Full

31
2 PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T, Titipan penghargaan tehadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin. Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya, Pn Zurida Halid kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya waima menggangu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Transcript of Full

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

Titipan penghargaan tehadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin.Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya, Pn Zurida Halid kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya waima menggangu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan khhusunya dalam menghasilkan dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai.Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak. Kesudiaan anda amat saya hargai.

PENDAHULUANSetiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

W.W.Cook: Grouping and promotion in the Elementary School menjelaskasn perbezaan individu dari segi pencapaian dengan kajian hampir semua kelas Darjah 6 akan terdapat sekurang-kurangnya seorang murid yang berkebolehan membaca setakat Darjah Dua dan seorang murid berkebolehan membaca sehingga Tingkatan Empat. Namun, kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas.

Pengurusan grafik banding beza tentang aspek-aspek perbezaan individu bagi dua orang muridTUGASAN 1

1.0 Pengenalan Definisi perbezaan individuPerbezaaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma-norma kumpulan sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachmentGuru yang peka sentiasa mengambil kira perbezaan individu demi membantu muridnya mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 1 April 2013 hingga 5 April yang lepas di SK Kubang Golok, Bachok, Kelantan, saya telah melakukan kajian terhadap dua orang murid untuk mengenal pasti perbezaan antara mereka. Saya telah menyediakan pengurusan grafik banding beza tentang aspek-aspek perbezaan individu bagi kedua-dua murid tersebut.Lihat profil lengkap murid A dan murid B di lampiran.

1.1 Pengurusan GrafikPersamaan dan perbezaan dari aspek fizikal

warna kulit cerah penampilan lengkap memakai songkok aktif pengawas

Lelaki Kurus Rendah Tidak memakai cermin mata 43 kg

Murid A

Warna kulit gelap Penampilan tidak lengkap (tidak memakai tali leher,tiada lencana dan tanda nama) Tidak memakai songkok Pendiam Murid biasaMurid B

Perbezaan dari aspek kognitif Tidak pernah mewakili sekolah dalam apa-apa acaraMewakili sekolah sehingga peringkat negeri dalam permainan hokiBAKATMENGANALISISMENGINGATKEUPAYAAN BERFIKIRMurid BMurid ABerfikir untuk jangka masa yang pendekBelajar mengikut kelapangan masa selepas persekolahanMampu berfikir ke hadapan dan berfikir di luar kotakMempunyai jadual belajar setiap hariTahap ingatan pada peringkat sederhana sehinggaMempunyai daya ingatan yang kuatMampu menganalisis data dengan baikMasih tidak cekap dalam menganalisis dataBELAJAR

Perbezaan dari aspek emosi Kompetensi emosi

Regulasi emosiMurid BMurid A

Berempati dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain

memilih dan mengawal situasi dan perhubungan

Tidak memahami keadaan emosi orang lain

menunjukkan kemarahankepada rakan

Perbezaan dari aspek sosialMurid BMurid AKelas sosial bawahan

Ibu bapa daripada golongan biasaIbu bapa daripada golongan pendidikLatar belakang keluarga kurang berpendidikanLatar belakang keluarga berpendidikanMementingkan ilmuMantap Tidak stabilMengabaikan ilmuKelas sosial atasanLatar belakangBudaya Sejarah Kelas sosialStatus ekonomi

Perbezaan dari aspek rohaniMempunyai nilai pegangan agama yang rendah kerana tidak mendapat bimbinganTidak mahir dalam pembacaan al-quranTidak mencukupi solat 5 waktu

Mempunyai nilai pegangan agama yang tinggi kerana sudah dilatih sejak kecilPandai membaca al-quranSolat 5 waktuMurid AMurid BNilai keagamaan dan nilai pegangan

