GUY NEXT DOOR

download GUY NEXT DOOR

of 84

description

GUY NEXT DOORNo. ISBN:- 978-967-0448-63-3Jumlah muka surat:- 504SEMENANJUNG: RM17SABAH/SARAWAK: RM20

Transcript of GUY NEXT DOOR

  • Rose Harissa

    1

    PAGI-PAGI lagi dah dengar suara emak membebel. Cepat-cepat aku bangun sebelum mak terjah masuk ke bilik. Tapi rupa-rupanya mak lebih pantas, mengalahkan The Flash! Mak dah bercekak pinggang depan pintu bilik.

    Anak dara apalah kamu ni, Kris? Asyik melingkar aje kat tempat tidur tu macam ular sawa!

    Mak! Orang ni manusia... bukan ular sawa, tau.

    Hah, sedar pun diri kamu tu manusia! Cuba bawak-bawak bangun tolong mak kemas rumah ke, sidai baju macam anak teruna rumah sebelah tu!

    Huh, balik-balik dengan mamat tu lagi mak bandingkan aku! Mana boleh jadi mak bandingkan aku yang si dara hot ni dengan teruna pingitan rumah sebelah tu! Tak tally langsung!

    Mak, dia tu pemalas sebenarnya. Dah besar panjang pun masih nak duduk dengan mak bapak. Buat malu kaum lelaki aje! Aku mencebik ke arah kiri, tepat ke arah rumah

    Bab 1

  • Guy Next Door

    2

    sebelah seolah-olah mamat yang aku cemuh itu ada di depan mata.

    Hah... dah tu yang kamu tu masih duduk dengan mak abah ni kenapa? Pergilah cari rumah sendiri!

    Aku ternganga.

    Eh? Mak ni... buat orang sentap aje! Ada ke patut halau anak sendiri? Mulut aku dah memuncung.

    Mak memanglah kuat membebel, tapi hati mak baik sebenarnya. Tinggal lagi sekarang ni aku sedang cari alasan merajuk supaya aku dapat keluar rumah pada pagi Ahad ni jumpa boyfriend! Aku dah seminggu tak jumpa Fandi. Rindu sangat dah kat dia. He he he....

    Memang pun! Patutnya anak dara umur-umur macam kamu ni dah duduk dengan suami sendiri. Ini, tak. Masih berkepit dengan mak bapak!

    Eleh... mak ni. Kalau dengan anak sendiri, semua tak kena. Tapi, anak teruna sebelah rumah tu elok pulak mak puja!

    Memang pun! Anak lelaki macam tu la yang elok dibuat menantu. Ikut hati mak ni, nak aje mak pinang dia untuk kamu. Tapi mengenangkan yang kamu tu, masak pun tak pandai, seluar dalam sendiri pun masih mak yang sidai, batal ajelah hasrat tu!

    Selamba aje mulut mak fire aku!

    Isk... mak ni! Aku dah hentak-hentak kaki. Malulah cakap pasal tu kuat-kuat!

    Hah, tau pun kamu malu!

    Orang nak keluarlah kalau macam ni. Duduk rumah ni mak asyik membebel aje! Akhirnya aku dah jumpa point nak keluar rumah! Ha ha ha.

  • Rose Harissa

    3

    Cari alasan nak keluar, kan? Sudahlah Kris, taktik kamu tu semua dalam kocek mak!

    Mak memang terer macam Chris Angel - Mindfreak. Aku tersengih dengan tangan berpintal gedik. Mak kemudiannya melenggang pergi.

    Sebelum aku masuk bilik mandi, curi jenguk ikut tingkap tengok rumah sebelah.

    Sempatlah aku tangkap kelibat guy next door pujaan hati mak tu masuk ke dalam rumah sambil bawa bakul kain kosong. Betullah tu, dia baru sidai kain. Tapi... eleh! Mesti lepas tu membuta sampai ke petang!

    Aku sebenarnya bukanlah benci sangat kat mamat tu. In fact, kenal sangat pun tidak. Aku cuma tahu nama penuh dia, Adam Putra Iskandar bin Haji Ismail. Memang sesuai sangatlah nama tu dengan rupa dia, muka boleh cari makan. Tapi aku rimas bila sejak dia muncul kat rumah sebelah tu lima tahun lalu, mak asyik puji-puji dia.

    Sepuluh tahun dulu, rumah sebelah yang dah lama kosong tu, tiba-tiba ada penghuni baru. Pasangan suami isteri warga emas. Dah pencen. Anak-anak semua perempuan, dah kahwin, tak tinggal dengan diorang. Tapi bila hujung minggu aje, rumah tu mesti riuh-rendah dengan lawatan anak-anak, menantu dan cucu. Mak pun sukalah sebab dapat jiran baru yang peramah dan tak sombong.

    Kak Ton yang mak panggil tu, bekas pensyarah. Dah bergelar hajah pun, tapi orangnya anggun walaupun dah tua. Macam Datin yang dah bersara. Selalulah aku nampak mak buat persidangan meja bulat di laman belakang rumah Kak Ton. Tapi, aku tak minat nak join. Balik kerja, dah penat. Baik tengok TV daripada join orang tua bergosip.

    Tup-tup, lima tahun lepas... yakni beberapa hari

  • Guy Next Door

    4

    sebelum arwah suami Mak Cik Ton meninggal dunia, muncul seorang teruna ganteng kat rumah tu.

    Macam pengiran turun dari langit. Handsome, kulit putih melepak, tinggi, tapi nampak macam pemalu. Rupa-rupanya dia anak bongsu Mak Cik Ton yang katanya kerja kat US lepas habis belajar kat sana. Balik Malaysia sebab nak jaga ibu bapa.

    Tu cerita yang aku dengar daripada mulut mak. Memang bunyi macam anak misali sangat!

    Tapi, aku tak minat nak korek cerita pasal guy next door tu. Tak percaya pun dia pernah studi kat US. Kalau studi kat US, takkanlah sanggup korbankan masa depan dengan tak bekerja. Lagipun aku bengang mak tak habis-habis puji dia macam takde cela langsung. Sampai nama boyfriend aku pun mak macam dah tak ingat lagi! Tak taulah mak memang tak ingat atau buat-buat lupa. Tapi, pokoknya... kejam!

    Entah apa yang perfect sangat pasal guy next door tu! Nak jaga ibu bapa konon, padahal nak perabihkan duit pencen orang tua dialah tu. Sebab tak pernah pun aku nampak dia pergi kerja! Pergi balik pasar adalah! Tu pun naik basikal! Haiyoh... jatuh bintang.

    Mak! Orang nak keluar ni! laung aku sambil berlari-lari anak menuruni tangga.

    Mak muncul dengan sebelah tangan mencekak pinggang dan sebelah lagi tangan tengah pegang senduk. Eloklah tu anak dara bercakap sampai nak keluar anak tekak!

    Ala nanti cakap perlahan, mak tak dengar pulak. Kang mak tuduh orang keluar curi-curi pulak. Saja aku usik mak.

    Ada aje alasan kamu ni, Kris! Dah keluar tu, jangan

  • Rose Harissa

    5

    tak ingat nak balik pulak. Cakap kat boyfriend kamu tu, bila lagi nak masuk meminang?

    Isk! Mak ni... ke situ pulak! Orang baru dua puluh lima, muda lagi nak kahwin!

    Eee budak ni! Mak dah angkat senduk.

    Aku cepat-cepat menjauhkan diri. Malaslah salam dengan mak, nanti mak ketuk dengan senduk!

    Eh, eh... bertuah punya anak! Aku ketuk sungguh nanti, biul kamu empat puluh empat hari. Baru padan muka kamu tu! balas mak.

    Aku gelak besar. Mak bukan marah sebenarnya. Orang yang tak kenal kami, memang akan cakap aku dengan mak ni kasar. Tapi, sebenarnya kami saling menyayangi. Maklumlah... aku ni anak tunggal. Tengoklah, bila aku balik nanti mak mesti dah siap sediakan masakan mengancam selera menggugat diet!

    Lepas melambai, aku terus keluar mendapatkan Suzuki Swift warna pink aku. Belum pun masuk ke dalam kereta, aku nampak guy next door sedang siram pokok bunga yang mak dia tanam dekat pagar kawat hijau sempadan rumah kami.

    Saja tunjuk rajinlah tu, supaya mak puji dia lagi. Dia senyum bila sedar aku memandangnya. Sumpah, dia memiliki senyum yang mempesona, indah. Macam bunga-bunga yang sedang disiramnya. Tapi aku balas dengan menjegilkan mata. Konon geram. Tak tahulah kenapa, aku tak ada minat nak sembang dengan dia. Apatah lagi nak kenal-kenal.

    Apa tengok-tengok? Senyum-senyum? Sebab awaklah hari-hari saya kena bebel dengan mak saya, tau! Aku sembur, bajek garang.

  • Guy Next Door

    6

    Aku terus masuk ke dalam kereta. Semasa mengundur, aku nampak dia terkebil-kebil memandang aku, macam nak kata... apa dosaku?

    Ha ha ha... kesianlah pulak aku tengok muka bingung dia tu. Namun, demi ego seorang wanita... aku sengaja tayang muka kerek sampailah kereta aku jauh meninggalkan rumah.

  • Rose Harissa

    7

    AKU tercengang bila tiba-tiba kena marah dengan awek sebelah rumah tu tadi. Entah apalah salah aku kat dia, ya? Nak kata kenal rapat, memang bohonglah. Bertegur sapa apatah lagi walaupun dah lima tahun aku menetap kat rumah mak ni. Lagipun muka awek tu selalu masam bila nampak aku. Aku cuma tahu nama dia daripada mak dia, Mak Cik Umi.

    Kristal binti Abdul Hamid.

    Aku tergelak bila Mak Cik Umi kata, nama tu diberi gara-gara dia obsess dengan barangan kristal sewaktu mengandungkan Kris. Nasib baik tak diletaknya, Siti Swarovski! Tentu aku jadi orang pertama yang usik dia hari-hari. Keh keh keh!

    Tapi, apehal pulak aku ni dikaitkan dalam hidup dia? Memanglah aku selalu dengar suara Mak Cik Umi membebel. Tapi, mana ada hari-hari. Hujung minggu dan hari-hari cuti umum aje, bila Kris ada kat rumah. Huh, exaggerate cerita sungguhlah Kris tu!

    Bab 2

  • Guy Next Door

    8

    Bagi aku, mak Kris tu memang suka bercakap. Tengoklah... setiap kali datang rumah ni, mak aku mesti ketawa bila dengar cerita-cerita Mak Cik Umi. Meriah aje aku dengar diorang bersembang. Aku pun lapang dada bila tengok mak ada kawan. Taklah mak sunyi sangat kalau aku tengah sibuk dengan kerja tak kunjung habis aku ni.

    Lepas siram bunga, aku naik ke bilik. Bukan bilik tidur. Tapi, bilik bacaan arwah ayah yang kemudiannya aku ubah suai jadi bilik kerja. Jadi, kalau anak-anak buah aku yang lapan orang tu datang waktu aku tengah bergelut dihambat tarikh mati hantar kerja, kat bilik itulah aku bertapa. Masa tu, tak seorang pun berani kacau pak su mereka ni.

    Tapi, taklah bermaksud aku ni garang. Diorang dah faham sangat kerja aku ni tak boleh dikacau sebarang. Diorang selalu cakap, pak su ni dahlah hensem, baik pulak tu. Sayang pak su! Ehem!

    Bilik kerja aku ni ada beranda kecil, menghadap beranda rumah Mak Cik Umi. Tapi sepanjang aku lepak sambil minum kopi, waktu malam time-time otak rasa sengkak, tak pernah pulak aku nampak penghuni-penghuni rumah sebelah duduk kat beranda tu. Pintu ke beranda tu pun bertutup aje sepanjang waktu. Dah macam kawasan larangan pulak.

    Tapi dari beranda rumah mak ni, aku selalu nampak Kris duduk kat tepi kolam ikan Pak Mid sambil bercakap di telefon. Tak nak mak dia dengarlah tu!

    Kadang-kadang aku senyum sendiri bila tengok gelagat dia. Gila manja! Suara lembut gila, tak macam suara dia yang biasa aku dengar. Mesti cakap dengan boyfriend! Yelah... orang cun dan hot macam dia tu, mustahil sangatlah

  • Rose Harissa

    9

    kalau tak ada lelaki yang nak. Tapi, mujurlah dia tak pernah nampak atau perasan kat aku sebab aku tak suka buka lampu. Aku memang suka duduk dalam gelap. Tengok langit malam waktu orang tidur, biasanya akan beri aku idea. Apatah lagi kalau lepas buat solat tahajud. Gerenti kepala fresh semula. Idea pun menyala macam mentol ditekan suis.

    Adik! Mari makan....

    Aku dengan mak memang jarang miss makan tengah hari bersama. Kecuali aku kena pergi event jauh-jauh.

    Baik mak... saya turun kejap lagi.

    Adik... itu panggilan keluarga kepada aku sejak kecil walaupun kini usia aku dah dua puluh sembilan tahun. Kalau orang luar dengar, mesti gelak-gelak mengejek. Almaklumlah, aku dah besar panjang pun masih dipanggil adik.

    Tapi, aku pun tak kisah sangat tentang panggilan tu. Dah terbiasa. Biar orang tau yang aku ni anak manja mak! Mungkin sebab tu jugak, sampai sekarang aku masih tak terfikir nak senarai pendekkan kawan-kawan perempuan yang aku ada sebagai calon isteri.

    Heh! Macamlah ramai sangat kawan perempuan aku. Yang confirm single, Aina, Lieza dengan Tisha aje. Itu pun sesekali aje aku join group sembang ex-sekolah aku dulu dekat Google+ dan Facebook.

