Folio Geografi Tingkatan 3 PMR 2009 (Petempatan Dan Perkembangannya Di Kawasan Taman Ungku Tun...
Click here to load reader
-
Upload
nor-hazmi-bin-kamaruzaman -
Category
Documents
-
view
3.403 -
download
37
description
Transcript of Folio Geografi Tingkatan 3 PMR 2009 (Petempatan Dan Perkembangannya Di Kawasan Taman Ungku Tun...
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANIPOH, PERAK
KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2
Nama Calon : NOR HAZMI BIN KAMARUZAMANTingkatan : 3SNombor Kad Pengenalan : 940215-01-5577Angka Giliran : Tajuk Kerja Kursus : Petempatan Dan Perkembangannya Di Kawasan Taman
Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Dan Perbandingannya Dengan Bangkok,
Thailand.Guru Penilai : ENCIK AZLI BIN YAACOB
Bil. AspekMarkah Penuh
Markah Diperoleh
1 Tajuk kajian 12 Senarai kandungan 13 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif kajian 26 Kawasan kajian 87 Kaedah kajian 28 Dapatan kajian 259 Rumusan 210 Lampiran 211 Rujukan 212 Penilaian umum 113 Jumlah Markah 50
............................................................. Tandatangan Guru
Tahap Pencapaian
“Petempatan Dan Perkembangannya Di
Kawasan Taman Ungku Tun Aminah,
Skudai, Johor Dan Perbandingannya
Dengan Bangkok, Thailand.’’
TAJUK MUKA SURAT
Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Peta Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Jenis Dan Pola Petempatan
Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan
Fungsi Petempatan
Masalah Petempatan
Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Bahan Grafik
Rumusan
Lampiran
Gambar
Surat Kebenaran Membuat Kajian
Surat Makluman Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga
Surat Makluman Ibu Bapa / Penjaga
Borang soal Selidik
Orang Sumber
Rujukan
i
ii
1-2
3-4
5-7
8-9
10-15
16-18
19
20-24
25-27
28-34
35-42
43-44
45-46
47-48
49
50
51
52
53
54-55
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2009 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak
manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Guffri Bin Alpiah dan guru pembimbing saya iaitu Encik
Azli Bin Yaacob dan guru-guru geografi yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.
Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil
kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Kamaruzaman Bin Abd. Rasid dan bonda Nor Arbaayah Binti Sharif yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-
kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah
fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penduduk di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor dan lain-lain yang menjadi
responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai
maklumat terkini tentang kawasan ini.
Sekian, terima kasih.
…………………………………
NOR HAZMI BIN KAMARUZAMAN
Saya, Nor Hazmi Bin Kamaruzaman merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3S di
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. Tajuk yang telah saya pilih untuk Kerja Kursus
Geografi bagi Penilaian Menengah Rendah 2009 ialah “Petempatan Dan Perkembangannya Di
Kawasan Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Dan Perbandingannya Dengan Bangkok,
Thailand.’’
Kawasan yang saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah Taman Ungku Tun Aminah
di Skudai, Johor Bahru, Johor. Manakala kawasan kajian yang saya hendak bandingkan pula
ialah Bangkok di Thailand.
Tujuan saya memilih kawasan Taman Ungku Tun Aminah ini adalah kerana kawasan ini
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran daripada itu, ia dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian ini dan kos kajiannya murah kerana saya tidak perlu menaiki bas
atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal. Selain itu,
saya juga berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan lanjut tentang petempatan
dan perkembangan di kawasan ini. Di samping itu, sambutan dan sokongan penduduk
tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra.
Manakala, saya memilih kawasan Bangkok, Thailand sebagai kawasan bandingan kerana
saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan tersebut.
Selain itu, saya pernah mempelajari tentang kawasan ini di dalam subjek Geografi ketika di
Tingkatan 2. Ekoran daripada itu, ia dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Disamping, itu saya juga berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan lanjut
tentang petempatan dan perkembangan di kawasan ini
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya adalah selama 6 bulan. Saya mula
menjalankan kajian ini bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai. Masa
yang diberikan sudah memadai kerana saya mempunyai banyak waktu terluang pada waktu cuti
persekolahan dan pada cuti hujung minggu.
Saya telah menemu ramah seramai 20 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk
mengatasinya. Kesemua responden telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.
Kerjasama yang telah diberikan dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja saya
bagi melengkapkan Kerja Kursus Geografi bagi Penilaian Menengah Rendah 2009 ini. Semua
data dan maklumat yang dipilih telah direkod.
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:
Dapat mengenalpasti jenis dan pola kawasan Taman Ungku Tun Aminah dan Bangkok,
Thailand.
Melalui kajian ini saya dapat mengenalpasti jenis dan pola kawasan Taman
Ungku Tun Aminah yang merupakan jenis kawasan taman perumahan dan
Bangkok, Thailand yang merupakan jenis kawasan Bandar Metropolis. Pola
petempatan bagi kedua-dua kawasan adalah sama iaitu berjajar.
Dapat mengenalpasti faktor yang mempengaruhi petempatan kawasan Taman Ungku Tun
Aminah dan Bangkok, Thailand.
Melalui kajian ini saya dapat mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
petempatan kawasan Taman Ungku Tun Aminah iaitu bentuk muka bumi, tahap
ketersampaian dan kegiatan ekonomi. Manakala bagi Bangkok, Thailand ialah
bentuk muka bumi, tahap ketersampaian, dan sejarah.
Dapat mengkaji fungsi petempatan kawasan Taman Ungku Tun Aminah dan Bangkok,
Thailand.
Melalui kajian ini saya dapat menkaji fungsi petempatan kawasan Taman Ungku
Tun Aminah seperti perniagaan dan perkhidmatan. Manakala bagi Bangkok,
Thailand ialah pelancongan dan perindustrian.
Mengenalpasti masalah petempatan kawasan Taman Ungku Tun Aminah dan Bangkok,
Thailand.
Melalui kajian ini saya dapat mengenalpasti masalah petempatan kawasan Taman
Ungku Tun Aminah iaitu pencemaran udara dan air, vandelisme dan sisiter
peparitan yang tidak terurus. Manakala bagi Bangkok, Thailand ialah pencemaran
udara dan air, banjir dan kesesakkan lalu lintas.
Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah petempatan tersebut.
