FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - Home || …ipgkpt.edu.my/kdc...
Transcript of FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - Home || …ipgkpt.edu.my/kdc...
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH
MODUL PEMBELAJARAN
EDUP 2013
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
November 2015
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
November 2015Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
November 2015Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
i
i
Kandungan ii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan vii
Agihan Tajuk viii
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : Konsep Asas Falsafah dan Cabang Falsafah
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Tajuk
1.4 Kandungan
1.4.1 Konsep Asas Falsafah
1.4.2 Cabang Falsafah Menurut Pandangan Ahli Falsafah Islam, Barat dan Timur -Ontologi -Epistemologi -Aksiologi -Logik
1.4.3 Sumber ilmu dan matlamat pendidikan
Islam, Barat dan Timur
iii
MUKAKANDUNGAN MUKA SURAT
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Tajuk 2: Falsafah Pendidikan
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Tajuk
2.4 Kandungan
2.4.1 Barat
2.4.2 Islam
2.4.3 Timur
2.4.4 Kepentingan falsafah pendidikan
kepada guru
2.4.5 Implikasi falsafah pendidikan Barat,
Islam dan Timur terhadap Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Tajuk 3: Perkembangan Pendidikan di Malaysia
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Kandungan
3.4.1 Sebelum Merdeka
3.4.2 Selepas Merdeka
3.4.3 Pendidikan Masa Kini
Tajuk 4: Falsafah Pendidikan di Malaysia
4.1 Sinopsis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Kerangka Tajuk
4.4 Kandungan
iv
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4.4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
4.4.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
-Model Konseptual Pendidikan Guru
4.4.3 Peranan guru dalam merealisasikan
FPK dan FPG
4.4.4 Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem
pendidikan Malaysia.
Tajuk 5: Kurikulum dalam Pendidikan
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Tajuk
5.4 Kandungan
5.4.1 Konsep Kurikulum
5.4.2 Jenis Kurikulum
5.4.3 Faktor-faktor mempengaruhi perubahan
kurikulum
5.4.4 Peranan guru dalam pelaksanaan
kurikulum
Tajuk 6: Model Kurikulum dan Pelaksanaan Kurikulum
6.1 Sinopsis
6.2 Hasil Pembelajaran
6.3 Kerangka Tajuk
6.4 Kandungan
6.4.1 Teori dan modul pembinaan kurikulum
6.4.2 Pembentukan dan kandungan kurikulum
sekolah
6.4.3 Pelaksanaan dan perkembangan
kurikulum
v
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Tajuk 7: Etika dan Profesionalisme Keguruan
7.1 Sinopsis
7.2 Hasil Pembelajaran
7.3 Kerangka Tajuk
7.4 Kandungan
7.4.1 Konsep profesion dan profesionalisme
7.4.2 Ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional
7.4.3 Kod Etika Keguruan Malaysia
7.4.4 Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib
Penjawat Awam
7.4.5 Standard Guru Malaysia
7.4.6 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
7.4.7 Isu-isu etika dalam profesion keguruan
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Penilai Modul
Ikon Modul
vi
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda
agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak
biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan
masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika
anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara
begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila
diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidkan Malaysia (IPG KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod
sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.
SUSUNAN TAJUK MODUL
vii
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung
kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda
telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di
antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai
cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti
rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan
tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan
masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan
dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda
untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan
membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.
viii
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan
yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
PENGENALAN
Kursus EDUP 2013 iaitu Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia memberi peluang
kepada pelajar untuk memdalami dan mempelajari berkenaan dasar-dasar
pendidikan di Malaysia. Ini adalah untuk menyiapkan para bakal guru Malaysia
dengan ilmu pengetahuan yang sesuai sebagai seorang pendidik di Malaysia.
Modul ini merangkumi semua tajuk namun fokus utama dalam modul ini adalah
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi fokus utama dalam falsafah
pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan dibincangkan dengan mendalam
dengan memberi tumpuan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) serta peranan-peranan guru dalam merealisasikan
FPK dan FPG.
Di samping itu, modul ini juga menekankan berkenaan kurikulum pendidikan negara
yang digunakan kini. Kurikulum digubal ini memainkan peranan yang besar kepada
sistem pendidikan negara kita. Oleh itu para pelajar yang melalui modul ini
didedahkan dengam pemahaman terhadap kurikulum dan proses penggubalannya
melalui topik-topik yang akan dibincangkan di dalam modul.
ix
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TAJUK 1 KONSEP ASAS FALSAFAH DAN CABANG FALSAFAH
1.1 SINOPSISTajuk ini memperkenalkan pengetahuan asas falsafah. Oleh hal yang demikian,
perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini meliputi definisi falsafah,
konsep-konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, keperluan falsafah pendidikan
serta cabang-cabang falsafah.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
• Menghuraikan konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan.
