HUBUNGAN KEPUASAN PELAJAR TERHADAP … · 2.3.1 Model Komunikasi 19 2.4 Penilaian Pembelajaran 20...
Transcript of HUBUNGAN KEPUASAN PELAJAR TERHADAP … · 2.3.1 Model Komunikasi 19 2.4 Penilaian Pembelajaran 20...
HUBUNGAN KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN
PENDIDIKAN JARAK JAUH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
SPACE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NURAZWIN BINTI SURAIMI
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
HUBUNGAN KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERLAKSANAAN
PENDIDIKAN JARAK JAUH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
SPACE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NURAZWIN BINTI SURAIMI
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
iii
DEDIKASI
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala
sesuatu………….
Teristimewa buat,
Ayahanda dan bondaku yang disayangi
Suraimi Bin Sahri & Rahimah Binti Saimon
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,
Untuk adik-adik yang disayangi,
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang diingati,
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
serta perkongsian suka dan duka bersama.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah
kalian lakukan… semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-
baik ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
kurnia-Nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia
projek sarjana muda, Pn. Hee Jee Mei yang telah banyak membantu dengan penuh
komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang
berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih ditujukan buat pelajar-pelajar School Of
Professional and Continuing Education (SPACE), Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga
dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga
Allah S.W. jua yang membalasnya.
v
ABSTRAK
Laporan berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap
kepuasan terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah,
penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan ; dan mengkaji hubungan
kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh dengan pencapaian
akademik pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan
seramai 317 responden yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) dan Sarjana Muda Sains dan
Komputer serta Pendidikan (Matematik), Fakulti Pendidikan menggunakan
persampelan tidak rawak jenis bertujuan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan
deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala likert 5 mata bagi mengukur empat
elemen yang tersebut diatas. Data dianalisis menggunakan perisian komputer
Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 14.0 menggunakan kekerapan,
peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar
tinggi terhadap interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan
sokongan, tetapi sederhana terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran. Tiada
hubungan antara teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah,
penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan dengan pencapaian akademik.
Ini menunjukkan walaupun tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi, tahap
kepuasan mereka tidak ada kaitan dengan pencapaian akademik. Laporan ini diakhiri
dengan cadangan untuk mempertingkatkan mutu perlaksanaan pendidikan jarak jauh
dan cadangan kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
This report concerns the outcome of the study that determines students
satisfaction with teaching and learning technology, interaction with instructors,
assessments, and supporting services. The study also examines the relationship
between students’ satisfaction with academic achievement. This research involves
317 respondent from Bachelor of Technology with Education (Living Skills),
Bachelor of Science and Education (Islamic Study), Bachelor of Science and
Education (Science) and Bachelor of Science Computer and Education (Mathematic)
of Faculty of Education. This study used non random sampling with purposeful
sampling procedure. The instrument of the study involved 5-points Likert-scale to
determine above-mentioned four elements. Data analysis of this study involves
descriptive method. The data was analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 14.0 using frequency, percentage, mean and Pearson-r
correlation. The findings of this study present that students show high satisfaction
with interaction with their instructors, assessments and supporting services, but low
satisfaction with teaching and learning technology. The findings also show that no
significant correlation between the above-mentioned four elements with academic
achievement. This report is ended with suggestions to improve of part time study and
for future research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA
SURAT
PENGAKUAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Operasional 10
1.10 Kesimpulan 12
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran 13
2.3 Interaksi Pensyarah 17
2.3.1 Model Komunikasi 19
2.4 Penilaian Pembelajaran 20
2.5 Perkhidmatan Sokongan 22
2.5.1 Perpustakaan 22
2.5.2 Perkhidmatan Kaunseling 24
2.6 Kesimpulan 25
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Tempat Kajian 28
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.4 Rekabentuk Kajian 29
3.5 Alatan Kajian 30
3.5.1 Bahagian A 31
3.5.2 Bahagian B 31
3.5.3 Kesahan Alatan Kajian 33
3.5.4 Kebolehpercayaan Alatan Kajian 33
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Pengendalian Kajian 35
3.8 Penganalisaan Data 36
3.9 Laporan Kajian 37
ix
3.10 Rumusan 38
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Latarbelakang Responden 40
