FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
-
Upload
muhd-asyraf-kasim -
Category
Documents
-
view
270 -
download
0
Transcript of FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
1/27
Maksudnya : Dan jauhkanlah diri daripada orang yang menjadikan agama merekasebagai permainan dan hiburan , dan mereka pula telah diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan peringatkanlah ( mereka ) dengan al quran itu
supaya tiap2 diri ( diAkhirat kelak ) tidak terjerumus (kedalam azab Neraka)dengan sebab apa yang ia telah usahakan ( daripada perbuatan yang buruk
dan keji ) . Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat
yang lain daripada Allah . Dan jika ia hendak menebus ( dirinya ) dengansegala jenis tebusan , ( nescaya tebusan itu ) tidak akan diterima daripadanya
. Mereka itulah orang yang dijerumuskan ( kedalam azab Neraka ) dengan
sebab apa yang mereka telah usahakan . Bagi mereka disediakan minumandaripada air panas yang menggelegak , dan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya , disebabkan mereka kufur ingkar ( semasa hidup ) .
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT :
Ayat ini menerangkan bahawa :
Orang yang yang mempersendakan agama kerana terpedaya dengan kemewahan dengankehidupan didunia , sebenarnya mendedahkan diri kepada kebinasan
Mereka akan dapat azab pada hari hari akhirat
Allah memerintahkan rasulnya memberi peringatan kepada mereka supaya tidakmempersendakan agama untuk menyelamatkan mereka daripada kebinasaan
Sesungguhnya tidak ada yang mampu menebus kesalah mereka kecuali Allah .
Soalan : NYATAKAN GOLONGAN YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA :
1. Orang kafir
2. Orang munafik
3. Ahli bidah
4. Golongan anti hadis
5. Orang yang melakukan maksiat
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
2/27
Soalan : NYATAKAN CONTOH2 PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA :
1. Makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan .
2. Menyambut hari raya dengan hidangan minuman keras
3. Mempersendakan sunnah Rasululullah S. A .W .
4. Mempersendakan wanita Islam yang menutup aurat .
5. Menyambut perayaan dengan hiburan yang diharamkan oleh syarak .
Soalan : NYATAKAN FAKTOR GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA :
1. Kejahilan
2. Lemah iman dan jati diri
3. Pengaruh kebendaan
4. Pengaruh persekitaran
Soalan : NYATAKAN PERBEZAAN ORANG YANG MEMPERSENDAKANAGAMA DENGAN ORANG YANG MEMELIHARA AGAMA :
Soalan : NYATAKAN AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA
1. Azab yang pedih diAkhirat
2. Kehidupan didunia tidak tenang
3. mengganggu keharmonian bermasyarakat
4. mengundang kemurkaan dan bala daripada Allah
Soalan : NYATAKAN LANGKAH2 MENANGANI GEJALA MEMPERSENDAKANAGAMA :
1. Menasihati dan memberi tunjuk ajar dengan cara yang baik
2. mengadakan perbincangan dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni
3. menggunakan ( ICT ) sebagai media dakwah
4. Mencegah melalui penguatkuasaan undang2
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
3/27
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
4/27
2. Menepati cara yang diajaroleh syarak
Soalan : NYATAKAN KEPENTINGAN IKHLAS DALAM IBADAH
Bersih daripada sebarang unsur syirik
syarat penerimaan ibadah
Benteng yang teguh daripada tipu daya syaitan .
Soalan : JELASKAN BAHAGIAN2 SYIRIK .
Syirik jali : Syirik yang jelas seperti menyembah objek yang tidakhidup , memuja roh nenek moyang dan objek yang tidak
hidup .