Melalui kajian ini saya dapat mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah
petempatan kawasan Taman Ungku Tun Aminah iaitu menguatkuasakan undang-
undang, berkempen tentang alam sekitar, mendalamkan sistem perparitan,
memberatkan hukuman yang sedia ada dan sebagainya. Manakala bagi Bangkok,
Thailand ialah mendalamkan terusan dan sungai, memasang alat penapis asap di
kenderaan dan kilang, memperbanyakkan jaringan jalan raya dan sebagaimya.
Menambah pengetahuan tentang kemahiran Geografi
Melalui kajian ini, saya telah memperolehi pengetahuan yang amat berguna dalam
pembelajaran geografi saya dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha
mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan kawasan kajian saya.
Maklumat-maklumat yang saya dapati telah diproses dan dipersembahkan dalam
bentuk grafik seperti jadual, graf bar dan carta pai seperti yang telah diajar oleh
guru.
Meningkatkan darjah kesedaran dan tahap kecintaan terhadap kawasan kajian.
Melalui kajian ini saya dapat menanam sifat cintakan alam sekitar dengan
mencuba untuk mengamalkan langkah-langkah mengatasi masalah petempatan
yang telah saya kaji.
Menanam semangat patriotisme di dalam diri terhadap kawasan kajian.
Melalui kajian ini, saya dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya
dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. Saya aku cuba
mempertahankan maruah kawasan kajian saya.
Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Ungku Tun Aminah sebagai kawasan kajian. Taman Ungku
Tun Aminah terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MBJBT).
Sebelum dibangunkan Taman Ungku Tun Aminah merupakan kawasan hutan. Kawasan ini mula
dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1980-an atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultanah
Aminah. Oleh sebab itu, nama bagi kawasan ini diambil sempena nama Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Aminah. Taman Ungku Tun Aminah merupakan kawasan perumahan kos sederhana
rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres
dan rumah banglo. Segala kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).
Lokasi Kawasan Kajian
Taman Ungku Tun Aminah terletak dalam daerah Johor Bahru dan dalam mukim Skudai.
Kawasan ini mempuyai keluasan lebih kurang 270 km persegi. Lokasi kawasan ini adalah di
Barat Bandaraya Johor Bahru. Taman Ungku Tun Aminah dikelilingi oleh beberapa kawasan
perumahan yang lain seperti Taman Nesa yang terletak sebelah barat laut, Taman Bukit Merah
yang terletak di sebelah timur, Taman Damai Jaya yang terletak di sebelah barat daya dan Taman
Tampoi Indah yang terletak di sebelah tenggara.
Jarak Dari Bandar
Taman Ungku Tun Aminah terletak lebih kurang 18 km daripada Bandaraya Johor
Bahru. Penduduk di kawasan ini dapat berhubung ke Pusat Bandar dengan menggunakan
perkhidmatan awam seperti Triton bas, Metro bas, Mini bas dan teksi. Jarak relatifnya iaitu masa
dan kos bergantung kepada keadaan trafik, laluan yang diambil dan jenis pengangkutan yang
digunakan. Tambang menaiki bas awam dari Taman Ungku Tun Aminah ke pusat Bandar ialah
RM 2.20 melalui Jalan Skudai dan mengambil masa selama 45 minit.
Jenis Petempatan
Taman Ungku Tun Aminah adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh
penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti
masyarakat di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa Cina dan India.
Pola petempatan di Taman Ungku Tun Aminah ialah pola berjajar dimana rumah-rumah dan
deretan kedai dibina secara berjajar.
Ciri Budaya dan Fizikal
Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pelbagai jenis ciri budaya
yang telah dibina seperti pusat membeli-belah iaitu Plaza Tasek, kedai, petrol stesen, pasar, bank,
rumah, sekolah, stesen bas, jalan raya dan lain-lain berbanding masa dahulu.
Kawasan ini juga terdapat ciri fizikal yang masih di kekalkan seperti sungai, bukit dan
lain-lain.
Peta Negeri Johor.
U
Peta Daerah Johor Bahru.
U
Kawasan Kajian.
Peta Taman Ungku Tun Aminah.
U
Peta Negeri Thailand.
U
Peta Bangkok.
U
Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:
a) Pemerhatian.
b) Bancian.
c) Internet.
d) Buku Rujukan.
Pemerhatian.
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti bentuk muka
bumi, petempatan, fungsi bandar dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang
dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti.
Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Melalui pemerhatian ini saya mendapati bahawa fungsi kawasan ini ialah perniagaan, pendidikan
dan perindustrian. Ini dapat dibuktikan dengan terdapat banyak kedai, sekolah dan kilang dibina
di kawasan ini.
Kaedah Temu Bual.
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan
atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung
apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan
kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh
mendatangkan faedah.
Saya telah menemu bual tiga orang penduduk dikawasan ini iaitu ayah saya
Kamaruzaman Bin Abdul Rasid, ibu saya iaitu Nor Arbaayah Binti Sharif dan abang saya iaitu
Nor Aizat Bin Kamaruzaman. Melalui kaedah ini saya mendapat maklumat tentang masalah
petempatan di kawasan ini dan cara untuk mengatasinya.
Soal Selidik.
Kaedah soal selidik dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta
pandangan atau pendapat bdaripada orang tertentu.
Saya telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di Taman Ungku Tun
Aminah melibatkan 5 orang dari penempatan rumah pangsa, 5 orang di kawasan Apartment dan
Kondominium, 5 orang di rumah teres dan selebihnya yang tinggal di rumah banglo. Borang soal
selidik ini dan respon yang didapati dapat membantu saya mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh penduduk Taman Ungku Tun Aminah dan cara-cara untuk mengatasinya yang
dicadangkan oleh 20 orang responden tadi.
Rujukan.
Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan seperti peta, buku
teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan jurnal. Selain itu, kaedah rujukan boleh digunakan
dengan cara melayari internet untek mencari maklumat. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan
kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus.
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang
kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui keadah soal
selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jarak kawasan kajian dari pusat
bandar dan keluasan kawasan kajian.
Saya juga telah merujuk buku “Johor Bahru Street Directory” untuk mengetahui
kedudukan jalan, pola petempatan, kedudukan bangunan dan faktor yang mempengaruhi
petempatan yang berada di dalam daerah Johor bahru.
JENIS DAN POLA PETEMPATAN
Hasil dari kajian yang telah saya lakukan, Taman Ungku Tun Aminah merupakan sebuah
kawasan perumahan yang terletak di pinggir bandar dan pola petempatannya ialah berjajar. Hal
ini demikian kerana, rumah di kawasan ini disusun secara berjajar dan atas dasar kerajaan yang
mahukan kawasan ini dijadikan taman perumahan.