Tugasan 2Faktor genetik dan persekitaran mempengaruhi perbezaan individu

2.0 Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Individu2.1 PengenalanSetiap individu berbeza dari segi biologi dan genetik. Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya samada dari sifat kognitif, emosi, fizikal dan lain lagi yang terdapat sesame individu dalam sesuatu kumpulan. Perbezaan individu adalah cara-cara bagaimana individu yang berada pada tahap umur yang sama berbeza antara satu sama lain. Perkembangan individu menyumbang kepada perbezaan ini. Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Menurut Hurlock, 1978 kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing. Menurut ahli kajian psikologi perkembangan dan perbezaan individu boleh dipecahkan dalam lima aspek iaitu dari segi fizikal, , emosi, kognitif, sosial dan rohani. Kelima aspek ini terbentuk dari dua factor iaitu faktor genetik atau baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture). Seperti yang telah diperjelaskan perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Menurut ahli psikologi juga bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunyai kadar perkembangan yang sama dan menjadikan kedua-dua faktor itu penyebab perkembangan individu itu tidak sama .2.2 Faktor genetik dan persekitaranGenetik atau Baka (nature) disebut sebagai her edity dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin iaitu heres. Baka merupakan gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Nukleoprotein ini terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum ( betina ) manusia yang berupa benang halus. Mengikut kajian kromosom mengandugi bahan DNA dan RNA masing-masing membawa gen yang mempunyai sifat baka. Oleh itu, kita dapat mengetahui bahawa baka sebenarnya merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anaknya, Ianya menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu. Jelasnya bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu. Contohnya saiz badan, bentuk badan , ketinggian dan warna mata.Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu dialami di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat walau di mana berada. Persekitaran juga merangkumi pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir adalah seperti pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu. Contohnya, adakah ibunya merokok semasa anak dalam kandungan, rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosinya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner telah memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Terdapat lima sistem ekologi yang terdapat dalam faktor persekitaran yang telah dijelaskan oleh Eric Bronfennrenner iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem.2.3 Faktor genetikFaktor yang mempengaruhi perbezaan individu adalah dari aspek fizikal pelajar. Menurut Arnold Gesell (1880-1961) genetik merupakan faktor yang penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak dan individu. Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Mengikut kajian yang telah saya laksanakan terhadap dua orang murid tahun enam, kedua-dua mereka mempunyai persamaan dan perbezaan dari aspek fizikal. Murid A dan murid B kedua-duanya adalah murid lelaki, mempunyai saiz badan yang kurus, rendah dan tidak memakai cermin mata. Murid A mempunyai warna kulit yang agak cerah berbanding dengan murid B. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa perbezaan warna kulit adalah disebabkan baka daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini sangat unik dan sangat jelas membuktikan bahawa faktor genetik dari aspek fizikal ini mempengaruhi perbezaan individu.Selain itu, faktor genetik dari aspek mental atau kognitif. Mengikut teori Jean Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Terdapat empat perigkat piaget iaitu Peringkat Deria motor, Pra Operasi, Operasi Konkrit, dan Operasi Formal. Setiap peringkat perkembangan kognitif itu merupakan faktor yang penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Pelajar yang saya kaji mempunyai mental yang berada pada peringkat operasi formal. Contohnya, pada peringkat ini murid tahun enam tersebut dapat berfikir secara abstrak, boleh membuat hipotesis dan seterusnya berfikir secara sistematik. Kebolehan kedua-dua murid untuk memikirkan penyelesaian-penyelesaian secara induktif dan deduktif memungkinkan mereka mempunyai perbezaan individu.2.4 Faktor persekitaranFaktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan individu adalah disebabkan oleh faktor keluarga. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan individu ialah iklim rumah, makanan, asuhan da status sosio-ekonomi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan memberi asuhan kepada anak-anak. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh murid A menghormati ibu bapanya kerana ibu bapanya mengajar dan didik dia untuk menjadi seorang yang menghormati orang dan tingkah laku yang baik terhadap orang lain. Manakala murid B pula tidak menghormati ibu bapanya. Hal ini kemungkinan di sebabkan dia kurang mendapat kasih sayang dan permintaanya tidak dipenuhi oleh ibu bapanya di rumah. Oleh itu, dia mengalami perkembangan emosi yang kurang sihat dan tidak menghormati kedua ibu bapanya. Oleh itu, faktor persekitaran keluarga ini sangat penting kepada anak-anak kerana hal ini dapat memepengaruhi perbezaan individu.Faktor persekitaran daripada rakan sebaya juga dapat mempengaruhi perbezaan individu. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan aspek yang sangat penting dalam perkembangan intelek , sahsiah, emosi dan sosial. Kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong peningkatan perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Contohnya , pelajar yang saya jadikan kajian iaitu murid A merupakan pelajar yang cemerlang walaupun terdapat tingkah laku yang kurang baik dalam dirinya tetapi dia pandai dalam memilih rakan sebaya. Dia berkawan dengan pelajar yang rajin belajar disebabkan itu dia dapat keputusan yang cemerlanga dan dapat meningkatkan potensinya dari masa ke semasa. Manakala murid B pula merupakan pelajar dari kelas yang kurang pandai tetapi walaupun dari kelas yag sebegitu tidak semestiya dia tidak pandai. Namun, dia masih belum mampu untuk memperoleh keputusan akademik yang setanding dengan murid B. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa faktor persekitaran daripada rakan sebaya juga dapat mempengaruhi perbezaan individu.Lanjutan daripada huraian di atas, faktor persekitaran yang terakhir yang mempengaruhi perbezaan individu adalah faktor daripada guru dan sekolah. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersikap penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesehjahteraan diri. Contohnya murid A dapat mengaplikasikan segala yang diajar oleh gurunya dalam kelas disebabkan guru yang mengajar itu bersungguh-sungguh dalam mengajar pelajar tersbut sehinggalah dia menjadi pelajar yang cemerlang manakala murid B pula sebaliknya dan menjadikan pelajar tersebut sukar untuk menulis dan memahami kehendak soalan yang diberikan. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih akan meningkatkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh .3.0 KesimpulanSememangnya faktor baka dan persekitaran tidak boleh diasingkan. Hal ini adalah kerana kedua-dua faktor tersebut mempunyai peranan masing-masing. Persekitaran keterlaluan seperti pemakanan, kesihatan dan keadaan hidup boleh menjejaskan perkembangan. Kekurangan makanan menyebabkan kanak-kanak berambut kemerahan walaupun mewarisi rambut hitam. Pemakanan yang seimbang menyebabkan kanak-kanak lebih tinggi daripada ibu bapa mereka.