Syirik khafi : Syirik tersembunyi dan tidak disedari Solat untuk dikatakan warak
Belajar untuk dikatakan alim
Membuat kebajikan untuk dipuji
Berbangga dengan pangkat dan harta
Soalan : NYATAKAN CARA2 MENDAPATKAN IKHLAS
Takut kepada Allah
Ingat kepada mati dan hari Akhirat
Menghayati doa iftitah
Khusyuk dalam ibadah
Soalan : NYATAKAN KEPENTINGAN DOA IFTITAH
Melahirkan sifat ikhlas dalam ibadah
Menghadirkan rasa khusyuk dalam solat
Melahirkan sifat taqwa dalam diri
Menjauhkan hati daripada sifat riak dalam ibadah
Soalan : NYATAKAN PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN SIFAT IKHLAS
Riak dalam ibadah
Sombong dan takbur Menghampiri perkara syirik
Melakukan ibadah secara sambalewa
Mempersendakan amalan ibadah
Soalan : NYATAKAN CARA2 MENGEKALKAN SIFAT IKHLAS
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
5/27
Menjauhi perkara syirik
Sentiasa memperbaharui dan meningkatkan iman
Menghayati doa iftitah
Sentiasa bermuhasabah diri
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
6/27
Maksudnya : Dan sediakanlah untung menentang mereka ( musuh yang menceroboh )
segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan2berkuda yang lengkap sedia , untuk menggerunkan dengan persediaan itu
musuh Allah dan musuh kamu serta musuh2 yang lain dari mereka yang
kamu tidak mengetahuinya ; sedang Allah mengetahuinya . Dan apa sahajayang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu , dan kamu tidak akan dianayai . Dan jika mereka ( pihak
musuh ) cenderung kepada perdamaian , maka engkau juga hendaklahcenderung kepadanya serta bertawakkal lah kepada Allah . sesungguhnya ia
Maha mendengar lagi Maha mengetahui . Dan jika mereka bertujuan untuk
menipu mu , maka sesungguhnya cukuplah Allah ( menjaga dan memberiperlindungan ) kepada mu . Dia lah yang menguatkanmu dengan
pertolongan dan dengan ( sokongan ) orang yang beriman . Dan ( dialah )yang menyatupadukan antara hati mereka ( yang beriman itu ) .
Kalau lah engkau belanjakan segala ( harta benda ) yang ada di Bumi ,nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka ,
akan tetapi Allah tetap akan menyatupadukan antara ( hati ) mereka .
sesungguhnya ia Maha berkuasa lagi Maha bijaksana .
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
7/27
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT :
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah memerintahkan umat islam bersiap sedia mempertahankan diri , agama dan negara
drpd serangan musuh ( orang kafir , munafik , ahli bidah , pemberontak )
Umat islam melawan musuh tersebut dengan segala kekuatan ketenteraan yang boleh
menggerunkan mereka terhadap umat islam
Usaha dan perbelanjaan yang disumbangkan akan peroleh ganjaran Allah .
Umat islam menerima perdamaian jika pihak musuh ingin berdamai
Jika mereka tipu , umat islam berserah kepada Allah kerana hanya Allah yang Maha
Berkuasa dan Maha Bijaksana untuk menolong hambanya yang beriman dan mendamaikandiantara sesama manusia .
Soalan : NYATAKAN JENIS2 KEKUATAN :
Rohani ( iman )
Motivasi ( semangat )
Ilmu ( kepakaran )
Jasmani ( kesihatan )
Ukhwah ( perpaduan )
Kebendaan ( ekonomi )
Soalan : NYATAKAN MUSUH2 ALLAH
Syaitan
Orang kafir
Orang munafik
Golongan anti hadis
Ahli bidah
Soalan : NYATAKAN JENIS2 KEKUATAN PERTAHANAN :
Kekuatan fizikal
Kekuatan jasmani
Kekuatan rohani
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
8/27
Maksudnya : Dan ada antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan
pendirian yang tidak tetap , iaitu kalau ia beroleh kebaikan , senanglah ia
dengan keadaan itu ; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan , berbaliklah ia semula ( kepada kekufurannya ) . ( Dengan sikapnya itu ) rugilah ia
akan dunia dan akhirat , itulah kerugian yang terang nyata . ia menyeru dan
menyembah makhluk2 yang lain daripada Allah , yang tidak dapatmembahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya ;
itulah kesesatan yang jauh terpesong . ia menyeru dan menyembah makhluk
yang dengan perbuatan demikian mudharatnya lebih dekat dari manfaatyang diharapkan ; demi sesungguhnya seburuk buruk sahabat karib ialahmakhluk yang diseur dan disembahnya itu .
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT :
Ayat ini menerangkan tentang :
Golongan musyrikin memeluk islam secara bersyarat kerana mereka jahil
Apabila dapat kesenangan , mereka berasa tenang dan kekal dalam islam
Apabila dapat kesusahan , mereka kembali murtad
Mereka anggap bila mereka memeluk islam , berhala mereka marah .