Bangkok merupakan sebuah Bandar Metropolis dan merupakan Ibu Negara bagi Negara
Thailand. Pola petempatanya ialah berjajar. Hal ini demikian kerana, rumah di kawasan ini
disusun secara berjajar. Bandar ini mempunyai penduduk melebihi 9.9 juta dan ia adalah
daripada gabungan antara bandar raya dengan bandar satelit.
Nilai Dan Unsur Patriotisme.
Saya berasa bangga dan bersyukur tinggal di kawasan ini kerana kawasan ini sesuai
dijadikan petempatan penduduk . Kesimpulannya saya amat bersyukur kerana dilahirkan di
bumi bertuah ini yang aman dan makmur.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN.
Taman Ungku Tun Aminah.
Bentuk Muka Bumi.
Setelah menjalankan kajian terhadap kawasan kajian saya iaitu Taman Ungku Tun
Aminah, saya mendapati bahawa kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang beralun dan
hampir rata.
Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan membina jalan raya, perumahan dan
bangunan lebih mudah dilakukan serta dapat menjimatkan kos pembinaan. Oleh yang demikian,
ramai pemaju telah membangunkan kawasan ini dan sekarang terdapat banyak deretan kedai dan
rumah telah dibina.
Di samping itu, kawasan ini merupakan salah satu daripada laluan perhubungan dan
pengangkutan yang utama bagi menghubungkan Mukim Kulai dan Bandaraya Johor Bahru. Hal
ini demikian kerana kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan
mudah untuk membina kemudahan jalan raya dan kemudahan pengangkutan yang lain seperti
jalan kereta api.
Selain, terdapat banyak bangunan dibina di kawasan ini seperti sekolah, pusat beli–belah,
kedai, rumah, pejabat dan sebagainya. Hal ini demikian kerana kawasan ini mempunyai struktur
tanah yang baik dan rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina bangunan.
Ekoran itu kerja kos membina bangunan dapat dijimatkan.
Kegiatan Ekonomi.
Penduduk di Taman Ungku Tun Aminah kebanyakannya bekerja di dalam sektor awam
seperti perkhidmatan dan swasta seperti perniagaan dan perkilangan.
Di dalam bidang perkhidmatan ada yang menjadi pegawai kerajaan, pegawai bank, guru,
dan sebagainya. Di kawasan ini terdapat 5 buah sekolah yang telah dibina. Antaranya ialah
Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Johor Bahru Dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang. Di samping itu, terdapat 12 buah bank telah
dibina di kawasan ini seperti Maybank, Cimb Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank
Simpanan Nasional. Tidak hairanlah di kawasan ini ramai penduduknya bekerja sebagai guru
dan pegawai bank.
Selain itu, penduduk Taman Ungku Tun Aminah juga bekerja sebagai peniaga.
Kebanyakan peniaga mempunyai kedai milik persendirian yang menjual barangan runcit,
barangan eloktronik , alat komunikasi, bengkel mekanikal dan sebagainya. Terdapat kira-kira 53
buah deretan kedai dan sebuah pusat beli-belah yang dikenali sebagai Plaza Tasek.
Di samping itu, penduduk Taman Ungku Tun Aminah juga berkerja dalam bidang
perkilangan. Terdapat 5 buah kilang yang dibina di kawasan ini seperti Lee Pineapple Sdn Bhd,
Johor Tin Factory dan sebagainya. Kesemua kilang ini terletak di pinggir Sungai Skudai.
Tahap Ketersampaian.
Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian iaitu Taman Ungku Tun Aminah adalah
tinggi. Hal ini demikian kerana banyak pengangkutan awam yang disediakan seperti Triton bas,
Metro bas, Mini bas dan teksi untuk memudahkan perhubungan ke kawasan kajian.
Selain itu, jalan-jalan raya juga di bina bagi memudahkan perjalanan para penduduk
yang majoritinya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis pengangkutan setiap rumah. Jalan
raya ini dibina untuk menghubungkan antara rumah ke rumah yang lain seperti Jalan Nakhoda,
Jalan Perwira, Jalan Bentara, Jalan Hang Tuah, Jalan Hulubalang dan Jalan Laksamana. Selain
itu, jalan raya ini dibina untuk menghubungkan antara kawasan ini ke taman perumahan yang
lain, contohnya Jalan Gelang Patah yang menghubungkan kawasan ini ke Taman Nesa. Di
samping itu, jalan raya ini dibina untuk menghubungkan antara kawasan ini ke pusat bandar.,
contohnya Jalan Skudai yang menghubungkan kawasan ini ke pusat Bandar Johor Bahru.
Di samping itu, terdapat juga jalan kereta api yang menghubungankan Stesen Skudai
dengan Stesen Kempas. Pengangkutan kereta api hanya digunakan untuk mengangkut barang-
barang pukal untuk dihantar ke pelabuhan.
Bangkok, Thailand
Kegiatan Ekonomi.
Bangkok adalah pusat kegiatan ekonomi negara Thai. Sungai Chao Phraya membolehkan
Bangkok untuk berfungsi sebagai sebuah perlabuhan. Selain itu, Sungai Chao Phaya bergitu
terkenal di kalangan pelancong dengan keistimewaan sungai terapung. Ekoran itu, ini
membolehkan aktiviti jual beli dilakukan dikalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Industri pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting di Thailand.
Bangkok memiliki beberapa kuil yang terkenal seperti Wat Pho dan Wat Arun. Khaosan Road,
yang berdekatan dengan kompleks Istana Agung yang merupakan destinasi popular di kalangan
pelancong-pelancong muda. Di di sini juga terdapat pusat beli-belah bertaraf mewah seperti
Siam Paragon, Mbk, Central World, Parogon Cineplex dan sebagainya.
Kilang-kilang perindustrian yang terdapat di bandar ini termasuk kilang mengisar padi,
kilang simen, loji pembersih minyak dan lain-lain. Bangkok juga merupakan bandar barang
kemas yang terkenal, menjual dan membeli pelbagai barang perak dan gangsa.
Tahap Ketersampaian.
Tahap ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana,
banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan.Antaranya ialah Skytrain iaitu sistem
keretapi atas tanah dan Mass Rapid Transit Authority iaitu sistem keretapi bawah tanah. Terdapat
juga perkhidmatan awam yang lain di kawasan ini seperti bas dan teksi.