    Nak sembang lelebih sangat pun tak boleh sebab Tisha dah mula tunjuk bunga-bunga cinta kat aku. Haih! Aku cemas bila Tisha mula sembang guna ayat-ayat manja dengan aku.

    Memanglah aku suka perempuan manja. Tapi, manja Tisha tu buat aku geli-geleman. Manja dibuat-buat sampai adakalanya aku rasa dia mengada-ada pulak! Kadang-kadang rasa tak kuasa nak tengok gambar-gambar dia yang

  • Guy Next Door

    10

    selalu dia tag kat aku di Facebook. Tinggal lagi aku tak kejam aje nak removekan tanda tag tu.

    Aku tak faham apa motif dia tayang gambar camwhore banyak-banyak kat wall. Nak kata lawa, taklah kut. Tapi kalau nak kata tak lawa, tak baiklah. Macam menghina ciptaan Tuhan pulak.

    Tapi, aku memang tak lalu nak tengok gambar-gambar tu semua. Apa taknya? Elok-elok Tuhan bagi bibir rata, tapi dimuncung-muncungkan. Bajek senyum K-Pop! Haih! Tak berkenan sungguh aku!

    Mengenangkan senyum K-Pop Tisha yang lebih mirip kepada mulut itik, perut aku tiba-tiba jadi kenyang. Tapi, aku turun jugak ke dapur. Sekurang-kurangnya kalau aku tak makan pun, aku temankan mak makan. Mak tu kalau makan sorang-sorang, selalu kering nasi kat tangan sebab mak lebih banyak termenung daripada suap ke mulut gara-gara terkenangkan arwah ayah.

    Bila aku masuk ruang dapur, aku tengok mak dah hidangkan lauk kat atas meja. Ada gulai ikan tenggiri, sambal mangga, sayur campur dan peria katak celur sebagai ulam! Semuanya makanan kegemaran aku. Pandai mak pancing selera aku terus aku rasa lapar.

    Ni kalau kakak-kakak aku yang empat orang tu datang satu famili, memang gegak gempita rumah ni. Tapi, minggu ni diorang pakat spend weekend kat rumah mentua masing-masing. Minggu depan baru diorang datang sini, overnight.

    Baru aje aku nak duduk, terdengar suara orang memberi salam. Mak Cik Umi muncul di muka pintu dapur bersama satu Tupperware di tangannya. Aku segera mendekati dan buka kunci grille.

  • Rose Harissa

    11

    Aku senyum, tapi tak salam. Bukan sombong, tapi aku memang tak salam orang perempuan bukan mahram walaupun dia lebih tua daripada aku. Mak Cik Umi pun dah faham sikap aku. Masuklah, mak cik.

    Baru nak makan tengah hari ke?

    Haah, moh ler join sekali! pelawa mak dengan ramah, siap ambilkan pinggan kosong lagi satu.

    Eh, tak apalah. Terima kasih. Saya dah makan dengan Abang Mid sebelum dia keluar tadi. Ni ha saya ada buat pengat durian. Teringat Adam suka makan pengat durian, tu yang saya bawak ke sini. Mak Cik Umi tarik kerusi dan duduk di sebelah mak.

    Wow! Pengat durian? Best! Best! Aku dah mula teruja. Tanpa segan-silu, terus tarik Tupperware tu dan buka penutupnya. Kasi hidu sepam! Owh yeah... baunya... mencengkam sukma!

    Mak dengan Mak Cik Umi senyum-senyum tengok gelagat aku.

    Sukalah kamu ye, dik... dapat makan pengat free? Mak mengenen.

    Aku pun senyum-senyum. Mestilah... ini mesti special, kan mak cik?

    Maunya tak special. Durian dari Pahang tu.

    Wah... patutlah bau dah menyengat. Mesti kaw ni!

    Tak ingat nasi lagi, terus aku capai mangkuk dan mencedok isi pengat. Untung hidup aku, dapat jiran yang bukan sahaja pandai masak, tapi juga pemurah. Ada aje habuan untuk aku dan mak. Tiba-tiba aku teringatkan anak dara Mak Cik Umi yang satu tu. Agak-agak, Kris tu pandai masak macam mak dia tak?

  • Guy Next Door

    12

    MAK! Kenapa pengat durian ni tinggal sikit? Mak dengan abah makan tak ingat kat Kris, eh? tuduh aku dengan muka tak puas hati bila tengok isi periuk tinggal tak sampai suku! Durian pun cuma ada seketul!

    Siapa suruh kamu balik lambat? Ingatkan dah kenyang makan kat luar dengan boyfriend kamu tu.

    Aku tenung muka mak, tapi mak buat muka selamba sambil klim kulit karipap. Tu buat banyak macam nak meniaga tu, mesti sebab ada bahagian untuk rumah sebelah. Tau sangat taktik mak!

    Mak ni... kejam betullah! Kuah banyak ni, mana cukup orang nak cecah roti buat sarapan sebelum pergi kerja esok! Aku protes, tapi tangan tetap capai mangkuk. Mana boleh tak rasa pengat buatan mak. Satu kerugian besar kalau tak makan, sebab pengat mak buat sedap giler!

    Mak bagi Adam tengah hari tadi. Dia suka makan pengat durian.

    Bab 3

  • Rose Harissa

    13

    Demi mendengar nama guy next door tu, terus mata aku membulat macam nak terkeluar daripada soket mata.

    Hah?! Mak bagi dia? Mak dah lupa ke yang anak mak ni pun suka makan pengat durian?

    La... ye ke? Mak ingat kamu suka makan Tutti Frutti aje....

    Aku tahu mak sengaja sindir aku. Muka mak selamba habis, siap angkat dagu! Isk! Tension!

    Mak nikan... saje aje, tau! Dek kerana geram, aku pun angkat periuk dan curah semua kuah ke dalam mangkuk.

    Mak pun apa lagi... terus hilang muka selamba berganti muka bengang, nyaris tak hijau macam Hulk aje.

    Bertuah punya anak dara! Dah tak ada senduk ke dalam rumah ni?

    Aku diam tak menjawab, terus hempas punggung kat kerusi. Tunjuk protes dengan muncung sedepa. Gara-gara pengat durian, aku jadi makin meluat kat guy next door. Kenapalah dia jadi jiran aku? Jadi kesukaan mak aku pulak tu! Huh! Mak tu... macamlah mamat rumah sebelah tu anak mak. Lain kali mak bagi ajelah seperiuk ni kat dia. Tak payah tinggal secoit macam ni untuk orang. Takdelah orang sakit hati, tak puas makan pengat ni.

    Bersamaan dengan itu, terdengar suara lelaki memberi salam dari pintu dapur. Aku buat tak tahu. Tapi, mak bingkas bangun cuci tangan. Lepas tu siap senyum-senyum sambil buka pintu.

    Waalaikumussalam. Eh, Adam! Mak bersuara, bukan main teruja lagi bunyinya.

  • Guy Next Door

    14

    Aku yang sedang asyik hirup kuah pengat, nyaris tersedak. Bila aku angkat muka, mata aku terus bersabung pandang dengan mata Adam yang dah berdiri di muka pintu.

    Alamak aiii! Dia dengar ke aku mengomel pasal dia tadi? Aku mula salah tingkah. Tapi, muka Adam innocent giler. Maknanya... dia tak dengarlah, kan?

    Maaflah ganggu mak cik. Ni ha, mak suruh pulangkan bekas pengat yang mak cik bagi tadi. Tapi maaflah, bekas kosong aje.

    Aku tak taulah sama ada aku yang perasan atau memang sambil bercakap tu mata Adam melirik kat aku. Oh? Dia menyindir ke?

    Eh, tak apalah. Kita, kan berjiran? Apalah nak berkira sangat.

    Bukan apa, mak cik... saya rasa bersalahlah jugak ni. Gara-gara saya, ada orang tak cukup makan pengat durian.

    Terus mata aku melotot. Macam tak percaya yang aku baru aje dengar ayat tu keluar daripada mulut Adam. Dari muka pintu, Adam pandang aku dengan muka maintain innocent sambil tarik senyum menawan. Amboi! Pandai jugak dia menyindir dalam gurau, eh!

    Mak gelak-gelak. Biarkan! Siapa suruh dia gatal keluar dating? Orang hari Ahad duduk relaks kat rumah dengan keluarga. Tapi orang tu tak, selalu lebihkan boyfriend daripada mak sendiri. Tak macam kamu, elok aje temankan mak kamu kat rumah.

    Wah, wah, wah, mak... bukan main lagi, ya! Jelas-jelas bersatu dengan pihak lawan, nampak? Ini kalau main bola ni sah kena baling dengan botol!

  • Rose Harissa

    15

    Menyirap aku tengok Adam tertawa berirama dengan mak. Sempat jeling-jeling aku pulak tu! Ingat hebatlah tu mak aku berada di pihak dia? Huh!

    Aku pun apa lagi... sambil tangan kanan suap kuah pengat ke dalam mulut, tangan kiri aku sengaja letak atas meja sambil kepal-kepal penumbuk. Mata aku pulak dah hantar renungan membunuh. Biar dia tau yang aku ni bukan sembarangan perempuan yang boleh diperlekehkan!

    Malangnya Adam tetap nampak cool macam takde apa pun berlaku. Maknanya dia tak takut kat aku langsung! Argh! Rasa nak tumbuk aje muka dia, biar senyum dia jadi tak lawa dah!

    Eh, kamu dah makan malam ke belum? Kalau belum, masuklah makan sekali dengan Kris.

    Nyaris aku terbelahak dengar pelawaan mak. Mencerlung mata aku pandang mak. Ingatkan aku nak sound sedas kat Adam, tapi dia dulu buka mulut sambil mengerling pada aku.

    Eh, tak apalah mak cik. Nanti mengganggu Kris nak makan, kena berbahagi lauk pulak.

    Amboi... mulut Adam ni! Bukan main lagi dia sindir aku, ye!

    Hmmm... Kris tu memang. Badan aje kecik, tapi perut stoking!

    Mak, apa ni?! Aku memencak-mencak, tak tahan lagi jadi bahan diorang.

    Adam boleh pulak gelak-gelak pandang aku macam kelakarlah sangat.

    Saya balik dululah, mak cik. Kirim salam kat Pak Mid.

  • Guy Next Door

    16

    Ha... yelah. Esok pagi mak cik hantar karipap buat sarapan Adam dengan mak.

    Aku dah agak dah... memang ada agihan punya!

    Mak cik ni... buat susah-susah aje. Segan saya, asyik dapat makan free aje daripada mak cik.

    Mata aku makin mencerlung tengok Adam bercakap dengan nada paling santun. Aku pun tak tau sama ada dia sengaja nak tunjuk berhemah atau itu memang sikap semula jadi dia. Tapi aku andaikan dia berlakon aje tu!

    Tak apa. Jangan dikisahkan. Kamu dengan mak kamu tu dah macam keluarga mak cik sendiri.

    Aku rasa, kalau aku ni boleh bertukar jadi naga, tentu dah keluar api ikut hidung. Amboi... sesenang hati aje mak declare jiran sebelah keluarga, ye?

    Terima kasih, mak cik. Assalamualaikum.

    Sebaik sahaja kelibat Adam yang tinggi lampai tu hilang dari pandangan mata, aku terus seru mak. Mak ni memang tak adil tau....

    Eh! Kenapa kamu cakap mak macam tu? Nak masuk neraka?! jerkah mak sambil letak Tupperware ke dalam rak. Kemudian mak duduk menyambung kerja-kerja mengelim kulit karipap.

    Dengan Fandi mak tak pernah layan baik macam tu. Padahal Fandi yang nak jadi menantu mak! Aku mula keluarkan sikit-sikit rasa bengang.

    Mak mencebik. Eleh... bertunang pun belum, berani kamu cakap dia nak jadi menantu mak? Jejak rumah ni pun takat depan pintu pagar tu aje. Tak ada inisiatif langsung nak ambil hati mak dengan abah macam Adam tu.

    Isk, mak ni mesti nak kaitkan dengan anak jiran

  • Rose Harissa

    17

    sebelah tu jugak. Mak, Adam tu membodek aje lebih, bukannya ambil hati mak. Aku rasa aku kena hasut mak, supaya mak tak kelabu mata! Supaya mak tahu baca macam mak pandai beza mana kristal mana kaca bila pergi kedai perabot.

    Mak diam. Entah mati kata atau malas nak layan aku lagi. Aku pun guna kesempatan tu untuk teruskan hasutan, supaya Fandi dapat mengambil alih tempat Adam dalam hati mak.

    Mak tu yang garang sangat dengan Fandi. Kalau dengan Adam tu, siap ketawa-ketiwi lagi! Mak, kan suka tengok sinetron Indonesia. Mak tak nampak ke Fandi tu hensem macam Samuel Zylgwyn?

    Hensem lagi Adam. Manis macam Mario Maurer!

    Aku nyaris terbelahak.

    Mak ni tak aci tau! Tengok cerita Indonesia, tapi puji pelakon Thailand pulak!

    Aku semakin kehilangan kata-kata sebab aku dah tak nampak kat celah mana aku dapat selit nama Fandi dalam percakapan dengan mak. Apatah lagi bila teringat Fandi selalu mengeluh kalau aku ajak dia datang ke rumah.

    Buat apa saya datang? Saya tahu mak awak tu tak suka kat saya.

    Mak memang tak suka langsung ke kat Fandi? tanya aku dengan muka dibuat sedih. Harap-harap dapat memancing simpati mak.

