Isi Kandungan Kajian Tindakan 2
-
Upload
nana-fawzi -
Category
Documents
-
view
48 -
download
0
Transcript of Isi Kandungan Kajian Tindakan 2
BAB I
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah
telah mengalami perubahan yang amat ketara bukan sahaja melibatkan perubahan
sukatan pelajaran, malah perubahan dari segi pendekatan yang mesti diajar oleh guru.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah disemak semula oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam penguasaan
pemahaman konsep serta kemahiran dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada
murid-murid.
Sehubungan dengan itu, perubahan telah dilakukan oleh Perdana Menteri
Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2000. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah telah dijalankan disemua sekolah rendah bermula dari murid tahun
satu (1) pada sesi persekolahan tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
memberikan penekanan yang lebih khusus kepada penguasaan kemahiran asas iaitu
murid diuji dengan menggunakan sistem “Band” yang terdiri dari Band satu (1)
hinggalah Band enam (6). Usaha-usaha tersebut merupakan salah satu cara bagi
mengelakkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat khusus atau
berlandaskan hanya kepada sistem peperiksaan sahaja. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) juga lebih menekankan sistem pengajaran dan pembelajaran yang
1
turut berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
serta mampu berdaya saing dalam pembelajaran pada abad ke dua puluh satu (21)
ini.
Sehubungan dengan itu, tahap pemikiran murid-murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diberi perubahan dan dibawa keluar dari
kepompong lama. Pendidikan Jasmani sebenarnya merupakan satu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih praktikal dan analitikal yang memerlukan pemahaman
konsep yang tepat. Dalam usaha ke arah itu, setiap murid perlu dikaji bukan sahaja
dari segi cara belajar dan menjawab soalan, bahkan juga mereka juga perlu
memperbaiki cara berfikir serta berinteraksi diantara satu sama lain sesama mereka.
Selain itu, murid-murid juga boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk
kegunaan mereka pada masa hadapan. Sebagai contoh, aktiviti bermain sambil
belajar dapat meningkatkan tahap kecergasan murid-murid yang banyak diterapkan
dalam aktiviti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid sekolah rendah
sangat gemarkan aktiviti yang menyeronokkan berbanding belajar didalam kelas
semata-mata.
Tambahan pula kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dikalangan murid-
murid sangat penting dan harus dipupuk sejak kecil lagi seperti aktiviti yang
2
terkandung dalam standard kemahiran permainan besar serta permainan kecil.
Lantaran itu, semua murid akan dapat memperbaiki hubungan sosial dikalangan
mereka supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menjadikan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani satu mata pelajaran yang menarik dan dapat menarik minat murid-murid
untuk melakukan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru
juga perlu memberi penerangan yang jelas sebelum menjalankan aktiviti agar segala
kemalangan dapat dihindari. Komunikasi antara guru dan murid amatlah perlu
diamalkan sepanjang sesi pengajaran.
Menurut Corbin iaitu pada tahun 2008, menyatakan bahawa murid-murid
diperingkat umur 10 hingga 12 tahun mempunyai perbezaan kebolehan dalam
menguasai kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal. Ini adalah kerana
perbezaan kadar pertumbuhan, perkembangan saiz badan dan kekuatan otot yang
meningkat dengan begitu cepat antara satu sama lain dikalangan mereka. Selain itu,
terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan seperti ini contohnya
cara pemakanan, latar belakang keluarga serta corak kehidupan yang berbeza antara
satu sama lain.
Menurut Corbin dan Lindsey (2008), kecergasan fizikal dibahagikan kepada
dua iaitu kecergasan fizikal berlandasakan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terbahagi
kepada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan
komposisi badan. Manakala kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan pula
terbahagi kepada koordinasi, imbangan, ketangkasan, masa tindakbalas dan
3
kepantasan. Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan bersenam dalam masa
yang agak panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan oksigen
untuk membolehkan aktiviti fizikal yang dijalankan. Daya tahan otot ialah
kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya
berulang-ulang bagi suatu jangka masa tertentu melalui beberapa kali perubahan bagi
mengatasi rintangan atau bebanan. Kekuatan otot merupakan kebolehan sesuatu otot
atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan
meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi. Kelenturan merupakan
keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan pula merupakan tiga komponen struktur asas yang ada pada badan
iaitu lemak, otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan
peratusan (%) lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-
tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan masalah kegemukan.
Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
Manakala kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor mengandungi
koordinasi, iaitu kemampuan atau kebolehan menggunakan pancaindera bersama
badan menggiatkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana
yang dikehendaki. Panduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja
dilakukan itu lancar dan licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot
supaya memperolehi suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. Imbangan ialah
kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan
dasar (tapak) menyokongnya diubah. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan
dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.
Ketangkasan ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan
4
berturutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.
Kebolehan menukar kedudukan diruang tertentu secara kemas dan mudah. Kuasa
adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan
individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang
singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ianya adalah hasil kuncupan otot yang kuat
dalam jangka masa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan
kepantasan kuncupan otot. Masa tindakbalas adalah suatu jangka masa yang diambil
untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
Masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan
keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam
situasi perlawanan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.
Kelajuan merupakan kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut
dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu
berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan hasil
jarak langkah dan kekerapan melangkah.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merupakan salah seorang guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Saya telah bertugas selama dua belas (12) tahun di Sekolah
Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Saya telah diamanahkan oleh
pihak pentadbiran sekolah untuk mengajar kelas tahun empat (4) yang terdiri
daripada murid-murid yang kurang cergas dan cergas serta mempunyai berat badan
yang berlainan. Setelah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran selama
beberapa minggu saya mendapati bahawa murid yang mempunyai berat badan yang
5
berlebihan iaitu murid yang tergolong dalam kumpulan obesiti kurang cergas
berbanding dengan murid yang mempunyai berat badan normal. Akibat dari masalah
ini murid-murid tersebut kurang melibatkan aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kekurangan penglibatan murid-murid
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik dan semua
objektif pengajaran dan pembelajaran yang diajar tidak dapat disampaikan dengan
sempurna.
Gaya hidup sihat telah menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian kita
pada zaman kini. Status ekonomi, keselesaan dan kebahagian hidup, pembangunan
intelek dan psikososial merupakan perkara yang dikejar tidak dapat ditangani dengan
baik tanpa konsep gaya hidup sihat yang sebenar iaitu pengetahuan, pemahaman dan
penggunaan konsep kecergasan keseluruhan. Kecergasan keseluruhan adalah
integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan
ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang
kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.
Terdapat masalah murid yang menganggap mata pelajaran Pendidikan
Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang tidak penting merupakan satu masalah
yang sering dihadapi di sekolah-sekolah. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani
merupakan mata pelajaran elektif dalam bidang kurikulum sekolah. Ramai murid-
murid menganggap mata pelajaran ini tidak penting dan tidak perlu dipelajari dengan
bersungguh. Mata pelajaran ini juga tidak ada dalam peperiksaan umum. Perhatian
6
dan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tidak diberikan oleh murid-
murid.
Murid-murid juga sangat malas untuk memakai pakaian sukan semasa adanya
sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menyebabkan
guru tidak dapat membuat aktiviti yang dirancang dengan baik dan objektif
pengajaran tidak tercapai. Murid-murid merasakan pemakaian pakaian sukan ke
sekolah merupakan satu bebas kerana kurang kemas. Pelbagai alasan yang diberikan
oleh murid-murid apabila disoal oleh guru mengapa tidak memakai pakaian sukan.
Antara alasannya ialah malas bersukan, baju sukan kotor, baju sukan tidak dibasuh,
baju sukan tidak dibeli dan sebagainya.
Kelemahan pihak pentadbir yang membiarkan guru-guru mengajar subjek
lain semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani. Masalah ini juga sering berlaku di
sekolah. Pihak pentadbir berpendapat bahawa masa pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat digantikan dengan mata pelajaran yang
lebih penting seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Masalahini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak
dapat diajar dengan bilangan masa yang cukup.
Masalah yang sering berlaku di sekolah berkaitan dengan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani ialah isu peralatan sukan yang tidak mencukupi. Sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih menarik
7
apabila guru menggunakan peralatan seperti bola, gelung rotan, pundi kacang dan
berbagai-bagai alatan lain yang dapat menarik minat murid untuk melakukan aktiviti.
Masalah ini menyebabkan murid tidak berminat untuk melakukan aktiviti jika
peralatan tidak digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Sorotan Literatur
Kecergasan fizikal merupakan keupayaan individu untuk berfungsi secara
berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan
masa lapang dengan lebih efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan. Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan dimana seseorang
itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa
merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Disamping
itu seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Kecergasan fizikal pada seseorang individu merupakan hak individu itu sendiri dan
tidak sama dengan individu yang lain. Kecergasan fizikal harus dimiliki oleh kita
semua tanpa mengira jantina dan usia ke arah kehidupan yang berkualiti, iaitu dapat
bekerja dengan efektif, menikmati masa kesenggangan, mempunyai masa rehat yang
cukup, dapat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kecergasan fizikal sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan dan
kecergasan yang optima merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan
seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan
dan kecergasan yang optimum. Kebanyakan individu memilih tahap pencapaian yang
8
minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Demi mencapai kecergasan fizikal yang
melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu.
Terdapat banyak kajian yang dijalankan di sekolah dalam bidang kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Kajian berdasarkan penggunaan Indeks Jisim Tubuh
bagi menentukan tahap kecergasan fizikal bagi murid amatlah sedikit. Tetapi
terdapat beberapa hasil kajian yang dikaji oleh beberapa pengkaji yang berkaitan
dengan persoalan kajian. Melakukan senaman atau latihan fizikal adalah suatu
aktiviti yang baik untuk kecergasan diri. Selain dari meningkatkan tahap kecergasan
diri, aktiviti ini juga mampu mengurangkan berat badan yang berlebihan serta dapat
mengelakkan risiko serangan penyakit kronik. Selain itu, ia juga mampu
mengurangkan tekanan hidup yang adakalanya menganggu kehidupan seperti
tekanan emosi dan mental. Hal ini disokong oleh Fox dan Mathew (1981), yang
menyatakan bahawa kecergasan fizikal ialah kebolehan seseorang individu
menyaingi kehidupan dan dapat memberi sumbangan terhadap dirinya dan orang lain
dengan sempurna. Kecergasan menyeluruh melibatkan aspek-aspek fisiologi,
sosiologi dan psiokologi. Kesemua aspek ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti persekitaran, tingkah laku, jantina, umur dan cara hidup seseorang.
Menurut Reddy (2000) menyatakan bahawa Indeks Jisim Tubuh akan
meningkat pada mereka yang memiliki tahap aktiviti fizikal yang rendah. Seseorang
individu yang hidup aktif memerlukan pengambilan kalori yang lebih berbanding
mereka yang kurang aktif. Mengimbangkan pengambilan dan penggunaan kalori
dapat mengekalkan berat badan yang unggul. Bagi proses penurunan berat badan,
menurunkan pengambilan kalori dan melebihkan penggunaannya lebih berkesan.
9
Pengawalan pengambilan kalori ini sekaligus dapat menurunkan peratus lemak
dalam badan.
Mengikut kajian oleh Moore (2000), menyatakan bahawa dua (2) daripada
tiga (3) bahagian dari jumlah remaja perempuan tanpa mengira peringkat umur tidak
berpuas hati dengan berat badan mereka. Separuh daripada mereka tidak berpuas
hati dengan bentuk badan mereka khususnya lebihan lemak yang terdapat dibahagian
paha, pinggang dan punggung yang tidak sesuai dengan bentuk badan mereka.
Kesedaran terhadap imej tubuh badan adalah lebih signifikasikan dikalangan remaja
dan boleh dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat antara jantina lebih-
lebih lagi bagi murid perempuan. Terdapat banyak masalah obesiti atau punca yang
menyebabkan kegemukan. Sistem pendidikan yang terlalu menekankan pencapaian
akademik dikenal pasti menjadi punca utama peningkatan masalah berat badan
berlebihan iaitu obesiti dikalangan murid-murid sekolah. Menurut Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) iaitu Datuk Dr. Shafie Ooyub, pengambilan
minuman berkarbonat dan makanan segera menjadi antara penyumbang kepada
masalah berkenaan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah
hanya sekali atau dua (2) kali dalam seminggu adalah tidak mencukupi dan selepas
pulang dari sekolah, mereka terlibat dengan kelas-kelas tuisyen. Menurut beliau,
kanak-kanak seharusnya tidak dibebankan dengan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan pendidikan semata-mata tetapi mereka perlu diberi ruang untuk bersenam
dan melakukan kegiatan riadah. Faktor-faktor diatas turut menyumbang kepada
masalah kegemukan. Masalah kegemukan bermaksud murid-murid yang
mempunyai berat badan yang berlebihan. Contohnya bagi murid tahun empat (4)
yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh lebih dua puluh dua perpuluhan sembilan
10
(22.9) dikategorikan sebagai murid yang mempunyai berat badan berlebihan ataupun
obesiti.
Banyak kajian lampau membuktikan perkaitan langsung antara peningkatan
berat badan dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang rendah. Kemajuan dalam
teknologi dan pengangkutan mengakibatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal
bukannya satu keperluan penting dalam fungsi harian seperti tangga bergerak akan
mengurangkan aktiviti berjalan dan penggunaan alat kawalan jauh untuk
menggantikan aktiviti berjalan. Justeru, keperluan jumlah tenaga untuk aktiviti
harian menyumbang kepada penurunan jumlah pengeluaran tenaga serta
mengakibatkan peningkatan berat badan.
Swallen et. al. (2005), telah menjelaskan kajiannya ke atas seramai 4643
remaja dengan menggunakan National Longitudinal Study of Adolescent Health
(1996). Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa kegemukan berkait rapat
dengan kualiti hidup yang tidak sihat. Remaja yang mempunyai tubuh badan yang
normal tidak menghadapi masalah terhadap keyakinan diri atau fungsi tubuh badan
mereka. Dapatan ini mengesahkan bahawa individu yang tidak mengamalkan gaya
hidup sihat akan memperolehi tahap kesihatan atau tahap kecergasan yang lebih
rendah.
Menurut Rabaitul Adawiyah (2007), hasil kajian beliau adalah pertambahan
berat badan disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih
daripada keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, seseorang perlu mencipta
tenaga dengan memakan makanan yang kurang mengandungi kalori,
11
memperbanyakkan senaman atau melakukan banyak aktiviti fizikal. Menurut Pakar
Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Dr.