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Bangsa 40
4.2.3 Umur 41
4.2.4 Program 41
4.2.5 Semester 42
4.2.6 Status Perkahwinan 43
4.2.7 Bilangan Anak 43
4.2.8 Pengalaman Bekerja 44
4.2.9 Pendapatan 44
4.2.10 PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 45
4.2.11 Jarak Pusat Pembelajaran 45
4.3 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan
Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran
46
4.4 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Interaksi
Pensyarah
47
4.5 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Penilaian
Pembelajaran
49
4.6 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Sokongan
50
4.7 Tahap Kepuasan Pelajar 52
4.8 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Dengan Pencapaian Akademik
53
4.8.1 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi
Pengajaran dan Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik
54
x
4.8.2 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Interaksi Pensyarah
Dengan Pencapaian Akademik
55
4.8.3 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Penilaian
Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik
56
4.8.4 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Sokongan Dengan Pencapaian
Akademik
57
4.9 Kesimpulan 57
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Kepuasan Pelajar Terhadap
Penggunaan Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran
60
5.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Interaksi
Pensyarah
61
5.2.3 Kepuasan Pelajar Terhadap Penilaian
Pembelajaran
62
5.2.4 Kepuasan Pelajar Terhada
Perkhidmatan Sokongan
63
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Penggunaan
Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik
64
5.2.6 Hubungan Antara Tahap Kepuasan 64
xi
Pelajar Terhadap Interaksi Pensyarah
Dengan Pencapaian Akademik
5.2.7 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Penilaian
Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik
65
5.2.8 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Sokongan Dengan Pencapaian
Akademik
66
5.3 Rumusan Mengikut Soalan Kajian 66
5.4 Cadangan 67
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.6 Rumusan 69
RUJUKAN 70-73
LAMPIRAN A-C 74-86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Taburan Saiz Sampel 29
3.2 Pembahagian Soal Selidik Mengikut Elemen
Kepuasan Pelajar
32
3.3 Skala Likert 32
3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 34
3.5 Nilai Alpha Cronbach Bagi Setiap Elemen
Kepuasan Pelajar
34
3.6 Skala Min 37
3.7 Garis Panduan Guilford 37
4.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Jantina
40
4.2 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Bangsa
40
4.3 Peratus Responden Mengikut Umur 41
4.4 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Program
41
4.5 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Semester
42
4.6 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Status Perkahwinan
43
4.7 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Bilangan Anak
43
xiii
4.8 Peratus Responden Mengikut Pengalaman
Bekerja
44
4.9 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Pendapatan
44
4.10 Nilai PNGK Responden SPACE Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai
45
4.11 Peratus Responden Mengikut Jarak Pusat
Pembelajaran
45
4.12 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Penggunaan Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran Mengikut Min Tertinggi sehingga
Terendah
46
4.13 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Interaksi Pensyarah Mengikut Min Tertinggi
sehingga Terendah
48
4.14 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Penilaian Pembelajaran Mengikut Min Tertinggi
sehingga Terendah
49
4.15 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Sokongan Mengikut Min
Tertinggi sehingga Terendah
50
4.16 Tahap Empat Elemen Kepuasan Pelajar 52
4.17 Garis Panduan Guilford 53
4.18 Korelasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Penggunaan Teknologi
Pengajaran dan Pembelajaran
54
4.19 Korelasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Interaksi Pensyarah
55
4.20 Korelasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Penilaian Pembelajaran
56
4.21 Korelasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Perkhidmatan Sokongan
57
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
SPACE - School of Professional and Continuing Education
- Sekolah Profesional dan Pendidikan Lanjutan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
OUUK - Open University United Kingdom
RPPJ - Rancangan Pendidikan Jarak Jauh
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM - Universiti Putra Malaysia
IDEAL - Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SSK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 74-83
B Surat Pengesahan Soal Selidik 84-85
C Surat Pengesahan Menjalani Projek Sarjana
Muda (PSM)
86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam keadaan dunia yang bersifat global, pendidikan memainkan peranan
yang amat penting. Perkembangan dunia hari ini juga telah menuntut setiap Negara
untuk bergerak menuju kepada pembangunan yang pesat. Tidak dapat juga dinafikan
bahawa pendidikan merupakan alat yang penting kepada pembangunan dan
perubahan dalam apa jua bidang. Rakyat Malaysia juga sudah mula menyedari
tentang kepentingan pendidikan. Justeru itu, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan
salah satu alternatif dan pilihan yang paling tepat. PJJ amat sesuai bagi mereka yang
bekerja tetapi dalam masa yang sama mereka ingin untuk menambah ilmu dan
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui PJJ juga mereka tidak
perlu meninggalkan kerjaya mereka.
