folio sejarah wau PMR 08
-
Upload
rahmat-fitri -
Category
Documents
-
view
4.763 -
download
16
description
Transcript of folio sejarah wau PMR 08
Tajuk Kajian
PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT NEGARA KITA
- WAU -
Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN HALAMAN
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian ;
1. Nama permainan
2. Latar Belakang
3. Tujuan Dimainkan
4. Alat-alat yang digunakan
5. Cara dimainkan
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penghargaan
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”
Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya,
dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2008.
Saya Rahmat Fitri Bin Abdul Rachman mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama
yang diberikan oleh semua pihak.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini.
Ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Encik Lam Kok Hong yang telah
banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan saya kepada kedua ibu bapa dan keluarga yag sentiasa memberi
bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukan.
Selain itu terima kasih juga kepada rakan kumpulan saya, iaitu Ashraf, Fahuji,
Awie, Yusuff, Fitri, Asyari, Farid dan Adha yang bersama-sama menyiapkan tugasan
ini.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti asal – usul permainan tradisi seperti wau yang melambangkan identiti
masyarakat melayu.
2. Menyedari kepentingan serta tujuan permainan ini dimainkan sekaligus meneruskan
tradisi nenek moyang kita.
3. Memupuk semangat cintakan tradisi dan budaya masyarakat melayu melalui
permainan tradisional.
4. Menyedari tentang kepentingan permainan tradisional dahulu kepada masyarakat
melayu kini.
5. Membincangkan kesan permainan tradisional kepada masyarakat melayu kini.
Kaedah Kajian
Ketika menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama untuk
memperoleh maklumat, antaranya kaedah rujukan, temu ramah, pemerhatian dan
penyelidikan.
1. Kaedah Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku – buku yang berkaitan, majalah dan
surat khabar.Saya juga telah melayari beberapa laman web untuk mendapat maklumat
tentang permainan wau.
2. Kaedah Temu Ramah
Saya telah menemu ramah orang ramai yang sedang bermain wau di kawasan
lapang.Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang
permainan wau, tujuan dimainkan dan lain – lain maklumat yang berkaitan.
3. Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan sekitar tempat pembuatan wau tradisional.Kaedah ini dipilih
bertujuan melihat alat – alat yang digunakan untuk membuat wau, keadaan fizikalnya
dan cara dimainkan permainan ini.
4. Kaedah Penyelidikan
Kami telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, Perpustakaan Negara,
merujuk majalah dan surat khabar yang berkaitan.Semua maklumat yang diperolehi
dianalisis agar bersesuaian untuk dimuatkan dalam laporan kajian yang dijalankan.
Hasil Kajian
1. Nama Permainan
- Wau,alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan
menggunakan tali.Wau diperbuat daripada kertas atawu gentian kain dan
buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor, dan bertali teraju.
Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau
bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau
payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan
disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali
dengan nama layang – layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah
berbeza seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di
Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau
daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di
Negeri Sembilan.
2. Latar Belakang
Asal – usul
- Terdapat beberapa pendapat tentang asal – usul kewujudan wau di dunia
ini. Menurut pendapat pertama, wau dipercayai di cipta oleh seorang yang
bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda,
Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji.
Pendapat kedua menyatakan wau telah bermula di Negara China sejak
3000 tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu, wau bukan sahaja di
cipta untuk tujuan hiburan, sebaliknya untuk menerbangan kepada mereka
yang terperangkap di bukit – bukit atau gunung – gunung semasa banjir.
Ada juga berpendapat, wau bukan sahaja sudah dimainkan malah sudah
mempunyai pelbagai bentuk dan rupa pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud. Perkara ini dapat dibuktikan melalui ‘Sejarah Melayu’ yang
menceritakan perihal pertandingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad, iaitu
Putera Sultan Mahmud ini menunjukkan permainan yang menjadi
kebanggaan bagi anak- anak raja dan golongan istana.