• Mengenal pasti cabang-cabang dan mazhab-mazhab falsafah.
• Membincangkan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah
pendidikan dalam pendidikan dan latihan perguruan.
1.3. KERANGKA TAJUKKONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah• Cabang-cabang Falsafah
• Latar Belakang Falsafah Barat dan Timur
Falsafah Pendidikan• Konsep Falsafah
• Konsep Pendidikan
• Konsep Falsafah Pendidikan
1.4. FALSAFAH
Usaha untuk memberikan definisi kepada falsafah adalah amat susah. Kebanyakan
ahli falsafah memulakan definisi falsafah dengan menyatakan kerumitannya. Dalam
The Oxford Companion to Philosophy menyatakan bahawa, definisi falsafah ialah
suatu kontroversi sebenarnya. Nigel Warburton dalam buku beliau Philosophy: The
Basics telah menyebut bahawa falsafah adalah 'notoriously difficult' untuk diberi erti.
Anthony Harrison-Barbet apabila menulis dalam Mastering Philosophy berkata
1
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
bahawa, "There is no straightforward definition". Walau bagaimanapun, perkataan
falsafah berasal daripada perkataan Greek yang bermakna "love of wisdom ... but it
is a wisdom that results from a pursuit of knowledge, of the most important parts of
reality". Oleh itu, falsafah ialah satu bidang yang cuba menerokai berkenaan ini.
Falsafah ialah suatu cubaan untuk mencari kebenaran dan merupakan suatu kajian
yang komprehensif, holistik dan logikal ke atas pemikiran manusia dalam bidang
agama, sastera, sains dan pendidikan.
Falsafah boleh dibezakan daripada sains empirikal dan agama. Dalam Encyclopedia
Penguin menyatakan bahawa falsafah berbeza daripada sains kerana soalan-soalan
tidak boleh dijawab secara empirikal; melalui pengamatan atau eksperimen. Begitu
juga kesnya dari sudut agama yang tujuannya adalah semata-mata intelektual.
Perbincangan dalam falsafah tidak menyediakan ruang untuk kepercayaan dan
wahyu. Sebaliknya, falsafah menggunakan sebab tanpa merujuk sebarang
pengamatan yang munasabah atau eksperimen untuk menerangkan sesuatu.
Sesungguhnya, falsafah ialah kajian tentang masalah am berkenaan hal-hal seperti
pengetahuan, kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan
bahasa. Semasa menggunakan falsafah untuk menangani pelbagai soalan (seperti
mistik atau mitos) ia berbeza daripada segi pendekatan yang kritik dan sistematik
yang digunakan dan pergantungan penerangan adalah kepada perbahasan yang
berasas
Falsafah boleh dibahagi kepada lima bidang utama seperti ditunjukkan dalam Jadual
1.5. Lima bidang ini boleh menjawab soalan-soalan berikut:
Metafizik Kajian tentang kewujudan What's out there?
Epistemologi Kajian tentang ilmu How do 1 know about it?
Etika Kajian tentang aksi What should 1 do?
Politik Kajian tentang daya What actions are permissible?
Estetik Kajian tentang seni What can life be like?
Terdapat perhubungan hierarki antara bidang ini yang pada dasarnya terdapat
metafizik. Metafizik ialah kajian tentang kewujudan dan sifat kewujudan itu.
Epistemologi ialah kajian tentang ilmu yang berkait rapat dengan metafizik. Dalam
2
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
epistemologi, kita ingin tahu tentang realiti dan kewujudan. Etika pula bergantung
kepada epistemologi. Etika ialah kajian tentang cara manusia harus bertindak. Etika
bergantung kepada epistemologi kerana seseorang sukar membuat pilihan tanpa
ilmu. Politik adalah sebahagian daripada etika. Politik ialah kajian tentang cara
manusia sepatutnya berinteraksi dalam masyarakat. Estetik pula bergantung kepada
metafizik, epistemologi dan etika.
1.6. Cabang-cabang FalsafahFalsafah boleh dibahagikan kepada lima cabang seperti dalam jadual di bawah:
EpistemologiKajian tentang
pengetahuan
Bagaimanakah saya akan tahu tentang
ini?
Etika Kajian tentang aksi Apa patut saya buat?
Politik Kajian tentang kuasa Apakah aksi yang dibenarkan?
Estetik Kajian tentang seni Apakah rupa kehidupan?
Metafizik Kajian tentang kewujudan Apa di luar sana?