Tindakan mereka ini satu kerugian dan kesesatan yang nyata
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
9/27
Soalan : TERANGKAN SEBAB NUZUL AYAT 11 13 SURAH AL HAJJ :
Sebab nuzul ayat ini ialah :
Ibnu Abbas berkata bahawa satu rombongan orang badwi datang berjumpa rasulullah .
apabila memeluk islam mereka kembali ke kampung halaaman mereka
Apabila hujan , tanaman mereka subur dan isteri mereka melahirkan anak yang sihat dan
mereka bersyukur dengan agama baru mereka iaitu islam .
Apabila kemarau , tanaman mereka layu dan isteri mereka melahirkan zuriat yang tidak sihatdan mereka mencela agama baru mereka iaitu islam
Maka Allah menurunkan ayat tersebut .
Soalan : NYATAKAN CARA2 MENGHADAPI UJIAN
Bersabar dan beristiqamah dalam menghadapi ujian
Beristighfar memohon keampunan daripada Allah S . W . T .
Berdoa untuk keselamatan diri , keluarga , masyarakat dan negara .
Soalan : NYATAKAN BENTUK2 UJIAN :
Soalan : NYATAKAN KELEBIHAN SIFAT SABAR
Mengelakkan pergaduhan
Menjaga perhubungan
Memartabatkan sahsiah manusia
Mengelakkan perkara khurafat
Menjaga iman Mengawal nafsu
Soalan : TERANGKAN MAKSUD KHURAFAT
Khurafat ialah kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran agama Islam .
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
10/27
Soalan : NYATAKAN 5 CONTOH KHURAFAT
Mempercayai sesuatu benda boleh membawa sial dan malapetaka
Memohon hajat daripada kubur yang dianggap keramat
Upacara mandi safar
Mempercayai tangkal atau azimat boleh menyembuhkan penyakit dan membawakeberkatan
Mempercayai sesuatu benda seperti cincin mempunyai keramat & berkat
Soalan : JELASKAN LANGKAH2 MENGHAPUSKAN KHURAFAT
Kita perlulah memberi pendidikan melalui nasihat dan bimbingan agama
Kerajaan perlulah meroboh atau memusnahkan tempat2 pemujaan
Kerajaan perlulah menguatkuasakan undang2 yang lebih ketat
Kerajaan perlulah mengadakan kempen melalui poster / media massa Kita perlulah menjauhi orang yang mengamalkan khurafat .
Soalan : NYATAKAN BAHAYA KHURAFAT
Merosakkan akidah
Mengundang kemurkaan Allah
Menggugat keharmonian masyarakat
Mudah mepercayai perkara tahyul .
Soalan : NYATAKAN KEBURUKAN ORANG YANG TIDAK BERPENDIRIAN
Lemah iman
Tidak tahan ujian
Mudah dipengaruhi
Mudah terjebak dengan amalan khurafat
Tidak berprinsip
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
11/27
Maksudnya : Dan jika mereka ( yang kafir itu ) mendustakanmu ( wahai Muhammad ) , maka ( yangdemikian tidaklah pelik ) kerana sesungguhnya sebelum mereka : kaum nabi Nuh dan Ad ( kaum
nabi Hud 0 , serta Thamud ( kaum nabi Soleh ) telah juga mendustakan Rasul masing2 ; dan
( demikian juga ) kaum nabi Ibrahim dan kaum nabi Luth ; dan juga penduduk madin ; dan nabiMusa telah juga didustakan ; maka Aku memberi tempoh kepada orang kafir itu , kemudian Aku
menimpakan mereka dengan azab seksa . Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya
kesan kemurkaanKu maka bukan sedikit negeri2 yang kami binasakan dengan sebab kezaliman
penduduknya , lalu runtuh ranaplah bangunannya ; dan bukan sedikit pula telaga yang sudah terbiar ,dan istana yang tersergam ( telah kosong ditinggalkan ) , oleh itu , bukankah ada baiknya mereka
yang mengembara dimuka Bumi ini supaya dengan melihat kesan2 yang tersebut mereka menjadi
orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami / ada telinga yang dengannya merekadapat mendengar ? ( tetapi kalulah mereka mengembara pun tidak juga berguna ) kerana keadaan
yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta , tetapi yang buta itu itu ialah mata hati yang ada
didalam dada .