Pendapat ketiga pula menyatakan permainan wau pada awalnya tiada
nama. Wau dimainkan oleh kanak – kanak dan diperbuat daripada daun yang
diikatkan pada tulang belakang dengna menggunakan tali daripada kelopak
pisang atau urat nanas. Permainan ini dimainkan di kawasan lapang dan
berangin. Apabila permainan tersebut terputus, anak – anak yang
memainkan permainan ini akan menangis. Bunyi tangisan “wa, wa, wa”
akan kedengaran dan lahirlah perkataan wau.
Selain itu ada juga berpendapat asal – usul permainan ini dikatakan
dipelopori oleh masyarakat di negara Tiongkok. Sebagai negara yang
memulakan pengeluaran kertas di dunia. Mungkin lebihan kertas yang
dibuang berterbangan ditiup angin ke udara, iaitu pekerjanya melihat
keadaan itu sesuatu yang menjadi minat mereka, lantas terfikir untuk
menjadikannya wau.
Tarian Siti Wau Bulan
- Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan
Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang
diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara
tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki
dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan
seruling.
Dikir Barat
- Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir
Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari
oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat
biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan
Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang
Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun
dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan
lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets)
Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite,
joined to a single string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)
Sejarah Wau Malaysia
- Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan
tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive
Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-
unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
- Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari
utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada
sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di
sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang
menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya
bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau
selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di
baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak
gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.
Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.
Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga
yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
3. Negeri Yang Mempopularkan Permainan Ini
- Wau dimainkan secara meluas di Malaysia. Wau pada mulanya di
popularkan oleh masyarakat negeri Kelantan melalui pertandingan wau yang
dianjurkan. Setelah sekian lama, permainan ini mula dimainkan di negeri –
negeri melayu yang lain seperti negeri Perlis, Selangor, Terengganu, Johor,
Sabah, Melaka, dan di Negeri Sembilan.
4. Kaum / Etnik Yang Terlibat
- Permainan ini kebanyakannnya dimainkan oleh masyarakat melayu.
Tetapi, pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1500,
permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh rakyat biasa, bahkan permainan
ini juga dimainkan oleh putera – putera raja dan pembesar – pembesar
istana.
Selain itu juga, permainan ini juga telah dimainkan bukan sahaja di
kalangan orang – melayu tetapi orang asing juga. Ini jelas kerana sambutan
yang diterima daripada negara – negara Jepun, Jerman Barat, Singapura dan
Thailand ketika Kelantan mengadakan pesta wau antarabangsa ke 2 pada 6
April 1988 yang lalu.
5. Tujuan Dimainkan
- Terdapat beberapa tujuan wau dimainkan pada masa dahulu dan pada masa
kini. Pada awalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara.
Wau digunakan sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga
dikatakan menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh
sesebuah negara ke atas negara lain.
Selepas berjaya dalam serangan, pesta menyambut kemenangan diadakan
dengan menaikkan wau. Lama – kelamaan wau dijadikan permainan mengisi
masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula.
Selain itu juga, wau biasanya dimainkan selepas musim menuai padi,
iaitu antara bulan April hingga Mei. Pada masa dahulu, permainan ini
tertumpu di kawasan tanaman padi. Keadaan inin berlaku kerana
masyarakkat percaya malapetaka dapat dihindari dengan memberikan
hiburan pada dewa semangat padi.
Disesetengah tempat pula, permainan wau ini menjadi satu permainan
melepas niat atau nazar orang – orang yang sembuh daripada penyakit.
Wau yang juga dikenali sebagai layang – layang banyak digunakan
dalam eksperimen sains oleh ahli cendekiawan terdahulu. Antaranya adalah
untuk menguji kehadiran arus elektrik dengan menerbangkannya ketika
hujan atau ribut petir.
Kini wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di
beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan perlis.
6. Alat –Alat Yang Digunakan
- Seperti permainan yang lain, wau juga memerlukan pelbagai peralatan
untuk menghasilkannya. Ini disebabkan penghasilan wau lebih sukar dan
memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding alat permainan yang lain.