Alice Prethima Michael, kurangnya senaman yang konsisten dan diet yang tidak
sihat menjadi punca utama kegemukan dikalangan masyarakat.
Marmitt (2007) menyatakan bahawa program rawatan untuk masalah
kegemukan atau obesiti adalah program yang menetapkan matlamat yang hendak
dituju dan matlamat yang hendak dicapai. Beberapa kaedah atau cara perlu diambil
kira dalam pembentukan program dan antaranya umur, motivasi, kestabilan emosi,
keturunan, amalan pemakanan, gaya hidup dan keadaan fisiologi tubuh badan. Diet
yang dicadangakan mestilah mengandungi gabungan semua gizi pemakanan dalam
jumlah yang sesuai. Satu program aktiviti fizikal yang berstruktur hendaklah
digabungkan dengan diet untuk mengurangkan berat badan dan untuk mendapatkan
bentuk badan yang menarik.
Menurut petikan akhbar beberapa artikel yang terdapat dalam Berita Harian
on-line (2011), Kajian yang telah dibuat oleh pihak UKM dan Nestle menunjukkan
trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur enam (6) hingga dua belas (12)
tahun meningkat diantara tahun 2002 hingga 2008. Mengikut kajian tersebut, pada
tahun 2002, sebanyak sebelas peratus (11%) murid sekolah rendah mengalami
masalah berat berlebihan, manakala sembilan perpuluhan tujuh peratus (9.7%)
dikategorikan obesiti. Keseluruhan kajian mendapati dua puluh perpuluhan tujuh
peratus (20.7%) atau seorang daripada lima (5) orang murid mengalami berlebihan
berat badan. Kajian pada 2008 di kawasan sama selepas enam (6) hingga tujuh (7)
tahun menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada dua belas
12
perpuluhan lapan peratus (12.8%) dan obesiti meningkat tiga belas perpuluhan tujuh
peratus (13.7%) atau kepada dua puluh enam perpuluhan lima peratus (26.5%) atau
seorang daripada empat (4) murid mengalami masalah berlebihan berat badan.
Kajian antarabangsa pada 2002 menunjukkan berat badan berlebihan dikalangan
murid di Malaysia adalah enam belas peratus (16%) termasuk dalam kategori tinggi
berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik.
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia
membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau
kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia
dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah
dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan
yang dapat dibeli dengan harga yang murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan
gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan
jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup
malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak mengguna kenderaan. Menonton
televisyen atau komputer pula antara dua (2) hingga empat (4) jam, selain
didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga. Perbandingan data
pada tahun 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan
paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada
India. Murid Melayu yang obesiti meningkat daripada sembilan belas perpuluhan
satu peratus (19.1%) pada 2002 kepada dua puluh enam perpuluhan satu peratus
(26.1%) enam (6) tahun kemudian, peningkatan tujuh perpuluhan satu peratus
(7.1%), Cina pula daripada dua puluh lima perpuluhan enam peratus (25.6%) kepada
dua puluh tujuh perpuluhan enam peratus (27.6%), manakala murid India daripada
13
enam belas perpuluhan sembilan peratus (16.9%) kepada dua puluh enam perpuluhan
satu peratus (26.1%). Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar
berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus (2%),
membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada
data perbandingan kadar obesiti dikalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan
keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama
mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah
daripada dua puluh dua perpuluhan empat peratus (22.4%) kepada dua puluh lapan
perpuluhan satu peratus (28.1%), manakala diluar bandar meningkat daripada tujuh
belas perpuluhan enam peratus (17.6%) kepada dua puluh empat perpuluhan dua
peratus (24.2%). Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan,
namun kadar peningkatan diluar bandar lebih tinggi.
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah faktor pemakanan.
Secara umum ia membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal
yang rendah atau kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan
tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil.
Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera,
makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula
tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah
aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah
kebanyakkan kanak-kanak kini bergerak menggunakan kenderaan. Menonton
televisyen atau bermain komputer pula antara dua (2) hingga empat (4) jam sehari,
selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga.
14
Namun begitu, peratus rakyat Malaysia yang mengamalkan cara hidup sihat
semakin menurun. Ekoran masalah ini, kadar kegemukan ataupun obesiti semakin
meningkat. Kenyataan peningkatan tahap obesiti atau kegemukan rakyat Malaysia
disokong oleh Kajian Pemakanan Malaysia pada tahun 2002 dan 2003 yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) mendapati sebanyak tiga puluh Sembilan
peratus (39%) rakyat Malaysia dikesan mengalami obesiti.
15
BAB II
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU PERIHATINAN
2.1 Tinjauan Masalah
Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran elektif yang diajar kepada
semua murid atau pelajar yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah. Mata
pelajaran ini dianggap tidak begitu penting kerana tiada peperiksaan awam. Namun,
Pendidikan Jasmani perlu diambil berat oleh semua murid atau pelajar kerana mata
pelajaran ini dapat melahirkan golongan yang sihat bukan sahaja dari segi minda
malah jasmani juga dapat menjadi sihat. Saya merupakan salah seorang guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mengajar di Sekolah Kebangsaan
Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Saya telah mengajar selama dua belas (12)
tahun di sekolah ini. Saya telah dipertanggungjawabkan mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani ini bagi murid-murid tahun 4 yang terdiri daripada golongan
murid yang sederhana dan lemah. Bagi menyempurnakan kajian ini saya telah
memilih sampel yang terdiri daripada murid tahun empat (4) tersebut kerana mudah
untuk saya membuat kajian. Semasa membuat pemerhatian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, saya mendapati bahawa terdapat segolongan sampel yang tidak
dapat menumpukan perhatian atau kurang memberi tumpuan dan kurang cergas
semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menyebabkan sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani menjadi kurang menarik kerana
murid tidak bersungguh-sungguh semasa menjalankan aktiviti.
16
Masalah utama yang saya dapat perhatikan ialah sampel ini mempunyai
masalah dalam Indeks Jisin Tubuh (IJT) atau dikenali dengan Body Mass Index
(BMI) dengan tahap kecergasan mereka. Terdapat sesetengah sampel yang cepat
letih dan malas untuk membuat aktiviti dan ada juga yang langsung tidak mengambil
bahagian secara aktif seperti rakan-rakan yang lain. Sampel ini hanya bertindak
sebagai murid-murid yang pasif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Masalah berat badan dikalangan sampel ini merupakan masalah
utama dikalangan murid-murid ini. Sampel akan memberikan pelbagai alasan
supaya mereka dikecualikan dari menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sebagai contoh, sampel akan memberikan
pelbagai alasan seperti lelah, letih, malas dan macam-macam lagi dan ada
kemungkinan alasan mereka adalah benar dan mungkin tidak. Tingkah laku sampel
seperti ini boleh menyebabkan mereka ketinggalan untuk melakukan aktiviti yang
perlu dilakukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Masalah yang berkaitan Indeks Jisim Tubuh juga jelas dapat dilihat terhadap
perbezaan jantina murid-murid. Indeks Jisim Tubuh bagi setiap jantina adalah
berbeza antara satu sama lain. Bagi kajian yang dibuat ini, semua sampel adalah
perempuan dan tiada perbezaan yang wujud dari segi umur dan jantina dan lebih
mudah untuk dikaji dan dibuat perbandingan antara satu sampel dengan satu sampel
yang lain. Sampel yang dipilih semua perempuan untuk memudahkan mendapat
maklumat dan membuat perkiraan bagi menentukan tahap Indeks Jisim Tubuh.
Kadar Indeks Jisim Tubuh yang kurang sesuai menyebabkan sampel kurang
memahami sukatan dan tajuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
17
Jasmani. Keadaan ini berlaku kerana sampel tidak mengetahui apakah aktiviti yang
perlu mereka ikuti dan lakukan pada tahun empat (4). Sampel hanya gemar
melakukan aktiviti yang disukai. Contohnya bagi sampel lebih suka bermain bola
beracun sepanjang satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Sampel langsung tidak memahami sukatan yang perlu mereka habiskan dalam satu
penggal persekolahan. Tanpa sampel sedari, aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan
sepatutnya adalah sebahagian dari sukatan pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Sampel juga tidak dapat memahami istilah-istilah yang terdapat dalam
sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani, terutamanya yang terdapat dalam buku
teks mereka. Jika ditanya tentang pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor serta
istilah-istilah pergerakan lain seperti gallop, ketingting, skip dan sebagainya, mereka
tidak mengetahui akan maksud dan kemahiran tersebut. Terdapat juga kelemahan
dalam pergerakan yang dibuat. Contohnya pergerakan skip yang memerlukan
koordinasi tangan dan kaki. Tanpa koordinasi antara tangan dan kaki yang betul,
pergerakan ini sukar untuk dibuat dengan baik dan sempurna. Pada hal, pergerakan
tersebut telah dilakukan oleh sampel setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Masalah ini menjadi semakin ketara semasa sampel
menghadapi peperiksaan kerana tidak mengetahui dan memahami langsung akan
istilah yang ditanyakan sedangkan sampel sendiri tahu pergerakan atau aktiviti-
aktiviti tersebut. Walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan mata
pelajaran elektif, murid perlu belajar dan mendalami mata pelajaran ini kerana
berkait rapat dengan kesihatan murid. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat
dipelajari oleh murid setelah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
18
Keadaan Indeks Jisim Tubuh yang tidak sesuai dapat mendatangkan penyakit
kepada sampel. Mengikut pendapat Sloane (1980), menyatakan obesiti dapat
meningkatkan kanser, batu karang, gout, osteorthitis dan kemandulan. Mengikut
Grundy (2004), pula menyatakan individu yang mengalamai diabetis mempunyai
jangka hayat yang lebih singkat dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Indeks Jisim Tubuh yang tidak sesuai
perlu diatasi dengan segera oleh semua pihak tidak kira ibu bapa ataupun pihak
sekolah. Faktor pemakanan sangat berkait rapat dengan Indeks Jisim Tubuh
seseorang. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan badan
seseorang gemuk atau terlalu kurus. Setiap sampel yang mengalami obesiti
mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Makanan yang diambil dalam seharian
tidak mengandungi protein, karbohidrat, lemak dan vitamin yang mencukupi dan
sesuai. Pihak kantin sekolah juga banyak menjual makanan yang mengandungi
lemak seperti keropok, ayam goreng, nugget dan hot dog. Makanan seperti ini
sangat digemari oleh kebanyakan murid dan sangat mendapat sambutan. Makanan
yang mengandungi banyak lemak boleh menyebabkan seseorang murid tersebut
cepat menjadi gemuk dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
Mengikut Indeks Jisim Tubuh, kanak-kanak yang dikategorikan termasuk
dalam kumpulan obesiti adalah mengikut umur yang telah ditetapkan. Bagi
pengiraan Indeks Jisim Tubuh, pengiraan adalah mengikut jantina dan berbeza antara
lelaki dan perempuan. Bagi kumpulan sampel yang dipilih, mereka adalah tergolong
dalam kumpulan obesiti ialah kumpulan yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh lebih
dua puluh dua perpuluhan Sembilan (22.9). Jadual 1.1 menunjukkan Indeks Jisim
Badan bagi murid yang berumur 10 tahun.
19
Jadual 2.1 :Jadual Indeks Jisim Badan Bagi Murid 10 Tahun
Umur
(Tahun)
Kurang
Berat
Normal Berisiko Berat
Berlebihan
Berat
Berlebihan
10 tahun Kurang 14.0 14.0-19.9 Lebih 19.9-22.9 Lebih 22.9
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion,
2000)
Sampel juga kebanyakan terdiri daripada anak-anak orang yang berada.
Sampel sangat mudah mendapat ukuran Indeks Jisim Tubuh yang tidak sesuai
dengan tubuh badan mereka. Ibu bapa mereka kurang mementingkan cara
pemakanan hanya memikirkan cara yang mudah untuk menyediakan makanan.
Kebanyakkan sampel sering makan di restoran makanan ringan dan mengambil
makanan yang tidak seimbang. Golongan ini hanya makan makanan yang mudah
untuk diperolehi dan cepat untuk dimakan dari memasak sendiri makanan yang
hendak dimakan tanpa memikirkan kandungan makanan yang dipilih. Tambahan
pula, kebanyakan ibu bapa yang bekerja lebih mudah memberikan makanan yang
berbentuk segera kepada anak-anak mereka kerana lebih mudah dan cepat
memandangkan keperluan masa yang sangat terhad. Makanan segera mempunyai
keperluan zat yang kurang, tinggi kandungan gula dan bahan pengawet serta MSG
yang banyak. Oleh itu, secara tidak langsung tabiat pemakanan seperti ini boleh
membawa kepada masalah obesiti kepada murid-murid. Tanpa kefahaman dan ilmu
pengetahuan yang cukup mengenai cara pemakanan yang betul, boleh menyebabkan
masa ke semasa.
20
Menurut Merrill’s Health (1990) dalam bukunya yang bertajuk “A Wellness
Approach, kecergasan adalah tahap kesihatan fizikal badan yang membolehkan
seseorang yang cergas itu mempunyai ketahanan dan kekuatan otot, kelenturan tubuh
badan, ketahanan sistem jantung dan peredaran darah dan memiliki kontor atau
bentuk badan yang menarik dan tidak mempunyai lemak berlebihan. Kecergasan ini
bukanlah suatu yang dapat dicapai dengan sehari kursus atau seminar hujung minggu
tetapi ianya adalah suatu proses berterusan yang dicapai dengan melakukan aktiviti
senaman dan gerakan otot yang teratur yang dilakukan secara sistematik.
Mengekalkan kecergasan adalah proses sepanjang hayat dan hanya dapat dicapai
dengan cara menggabungkan ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup seseorang.
Kepentingan senaman sangat penting kerana dapat meningkatkan kecergasan
fizikal, memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan meningkatkan tenaga untuk
melakukan tugas harian. Senaman dapat mempertingkatkan kepuasan kendiri dan
mengurangkan kerisauan, mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan
mental, mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung, mempertingkatkan
kawalan glukosa darah, melambatkan osteoporosis serta berpeluang bergaul dengan
orang ramai. Aktiviti senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga (3) kali
seminggu selama dua puluh (20) minit dalam satu (1) sesi. Aktiviti senaman perlu
dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira lapisan umur dan boleh
dilakukan dimana sahaja.