Cara menangani perbezaan individu muridTugasan 3

PENGENALANMenurut Suppiah Nachiappan (2008), perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara. Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.3.0 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDUGuru ialah objek penting perlu mengetahui dan menangani perbezaan individu.3.1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaranStrategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan, iaitu pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.3.2 Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatifAhli psikologi mengambil berat tentang kemahiran guru menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebalikknya, jika sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh menggunakan penangguhan nagatif.3.3 Teknik motivasiMotivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid kearah yang lebih dinamik. Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak bermaya, malas belajar, tidak mempunyai cita-cita dan suka ponteng kelas. Mengikut Greece, seorang tokoh motivasi, menyatakan setiap tingkahlaku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi yang berbeza-beza. Seorang yang malas belajar dengan seorang yang tidak mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu biasa dan memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi.3.4 Mempelbagaikan kaedah mengajarPerbezaan individu boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada pada kanak-kanak ataupun orang dewasa. Bagaimanapun, dalam situasi pengajaran, para pendidik yang peka dan berpengalaman boleh mengatasi keadaan perbezaan murid-murid dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran iaitu:a) Kaedah kumpulan mengikut kebolehanDi peringkat sekolah rendah, murid-murid biasanya mempunyai kebolehan yang berbeza dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Maka guru-guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk mengatasinya.Pengumpulan sejenis atau homogenus ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih baik dan cekap. Guru akan melihat kanak-kanak secara individu dan mengumpulkan mereka yang sama atau hampir sama taraf kepada satu kumpulan. Biasanya guru menggunakan tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang dianggap pandai, kumpulan B murid-murid sederhana manakala kumpulan C murid-murid yang lemah. Dengan menggunakan kaedah tersebut, guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Dalam beberapa bulan, besar kemungkinan murid-murid yang lemah akan dapat meningkatkan lagi pencapaian iaitu setanding dengan kumpulan B dan A.Guru juga boleh melihat sekolah yang menggunakan nama kelas berbeza dalam sesuatu darjah bagi membezakan kebolehan murid. Pembahagian kelas ini dilakukan selepas sesi persekolahan semester pertama bermula. Murid dipilih berdasarkan pencapaian purata mereka dalam peperiksaan akhir semester lepas. Oleh itu, guru tidak perlu menggunakan kaedah kumpulan semasa mengajar di dalam sesebuah kelas.b) Pengajaran bebas dan menggunakan Bilik SumberPengajaran bebas bermaksud memberi kebebasan kepada murid dalam masa tertentu untuk belajar atau membuat kerja-kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik sumber secara bersendirian atau berkumpulan. Bilik-bilik yang dimaksudkan itu perlu mengandungi pelbagai sumber seperti buku, majalah, akhbar dan komputer. Kanak-kanak digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan memulakan kegiatannya sendiri kearah mencapai sesuatu peringkat. Tugas guru hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan. Kanak-kanak adalah bebas untuk menyediakan tugasanya dengan sendiri melalui bantuan guru.c) Pengajaran pemulihanPengajaran pemulihan hanyalah ditumpukan kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran asas pembelajaran di peringkat awal seperti di tahun 1 sekolah rendah. Pelajar yang terlibat biasanya tidak dapat mengikuti sebahagian besar pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada secara formal atau tidak formal. Tujuan pengajaran pemulihan ini adalah untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya membina sifat keyakinan diri.Guru boleh mengenal pasti pelajar yang dianggap terlampau lemah denagn memerhatikan tingkah laku dan hasil kerja mereka. Ujian diagnostik akan diberikan kepada mereka yang disahkan memerlukan pendidikan khas untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang utama. Sesudah dilaksanakan pengajaran khas, satu ujian akan diberikan bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut. Pelajar yang berjaya akan dimasukkan semula ke kelas biasa. Manakala mereka yang gagal akan ditambahkan lagi masa bagi mmebolehkan mereka mendapat pendidikan dan bimbingan yang lebih baik di kelas pemulihan.