Peralatan yang digunakan untuk membuat wau ialah buluh, pisau, kertas,
pensil, gunting, gam dan tali. Buluh merupakan bahan asas yang digunakan
untuk membuat wau. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh minyak,
buluh beliung dan buluh duri. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas
yang panjang dan tahan lama bergantung terhadap usia buluh tersebut.
Pisau yang digunakan pula adalah pisau raut untuk meraut buluh. Pisau
tersebut perlu tajam supaya dapat meraut buluh dengan mudah. Namun
begitu, pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak terlalu
baik. Pisau kecil juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan
corak yang menarik. Pisau kecil mempunyai mata yang cukup tajam untuk
memotong atau mengguris bentuk corak yang terdapat pada permukaan
kertas.
Di samping itu, kertas merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau.
Kertas bewarna digunakan untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas
ini dibahagikan kepada pelbagai warna sama ada merah, biru, hijau, kuning
dan sebagainya. Namun begitu pemilihan warna yang sesuai dengan corak
ukiran akan melambangkan kemahiran pembuatnya.
Pensil pula digunakan untuk melakar lukisan. Pensil digunakan untuk
menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di atas kertas warna. Lazimnya
pensil yang bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang
dihasilkan juga halus dan menarik.
Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan
gambar ataw corak kertas digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas
perlu digunting dengan cermat mengikut saiz rangka wau supaya tidak
berlebihan. Oleh itu mata gunting perlu tajam untuk memastikan kehalusan
wau tersebut.
Gam digunakan untuk melekatkan kertas warna yang dicorak pada kertas
asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik supaya tidak berkedut. Oleh itu
gam yang digunakan perlu baik dan tidak berketul – ketul. Gam juga perlu
cair supaya boleh dilekatkan dengan mudah sekali. Gam juga perlu kuat
kerana dilekatkan kertas pada bingkai wau. Sekuranya gam tidak kuat
lekatannya, sudah pasti akan merosakkan wau atau mudah tertanggal apabila
diterbangkan ke udara.
Tali adalah pelengkap terakhir untuk membentuk wau. Tali yang
digunakan adalah berbenang kasar yang mempunyai ketahanan yang tinggi.
Tali tersebut mampu menarik wauu dengan baik dan tidak mudah putus. Ini
penting disebabkan wau mudah melayang apabila angin bertiup dengan
kencang ke udara.
Bahagian Perincian Wau
- Secara ringkasnya, terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau
tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap
wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Bahagian Utama Wau
- Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau cara
tradisional adalah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain
keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek
utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran
dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan
dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan
mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh, terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat
semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. Pemilihan buluh
yang bakal digunakan juga ada petua serta pentang larangnya.
Antara petua dan pantang larang pemilihan buluh.
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di
dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang
buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Cara Bermain Wau
- Pelbagai cara serta teknik untuk bermain wau ini. Bagi yang belum
pernah menaikkan wau, jangan memandang rendah akan perkara ini
kerana bukan mudah untuk menaikkan wau. Lazimnya wau akan
dimainkan oleh dua orang pemain di tempat yang lapang seperti di
sawah padi. Ini kerana di kawasan yang lapang tiada banyak halangan
seperti pokok yang menggangu wau ini dari tersangkut apabila wau
tersebut diterbangkan ke udara. Namun apa yang penting adalah di
kawasan ini angin bertiup dengan baik yang seterusnya membantu
menerbangkan wau tinggi ke udara. Seorang daripada mereka akan
memegang wau dan orang ini akan dikenali sebagai juru tarik dan
seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan berperanan memegang
tali wau.
Juru anjung akan menolak wau ke udara dan dalam waktu yang
sama,wau ini akan ditarik oleh juru tarik sehingga wau yang
diterbangkan ke udara itu melayang tinggi. Juru tarik juga berperanan
mengawasi wau yang dilayangkan. Angin yang bertiup merupakan
masa yang sesuai untuk bermain wau. Apabila angin bertiup maka tali
wau akan ditarik melawan arus angin iaitu dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara.
