ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran...
Transcript of ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran...
ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria
PISMP 4.06
Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan
Konsep
Teknologi :
Berasal daripada bahasa Yunani ‘techne’ yang bermaksud kemahiran.
Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden
dalam memajukan pendidikan.
Saettler (1968), ‘texera’ beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak
semestinya berkaitan dengan mesin.
Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan
baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan
mereka.
Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan
mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses.
Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif
sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain.
Pendidikan :
Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan
sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang
melibatkan satu proses berterusan.
Teknologi Pendidikan :
Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang
pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga
merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,
melibatkan proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan
menilai aktiviti-aktitivi pembelajaran, serta penggunaan prinsip-prinsip saintifik
untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran.
Teknologi pengajaran ialah penekanan kepada keperluan dan proses pengajaran
yang berkesan.
Teknologi pembelajaran pula merupakan pengetahuan dan kemahiran sistematik
seseorang murid yang menggunakan ilmu itu untuk mengeksploitasi apa-apa
sahaja bentuk perkakasan, perisian, sumber pembelajaran untuk tujuan
peningkatan dan pengembangan pengetahuan, kemahiran, intelek dan afektif
mereka.
Domain-domain Teknologi Pendidikan
a) Domain Reka Bentuk
Reka bentuk merupakan satu proses yang sistematik untuk merancang dan
menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Domain reka bentuk menekankan pemahaman terhadap suasana
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar
Pembangunan Reka Bentuk
Domain-domain
Teknologi Pendidikan
Penggunaan
Pengurusan Penilaian
semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses
pengajaran.
1) Reka Bentuk Sistem Pengajaran
Reka Bentuk Sistem Pengajaran
Menganalisis Membina Melaksana Menilai
Proses
menentukan
perkara atau
topik yang
akan
dipelajari.
Proses
menghasilkan
papan cerita
dan bahan
pengajaran
dan
pembelajaran.
Proses
melaksanakan
pengajaran
dengan
menggunakan
bahan dan
kaedah
pengajaran
yang
bersesuaian.
Proses menilai
keberkesanan
pengajaran supaya
seseorang pendidik
dapat membuat
refleksi dan
penambahbaikan
terhadap sistem
pengajaran mereka.
Do
mai
n R
eka
Ben
tuk
Reka Bentuk Sistem Pengajaran
Reka Bentuk Mesej
Strategi Pengajaran
Ciri-ciri Murid
2) Reka Bentuk Mesej
Penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui
mesej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Proses mengenal pasti dan merancang cara yang paling berkesan untuk
menyampaikan mesej kepada murid. Perhatian, pengamatan dan ingatan murid
dikira sebagai keperluan penting.
3) Reka Bentuk Strategi Pengajaran
Perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Seels & Richey (1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi
untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu
unit pelajaran. Dick & Carey (1991), strategi pengajaran merangkumi komponen
suatu set bahan pengajaran dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran.
4) Ciri-ciri Murid
Guru perlu mengambil tahu mengenai kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia
ada dan sikap murid supaya dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang
disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem
pengajaran yang dirancang. Pengalaman murid seperti pengetahuan sedia ada
dan kemahiran amat mempengaruhi keberkesanan proses (P&P).
b) Domain Pembangunan
Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk. Empat
kategori bahan dalam pembinaan bahan pengajaran adalah :-
Teknologi cetak : cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual static
seperti cetakan mekanikal dan fotografi.
Teknologi bahan pandang dengar : televisyen, pembinaan slaid, filem,
transparensi dan video.
Teknologi berasaskan computer : pembinaan perisian computer menggunakan
bahan berasaskan mikro pemproses, iaitu maklumat disimpan dalam bentuk
digital, bukan bentuk cetak.
Teknologi bersepadu : bahan pengajaran seperti bahan persembahan
multimedia, hiperteks atau hypermedia yang menggabungkan semua media
seperti teks, visual, audio dan animasi.
c) Domain Penggunaan
Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber pengajaran dan
pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Terdapat empat kategori dalam
domain penggunaan iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi,
pelaksanaan dan institusionalisasi.