    Tiba-tiba mak memandang aku dengan muka serius. Terus aku cuak. Nak telan air liur pun rasa macam telan batu kerikil! Errr... macamlah aku pernah telan batu kerikil.

  • Guy Next Door

    18

    Mak tak suka sikap dia tu. Tak bersungguh. Kalau betul dia nak jadi menantu mak, kenapa masih tak masuk meminang kamu? Dah bertahun kamu bercinta dengan dia. Kamu ingat mak suka ke tengok kamu diusung ke hulu ke hilir macam tu? Memanglah orang kata tak luak pun kena pegang. Tapi Kris, kamu tu anak dara. Tak manis orang tengok!

    Aku tak mahu kalah. Aku kena pertahankan Fandi demi cinta suci kami! Mak, Fandi tengah kumpul duitlah tu. Dibuatnya mak letak harga hantaran mahal-mahal, ha... siapa nak tanggung?

    Aku takdenya sampai nak menjual anak, Kris oi! Kamu jangan nak buruk sangka dengan mak kamu sendiri. Mak ni dah naik malu dengan Kak Ton tu. Mak ni ada anak dara, tapi time cuti susah betul nak lekat kat rumah. Anak teruna dia tu elok aje. Adam tu... tak pernah pun nak keluar berkepit dengan perempuan!

    See? Mak masukkan nama Adam lagi dalam topik! Memang takde orang lain lagi dah boleh caras Adam di mata mak.

    Mak ni dah obsess sangat dengan Adam tu. Kalau susah sangat, mak ambil ajelah dia jadi anak angkat mak.

    Daripada mak ambil Adam jadi anak angkat, baik mak ambil dia jadi menantu mak!

    Mak!!! Orang nak Fandi, bukan Adam, tau! Aku terjerit macam nak terkeluar anak tekak. Biarlah kalau jiran sebelah tu dengar nama dia disebut. Ni semua gara-gara dia yang bajek suci tu!

    Aku dah tak sanggup nak hadap mak. Daripada jadi gaduh, berdosa... lebih baik aku lari keluar daripada rumah. Tak jauh pun, duduk kat tepi kolam ikan abah. Hasrat hati

  • Rose Harissa

    19

    nak mengadu domba dengan Fandi. Aku nak paksa dia masuk meminang aku cepat-cepat supaya mak tutup mulut.

    Tapi, bila aku cuba dail nombornya terus masuk voice mail. Isk... ke mana pulak cinta hati aku ni pergi? Baru siang tadi jumpa, takkan malam dah ghaib?

    Awak kena marah lagi ke?

    Suara tu mengejutkan aku dan nyaris buat aku tergelincir masuk ke dalam kolam. Nasib baik daya imbangan aku masih steady.

    Heee... hantu mana pulak tegur aku ni! Aku mengomel.

    Sorry... dah buat awak terperanjat.

    Suara tu macam datang dari langit pulak. Aku mendongak cari arah suara. Dalam kegelapan, aku nampak samar-samar satu kelibat sedang duduk berlunjur di atas tembok beranda rumah sebelah. Lay park sungguh gayanya. Siapa lagi kalau bukan Adam Putra Iskandar.

    Awak buat apa dalam gelap tu? Menghendap saya ya! Tak ragu-ragu, aku kemukakan tuduhan.

    Kris....

    Aku terkejut bila dengar cara dia panggil nama aku, macamlah aku ni kawan baik dia. Suara dia tu seolah-olah macam ubat bius, buat aku tak mampu nak menyahut.

    Kita dah lama berjiran. Memanglah kita tak pernah bertegur sapa pun, kecuali sekarang. Tapi, kenapa awak macam tak suka sangat kat saya?

    Sumpah, aku rasa pelik sangat bila buat pertama kalinya sepanjang lima tahun ni, dengar suara dia bercakap dengan aku. Mimpi apa dia nak bertegur dengan aku? Nak ambil hati aku pulak ke apa?

  • Guy Next Door

    20

    Kris? Awak marah saya? Soalnya lagi.

    Aku diam, terus duduk. Tak puas hati pandang arah Adam, walaupun aku tak nampak dengan jelas muka dia.

    Cakaplah apa salah saya kat awak sampai awak marah sangat kat saya selama ni.

    Nada suara dia semakin mengendur.

    Aku rasa inilah masanya untuk aku luahkan rasa bengang aku kat dia.

    Saya bukan setakat marah, tapi saya benci awak! Sampai saya rasa nak pindahkan awak ke Kutub Utara sebab awak bukan aje buat saya kena bebel dengan mak saya. Tapi, kerana awak, pakwe saya tak pernah dapat tempat kat hati mak saya. Sebab mak saya asyik puji awak aje! Kerana awak, mak saya tak nampak lagi kebaikan Fandi! Semua sebab awak!

    Sewaktu mengatakan semua tu, aku rasa air mata dah bertakung kat tubir mata. Sebelum tumpah, lebih baik aku cabut lari masuk ke dalam rumah. Aku tak tahu apa reaksi Adam, tapi yang aku tahu, hati aku puas dapat jeritkan semua yang terbuku kat hati ni pada dia!

  • Rose Harissa

    21

    DAH sejam sejak Kris masuk ke dalam rumah. Tetapi, aku masih lagi terkebil-kebil duduk dalam gelap kat beranda. Masih terkedu. Kris mungkin tak nampak sangat muka aku, tapi aku dapat tengok dengan jelas muka dia yang cute tu tiba-tiba berubah menjadi marah, cengey giler!

    Nasib baik waktu tu aku duduk tinggi setingkat dari dia. Aku rasa kalau Kris tu wujud dalam bentuk naga, tentu dah rentung aku ni kena sembur dengan api daripada mulut dia. Gaya dia marah tadi pun dah macam ahli sihir yang murka. Tinggal lagi dia tak ada tongkat sakti aje untuk sumpah aku jadi katak ke, monyet ke. Ha ha ha... melebih pulak imaginasi aku ni.

    Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa bila aku tengok Kris (maksud aku tengok secara curi-curi ikut tingkap bilik kerja setiap kali aku dengar suara dia), aku selalu bayangkan dia macam watak gadis comel dalam komik.

    Bab 4

  • Guy Next Door

    22

    Memanglah Kris tu kasar. Cakap dengan mak dia pun macam cakap dengan kawan aje. Memanglah Mak Cik Umi ada cakap Kris tu pemalas dan selalu puji aku ni rajin mengalahkan anak dara. Tapi Kris, kan anak tunggal? What do we expect from that?

    Aku ni lainlah. Anak bongsu, the one and only son dalam keluarga. Atas aku pulak semuanya kakak-kakak. Dah terbiasa tengok kakak-kakak mengemas, memasak sampai aku pun terikut sama. Tapi, tak bermakna aku ni jenis yang auw... auw. Okey!

    Aku sebenarnya suka tengok cara Kris dengan mak dia. Itu yang membuatkan dia nampak comel kat mata aku. Suka jugak tengok dia time-time merajuk dengan mak dia. Mesti kat kolam ikan abah dia tu la dia buat port sambil bercakap kat handphone dengan boyfriend dia.

    Confirmlah bercakap dengan boyfriend sebab lepas tu mesti Kris terus bertukar ceria dan masuk balik ke dalam rumah sambil nyanyi-nyanyi dengan riangnya. Selalu aku senyum sendiri. Dah jadi macam hiburan pulak bagi aku bila kepala rasa ketat hadap skrin komputer tanpa henti.

    Hesy! Kalaulah dia tahu aku selalu curi tengok gelagat dia, masak aku kena sembur dengan dia. Macam dia sembur aku tadi. Tapi, sumpah aku tak sangka puji-pujian Mak Cik Umi pada aku selama ni, dalam diam buat Kris pulak tak senang hati kat aku. Patutlah Kris pandang muka aku ni pun macam tak hingin aje. Ingatkan aku ni hodoh sangat kat mata dia.

    Suara emak terbatuk-batuk, buat aku tersedar daripada mengelamun. Cepat-cepat aku masuk dan mendapatkan mak. Ingatkan mak kat dalam bilik, rupa-rupanya baru nak naik tangga. Susah payah mak pijak anak

  • Rose Harissa

    23

    tangga sebab kaki kanan mak sakit. Aku pun segera menuntun mak berjalan sampai ke bilik.

    Mak, kenapa tak tidur lagi? Kan ke dah lewat ni?

    Kamu tu, jangan jadi kelawar sangat. Muda-muda ni memanglah nampak sihat, besok kalau dah tua... isteri kamu jugak yang susah. Badan tu nak pakai lama.

    Mak berbalik bagi nasihat kat aku pulak. Aku tertegak pandang mak sambil senyum. Hai, mak? Pandai mak corner baring masuk topik isteri, ye?

    Mak mengerling dengan senyum mengenen. Habis, cakap berkias dah tak jalan dengan kamu tu, dik. Direct ajelah.

    Ala... kalau mak cakap direct pun, sia-sia jugak. Calon isteri pun tak ada... macam mana nak kahwin? Aku sengaja tekan ayat terakhir.

    Bukan tak ada... tapi kamu tu pilih yang bukan-bukan. Nak isteri macam watak dalam komik! Mak taulah kamu tu pernah jadi mangaka tapi, apa kamu ingat dunia ni sama macam dalam cerita manga ke?

    Aku dah tak tahan, terus gelak terkekeh-kekeh sambil berhati-hati membantu mak baring di atas katil. Rupa-rupanya mak ingat lagi azam mengarut yang aku buat zaman baru lepas SPM dulu.

    Mak ni... ke situ pulak. Saya cakap nak isteri macam watak dalam komik sebab saya tak jumpa lagi perempuan yang sesuai jadi isteri saya. Saya nak isteri, mak... bukan bini. Aku berkata dengan bersungguh-sungguh.

    Sama ajelah....

    Isk... lain mak. Bukan setakat ejaan aje lain, tapi pada saya maksud tu pun dah lain. Bila sebut bini, macam tak

  • Guy Next Door

    24

    elok sangat bunyinya... macam... hmmm.... Aku terdiam sebentar, mencari-cari ayat yang sesuai.

    Mak pandang aku dengan mata terkelip-kelip, dahi berkerut berlapis-lapis tunggu jawapan aku.

    Bila sebut bini, saya bayangkan macam setakat kahwin, tidur dengan perempuan tu dan lepas tu tak peduli apa lagi dah. Tapi, kalau isteri ni bunyinya lebih sopan. Macam perempuan tu sangat berhemah, santun, tertib menjaga rumah tangga. Ha... macam tu! Aku tersenyum lebar memandang emak.

    Tapi, emak menggeleng-gelengkan kepala. Hesy... susah cakap dengan kamu ni. Ada ajelah alasannya. Mak nak tolong carikan calon, kamu tak nak.

    Mak.... Aku potong cakap mak sambil tarik selimut sampai ke paras dada mak.

    Bila mak diam, baru aku sambung bercakap. Biar saya yang cari sendiri perempuan untuk saya jadikan isteri. Sebab hanya saya yang boleh uji sama ada perempuan tu layak ke tak jaga saya sebagai suami. Paling penting, pandai ke tak dia jaga mak, ambil hati mak dan hormat mak.

    Hmmm... itu pun kalau dia sempat jaga mak.

    Ayat mak tu buat aku tersentap. Mulalah tu, mak nak bercakap pasal kematian! Aku tak suka sungguh nak dengar mak kaitkan soal mati, walaupun mati itu pasti! Yang menjadi persoalan sebenarnya adalah urusan hidup di dunia yang banyak sangat pancaroba ni.

    Mak... jangan fikir pasal tu lagi, ya? Aku tepuk-tepuk sayang bahu mak. Insya-Allah, kalau ada jodoh saya bawaklah dia kat rumah ni. Mak tidur, ya? Mimpi yang indah-indah ya, mak? Sayang mak!

  • Rose Harissa

    25

    Aku tunduk cium dahi mak. Rutin aku setiap malam sejak sekolah rendah. Tak kiralah siapa yang masuk tidur dulu. Kalau aku tak cium dahi mak, memang aku gelisah tak boleh tidur. Rasa macam ada benda yang tak ada!

    Bila mak mula pejam mata, aku keluar dan tutup pintu bilik mak. Rasanya aku pun nak tidur jugak. Kepala aku dah sengkak lepas submit packaging artwork ke Macworld, sebelum maghrib tadi. Dah tu, tak pasal-pasal pulak kena marah dengan awek rumah sebelah. Haih!

    Sebelum tidur, aku turun ke bawah. Periksa semua tingkap dan nak pergi kunci pagar dan pintu masuk rumah.

    Lepas kunci pintu pagar, aku terpandang Suzuki Swift Kris. Terus aku terbayang balik muka marah Kris tadi. Tak semena-mena aku mengeluh lalu bersandar pada tiang porch sambil terus memandang Suzuki Swift pink itu seolah-olah aku sedang bertentang mata dengan Kris.

    Rasanya aku perlu mintak maaf kat Kris kalau dia rasa aku ni dah banyak menyusahkan hidup dia walaupun aku ni tak ada kaitan langsung dalam urusan hidup dia.

    Tapi macam mana aku nak mintak maaf kalau muka aku pun dia tak sudi nak pandang? Tak sanggup pulak aku nak pergi ketuk pintu rumah dia, merayu minta maaf macam aku dah buat dosa tak terampun. Silap hari bulan, dia tuduh aku nak mintak mak dia puji aku lagi. Hesy....

    Tapi, lagi tak logik kalau aku ajak dia keluar makan-makan semata-mata sebab nak mintak maaf!

    Isk kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak mengurat Kris pulak?