Ketinggian sesebuah wau adalah bergantung kepada panjang atau
benang yang diikat pada badan dan Kilauan cahaya matahari yang
memancar akan menambah kecantikan wau yang dihiasi berwarna-
warni. Wau perlu dikawal dengan baik agar wau tersebut tidak terbang
rendah serta tali yang digunakan perlu kuat agar tidak terputus
sewaktu wau ditarik di udara. Dalam sesuatu pertandingan wau,
beberapa aspek penting dititikberatkan seperti kedudukan wau,
ketinggian wau, kekuatan bunyi dengungan yang regu yang mahir
merupakan syarat-syarat yang terpenting dalam sesuatu pertandingan
wau bagi menentukan siapakah yang bakal memenangi pertandingan
tersebut.
Wau yang mempunyai busar akan mengeluarkan bunyi semasa wau
tersebut diterbangkan di udara atau angkasa yang mampu menggamit
pendegaran sesiapa sahaja yang mendengarnya. Menurut kepercayaan
masyarakat zaman dahulu, bunyi dengung wau kononnya mempunyai
kuasa yang mampu untuk menghalau hantu jembalang yang ada pada
sekitar tempat bermain. Sama ada ia mempunyai kebenaran atau tidak,
ia hanyalah sebagai suatu kepercayaan yang kadangkala mungkin
sebagai suatu gurauan.
8. Cara Pembuatan Wau
- Pada zaman dahulu, wau dihasilkan adalah diperbuat dengan
menggunakan daun pokok yang ringan dan dilekatkan pada rangka
yang diperbuat daripada buluh yang telah diraut halus. Wau yang
bermutu tinggi hanya boleh dihasilkan oleh pembuat wau yang cukup
mahir serta berpengalaman luas dan mempunyai kreativiti yang tinggi
dalam menghasilkan wau.
Antara negeri yang mahir dalam pembuatan wau yang berkualiti
adalah dari negeri Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim dan juga
dari Terengganu Darul Iman. Membuat wau sebenarnya adalah satu
proses yang rumit yang memerlukan kreativiti yang tinggi di samping
mempunyai daya cermat serta berhati-hati dalam proses pembuatan
wau agar wau yang dihasilkan kelihatan cantik dan gah terbang di
awan. Pembuat wau juga perlu bijak dalam seni lukis serta pandai
memilih dan memadankan warna yang bakal digunakan. Wau yang
hendak dihasilkan mestilah ditentukan bentuk terlebih dahulu bagaiman
rupa dan bentuknya. Pembuatan wau juga mengambil masa yang agak
lama bergantung pada saiz, kemahiran, serta corak yang mahu
dihasilkan. Pengambilan masa yang lama ini termasuk dari meraut
buluh sehinggalah kepada kerja-kerja melekatkan kertas pada rangka
wau tersebut yang kadangkala mengambil masa dua minggu.
Meraut Buluh
- Langkah pertama dalam pembuatan wau adalah meraut buluh. Buluh
perlulah diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan seperti ruas dan kulit. Tujuannya adalah untuk memberi
keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau agar tidak
terhayun-hayang apabila diterbangkan. Pisau khas digunakan untuk
meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja
tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada
kesilapan.Kesilapan kecil boleh mengakibatkan masalah besar berlaku
pada wau.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan
kadar lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap pada kedua-dua bahagian diraut sehingga
1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu
sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut
sehingga 0.5 sentimeter.
Proses Memasang Tanah Wau
- Proses memasang tanah wau merupakan proses kedua dalam
pembuatan wau. Satu lapisan iaitu ’tanah’, lapisan asas yang akan
dipasang pada wau agar wau tersebut tahan lasak keran sifat utama
kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan
pula melibatkan beberapa langkah sebelum siapnya wau tersebut.