Di samping itu, kawasan ini dapat dihubungkan dengan menggunakan kapal terbang. Ini
kerana terdapat dua buah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Don Muang dan Lapangan
Terbang Suvarnabhumi. Segala penerbangan luar negara akan berlepas dan mendarat di
Suvarnabhumi dan lapangan terbang Don Muang untuk penerbangan dalam negeri sahaja.
Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya dan lebuhraya juga memudahkan perjalanan ke
bandar ini.
Sejarah.
Kota Bangkok dahulu adalah sebuah pusat perdagangan kecil dan pelabuhan di tepi Barat
sungai Chao Phraya ketika pemerintahan Kerajaan Ayuthhaya Pada tahun 1567. Setelah
kejatuhan Ayutthaya terhadap Kerajaan Burma, raja baru iaitu Raja Taksin mendirikan ibukota
baru pada tahun 1767 di Thonburi pada wilayah yang sekarang adalah bahagian dari kota
Bangkok. Ketika masa pemerintahan Taksin berakhir pada tahun 1782, Raja Buddha Yodfa
Chulaloke membangun ibu kota di sisi timur sungai dan memberikannya nama rasmi iaitu
Bangkok. Pada tahun yang sama Raja Rama I membina istananya di sungai tersebut dan
menjadikan Bangkok ibu kotanya.
Sejak saat itu kota tersebut telah dibangunkan secara meluas dan mengalami banyak
perubahan, termasuk pengenalan transportasi dan infrastruktur pada masa pemerintahan Raja
Mongkut dan Raja Chulalongkorn dan dengan cepat menjadi sebuah pusat perekonomian Negara
Thailand.
Nilai Dan Unsur Patriotisme.
Saya bersyukur kerana di kawasan saya iaitu di dalam negara Malaysia mempunyai
faktor-faktor yang dapat memudahkan kerajaan untuk memajukan sesebuah kawasan agar
menjadi sebuah petempatan. Saya mencintai negara Malaysia dengan menghargai sumbangan
sumber di kawasan kajian yang mana banyak membantu penduduk kawasan kajian untuk hidup
dengan lebih sempurna.
FUNGSI PETEMPATAN.
Taman Ungku Tun Aminah.
Perniagaan.
Hasil daripada kajian yang saya lakukan di Taman Ungku Tun Aminah, Perniagaan
merupakan kegiatan ekonomi yang terbanyak. Hal ini kerana hampir 50% penduduk di kawasan
ini menjalankan aktiviti perniagaan. Di Taman Ungku Tun Aminah terdapat terdapat hampir 53
buah deretan kedai dan sebuah pusat beli-belah.
Perniagan yang paling besar ialah kedai runcit. Kedai-kedai ini amat penting bagi
penduduk sekitar kerana ia dapat memudahkan mereka untuk mendapat keperluan harian.
Perniagaan kedua terbesar ialah restoran atau kedai makan. Kedai makan biasanya di
buka bertujuan untuk sarapan pagi dan tengah hari. Kebanyakan penduduk kawasan kajian
menikmati sarapan di kedai makan sebelum menjalankan aktiviti seharian.
Di samping itu, ‘workshop’ dan ‘car wash’ juga terdapat di sini seperti Kedai
Membaiki Kereta Lian Hup dan Kedai Cuci Kereta Clean untuk memudahkan lagi masyarakat
sekitar amnya menghantar kereta untuk dibaiki ataupun dibasuh.
Pendidikan.
Selain itu, perkhidmatan pendidikan seperti sekolah,tadika dan pusat tuisyen juga
terdapat di kawasan ini. Terdapat 5 buah sekolah yang telah dibina di kawasan kajian. Antaranya
ialah Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Johor
Bahru Dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang.
Terdapat juga beberapa buah pusat tuisyen seperti Pusat Tuisyen Seri Bimbingan, Pusat
Tuisyen Imtizas, dan tadika seperti Tadika Kemas dan Tadika Angsana di kawasan ini.
Kemudahan-kemudahan ini dapat meningkatkan lagi kadar celik huruf penduduk sekitar.
Bangkok, Thailand.
Peridustrian.
Sektor perindustrian ini merupakan sektor kedua tertinggi di Bangkok yang
berkedudukan di bawah sektor pelancongan. Sektor ini dapat menambahkan peluang pekerjaan
bagi penduduk sekitar kawasan ini.
Di Bangkok terdapat banyak kilang dibina untuk sektor perindustrian. Kilang-kilang ini
termasuklah kilang eloktronik seperti M & J Technologies Co. Ltd, kilang makanan ringan
seperti Namchow Ltd. dan Lily Industry Co., Ltd, kilang perikanan seperti Berkley
Pure Fishing Thailand dan sebagainya.
Pelancongan.
Bangkok merupakan destinasi pelancongan yang utama di dunia. Dianggarkan lebih 15
juta pelancong datang ke Bangkok setiap tahun. Pada tahun 2008, Bangkok berada di kedudukan
pertama di Asia dan ketiga di dunia dalam destinasi pelancongan terbaik berdasarkan majalah
“Travel And Leisure”.
Ini disebabkan kerana Bangkok memiliki beberapa kuil yang terkenal seperti Wat Pho
dan Wat Arun. Khaosan Road, yang berdekatan dengan kompleks Istana Agung yang merupakan
destinasi popular di kalangan pelancong-pelancong muda. Di di sini juga terdapat pusat beli-
belah bertaraf mewah seperti Siam Paragon, Mbk, Central World, Parogon Cineplex dan
sebagainya.
Nilai Dan Unsur Patriotisme.
Setelah mengkaji fungsi petempatan di kawasan ini, saya berbangga kerana kawasan saya
mempunyai pelbagai fungsi dan ia menjadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan saya
dan saya akan berusaha dengan gigih lagi agar kawasan saya menjadi antara kawasan termaju
menjelang tahun 2020 selaras dengan hasrat mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad .
MASALAH PETEMPATAN.
Taman Ungku Tun Aminah.
Pencemaran Udara Dan Air.