  • Guy Next Door

    26

    KAMU ni kenapa, Kris?Aku angkat muka tapi, tangan masih menyuap mihun goreng ke dalam mulut. Kemudian aku pandang muka abah yang tengah khusyuk baca surat khabar. Ala, abah saja buat-buat khusyuk la tu... padahal telinga capang macam telinga gajah.

    Apa, kenapa?

    Eh, budak ni... kita tanya dia, dia tanya kita balik! Muka kamu tu! Pagi-pagi lagi dah tayang muka masam time menghadap rezeki, kenapa? Takkan sebab tak cukup makan pengat durian kamu nak masam muka dengan mak?

    Mak ni... orang dah lupa pun pasal pengat tu. Tak ada apa-apalah.

    Kamu jangan nak kelentong maklah, Kris. Kamu putus cinta dengan boyfriend kamu tu ke?

    Mihun yang separa lumat dalam mulut, nyaris tersembur keluar. Pergh! Mak memang tak agak-agak bila buat andaian. Rambang sungguh!

    Bab 5

  • Rose Harissa

    27

    Mak ni... macam suka sangat kalau orang putus dengan Fandi! Orang ni tengah marah kat anak angkat kesayangan mak tu, tau tak?

    Siapa pulak anak angkat aku?

    Eh, eh, mak buat tak tau pulak, ye? Siapa lagi kalau bukan Adam tu! Tag team mak tu.

    Ooo... Adam ke? Dah tu, kamu marah kat dia tapi yang kamu tunjuk muka tonyok tu kat mak, kenapa? Pergilah tunjuk depan dia!

    Mak ni... macam dah mencabar orang pulak! Kang orang malas balik rumah ni lagi baru mak tau!

    Eleh... lama mana kamu tak nak balik rumah ni? Mana kamu nak pergi? Habis kuat pun kamu lari rumah Mia. Tak dan midnight kamu dah terpacul balik kat rumah ni.

    Mak siap gelak-gelak. Mengejeklah tu!

    Sumpah, aku rasa tercabar. Tak lalu lagi nak makan mihun mak yang sedap tu. Baik aku pergi kerja, tapau Sausage McMuffin with Egg dari dapur McD!

    Abah pulak aku tengok dah kulum senyum. Nampak sangat tengah tahan gelak. Abah memanglah tak banyak cakap tapi nanti bila aku dah keluar, adalah benda pasal aku yang abah dengan mak buat modal bercerita.

    Dah mak asyik puji Adam aje. Macam peribahasa kera di hutan disusukan, anak kat rumah menangis kelaparan.

    Kamu jangan nak buat drama, Kris oi. Budak hensem macam Adam tu, kau samakan dengan kera? Memang kamu dah rabun mengalahkan ayam.

    Tengok? Last-last, aku jugak yang kena. Mak memang suka menangkan Adam. Haih!

  • Guy Next Door

    28

    Nak pergi kerja dah!

    Walaupun bengang dengan mak, aku tetap salam dan cium tangan mak. Kang tak berkat pulak kerja hari ni kalau aku tunjuk protes!

    Kerja elok-elok, pesan mak sebelum sambung cuci pinggan.

    Aku cuma mengangguk sambil salam tangan abah.

    Apabila aku buka pintu depan, perkara pertama yang aku nampak adalah Suzuki Swift kesayangan aku. Tapi, aku terpaku sekejap bila tengok ada jambangan bunga kat atas bumbung kereta aku tu. Siapa pulak yang letak? Takkan pagi-pagi ni dah ada orang buat delivery bunga? Eh? Fandi ke yang hantar? Aku dah mula teruja.

    Lepas pakai kasut, aku cepat-cepat mendekati kereta dan capai jambangan bunga tu. Tapi bila tengok bunga-bunga tu, aku jadi pelik. Memanglah semuanya bunga mawar hidup tapi gubahannya macam bukan dari kedai bunga! Siap ada kad buatan sendiri lagi! Bila buka aje kad tu, aku terkejut. Ada kartun.

    OMG! Aku tak tau pun yang Adam tu pandai lukis kartun. Seriously, aku rasa nak gelak tengok kartun tu. Siap dia lukis ikan abah aku mati gara-gara aku marah, ye? Baju pun baju yang aku pakai malam tadi. Nampaknya, Adam dah register kejadian malam tadi dalam kepala dia ya?

  • Rose Harissa

    29

    Simple aje ayat dalam kad tu.

    Kris... saya mintak maaf Adam.

    Entah mengapa, tiba-tiba aku rasa macam syok sangat dapat kad cute macam tu. Patutlah bunga-bunga tu nampak lain macam aje, bukan macam bunga kat kedai. Sekarang aku tahu, dari mana datangnya bunga-bunga tu. Mesti dari pasu-pasu mak dia! Ha ha ha! Nasiblah ya, Mak Cik Ton. Selama ni aku memang geram rasa nak pergi petik aje bunga-bunga mawar yang Mak Cik Ton tanam tu. Tapi hari ni, aku dapat secara percuma daripada anak dia sendiri. Pandai jugak Adam tu menggubah bunga, ye?

  • Guy Next Door

    30

    Walaupun marah, mana boleh buang bunga-bunga ni. Baik aku letak kat meja di ofis. Aku pun segera memasukkan jambangan bunga ke dalam kereta. Kemudian aku pergi semula kat pintu rumah.

    Mak! Nanti tolong cakap kat Adam, orang marah lagi kat dia tau!

    Sengaja aku laung kuat-kuat. Biar orang sebelah tu dengar. Lepas tu, aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta sebelum mak muncul dan soal siasat aku. Biar mak sendiri yang soal siasat Adam! Ha ha ha....

    WEH! Mana kau dapat bunga-bunga ni? Mak kau tanam, ya? Cantik dan gebunya! Mmm... wangi! Mia menegur sambil cium-cium bunga pemberian Adam yang dah aku letak di dalam pasu di atas meja.

    Aku rasa, kalau aku bagitau Mia... mesti minah tu akan terkujat-kujat. Guy next door yang bagi.

    Hah?! Apa? Eh? Sejak bila pulak kau baik dengan mamat sebelah rumah kau tu?

    Ha... kan aku dah kata!

    Sebab aku tak baik dengan dialah, dia bagi bunga tu kat aku. Aku jawab sambil meneliti pelan reka bentuk dalaman sebuah penthouse yang terletak di Golden Triangle, KL.

    So... maknanya apa ni? Dia nak mengurat kau ke sampai bagi-bagi bunga bagai ni?

    Ayat Mia memang tak boleh blah! Asyik nak bersangka gedik aje kerjanya.

  • Rose Harissa

    31

    Asal lelaki bagi bunga aje, maknanya dia nak menguratlah, ya? Klise sungguh! Aku tayang muka tak berkenan.

    Yelah... selalunya perempuan, kan suka bunga?

    Dia bagi aku bunga sebab malam tadi aku marah dia. Itu aje. Aku dah tak tahan mak aku asyik puji dia melambung-lambung. Silap-silap aku rasa kalau Adam tu baby lagi, mau mak aku timang-timang dia agaknya.

    Mia ketawa berdekah-dekah. Payahlah kalau mak kau lebih suka anak jiran sendiri berbanding calon menantu. Bawak bertabahlah ya, Kris.

    Aku jeling, pura-pura marah. Dahlah sampai sekarang aku tak tau kenapa Fandi masih matikan telefon. Aku pulak jenis malas nak mencari sampai call ke pejabat dia. Tak nak aku tunjuk terhegeh-hegeh sangat.

    Tak sampai seminit Mia meninggalkan meja aku, telefon bimbit aku berbunyi. Macam kilat aku sambar sebab ingatkan Fandi yang hantar SMS. Rupa-rupanya bukan dan aku macam tak percaya bila baca SMS tu.

    Awak masih marah saya ya? Adam

    Aku tak tunggu lama untuk balas, sebab terkejut dan tak sangka dapat SMS dari jiran tetangga.

    Hey, dari mana awak dpt no hp saya yg P&C ni?

    Dan tak sampai seminit, SMS tu berbalas.

  • Guy Next Door

    32

    Saya mintak dengan mak awak lepas dia sampaikan pesan awak tadi. Kenapa awak masih marah saya?

    Aku tak terkata. Bengang jugak sebab mak suka-suka hati aje bagi nombor telefon aku kat Adam. Tapi, kagum jugak sebab Adam kira gentleman la tu, mintak direct dengan mak! Huh! Lagilah buat mak suka kat dia!

    Sebab awak bagi bunga yang mak awak tanam. Kedekut!

    Maaflah... saya tak tau nak bagi apa.

    Macam mana awak letak atas kereta saya?

    Pukul 3 pagi tadi, saya curi panjat pagar rumah awak.

    Aku ternganga. Pukul tiga pagi? Waktu semua orang tengah tidur! Beraninya dia!

    Awak gila ya? Orang time-time tu buat solat tahajud. Tapi awak panjat pagar rumah jiran! Nonsense!

    Tak apa... lepas tu memang saya buat solat tahajud siap dengan solat taubat, mintak ampun kat Tuhan :)=

  • Rose Harissa

    33

    Aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku bila baca SMS Adam tu. Rasa pelik, ya. Tak sangka pun ya, kelakar pun ada! Kiranya Adam ni pandailah memvarietykan perasaan orang - aku secara khususnya.

    Awak kat mana ni?

    Sengaja aku tukar topik. Alang-alang orang tu dah hantar SMS, biar aku layan aje! Lelaki, kan suka perempuan melayan. Am I flirting? A bit! Ha ha ha....

    Kat rumah.

    Isk... dia ni memang tak ada kerja, ya? Aku pulak yang tumpang seriau memikirkan hidup Adam. Macam tak ada masa depan aje!

    Hey? Awak ni memang tak kerja eh? Tak malu ke dah besar panjang macam tu, masih berkepit dengan mak? Perempuan nak dekat pun takut, tau! Sampai ke tualah awak takkan kahwin!

    Niat hati aku hantar SMS macam tu, kira-kira nak smash dia balik. Sebab selama ni aku duk menyimpan aje dalam hati bila mak puji-puji penganggur kehormat macam Adam ni.

    Biarlah... perempuan bila-bila pun boleh

  • Guy Next Door

    34

    dicari. Isteri kalau cerai, boleh nikah lagi. Tapi mak kandung... satu dalam dunia. Tak ada galang gantinya.

    Zap! Last-last aku yang rasa macam kena caras bila baca balasan Adam tu. Tak semena-mena aku terkenangkan Fandi. Rasa macam dj-vu sebab Fandi pun pernah cakap kat aku ayat yang lebih kurang sama. Sebab, Fandi pun mummys boy jugak. Apa-apa keputusan, Fandi akan dahulukan mummy dia walaupun dia kata dia sayang aku setengah mati.

    Maknanya, kalau tengah dating, mummy dia call suruh balik, memang dia sanggup balik dan batalkan semua perancangan romantik kami pada hari tu. Seriously, aku kekadang memang tension pasal ni.

    Kris, kalau awak masih marah... saya mintak maaf.

    SMS Adam tu, tak aku balas lagi sebab hati aku tiba-tiba jadi haru-biru teringatkan Fandi. Padahal hari Ahad, aku memang keluar dengan dia. Fandi nampak macam okey aje. Jalan pun tak pernah lepas dari pegang tangan aku. Penuh kasih sayang macam biasa.

    Tapi... agaknya Fandi tiba-tiba lesap ni, sebab mummy dia kut? Hati aku mula tak keruan.

  • Rose Harissa

    35

    AKU termangu-mangu depan iMac 27 inci. Bukan menghadap kerja, tapi membaca satu e-mel. Tawaran itu datang lagi setelah dulunya aku pernah tolak dengan baik. Tawaran lumayan yang memaksa aku berhijrah, meninggalkan bumi Malaysia. Aku rasa kalau orang lain mesti tak fikir panjang. Terus terima. Tapi sekarang ni, aku tak boleh buat macam tu.

    Mak. Aku risaukan mak. Sejak akhir-akhir ni mak banyak sangat termenung. Mak cakap rindu kat arwah ayah. Aku pun rindu dan pernah terselit dalam hati perasaan menyesal sebab aku tak balik Malaysia lepas habis belajar, walaupun dah tahu ayah bersara awal sebab sakit jantung.

    Ayah pergi dengan mendadak. Mak kata ayah jatuh kat bilik air masa nak ambil wuduk. Kena angin ahmar. Waktu aku balik, ayah dah tak boleh nak bercakap.

    Lima hari aku temankan ayah kat hospital, aku tak henti-henti mintak ampun dan maaf sebab rasa bersalah sangat-sangat. Aku kejar dunia waktu tu. Kemaruk dengan

    Bab 6

  • Guy Next Door

    36

    kerja yang tengah gemilang kat negara orang. Haih! Kalau fikir pun memang sesal tak berguna. Penyesalan memang selalu datang lambat.

    Malas nak fikir pasal kerja, aku tutup suis dan keluar dari bilik. Mak tak ada sebab kak long dan kak ngah bawak dia pergi shopping kat Nilai 3. Lembiklah lutut mak ikut diorang berjalan. Ini dah dekat pukul lima setengah petang, entahkan balik ke sini atau bermalam kat rumah kak long kat Putrajaya. Ngangalah aku sorang diri kat rumah ni.

    Bosan tak ada apa nak buat, aku terfikir nak cuci Chevy Cruze warna putih aku yang jarang-jarang bergerak tu. Waktu nak tadah air di dalam baldi kat tepi pagar, aku nampak Mak Cik Umi tengah merumput laman. Tak sempat aku nak buka mulut, Mak Cik Umi dah tegur aku dulu.

    Nak buat apa tu, Adam?