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah mengarahkan rasulullah menyampaikan dakwah kepada kaum musyrikin Dalam usaha dakwah baginda akan sentiasa ditentang dan didustai
Allah memberi peringatan kepada baginda tentang penolakan dan pendustaan umat terdahulu
terhadap seruan dakwah nabi nabi mereka
Hal ini sebagai peransang supaya baginda sabar , tidak kecewa dan tidak berputus asa ..
Soalan : JELASKAN KESALAHAN SETIAP UMAT DAN BALASAN MEREKA
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
12/27
Kaum nabi Nuh
Kaum nabi Nuh telah melakukan syirik , menyembah berhala dan menghina nabi .
Akibat daripada perbuatan mereka itu , Allah telah menenggelamkan mereka
didalam banjir besar .
Kaum nabi Hud ( kaum ad )
kaum nabi Hud telah melakukan syirik , menyembah berhala dan menghina nabi .Akibat daripada perbuatan mereka itu , kawasan mereka telah ditimpa kemarau
selama 3 tahun beserta angina rebut yang dahsyat .
Kaum nabi Soleh ( kaum thamud)
Kaum nabi Soleh telah melakukan syirik , menyembah berhala dan merancang
pembunuhan nabi . Akibat daripada perbuatan mereka itu , mereka ditimpakan
dengan letusansuara keras yang membinasakan .
Kaum nabi Ibrahim
Kaum nabi Ibrahim telah melakukan syirik , menyembah berhala dan berusaha untuk
membunuh nabi . Akibat daripada perbuatan mereka itu , Allah telah menimpakan
runtuhan bangunan ( gempa bumi ) kepada mereka
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
13/27
Kaum nabi Luth
Kaum nabi Luth telah melakukan syirik , menyembah berhala , hubungan sejenis
dan menghina nabi . Akibat daripada perbuatan mereka itu , Allah telah
menterbalikkan Bumi dan menurunkan hujan batu .
Kaum nabi Syuaib
Kaum nabi Syuaib telah melakukan syirik , menyembah berhala , suka menipu
dalam hal jual beli dan menghina nabi . Akibat daripada perbuatan mereka itu ,
Allah telah menurunkan gempa Bumi yang amat dahsyat .
Kaum nabi Musa
Kaum nabi Musa telah melakukan syirik , menyembah berhala , menyeksa danmembunuh manusia , mengaku dirinya sebagai Tuhan . Akibat daripada itu , Allah
telah menimpakan kemarau , rebut , taufan , serangan serangga , air sungai menjadi
darah dan karam di Laut Merah .
Soalan : NYATAKAN FAEDAH2 MENGEMBARA
Mengambil iktibar daripada kesan peniggalan sejarah
Menambah pengetahuan dan pengalaman
Menjalin persahabatan dan bertukar tukar maklumat
Melapangkan fikiran dan perasaan dengan melihat keindahan alam ini .
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
14/27
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalamsembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia2 ; dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya ( dengan menunaikan zakat harta itu ) ; dan mereka
yang menjaga kehormatannya , kecuali kepada isterinya / hamba sehayanya , maka sesungguhnyamereka tidak tercela : kemudian , sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian , maka
merekalah orang yang melampaui batas dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya dan mereka
yang tetap memelihara solatnya , mereka itulah orang yang berhak mewarisinya , yang akanmewarisi syurga firdaus , mereka kekal didalamnya
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT :
Ayat ini menerangkan tentang : Allah menjajikan syurga firdaus untuk orang yang beriman
Yang menunaikan solat dengan khusyuk , menjauhi perkara keji dan sia sia , mengeluarkan
zakat , menjaga kehormatan diri , melaksanakan amanah , menunaikan janji dan menjaga
kesempurnaan solat .
Orang yang mempunyai sifat tersebut akan berjaya didunia dan di akhirat .
Soalan : TERANGKAN CIRI2 MUKMIN YANG BERJAYA
1. Khusyuk dalam solat
TAKRIF : khusyuk ialah menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allahdidalam hati
Orang khusyuk menumpukan perhatian kepada Allah ketika beribadah
Seluruh anggota badan dalam keadaan tomakninah dan tenang
Hati mereka tidak mengingati perkara lain
Khusyuk dapat membentuk sifat2 mulia , berdisiplin dan bertanggungjawab
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
15/27
2. Menghindarkan diri daripada perkara sia sia
TAKRIF : perkara sia sia ialah perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada
d iri , keluarga dan masyarakat dalam bentuk perkataan / perbuatan
Mukmin berjaya tidak melakukan perkara sia sia dan mereka memastikan diri mereka tidakmenghampiri perkara tersebut .