d) Program pengayaanSeseorang pendidik perlu menyediakan satu program pengayaan berdasarkan tahap pencapaian dan kemahiran asas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Program ini merupakan satu corak aktiviti pembelajaran yang membolehkan murid-murid mengembangkan sifat ingin tahu, daya cipta, bakat kepimpinan, minat belajar, semangat berdikari, motivasi dan memperluaskan lagi dalaman.Program ini boleh dilaksanakan sebaik sahaja guru mengenal pasti peringkat-peringkat pencapaian murid. Murid yang cerdas diberi beberapa latihan pembelajaran yang mencabar. Murid yang sederhana pula diberi latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka. Manakala, murid yang lemah, latihan yang lebih mudah diberikan. Secara ringkasnya, program pengayaan ini dapat menolong para guru merancang beberapa strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza-beza.e) Progran berunit mengikut kecepatan sendiri muridDalam rancangan ini, guru menyediakan beberapa unit kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar. Rancangan ini membantu para pelajar meningkatkan lagi pencapaian mengikut kecepatan mereka sendiri. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah Dalton. Melalui kaedah ini, pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. Guru hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Sementara itu, graf kemajuan harian murid akan disimpan bagi melihat kebolehan dan pencapaian mereka.f) Kaedah garak balas.Kaedah ini bermaksud melatih murid membuat aktiviti sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Kaedah memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak dalam situasi belajar dan bukannya penerima yang pasif daripada guru. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek. Bagi memenuhi objek tersebut, guru harus menyediakan alat bantu mengajar yang cukup kepada murid. Guru juga boleh menggalakkan murid memilih bahan atau alat sendiri, iaitu sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Guru dapat mengetahui tahap pemikiran pelajar melalui hasil laporannya.g) Pengajaran terancangDalam pengajaran terancang, setiap murid akan belajar mengikut kemampuan dan cara yang tersendiri. Guru perlu mahir dalam menyusun strategi perancangan yang logik tanpa merujuk kepada buku teks. Terdapat tiga jenis pengajaran terancang, iaitu jenis linear, semua murid dikehendaki mendapatkan bahan yang sama, tetapi membuat kerja mengikut kadar yang tersendiri. Murid akan mendapat maklum balas dengan segera dari guru tentang apa yang dibuat. Jenis bercabang ialah pengajaran terancang yang disusun agar murid yang cekap dapat mengikutinya dengan cepat. Jenis penyesuaian pula ialah yang dianggap tercanggih melalui penggunaan komputer bagi mengawal tahap kebolehan individu.Pada masa ini terdapat berbagai-bagai kaedah mengajar telah dicipta. Kaedah-kaedah mengajar ini disukai oleh murid secara berbeza-beza. Contohnya, ada murid yang tidak suka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama rakan manakala ada juga murid yang suka kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Guru perlu mendalami kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh murid. Walau bagaimanapun, guru pastinya tidak dapat memenuhi permintaan kehendak semua murid tetapi dengan mempelbagaikan kaedah mengajar akan dapat mengurangkan kebosanan murid.3.5 Merancang variasi penyampaianVariasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru perlu menggunakan semua pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan mampu menarik perhatian murid. Murid yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru. Murid yang suka menggangu rakan akan berhenti mengganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru dikehendaki selalu menukar-nukarkan intonasi suara supaya murid-murid benar-benar terhibur. Banyak kajian menunjukkan murid-murid tidak berminat belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru tidak memberangsangkan.