    Ingat nak basuh kereta.

    Heh, kamu ni Adam. Basuh kereta selalu, tapi keluar rumahnya payah bebenor. Pergi pasar pun kamu kayuh basikal aje. Cubalah kamu bawak berjalan ke shopping complex, tengok dunia.

    Shopping complex? Huish itulah tempat yang paling saya tak suka pergi, mak cik.

    Aku tak jadi tadah air. Sesekali bersembang dengan Mak Cik Umi petang-petang macam ni, syok jugak! Sudahnya aku terbalikkan baldi, jadikan tempat duduk kat tepi pagar sambil perhati Mak Cik Umi cabut rumput liar tepi pokok-pokok bunga dia.

    Ala kalau tak ke situ pun, bawak-bawaklah keluar rumah, barulah tak berhabuk macam kereta kamu yang lawa tu.

  • Rose Harissa

    37

    Hai... lain macam aje ayat mak cik tu. Nak mengenakan saya la tu.

    Kalau kamu faham, takpe. Aku tengok kamu tu dah macam barang perhiasan pulak. Muka lawa, tapi sembunyi dalam rumah mengalahkan anak dara. Jangan kamu jadi antik macam barang kat muzium, sudah! Orang boleh tengok aje dari luar. Nak pegang tak boleh dah.

    Ayat Mak Cik Umi tu buat aku terus tergelak. Itu sebab aku dengan mak suka Mak Cik Umi. Dia kelakar dan spontan! Happening sangat orangnya.

    Okay what? Lagi antik... lagilah mahal, mak cik. Saham pun tinggi.... Aku cuba nak berlawak.

    Haah. Kut ya makin mahal. Kut-kut lagi antik, lagi tak laku. Maklumlah, barang antik ni kalau dah lama sangat simpannya, tak ada yang menjaga, ada yang berkarat... kekadang ada yang mudah tercopot sana sini!

    Aku gelak sungguh-sungguh sampai muka rasa panas, mata berair. Nasib baik aku tak berguling atas rumput. Nampak gaya aku memang kena surrender dengan Mak Cik Umi. Bab-bab buat joke selamba ni memang aku fail.

    Huish... kamu ni Adam, kontrol sikit gelak tu. Putus urat nanti.

    Mak cik ni memang legend. Tergoncang-goncang bahu aku menghabiskan sisa gelak.

    Adam... kamu tau, kan mak cik dengan pak cik nak pergi umrah bulan depan? Muka Mak Cik Umi tiba-tiba jadi serius.

    Aku pun automatik rasa cuak tiba-tiba. Tau... tapi kenapa, mak cik? Nak ajak saya sekali ke?

    Mak Cik Umi tak ada gaya macam nak layan joke

  • Guy Next Door

    38

    aku sebab dia tiba-tiba berhenti cabut rumput dan muka berkerut-kerut macam tengah fikirkan sesuatu.

    Masa mak cik dengan pak cik kat Mekah nanti, kamu tolong tengok-tengokkan Kris, ya?

    Mak Cik Umi pandang aku penuh harapan.

    Aku terkejut. Eh? Dia tak ikut sekali ke?

    Mak Cik Umi mencebik. Nak ikut macam mana, kalau cahaya hidayah tak sampai-sampai kat dia....

    Ya, Tuhan... tak pernah aku jumpa mak orang selamba macam ni. Nganga aku dibuatnya! Mak cik! Kalau Kris dengar ayat mak cik ni, kecik hati dia nanti.

    Biarkan! Degil sangat budak tu. Nak dirotan, dah besar panjang. Tapi itulah... memang silap mak cik dengan pak cik sebenarnya sebab manjakan sangat dia waktu kecik dulu. Sampaikan cubit pun tak pernah. Mak cik ni bising mulut aje tapi tak tergamak nak memukul anak.

    Aku tak berani nak komen apa-apa. Aku anggap tu luahan hati seorang ibu yang risaukan satu-satunya anak yang dia ada. Anak dara, cun pulak tu!

    Kamu tolong tengokkan dia, ya? Kalau boleh, buat report bagi mak cik tengok bila balik nanti.

    Aku ternganga. Nak gelak, tapi rasa macam pelik jugak bila mendengar permintaan Mak Cik Umi. Elok-elok aku tak nak terlibat dalam urusan hidup Kris, alih-alih maknya sendiri yang cuba nak tarik aku.

    Hesy... tak beranilah saya, mak cik. Kris tu dahlah tengah marah kat saya. Nanti dituduhnya saya ni saja nak menyibuk hal dia pulak.

    Eh... yang kamu takut sangat kat dia tu, kenapa? Tak adanya dia boleh makan kamu. Kris tu lagi muda daripada

  • Rose Harissa

    39

    kamu, tau. Tapi muda pun tak muda sangatlah... dah dua puluh lima dah. Kalau zaman mak cik tu dah masuk kategori andalusia tu....

    Aku terus tergelak kecil. Patutlah Kris tu mulutnya boleh tahan melaser aku. Hari-hari duduk dengan mak yang bermulut selamba macam Mak Cik Umi, hari-hari kena libas, nak tak nak sesekali kena pertahankan diri jugak, ya tak?

    Kris, kan dah ada boyfriend? Rasanya lagi elok kalau mak cik suruh boyfriend dia yang tengok-tengokkan. Aku cuba mengelak.

    Hah? Maksud kamu, Fandi tu?! Huh, budak tu bukannya boleh diharap sangat! Kalau mak cik letak kepercayaan pada budak macam tu jaga Kris, silap-silap, harapkan pagar, pagar makan padi! Mak Cik Umi siap menonyoh-nonyoh rumput yang dah dicabut.

    Mesti Mak Cik Umi tengah membayangkan tonyoh muka boyfriend Kris! Jangan-jangan Mak Cik Umi ni pun ada imaginasi yang tinggi.

    Isk! Mak cik ni... macam tak suka sangat kat Fandi tu. Kalau dah Kris suka, mak cik kena terima seadanya. Kang tak bahagia pulak hidup diorang kalau mak cik tak restu. Aku cuba memujuk Mak Cik Umi.

    Tiba-tiba Mak Cik Umi jeling maut kat aku. Ah, sudah! Terus aku katup mulut, jangan senyum! Kecik hati orang tua tu nanti!

    Kamu tau tak, Fandi tu cuma datang time raya tahun pertama dia kenal Kris. Lepas pada tu, setakat depan pintu pagar tu ajelah. Tegur tidak, tanya khabar tak pernah apa lagi nak ambil hati mak cik dengan pak cik. Macam tu nak suruh dia tengok-tengokkan Kris? Pentingkan diri sendiri adalah! Tak hormat orang tua langsung. Takkan mak

  • Guy Next Door

    40

    cik pulak kena terhegeh-hegeh jumpa dia sebab nak bagi restu? Tak beradab Fandi tu!

    Aku tak terkata sebab Mak Cik Umi nampak macam marah benar bila sebut pasal Fandi. Aku nak komen pun, macam tak kena. Dah aku pun bukannya kenal karakter Fandi tu macam mana. Sesekali aje aku nampak dia hantar Kris balik. Itu pun tak keluar kereta, terus cabut.

    Tapi, kalau aku berselisih bahu dengan dia kat mana-mana, memang aku dapat cam dia dengan baik!

    Dia segan kat mak cik dengan pak cik, kut? Aku masih cuba bersangka baik.

    Mak Cik Umi merengus. Segan apanya? Angkut Kris ke hulu ke hilir, tak segan pulak? Nak tunggu berapa tahun baru tak segan dengan kami? Sampai kucing bertanduk?

    Mungkin dia belum cukup duit untuk pinang Kris? Aku tetap dengan andaian baik-baik belaka.

    Mak Cik Umi melengos. Helo, Adam... kamu tau tak Fandi tu kerja engineer? Takkan tak ada duit nak meminang anak dara orang kut?

    Ala... mak cik. Kerja engineer sekarang kalau takde exprience, gaji ciput gak....

    Masalahnya, Fandi tu anak Dato! Keturunan Syed! Kerja pun dengan company bapak sendiri. Tak sekufu sebenarnya dengan Kris tu! Tapi Kris tu tak sedar diri, tak tahu ukur baju kat badan sendiri. Mak cik takut, Kris tu kena main aje.

    Aku terdiam. Baru aku tau, boyfriend Kris tu anak Dato. Patutlah dia pandang lekeh aje kat aku ni... yang cuma kerja dari rumah dan dia tuduh aku penganggur. Isk!

  • Rose Harissa

    41

    Nampak gayanya Mak Cik Umi memang betul-betul emosi bila masuk bab Fandi. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Sudahnya, aku tadah telinga ajelah mendengar omelan Mak Cik Umi.

    MAK CIK UMI dah masuk ke dalam rumah. Tak solat asar lagi katanya. Aku pulak, teruskan pelan untuk cuci kereta. Masa nilah aku boleh membelek kereta lama-lama.

    Waktu aku tengah gigih sental sport rim, aku dengar bunyi enjin kereta masuk kat rumah sebelah. Aku toleh dan nampak Suzuki Swift pink tu dah balik! Tuannya pun turun dari kereta sambil menjeling kat aku.

    Mak aiii aku rasa kalau boleh keluar anak panah dari mata dia tu, mesti dah tercacak kat kepala aku. Memang jelingan membunuh!

    Aku rasa aku perlu ambil pendekatan ke arah rundingan damai. Kena cari jalan jernihkan fikiran dan prasangka Kris kat aku, supaya tak berlarutan jadi benci dan dendam. Lambat-lambat aku berjalan ke pagar, supaya dekat sikit dan tak payahlah dia tinggikan suara macam dia buat pagi tadi. Kalau Mak Cik Umi tak sampaikan pun tak apa, sebab aku dah dengar pesanan yang dia laung kat Mak Cik Umi, konon dia masih marah kat aku.

    Eh? Awal balik hari ni, Cik Kris? Aku beranikan diri tegur dia.

    Kris pandang aku atas bawah, memang macam nak telan aku! Berdebar jugak rasa jantung ni.

    Eh? Salah ke balik awal? Saya kena punch card kat rumah awak ke?

  • Guy Next Door

    42

    Dush! Sinis betul Kris ni. Agak-agak, kalau aku balas balik sindiran dia tu, menangis tak dia dengar? Mari kita cuba!

    Tak adalah. Biasanya lepas isyak baru nampak awak balik.

    Baru sebaris aku bagi ayat, mata Kris dah mula bulat. Muka dia dah merah padam. Aku macam dah cucuh api kat minyak aje. Kejap lagi mesti Kris jadi naga! Ha ha ha....

    Amboi amboi.

    Kris dah mula cekak pinggang, dongak pandang aku macam Tun Teja nak ajak bersilat.

    Dahlah tak bekerja, memerap kat rumah. Sekarang, suka jaga tepi kain orang pulak, ya? Itulah berkawan lagi dengan mak cik-mak cik ha perangai pun dah jadi kaypochi, tak padan dengan lelaki! Selama ni, awak mengintai sayalah ye, siap tahu bila waktu saya balik kerja? bentak Kris geram.

    Pedas jugak kata-kata Kris tu. Tapi dia sedar tak, mak cik-mak cik yang dia cakap tu, mak aku dan mak dia sendiri? Haih! Agaknya dah memang takdir, aku dengan Kris ni tak boleh berbaik walaupun berjiran. Kalau tak, takkan selama lima tahun ni, kami bertahan tak bertegur sapa.

    Siapa pulak kata saya tak bekerja?

    Dah memang awak tak kerja pun, kan? Kalau kerja, taklah awak sentiasa ada kat rumah mak awak tu, dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu! Ada kereta rare pun kalau setakat buat perhiasan aje, tak gunalah bro! Jangan-jangan minyak kereta pun awak tak mampu nak isi, kan?

    Huih, memang jenis tak nak kalah Kris ni. Siap tau pulak Chevy Cruze ni agak rare, jika dibandingkan dengan

  • Rose Harissa

    43

    kereta-kereta brand lain yang seangkatan harga dan kelas sepertinya. Kiranya dia jenis perempuan ambil tahu jugaklah pasal kereta, ye?

    Tapi kalau bab kerja tu, aku rasa aku perlu tune sikit otak dan cara pemikiran Kris. Gaya pakaian aje moden, tapi otak masih kampung!

    Cik Kris yang namanya kerja tu, tak semestinya kena keluar rumah pagi-pagi, redah jammed sampai stres, balik lewat malam macam awak! Jangan ortodoks sangatlah, Cik Kris. Tapi aku malas nak bongkar apa kerja aku. Kalau cakap pun tentu dia tak percaya punya!

    Heee! Awak nikan! Saja nak buat saya marah lagi, kan? Kalau macam nilah sikap awak, lagi eloklah kalau kita tak bertegur sapa! Saya pun tak sakit hati, tau tak?

    Kris hentak kaki dengan muka cemburut. Eheh! Comel sungguh! Macam tak percaya umur dia dah dua puluh lima tahun. Kalau pakaikan baju sekolah menengah, mesti orang ingat dia masih sweet seventeen! Heh, otak aku dah mula fikir yang bukan-bukan!

    Eh, kenapa? Awak dah tak marah saya lagi ke tadi? Aku buat-buat blur. Cuba kuis imaginasi daripada mengganggu konsentrasi aku nak selesaikan konfrontasi dengan Kris yang dah berlanjutan selama lima tahun.

    Yelah! Pagi tadi, waktu dapat bunga dari pasu mak awak tu, dapat kad comel tu saya dah malas nak fikir pasal awak lagi. Saya berazam, saya takkan marah awak selagi bunga-bunga tu tak layu!