3. Menunaikan zakat
TAKRIF : zakat ialah rukun islam yang ketiga yang diwajibkan kepada umat islam
yang cukup syarat ikut kadar dan tempoh masa tertentu
Zakat merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat islam dan
menyumbang kearah pembangunan dan kemajuan negara .
Melambangkan sifat syukur pemilik harta
Mengeratkan tali persaudaraan umat islam dan menambah keberkatan harta
4. Menjaga kehormatan diri
Memelihara maruah diri , kawal nafsu , jaga kemaluan daripada melakukan perkara yang
dilarang oleh syara
Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh mendatangkan gejala sosial
Zina dan liwat boleh merosakkan zuriat dan meberi akibat buruk kepada diri sendiri dan
masyarakat
5. Menjaga amanah dan menunaikan janji
Kewajipan yang mesti ditunaikan dan dilarang mengkhianati amanah
6. Menjaga waktu solat
TAKRIF : menjaga waktu solat ialah menunaikan solat dengan khusyuk pada
waktunya serta sempurna segala rukun , syarat dan sunat sunatnya . Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang
mukmin yang bertanggungjawab dalam menunaikan amanah
Soalan : NYATAKAN CARA2 MENDAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT
Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan
Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya
Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah
Mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang lemah
Memastikan tempat solat selesa , bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran
Mengerjakan solat dalam keadaan badan selesa , segar dan tidak mengantuk
Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil perndapatan halal
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
16/27
Soalan : JELASKAN CARA MENJAUHI PERKARA SIA SIA
Seseorang itu haruslah menyedari asal usul kejadian , matlamat dan tujuan hidup supaya
hidup mempunyai arah tujuan yang betul .
Seseorang itu haruslah menyedari tanggungjawab terhadap Allah , rasul , agama dan umatislam supaya hidup diberkati Allah .
Seseorang itu haruslah menyedari tanggungjawab terhadap diri , keluarga , masyarakat ,
bangsa dan negara supaya menjadi orang yang berguna pada negara .
Seseorang itu haruslah memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah agar dapat
menggunakan masa dengan sebaik mungkin .
Seseorang itu haruslah menyertai program belia agar dapat pengalaman baru ketikamenyertai program program tersebut .
Seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada berkawan dengan mereka yang suka lepak
dan berfoya foya agar tidak terjebak dengan perkara maksiat
Seseorang itu haruslah mengayakan pemikiran mereka dengan aktiviti yang mencabar minda
dan fizikal supaya otak digunakan untuk tujuan yang baik
Soalan : TERANGKAN CARA MENJAGA KEHORMATAN DIRI
Seseorang itu haruslah berkahwin jika mampu untuk mengelakkan fitnah .
Seseorang itu haruslah berpuasa supaya kehormatan diri terjaga Seseorang itu haruslah menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah supaya masa digunakan
dengan sebaik mungkin .
Seseorang itu haruslah kurangkan berkhayal supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini
Seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan lucah supaya tidak
berlakunya maksiat
Seseorang itu haruslah meneguhkan iman dan jati diri dengan melakukan suruhan Allah danmenjauhi larangannya
Soalan : NYATAKAN AKIBAT TIDAK MENJAGA AMANAH
Gejala rasuah berlaku secara berleluasa Terjadinya politik wang yang melampau
Berlakunya kezaliman dalam pemerintahan
Berlakunya pengkhianatan
Berlakunya penipuan dalam urusan jual beli
Mempunyai kelemahan iman
Berlakunya kelemahan pentadbiran
Berlakunya kelemahan pengurusan negara
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
17/27
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah menceritakan kepada nabi muhammad S.A.W . tentang kisah Lukman Al - Hakim
supaya baginda dan umat islam mengambil iktibar daripada nasihat Lukman Al Hakim
kepada anaknya .
Umat islam disarankan bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan , menjauhi
perkara perkara syirik , menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa , mengikuti
jalan orang yang kembali kepada Allah , mendirikan solat , menyeru kepada kebaikan ,mencegah perkara mungkar , sabar hadapi ujian , tidak sombong , tidak memperlekehkanorang , tidak takbur , bersopan ketika berjalan , merendahkan suara ketika bercakap .