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan
aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan
aktiviti kesenggangan. Keadaan ini berlaku apabila suatu keadaan dimana jantung,
21
salur darah, peparu dan otot boleh berfungsi secara optimum dan efisien.
Kecergasan umum merangkumi kecergasan umum dan spesifik. Kecergasan umum
merujuk kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi
yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit
hipokinetik seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan
tulang. Kecergasan spesifik merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang
itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga
daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Kekurangan kecergasan semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani
menyebabkan sampel tidak cergas semasa berada didalam kelas. Aktiviti semasa
pengajaran Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan kecergasan bukan sahaja
pemikiran malah juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Kecergasan
sangat penting bagi sampel untuk berjaya dalam pelajaran. Kebanyakan sampel yang
mempunyai badan yang ideal terdiri daripada murid yang pintar dalam pelajaran,
manakala murid yang tidak mempunyai badan yang ideal atau obesiti kurang berjaya
dalam pelajaran. Kecergasan seseorang murid juga amat penting untuk melahirkan
seseorang atlet. Seseorang murid perlu lebih cergas untuk menjadi seorang atlet
yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sukan yang ingin
diceburi.
Sehubungan dengan itu, saya sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani perlu memikirkan satu perubahan perlu dilakukan untuk membantu sampel
agar berat badan menjadi lebih sesuai dengan umur dan tubuh badan mereka.
Sampel yang kurang cergas ini perlu mengikuti semua aktiviti yang dijalankan
22
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini adalah supaya
sampel tidak terus mengalami keadaan tubuh badan yang tidak cergas dan tidak terus
terpinggir atau terlepas dalam melakukan aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani.
Selain itu, sebagai seorang pengkaji mestilah melakukan semua perubahan terhadap
sesuatu kekurangan yang ada untuk memperbaiki kelemahan agar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani menjadi satu mata pelajaran yang dapat melahirkan sampel yang
cergas bukan sahaja tubuh badan malah otak juga akan menjadi cergas.
23
BAB III
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian iaitu objektif umum dan objektiif khusus
serta persoalan dalam kajian ini. Objektif dan persoalan kajian iaitu:
3.1 Objektif Kajian
3.1.1 Objektif Umum
i. Melihat penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan kecergasan fizikal
bagi murid sekolah rendah.
3.1.2 Objektif Khusus
i. Melihat sejauh mana Indeks Jisim Tubuh mempengaruhi tahap kecergasan
fizikal sampel.
ii. Melihat perkaitan antara Indeks Jisim Tubuh berdasarkan aktiviti fizikal
sampel.
iii. Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai satu mata pelajaran
yang diminati dan dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal sampel.
24
3.2 Persoalan Kajian
i. Adakah Indeks Jisim Tubuh mempunyai perkaitan dengan tahap kecergasan
fizikal sampel ?
ii. Bagaimanakah Indeks Jisim Tubuh murid mempengaruhi aktiviti fizikal
sampel ?
3.3 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk menentukan penggunaan Indeks Jisim
Tubuh bagi menentukan tahap kecergasan fizikal bagi murid sekolah rendah. Indeks
Jisim Tubuh sangat berkait rapat dengan aktiviti Pendidikan Jasmani yang
dijalankan. Indeks Jisim Tubuh digunakan oleh pengkaji untuk menentukan tahap
kesihatan seseorang murid. Bagi sampel yang mempunyai berat badan yang
berlebihan pastinya kurang aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani kerana golongan
ini sukar untuk bergerak dan mempunyai stamina yang rendah. Bagi sampel yang
terlalu kurus pula, golongan ini kurang aktif kerana tidak mempunyai tenaga yang
mencukupi untuk membuat aktiviti. Cara pengukuran Indeks Jisim Tubuh yang betul
perlu diajar oleh guru untuk meningkatkan tahap kecergasan sampel dan sampel
mendapat panduan yang betul dalam pengurusan diri untuk menjadi lebih sihat.
Minat yang mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran guru sangat
penting untuk meningkatkan tahap pencapaian subjek kajian. Sampel yang lebih
memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih pandai
berbanding subjek yang tidak memberi tumpuan. Mata pelajaran Pendidikan
25
Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang menarik kerana terdapat pelbagai
aktiviti yang menarik yang dapat disertai oleh sampel semasa mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sampel dapat menjalankan aktiviti yang seronok dan
dapat melapangkan fikiran setelah belajar seharian didalam kelas.
Penggunaan beberapa kaedah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan minat sampel untuk belajar. Salah satu contoh kaedah yang
dapat digunakan oleh guru ialah belajar sambil bermain. Aktiviti seperti ini sangat
sesuai diajar dan diperkenalkan kepada sampel kerana murid sekolah rendah sangat
sukakan aktiviti bermain semasa belajar. Sampel bukan sahaja dapat belajar malah
dapat bermain bersama rakan-rakan semasa belajar. Kaedah belajar secara
berbincang iaitu belajar secara berkumpulan pula dapat memupuk nilai-nilai murni
antara subjek kajian antara satu sama lain dan dapat berkongsi maklumat antara satu
sama lain.
Cara pemakanan yang betul sangat penting iaitu dengan mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Makanan seimbang bermaksud jumlah hidangan yang
disyorkan daripada setiap kumpulan makanan. Kepelbagaian dalam setiap kumpulan
makanan akan memastikan seseorang itu mendapat semua nutrien yang diperlukan
kerana tiada satu pun makanan yang dapat membekalkan semua nutrien pada setiap
hari. Pengambilan makanan yang seimbang dapat merangsang tumbesaran yang
normal. Pemakanan yang seimbang adalah bergantung pada pengambilan makanan
yang sihat dan seimbang. Setiap individu disarankan mengambil makanan yang
berzat, berkhasiat, dan seimbang untuk memastikan agar sentiasa sihat dan bebas
26
daripada sebarang penyakit berbahaya. Pengambilan makanan dalam diet seharian
dapat membantu mengurangkan beberapa penyakit seperti kanser, tekanan darah
tinggi, angin ahmar, sakit jantung, obesiti, osteoporosis dan spina bifida.
Menurut Myers 2004, obesiti adalah sebagai lebihan lemak pada tubuh yang
boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau
bilangan sel lemak didalam tubuh meningkat. Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass
Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap
kegemukan dan obesiti. Indeks Jisim Tubuh digunakan dengan mengira berat badan
dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua
(m2).
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk
pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan
sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang
juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak
ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit
yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit
jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca utama
kematian tertinggi di negara kita. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita
semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh
badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
27
Sampel yang membesar dengan sihat akan dapat belajar dan berfikir dengan
baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa gangguan masalah kesihatan. Makanan
yang seimbang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan agar tubuh badan
boleh berfungsi dengan baik. Setiap individu perlu memilih makanan yang seimbang
daripada kumpulan makanan seperti sumber tenaga, iaitu karbohidrat, protein dan
lemak serta lain-lain nutrien. Individu perlu memilih kesederhanaan dalam
mengambil makanan iaitu makan secara sedikit daripada setiap satu kumpulan
makanan tetapi tidak berlebihan. Pemilihan makanan yang sesuai untuk jangka masa
yang panjang boleh menjamin diet yang sihat.
Sesebuah sekolah perlu melahirkan lebih ramai atlet untuk berjaya dalam
bidang kokurikulum. Kejayaan dalam bidang kokurikulum penting untuk
menjadikan sesebuah sekolah cemerlang. Tahap kecergasan sampel perlu
dipertingkatkan untuk melahirkan lebih ramai atlet yang dapat meyumbang pingat
dan kejayaan dalam bidang sukan kepada sekolah. Indeks Jisim Tubuh yang sesuai
perlu bagi sampel untuk lebih cergas untuk bersukan. Indeks Jisim Tubuh juga
mepengaruhi kejayaan seseorang sampel untuk belajar. Sampel yang aktif mudah
untuk belajar dan lebih cerdik kerana otak mereka bekerja secara aktif.
Kemahiran guru dapat ditingkatkan dalam kajian ini. Seseorang guru yang
inginkan kejayaan dan kecemerlangan perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk
menaikkan minat dan dapat meningkatkan tahap kecergasan sampel. Sesi pengajaran
yang menarik dan gembira dapat menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
sebuah mata pelajaran yang begitu seronok bukan sahaja kepada sampel malah
28
kepada murid-murid yang lain serta dapat menjadikan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani sebagai satu mata pelajaran yang penting.
3.4 Definisi Operasional
3.4.1 Obesiti
Dalam konteks kajian, tahap obesiti merupakan klasifikasi sampel menurut
piawaian global Indeks Jisim Tibuh sama ada kurang berat badan, normal, berisiko
berat badan dan berat berlebihan. Indeks Jisim Tubuh dikira dengan membahagikan
berat badan sampel dalam kilogram dengan ketinggiannya (dalam m2). Ukuran
Indeks Jisim Tubuh kurang 14.0 adalah kurang berat, antara 14.0 hingga 19.9 adalah
normal, lebih 19.9 hingga 22.9 adalah berisiko berat berlebihan dan lebih 22.9 adalah
obesiti.
Jadual 3.1 : Klasifikasi Berat Badan dengan Indeks Jisim Tubuh
Klasifikasi Indeks Jisim Tubuh (kg/m2)
Kurang berat Kurang 14.0
Normal 14.0 hingga 19.9
Berisiko Berat Berlebihan Lebih 19.9 hingga 22.9
Obesiti Lebih 22.9
3.5 Batasan Kajian
29
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Kajian ini
melibatkan sampel yang teridiri daripada murid tahun empat (4) Takzim yang terdiri
daripada semua murid perempuan dan mempunyai purata umur yang sama iaitu
sepuluh (10) tahun. Sampel yang dipilih adalah seramai tiga (3) orang. Kajian yang
dijalankan adalah mengenai penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menetukan tahap
kecergasan sampel. “Indeks Jisim Badan” merupakan istilah dalam Bahasa Melayu
BMI manakala istilah Bahasa Inggeris iaitu “Body Mass Index”. Indeks Jisim Tubuh
merupakan formula yang digunakan untuk menilai berat badan seseorang dan berkait
rapat dengan ketinggian seseorang itu. Indeks Jisim Tubuh merupakan pengukuran
secara tidak langsung komposisi tubuh badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak
yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu. Sampel
perempuan dipilih kerana Indeks Jisim Tubuh hanya dapat dibandingkan dengan
jantina dan umur yang sama. Kecergasan fizikal diukur dengan melihat keupayaan
sampel melakukan aktiviti fizikal secara berterusan. Tumpuan kecergasan fizikal
diberikan pada komponen kecergasan berasaskan fizikal yang menunjukkan
pergerakan atau perbuatan sampel dalam melakukan aktiviti dalam Pendidikan
Jasmani.
BAB IV
30
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala
Terengganu. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada murid tahun empat
(4) Takzim yang terdiri daripada jantina yang sama iaitu semua murid perempuan
dan mempunyai purata umur yang sama iaitu sepuluh (10) tahun. Sampel yang
dipilih adalah seramai tiga (3) orang. Ketiga-tiga sampel merupakan murid yang
mempunyai latar belakang keluarga yang berada dan dikategorikan sebagai murid
yang kurang cergas didalam kelas. Sampel adalah murid empat (4) Takzim yang
merupakan golongan murid pertengahan dalam tahun empat (4).
Sampel yang pertama berumur sepuluh (10) tahun empat (4) bulan. Sampel
seorang murid yang sering mendapat markah sederhana dalam semua mata pelajaran.
Sampel merupakan seorang murid yang sering bersikap murung didalam kelas dan
tidak suka bergaul dengan rakan yang lain. Sampel berasal daripada golongan yang
berada. Ibu dan ayah merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Sampel merupakan
anak yang terlalu manja dan sangat bergantung kepada ibu dan ayahnya kerana dia
merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Sampel yang kedua berumur sepuluh (10) tahun satu (1) bulan. Sampel
seorang murid yang sering mendapat markah yang sederhana dalam mata pelajaran
kecuali mata pelajaran Matematik yang merupakan mata pelajaran kegemaran.
Sampel agak periang dan sering mendapat perhatian didalam kelas serta mempunyai
31
ramai kawan. Sampel tidak meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana
merasakan mata pelajaran tersebut sangat meletihkan kerana perlu membuat aktiviti.
Sampel sering memberi alasan apabila disuruh untuk melakukan sesuatu aktiviti
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sampel merupakan anak kepada pasangan
pensyarah. Sampel merupakan anak bongsu daripada lima (5) orang adik
beradiknya. Sampel sangat manja dan sangat disayangi oleh keluarga.
Sampel yang ketiga berumur sembilan (9) tahun sebelas 11 bulan. Sampel
sering mendapat markah yang sederhana dalam mata pelajaran lain kecuali mata
pelajaran Bahasa Melayu. Sampel sangat gemar menulis karangan dan menghasilkan
sajak dan merupakan murid yang terbaik dalam kelas bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Sampel kurang menggemari mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana
semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani, semua murid perlu memakai pakaian
sukan dan perlu berada di padang sehingga masa tamat. Sampel merasakan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani satu mata pelajaran yang merumitkan dan sering
memberi alasan tidak sihat semasa aktiviti. Sampel jarang memakai pakaian sukan
dan sering tidak hadir ke sekolah jika pada hari tersebut ada mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Sampel merupakan anak kepada ahli parlimen daerah Kuala
Terengganu yang sangat dikenali. Keadaan ibu bapa yang sibuk menyebabkan
sampel mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat iaitu sering mengambil
makanan segera semasa berada di rumah.
Kajian yang dijalankan adalah mengenai penggunaan indeks jisim tubuh bagi
menentukan tahap kecergasan fizikal bagi sampel yang dipilih. Indeks Jisim Tubuh
32
merupakan istilah dalam Bahasa Melayu manakala bagi istilah Bahasa Inggeris
Indeks Jisim Tubuh dikenali dengan “Body Mass Index”. Indeks Jisim Tubuh
merupakan formula yang digunakan untuk menilai berat badan seseorang dan berkait
rapat dengan ketinggian seseorang itu. Indeks Jisim Tubuh merupakan pengukuran
secara tidak langsung komposisi tubuh badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak
yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu. Sampel
perempuan dipilih kerana Indeks Jisim Tubuh hanya dapat dibandingkan dengan
jantina dan umur yang sama. Kecergasan fizikal diukur dengan melihat keupayaan
sampel melakukan aktiviti fizikal secara berterusan. Tumpuan kecergasan fizikal
diberikan pada komponen kecergasan berasaskan fizikal yang menunjukkan
pergerakan atau perbuatan sampel dalam melakukan aktiviti dalam Pendidikan
Jasmani.