Domain Pembangunan
Teknologi Cetak
Teknologi Bahan
Pandang Dengar
Teknologi Bersepadu
Teknologi Berasaskan Komputer
Penggunaan media : proses menggunakan bahan dan sumber pengajaran
secara sistematik dan bermakna.
Penerimaan inovasi : proses yang dilakukan untuk menerima sesuatu perubahan
dan pembaharuan yang dibuat dalam sistem supaya masyarakat dapat
menerima perubahan dengan baik dan bersama-sama menggunakan inovasi
serta menggerakkan perubahan tersebut.
Pelaksanaan : proses menggunakan bahan pengajaran dalam proses P&P.
Institusionalisasi : proses untuk menerima dan mengekalkan penggunaan bahan
pengajaran yang dibina berdasarkan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh
masyarakat.
Domain ini melibatkan hubungan antara 3 aspek dalam P&P iaitu murid, sistem
pendidikan dan sumber pembelajaran.
d) Domain Pengurusan
Domain yang bertanggungjawab membuat peranangan, penyusunan,
penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan
Domain Penggunaan
Penggunaan Media dan
Proses
Penerimaan Inovasi
Pelaksanaan
Intitusionalisasi
pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di
bawah domain ini.
Domain Pengurusan
Pengurusan
Projek
Pengurusan
Sumber Pengurusan Maklumat
Pengurusan
Sistem
Penyampaian
Melibatkan
perancangan,
pemantauan
dan pengawalan
projek reka
bentuk dan
pembinaan
bahan
pengajaran.
Melibatkan
perancangan,
pemantauan dan
pengawalan
perkhidmatan
bantuan sumber
dan
perkhidmatan
media yang lain.
Melibatkan
perancangan,
pemantauan dan
pengawalan
pengumpulan,
pemindahan dan
pemprosesan maklumat
kepada pelajar. cth : My
SchoolNet
Melibatkan
perancangan,
pemantauan dan
pengawalan
kaedah pemilihan
media yang
digunakan dalam
sistem pengajaran
dan pembelajaran.
e) Domain Penilaian
Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program
pendidikan yang dilaksanakan.
Domain Penilaian
Analisis Masalah Ukuran Rujukan
Kriteria
Penilaian Formatif
dan Sumatif Kajian
Proses
mengumpulkan
data dan
maklumat
tentang masalah
yang dikaji.
Cara atau kaedah
yang dipilih untuk
menguji penguasaan
pelajar atau peserta
terhadap satu unit
pelajaran atau
program yang
Dijalankan untuk
melihat hasil
sebenar kerana
kedua-dua
penilaian dibuat
untuk menguji
pelajar atau
Penyelidikan yang
dijalankan untuk
mengatasi
permasalahan
kelemahan yang
wujud berdasarkan
data dan maklumat
dijalankan. peserta terhadap
pengajaran atau
program yang
berjalan. Penilaian
formatif : semasa.
Ujian sumatif :
selepas.
yang telah
dikumpul dan
diproses supaya
penambahbaikan
dapat dilakukan.
Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses P&P
i. Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Teknologi Pendidikan merupakan bahan dalam pengajaran dan bukannya
pengganti pengajaran.
Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya
objektif pembelajaran dapat dicapai.
Guru masih lagi medium utama di dalam kelas.
ii. Pengajaran dan Pembelajaran
TP digunakan oleh guru dan murid.
Digunakan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan
belajar.
Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran dan pembelajaran dan
bukannya untuk hiburan dan membuang masa.
iii. Perancangan
Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat :-
a. Sebelum Penggunaan
Guru perlu merancang masa, aktiviti dan TP yang sesuai dengan topic
pengajaran.
b. Semasa Penggunaan
Guru dapat memberikan komentar terhadap aktiviti yang dijalankan dan
memberikan penekanan kepada aspek yang penting. Murid dapat
berinteraksi dan terlibat dengan aktif.
c. Selepas Penggunaan
Guru dapat merancang aktiviti lanjutan, membuat peneguhan dan
pengukuhan terhadap kefahaman murid.
iv. Kegunaan
Memilih TP berdasarkan kesesuaian kegunaan agar penggunaan TP dapat
dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan murid.
v. Objektif Pembelajaran
Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan
digunakan mengikut peringkat perkembangan proses pengajaran dan
pembelajaran.
vi. Masa
Digunakan pada masa yang sesuai.
vii. Rujukan
TP digunakan sebagai rujukan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.
viii. Selepas Penggunaan
Selepas penggunaan, TP perlu ditanggalkan, diubah atau ditutup supaya fokus
para pelajar tidak terganggu.
ix. Pameran
TP dipamerkan pada tempat yang bersesuaian seperti di dalam kelas atau
papan kenyataan.
Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Antara peranan TP ialah :-
I. Memartabat profesion keguruan
Guru akan lebih dihormati kerana mengaplikasikan penggunaan TP yang
canggih di dalam pengajaran.
II. Penjana pembaharuan dan inovasi kurikulum
Kurikulum dalam bidang pendidikan perlu diselaraskan dengan kemajuan
teknologi supaya sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat.
III. Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran
Kemajuan teknologi mempengaruhi pembinaan reka bentuk dan sistem
pengajaran supaya ianya seiring dengan pergerakan arus teknologi.
IV. Sumber penghasilan bahan bantu mengajar
Guru boleh menghasilkan bahan bantu mengajar daripada kemajuan teknologi.
V. Penyelesai masalah
TP dapat membantu menyelesaikan masalah guru dari segi penjimatan masa,
tenaga dan kos dalam proses P&P.
VI. Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sistematik, efisien dan kerja
dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Kepentingan Teknologi Pendidikan
Guru
1. Guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memperluas kaedah dan
penggunaan bahan bantu mengajar.
2. Membantu guru memperjelaskan maklumat kepada murid serta menjadikan
proses P&P licin dan berjalan lancar.
3. Membantu guru menjimatkan masa dan tenaga semasa proses P&P.
4. Membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi guru di sekolah seperti
ketiadaan guru, jumlah murid yang ramai atau kekurangan sumber.
Murid
1. Memberikan keseronokan serta motivasi kepada murid ketika belajar.
2. Membantu murid memahami dengan jelas konsep yang disampaikan guru.
3. Menggalakkan murid menggunakan semua deria di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
4. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topik secara
maksimum dalam masa yang minimum.
5. TP membantu murid memperoleh ilmu dan pengalaman.
Tajuk 2 : Reka Bentuk Pengajaran
KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
Kategori RP :
RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)
RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)
3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
i. Reka bentuk sistem pengajaran
ii. Reka bentuk strategi
iii. Reka bentuk mesej
iv. Ciri-ciri pelajar
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem
2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
i. Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
ii. Produk
iii. Sistem
MODEL ADDIE
Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan,
menjadi asas kepada semua model RP.
A (Analysis) - Analisis
D (Design) - Bentuk
D (Development) - Perkembangan
I (Implementation) - Pelaksanaan
E (Evaluation) - Penilaian
MODEL ASSURE
Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.
A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang
sosioekonomi (2) kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail
Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective (nyatakan objektif)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid
daripada P&P (2) fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari.
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,
demonstrasi, latih tubi. Media; kriteria- (1)sepadan dengan kuri (2) maklumat
tepat/terkini (3) bahasa jelas (4) menarik minat/cetus motivasi (5)menggalakkan
penglibatan pelajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) terdapat panduan
kegunaan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran
teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)melihat bahan (2)
sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sediakan pengalaman
pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran
yang terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.
MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)
Tentukan matlamat pengajaran
Laksanakan analisis pengajaran
Kenal pasti ciri-ciri pelajar
Bentuk objektif pengajaran pembelajaran
Pilih kaedah pengajaran
Sediakan bahan pengajaran
Rancang dan laksanakan penilaian formatif
Rancang dan laksanakan penilaian sumatif
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yangg pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yangg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh
REKA BENTUK MESEJ
1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yang membantu proses komunikasi.
2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yang
memungkinkan mesej disampaikan.
3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :
Mesej – isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.
Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yang sebenar,
dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
Saluran mesej – alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej, dalam bentuk
elektrikal, mekanikal dan digital.
4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
Perkataan / struktur bahasa
Bentuk bunyi bukan bahasa
Perkataan bercetak
Gambar statik
Gambar bergerak
Sampel sebenar