MetafizikMetafizik ialah cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian tentang
kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas. Metafizik melibatkan segala
benda yang wujud. la membincangkan sama ada dunia ini adalah benar atau suatu
ilusi.
Kita boleh membuat kesimpulan bahawa metafizik ialah asas kepada falsafah.Tanpa
keterangan atau interpretasi tentang dunia di sekeliling kita, kita tidak akan dapat
menangani realiti. Kita tidak akan dapat memelihara diri kita sendiri atau
mengekalkan kehidupan kita. Metafizik mempersoal tentang:
• Adakah terdapat suatu badan pengetahuan sejagat untuk dipelajari?
• Siapakah yang sepatutnya membuat keputusan tentang apa yang hendak
dipelajari?
• Adakah pelajar pada asasnya baik dan boleh dipercayai?
Aksiologi
3
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud nilai atau
dalam bahasa Inggeris value/worth; manakala perkataan logia merupakan suatu
kajian tentang kualiti atau nilai. Aksiologi termasuk etika dan estetik, iaitu bidang
falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan dengan teori, nilai
dan meta-nilai. Topik-topik yang patut dibincangkan di sini adalah yang berkenaan
dengan soal moral, etika dan estetik. Soalan-soalan yang berkaitan dengan aksiologi
adalah:
• Apakah itu moral dan bukan moral?
• Apakah itu kecantikan?
• Adakah kehidupan mempunyai makna?
• Bagaimanakah seseorang berkelakuan?
• Apakah tingkah laku bermoral?
Aksiologi pertama kalinya digunakan pada awal abad ke-20 oleh Paul Lapie dan
E.Von Hartmann.
EpistemologiEpistemologi ialah kajian berkenaan cara kita mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Epistemologi memberikan jawapan kepada soalan,
bagaimanakah kita tahu? la merangkumi sifat konsep, pembentukan konsep,
kesahihan deria, penaakulan logikal serta pemikiran, idea, ingatan, emosi dan
segala yang berkaitan dengan mental dan pemikiran. la melibatkan cara minda kita
berhubung dengan realiti dan sama ada perhubungan ini sah atau sebaliknya.
Epistemologi ialah penerangan tentang cara kita berfikir yang menjadi satu
keperluan untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada
kesalahan. Epistemologi diperlukan untuk mendapatkan ilmu di sekeliling kita. Kita
tidak boleh mengasingkan kebenaran daripada kesalahan dengan berbekalkan
epistemologi yang salah. Setakat mana epistemologi kita betul adalah bergantung
kepada tahap kefahaman realiti kita serta tahap kita boleh menggunakan ilmu itu
untuk merealisasikan kehidupan dan matlamat hidup kita. Jawapan kepada soalan
epistemologi membekalkan rasional untuk pemilihan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran dan mencadangkan cara maklumat harus diajar atau disampaikan
kepada pelajar. Oleh itu, dua persoalan epistemologi asas seperti yang berikut.
• Apakah merangkumi pengetahuan?
• Adakah pengetahuan itu tetap atau berubah?
4
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
LogikLogik ialah perkataan Creek, iaitu logos yang bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan
atau prinsip. Logik ialah satu pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu
sama ada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung)
dan demonstrasi (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian).
Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan
beberapa andaian kukuh, In juga merujuk kepada sains tentang pemikiran tepat.
Logik membantu seseorang berkomunikasi secara lebih berkesan dengan
menggalakkan pemikiran yang dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik.
Terdapat dua jenis logik yang asas, iaitu logik deduktit* dan logik induktif.
1.7. SUMBER ILMU DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN TIMUR
1.7.1.Pengenalan Mazhab Falsafah BaratFalsafah Barat terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu falsafah aliran tradisional
dan falsafah aliran moden. Namun, tumpuan perbincangan di sini adalah tentang
empat falsafah, iaitu pragmatisme, progresivisme, rekonstruksionisme dan
eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran pemikiran
tradisional.
Latar Belakang Falsafah PragmatismePragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari
lewat abad ke-19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi teori evolusi oleh
Charles Darwin dan teori relativiti oleh Albert Eistein. Falsafah ini cenderung kepada
falsafah epistemologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik.
Falsafah ini merupakan falsafah antara idea tradisional mengenai realiti dengan idea
moden mengenai nihilsme dan irrationalisme. Idea tradisional telah mengatakan
bumi ini tetap dan manusia mengetahui hakiki mengenai bumi serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan nilai murni, sementara nihilisme dan irrationalisme pula
menolak semua dugaan dan ketentuan.