BAB V
33
5.0 CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini
dapat dijalankan dengan sempurna. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah
bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan yang menggabungkan kaedah
kuantitatif dan kualitatif iaitu kajian tindakan. Menurut Creswell (2003), gabungan
kaedah kuantitatif dan kualitatif mampu memberikan kekuatan kepada dapatan
kajian. Dalam konteks ini, pemilihan strategi gabungan secara Sequential
Explanatory iaitu keputusan yang tidak dijangka melalui kaedah kuantitatif dapat
dikenalpasti melalui kaedah kualitatif yang dibuat secara mendalam.
Kajian tindakan ini adalah berpandukan model Kemmis dan Tanggart (1992)
dimana pengkaji perlu membuat tinjauan, merancang tindakan, melaksana untuk
mengkaji, mengumpul data akhir bersama membuat refleksi.
34
Rajah 5.1 :Model Kemmis dan Taggart (1992)
5.1.1 Membuat Tinjauan
Pada peringkat pertama, tinjauan dijalankan adalah ke atas murid-murid
perempuan tahun empat (4) Takzim semasa membuat aktiviti bagi sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pada peringkat ini, pengkaji mengenal pasti
isu dan masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pengkaji perlu membuat tinjauan yang menyeluruh untuk
mengenalpasti keadaan sampel yang dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji mengenal
pasti masalah sampel untuk melihat tahap kecergasan mereka. Tinjauan dibuat oleh
pengkaji semasa menjalankan aktiviti semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani.
Setiap orang murid didalam kelas perlu membuat aktiviti seperti yang diarahkan oleh
pengkaji semasa sesi pembelajaran. Semasa murid menjalankan aktiviti, guru dapat
35
Refleksi
Pengumpulan data
Melaksana tindakan
Merancang tindakan
Membuat tinjauan
mengenal pasti murid yang mempunyai masalah Indeks Jisim Badan dan mengenai
tahap kecergasan fizikal. Dalam konteks penyelidikan, pengkaji perlu menjalankan
penerokaan secara mendalam bagi mengetahui rutin harian terutamnya yang
melibatkan senaman dan cara pemakanan.
5.1.2 Merancang Tindakan
Fasa kedua kajian adalah merancang tindakan yang perlu dibuat oleh
pengkaji. Pengkaji perlu membuat perancangan untuk mencari jalan penyelesaian
masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan yang dibuat adalah untuk mencari punca-punca dan sebab yang
menyebabkan sampel yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh dikategorikan gemuk
mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah.
5.1.3 Melaksana Tindakan
Fasa yang ketiga ialah melibatkan pelaksanaan tindakan. Fasa ketiga
melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas sampel yang mengalami masalah
kegemukan. Sampel yang dikehendaki menjalankan beberapa aktiviti fizikal secara
berterusan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari atau 30 minit sebanyak tiga kali
dalam seminggu. Tindakan yang hendak dibuat mestilah mempunyai kesan dan
36
akibat yang positif ke atas subjek kajian agar segala masalah yang dihadapi oleh
pengkaji dapat diselesaikan.
5.1.4 Pengumpulan Data
Fasa yang keempat ialah pengumpulan data. Peringkat ini melibatkan
pungutan data secara kualitatif dimana pengkaji akan menjalankan kajian ke atas tiga
(3) orang sampel yang dipilih dengan menggabungkan kaedah tinjauan masalah,
kaedah soal selidik dan temubual untuk mengumpul data yang diperlukan. Teknik
pengumpulan data dijalankan secara dua fasa iaitu melibatkan pengumpulan data
kuantitatif dan kualitatif. Menerusi fasa pertama iaitu pungutan data kuantitatif,
Indeks Jisim Tubuh atau lebih dikenali dengan Body Mass Index (BMI). Hasil
dapatan kemudiannya akan dianalisis bagi mendapatkan nilai BMI. Pengumpulan
data secara kualitatif yang dijalakan dalam fasa kedua kajian ini dapat membantu
dalam membuat interprestasi ke atas keseluruhan kajian. Data juga dikumpul
melalui hasil pemerhatian, borang soal selidik dan temubual untuk melihat masalah
dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pengkaji.
37
5.1.5 Refleksi
Fasa yang kelima iaitu fasa membuat refleksi. Setiap data atau maklumat
yang dipilih perlu dibuat refleksi agar pengkaji dapat melihat kembali masalah yang
dihadapi dan membuat kesimpulan terhadap masalah yang dihadapi. Refleksi juga
merupakan satu penilaian yang perlu dibuat oleh pengkaji untuk mengetahui
tindakan yang perlu dibuat bagi mengatasi masalah dan menjadikan objektif kajian
tercapai.
5.2 Prosedur Mengumpul Data
Terdapat beberapa prosedur yang boleh digunakan untuk pengumpulan data.
Dalam kajian yang akan dibuat ini, prosedur yang digunakan ialah pengkaji sendiri
yang perlu mengutip data yang diperlukan untuk memastikan data yang diperlukan
mempunyai kesahan yang tinggi. Antara prosedur yang digunakan ialah tinjauan
masalah, kaedah soal selidik dan kaedah temubual. Pemilihan prosedur
pengumpulan data sangat penting dalam menyiapkan sesuatu kajian yang dijalankan
agar data yang diperoleh dapat membantu pengkaji mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
38
5.2.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah merupakan satu kaedah atau cara yang akan digunakan
untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan sampel yang dikaji dan tahap
penguasaan kecergasan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Kaedah ini dapat
membantu kerana dapat memberi tumpuan yang lebih mendalam kepada kumpulan
sampel yang tidak cergas semasa mengikuti aktiviti semasa pengajaran Pendidikan
Jasmani. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti punca mengapa sampel tidak cergas
semasa menjalankan aktiviti menyebabkan sampel tidak berminat atau mempunyai
kecenderungan seperti murid-murid lain terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan juga mengenal pasti punca kegagalan sampel yang dikaji bagi menguasai
kemahiran-kemahiran dalam Pendidikan Jasmani dengan baik. Tinjauan ini
dijalankan sendiri oleh pengkaji dengan meminta pandangan dan pendapat daripada
guru-guru lain.
Setiap sampel ditimbang berat badan dan diukur ketinggian untuk mengukur
kadar Indeks Jisim Tubuh sampel. Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index atau BMI)
merupakan satu piawaian untuk mengkelaskan berat badan normal, berat badan
berkurangan atau berlebihan dan obes. Indeks Jisim Tubuh dikira dengan
membahagikan berat badan individu dalam kilongram dengan ketinggian dalam (m²).
Ukuran Indeks Jisim Tubuh antara kurang dari 14.0 adalah kurang berat, 14.0 hingga
19.9 adalah normal, lebih 19.9 hingga 22.9 adalah berisiko berat berlebihan dan lebih
22.9 adalah berat berlebihan.
39
Indeks Jisim Tubuh = Berat badan (kg)
Tinggi X tinggi (m²)
Instrumen kajian yang lain iaitu alat penimbang digunakan untuk mengukur
berat badan sampel. Tali pengukur atau alat ukuran digunakan untuk mengukur
ketinggian sampel sebelum ukuran Indeks Jisim Tubuh dibuat. Tali pengukur
ataupun pita pengukur dan alat penimbang sangat penting untuk membuat pengiraan
Indeks Jisim Tubuh. Setiap sampel perlu ditimbang dan diukur ketinggian sebelum
menentukan tahap Indeks Jisim Tubuh sampel berkenaan.
Melalui ukuran ini sampel dapat dikenal pasti sama ada kurang berat, normal,
berisiko berat berlebihan dan berat berlebihan. Pengukuran yang betul penting
dibuat untuk membuat dan merancang sesuatu aktiviti dalam mata pelajaran
Pandidikan Jasmani. Aktiviti yang dibuat mestilah sesuai dengan tahap kecergasan
sampel untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan memberi keseronokan semasa
melakukan aktiviti.
5.2.2 Borang Soal Selidik
Manakala bagi kaedah soal selidik yang digunakan adalah untuk mengesan
tahap kecergasan sampel terhadap aktiviti yang dijalankan semasa aktiviti
Pendidikan Jasmani. Kaedah soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian
kualitatif. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat membuat gambaran yang mendalam
40
tentang sesuatu situasi disamping menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Dalam kajian ini, gambaran tentang tahap kecergasan
fizikal sampel boleh diperolehi. Dalam kaedah ini, Skala Likert digunakan untuk
mendapatkan pendapat sampel terhadap tahap kecergasan mereka. Skala Likert
merupakan satu skala nombor integer yang mempunyai sama selangnya. Pada
dasarnya, pengkaji boleh memilih nombor integer bagi mewakili nilai sesuatu
variable.
Soalan yang terkandung dalam soalan soal selidik ialah mengenai aspek
senaman dan kecergasan, aspek makan secara sihat dan aspek anatomi dan fisiologi
tubuh badan. Setiap soalan soal selidik yang diberikan kepada sampel dilabel untuk
mengenal pasti soalan soal selidik. Kaedah soal selidik ini digunakan untuk
mendapatkan persetujuan sampel terhadap tahap kecergasan dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani. Skala yang digunakan adalah menggunakan skala pengukur 1
hingga 5. Skala jawapan bagi soalan soal selidik ini mempunyai lima (5) skala iaitu
skala satu (1) adalah sangat lemah, skala dua (2) adalah lemah, skala tiga (3) adalah
sederhana, skala empat (4) adalah baik dan skala lima (5) adalah cemerlang. Melalui
cara ini, pengkaji mendapat gambaran yang mendalam tentang situasi disamping
menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
41
5.2.3 Temubual
Kaedah temubual juga digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini merupakan
satu keperluan dalam kajian kualitatif. Kaedah ini digunakan untuk mengunpul data-
data atau maklumat-maklumat dengan menggunakan lisan daripada temubual rakan-
rakan subjek kajian. Pemilihan rakan sampel yang dibuat adalah dengan mencari
rakan-rakan yang paling rapat dengan sampel dan sering bersama dengan sampel.
Rakan-rakan yang rapat dapat memberikan maklumat yang tepat dan dapat
menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Soalan temubual telah disediakan
oleh pengkaji berdasarkan pengalaman mengajar, buku-buku rujukan dan bantuan
daripada rakan sejawat. Kaedah temubual ini dijalankan secara tidak formal.
Hasil yang diperolehi daripada kaedah temubual dijadikan panduan asas bagi
merangka kaedah instrumen bagi kajian ini. Lazimnya, kaedah temubual juga boleh
dijalankan secara terus kepada sampel atau juga faktor persekitaran yang
mempengaruhi sampel seperti guru-guru lain yang mengajar atau ibu bapa mereka.
Walaubagaimanapun temubual biasanya bergantung kepada jawapan yang diberikan
oleh rakan sampel.
42
5.3 Perancangan Menganalisis Data
Bagi menjalankan sesuatu kajian dalam fasa pertama iaitu pengumpulan data
secara kuantitatif, Indeks Jisim Tubuh ke atas sampel tahun empat (4) diambil. Fasa
kedua mengkehendaki menjalankan kajian secara mendalam ke atas ketiga-tiga
sampel yang tergolong dalam kumpulan obesiti. Data yang dipungut dianalisis,
diterjemahkan bagi menjawab hipotesis kajian. Penganalisisan pelbagai jenis
hubungan boleh dilakukan melalui pelbagai teknik yang tepat dan sesuai. Menurut
pendapat Gay (1992), pemilihan jenis ujian statistik ditentukan melalui reka bentuk
kajian dan skala pengukuran.
Data-data hanya akan diperolehi selepas kajian selesai dijalankan untuk
melihat kajian tersebut mempunyai kesahan yang tinggi. Melalui data-data yang
diperolehi juga, guru dapat membuat perubahan dan pembaharuan dalam cara
pengajaran dan pembelajaran agar semua objektif yang ingin dicapai dalam kajian
dapat dicapai sepenuhnya.
Hasil dapatan data-data yang diterima melalui kaedah yang dibuat
dipindahkan ke dalam komputer melalui program “Excel”. Data-data yang
digunakan adalah berasaskan penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan
tahap kecergasan fizikal bagi sampel. Data-data yang didapati adalah melalui hasil
tinjauan masalah, kaedah soal selidik dan kaedah temubual.
43
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Terdapat beberapa prosedur yang boleh digunakan untuk pegumpulan data.
Dalam kajian yang akan dibuat ini, prosedur yang digunakan ialah pengkaji sendiri
yang perlu mengutip data yang diperlukan untuk memastikan data yang diperlukan
mempunyai kesahan yang tinggi. Antara prosedur yang digunakan ialah tinjauan
masalah, kaedah soal selidik dan kaedah temubual. Pemilihan prosedur
pengumpulan data sangat penting dalam menyiapkan sesuatu kajian yang dijalankan
agar data yang diperoleh dapat membantu pengkaji mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Tinjauan masalah merupakan satu kaedah atau cara yang akan digunakan
untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan sampel yang dikaji dan tahap
penguasaan kecergasan dalam aktiviti Pendidikan jasmani. Kaedah ini dapat
membantu kerana dapat memberi tumpuan yang lebih mendalam kepada kumpulan
subjek kajian yang tidak cergas semasa mengikuti aktiviti semasa pengajaran
Pendidikan Jasmani. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti punca mengapa sampel
tidak cergas semasa menjalankan aktiviti menyebabkan sampel tidak berminat atau
mempunyai kecenderungan seperti murid-murid lain terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan juga mengenal pasti punca kegagalan sampel yang dikaji
bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam Pendidikan Jasmani dengan baik.
Tinjauan ini dijalankan sendiri oleh pengkaji dengan meminta pandangan dan
pendapat daripada guru-guru lain.
44
Setiap sampel ditimbang berat badan dan diukur ketinggian untuk mengukur
kadar Indeks Jisim Tubuh. Melalui ukuran ini, sampel dapat dikenal pasti sama ada
kurang berat, normal, berisiko berat berlebihan dan obesiti. Pengukuran yang betul
penting dibuat untuk membuat dan merancang sesuatu aktiviti dalam mata pelajaran
Pandidikan Jasmani. Aktiviti yang dibuat mestilah sesuai dengan tahap kecergasan
sampel untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan memberi keseronokan semasa
melakukan aktiviti.