Kebanyakan Negara maju di dunia seperti United Kingdom, Amerika
Syarikat, Jerman dan Jepun sudah maju dalam perlaksanaan PJJ. Sebahagian besar
universiti menawarkan program PJJ dengan berbagai – bagai corak dan bentuk
seperti ‘Open University’ atau ‘Distance Education’. Universiti Terbuka United
Kingdom (OUUK) telah dianggap sebagai salah sebuah universiti terbuka yang
2
terbesar di dunia. Pada tahun 1972, OUUK telah mewujudkan satu bahagian khusus
dalam sistem universiti terbuka yang bertanggungjawab dalam menyediakan semua
aspek PJJ iaitu dari aspek perancangan sehinggalah menyediakan bahan pengajaran
dan pembelajaran (Chen. S 1988).
1.2 Latar Belakang Kajian
Perkembangan pesat dunia hari ini telah menjadikan setiap Negara mencari jalan
yang terbaik untuk menyaingi antara satu sama lain. Kejayaan di dalam persaingan
ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan bidang pendidikan. Melalui bidang
pendidikan, ianya boleh memberikan pemikiran–pemikiran baru ke arah
mewujudkan ciptaan–ciptaan baru dan terkini.
PJJ merupakan salah satu pendekatan untuk seseorang individu mendapatkan
pendidikan dan juga untuk memperolehi pendidikan secara sambilan ekoran daripada
permintaan yang tinggi di dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini turut
disokong oleh perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi.
Pada masa kini, PJJ menjadi semakin popular kerana pendidikan ini memberi
peluang kepada seseorang individu untuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan
mengikut keperluan dan kemampuannya sendiri. PJJ dilihat lebih mudah dan lebih
ekonomik kerana dapat menjimatkan kos berbanding perlaksanaan pengajian
sepenuh masa.
Rancangan Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ) di Malaysia mula dilaksanakan
pada tahun 1971 oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Ianya merupakan satu
3
rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian di
peringkat universiti secara jarak jauh. Pada peringkat awal, USM telah menawarkan
empat program iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains, Ijazah Sarjana Muda Sastera, Ijazah
Sarjana Muda Sains Sosial dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan. Tempoh pengajian
adalah selama empat hingga dua belas tahun. Pelajar PJJ diminta untuk menghadiri
kuliah intensif selama dua atau tiga minggu di kampus USM pada bulan September
atau Oktober. Bahan pembelajaran yang digunakan adalah berbentuk modul kendiri
dan beraneka media. Dalam tempoh tiga puluh tahun sejak ianya ditubuhkan, RPJJ
telah mengeluarkan seramai 7447 orang siswazah iaitu 2539 dalam Sains
Kemasyarakatan, 3462 dalam Ilmu Kemanusiaan, 1010 dalam Sains, 353 dalam
Pendidikan dan 83 dalam Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam.dan Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik).
Pada tahun 1990, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memulakan PJJ
peringkat Diploma. Kursus – kursus yang ditawarkan ialah Diploma Pentadbiran
Awam, Diploma Pengajian Bank dan Diploma Pengajian Perniagaan. Pada tahun
1993 pula, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan PJJ dengan
menawarkan program Ijazah Sarjana Perubatan Keluarga. Selepas itu, UKM
melebarkan sayapnya dengan menawarkan lagi kursus Sarjana Muda Sains
(Matematik), Sarjana Muda Sastera (Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, Psikologi,
Diploma Pendidikan). Kemudian, diikuti pula dengan Universiti Putra Malaysia
(UPM), dimana pada tahun 1995 UPM telah menubuhkan sebuah Institut Pendidikan
dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL) (Amla Mohd Salleh. et, al. 2000).