Pembangunan ekonomi yang pesat boleh menyebabkan pencemaran udara dan air
berlaku. Kualiti udara di Taman Ungku Tun Aminah sudah tercemar disebabkan oleh pelepasan
gas karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon dan gas beracun yang lain yang berpunca
daripada asap kilang, kenderan berenjin, pembakaran terbuka, bahan kimia seperti aerosol dan
sebagainya. Pertambahan kenderaan dan kilang yang selari dengan perkembangan ekonomi di
Taman Ungku Tun Aminah telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pembakaran secara
terbuka juga berlaku apabila hutan dibersihkan untuk pembinaan kawasan perumahan. Ini akan
memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia seperti edama, lelah, pendarahan
pulmonary dan sebagainya.
Selain itu, pencemaran air turut berlaku akibat kegiatan perkilangan. Sisa-sisa daripada
kegiatan perkilangan seperti sisa toksik dan sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai telah
menyebabkan sungai tercemar. Malah ada juga di kalangan penduduk yang membuang sampah
sarap ke dalam sungai sesuka hati. Hal ini telah menyebabkan kehidupan akuatik seperti
ikan,udang, rumpai laut dan batu karang terganggu. Contoh sungai yang telah tercemar di
kawasan ini ialah Sungai Skudai.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air tersebut. Hidupan
akuatik akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.
Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada
hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika
meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang
ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada
kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri
Sistem Peparitan.
Sistem persaliran dan perparitan yang tidak bersistematik di Taman Ungku Tun Aminah
kerap kali tersumbat. Ini menyebabkan kawasan ini sering mengalami masalah air melimpah dan
kadangkala mengakibatkan banjir di sekitar kawasan ini apabila hujan lebat.
Hal ini demikian kerana sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung
isipadu air yang banyak. Parit dan longkang di kawasan ini sempit dan cetek manakala
penempatan penduduk pula dibina di kawasan rendah menyebabkan banjir mudah berlaku
apabila hujan lebat.
Selain itu, pihak pemaju tidak menyelenggarakan sistem perparitan dengan sempurna.
Terdapat banyak sampah-sarap di dalam longkang yang tidak dibersihkan oleh pihak pemaju. Ini
akan menyebabkan air bertakung di dalam longkang dan akan melimpah keluar apabila isipadu
air tidak dapat ditampung.
Di samping itu, air tidak dapat mengalir dengan lancar disebabkan sikap pengusaha-
pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang bahan buangan daripada kilang ke
dalam parit atau sungai. Malah ada juga di kalangan penduduk yang membuang sampah sarap ke
dalam parit atau sungai sesuka hati. Ini akan menyebabkan air bertakung di dalam parit atau
sungai dan mengeluarkan bau busuk.
Vandalisme
Masalah ini banyak berlaku di kawasan taman permainan di sekitar kawasan Taman Melati.
Dimana segala alat-alat permainan yang didirikan dirosakkan dan tidak boleh digunakan lagi.
Selain itu, keadaan alat-alat permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada
kanak – kanak yang menggunakannya.
Selain itu, kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon yang didirikan
untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk
terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.
Bangkok, Thailand.
Banjir.
Bangkok terletak sekitar dua meter di atas permukaan aras air laut. Di samping itu,
ketinggian tanah Bangkok akan turun lebih kurang dua inci setiap tahun kerana lokasi kawasan
ini terletak di dalam kawasan berpaya. Bahkan, beberapa laporan mengatakan bahawa ketinggian
tanah Bangkok akan turun sebanyak empat inci setiap tahun apabila digabungkan dengan
kenaikan paras air laut.
Ini menimbulkan masalah banjir ketika musim peralihan angin monsun. Ketika musim
peralihan monsun, hujan akan turun dengan lebat. Ini menyebabkan paras air sungai dan terusan
akan meningkat dan menyebabkan banjir besar. Hal ini demikan kerana sungai dan terusan tidak
dapat menampung isipadu air yang banyak dan akan menyebabkan air melimpah keluar. Banjir
besar berlaku pada tahun 1942, 1983 dan 1995.
Kawasan yang selalunya dinaiki air ialah kawasan yang berhampiran dengan sungai Chao
Phraya seperti Lat Krang, Nong Chock dan sebagainya.
Menurut berita Bernama bertarikh 3 Oktober 2008, bencana banjir telah melanda
kawasan sekitar Phitsanulok, Lopburi, Pranakornsriayuthya, Khonkaen dan Prajeenburi sehingga
mengorbankan 24 nyawa di samping menyebabkan lebih 212,000 penduduk lagi mengalami
masalah kesihatan termasuk ruam, selesema, masalah kulit, sakit kaki dan sakit perut. Salain itu,
ia mengakibatkan kerosakan yang dianggarkan Bt115 juta. Hujan lebat dan ribut petir
mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan rendah, sekaligus menyebabkan masalah
kesesakan lalu lintas menjadi bertambah buruk.
Kesesakan Lalu Lintas.
Kesesakan lalu lintas merupakan masalah pembandaran yang paling serius di Bangkok.
Kenaikkan populasi penduduk menyebabkan populasi kenderaan turut meningkat di Bangkok
dan tidak dapat menanggung permintaan yang sangat besar yang diletakkan ke atas sistem jalan
raya yang telah wujud.
Bilangan kenderaan yang banyak dan kekurangan jalan raya menjadi faktor kesesakkan
lalu lintas. Pada tahun 1972, mengikut rekod polis Bangkok menunjukkan kira-kira 243,000
buah kereta terdapat di Bangkok tidak termasuk motorsikal dan purata kelajuaan yang dicapai di
jalan utama adalah 23km/jam. Pada tahun 1990, bilangan kereta meningkat sehingga 1 juta, di
mana panjang jalan utama yang baru di Bangkok sepanjang tempoh 17 tahun adalah 82 km.
Selain itu, kajian lalu lintas yang dijalankan oleh Japanese International Cooperation Agency
(JICA) pada tahun 1990 telah menunjukkan semasa waktu puncak kelajuan lalu lintas pada
setiap jalan utama termasuklah Middle Ring Road ialah bawah 10km/jam. Bagi purata kelajuan
bas dalam Middle Ring Road ialah 11.4km/jam semasa waktu puncak dan 15.2km/jam semasa
bukan waktu puncak.
Selain itu, kekurangan pengangkutan awam, pengurusan trafik yang tidak terurus dan
kelakuan buruk pemandu di Bangkok menjadi faktor kesesakkan lalu litas di Bangkok. Bangkok
Mass Transit Authority (BMTA) merupakan syarikat bas yang terdapat di Bangkok.Mungkin
boleh dianggap sebagai syarikat bas kota keempat terbesar di dunia, tetapi masih tidak
mempunyai bas yang mencukupi untuk membawa penduduk di Bangkok.. Tetapi jika mencukupi
penduduk masih lagi nak mengembara dengan menggunakan kereta persendirian jika tiada
pengekangan untuk mereka melakukan begitu.