Kaedah soal selidik yang digunakan adalah mengikut soal selidik Skala
Likert. Skala Likert merupakan satu skala nombor integer yang mempunyai sama
selangnya. Pada dasarnya, pengkaji boleh memilih nombor integer bagi mewakili
nilai sesuatu variable. Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan
persetujuan sampel terhadap tahap kecergasan sampel dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani. Skala yang digunakan adalah menggunakan skala pengukur satu (1) hingga
lima (5). Soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif. Melalui
cara ini, pengkaji memdapat gambaran yang mendalam tentang situasi, disamping
menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
45
BAB VI
6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA
Selepas mendapat maklumat dan data dapat dikumpulkan mengikut kesesuian
permasalahan penyelidikan, aktiviti menganalisis data iaitu pemprosesan data,
membuat kenyataan berdasarkan data yang telah diproses, mengaitkan atau
membincangkan dapatan kajian dengan hasil kaedah yang digunakan. Dapatan
kajian atau keputusan kajian adalah berdasarkan dengan beberapa kaedah yang telah
dilakukan ke atas sampel sebelum dan selepas kajian yang dijalankan. Kaedah
pertama yang digunakan ialah kaedah tinjauan masalah. Kaedah tinjauan masalah
digunakan untuk mengenalpasti masalah. Kaedah yang kedua dijalankan ialah
kaedah soal selidik. Tujuan kaedah ini adalah untuk melihat pengetahuan sampel
terhadap masalah yang dihadapi. Manakala kaedah yang ketiga ialah kaedah
temubual rakan sampel. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan sampel.
6.1 Analisis dan Interprestasi Data Tinjauan Masalah
Pada peringkat permulaan, pengkaji membuat tinjauan masalah terhadap
semua murid dalam kelas empat (4) Takzim. Pengkaji telah membuat timbangan
berat dan tinggi untuk mengenal pasti murid yang mempunyai masalah berat badan
dan yang digolongkan dalam golongan obesiti. Setelah membuat tinjauan masalah
dan mengkaji masalah yang terdapat dalam kelas tersebut pengkaji telah menganl
46
pasti terdapat tiga (3) orang sampel yang mempunyai masalah berat badan dan sukar
membuat aktiviti semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani.
Jadual 6.1 :Klasifikasi Sampel
Murid Kekerapan Peratus
Berat Badan Normal 29 90.62
Berat Badan Berlebihan /Obesiti 3 9.38
Jumlah 32 100
90.62%
9.38%
Klasifikasi Sampel
Berat badan normal Berat badan berlebihan
Rajah 6.1 : Graf Klafikasi Sampel
47
Berdasarkan kepada jadual 6.1 di atas, seramai tiga puluh dua (32) orang
murid yang berada didalam kelas empat (4) Takzim. Murid yang telah diambil
sebagai sampel untuk kajian ini adalah murid yang tergolong dalam kumpulan murid
yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Sampel dipilih adalah
berdasarkan Indeks Jisim Tubuh yang telah diukur oleh pengkaji. Daripada jadual
tersebut, didapati seramai dua puluh sembilan (29) orang murid atau sembilan puluh
perpuluhan enam peratus (90.62%) daripadanya adalah murid yang mempunyai berat
badan normal, manakala tiga (3) orang atau sembilan perpuluhan tiga puluh lapan
peratus (9.38%) daripadanya semua murid merupakan murid yang tergolong dalam
kumpulan berat badan berlebihan ataupun obesiti. Kumpulan murid yang tergolong
dalam kumpulan berat badan berlebihan ini merupakan sampel yang dipilih.
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap sampel semasa melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani bersama-sama rakan-rakan yang lain. Semasa pengkaji
membuat aktiviti, sampel tidak bergerak aktif seperti murid-murid yang lain. Murid-
murid yang lain dapat bergerak dengan aktif dan cergas serta dapat mengikut semua
aktiviti yang disuruh oleh pengkaji. Banyak kelemahan yang dapat dilihat oleh
pengkaji sepanjang menjalankan kajian terhadap sampel. Keadaan fizikal yang besar
dan berat badan yang berlebihan menyebabkan sampel tidak dapat bergerak aktif dan
cergas semasa menjalankan aktiviti. Sampel juga malas untuk melakukan aktiviti
seperti yang diarahkan oleh pengkaji.
48
Jadual 6.2 :Keputusan Tinjauan Masalah
Sampe
l
Aktiviti Semasa Tinjauan
Masalah
Aktiviti Selepas Diberi Pemulihan
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1 / / / / /
2 / / / /
3 / / / / /
Petunjuk:
Aktiviti satu (1) :Naik turun bangku
Aktiviti dua (2) :Lari ulang alik
Aktiviti tiga (3) :Skip
Aktiviti empat (4) :Tekan tubi
Aktiviti lima (5) :Lari sambil tukar arah
49
Jadual 6.3 : Hasil Dapatan Kaedah Tinjauan Masalah
Samnpel Aktiviti Semasa
Tinjauan Masalah
Aktiviti Selepas Diberi
Pemulihan
Sampel 1 Dapat melakukan 2
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 3
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Sampel 2 Dapat melakukan 1
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 3
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Sampel 3 Dapat melakukan 2
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 4
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Jadual 6.3 menunjukkan hasil dapatan kaedah pertama yang digunakan.
Semasa pengkaji membuat tinjauan masalah semasa melakukan aktiviti pertama ialah
naik turun bangku selama tiga (3) minit, aktiviti kedua ialah lari ulang alik, aktiviti
ketiga ialah skip, aktiviti keempat ialah tekan tubi dan aktiviti yang kelima ialah lari
sambil tukar arah. Bagi sampel pertama hanya dapat melakukan dua (2) daripada
lima (5) aktiviti, sampel kedua hanya dapat melakukan satu (1) daripada lima (5)
aktiviti manakala sampel ketiga (3) pula dapat membuat dua (2) daripada lima (5)
aktiviti yang diarahkan oleh pengkaji. Keadaan fizikal dan berat badan yang
berlebihan menyebabkan sampel tidak dapat melakukan aktiviti seperti yang
diarahkan oleh pengkaji. Skor min bagi tinjauan masalah bagi aktiviti yang
dijalankan oleh sampel semasa pemerhatian ialah 1.67. Skor ini merupakan skor
purata yang dicapai oleh ketiga-tiga sampel semasa menjalankan aktiviti kecergasan.
50
Setelah membuat tinjauan masalah, pengkaji memberi motivasi dan tunjuk
ajar yang betul serta menerangkan pentingnya melakukan aktiviti kecergasan kepada
sampel. Segala perlakuan aktiviti yang diarahkan oleh pengkaji diberi penerangan
yang lebih lanjut untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam
mengenai aktiviti yang dilakukan. Selepas itu, pengkaji membuat aktiviti yang
kedua terhadap sampel. Terdapat perubahan semasa menjalankan aktiviti yang
kedua, sampel pertama dapat melakukan tiga (3) daripada lima (5) aktiviti, sampel
kedua dapat melakukan tiga (3) daripada lima (5) aktiviti manakala sampel ketiga
dapat melakukan empat (4) daripada (5) aktiviti yang disuruh oleh pengkaji. Sampel
dapat memperbaiki kelemahan yang ada walaupun tidak dapat membuat aktiviti
dengan sebaik yang mungkin. Skor min bagi tinjauan masalah bagi aktiviti yang
dijalankan oleh subjek selepas diberikan bimbingan dan pemulihan ialah 3.33. Skor
ini merupakan skor purata yang dicapai oleh ketiga-tiga subjek semasa menjalankan
aktiviti kecergasan.
Terdapat perbezaan skor min bagi aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh
subjek iaitu sebanyak 1.66. Jelaslah bahawa terdapat kebaikan apabila subjek
diberikan bimbingan dan pemulihan semasa menjalankan aktiviti. Sisihan piawai
bagi kedua skor aktiviti kecergasan semasa pemerhatian dan selepas diberi
pemulihan ialah 1.17. Walaupun terdapat sampel yang berjaya membuat aktiviti
kecergasan, terdapat kelemahan semasa melakukan aktiviti tersebut dan gagal
mendapat keputusan yang lebih baik.
51
6.2 Analisis dan Interprestasi Data Soal Selidik
Kaedah kedua yang digunakan dalam kajian ialah kaedah soal selidik.
Kaedah ini merupakan kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji-pengkaji yang
laian dalam menyiapkan kajian penyelidikan yang dijalankan. Dalam soalan soal
selidik ini terdapat tiga (3) bahagian soalan yang perlu dijawab oleh sampel iaitu
mengenai aspek senaman dan kecergasan, aspek makan secara sihat dan aspek
anatomi dan fisiologi. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat dengan masalah sampel
iaitu tahap kecergasan fizikal dengan Indeks Jisim Tubuh. Melalui soalan soal
selidik ini, pengkaji dapat mengetahui tahap pengetahuan sampel terhadap soalan
yang diberikan. Kaedah soal selidik ini menggunakan skala jawapan lina (5) iaitu
cemerlang, empat (4) adalah baik, tiga (3) adalah sederhana, dua (2) adalah lemah
dan satu (1) adalah sangat lemah. Setiap soalan soal selidik dilabel untuk mengenal
pasti soalan yang diberikan kepada sampel.
52
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 90
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Skor 1Skor 2Skor 3Skor 4Skor 5
Bilangan SampelBilangan Sampel
Rajah 6.2 : Graf Hasil Analisis Soal Selidik Internevsi 1
Jadual 6.4 : Hasil Analisis Soal Selidik Intervensi 1
Skor
Liker
t
Ite
m
1
Ite
m
2
Ite
m
3
Ite
m
4
Ite
m
5
Ite
m
6
Ite
m
7
Ite
m
8
Item
9
1 1 1 2 0 3 0 1 1 1
2 2 1 0 2 0 3 1 2 1
3 0 1 1 1 0 0 1 0 1
4 0 0 0 0 0 0 0 0 0
5 0 0 0 0 0 0 0 0 0
53
Rajah 6.2 dan jadual 6.4 diatas menunjukkan analisis borang soal selidik yang
dijalankan pada intervensi pertama. Semasa intervensi pertama dijalankan, sampel
sangat lemah menjawab soalan yang diberikan. Kebanyakan sampel mendapat skor
1, skor 2 dan skor 3. Secara keseluruhan skor yang diperolehi oleh sampel adalah
peringkat yang lemah.
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 90
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Skor 1Skor 2Skor 3Skor 4Skor 5
Bilangan Sampel
Rajah 6.3 : Graf Hasil Analisis Soal Selidik Internevsi 2
54
Jadual 6.5 : Hasil Analisis Soal Selidik Intervensi 2
Skor
Liker
t
Ite
m
1
Ite
m
2
Ite
m
3
Ite
m
4
Ite
m
5
Ite
m
6
Ite
m
7
Ite
m
8
Item
9
1 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2 1 0 0 1 1 0 0 1 0
3 2 0 1 1 1 1 2 1 1
4 0 3 2 1 0 1 1 1 1
5 0 0 0 0 1 1 0 0 2
Rajah 6.3 dan jadual 6.5 diatas menunjukkan analisis borang soal selidik yang
dijalankan pada intervensi kedua. Semasa intervensi kedua dijalankan, sampel
berada dalam skor sederhana dalam menjawab soalan yang diberikan. Kebanyakan
sampel mendapat skor dua (2), skor tiga (3), skor empat (4) dan skor lima (5).
Terdapat perubahan sampel dalam semasa menjalankan intervensi yang kedua.
Secara keseluruhan skor yang diperolehi oleh sampel adalah peringkat sederhana.
Hasil soal selidik yang dapat dibuat dalam aspek senaman dan kecergasan
ialah sampel kurang mempraktikkan dan bergiat aktif dalam aktiviti senaman dan
kecergasan dalam amalan seharian. Sampel tidak mempunyai tubuh badan yang
sihat dan cergas. Sampel tidak melakukan aktiviti senaman setiap hari dan tidak
melakukan aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Dalam aspek makan secara sihat pula, sampel tidak
mengamalkan pengambilan makanan secara teratur dan bersistematik. Sampel tidak
55
dapat memastikan makanan yang dimakan selamat, bersih dan bersat untuk dimakan.
Sampel juga tidak mengamalkan makan makanan yang seimbang. Melalui aspek
anatomi dan fisiologi tubuh badan, sampel kurang mendapat pendedahan tentang
perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Sampel juga kurang mendapat pendedahan
tentang masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.
Melalui soalan soal selidik ini, jelaslah bahawa sampel kurang mendapat pendedahan
cara untuk mendapat tubuh badan yang cergas. Keadaan inilah yang menyebabkan
tahap kecergasan fizikal sampel sangat lemah dan sering ketinggalan semasa
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.
6.3 Analisis dan Interprestasi Data Temubual
Kaedah yang ketiga digunakan oleh pengkaji ialah kaedah temubual yang
dijalankan terhadap rakan sebaya sampel didalam kelas yang sama. Temubual ini
dijalankan secara tidak formal iaitu dijalankan selepas sesi pengajaran. Sesi
temubual diadakan antara rakan sampel yang paling rapat dan paling mengenali
sampel. Pemilihan rakan sampel yang tepat sangat penting untuk mendapatkan hasil
yang baik dalam penyelidikan. Setiap rakan sampel diberi tujuh (7) soalan. Soalan-
soalan yang diajukan merupakan soalan yang berkaitan dengan tahap kecergasan
fizikal, amalan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan sampel. Soalan-soalan yang
dihasilkan oleh pengkaji adalah untuk melihat sejauh mana sampel mempunyai tahap
kecergasan, amalan gaya hidup sihat yang diamalkan dan amalan pemakanan yang
seimbang. Perkara-perkara ini sangat penting ke arah membentuk seseorang sampel
yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.
56
Jadual 6.6 : Item-item yang terdapat dalam soal selidik
Item Soalan
1 Adakah sampel gemar melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani ?
2 Apakah yang dapat anda perhatikan perlakuan sampel semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani ?
3 Adakah sampel bergerak aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ?
4 Adakah semua aktiviti yang diarahkan oleh guru dapat dijalankan oleh
sampel ?