PJJ pada abad ke 21 sedang mengalami perubahan yang pesat sejajar dengan
pekembangan era teknologi maklumat serta pendemokrasian pendidikan dimana
semua orang berpeluang mendapat pendidikan yang sama. Tambahan pula, Malaysia
sedang menuju ke arah wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia
sebuah Negara industri yang termaju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai
matlamat tersebut, Negara kita memerlukan sumber manusia yang bermutu tinggi
dari segi pendidikan dan latihan. Bagi tujuan ini, UTM dengan kelulusan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Sekolah Pendidikan
4
Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) pada Julai 1993. Kini, operasi
SPACE telah diperluaskan ke Kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. SPACE
telah mengorak langkah dengan menawarkan 30 orang pelajar program Sarjana
Perancangan Pengangkutan di bawah Program Pengajian Luar Kampus Separuh
Masa. Pada tahun 1994, program yang dikendalikan ialah Sarjana Kejuruteraan Gas
iaitu seramai 36 orang pelajar dan program peringkat sijil seramai 433 orang pelajar
serta pelbagai kursus pendek, seminar dan bengkel. Bermula sesi 1995/1996,
program–program akademik secara Pengajian Separuh Masa (PSM) telah
dikembangkan dengan lebih luas dari segi bilangan program, bilangan pengambilan
pelajar dan juga pusat pembelajaran. Pada hari ini, PSM peringkat Ijazah Sarjana
Muda dan Diploma dijalankan di lima belas pusat pembelajaran di seluruh Negara.
Enrolmen pelajar sekarang telah pun melebihi 5000 orang. Seramai lebih 5326
graduan telah berjaya menamatkan pengajian dengan SPACE melalui Program
Pengajian Separuh Masa.
SPACE UTM telah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
dengan memberi pilihan dan membuka peluang pendidikan kepada mereka yang
tidak berpeluang mengikuti program sepenuh masa. Proses pembelajaran SPACE
dijalankan pada hujung minggu dimana pelajar dari pelbagai kawasan menghadiri
kuliah ke satu pusat pembelajaran yang telah ditetapkan. Pembelajaran kuliah akan
bermula dari waktu pagi sehingga waktu petang. Pertemuan secara formal antara
pelajar dengan pensyarah hanya berlaku ketika mereka menghadiri kuliah. Manakala
pertemuan secara tidak formal antara pelajar PJJ dengan pensyarah tidak berlaku.
Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses pembelajaran pelajar PJJ lebih
mencabar berbanding dengan pelajar sepenuh masa memandangkan tempoh tumpuan
pengajaran pensyarah yang minimum.
5
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat pelbagai kaedah PJJ di Malaysia, iaitu online sepenuhnya, online
separa dan konvensional. PJJ SPACE di UTM adalah mirip kepada pembelajaran
konvensional dimana pertemuan kuliah atau tutorial mereka adalah pada hujung
minggu di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan. Ertinya guru dan pelajar hanya
bersemuka dalam masa yang tertentu dalam proses pendidikan. Pelajar diberikan
bahan pembelajaran bercetak atau modul-modul bagi subjek-subjek tertentu.
Sekiranya pada waktu tertentu pelajar atau pensyarah perlu berhubung antara satu
sama lain secara individu atau kumpulan, teknologi komunikasi seperti telefon,
telegram atau jaringan komputer boleh digunakan. Pelajar menerima tugasan
daripada pensyarah dan mengembalikan untuk diperiksa dan diberikan gred.
Pensyarah akan menggunakan mel elektronik atau jaringan komputer setempat untuk
menyampaikan maklumat tambahan seperti membuat rujukan atau memberikan
bacaan tambahan. Selain itu, pelajar SPACE UTM terdiri daripada pelbagai latar
belakang pendidikan dan kebanyakkan mereka sudah mempunyai kerjaya. Adakah
dengan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan memberikan kepuasan kepada
mereka? Bagaimana dengan pencapaian akademik mereka, adakah seiring dengan
tahap kepuasan mereka terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh yang
disediakan?