Soalan : TERANGKAN WASIAT LUKMAN AL HAKIM
Seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan
Sesorang itu perlulah menjauhi perkara syirik supaya hidup diberkati Allah .
Seseorang itu perlulah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa supaya menjadi anak
yang soleh dan solehah .
seseorang itu perlulah mendirikan solat kerana solat merupakan tiang agama . seseorang itu haruslah bersabar menghadapi ujian kerana Allah akan tolong kita .
Soalan : NYATAKAN CARA IBU BAPA MENDIDIK ANAK ANAK
Nasihat dengan baik
Beri contoh teladan yang baik
Beri motovasi
Makan , solat berjemaah bersama
Beri ilmu agama yang secukupnya
Soalan : NYATAKAN CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Mensyukuri nikmat Allah kerana kesyukuran ialah asas kekuatan dan kejayaan
Tidak bersyukur ialah asas kekufuran dan kesesatan .
Soalan : NYATAKAN CARA MENJAUHI SYIRIK
Syirik ialah dosa paling besar yang membawa kepada kesesatan dan kekufuran
Allah melarang hambanya melakukan syirik kerana dosanya tidak akan diampun
Soalan : TERANGKAN CARA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA
Kita mestilah menjaga mereka ketika sakit supaya mereka sembuh dengan cepat .
Kita perlulah sentiasa menziarahi mereka supaya kita tidak melupakan mereka .
Kita tidak boleh menyusahkan mereka dengan menyuruh mereka melakukan kerjapembersihan di rumah kita apabila kita besar .
Kita perlulah membahagiakan hati mereka supaya hidup kita diberkati Allah .
Kita perlulah menolong mereka ketika susah agar dapat meringankan bebanan mereka .
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
18/27
Soalan : JELASKAN CARA MENGHORMATI KEDUA IBU BAPA
Kita perlulah melayan mereka dengan lemah lembut kerana mereka insan yang lemah .
Kita tidak boleh memasuki bilik mereka tanpa izin kerana perbuatan ini sangat tidakberadab .
Kita perlulah berjalan dihadapan mereka dengan sopan agar mereka tidak tersinggung .
Kita perlulah merendahkan suara apbila bercakap dengan mereka .
Soalan : NYATAKAN FAKTOR PENDERHAKAAN TERHADAP IBU BAPA
Kurang didikan agama
Pengaruh persekitaran
Pengaruh kebendaan
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
19/27
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT YASIN
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah mengemukakan beberapa bukti kekuasaanNya untuk hidupkan orang mati sebagaijawapan untuk persoalan oleh golongan yang ingkar kepada hari kebangkitan .
Tanda kekuasaanNya ialah kejadian manusia daripada air mani , kejadian api daripada kayu
hijau dan basah & kejadian langit serta bumi sebagai bukti Allah berkuasa untuk menghidupdan membangkitkan manusia walau jasadnya hancur .
Soalan : TERANGKAN SEBAB NUZUL AYAT 77 83 SURAH YAASIN
Seorang ketua musyrikin Mekah iaitu Abi Bin Khilaf datang jumpa Rasulullah S.A.W.
sambil bawa seketul tulang
Kemudian , beliau patahkan tulang itu dan tanam dalam tanah dan berkata wahaiMuhammad ! adakah tulang reput ini akan dihidupkan kembali oleh Allah . Maka Allah
menurunkan ayat ini .
Soalan : NYATAKAN CARA MEMBACA AL QURAN
Tartil
Perlahan & tenang sambil memahami & memenuhi kehendak tajwid & wakaf .
Tadwir
Bacaan pertengahan antara tartil & hadhar serta memenuhi kehendak tajwid .
Hadhar
Bacaan pantas & memenuhi kehendak tajwid .
Soalan : JELASKAN TANDA TANDA KEKUASAAN ALLAH
Kejadian manusia daripada air mani merupakan bukti kekuasaan Allah Kejadian langit dan bumi merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah
Kejadian siang dan malam merupakan bukti kekuasaan Allah
Kejadian api daripada kayu yang basah dan hijau membuktikan Allah berkuasa .