5 Apakah kelemahan sampel sepanjang menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani ?
6 Adakah sampel mengamalkan cara hidup yang sihat ?
7 Adakah sampel sering melakukan aktiviti senaman pada setiap hari ?
57
Jadual 6.7 :Analisis Transkrip Temubual Soalan 1
Soalan 1 : Adakah sampel gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel kurang berminat untuk melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 2 :Sampel sering tidak memberi alasan apabila diarahkan oleh
guru untuk melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 3 :Sampel tidak gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kerana
sering tidak hadir ke sekolah kerana merasakan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang tidak
penting.
Berdasarkan jadual 6.7 menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
satu (1). Sampel tidak gemar melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sampel merasakan aktiviti yang dijalankan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu
aktiviti yang memenatkan dan tidak memberi faedah kepada sampel. Sampel juga
58
jarang melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani.
Jadual 6.8 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 2
Soalan 2 : Apakah yang dapat anda perhatikan perlakuan sampel
semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 : Semasa sampel melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
banyak pergerakan yang dibuat salah dan sampel sukar untuk
mengikuti semua aktiviti yang dijalankan seperti murid
yang lain.
Rakan sampel 2 : Keadaan sampel yang mempunyai saiz badan yang besar
menyebabkan sampel sukar untuk melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 3 : Sampel membuat aktiviti Pendidikan Jasmani secara sambil
lewa apabila diarahkan oleh guru.
____________________________________________________________________
Berdasarkan jadual 6.8, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
dua (2). Sampel kurang aktif semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
59
Pendidikan Jasmani. Kurangnya penglibatan sampel dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani menyebabkan sampel tidak dapat memahami kemahiran yang diajar oleh
guru dan mereka juga tidak dapat merasakan bagaimana melakukan aktiviti yang
diajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh guru juga tidak dapat
dicapai dengan sepenuhnya.
Jadual 6.9 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 3
Soalan 3 : Adakah sampel bergerak aktif dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak melakukan aktiviti yang diajar dengan guru
dengan betul dan tidak dapat menguasai kemahiran dengan
baik.
Rakan sampel 2 :Sampel sering memberi alasan letih apabila disuruh oleh guru
untuk melakukan aktiviti.
Rakan sampel 3 :Pergerakan yang dilakukan oleh sampel sering dibuat dengan
cara yang tidak betul dan sampel malas melakukan aktiviti
yang disuruh oleh guru.
60
Berdasarkan jadual 6.9, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
tiga (3), sampel tidak bergerak dengan aktif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sampel kurang bergerak cergas disebabkan oleh keadaan badan yang
besar menyebabkan pergerakan yang dibuat tidak dapat dibuat dengan baik dan
betul. Kebanyakan kemahiran memerlukan kelenturan, fleksibiliti, kepantasan dan
daya tahan fizikal yang tinggi. Kemahiran-kemahiran ini hanya dapat dicapai oleh
seseorang yang mempunyai bentuk badan yang normal.
Jadual 6.10 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 4
Soalan 4 : Adakah semua aktiviti yang diarahkan oleh guru dapat
dijalankan oleh sampel ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Kebanyakan aktiviti yang diarahkan oleh guru tidak dapat
dilakukan oleh sampel.
Rakan sampel 2 :Sampel hanya berminat melakukan aktivitti yang tidak
melibatkan pergerakan yang banyak.
Rakan sampel 3 :Terdapat juga beberapa aktiviti yang dapat dilakukan tetapi
mengikut kemahiran yang tertentu sahaja.
___________________________________________________________________
61
Berdasarkan jadual 6.10, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
empat (4). Berdasarkan sesi temuramah yang dilakukan sampel kebanyakannya
tidak dapat melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Hanya terdapat beberapa
kemahiran sahaja yang dapat dicapai oleh sampel semasa melakukan aktiviti
mengikut kemampuan yang ada pada sampel.
Jadual 6.11: Analisis Transkrip Temubual Soalan 5
Soalan 5 : Apakah kelemahan sampel sepanjang menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak dapat melakukan aktiviti yang memerlukan
kemahiran kepantasan untuk bergerak.
Rakan sampel 2 :Semua aktiviti yang memerlukan kemahiran fleksibiliti tidak
dapat dikuasai oleh sampel.
Rakan sampel 3 :Sampel gagal melakukan aktiviti yang memerlukan
kepantasan semasa bergerak dan bertindak balas semasa
melakukan aktiviti.
62
Berdasarkan jadual 6.11, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
lima (5). Kemahiran kepantasan dan fleksibiliti yang dipelajari oleh sampel tidak
dapat dibuat kerana keadaan badan yang besar dan obes. Keadaan badan yang besar
dan berat menyukarkan sampel untuk bergark cergas semasa melakukan aktiviti.
Semua aktiviti yang memerlukan kepantasan tidak dapat dilakukan oleh sampel.
Jadual 6.12 : Analisis transkrip temubual soalan 6
Soalan 6 : Adakah sampel mengamalkan cara hidup yang sihat ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel kurang memahami bagaimana untuk mengamalkan
cara hidup sihat.
Rakan sampel 2 :Sampel tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul untuk
menjaga kesihatan dan tidak mengamalkan cara hidup yang
sihat.
Rakan sampel 3 :Sampel tidak mementingkan cara hidup yang sihat.
Berdasarkan jadual 6.12, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
enam (6). Kebanyakan sampel tidak mementingkan cara hidup sihat untuk menjaga
kesihatan tubuh badan mereka. Kurangnya mengamalkan cara hidup yang sihat
63
menyebabkan sampel tergolong dalam kumpulan murid yang obesiti. Cara hidup
yang sihat merupakan satu aspek yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang
sihat dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial. Bentuk badan seseorang
menggambarkan cara hidup diamalkan.
Jadual 6.13: Analisis Transkrip Temubual Soalan 7
Soalan 7 : Adakah sampel sering melakukan aktiviti senaman pada
setiap hari ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak gemar bersukan dan bersukan.
Rakan sampel 2 :Sampel jarang melakukan aktiviti senaman dan hanya
melakukan aktiviti senaman semasa berada di sekolah.
Rakan sampel 3 :Sampel hanya melakukan aktiviti senaman semasa disuruh
oleh guru.
Berdasarkan jadual 6.13, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
tujuh (7). Berdasarkan jawapan rakan sampel, kebanyakan sampel jarang melakukan
64
aktiviti senaman. Sampel hanya melakukan aktiviti senaman semasa berada di
sekolah. Semasa berada di rumah, sampel hanya gemar menghabiskan masa dengan
permainan komputer serta telefon yang tidak dapat memberi kebaikan kepada
kesihatan tubuh badan. Sampel mempunyai tubuh badan yang besar disebabkan
kurangnya penglibatan dalam aktiviti senaman. Aktiviti senaman yang betul dan
teratur dapat menjadikan tubuh sihat dan membentuk badan yang cantik.
Berdasarkan jawapan dan keputusan oleh rakan sampel, pengkaji telah
memberi motivasi dan bimbingan kepada sampel mengenai pentingnya melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Pengkaji juga juga dapat melihat penggunaan Indeks
Jisim Tubuh sangat berkaitan dengan tahap kecergasan fizikal bagi murid sekolah
rendah. Terdapat perubahan yang dapat dilihat pada diri sampel setelah pengkaji
memberi motivasi dan bimbingan.
Sampel mula merasakan subjek Pendidikan Jasmani merupakan mata
pelajaran yang penting. Oleh itu, tumpuan dan minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani diutamakan. Sampel juga gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan semasa menjalankan
aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru. Sampel juga mengamalkan gaya hidup
yang sihat semasa berada di rumah atau di sekolah. Masa hanya dihabiskan dengan
melakukan aktiviti senaman dan bersukan untuk menjadikan badan lebih ideal.
Sampel juga mula mengamalkan makan secara sihat. Setiap makanan yang dimakan
adalah mengikut kepentingan tubuh badan berdasarkan kandungan sumber yang
terdapat dalam makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral dan
sebagainya.
65
Sampel juga mula mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalani hidup
secara sihat. Sampel merasakan bahawa aktiviti kecergasan sangat penting bagi
kesihatan tubuh badan mereka. Sampel mula mempunyai masa untuk bersenam atau
menjalankan aktiviti kecergasan semasa berada di rumah. Minat dan tumpuan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga diberikan semasa berada di sekolah.
Semua aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Sampel mempunyai masa untuk
bersenam. Aktiviti senaman dilakukan di sekolah iaitu semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani dengan bersungguh-sungguh. Dalam aspek pemakanan, sampel mula
mengamalkan makan makanan yang seimbang dan baik untuk kesihatan.
Sampel merasakan kecergasan fizikal merupakan satu aspek yang sangat
penting. Sampel merasakan dirinya masih menjadi sihat dan dapat bergerak seperti
murid-murid yang lain semasa melakukan aktiviti. Sampel merasakan aktiviti
Pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang menarik kerana kerana mempunyai
aktivit yang pelbagai. Setiap arahan dalam sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang
diberikan perlulah dipatuhi oleh sampel.
66
BAB VII
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang menunjukkan
penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan tahap kecergasan fizikal bagi
murid sekolah rendah. Dapatan ini juga akan menyokong beberapa kajian lalu yang
telah dijalankan. Bab ini juga akan memberi kesimpulan secara keseluruhan bagi
data yang telah dikumpul dan kesimpulan terhadap cadangan yang diberikan.
Kajian ini dijalankan dalam bentuk bukan eksperimen dengan menggunakan
pendekatan yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang mampu
memberikan kekuatan kepada dapatan kajian yang bertujuan untuk menguji tahap
kecergasan fizikal sampel. Kajian tindakan ini adalah berpandukan model Kemmis
dan Tanggart (1992) dimana pengkaji perlu membuat tinjauan, merancang tindakan,
melaksana untuk mengkaji, mengumpul data akhir bersama membuat refleksi.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam kajian ini untuk memastikan kajian
ini dapat dihasilkan dengan sempurna. Sampel terdiri daripada tiga (3) orang murid
dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Antara instrumen
yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, soal selidik dan temubual.
67
7.2 Persoalan Kajian
Perbincangan dapatan kajian dibuat berasaskan kepada persoalan-persoalan
kajian tentang mengenal pasti penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan
kecergasan fizikal bagi murid sekolah rendah. Sampel yang digunakan dalam kajian
ini adalah tiga (3) orang murid yang berumur sepuluh (10) tahun dan bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Antara persoalan kajian ialah:
7.2.1 Adakah Indeks Jisim Tubuh mempunyai perkaitan dengan tahap kecergasan
fizikal sampel ?
Bagi persolan yang pertama kajian, pengkaji telah mendapat keputusan
malalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan terhadap sampel semasa
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Semasa pengkaji membuat aktiviti, sampel tidak bergerak aktif seperti murid-murid
yang lain. Murid-murid yang lain dapat bergerak dengan aktif dan cergas serta
dapat mengikut semua aktiviti yang disuruh oleh pengkaji. Banyak kelemahan
yang dapat dilihat oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian terhadap sampel.
Keadaan fizikal yang besar dan berat badan yang berlebihan menyebabkan sampel
tidak dapat bergerak aktif dan cergas semasa menjalankan aktiviti. Sampel juga
malas untuk melakukan aktiviti seperti yang diarahkan oleh pengkaji dengan
sempurna.
68
Jadual 6.2 :Keputusan Tinjauan Masalah
Sampe
l
Aktiviti Semasa Tinjauan
Masalah
Aktiviti Selepas Diberi Pemulihan
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1 / / / / /
2 / / / /
3 / / / / /
Petunjuk:
Aktiviti satu (1) :Naik turun bangku
Aktiviti dua (2) :Lari ulang alik
Aktiviti tiga (3) :Skip
Aktiviti empat (4) :Tekan tubi
Aktiviti lima (5) :Lari sambil tukar arah
69
Jadual 6.3 : Hasil Dapatan Kaedah Tinjauan Masalah
Samnpel Aktiviti Semasa
Tinjauan Masalah
Aktiviti Selepas Diberi
Pemulihan
Sampel 1 Dapat melakukan 2
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 3
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Sampel 2 Dapat melakukan 1
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 3
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Sampel 3 Dapat melakukan 2
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Dapat melakukan 4
daripada 5 aktiviti
kecergasan dengan baik
Jadual 6.3 menunjukkan hasil dapatan kaedah pertama yang digunakan.
Semasa pengkaji membuat tinjauan masalah semasa melakukan aktiviti pertama ialah
naik turun bangku selama tiga (3) minit, aktiviti kedua ialah lari ulang alik, aktiviti
ketiga ialah skip, aktiviti keempat ialah tekan tubi dan aktiviti yang kelima ialah lari
sambil tukar arah. Bagi sampel pertama hanya dapat melakukan dua (2) daripada
lima (5) aktiviti, sampel kedua hanya dapat melakukan satu (1) daripada lima (5)
aktiviti manakala sampel ketiga (3) pula dapat membuat dua (2) daripada lima (5)
aktiviti yang diarahkan oleh pengkaji. Keadaan fizikal dan berat badan yang
berlebihan menyebabkan sampel tidak dapat melakukan aktiviti seperti yang
diarahkan oleh pengkaji. Skor min bagi tinjauan masalah bagi aktiviti yang
dijalankan oleh sampel semasa pemerhatian ialah 1.67. Skor ini merupakan skor
purata yang dicapai oleh ketiga-tiga sampel semasa menjalankan aktiviti kecergasan.
70
Setelah membuat tinjauan masalah, pengkaji memberi motivasi dan tunjuk
ajar yang betul serta menerangkan pentingnya melakukan aktiviti kecergasan kepada
sampel. Segala perlakuan aktiviti yang diarahkan oleh pengkaji diberi penerangan
yang lebih lanjut untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam
mengenai aktiviti yang dilakukan. Selepas itu, pengkaji membuat aktiviti yang
kedua terhadap sampel. Terdapat perubahan semasa menjalankan aktiviti yang
kedua, sampel pertama dapat melakukan tiga (3) daripada lima (5) aktiviti, sampel
kedua dapat melakukan tiga (3) daripada lima (5) aktiviti manakala sampel ketiga
dapat melakukan empat (4) daripada (5) aktiviti yang disuruh oleh pengkaji. Sampel
dapat memperbaiki kelemahan yang ada walaupun tidak dapat membuat aktiviti
dengan sebaik yang mungkin. Skor min bagi tinjauan masalah bagi aktiviti yang
dijalankan oleh subjek selepas diberikan bimbingan dan pemulihan ialah 3.33. Skor
ini merupakan skor purata yang dicapai oleh ketiga-tiga subjek semasa menjalankan
aktiviti kecergasan.