    Dahi aku berkerut. Heh? Maknanya, lepas semua bunga tu layu, awak akan marah saya seperti azali, ya?

    Yelah dan awak patut bersyukur, saya siap dah ikat dengan Panadol kat hujung tangkai bunga-bunga tu

  • Guy Next Door

    44

    sebelum letak dalam pasu berisi air. Jadi, sekurang-kurangnya akan ambil masa lebih seminggu untuk bunga-bunga tu layu. Kan lama jugak tu sebagai tempoh kemaafan buat awak!

    Aku tak dapat nak tahan diri daripada tergelak kecil bila mendengar ayat Kris tu. Agak sengal jugak jawapan Kris. Manalah dia dapat idea letak Panadol pada bunga sebab tak nak bagi layu? Dia betul-betul macam watak perempuan dalam shoujo manga!

    Siapalah yang bagi awak petua sengal tu?

    Muka Kris makin masam bila tengok aku masih gelak-gelak kecil. Marahlah tu!

    Awak jangan nak mengejek saya! Elok-elok saya dah cool, tapi sekarang saya

    Tapi sekarang, awak marah saya semula sebab sebenarnya awak stres tak dapat jumpa boyfriend awak, kan? Sebab tu awak balik awal hari nikan? Aku cantas cepat-cepat ayat Kris tu. Sebab aku tak nak dia terus racun fikiran dia sendiri, kaitkan kemarahan tak tahu hujung pangkal dia tu dengan diri aku yang tak bersalah ni.

    Jangan berlagak tahu! getus Kris.

    Sebenarnya saya tak ada salah pun, kan? Tapi, awak sengaja jadikan saya tempat untuk awak lepaskan kemarahan awak. Kan?

    Kris tak menjawab.

    Mula-mula aku ingat nak ukir senyuman kemenangan. Tapi... bila aku nampak mata dia dah berkaca-kaca, aku terkedu. Ah, sudah! Dia nak menangis ke?

    Awak kejam! Langsung tak tahu jaga hati perempuan! Benci! bentak Kris.

    Lepas cakap macam tu, aku nampak air mata Kris

  • Rose Harissa

    45

    pun berderai lalu terus berlari masuk rumah. Tinggal aku ternganga tak percaya kat pagar sempadan rumah.

    Bila Kris dah hilang dari pandangan mata, baru aku tersedar dan tunjal dahi sendiri. Astaghfirullah! Aku betul-betul dah buat Kris menangis!

  • Guy Next Door

    46

    MAK dah dua kali panggil aku turun makan. Tapi, aku tak keluar bilik pun. Aku cakap dah kenyang, makan sebelum balik kerja tadi. Alasan semata!

    Jiwa aku tengah kacau, makan pun mesti tak kenyang. Semua sebab Adam! Hati aku dahlah tengah bengang sebab Fandi lesap macam ditelan bumi! SMS tak balas, telefon asyik masuk voice mail.

    Eee ke mana pulak dia pergi? Dah tak sayang dan rindu kat aku ke?

    Aku pun tak sangka Adam bongek tu dah berjaya buat aku menangis. Fandi tu suis kegembiraan dan kesedihan aku.

    Kris! Kamu keluar sekarang! Kalau kamu degil, mak suruh abah pecahkan pintu ni!

    Suara mak berkumandang seiring dengan pintu bilik digedor.

    Kalau dah macam tu caranya mak memanggil, aku tak boleh terus berdiam. Cepat-cepat aku bangun dan keluar

    Bab 7

  • Rose Harissa

    47

    dari bilik dengan mata merah baru lepas menangis tak boleh sorok.

    Mak tenung aku. Kamu ni masih marah kat Adam ke sampai menangis tak lalu makan?

    Mak nikan, memang saja nak naikkan takat didih aku. Buat apa pulak orang menangis pasal Adam? Buat rugi air mata aje! Dia tu siapa?

    Bukan pagi tadi kamu jerit-jerit pesan kat mak, cakap kamu masih marah dia? Dah tu petang tadi pulak mak nampak kamu nangis masuk bilik lepas cakap dengan Adam? Bukan kamu dengan dia berkelahi ke?

    Mak ni! Kalau Adam tu orang marah aje, tapi tak koserlah nak buang air mata untuk dia. Dia siapa? Orang tengah tension dengan Fandi ni!

    Hajat hati aku nak la mengadu kat mak. Tapi mak awal-awal dah mencebik, tunjuk muka sinis.

    Hmmm! Pasal Fandi rupanya. Menyesal aku tanya. Kalau macam tu... hah, padan muka kamu! Siapa suruh kamu pilih lelaki macam Fandi tu?

    Ambik! Mak memang tak tunjuk simpati langsung. Terbang semua semangat dan harapan aku.

    Mak ni! Bukannya nak pujuk orang! Lagi sindir pulak. Mak tak kesian kat orang ke?

    Mak menjuihkan bibir. Tak koser mak nak kesian! Buang masa aje kesian kalau sebab Fandi.

    Mak betul-betul pulang paku buah keras! Buat aku rasa nak menangis kuat-kuat! Buat perangai masa kecik-kecik, nangis guling-guling sampailah mak pujuk, upah dengan coklat.

    Dah, kamu toksah nak tayang muka tonyok kamu

  • Guy Next Door

    48

    tu. Tak laku dengan mak. Tu... Adam nak jumpa kamu kat bawah.

    Apa mak?! Aku terjerit kecil. Aku salah dengar ke... mak buat lawak? Macam tak percaya aje Adam nak jumpa aku! Nak bagi bunga lagi ke?

    Adam nak jumpa kat bawah!

    Sebenarnya aku agak impressed di situ sebab Adam berani mintak izin mak semata-mata nak jumpa aku. Tapi, ego aku lebih tinggi daripada menara Burj Khalifa! Aku buat keras badan depan pintu.

    Pergilah cepat! Dari tadi dah dia tunggu.

    Malaslah. Lagipun dia nak apa malam-malam macam ni?

    Entah... dia kata nak bagi barang kat kamu.

    Mak ni, dah tau sekarang dah pukul sepuluh, cakap ajelah orang dah tidur! Besok nak bangun awal pergi kerja.

    Bangun awal konon! Selagi mak ni tak jerit, selagi tu kamu tak bangun. Tak tergamak mak nak bohong dengan budak baik macam Adam tu.

    Nada mak mengendur bila sebut nama Adam. Betullah, Adam tu macam dah bagi satu sentimental value kat mak. Sudahnya, aku dah tak boleh nak mengelat lagi. Kena turun jugak jumpa mamat berdaulat tu.

    Kat mana dia nak jumpa orang ni? Kat pintu depan ke kat pintu dapur?

    Kamu tanya tu macamlah besar bebenor rumah ni, ya? Kat kolam ikan abah nun!

    Huh? Kat port aku bila bersembang dengan Fandi kat handphone. Dengan langkah malas macam bawak beban berkilo-kilo kat kaki, aku turun ke tingkat bawah.

  • Rose Harissa

    49

    Rupa-rupanya mak dah siap nyalakan lampu kat kawasan kolam tu. Padahal sebelum ni, kawasan tu asyik bergelap aje. Ni mesti sebab mak tak nak aku disyaki berkhalwat dengan Adam. Hik hik hik!

    Adam tunggu aku kat dalam kawasan rumah dia rupa-rupanya. Aku ingatkan dia masuk duduk kat kolam ni. Tak tau kenapa, aku rasa mulut aku macam ternganga sikit, mata tak boleh lepas pandang Adam yang berdiri tepi pagar kawat hijau.

    Selama ni aku tak bagi perhatian sangat kat muka dia. Selama ni aku nampak dia sekejap-sekejap aje, tapi memang perasan dia tu kategori handsome. Cuma aku tak berminat sebab bagi aku muka dia suci sangat.

    Tapi cahaya lampu ni buat muka Adam nampak berseri-seri! Dia memang handsome tahap perfect ten rupa-rupanya! Tambah pulak dengan senyum menawan dia tu! Betullah cakap mak, muka Adam manis macam Mario Maurer!

    Awak nak apa jumpa saya ni? Nak pecah rekod, ye? Aku bertanya dalam nada menyindir.

    Rekod apa pulak? Muka Adam blur habis!

    Rekod tak pernah bersua muka lepas lima tahun jadi jiran! Dah boleh masuk Malaysia Book of Record!

    Tanpa aku sangka, Adam ketawa. Tak terlalu kuat, tapi terdengar menawan kat telinga aku. Dan tak tau setan mana pulak merasuk fikiran, buat aku terbayang Adam waktu petang tadi dalam keadaan basah kuyup sebab basuh kereta! Giler seksi....

    Hesy! Tak boleh jadi! Ingat Fandi! Fandi! Fandi! Tanpa sedar, aku mengibas-ngibas tangan depan muka.

  • Guy Next Door

    50

    Eh? Kenapa dengan awak ni?

    Suara Adam itu buat aku tersedar. Jauh pulak otak aku melencong, ya? Rasa malu, tapi demi jaga imej... aku pura-pura berdeham.

    Banyak nyamuk kat sini.

    Eh, ye ke? Baru malam ni ke awak perasan banyak nyamuk? Selama ni waktu berborak dengan boyfriend awak tu, tak rasa ke nyamuk gigit?

    Mendadak aku rasa kejung, pandang Adam dengan rasa tak percaya.

    Hei! Mana awak tau saya cakap dengan boyfriend saya? Awak menghendap saya, ya?

    Adam sengih-sengih cute. Tak ada niat pun nak menghendap. Saya ter nampak dan ter dengar. Kalau dah ter tu maknanya saya tak sengaja.

    Semakin meleret senyuman Adam.

    Aku rasa macam nak tarik aje mulut dia tu! Suka mengenakan orang rupa-rupanya mamat bajek suci ni! Boleh sakit jiwa jadinya kalau hadap dia ni lama-lama. Sakit jiwa okey lagi, takut tergoda jiwa! Hah, itu yang bahaya!

    Sudahlah! Ada apa awak nak jumpa saya ni? Penting sangat ke? tanya aku sambil peluk tubuh.

    Saya nak bagi ni sebagai tanda mintak maaf sebab dah buat awak menangis petang tadi. Adam hulurkan satu beg kertas saiz besar.

    Tahulah aku ni pendek, macam sengaja aje Adam hulur tinggi-tinggi.

    Hah! Sedar pun ada buat salah! getus aku, sambil berjengket untuk mencapai beg itu.

  • Rose Harissa

    51

    Bila dah dapat kat tangan, tanpa segan-silu aku pun jenguk nak tengok apa isi dalamnya. Macam-macam jenis coklat mahal dengan bungkusan cantik-cantik yang tak pernah ada kat kedai biasa! Adam macam tau-tau aje aku suka makan coklat. Terus aku angkat muka pandang Adam.

    Mana awak dapat coklat ni semua? tanya aku dengan mata yang bersinar-sinar.

    Saya beli kat Duty Free Chocolate Shop KLIA.

    Aku dah berkerut dahi. Awak ke sana semata-mata nak beli coklat-coklat ni semua?

    Adam angguk. Yelah bila saya bagi bunga yang mak saya tanam, awak kata saya kedekut. Jadi, coklat-coklat mahal tu bukti yang saya ni tak kedekut! Tak berkira pun dengan jiran sebelah.

    Aku mencebik. Meh, aku nak usik dia sikit, tengok goncang tak dia. Eleh baru bagi coklat banyak macam ni pun dah nak berlagak. Lainlah kalau bagi emas seketul dua.

    Hmmm perempuan dengan emas memang tak boleh dipisahkan, ya? Tak ada hal. Tapi lainlah kalau awak tu girlfriend saya. Bukan setakat emas 916, jongkong emas 999 pun sanggup saya beri.

    Dagu aku rasa macam nak terjatuh ke lantai bila dengar ayat Adam tu! Gila kuat menyindir dia, ya! Nak kena ni!

    Helo siapa cakap saya suka emas? Saya saja aje cakap macam tu! Tolong keluarkan saya daripada senarai tu, ya? Ada awak nampak saya pakai emas? Ni subang ni pun subang pasar malam, tau! Aku selit rambut celah telinga demi nak tunjuk subang mutiara palsu yang terlekat kat cuping.

  • Guy Next Door

    52

    Adam masih senyum-senyum. Awak ni, baru kena usik sikit dah goyang, ya? Tapi, kan kalau awak girlfriend saya pun, saya takkan didik awak dengan emas. Better saya didik dengan agama.

    Aku pandang Adam dengan mata terkelip-kelip. Ceh! Hilang aku nak usik dia dia pulak yang usik aku! Dahlah ayat last tu buat aku sentap. Fandi sendiri tak pernah pun sentuh bab agama dengan aku... haih! Menyampahlah cakap dengan awak ni!

    Konon menyampah, padahal aku baru sedar bahawasanya bila bercakap dengan Adam dalam jarak dekat begini selepas lima tahun jadi jiran, Adam itu sebenarnya punya aura mysterious. Ada daya tarikan yang kuat sampai, aku nyaris terlupakan masalah dengan Fandi!

    Ada apa lagi awak nak cakap dengan saya?

    Adam geleng-geleng kepala sambil senyum tak kunjung putus! Alahai... tak penat ke bibir dia tu?

    Kalau tak ada apa... saya masuk dulu.

    Tak nak borak panjang lagi dengan saya?

    Heh? Aku jegil biji mata. Buat apa borak dengan awak? Awak bukannya kawan baik saya!

    Adam ketawa lembut.

    Bila Adam tak berkata apa lagi, aku pun terus buka langkah. Tapi bila aku masuk aje dalam rumah, aku terkejut tengok abah sedang santai tengok TV sambil kunyah coklat Toblerone kotak besar. Eh? Mana abah dapat coklat tu?