5
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkataan pragmatisme berasal daripada perkataan Greek, iaitu pragma yang
bermaksud kerja. Istilah ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan
mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang. Dari sudut falsafahnya, ia
boleh dikaitkan dengan pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan.
Sebenarnya, pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori
dan makna (theory and meaning). Ahli-ahli pragmatisme menganggap idea manusia
mengenai alam adalah neutral. Hal ini bermaksud realiti ialah interaksi antara
manusia dengan alam sekeliling.
Terdapat tiga orang tokoh utama dalam falsafah pragmatisme, iaitu Charles Sanders
Pierce, Williams James dan John Dewey. Charles Sanders Pierce berminat terhadap
kaedah saintifik dan matematik. Beliau juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke
dalam falsafah dan masyarakat. Beliau mengatakan peningkatan ilmu bertujuan
mewujudkan tabiat rohani yangboleh menguji idea melalui pemerhatian, pengujian
dan persoalan.
Williams James pula merupakan seorang ahli psikologi dan teologi. Beliau berminat
dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan. Beliau mengatakan bahawa
perasaan dan logik sangat penting sebagai asas kepada rasional sesuatu. Hal ini
boleh membawa isu-isu besar terhadap kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan
agama. Jika sesuatu perkara berlaku seperti mana yang difikirkan, maka ia adalah
benar.
Di sebaliknya pula, John Dewey merupakan seorang ahli sains, ahli teknologi, ahli
falsafah dan juga pendidik. Beliau mengatakan bahawa pengalaman, kepintaran dan
masyarakat ialah alat untuk perkembangan minda. Dengan kepintaran dan
pengalaman, manusia bolah menyelesaikan masalah. Beliau juga berpendapat
bahawa idea-idea tradisional hendaklah dimasukkan atau dikaji semula. Proses
pertanyaan ialah satu transaksi dua hala yang melibatkan manusia dalam keadaan
realiti. Manusia melakukan sesuatu terhadap alam sekeliling. Manusia bertindak
balas ke atas alam sekeliling dan begitulah sebaliknya.
6
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Latar Belakang Falsafah ProgresivismeFalsafah progresivisme dikatakan wujud pada abad ke-20, tetapi sebenarnya idea
berkaitannya sudah bermula pada akhir abad ke-19. Falsafah ini berkembang
daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh
John Dewey. Pada tahun 191 5, buku pertama yang telah diterbitkan berjudul School
of Tomorrow seterusnya pertubuhan pendidikan progresivisme dibentuk empat
tahun kemudian. Falsafah ini telah menumpukan perhatian kepada perubahan
sosial. Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada
zaman moden.
Progresivisme bertujuan memberikan kemahiran dan alat yang diperlukan kepada
individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara tetap
(constant). Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana individu
boleh menggunakannya untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan
masalah dalam mata pelajaran yang dipelajari seperti mata pelajaran Matematik
Moden.
Latar Belakang Falsafah RekonstruksionismeKemunculan falsafah rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John
Dewey apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya
Reconstruction in Philosophy. Pada tahun 1930-an, pergerakan pendidikan progresif
berada di kemuncak dalam masyarakat Amerika. Ahli-ahli rekonstruktivisme
mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula
masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas,
1979).
Secara amnya, rekonstruksionisme memberikan penekanan terhadap melahirkan
masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis dalam membangunkan masyarakat
tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat
menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi.
Latar Belakang Falsafah EksistensialismeEksistensialisme ialah salah satu falsafah baharu yang muncul di Eropah selepas
Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, iaitu Soren Kierkegaard
telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai
7
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan kehidupannya. Falsafah ini tidak
begitu popular pada awalnya tetapi mula mendapat perhatian umum selepas Perang
Dunia Kedua. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), falsafah ini bersifat
individualistik dan terlalu bergantung ke atas faktor-faktor yang subjektif seperti
intuisi, renungan ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.
Secara amnya, eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang
memberikan tumpuan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan cara seseorang
individu itu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Seseorang individu
juga harus bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan bebas untuk menentukan
arah kehidupannya.
1.7.2. Pengenalan Mazhab Falsafah Timur dan IslamFalsafah Timur termasuk beberapa falsafah dari Asia, iaitu Falsafah India, Falsafah
China, Falsafah Iran, Falsafah Jepun dan Falsafah Korea. Falsafah Islam juga
termasuk dalam Falsafah Timur.
Latar Belakang Falsafah IslamFalsafah Islam ialah suatu cabang pengajian Islam yang juga merupakan suatu
percubaan yang berterusan untuk mencipta keharmonian antara falsafah (alasan)
dengan ajaran Islam (kepercayaan).