3.6 Nasihat kaunseling pembelajaranIndividu yang berbeza-beza memerlukan teknik nasihat yang berbeza-beza. Guru perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling. Etika kaunseling adalah penting apabila berhadapan dengan murid. Pasti ada murid yang tidak sanggup berhadapan dengan pembetulan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga murid yang memerlukan bantuan rakan sahaja untuk menyelesaikan masalah mereka. Kepercayaan murid pada guru bergantung kepada perhatian guru kepada mereka. Guru yang memahami masalah murid sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid.3.7 Menghubungi keluargaTingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa yang dipamerkan di sekolah dan rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa membantu memudahkan guru mengesuaikan teknik-teknik mengajar.KESIMPULANPerbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidkan. Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti oleh seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran paling besar guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang disebabkan oleh perbazaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik supaya ianya memberi faedah kepada semua murid.(1,519 patah perkataan)

REFLEKSISegala pengalaman yang saya alami sepanjang menyiapkan Kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, terdapat juga kekuatan, kelemahan, peluang dan kekangan dalam proses pelaksanaan menyiapkan kerja kursus ini.Saya dan rakan-rakan sekelas telah mendapat bimbingan daripada pensyarah bagaimana untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pada saya, hal ini merupakan kekuatan yang dimiliki kerana kami satu kelas telah mengetahui gambaran sebenar yang patut dilakukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, saya dan rakan sekelas diberi kebebasan untuk memilih dua orang murid untuk dijadikan kajian terhadap perbezaan individu. Dalam melakukan kajian terhadap dua orang murid, keadaan ini sedikit sebanyak telah memberi input yang baru kepada saya di mana walaupun murid tersebut memiliki jantina yang sama dan umur yang sama, namun masih lagi terdapat perbezaan antara dua orang murid. Keadaan ini disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran.Namun begitu, terdapat juga kelemahan semasa saya menyiapkan kerja kursus ini. Kelemahannya ialah perhubungan internet yang tidak menentu menyukarkan saya untuk mencari maklumat melalui internet. Selain itu, mesin pencetak saya ada kalanya bermasalah dan menyekat kelancaran proses menyiapkan kerja kursusu ini. Masalah teknikal lain yang tidak dapat dielakkan ialah kehabisan kertas A4. Kertas A4 sangat penting dalam mencetak kertas kerja kursus.Peluang berinteraksi bersama murid-murid sekolah dan berhadapan sendiri dengan mereka merupakan suatu peluang yang sangat bernilai bagi saya apatah lagi dapat membuat sesi temubual bersama mereka. Peluang berinteraksi dengan murid-murid banyak mengajar saya bagaimana untuk melayan karenah kanak-kanak. Layanan terhadap kanak-kanak berbeza dengan layanan terhadap orang dewasa mahupun remaja. Di sini saya telah belajar ilmu baru bagaimana berinterkasi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Antara kekangan yang terpaksa dihadapi ialah kekangan masa dan masalah-masalah teknikal seperti gangguan internet. Faktor masa yang singkat kerana pada masa itu juga, masa yang ada perlu dibahagi sama rata untuk menyiapkan kerja kursus dan tugasan lain. Namun begitu, saya dapat juga menghadapi perkara ini semua dengan jayanya dan diharapkan kerja kursus ini akan menjadi titik tolak dalam membina jati diri dan memenuhi ciri-ciri seorang guru yang berkualiti dan bagus pada masa hadapan kelak.

BIBLIOGRAFI

Atan Long. (1988), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Haliza Hamzah. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn BhdMok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Selangor: MultimediaTang, C.Y. (1993). Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

LAMPIRAN