Pelanggaran dan pengabaian terhadapan undang-undang lalu lintas semakin bermaharaja
lela di Bangkok seperti tempat letak kereta haram dan tidak mematuhi lampu isyarat. Sikap
penduduk Bangkok yang suka melanggar peraturan lalu lintas seperti meletakkan kereta di
kawasan larangan meletak kereta, tidak mematahi lampu isyarat dan lain-lain menjadi punca
masalah kesesakkan lalu lintas
Kekurangan kodinat awam di dalam operasi dan pengurusan trafik di Bangkok amat
merisaukan. Kekurang sumber kewangan untuk menambah jaringan jalan raya dan kesukaran
dalam membeli tanah persendirian bagi pembinaan jalan raya menjadi salah satu faktor
kesesakkan lalu lintas.
Pencemaran.
Peningkatan jumlah kereta yang banyak di tambah lagi dengan keseakkan lalu lintas dan
kepadatann industri perkilangan yang tinggi di Bangkok menyebabkan udara di Bangkok
tercemar. Ini di sebabkan pembebasan bahan bakar daripada kenderaan dan perindustrian. Kajian
yang dilakukan oleh National Environmental Board menunjukkan kandungan udara yang
mengandungi plumbum telah meningkat mendadak dalam beberapa tahun yang lepas. Kajian
yang dilakukan pada tahun 1983 hingga 1986, menunjukan bahawa kandungan plumbum
daripada pembebasan gas gasoline dalam udara dianggarkan sebanyak 0.1 hingga 1.0
micrograms per m3. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 hingga 1989, kandungan plumbum
terus meningkat daripada 0.6 kepada 5.45 micrograms per m3. Ini menunjukkan peningkatan
lebih 5 kali ganda. Selain itu, kandungan gas carbon monoxide di dalam udara turut meningkat
daripada 1.0-9.5 mg per3 kepada 1.1-52.7 mg per m3. Ini akan memberikan kesan sampingan
kepada kesihatan manusia seperti edama, lelah, pendarahan pulmonary dan sebagainya.
Kebanyakkan terusan dan laluan air di dalam bandar sudah tercemar teruk dan
mengeluarkan bau yang busuk. Ini disebabkan sikap penduduk Bangkok membuang bahan
buangan ke dalam longkang utama yang bersambung terus kepada terusan dan sungai.
Selain itu, Sungai Chao Phray yang merupakan sungai utama di Bangkok sudah tercemar.
Ini di sebabkan, rawatan kumbahan yang tidak terurus.
Di samping itu, Kilang–kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa–sisa
daripada kegiatan perkilangan ke dalam sungai seperti toksik turut menyebabkan pencemaran
sungai di Bangkok
Nilai Dan Unsur Patriotisme.
Kita haruslah mempertahankan negara Malaysia dengan bertanggungjawab memelihara
alam sekitar serta membantu mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar negara Malaysia.
Langkah mengurangkan Masalah Petempatan.
Taman Ungku Tun Aminah.
Penyelesaian Masalah Pencemaran Air Dan Udara.
Penguatkuasaan Undang-Ungdang.
Kerajaan Malaysia telah mengubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam
sekitar. Antaranya adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Ianya merupakan perundangan secara
menyeluruh tentang alam sekitar.
Akta ini telah menetapkan bahawa segala projek yang mempunyai kemungkinan
menjejaskan alam sekitar dan masyarakat mestilah menjalankan proses Penilaian Kesan Alam
Sekitar (EIA). Projek tersebut tidak boleh dilaksanakan sehingga penilaian itu diluluskan. Agensi
yang ditugaskan untuk melaksakan akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar ialah Jabatan
Alam Sekitar (JAS). JAS telah ditubuhkan untuk tujuan penguatkuasaan. JAS menguruskan
perkara-perkara yang berkaitan kualiti udara dan air,sisa industri,aras kebisingan dan penilaian
kesan alam sekitar.
Peraturan dan undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 tidak
berjaya untuk menangani permasalahan pencemaran yang semakin teruk melanda sumber air di
negara kita. Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 yang sedia ada perlu dipindah dan dikemaskinikan
agar undang-undang yang ada dapat mengikut kesesuaian dan tahap keberkesanannya di waktu
ini. Begitu juga undang-undang yang sedia ada perlu diperketatkan bagi mengelakkan
berlakunya pencemaran semakin kritikal.
Selain itu, pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu menjalankan
tugas dengan lebih ketat dan tegas agar semua pihak mematuhi undang-undang dan tidak
melanggarnya.
Salah satu alternatif lain adalah mewujudkan suatu sistem pengurusan air bersepadu bagi
mengawal pencemaran dan kualiti air di seluruh negeri. Pertindahan bidang kuasa antara agensi
dan jabatan meyukarkan lagi pengurusan air di Malaysia.
Program Pendidikan Dan Penyelidikan.
Pencegahan pencemaran air sungai amat memerlukan kesedaran daripada masyarakat
setempat. Mereka perlu mempunyai sikap positif, pengetahuan, dan kemahiran berkesan untuk
menjaga alam sekitar. Bagi mancapai objektif ini, pendidikan formal atau tidak formal mengenai
alam sekitar perlu dipupuk sejak daripada kecil dan menjadi salah satu silibus di peringkat
pendidikan rendah. Selain itu, program penyelidikan alam sekitar seharusnya digalakkan dan
diberi peruntukan kewangan yang sewajar bagi mencapai satu bidang pengurusan kualiti air
khususnya.
Di peringkat sekolah, pihak sekolah boleh menubuhkan Kesatuan Pencinta Alam bagi
mengajar pelajar cara menghindarkan pencemaran terhadap sungai. Kementerian pendidikan
juga boleh mengadakan kempen, ceramah, pertandingan melukis serta pertandingan menulis esei
untuk menyemaikan sifat mencinta alam sekitar di kalangan pelajar.
Penyelesaian Masalah Sistem Perparitan.
Mendalamkan sistem perparitan.
Longkang atau parit yang sempit dan cetek perlu diperbesarkan dan didalamkan supaya
longkang atau parit ini dapat menampung isipadu air yang banyak ketika hujan lebat. Selain itu,
jaringan sistem perparitan hendaklah dibina dengan meluas seperti membina lebih banyak lagi
longkang dan parit.