    Adam bagi tadi. Nak ke? Pergi ambil kat dapur.

    Cesss!!! Aku baru nak rasa special sebab dapat coklat mahal. Tapi, rupa-rupanya Adam dah bagi awal-awal kat abah jugak! Kalau macam tu, baik tak payah panggil aku

  • Rose Harissa

    53

    keluar! Tak naklah! Ni ha... ada satu beg lagi. Abah makanlah.

    Aku letak beg kertas itu di depan abah. Lepas tu aku terus naik ke bilik. Hilang terus keinginan aku nak makan coklat mahal tu semua. Tiba-tiba timbul rasa bengang pulak kat Adam.

    Eh? Kenapa dengan aku ni?

    Tension sebab Fandi menghilangkan diri ke... atau merajuk dengan Adam?

  • Guy Next Door

    54

    LEPAS pada aku dapat coklat mahal banyak-banyak daripada Adam yang akhirnya aku tak makan langsung terus aku tak nampak dia lagi dah. Chevy Cruze dia yang cun tu pun ghaib dari porch. Ke mana pulak dia pergi ek? Aku tertinjau-tinjau jugak, kut-kut nampak kelibat Mak Cik Ton ke, bolehlah buat-buat tanya mana Adam pergi. Tapi, rumah sebelah tu macam tak ada penghuni pulak! Pintu tingkap semua tertutup.

    Kamu jenguk apa tu?

    Mak bertanya bila tengok aku terjenguk-jenguk ke rumah sebelah waktu nak masuk ke dalam kereta. Aku pun malas berpura-pura lagi. Malu bertanya sesat jalan, kan? Baik aku tanya ajelah kat mak.

    Mana penghuni rumah sebelah ni pergi, mak? Tak nampak orang pun. Dah dua tiga hari, sunyi sepi aje. Dah pindah ke apa?

    Mak Cik Ton duduk kat rumah anak sulung dia kat Putrajaya sebab Adam sekarang kat US.

    Bab 8

  • Rose Harissa

    55

    Hah?! Aku tak dapat menahan mulut daripada terlopong. Dia buat apa pergi US?

    Entah mak tak sempat pulak nak tanya. Adam pun tak cerita. Kamu sibuk kenapa? Selama ni tak pernah nak bertanya pasal dia pun?

    Ala, mak ni orang tanya aje. Mak tu, percaya sangatlah Adam tu pergi US. Mampu ke dia nak pergi sampai ke Amerika? Entah-entah nak pergi Singapore pun tak lepas! Dia tak kerja, kan? Mestilah tak ada duit! Rendah sungguh pandangan aku terhadap Adam.

    Jangan cepat sangat nak buruk sangka kat orang kalau kamu tak kenal dia nanti kamu yang malu sendiri. Mak memberi pesanan, siap dengan kerlingan mata tanda tak senang.

    Aku pun tak sanggup nak bertekak dengan mak. Kang terbabas pulak tengah jalan akibat dah kecikkan hati mak!

    Yelah... taulah... orang tak cakap apa dah pasal dia. Adam, kan kesayangan mak. Orang pergi kerja dulu. Aku cium tangan mak.

    Sampai ke pejabat, aku masih tak habis fikir betul ke Adam sekarang kat US? Kalau betul, dia buat apa kat sana? Takkan makan angin kut? Mustahil penganggur kehormat macam dia mampu makan angin kat oversea! Aku yang bercita-cita nak bercuti ke New Zealand ni pun fikir panjang.

    Dek kerana iseng, tangan aku gatal pulak capai handphone dan taip satu mesej untuk Adam. Terus tanya direct to the point. Tiada basa-basi dalam kamus hidup aku.

    Awak kat mana sekarang ni?

  • Guy Next Door

    56

    Send. Tapi, aku harus menunggu sepuluh minit sebelum dapat balasan yang buat aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.

    Eh? Awak salah hantar SMS ke? Saya Adam Putra Iskandar, tau. Bukan Fandi :)=

    Siap ada ikon smiley berjanggut pulak! Memang bajek suci sungguh!

    Ya! Saya tahu! Saya tengok rumah awak kosong. Sajelah nak tau awak ke mana. Tak boleh?

    Boleh... tapi saya kat San Diego sekarang ni.

    Aku baca mesej itu dengan dahi berkerut. San Diego tukan antara lapan buah bandar terbesar kat US. Maknanya betullah dia ada kat US sekarang ni? Ke... dia dah siap-siap Google peta semata-mata nak kenakan aku? Bukan boleh percaya sangat Adam ni.

    Bohong! Kalau betul awak kat situ, macam mana boleh SMS saya pulak?

    Roaming la, dear! Takkan itu pun awak tak tau? Habislah kredit awak!

    Ceh! Apa dia fikir aku ni sengkek sangat ke pakai

  • Rose Harissa

    57

    handphone mahal, tapi guna prepaid! Suka buat aku bengkak hatilah Adam ni! Memang nak kena!

    Selagi tak ada bukti, saya tak percayalah awak kat sana! Hantar gambar! Sekarang!

    Entah angin gedik mana datang cuit hati aku, mintak gambar dengan Adam. Tapi sebenarnya nak test tengok sama ada dia spesies gatal ke tak? Kalau dia tergamak hantar gambar sendiri pada perempuan, maknanya dia memang gatal dan perasan handsome!

    Baik. Tunggu ya....

    Huh! Memang gatal jugak dia! Aku tak balas, tapi sabar menunggu supaya nampak macam tak beria-ia sangat, kan? Lebih kurang lima belas minit kemudian, satu notification MMS masuk. Aku dengan tak sabar terus buka, nak tengok gambar Adam kat US (kalau betullah dia kat sana!) Mintak-mintak gambar close-up muka dia. Tapi... ceh!

    Satu gambar pemandangan bandar raya waktu malam, bermandi cahaya, terpantul keindahannya pada air macam cermin. Dari tepi gambar tu keluar satu tangan kanan, tunjuk peace! Jari panjang runcing dan putih bersih milik Adam!

    Caption pada gambar tu tertulis @San Diego Downtown.

    Aku tak terkata. Rasa geram ada, rasa terkena pun ada. Sakit hati punya pasal, aku hantar SMS lagi.

  • Guy Next Door

    58

    Bohong! Awak tempek gambar tgn awak kat gambar Google dari Internet, kan?

    Up to you, dear. Sorry, saya tak suka camwhore muka sendiri tapi tu memang gambar saya tengah makan kat downtown dengan member2 saya tadi. Okeylah, saya nak tido dah mengantuk giler sebab kat sini dah lewat malam. Salam.

    Aduilaaa... rasa macam terkena sebijik kat muka aku. Sebab aku pun jenis suka tangkap gambar sendiri yang orang duk sebut dengan istilah camwhore tu. Bunyinya pun sangat tak molek! Tapi itulah yang selalu aku buat, jadikan gambar profile kat Facebook!

    Isk... Adam ni memanglah buat aku rasa seperti ditusuk sembilu aje.

    Terus aku segan sendiri nak balas SMS tu. Tapi, betul ke dia ada kat San Diego sekarang ni? Separuh hati aku rasa nak percaya, separuh duk hasut, kata Adam membohong.

    Baru aje aku letak handphone, Mia tiba-tiba datang terkocoh-kocoh sambil bawa akhbar.

    Kris! Kris! Guy next door kau tu nama penuh dia Adam Putra Iskandar bin Haji Ismail, kan? tanya Mia dengan gaya paling kalut pernah aku tengok dari dia.

    Mia tarik kerusi dan duduk depan meja aku. Aku pandang Mia dengan pelik. Memanglah aku pernah bagitau nama penuh Adam kat Mia, tapi kenapa tiba-tiba hari ni dia tanya lagi?

    Haah. Kenapa? Kau nak mengurat dia? usik aku.

  • Rose Harissa

    59

    Mia terus hamparkan akhbar itu depan aku. Ni... kau tengok ni! Ini ke guy next door yang kau cakap tu? Nama aku tengok dah betul. Orangnya tak taulah ye ke tidak.

    Terus aku tunduk tengok gambar yang ditunjuk oleh jari telunjuk bunting serai milik Mia. Tak semena-mena mata aku melebar bila terpandang gambar jejaka yang sedang senyum menawan depan iMac 27 inci.

    Aku pandang Mia sambil mengangguk lambat-lambat, tapi dengan muka tak percaya. Mata Mia ikut melebar tapi dengan muka teruja sangat-sangat!

    Jadi, betullah tu dia? Mia pegang pipi sendiri.

    Aku masih terkedu tengok gambar tu.

    Giler hensem guy next door tu rupanya! Jawline dia seksi giler, beb! Mata dia redupnya, OMG! Huih, ini kalau berdepan dengan dia, mesti rasa blush bila kena tenung dengan dia, kan? Mia riuh macam burung murai terputus ekor. Mia cuba menarik kembali akhbar tersebut.

    Tapi tangan aku lebih pantas menahan sebab tergamam bila baca tajuk besar pada cerita dua muka surat itu.

  • Guy Next Door

    60

    Mak aiii! Tajuk bukan main lagi! Sambil menelan air liur penuh kepayahan, aku terus baca isi ceritanya.

    Berkelulusan Bcs. Media Arts & Animation dari The Art Institute of California-San Diego, Adam Putra Iskandar bin Haji Ismail yang lebih mesra dipanggil Adam, pernah mengukir nama di peringkat antarabangsa sebagai penulis dan komik artis. Bagi kalangan penggemar komik antarabangsa, Adam dikenali melalui lukisan digitalnya yang sangat terperinci.

    Malah, hasil kerja Adam pernah diiktiraf dalam Comic-Con International yang berlangsung setiap tahun di San Diego Convention Center, ketika masih menuntut di sana.

    Ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini, anak muda berusia dua puluh sembilan tahun ini, dalam senyum malunya mengakui bakal berlepas ke San Diego hujung bulan ini, bagi menerima anugerah Eisner bagi kategori Best Cover Artist buat kali ketiga.

    Kata Adam, anugerah itu diterimanya bagi kulit depan komik Dark World yang diterbitkan sekitar Mac di San Diego tahun sudah. Bahkan beliau sendiri tidak menyangka masih diiktiraf menerima anugerah itu lagi biarpun sekarang hanya bekerja secara bebas dari Malaysia, setelah mengambil keputusan kembali ke tanah air lima tahun yang lalu.

  • Rose Harissa

    61

    Menurut Adam lagi, dia rela mengorbankan kerjaya di San Diego demi arwah ayah dan ibunya.

    Arwah ayah meninggal dunia selepas lima hari kepulangan saya. Saya akui, agak menyesal kerana tidak pulang setelah menamatkan pengajian kerana terus diambil bekerja dengan Dark Comics Lte.

    Aku tutup akhbar itu. Tak sanggup nak baca dan tengok hasil kerja mengagumkan guy next door itu termasuk aksinya sedang tekun melukis cover menggunakan Wacom Cintiq bersaiz 24 inci. Giler! Mamat tu advanced dalam diam rupa-rupanya.

    Lagipun ada satu gambar close-up Adam buat aku rasa macam makin lama tengok, rasa macam terjatuh hati pulak! Seriously... gambar dia yang itu, buat aku rasa segan nak tenung muka dia lama-lama sebab rasa macam dia tengah pandang aku! Ha... statement perasan apakah ini?

    Aku pandang Mia tapi otak aku berkecamuk, masih ada rasa tak percaya bercampur terkejut.

    Jadi, betullah Adam sekarang ni kat San Diego! Jadi, betullah kata mak, jangan cepat sangat nak buruk sangka kat orang kalau kamu tak kenal dia nanti kamu yang malu sendiri. Maknanya selama lima tahun ni, Adam bukan suka-suka duduk memerap kat rumah. Alahai....

    Aku bertambah malu sendiri. Tak sangka jiran sebelah yang selama ni aku pandang rendah, dah lama buat nama kat oversea! Isk manalah aku nak sorok muka ni?

    Kalaulah aku tau, yang sebenarnya Adam Putra Iskandar ni hensem, sehensem nama dia... dah lama aku

  • Guy Next Door

    62

    bertenggek kat rumah kau tau! Bodohlah kau buat tak peduli pada dia!

    Suara Mia, diikuti dengan tangannya menarik akhbar, mengembalikan aku ke alam nyata.

    Amboi? Mulut! Sedap aje cakap aku bodoh!

    Okey, kau tak bodoh tapi rabun! Boleh?

    Aku merengus! Peluk tubuh dan tarik muka masam. Sebenarnya bukanlah marah sangat pada kutukan Mia tu. Selain dengan mak, aku pun dah biasa bergurau kasar dengan Mia. Memang masing-masing tak pernah simpan dalam hati pun. Yelah, bukannya budak sekolah lagi nak merajuk-rajuk bergaduh sampai tak bertegur sapa.

    Cuma aku macam terkena satu tamparan hebat dek penyiaran artikel dan paparan gambar-gambar pasal Adam! Semua tu bukti nyata bahawasanya mamat bajek suci tu bukan duduk goyang kaki aje kat rumah! Oh.

    Eh? Dia dah ada awek ke belum? tanya Mia lagi dengan muka teruja.

    Aku tak jaga tepi kain pelekat dia, okey! Getus aku. Tiba-tiba rasa nak marah tak menentu.

    Takpe... kalau dah sampai masuk surat khabar ni, mesti Adam ni sebenarnya glamer giler tapi kau aje yang tak tau sebab kat mata kau cuma ada Fandi. Takpe... aku akan Google, cari tahu siapakah gerangannya Adam yang berwajah menawan ini! Ha ha ha!