Soalan : TERANGKAN PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA
Alam roh
Sebelum jadi jasad , berda dalam alam roh . Ulamak mengatakan bahawa kewujudan rohsemenjak azali seperti kewujudan malaikat dan jin
Alam rahim Allah mula menjadikan jasad manusia setelah air benih berada di dalam rahim.
Sewaktu benih berkembang menjadi janin Allah meniupkan roh kedalamnya.
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
20/27
Alam dunia
Setelah berada di dalam rahim 9 bulan , manusia akan lahir ke alam dunia untuk menjalankan
tanggungjawab sebabagai hamba Allah .
4)Alam barzakh
Setelah menjalani kehidupan didunia sebagai hamba, manusia akan dimatikan dan berpindah
ke alam barzakh.
Manusia mula diberi balasan awal mengikut amalan yang telah dilakukan oleh mereka didunia , di alam barzakh sehingga hari kaiamat
5)Alam akhirat
Manusia akan dihidupkan dan dibangkitkan semula pada hari kiamat untuk menerimabalasan daripada Allah
Soalan : SIAPAKAH GOLONGAN AL DAHRIYAH ?
Golongan yang menolak konsep hari pembalasan kerana mereka percaya semua benda kekal
abadi dan dunia tidak ada permulaan / kesudahannya .
Soalan : TERANGKAN TEORI TABIE DAN TEORI EVOLUSI
Teori Tabie Sebahagian saintis tidak percaya adanya pencipta yang Maha Kuasa .
Mereka menjawab soalan itu dengan soalan Siapakah yang menjadikan manusia dan
seluruh alam ini .
Mereka mengatakan yang mencipta alam dan manusia ialah tabie . Teori ini menyamai
fahaman golongan Al Dahriyah .
Teori Evolusi
Teori ini diperkenalkan oleh Charles Darwin tahun 1859M . Dia mendakwa segala makhluk
yang ada dan semua sistem alam yang teratur , sama ada molekul , tumbuh tumbuhan ,haiwan , bintang , cakerawala / manusia , jadi sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang
terkandung dalam objek itu sendiri . Proses perkembangan berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur dan ringkas kepada
keadaan yang kompleks dan teratur .
Dari benda ringkas menjadi organ yang lengkap . Teori ini mengatakan manusia berasal
daripada rangka keturunan beruk purba .
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
21/27
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah menegaskan manusia adalah sama dari segi asal kejadian mereka iaitu daripada
seorang lelaki ( Adam ) dan seorang perempuan ( Hawa ) .
Manusia dijadikan berbagai bagai etnik , bangsa dan kabilah supaya mereka berkenal kenalan .
Manusia diingatkan bahawa kedudukan mereka disisi Allah tidak ditentukan ikut keturunan ,
harta dan pangkat tapi kekuatan dan kebersihan jiwa .
Soalan : TERANGKAN SEBAB NUZUL AYAT
Sewaktu Rasulullah S.A.W berada di Madinah , baginda menyarankan kabilah bani bayadhah
daripada golongan ansar supaya mengahwinkan hamba mereka iaitu Yasar / Abu Hind
dengan seorang perempuan kabilah tersebut .
Mereka pertikaikan saranan tersebut dan berkata apakah kamu ingin mengahwinkan anak2
perepmpuan kami dengan hamba sehaya kami ? Maka Allah menurunkan ayat ini .
Soalan : MENGAPA ALLAH MELARANG BERMEGAH DENGAN KETURUNAN
Kejadian manusia berasal daripada keturunan yang sama iaitu Adam .
Bermegah dengan keturunan adalah ciri ciri yang dibenci oleh Allah .
Sikap bermegah dengan keturunan adalah ciri ciri fahaman masyarakat jahiliyyah yang
bertentangan dengan ajaran islam .
Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang disisi Allah .
Soalan : JELASKAN SIFAT SIFAT ORANG YANG BERTAKWA
Orang yang bertakwa mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya
supaya hidupnya diberkati Allah
Orang yang bertakwa mempunyai keimanan yang teguh dan sanggup berjihad pada jalan
Allah dengan ikhlas
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
22/27
Orang yang bertakwa menjauhi diri daripada perkara perkara haram , khurafat dan bidahsupaya hidupnya diberkati Allah
Orang yang bertakwa tawaduk dan tegas dalam melakukan tanggungjawabnya .