Terdapat perbezaan skor min bagi aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh
subjek iaitu sebanyak 1.66. Jelaslah bahawa terdapat kebaikan apabila subjek
diberikan bimbingan dan pemulihan semasa menjalankan aktiviti. Sisihan piawai
bagi kedua skor aktiviti kecergasan semasa pemerhatian dan selepas diberi
pemulihan ialah 1.17. Walaupun terdapat sampel yang berjaya membuat aktiviti
kecergasan, terdapat kelemahan semasa melakukan aktiviti tersebut dan gagal
mendapat keputusan yang lebih baik.
71
7.2.2 Bagaimanakah Indeks Jisim Tubuh murid mempengaruhi aktiviti fizikal
sampel ?
Bagi persoalan yang kedua, pengkaji dapat menjawab persoalan kajian
melalui kaedah kedua dan kaedah yang ketiga kaedah soal selidik dan kaedah
temubual rakan sampel. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang sering
digunakan oleh pengkaji-pengkaji yang laian dalam menyiapkan kajian penyelidikan
yang dijalankan. Dalam soalan soal selidik ini terdapat tiga (3) bahagian soalan yang
perlu dijawab oleh sampel iaitu mengenai aspek senaman dan kecergasan, aspek
makan secara sihat dan aspek anatomi dan fisiologi. Ketiga-tiga aspek ini berkait
rapat dengan masalah sampel iaitu tahap kecergasan fizikal dengan Indeks Jisim
Tubuh. Melalui soalan soal selidik ini, pengkaji dapat mengetahui tahap
pengetahuan sampel terhadap soalan yang diberikan. Kaedah soal selidik ini
menggunakan skala jawapan lina (5) iaitu cemerlang, empat (4) adalah baik, tiga (3)
adalah sederhana, dua (2) adalah lemah dan satu (1) adalah sangat lemah. Setiap
soalan soal selidik dilabel untuk mengenal pasti soalan yang diberikan kepada
sampel.
72
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 90
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Skor 1Skor 2Skor 3Skor 4Skor 5
Bilangan SampelBilangan Sampel
Rajah 6.2 : Graf Hasil Analisis Soal Selidik Internevsi 1
Jadual 6.4 : Hasil Analisis Soal Selidik Intervensi 1
Skor
Liker
t
Ite
m
1
Ite
m
2
Ite
m
3
Ite
m
4
Ite
m
5
Ite
m
6
Ite
m
7
Ite
m
8
Item
9
1 1 1 2 0 3 0 1 1 1
2 2 1 0 2 0 3 1 2 1
3 0 1 1 1 0 0 1 0 1
4 0 0 0 0 0 0 0 0 0
5 0 0 0 0 0 0 0 0 0
73
Rajah 6.2 dan jadual 6.4 diatas menunjukkan analisis borang soal selidik yang
dijalankan pada intervensi pertama. Semasa intervensi pertama dijalankan, sampel
sangat lemah menjawab soalan yang diberikan. Kebanyakan sampel mendapat skor
1, skor 2 dan skor 3. Secara keseluruhan skor yang diperolehi oleh sampel adalah
peringkat yang lemah.
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 90
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Skor 1Skor 2Skor 3Skor 4Skor 5
Bilangan Sampel
Rajah 6.3 : Graf Hasil Analisis Soal Selidik Internevsi 2
74
Jadual 6.5 : Hasil Analisis Soal Selidik Intervensi 2
Skor
Liker
t
Ite
m
1
Ite
m
2
Ite
m
3
Ite
m
4
Ite
m
5
Ite
m
6
Ite
m
7
Ite
m
8
Item
9
1 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2 1 0 0 1 1 0 0 1 0
3 2 0 1 1 1 1 2 1 1
4 0 3 2 1 0 1 1 1 1
5 0 0 0 0 1 1 0 0 2
Rajah 6.3 dan jadual 6.5 diatas menunjukkan analisis borang soal selidik yang
dijalankan pada intervensi kedua. Semasa intervensi kedua dijalankan, sampel
berada dalam skor sederhana dalam menjawab soalan yang diberikan. Kebanyakan
sampel mendapat skor dua (2), skor tiga (3), skor empat (4) dan skor lima (5).
Terdapat perubahan sampel dalam semasa menjalankan intervensi yang kedua.
Secara keseluruhan skor yang diperolehi oleh sampel adalah peringkat sederhana.
Hasil soal selidik yang dapat dibuat dalam aspek senaman dan kecergasan
ialah sampel kurang mempraktikkan dan bergiat aktif dalam aktiviti senaman dan
kecergasan dalam amalan seharian. Sampel tidak mempunyai tubuh badan yang
sihat dan cergas. Sampel tidak melakukan aktiviti senaman setiap hari dan tidak
melakukan aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Dalam aspek makan secara sihat pula, sampel tidak
75
mengamalkan pengambilan makanan secara teratur dan bersistematik. Sampel tidak
dapat memastikan makanan yang dimakan selamat, bersih dan bersat untuk dimakan.
Sampel juga tidak mengamalkan makan makanan yang seimbang. Melalui aspek
anatomi dan fisiologi tubuh badan, sampel kurang mendapat pendedahan tentang
perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Sampel juga kurang mendapat pendedahan
tentang masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.
Melalui soalan soal selidik ini, jelaslah bahawa sampel kurang mendapat pendedahan
cara untuk mendapat tubuh badan yang cergas. Keadaan inilah yang menyebabkan
tahap kecergasan fizikal sampel sangat lemah dan sering ketinggalan semasa
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.
Kaedah yang ketiga digunakan oleh pengkaji ialah kaedah temubual yang
dijalankan terhadap rakan sebaya sampel didalam kelas yang sama. Temubual ini
dijalankan secara tidak formal iaitu dijalankan selepas sesi pengajaran. Sesi
temubual diadakan antara rakan sampel yang paling rapat dan paling mengenali
sampel. Pemilihan rakan sampel yang tepat sangat penting untuk mendapatkan hasil
yang baik dalam penyelidikan. Setiap rakan sampel diberi tujuh (7) soalan. Soalan-
soalan yang diajukan merupakan soalan yang berkaitan dengan tahap kecergasan
fizikal, amalan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan sampel. Soalan-soalan yang
dihasilkan oleh pengkaji adalah untuk melihat sejauh mana sampel mempunyai tahap
kecergasan, amalan gaya hidup sihat yang diamalkan dan amalan pemakanan yang
seimbang. Perkara-perkara ini sangat penting ke arah membentuk seseorang sampel
yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.
76
Jadual 6.6 : Item-item yang terdapat dalam soal selidik
Item Soalan
1 Adakah sampel gemar melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani ?
2 Apakah yang dapat anda perhatikan perlakuan sampel semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani ?
3 Adakah sampel bergerak aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ?
4 Adakah semua aktiviti yang diarahkan oleh guru dapat dijalankan oleh
sampel ?
5 Apakah kelemahan sampel sepanjang menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani ?
6 Adakah sampel mengamalkan cara hidup yang sihat ?
7 Adakah sampel sering melakukan aktiviti senaman pada setiap hari ?
77
Jadual 6.7 :Analisis Transkrip Temubual Soalan 1
_________________________________________________________________
Soalan 1 : Adakah sampel gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel kurang berminat untuk melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 2 :Sampel sering tidak memberi alasan apabila diarahkan oleh
guru untuk melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 3 :Sampel tidak gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kerana
sering tidak hadir ke sekolah kerana merasakan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang tidak
penting.
Berdasarkan jadual 6.7 menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
satu (1). Sampel tidak gemar melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sampel merasakan aktiviti yang dijalankan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu
aktiviti yang memenatkan dan tidak memberi faedah kepada sampel. Sampel juga
78
jarang melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani.
Jadual 6.8 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 2
Soalan 2 : Apakah yang dapat anda perhatikan perlakuan sampel
semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani ?
___________________________________________________________________
Rakan sampel 1 : Semasa sampel melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
banyak pergerakan yang dibuat salah dan sampel sukar untuk
mengikuti semua aktiviti yang dijalankan seperti murid
yang lain.
Rakan sampel 2 : Keadaan sampel yang mempunyai saiz badan yang besar
menyebabkan sampel sukar untuk melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.
Rakan sampel 3 : Sampel membuat aktiviti Pendidikan Jasmani secara sambil
lewa apabila diarahkan oleh guru.
____________________________________________________________________
Berdasarkan jadual 6.8, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
dua (2). Sampel kurang aktif semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Kurangnya penglibatan sampel dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani menyebabkan sampel tidak dapat memahami kemahiran yang diajar oleh
79
guru dan mereka juga tidak dapat merasakan bagaimana melakukan aktiviti yang
diajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh guru juga tidak dapat
dicapai dengan sepenuhnya.
Jadual 6.9 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 3
Soalan 3 : Adakah sampel bergerak aktif dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak melakukan aktiviti yang diajar dengan guru
dengan betul dan tidak dapat menguasai kemahiran dengan
baik.
Rakan sampel 2 :Sampel sering memberi alasan letih apabila disuruh oleh guru
untuk melakukan aktiviti.
Rakan sampel 3 :Pergerakan yang dilakukan oleh sampel sering dibuat dengan
cara yang tidak betul dan sampel malas melakukan aktiviti
yang disuruh oleh guru.
________________________________________________________________
Berdasarkan jadual 6.9, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
tiga (3), sampel tidak bergerak dengan aktif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sampel kurang bergerak cergas disebabkan oleh keadaan badan yang
80
besar menyebabkan pergerakan yang dibuat tidak dapat dibuat dengan baik dan
betul. Kebanyakan kemahiran memerlukan kelenturan, fleksibiliti, kepantasan dan
daya tahan fizikal yang tinggi. Kemahiran-kemahiran ini hanya dapat dicapai oleh
seseorang yang mempunyai bentuk badan yang normal.
Jadual 6.10 : Analisis Transkrip Temubual Soalan 4
Soalan 4 : Adakah semua aktiviti yang diarahkan oleh guru dapat
dijalankan oleh sampel ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Kebanyakan aktiviti yang diarahkan oleh guru tidak dapat
dilakukan oleh sampel.
Rakan sampel 2 :Sampel hanya berminat melakukan aktivitti yang tidak
melibatkan pergerakan yang banyak.
Rakan sampel 3 :Terdapat juga beberapa aktiviti yang dapat dilakukan tetapi
mengikut kemahiran yang tertentu sahaja.
_______________________________________________________________
Berdasarkan jadual 6.10, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
empat (4). Berdasarkan sesi temuramah yang dilakukan sampel kebanyakannya
tidak dapat melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Hanya terdapat beberapa
81
kemahiran sahaja yang dapat dicapai oleh sampel semasa melakukan aktiviti
mengikut kemampuan yang ada pada sampel.
Jadual 6.11: Analisis Transkrip Temubual Soalan 5
Soalan 5 : Apakah kelemahan sampel sepanjang menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak dapat melakukan aktiviti yang memerlukan
kemahiran kepantasan untuk bergerak.
Rakan sampel 2 :Semua aktiviti yang memerlukan kemahiran fleksibiliti tidak
dapat dikuasai oleh sampel.
Rakan sampel 3 :Sampel gagal melakukan aktiviti yang memerlukan
kepantasan semasa bergerak dan bertindak balas semasa
melakukan aktiviti.
Berdasarkan jadual 6.11, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
lima (5). Kemahiran kepantasan dan fleksibiliti yang dipelajari oleh sampel tidak
dapat dibuat kerana keadaan badan yang besar dan obes. Keadaan badan yang besar
82
dan berat menyukarkan sampel untuk bergark cergas semasa melakukan aktiviti.
Semua aktiviti yang memerlukan kepantasan tidak dapat dilakukan oleh sampel.
Jadual 6.12 : Analisis transkrip temubual soalan 6
Soalan 6 : Adakah sampel mengamalkan cara hidup yang sihat ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel kurang memahami bagaimana untuk mengamalkan
cara hidup sihat.
Rakan sampel 2 :Sampel tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul untuk
menjaga kesihatan dan tidak mengamalkan cara hidup yang
sihat.
Rakan sampel 3 :Sampel tidak mementingkan cara hidup yang sihat.
Berdasarkan jadual 6.12, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
enam (6). Kebanyakan sampel tidak mementingkan cara hidup sihat untuk menjaga
kesihatan tubuh badan mereka. Kurangnya mengamalkan cara hidup yang sihat
menyebabkan sampel tergolong dalam kumpulan murid yang obesiti. Cara hidup
yang sihat merupakan satu aspek yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang
83
sihat dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial. Bentuk badan seseorang
menggambarkan cara hidup diamalkan.
Jadual 6.13: Analisis Transkrip Temubual Soalan 7
Soalan 7 : Adakah sampel sering melakukan aktiviti senaman pada
setiap hari ?
____________________________________________________________________
Rakan sampel 1 :Sampel tidak gemar bersukan dan bersukan.
Rakan sampel 2 :Sampel jarang melakukan aktiviti senaman dan hanya
melakukan aktiviti senaman semasa berada di sekolah.
Rakan sampel 3 :Sampel hanya melakukan aktiviti senaman semasa disuruh
oleh guru.
Berdasarkan jadual 6.13, menunjukkan keputusan sesi temubual bagi soalan
tujuh (7). Berdasarkan jawapan rakan sampel, kebanyakan sampel jarang melakukan
aktiviti senaman. Sampel hanya melakukan aktiviti senaman semasa berada di
sekolah. Semasa berada di rumah, sampel hanya gemar menghabiskan masa dengan
permainan komputer serta telefon yang tidak dapat memberi kebaikan kepada
kesihatan tubuh badan. Sampel mempunyai tubuh badan yang besar disebabkan
84
kurangnya penglibatan dalam aktiviti senaman. Aktiviti senaman yang betul dan
teratur dapat menjadikan tubuh sihat dan membentuk badan yang cantik.
Berdasarkan jawapan dan keputusan oleh rakan sampel, pengkaji telah
memberi motivasi dan bimbingan kepada sampel mengenai pentingnya melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Pengkaji juga juga dapat melihat penggunaan Indeks
Jisim Tubuh sangat berkaitan dengan tahap kecergasan fizikal bagi murid sekolah
rendah. Terdapat perubahan yang dapat dilihat pada diri sampel setelah pengkaji
memberi motivasi dan bimbingan.