    Sungguhlah... cara gelak Mia tu macam gelak perempuan sihir nak mandrem putera raja aje. Hesy!

    Huh, tak sedar diri! Kau tu dah ada boyfriendlah weh! Aku ketuk-ketuk permukaan meja. Sebenarnya nak ketuk kepala Mia, tapi sayang... tangan tak sampai.

  • Rose Harissa

    63

    So, what? Aku belum kahwin pun. Berkasih biar satu, berkawan biar seribu, Cik Kris oiii bukan macam kau! Tunggulah Fandi tu macam bulan tak jatuh-jatuh ke riba!

    Aku mencebik, tapi tak terjawab.

    Mia siap mengeluarkan HTC Flyer daripada saku blazernya. Minah tu mana boleh berenggang dengan Flyer dia. Twitter dan FB maniac! Sakit perut sebab terlebih hirup kuah tomyam pun nak Tweet! Tak tahu jaga privasi langsung!

    Yes! Mia terjerit girang sambil menumbuk udara!

    Aku dah jumpa Facebook dia! Aku nak add dia! Mia terus bangun dan melenggang pergi.

    Aku tercengang. Macam tak percaya, sepantas itu tindakan Mia. Betul ke dia dah jumpa Facebook Adam? Tindakan di luar kesedaran, tangan aku terus tekan mouse dan klik keluar window Mozilla Firefox. Aku terus taip, Adam Putra Iskandar Facebook. Ada beberapa nama dengan gabungan Adam, Putra, Iskandar. Tapi aku dengan yakin, tuju pada:

    Adam Putra Iskandar Ismail Profiles Facebook.

    Terus keluar satu profile dengan gambar yang sangat familiar. Gambar San Diego Downtown bersama satu tangan menyelit tunjuk peace! Gambar sama yang baru aje dia hantar kat aku. Sah! Confirm tu Adam, guy next door! Tapi, aku tak boleh nak tengok wall dan semua gambar dia. Completely private! Ceh!

    ESOKNYA, waktu baru aje sampai pejabat, aku sengaja

  • Guy Next Door

    64

    singgah ke meja Mia. Laju aje aku buka mulut tanya Mia. Beb, kau dah add ke belum guy next door aku tu?

    Amboi? Ayat tu macam nak claim guy next door tu kau punya aje?

    Huh, ke situ pulak kau! Aku serius ni! Kau dah add dia ke belum? Aku ulang tanya.

    Dah! Dia dah accept pun!

    Huh! Kira dia gatal jugaklah, ye? Aku memang tak habis-habis dengan prasangka terhadap Adam.

    Tak baik kau! Memula dia memang agak sombong, dia reject request aku. Tapi aku tak kecik hati pun, sebab nak dekat dengan orang hensem dan kreatif macam dia, memang macam tu. Perlukan usaha sebagai tangga kejayaan. Jadi, aku request sekali lagi dengan pesanan, hi, saya ni officemate merangkap BFF Kristal bin Abdul Hamid. Terus dia approved aku dengan pesanan... ha kejap ye, aku bacakan.

    Mia terus keluarkan Flyer HTC daripada saku blazer. Nak bukak Facebooklah tu! Mia pernah kata, hidup dia terasa kosong kalau sehari tak buka Facebook atau tak Tweet! Huh, kronik sungguh!

    Oh, maaf sebab rejected request awak sebelum ni. Saya ingatkan siapa sebab saya tak approved strangers kat FB ni. Strictly for close friends and families. Yang lain banyak follow kat devianart. Salam kenal untuk awak dan kirim salam kat Kris, ya.

    Aku terlopong mendengar bacaan Mia. Eh? Apehal mamat tu nak berkirim salam dengan aku pulak? Aku duduk sebelah rumah dia aje pun!

    Mia dah senyum mengenen. Hmmm... aku rasa kalau kau add dia mesti dia terus approve!

  • Rose Harissa

    65

    Ah! Tak kuasa aku! FB aku pun strictly for close friends and families! Aku pulang paku buah keras! Kalau Adam ada depan aku, memang aku tarik muka eksyen!

    Eh? Tadi kau mengaku dia guy next door kau?

    Jiran sebelah rumah aje, okey!

    Rugilah kau... dia tu best giler. Dahlah hensem, berbakat besar pulak tu! Dalam FB dia tu, banyak kawan omputih yang awesome! Semua tahap kelas A, tau! Artworks dia memang world classlah! Bangga aku sebab dapat masuk dalam list friend dia.

    Aku tak tahulah kenapa, tapi telinga aku ni rasa macam berasap aje dengar cara Mia bercakap tu. Macam budak tadika eksyen dekat kawan-kawan sebab dapat mainan baru. Rasa nak lempang pun ada! Eee!

    Eh, takde aku heran rugi ke tak! Apa dia fikir dia bagus sangat ke berkawan dengan omputih? Aku senyum mengejek. Macamlah Adam ada depan aku.

    Hei, memang dia baguslah! Kalau tak percaya, kau tengok ni!

    Mia mendekat, tayang HTC dia betul-betul depan muka aku.

    Terpampang gambar-gambar Adam. Walaupun hati menolak kata jangan tengok, tapi mata aku tetap tak berkalih dari skrin. Terdiam. Rasa macam baru kena tampar pun ya, bila melihat gambar-gambar Adam diapit oleh mat salih-mat salih selepas terima hadiah di majlis Comic-Con International.

    Kata-kata pujian melambung buat Adam memenuhi ruang komen.

    Ha... kan ke aku dah kata dia hebat. Tengok, kau

  • Guy Next Door

    66

    sendiri pun speechless, kan? Dia ni memang diam-diam ubi berisi.

    Aku bagi jelingan maut kat Mia. Yelah... aku terpaksa admit, yang Adam tu memang diam-diam ubi berisi. Patutlah mak beria-ia sangat upkan nama Adam kat aku.

    Tapi yang lebih buatkan aku rasa malu, bila selama ni kalau aku mengutuk Adam, kata dia penganggur kehormat, ke apa ke... tak pernah pun dia nak buka cerita akan kehebatan dia. Dia telan semua kemarahan aku dengan senyuman... menawan!

    Haih... tiba-tiba aku rasa macam nak pindah rumahlah pulak.

  • Rose Harissa

    67

    AKHIRNYA... genap seminggu Fandi lenyap macam ditelan bumi. Cuti hujung minggu aku yang biasanya dipenuhi dengan aktiviti dating + tengok wayang + ronda-ronda sampai ke malam, akhirnya berlalu dibawa angin!

    Akibatnya, aku memulakan kerja pada hari Isnin dengan muka tonyok, bak kata mak. Buat kerja pun dengan mulut muncung. Nasib baik aku tak tergamak aje nak koyakkan pelan-pelan yang bersepah di atas meja aku ni.

    Kau ni kenapa, Kris? Dah macam orang mati suami aje aku tengok... apa masalah kau?

    Entah bila Mia muncul, aku pun tak sedar. Memang aku lebih banyak mengelamun daripada meneliti pelan yang sepatutnya aku semak segala ukuran dan isi perabot.

    Memang pun! Fandi dah hilang daripada hidup aku! Aku dah tak tau nak buat apa. Takkan nak kena terjah ofis dia pulak? Dengan Mia, aku memang tak segan-silu kongsi cerita pasal boyfriend.

    Bab 9

  • Guy Next Door

    68

    Apalah lambat sangat kau ni? Kau carilah dia kat Facebook!

    Haah, ek? Apesal aku tak terfikir dari dulu, ha?

    Sebab kau lambat! Loading slow la kau ni!

    Aku menyengir pada Mia sebelum capai Galaxy Note dan login Facebook yang dah lama aku tak on. Sebab selalunya aku dengan Fandi lebih gemar berkomunikasi melalui Whatsapp dan Skype.

    Perkara pertama yang aku perasan, status in a relationship berubah tanpa ada gambar pasangan. Profile Fandi dah tak ada pada hujung ayat hubungan mesra tu! Aku tengadah.

    Hei! Takkan dia buang status kami? Aku nyaris berteriak. Usus dah terasa macam bersimpul. Cuak gila! Menggelabah aku taip nama Fandi dalam list friend, tapi tak jumpa pun yang namanya Syed Affandi Dato Syed Ahmad.

    Beb... aku rasa FB dia pun dah lesap la! Rupa-rupanya Mia pun tolong cari Fandi guna Facebook dia, melalui telefon bimbitnya.

    Aku dah rasa nak meraung! Mendadak rasa lemah lutut, perut rasa sebu. Kenapa jadi begini? Nak kata Fandi ditelan bumi, kat Malaysia mana ada kejadian gempa, tanah merekah telan orang!

    Terus aku logout. Laju aje jari aku tekan nama Fandi. Tak sampai sesaat, suara seorang perempuan menjawab, buat aku ternganga dan tangan hampir terlepas handphone.

    Harap maaf. Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan.

    Beb! Nombor dia pun dah tak ada! Aku terjerit

  • Rose Harissa

    69

    dan tekup muka dengan dua tangan di meja. Aku nak menangis, tapi kenapa macam tak ada air mata keluar?

    Kris aku tau kau tak okey. Tapi, aku harap kau jangan fikir bukan-bukan dulu. Jom kita pergi makan. Lepas makan kita cari Black Forest cheesecake nak? Mia usap-usap belakang aku.

    Bagi aku dan Mia, makan sedap-sedap, adalah salah satu cara melepaskan tekanan. Semerta aku bingkas, tangan dah capai handbag.

    Jom! Seru aku tak agak-agak. Untuk sementara waktu, permasalahan boyfriend perlu dilupakan!

    WALAUPUN dah makan Black Forest cheesecake beberapa juring sebab nak hilangkan resah kononnya, tapi bohonglah kalau aku cakap tak penasaran memikirkan status hubungan aku dengan Fandi.

    Kenapa aku langsung tak dapat contact dia? Rasa macam digantung tak bertali aje. Keghaiban Fandi betul-betul menyita otak aku sampai tak mampu nak fikir benda lain yang lebih berfaedah.

    Bila balik rumah, tengok mak tengah kemas baju ke dalam bagasi, baru aku teringat yang mak dengan abah akan bertolak ke Mekah petang esok! Alahai aku dahlah tengah stres. Meroyanlah aku seorang diri nanti.

    Dengan langkah gontai, aku mendekati mak. Belum pun aku cakap apa-apa, mak dah berbunyi.

    Kamu ni Kris! Mak dengan abah belum pun jejak kaki ke Mekah, kau dah tunjuk muka macam sayur lecur tu lagi. Ni tak lain tak bukan sebab Fandi, kan?

  • Guy Next Door

    70

    Memanglah sebab dia....

    Hanya itu yang mampu aku ucapkan sebab aku dah rasa nak nangis. Perlahan-lahan, aku rebahkan kepala di atas riba mak.

    Mak pun berhenti melipat baju dan mengeluh sambil pandang aku. Kamu jangan marahlah ye Kris, kalau kat Mekah nanti, mak nak doakan supaya kau putus dengan Fandi tu!

    Mak!!! Aku terjerit. Automatik empangan mata aku pecah, menumpahkan air mata yang tertahan sejak di pejabat tadi. Aku mula teresak-esak dengan hiba.

    Mak ni, kenapa mak cakap macam tu? Pa... patutnya mak doakan Kris bahagia huk. Aku bercakap dalam sedu-sedan. Ini tak mak nak doakan yang bu buruk-buruk pulak sampai hati mak... huk huk!

    Bahu aku terenjut-enjut. Aku kesat air mata dan hidung yang dah berair dengan hujung kain batik mak.

    Isk! Kau kesat hingus kat kain mak? Bertuah punya budak!

    Mak cubit bahu aku. Nak tak nak aku tergelak juga dalam sendu. Mak geleng-gelang kepala pandang aku.

    Kamu jangan salah faham pulak. Cuma mak yang tak berhati perut aje sanggup doakan yang buruk-buruk untuk anak dia. Mak nak doakan kamu putus dengan Fandi supaya kamu dapat jodoh yang lebih baik daripada dia! Tengoklah, apa dia dah buat kat kamu sekarang ni. Macam nak main-mainkan kamu aje. Tak berkenan sungguh aku!

    Aku terdiam mendengar kata-kata mak itu. Sebenarnya hilang rasa untuk mempertahankan Fandi. Memang sampai hati dia buat aku macam ni!

  • Rose Harissa

    71

    Kris... bila mak dengan abah kat Mekah nanti, kamu jangan buat hal pulak. Jangan nak meroyan tak tentu hala. Mak dah pesan kat Adam dengan Mak Cik Ton supaya tengok-tengokkan kamu.

    Bila dengar aje nama Adam disebut, terus aku bangun, tunjuk muka protes. Mak macam sengaja nak dekatkan aku dengan Adam. Mak! Orang bukan budak kecik tau, sampai mak suruh jiran sebelah tu tengok-tengokkan orang. Taulah orang jaga diri sendiri!

    Yelah tu. Selama ni, kalau aku tak masak, tak makanlah kau kat rumah ni. Mak senyum mengejek.

    Ala... apa susah? KFC, McD, Pizza Hut delivery, dua puluh empat jam, kan ada? Tahulah orang oder. Aku tak nak kalah.

    Kalau mak cakap, menjawab aje kerjanya. Dengan Fandi tu tak nak pulak kamu lawan cakap. Bertegas sikit suruh dia masuk minang.

    Heee... mak, itu dah macam terdesak sangat namanya. Orang pun ada maruah tau. Itu dah macam perigi mencari timba pulak. Tak naklah orang paksa-paksa di