Menyelenggarakan sistem perparitan dengan terurus.
Pihak pemaju perlu menyelenggara dan membuat pemantauan siatem perparitan di kawasan
dipertanggungjawabkan sekurang-kurang 2 kali seminggu supaya sampah-sarap yang
menyebabkan air bertakung didalam sistem perparitan dapat dikeluarkan.
Selain itu, pihak pemaju perlu menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan dengan sistem
perparitan supaya peyelenggaraan dan pemantauan sistem perparitan dilakukan dengan terurus.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab meyelenggara dan memantau sistem perparitan di kawasan
yang diarahkan oleh pihak pemaju.
Kempen.
Orang ramai mesti diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen.
Para pekilang, usahawan, dan peniaga serta orang awam mesti digalakkan supaya lebih
berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Kempen alam sekitar ini
dapat dijalankan melalui media massa seperti televisyen dan surat khabar.
Kaedah dan aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, pameran, kem kesedaran alam
sekitar, bengkel dan sebagainya. Selain itu, Minggu Alam Sekitar hendaklah diadakan di sekolah
supaya budaya mencintai alam sekitar dapat dipupuk. Agensi kerajaan yang terlibat dengan
kempen alam sekitar ialah Jabatan Alam Sekitar dan Agensi bukan kerajaan ialah WWF,
Persatuan Perlindungan Alam Sekitar (ESPM), IEM, ENSEARCH dan sebagainya.
Penyelesaian Masalah Vandelisme.
Memberatkan Hukuman.
Hukuman bagi pesalah vandalisme di Negara Malaysia sangatlah ringan. Oleh itu, pihak
yang bertanggungjawab perlu menguatkuasakan dan mengubal undang – undang supaya
hukuman yang dikenakan lebih berat agar memberi kesedaran kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab melakukan vandalisme.
Antara hukuman yang patut dikenakan iaitu, bagi mereka yang melakukan jenayah ini,
boleh dikenakan denda pada kadar yang tinggi seperti antara RM 10,000 hingga RM30,000,
penjara sehingga pesalah benar – benar insaf, sebatan pada kadar yang banyak dan menggantikan
alat yang rosak itu.
Menpergiatkan Rondaan Pihak Yang Bertanggungjawab.
Pihak yang bertanggungjawab seperti polis, rela dan sebagainya perlu mempergiatkan rondaan di
kawasan yang menjadi sasaran kegiatan vandelisme. Melalui langkah ini, kegiatan vandelisme
dan kegiatan jenayah yang lain seperti kecurian, pembunuhan, peras ugut dan lain-lain dapat
dibanteras. Di samping itu juga didirikan menara peninjau sebagai langkah pemantauan oleh
pihak berkuasa.
Selain itu, Rukun Tertangga perlu ditubuhkan di kawasan perumahan dan Jawankuasa
Kampung perlu ditubuhkan di kawasan kampung untuk melakukan rondaan di sekitar kawasan
taman perumahan dan kampung supaya kegiatan vandelisme dan kegiatan jenayah yang lain
dapat dibanteras.
Bangkok, Thailand.
Penyelesaian Masalah Banjir
Membina Terusan.
Berhampiran dengan Bangkok terdapat banyak terusan yang dinamakan Khlong dibina
oleh Pemerintahan Metropolitan Bangkok untuk mengelakkan banjir. Terusan ini ada yang
semula jadi dan ada yang digali oleh manusia. Terusan ini telah ditambak, ditimbuni oleh guni-
guni tanah dan dibina tembok konkrit untuk mengelakkan air daripada melimpah keluar
daripadanya. Selain itu, terusan ini telah didalamkan supaya dapat menampung isipadu air yang
banyak ketika hujan lebat. Keseluruhannya terdapat 750 buah terusan di Thailand.
Membina Empangan.
Terdapat 3000 empangan sungai di seluruh Thailand yang dibina sejak tahun 1950-an
lagi bagi mengatasi masalah banjir di selatan Thailand terutamanya di Bangkok. Selain itu,
empangan ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu sebagai janakuasa elektrik, bekasan air minuman
dan pengairan sawah-sawah pagi.
Penyelesaiaan Masalah Kesesakkan Lalu Lintas.
Memperbanyakkan Jalan Raya.
Pemerintahan Metropolitan Bangkok (BMA) telah merancang untuk membina Lebuhraya
Second-Stage Expressway yang bermula daripada pintu masuk Utara Bangkok hingga ke pintu
masuk Selatan Bangkok. Selain itu, lebuhraya bertingkat dibina untuk mengurang kesesakkan
lalu lintas di Bangkok. Terdapat lebuhraya dua tingkat, tiga tingkat dan empat tingkat di
Bangkok.
Mempertingkatkan Sistem Kawalan Trafik
Pengawalan lampu isyarat perlu dikawal sepenuhnya menggunakan komputer dan
dikoordinasikan dengan menggunakan sistem kawalan Expressway. Undang-undang dan
peraturan trafik perlu diperketatkan supaya pemandu akan mengikuti undang-undang ini dan
mengamalkan cara pemanduan yang berhemah
Kenderaan berat seperti lori, jentera dan sebagainya hendaklah tidak dibenarkan untuk
memasuki ke kawasan bandar. Selain itu, candangan bagi mengenakan bayaran kepada
kenderaan yang hendak memasukki pusat pentadbiran perniagaan boleh juga dipertimbangkan.
Ini sekali gus dapat meningkatkan lagi aliran trafik.
Selain itu, tempat meletakkan kereta di pinggiran jalan hendaklah dilarang jika perlu dan
kemudahan tempat meletak kereta awam perlu di perluaskan.
Penyelesaian Masalah pencemaran Air Dan Udara.
Memasang Alat Penapis Asap.
Selain itu Pemerintahan Metropolitan Bangkok (BMA) telah mewajibkan kilang kereta
untuk memasang alat catalytic converter pada ekzos kenderaan untuk mengurangkan pelepasan
asap dan kerajaan menetapkan jadual penggunaan gasoline tanpa plumbum ke atas semua
pengeluaran kereta baru.
Di samping itu juga kilang diwajibkan memasang penapis asap serta membina cerobong
asap yang tinggi. Masalah pencemaran air diatasi dengan memasang perangkap sampah dan
membina loji rawatan air kumbahan.