Langkah tersebut adalah ukur kertas dengan saiz bingkai wau kemudian
kertas yang ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi
dipotong dalam bentuk ’V’.lekatkan kertas pada bingkai dengan
menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
- Unik atau keistimewaan sesebuah wau terletak pada ukiran lukisan
pada badan wau. Proses ini adalah proses terakhir dalam pembuatan
wau dan dalam proses ini, kreativiti dan cermat adalah perkara yang
memainkan peranan agar wau yang dihasilkan kelihatan cantik, unik,
istimewa dan tersendiri. Langkah-langkah terakhir tersebut adalah:
- Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.Mulakan lukisan dari bahagian dada wau sehingga ke
hujung sayap dengan menggosokkan satu ruang kosong untuk tapak
kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah
sama denga corak di bahagian sayap.
Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini
menjadi corak asas bagi wau.Corak akan ditampal pada kertas warna
lain dan biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang
kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk
mengelakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di
atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas
kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika
panas di atas kain lembap tadi.Potong semula corak yang hemdak
disobek dan ditampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna
sehingga siap sepenuhnya.
a) Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan menyapu gam
kanji pada bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat
dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi
wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah
menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau
tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan
yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul Atau Rambu
- Jambul atau rambu dipasang dengan ditilitkan pada rangka ekor atau
sayap wau. Diperbuat daripada kerta ’crepe’ yang dipotong dengan
gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
- Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada
kepala wau. Wau mempunyai keunikannya yang tersendiri dan
istimewa. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah
identiti budaya bangsa Melayu dan negara. Kini permainan wau mulai
popular dan tidak terhad kepada luar bandar sahaja malah dimodenkan
dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang
juga diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Jenis-jenis Wau
- Terdapat pelbagai jenis wau yang terdapat dalam negara kita.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Sehingga kini
masih ada pihak yang sanggup mengekalkan tradisi pembuatan wau yang
menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil
kraftangan dan hiasan dinding.
Wau Bulan:
- Wau bulan merupakan wau yang sebahagiannya ekornya menyerupai
bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian
labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.
Wau Jala Budi:
- Wau Jala Budi merupakan wau yang menyerupai lembaga manusia
yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini
juga dikenali kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama
sempena bentuk daun budi.
Wau Kuching:
- Wau yang bahagiannya ekornya menyerupai kepala kucing jika
diterbalikkan secara grafik
Wau Merak:
- Wau yang menyerupai bentuk burung merak.
Wau Payang:
- Wau yang menyerupai bentuk perahu payang
Wau Sobek:
- Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan faedah
meretas, menebuk, melorek atau tampal cantum bertujuan untuk
dipamerkan dan bukan untuk dinaikkan. Ia memang direka khas untuk
perkhiasan.
Wau Lenggang Kebayak:
- Merupakan wau kucing yang berekor
Wau Kapal:
- Wau ini merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk
kapal laut atau kapal layer dan berasal dari negeri Selangor.
Wau Daun:
- Wau ini pula merupakan wau yang menyerupai wau bulan tetapi
tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang
panjang dan dapat diterbangkan oleh angin yang sederhana kerana
ringan dan berasal dari Siam atau Patani. Ia juga dikenali sebagai wau
barat.
Wau Helang:
- Wau yang terakhir ini pula merupakan wau yang menyerupai bentuk
burung khususnya pada bahagian ekor dan berasal dari Perlis.
Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursu Sejarah
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah
mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang
permainan tradisional ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya
mesti menghargai dan memelihara warisan nenek moyang kita dan menghargai
dan berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang
keistimewaan dan keunikan permainan ini yang menyebabkannya diminati oleh
rakyat asing.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan
kerjasama antara rakan – rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja
kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama
rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai
kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul derta menigkatkan
kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah
keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan
bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam
melaksanakan sesuatu tugasan.
Lampiran
Jenis-jenis Wau.
Wau Bulan Wau kucing Wau daun
Wau helang Wau Jalabudi Wau kenyalang
Negeri Kelantan popular dengan permainan wau
Wau yang semakin popular dimainkan dalam dan luar negara.