Kajian mengenai hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan
Pendidikan Jarak Jauh dengan pencapaian akademik di SPACE UTM Skudai
dilakukan kerana kebanyakan kajian–kajian lepas yang dibuat banyak memfokuskan
kepada pelajar sepenuh masa. Manakala kajian terhadap pelajar SPACE kurang
dilakukan. Kajian seumpama ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan
pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh. Penekanan diberi pada empat
elemen kepuasan pelajar iaitu teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi
pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan
Jarak Jauh dengan pencapaian akademik di SPACE UTM, Skudai.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh manakah
kepuasan pelajar–pelajar pendidikan jarak jauh terhadap perlaksanaan pendidikan
jarak jauh di SPACE UTM Skudai.
1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan
teknologi pengajaran dan pembelajaran.
1.4.2 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi
pensyarah.
1.4.3 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian
pembelajaran.
1.4.4 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan
sokongan yang disediakan.
1.4.5 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap pengunaan
teknologi pengajaran dan pembelajaran dan hubungannya dengan
pencapaian akademik.
1.4.6 Untuk mengelpasti tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi
pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik.
1.4.7 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian
pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik.
1.4.8 Untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan
sokongan yang disediakan dan hubungannya dengan pencapaian
akademik.
7
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi
pengajaran dan pembelajaran ?
1.5.2 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah ?
1.5.3 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian pembelajaran ?
1.5.4 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan sokongan yang
disediakan ?
1.5.5 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi
pengajaran dan pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik ?
1.5.6 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dan
hubungannya dengan pencapaian akademik ?
1.5.7 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian pembelajaran dan
hubungannya dengan pencapaian akademik ?
1.5.8 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan sokongan yang
disediakan dan hubungannya dengan pencapaian akademik ?
8
1.6 Hipotesis
Ho 1 : Tiada hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan pelajar
terhadap penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran dengan
pencapaian akademik.
Ho 2 : Tiada hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan pelajar
terhadap interaksi pensyarah dengan pencapaian akademik.
Ho 3 : Tiada hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan pelajar
terhadap penilaian pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Ho 4 : Tiada hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan pelajar
terhadap perkhidmatan sokongan dengan pencapaian akademik
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak – pihak yang
berkenaan khususnya kepada :
1.7.1 Pelajar SPACE UTM
Kajian ini diharap dapat membantu pelajar – pelajar SPACE yang sedang
mengikuti pengajian terutamanya di SPACE UTM, Skudai untuk
mengenalpasti apakah elemen yang mempengaruhi pencapaian akademik
mereka. Selain itu, pelajar – pelajar SPACE di UTM Skudai juga dapat
meningkatkan pencapaian akademik mereka.
9
1.7.2 SPACE UTM
Kajian ini diharap dapat membantu pihak Hal Ehwal Pelajar dan
Pentadbiran Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
(SPACE) UTM, Skudai untuk menambahbaik perlaksanaan pendidikan
jarak jauh yang mencakupi masalah berkaitan teknologi pengajaran dan
pembelajaran, interaksi antara pelajar dengan pensyarah, penilaian
pembelajaran dan perkhidmatan sokongan yang disediakan.
Kajian ini juga diharap dapat membantu kearah mencapai matlamat
universiti untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan seterusnya
mempertingkatkan lagi kecemerlangan mereka.
1.7.3 Penyelidik
Kajian ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan pada penyelidik
untuk menjalankan kajian. Dengan melakukan kajian ini penyelidik dapat
mengenalpasti beberapa elemen-elemen kepuasan pelajar yang
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Di antara elemen-elemen
yang dikaji ialah teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi
pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan yang
disediakan kepada pelajar – pelajar SPACE. Kajian ini juga adalah
sebagai salah satu syarat untuk mendapat pengijazahan Ijazah sarjana
Muda.