Perkhidmatan Pembetungan Bersambung
Pemerintahan Metropolitan Bangkok (BMA) telah melakukan perkhidmatan
pembetungan bersambung yang mempunyai rangkaian paip pembetung bawah tanah, stesen pam,
loji rawatan dan kemudahan merawat enapcemar najis. Perkhidmatan pembetungan bersambung
bermula apabila air kumbahan mengalir keluar dari paip pembetung bawah tanah dan
kemudiannya terus ke loji-loji rawatan kumbahan awam untuk mendapatkan rawatan sebelum
efluennya (limpahan) disalurkan ke dalam sungai.
Pepejal kumbahan akan mengenap ke bahagian bawah loji rawatan kumbahan dan
menghasilkan enapcemar najis. Cecairnya pula akan melalui rawatan secara biolojikal sebelum
disalir ke dalam longkang atau sungai. Loji-loji rawatan kumbahan berupaya merawat air
kumbahan untuk memenuhi piawaian-piawaian kumbahan yang ditetapkan.
Nilai Dan Unsur Patriotisme.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah menghargai usaha-usaha
yang diambil oleh badan-badan kerajaan mahupun NGO tertentu dalam mengurangkan kesan-
kesan kegiatan ekonomi yang dijalankan di tanah air yang tercinta ini.
Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu berkerjasama
dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan.
BAHAN GRAFIK
Jadual.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
PENDUDUK TAMAN UNGKU TUN AMINAH
JENIS MASALAH BILANGAN
Pencemaran 8
Perparitan 5
Vandelisme 4
Lain-lain 3
Sumber : 20 orang responden penduduk Taman Ungku Tun Aminah.
Graf.
Lain-lainVandelismePerparitanPencemaran
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK TAMAN UNGKU TUN AMINAHBilangan
Carta Pai.
Peta Minda.
Masalah Petempatan Di Taman Ungku Tun
Aminah
Sistem Perparitan Yang Tidak Terurus
Pencemaran Air Dan Udara
Vandelisme
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
PENDUDUK TAMAN UNGKU TUN AMINAH
Sesungguhnya, kajian itu telah menberikan banyak kesan yang positif kepada saya.
Melalui kajian ini, saya telah mengetahui petempatan dan perkembangan di kawasan Taman
Ungku Tun Aminah yang dahulunya merupakan sebuah hutan dan kini telah bertukar menjadi
sebuah taman perumahan.
Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang faktor-faktor petempatan di kawasan ini
seperti bentuk muka bumi, tahap ketersampaian dan kegiatan ekonomi.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti masalah petempatan terhadap alam sekitar
seperti pencemaran, masalah peparitan dan sebagainya serta langkah-langkah untuk
mengurangkan masalah petempatan terhadap alam sekitar seperti berkempen, menguatkuasakan
undang-undang dan sebagainya.
Melalui kajian ini, saya telah memperolehi pengalaman yang amat berguna dalam
pembelajaran geografi saya dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan
data dan maklumat berkaitan dengan kawasan kajian saya. Maklumat-maklumat yang saya dapati
telah diproses dan dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti jadual, graf bar dan carta pai
seperti yang telah diajar oleh guru.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati masih lagi wujud
semangat perpaduan yang kental antara penduduk Taman Ungku Tun Aminah yang telah
membawa keharmonian dalam kalangan mereka yang berbilang kaum sehingga ke hari ini. Saya
telah bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di Taman Ungku Tun Aminah dan saya berasa
seronok dengan sikap-sikap penduduk Taman Ungku Tun Aminah yang sering membantu saya
sehingga ada yang sanggup menumpangkan saya ke kawasan kajian dengan kenderaan mereka.
Walaubagaimanapun, saya berasa sangat berpuas hati dengan usaha-usaha yang saya lakukan
dan bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Melalui kajian ini, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan
kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan
sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk
mencari maklumat tentang kawasan kajian.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran
membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi,
memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti
tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan
mengkaji kawasan saya, saya dapat lebih menjiwai dan mencintai Negara saya. Seperti yang
disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta".
Gambar.
Masalah Petempatan Di Taman Ungku Tun Aminah.
Kemudahan Di Taman Ungku Tun Aminah.Sungai Skudai yang telah tercemar.
Longkang di Taman Ungku Tun Aminah tidak diselenggarakan.
Telefon Awam di Taman Ungku Tun Aminah yang telah dirosakan.
Triton Bas merupakan pengangkutan awam di Taman
Ungku Tun Aminah.
Sekolah Kebangsaan Taman Ungku Tun Aminah.
Plaza Tasek di Taman Ungku Tun Aminah.
Masalah Petempatan Di Bangkok.
Kemudahan Di Bangkok.Kesesakkan lalu lintas di Bangkok.
Pencemaran udara mengakibatkan jerebu di
Bangkok.
Banjir kilat di Bangkok.
Pelabuhan di Dungai Chao Phraya, Bangkok.
Mass Rapid Transit Authority di Bangkok.
Kuil Wat Pho menjdi destinasi pelancongan di Bangkok.
Surat Kebenaran Membuat Kajian.
Surat Makluman Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga.
Surat Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
Borang Soal Selidik.
Orang Sumber.
Buku Rujukan.
Chong Mui Sen, 2008 , Nexus Geografi PMR, Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd. : Petaling Jaya
Johor Bahru Street Directory, Penerbitan Rimman : Johor Bahru.
Atlas.
Atlas Progresif KBSM Baru, Penerbitan Longman : Petaling Jaya
Atlas Moden Malaysia Dan Dunia, Penerbitan Fajar Bakti : Kuala Lumpur.
Internet.
Bangkok Metropolitan Region urbanized area, 1974 and 1984 (Source: Aerial photograph
interpretation, National Housing Authority),
http://www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu11ee/uu11ee0z.htm#the%20urbanization%20of
%20bangkok:%20its%20prominence,%20problems,%20and%20prospects
GEO, http://www.scribd.com/doc/13461484/GEO
Sungai Chao Phraya, http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Chao_Phraya
Bangkok, http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok
Orang Sumber.
Nor Arbaayah Binti Sharif, 52 Tahun, No.1, Jalan Nakhoda 29, Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Skudai, Johor.
Kamaruzaman Bin Abdul Rasid, 55 Tahun, No.1, Jalan Nakhoda 29, Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Skudai, Johor.
Nor Aizat Bin Kamaruzaman, 21 Tahun, No.1, Jalan Nakhoda 29, Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Skudai, Johor.