب� أ

�قو�ى �ت �اي� ب �ي �م و�إ ك وص�ي� الله�، أ

�ق�ون� م�ت الله�، ف�ق�د ف�از� الBertakwalah kepada Allah S.W.T.

dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-

orang bertakwa.

Page 7: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

7

Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup

serta berbahagia di dunia dan di akhirat.

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT

Page 8: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

8

Tajuk Khutbah

JATI DIRI ASAS KEMERDEKAAN NEGARA

Page 9: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

9

Kemerdekaan Sesebuah negara itu bebas daripada kuasa penjajahan.

Pandangan Islam

Umat manusia itu bebas untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT

Bebas daripada  kezaliman kepada keadilan

Bebas dari kejahilan kepada berilmu.

1

2

3

Page 10: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

10

Agama Islam melihat kemerdekaan meliputi soal kenegaraan dan masyarakat.

Masyarakatnya masih lagi terbelenggu dengan pelbagai masalah, dikuasai pemikiran dan cara hidup, sebenarnya ianya masih lagi belum merdeka.

Page 11: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

11

Rub'i bin A'mir

“Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

Page 12: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Mimbar menyeru

Umat Islam mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi

Agar nikmat ini terus berkekalan dan kemakmuran negara akan sentiasa bertambah dengan pengisian-pengisian yang diredhai Allah SWT.

12

Page 13: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

13

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras. ”

Page 14: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

14

Semangat jati diri merupakan asas kepada kemerdekaan.

Sifat jati diri berkaitan dengan nilai patriotisme yang bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

Page 15: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

15

Jati diri bukanlah satu ideologi, ia merupakan satu semangat dan gagasan dalam mendidik jiwa agar mempunyai semangat mencintai kehidupan dan tanah air.

Manusia perlulah membina semangat jati diri kerana ianya menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Islam telah menggariskan dengan jelas tentang jati diri berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara.

Page 16: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

16

Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60:

Page 17: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

17

Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya ”.

Page 18: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

18

Unsur yang utama perlu ada dalam diri

•Sikap saling berkorban1•Tidak mementingkan diri sendiri2•Bertanggungjawab3•Sentiasa bersedia 4•Sanggup mengorbankan kepentingan diri demi negara

5

Page 19: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

19

Umat Islam hari ini seolah-olah hilang panduan dan pedoman untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang palsu dan mana yang tulen.

Percayalah, bila umat Islam hilang pegangannya, rapuh pedomannya dan hilang sensitivitinya pada agama Islam, inilah saat yang dinanti- nantikan oleh musuh Islam.

Page 20: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

20

Pelbagai cara sedang dilakukan untuk melemahkan jati diri ummah di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun akidah samada melalui media massa, internet, facebook, email, SMS dan sebagainya

Penjajahan minda di bawah inovasi baru yang canggih menjadikan ruang sosial tidak mempunyai sempadan dan sangat mempengaruhi pemikiran rakyat.

Page 21: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

21

Serangan musuh Islam

Umat Islam di cabar jiwa dan jati dirinya

Memperlekehkan hak-hak eksklusif ummah seperti kalimah Allah, Masjid

Mempersendakan ibadah umat Islam

Menghina Rasulullah SAW

Isu isu sosial yang tiada kesudahannya

1

234

5

Page 22: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

22

Menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama dan akidah ditempat yang teratas.

Segala perkara yang merosakkan agama dan akidah wajib dihindarkan.

Penyelewengan akidah wajib dibanteras.

Page 23: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

23

Umat Islam yang menjaga agama

Menjadi seorang yang berintegriti,

Tidak akan membenarkan

sesuatu berlaku yang akan

merosakkan akhlak dan moral.

Mereka yang tidak beragama

Akan lemah akhlaknya

Hilang semangat patriotik dan jati diri

Menggadaikan kepentingan negara

demi memenuhi tuntutan hawa nafsu

Page 24: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

24

Umat Islam diseru agar bersatu padu dalam menangani isu-isu akidah.

Akan merugikan dan melemahkan ummah sehingga tidak lagi dihormati oleh mereka yang bukan Islam.

Page 25: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

25

Perpaduan antara kita mestilah menjadi agenda utama demi memastikan Islam sebagai agama rasmi negara dipertahankan.

Marilah sama-sama kita berganding bahu, bersatupadu, merapatkan saf, mengeratkan perpaduan dikalangan kita agar apa jua usaha mereka ini untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara dapat digagalkan.

Page 26: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

26

Firman Allah SWT dalam Surah Ali- Imran ayat 160:

Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.”

Page 27: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

27

MALAYSIA BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Wajar mengenang kembali segala pengorbanan dan susah payah para pejuang negara yang telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kita perlu sedar bahawa perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai sekalipun kita pada hari ini tidak lagi dijajah secara fizikal.

Page 28: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

28

Kemerdekaan yang dikecapi perlulah diisi dengan pembangunan dari segenap aspek sama ada fizikal, mental dan spiritual dan dibangunkan dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa.

Kita sebagai rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa puas hati dengan apa yang dikecapi selama ini. Janganlah kita menjadikan sambutan Hari kemerdekaan sebagai satu cuti umum sahaja ataupun sebagai satu pesta untuk bersuka ria.

Page 29: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

29

Marilah sama-sama kita mengisi Hari Kemerdekaan dengan nilai keimanan dan ketakwaan yang sejati.

Melaksanakan segala amanah dengan sepenuhnya kerana ianya sebahagian daripada syahadah dan ikrar kita kepada Allah SWT.

Page 30: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

30

Kepada generasi muda selamilah erti kemerdekaan dengan menjadikan pengorbanan generasi terdahulu sebagai satu inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju.

Kenangilah tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Leftenan Adnan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan lain-lain lagi.

Page 31: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

31

Mereka berjuang dengan air mata, keringat dan darah demi untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.

Mereka sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mahu memerdekakan negara dari penjajah sehingga orang Melayu mampu mentadbir sendiri negara ini dan terus mampu memelihara kesucian Islam.

Page 32: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

32

Kita doakan negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.

Page 33: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

33

Berikrarlah di dalam hati kita dengan penuh keimanan bahawa sesungguhnya demi memelihara kesucian Islam dan kedaulatan negara, kita wajib mempertahankan kemerdekaan negara tercinta ini dengan sedaya upaya walaupun sehingga ke titisan darah kita yang terakhir.

Page 34: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

34

“baldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur”

Maksudnya: “Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

(Surah al-’Araf:96)

Page 35: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

35

Page 36: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

36

KHUTBAH KEDUA

Page 37: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

37

SOLAT JUMAAT

Page 38: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

38

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

30 OGOS 2013/ 23 RAMADHAN 1434H

JATI DIRI ASAS KEMERDEKAAN NEGARA