Soalan : NYATAKAN CARA MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN
Saling bertaaruf
Saling bekerjasama
Bertolak ansur
Merendah diri
Berlaku adil
Ziarah menziarahi
Soalan : JELASKAN FAKTOR FAKTOR BERLAKU PERMUSUHAN SESAMA MANUSIA
kegagalan manusia menghayati konsep taaruf sebagaimana yang disarankan oleh islam
mencetuskan permusuhan sesama manusia
sikap sombong dan takbur sebahagian daripada manusia yang berbangga dengan keturunandan kekuatan bangsa mereka terhadap bangsa lain
penindasan dan kezaliman dilakukan oleh golongan manusia yang kuat terhadap golongan
yang lemah telah menimbulkan rasa marah , benci dan dendam di kalangan mereka .
pembahagian harta atau ekonomi yang tidak adil telah menimbulkan rasa tidak puas hatisesetengah pihak
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
23/27
Soalan : JELASKAN INTISARI AYAT
Ayat ini menerangkan tentang :
Allah yang bersifat Al Rahman menerangkan tentang sifat pemurahnya melalui kelebihan
dan nikmat yang diberikan kepada manusia .
Manusia perlu sedar tentang nikmat pemberian Allah kepada mereka seperti nikmat wahyu( Al Quran ) , hidayah , ilmu , rezeki , akal , pancaindera , tumbuhan dan alam .
Manusia harus bersyukur dengan nikmat tersebut supaya tidak tergolong dalam golongan
yang menkufuri nikmat Allah .
Soalan : TERANGKAN SEBAB NUZUL AYAT
Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa surah Al Rahman diturunkan sebagai menjawabpersoalan kaum musyrikin yang berpura pura tidak mengetahui apa maksud Al Rahman
sebagaimana firman Allah
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman
(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah Ar-Rahman itu?
Soalan : NYATAKAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH
Syurga
Hidayah
Pancaindera
Ilmu
Rezeki Akal
Tumbuh tumbuhan
Haiwan
Alam
Soalan : TERANGKAN FAKTOR MANUSIA KUFUR TERHADAP NIKMAT
Manusia selalu melihat orang yang mendapat nikmat yang lebih .
Manusia terlalu tamak kepada sesuatu perkara kerana sifat tamak itu menghilangkan rasasyukur .
Manusia tida sifat Qanaah ( pberpada pada ) dalam diri masing masing
Manusia kurang didikan agama dalam hidup mereka
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
24/27
Soalan : JELASKAN PERBEZAAN SIFAT ORANG BERSYUKUR DENGAN ORANG KUFUR
Sifat orang yang bersyukur Sifat orang yang tidak bersyukur
Orang yang bersyukur meyakini kebenaran al
quran dan al sunnah
Orang yang tidak bersyukur ragu ragu terhadap
al quran dan al sunnah
Orang yang bersyukur menggunkan nikmat padajalan yang diredhai Allah .
Orang yang tidak bersyukur menyalahgunakannikmat Allah
Orang yang bersyukur bersikap Qanaah
(berpada pada )
Orang yang tidak bersyukur bersikap tamak
haloba
Orang yang bersyukur bersifat pemurah Orang yang tidak bersyukur bersikap kedekut
Soalan : TERANGKAN AKIBAT KUFUR TERHADAP NIKMAT ALLAH
Orang yang kufur dengan nikmat Allah akan ditarik nikmat tersebut disebabkan dosanya .
Orang yang kufur dengan nikmat Allah akan ditarik keberkatan daripada nikmat tersebut
walaupun nikmat itu masih diperolehi , contohnya orang kaya yang ditimpa pelbagai
penyakit kronik , terpaksa terlantar di hospital hingga akhir hayatnya .
Orang yang kufur dengan nimat Allah akan dibalas dengan azab yang pedih pada hari akhirat
.
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
25/27
Soalan : TERANGKAN PENGERTIAN AL QURAN
Al quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad s. a . w .
melalui malaikat jibril dalam bahasa arab , diturunkan secara mutawatir dan membacanya adalahibadah .
Soalan : TERANGKAN PENGERTIAN ULUM AL QURAN
Ulum al quran ialah satu gagasan ilmu tentang al quran dan perkara yang berkaitan dengannya
seperti sejarah penurunan , penulisan dan pengumpulan
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
26/27
-
7/31/2019 FOLIO QURAN SUNNAH TINGKATAN 4 SBPI GOMBAK
27/27