Sampel mula merasakan subjek Pendidikan Jasmani merupakan mata
pelajaran yang penting. Oleh itu, tumpuan dan minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani diutamakan. Sampel juga gemar melakukan aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan semasa menjalankan
aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru. Sampel juga mengamalkan gaya hidup
yang sihat semasa berada di rumah atau di sekolah. Masa hanya dihabiskan dengan
melakukan aktiviti senaman dan bersukan untuk menjadikan badan lebih ideal.
Sampel juga mula mengamalkan makan secara sihat. Setiap makanan yang dimakan
adalah mengikut kepentingan tubuh badan berdasarkan kandungan sumber yang
terdapat dalam makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral dan
sebagainya.
Sampel juga mula mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalani hidup
secara sihat. Sampel merasakan bahawa aktiviti kecergasan sangat penting bagi
85
kesihatan tubuh badan mereka. Sampel mula mempunyai masa untuk bersenam atau
menjalankan aktiviti kecergasan semasa berada di rumah. Minat dan tumpuan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga diberikan semasa berada di sekolah.
Semua aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Sampel mempunyai masa untuk
bersenam. Aktiviti senaman dilakukan di sekolah iaitu semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani dengan bersungguh-sungguh. Dalam aspek pemakanan, sampel mula
mengamalkan makan makanan yang seimbang dan baik untuk kesihatan.
Sampel merasakan kecergasan fizikal merupakan satu aspek yang sangat
penting. Sampel merasakan dirinya masih menjadi sihat dan dapat bergerak seperti
murid-murid yang lain semasa melakukan aktiviti. Sampel merasakan aktiviti
Pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang menarik kerana kerana mempunyai
aktivit yang pelbagai. Setiap arahan dalam sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang
diberikan perlulah dipatuhi oleh sampel.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian atau keputusan kajian adalah
berdasarkan dengan beberapa pendekatan yang dilakukan ke atas sampel. Melalui
kaedah pemerhatian, pengkaji dapat melihat bahawa sampel yang mempunyai Indeks
Jisim Tubuh yang tergolong dalam kumpulan obesiti mempunyai tahap kecergasan
yang rendah. Pergerakan yang lambat dan kesukaran untuk bergerak adalah
disebabkan oleh berat badan yang berlebihan sampel. Melalui kaedah soal selidik,
pengkaji dapat mengetahui tahap pengetahuan dan amalan hidup sihat yang
diamalkan oleh sampel. Sampel perlu menjawab soalan soal selidik agar pengkaji
86
dapat membuat rumusan terhadap masalah yang timbul sepanjang menjalankan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Melalui kaedah temubual rakan sampel pula, pengkaji
dapat mengetahui perkara-perkara yang tidak dapat dilihat pada sampel seperti latar
belakang sampel, tabiat sampel dan sebagainya.
87
BAB VIII
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
8.1 Cadangan Kajian
Proses pengajaran dan pembelajaran masih mempunyai ruang yang luas untuk
diterokai demi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Melalui
hasil dapatan kajian ini didapati boleh memberi implikasi kepada beberapa pihak
seperti murid-murid, ibubapa, guru, pentadbir sekolah atau penggubal dasar
berkaitan dengan pendidikan. Beberapa cadangan kajian yang dapat dibuat oleh
pengkaji iaitu:
8.1.1 Murid-murid
Murid perlu mengetahui bahawa Indeks Jisim Tubuh mempunyai hubungan
antara tahap kecergasan fizikal sampel. Bagi sampel yang terlibat dengan kajian ini,
secara tidak langsung dapat mengetahui tahap kecergasan fizikal mereka. Kajian
yang lebih teliti mengenai tahap kecergasan fizikal amat penting untuk menjadikan
sampel golongan yang sihat bukan sahaja fizikal, malah juga kesihatan dari segi
mental.
88
8.1.2 Ibu bapa
Walaupun tanggungjawab mendidik secara formal terletak dibahu pihak
sekolah, namun peranan ibu bapa dalam menentukan tahap kecergasan fizikal adalah
penting kerana mereka merupakan antara orang yang signifikan dalam kehidupan
murid-murid. Ibubapa merupakan model kepada anak-anak yang dicontohi.
Perhubungan yang rapat dan mesra antara ibu bapa dan anak-anak mereka serta
keperihatinan ibu bapa terhadap tahap kecergasan fizikal anak-anak yang boleh
menjadi penyumbang kepada pembentukan ke arah yang lebih positif. Oleh yang
demikian, dalam menentukan aspirasi dan persepsi keluarga terhadap kejayaan anak-
anak, maka para ibu bapa perlulah memberi sokongan yang padu disamping sikap
timbang rasa dalam pengurusan diri dan masa anak-anak mereka.
8.1.3 Guru
Guru perlu membuat kajian bagi mempelbagaikan cara pengajaran dan bahan
bantu mengajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
diadakan. Guru tidak seharusnya tertumpu kepada pengajaran secara kelas sahaja
sekadar ingin menghabiskan sukatan pelajaran yang telah digariskan. Sehubungan
dengan itu, beberapa pendekatan perlu digunakan oleh guru untuk meningkatkan
tahap pengajaran agar murid berasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan
satu mata pelajaran yang menarik, seronok serta dapat menjadikan diri mereka lebih
cergas.
89
8.1.4 Pentadbir Sekolah Dan Penggubal Dasar
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pihak sekolah adalah pihak
utama yang menyumbangkan pendidikan formal kepada murid. Oleh sebab itu,
pihak pentadbir sekolah dan para guru perlu membuat kajian bagi merangka suatu
suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan terkini. Antara cadangan yang
dikemukakan adalah:
a) Pihak pentadbir di sekolah seharusnya dapat memenuhi keperluan dan
kemudahan asas iaitu dengan menyediakan persekitaran kelas yang tersusun,
sesuai untuk tujuan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
aktif.
b) Para guru perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan ilmu yang terkini
berhubung dengan bidang kerjaya mereka. Pengetahuan dan ilmu boleh
dipertingkatkan dan disalurkan melalui sesi kursus yang boleh diadakan
diperingkat sekolah atau menyarankan guru mengikuti kursus yang
dianjurkan oleh pihak jabatan. Melalui pendedahan ini diharapkan guru dapat
membuka minda bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk
dilaksanakan di dalam bilik darjah.
c) Pihak pentadbir sekolah selalu memberi motivasi kepada para guru bagi
melaksanakan kaedah terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Pelbagai cara boleh dilakukan ke arah itu sama ada secara formal
90
atau tidak formal. Untuk tujuan itu juga, pihak pentadbir perlu mempunyai
hubungan yang baik dengan para guru serta peka dalam menangani masalah
dan kekangan yang dihadapi bagi tujuan pendidikan yang cemerlang.
8.2 Kajian Seterusnya
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah dibincangkan, beberapa
cadangan ingin dikemukakan dengan harapan akan dapat memberi sumbangan ke
arah peningkatan corak pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan
Jasmani yang menekankan tahap kecergasan murid.
Dalam usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia, adalah
sesuai bahawa kursus Projek Kajian Tindakan ini diwajibkan kepada setiapa guru-
guru pelatih dan juga guru-guru yang sudah terlatih di sekolah seluruh Malaysia. Hal
ini kerana melalui program seperti ini seseorang guru dapat melakukan sesuatu
kajian berdasarkan permasalahan yang timbul dan dapat menyenarikan jalan
penyelesaiannya. Secara tidak langsung kita dapat membuat penambahbaikan
kepada sistem ataupun teknik-teknik yang telah sedia ada kepada teknik yang baru.
Ini dapat memudahkan guru-guru Pendidikan Jasmani merujuk untuk mencari jalan
penyelesaian sekiranya masalah yang sama timbul dikalangan murid-muridnya.
Sebagai contoh, kajian yang telah saya jalankan ialah berpaksikan penggunaan
Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan kecergasan fizikal bagi murid sekolah rendah.
91
Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga harus mengambil berat dan memberi
penekanan dalam permasalahan tahap kecergasan murid. Guru yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Jasmani mestilah terdiri daripada guru-guru yang telah
menghadiri kursus bukan hanya sebagai pelengkap jadual sahaja. Guru yang tidak
mempunyai latihan asas mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan mengikut
pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang betul dan
seterusnya sasaran dan objektf mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan
tercapai selamanya. Pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan
akan diminati oleh murid dapat memberi kesan yang positif untuk meningkatkan
prestasi dan penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat bagi menjana tahap
kecergasan dan kesihatan.
Saya menyarankan kepada pengkaji seterusnya yang berminat untuk
membuat kajian agar mempelbagaikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan kepelbagian keupayaan
murid-murid di sekolah. Selain daripada itu, dicadangkan juga agar para guru
menimba sebanyak mungkin pengalaman dengan kaedah pengkongsian idea dengan
guru-guru yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan untuk mencari jalan
penyelesaian untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid.
Akhirnya, adalah juga diharapkan agar kajian seterusnya dapat dilakukan
dalam jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan supaya proses kajian dapat
dilaksanakan dengan lebih baik, terperinci dan lebih sempurna bagi menghasilkan
dapatan yang lebih konkrit dan tepat.
92
8.3 Rumusan
Hasil kajian terhadap penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan tahap
kecergasan fizikal bagi murid sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan
Sulaiman 1 ialah setelah data dianalisis daripada tiga (3) kaedah yang digunakan,
pengkaji mendapati bahawa terdapat penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi
menentukan tahap kecergasan fizikal sampel. Melalui dapatan kajian yang
diperolehi, penyelidik telah merumuskan kepada beberapa perkara iaitu dalam
mengikuti pelan tindakan yang dibuat, aspek sikap, disiplin dan komitmen sampel
yang perlu diberi penekanan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai.
Sekiranya tidak diberi penekanan, sampel tidak akan ada kesungguhan serta
komitmen untuk melaksanakan semua arahan yang ditetapkan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang relatif antara
penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan tahap kecergasan sampel. Kesan
Indeks Jisim Tubuh yang tergolong dalam kumpulan sampel yang obesiti
memberikan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam aktiviti fizikal.
Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera pada peringkat kanak-kanak khususnya
dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang
dan dinamik bagi mencapai semua matlamat wawasam 2020. Program-program
intervensi perlu dibentuk dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan
supaya masalah obesiti dapat dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan
yang baik, gaya hidup yang sihat serta sikap dan tingkah laku yang positif.
Pemantauan yang berterusan ke atas golongan yang mempunyai masalah obesiti
perlu diteruskan ke atas golongan yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskan
93
supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tahap kecergasan fizikal dapat
ditingkatkan.
Bagi mengatasi masalah tahap kecergasan fizikal ini, semua pihak perlu
bergabung tenaga demi mencapai kesejahteraan hidup dan masyarakat . Melalui
kerjasama daripada semua pihak, usaha untuk melahirkan golongan murid yang
dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial pasti akan tercapai.
Secara kesimpulannya, hasil kajian saya ini dapat merumuskan bahawa
penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan kecergasan fizikal bagi murid
sekoilah rendah. Melalui sesi pengajaran yang berkesan, masalah yang dihadapi
terutamanya berkaitan dengan tahap kecergasan murid dapat diatasi. Maka jelaslah
bahawa Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang dapat mengembangkan
psiokomotor, kognitif, afektif dan sosial. Kajian ini adalah semata-mata melihat
penggunaan Indeks Jisim Tubuh bagi menentukan tahap kecergasan fizikal bagi
murid.
94
RUJUKAN
Bloom B.S. (1981). All Our Children Learning. New York : Mc Graw-Hill.
Corbin, C. B., & Lindsey, R. (2008). Concepts of Physical Fitness with Laboratories. (6th ed). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.
Creswell, J. W. (2003). Advanced Mixed Method Research Design. Handbook On Mixed Methods In The Behavioral And Social Sciences. Thousands Oaks: Sage Publications, 209-204
Dr. David Lim Chong Lim.(2007). HBSE 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad & Yahya Abdul Jalil. (2011). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Grundy (2004). Obesity, Metabolic Syndrome and Cardiovascular Disease. J Clin Endocrinol Metab. 89(6) 2595-600
Hafidzah Abd. Khafidz, Munira Mohsin, Rozila Mohd Isa & Eleanor Ann Tan Lye Neo. (2007). Kegemukan di Kalangan Pelajar-pelajar KPLI Opsyen Pendidikan Jasmani Institusi Perguruan Ilmu Khas. Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/physedn/hafidzahIPIKfp.pdf
Hajah Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi keempat (2005).Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1990). Falsafah Pendidikan Negara, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur
Marmitt, L. (2007). Adolescent Obesity. Yale-New Haven Teachers Institute.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mok Soon Sang. (1991), Pedagogi 2: Strategi Pengajaran – Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Asri bin Harun (2001).Proposal Penyelidikan. Universiti Putra Malaysia. Kuala Lumpur
Moore, D. C. (2000). Body Image and Eating Behavior in Adolescents. Journal of the American College of Nutrition. 12 (5), pp 505-510
95
Norkhalid Salimin. (2011). Kajian Berkaitan Perkembangan Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani. Diperolehi daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/kajian-berkaitan-perkembangan-kemahiran.html
Norlaili Hamima Jamaludin. (2011). Banyak Kerja Perlu Dibuat Atasi Masalah Obesiti Pelajar. Berita Harian Online.
Ooi Jin Bin. (2004). Reka Cipta Alat Ujian BMI Berlektronik Untuk Menguji Nilai BMI. Dipeolehi daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/OOIJINBINGAP000442D2004TTP.pdf
Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal Kegemukan Cara Mudah dan Murah. Utusan Malaysia Online
Reddy (2000). Physical Activity and Body Image of Female Adolescents: Moving Toward the 21st Century. The Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 69
Syahrul Ridhwan Morazuki & Fardilla Haryani Abdullah. (2003). Kesan Senaman Berjalan Pantas Terhadap Perubahan Komposisi Tubuh Badan. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/10492/1/KESAN_SENAMAN_BERJALAN_PANTAS_TERHADAP_PERUBAHAN.pdf
Swallen (2005). Overweight, Obesity and Health Quality of Life Among Adolescents : The National Longitudinal Study of Adolescents Health, Pediatrics. 15 (2), pp 304-347
Merill (1990). The Meerill Lynch Approach to Health and Wellness. Diperolehi daripada http://infopoint.welcoa.org/blueprints/blueprint1/publications/pp_merrill_lynch.html
96