1.7.4 Kementerian Pengajian Tinggi
Memberi maklumat tentang tahap kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan
pendidikan jarak jauh yang mengikuti pengajian di SPACE UTM, Skudai
khususnya dan pusat PJJ universiti tempatan lain amnya di mana pihak
Kementerian Pengajian Tinggi boleh mencadangkan penambahbaikkan
dalam sistem yang sedia ada.
10
1.8 Batasan Kajian
Oleh kerana kajian ini dijalankan dalam masa yang agak terbatas, maka skop
kajian ini telah dihadkan dimana skop kawasan kajian adalah di SPACE UTM,
Skudai. Responden sasaran bagi sampel soal selidik di dalam kajian ini adalah
tertumpu kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti pendidikan,
SPACE UTM, Skudai. Kajian ini hanya menumpukan kepada hubungan kepuasan
pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh dengan pencapaian akademik di
SPACE UTM, Skudai.
1.9 Definisi Operasional
Di dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang digunakan berkaitan
dengan kajian yang dijalankan. Diantara istilah – istilah yang digunakan ialah :
1.9.1 Kepuasan
Perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan : mencari dan
ketenteraman jiwa ( Kamus Dewan 2004). Maksud kepuasan dari konteks
kajian ini adalah kepuasan oleh pelajar SPACE terhadap perlaksanaan
Pendidikan Jarak Jauh dengan pencapaian akademik.
1.9.2 Pelajar
Pelajar di dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar–pelajar yang
sedang mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan, SPACE UTM, Skudai.
11
1.9.3 Perlaksanaan
Menurut kamus dewan (edisi ketiga), perlaksanaan bermaksud hasil
daripada melaksanakan, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu
rancangan, tugas dan sebagainya. Maksud perlaksanaan dari konteks
kajian ini adalah perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh di SPACE UTM,
Skudai.
1.9.4 Pendidikan Jarak Jauh
Menurut Kevin Smith (1995), Pendidikan Jarak Jauh ialah pendidikan
yang disampaikan melalui media cetak dan media elektronik.
Menurut Md. Noor Salleh (1996), definisi lengkap sesuatu sistem
Pendidikan Jarak Jauh hendaklah merangkumi perkara berikut:
• Wujudnya pemisahan antara pelajar dan pengajar
• Adanya pengaruh organisasi pendidikan
• Melibatkan penggunaan media teknik
• Berlakunya komunikasi dua hala
• Disediakan perjumpaan secara bertatap muka (walaupun tidak pada
keseluruhan tempoh sesuatu program pengajian).
Menurut Aini Aman et, al. (2000), Pendidikan Jarak Jauh boleh
didefinisikan sebagai satu sistem pengantaraan yang menghubungkan
pelajar dengan sumber – sumber pembelajaran.
Jarak jauh dalam kontek pendidikan bermaksud jarak dari segi
geografi, masa dan perbezaan intelek. PJJ yang telah dijalankan dalam
perkhidmatan program dengan berbagai audian via pelbagai jenis media.
Sebahagian menggunakan bahan bercetak, telekomunikasi dan
kebanyakkan menggunakan kedua-dua sekali. Kebelakangan ini,
12
teknologi telah menukar cara tradisional dan memberi definisi yang
berbeza, Michael Simonson (1999).
Rowntree (1994), mendefinisi Pendidikan Jarak Jauh sebagai
pengasingan guru dengan pelajar dan diantara pelajar sesama sendiri,
mereka terpisah dari segi jarak masa. Mereka terpisah daripada aktiviti
pengajaran pembelajaran yang utama tetapi masih dibimbing oleh guru
yang biasanya menggunakan bantuan bahan rakaman dan pembelajaran
berpakej.
1.9.5 Pencapaian Akademik
Menurut Kerlinger (1973), pencapaian akademik bermaksud tahap
pencapaian yang dicapai dalam bidang akademik. Pencapaian akademik
adalah markah atau gred yang diperolehi pelajar – pelajar dalam sesuatu
ujian atau peperiksaan yang seragam.
1.10 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan
responden dari pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian ini
mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh
dan seterusnya mengenalpasti hubungannya dengan pencapaian akademik.