Falsafah Pendidikan Islam pula bermaksud menyediakan manusia dengan ilmu
pengetahuan yang cukup agar seseorang itu kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah. Perkara-perkara yang penting
yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
1 Pendidikan akidah
2 Pendidikan ibadah
3 Pendidikan akhlak
4 Pendidikan akal
8
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
5 Pendidikan jasmani
6 Pendidikan rohani
7 Pendidikan keterampilan
8 Pendidikan keibubapaan
9 Pendidikan kemasyarakatan
10 Pendidikan kepimpinan
Latar Belakang Falsafah KonfusianismeKonfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk
mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Falsafah ini diasaskan
Confucius atau lebih dikenali sebagai Kong Fu Tze. Beliau lahir di negara China
pada tahun 551 S.M. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi
dan beliau mula terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baharu ketika berumur 32
tahun. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
Salah satu ajaran Konfusianisme yang penting mungkin merupakan kekuatan
kesempurnaan peribadi yang dianggap lebih mustahak dibandingkan dengan
peraturan eksplisit tingkah laku. Oleh sebab ajaran moral beliau mementingkan self-
cultivation, emulation of moral exemplars, and the attainment of skilled judgment
rather than knowledge of rules, etika yang diketengahkan oleh Confucius mungkin
boleh dianggap sebagai sejenis virtue ethics. Ajaran Konfusianisme
mengetengahkan pendekatan:
1 Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara
manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
2 Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh
mereka hadir di dunia ini.
3 Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaim;iPa manusia
bertingkah laku.
Falsafah Nasionalisme dan InternasionalismeFalsafah ini diperkenalkan oleh Rabindranath Tagore (1861-1941) atau lebih dikenali
sebagai Curudev. Beliau lahir di Kalkuta, India dan berasal daripada keluarga
Bengali. R. Tagore mempunyai hubungan persahabatan dengan tokoh India yang
9
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
terkenal, iaitu Mahatma Gandhi. Beliau ialah tokoh penyair, penulis, ahli seni,
sasterawan dan ahli falsafah.
R. Tagore mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bermatlamat menghasilkan
individu dengan penaakulan yang sempurna bagi mengupayakan pencapaian bagi
aspek fizikal, intelek, moral dan rohani serta segala yang berkaitan dengan
pengalaman hidup amali.
Menurut falsafah yang diketengahkan oleh R. Tagore ini, "Orang yang berpendidikan
bukan sahaja perlu berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi perlu
mendukung sifat nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap internasionalisme
yang positif."
1.8. RUMUSANSistem pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Ini dapat dilihat
dalam topik ini yang membincangkan tentang pendidikan sebelum merdeka, selepas
merdeka dan sistem pendidikan kini. Namun apa yang penting adalah demi
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk membentuk sebuah
negara yang mempunyai individu seimbang dan harmoni.
AKTIVITI 1 Membuat Nota
Cuba ringkaskan sistem pendidikan ketika ini dengan menggunakan pengurusan
grafik yang sesuai.
10
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TAJUK 2 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT
2.1 SINOPSISTajuk ini membincangkan falsafah pendidikan islam, timur dan barat.. Oleh hal yang
demikian, perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam tajuk ini meliputi , konsep
dan prinsip asas falsafah, kepentingan falsafah kepada guru dan implikasi falsafah
pendidikan islam, timur dan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
• Menghuraikan konsep asas falsafah
• Membincangkan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah
pendidikan dalam pendidikan dan latihan perguruan.
2.3. KERANGKA TAJUK
FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah mengikut: Barat
Islam
Timur
Kepentingan falsafah pendidikan
kepada guru
Implikasi falsafah pendidikan
Barat, Islam dan Timur terhadap
FPK
2.4. FALSAFAH UMUM BARAT
2.4.1. Falsafah Umum BaratPada asasnya, falsafah pendidikan barat terdiri dari dua mahzab, iaitu tradisional
dan moden. la mempunyai akar umbinya di Athens, Rom dan Judeo-Kristian
Falsafah Barat yang menitikberatkan pembelajaran aktif.
Idealisme
11
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Idealisme ialah mazhab terawal yang wujud di Barat dan idea klasik tentang mazhab
ini datang daripada tokohnya yang terkenal, iaitu Plato. Karya beliau yang terkenal
berjudul Republik. Pengikut-pengikut yang sealiran dengan beliau ialah Descartes,
Spinoza, George Berkeley, Burler, Froebel dan Hagel. Mazhab ini memberikan fokus
kepada elemen akal (minda),
2.4.2.Pengenalan Mazhab Falsafah BaratFalsafah Barat terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu falsafah aliran tradisional
dan falsafah aliran moden. Namun, tumpuan perbincangan di sini adalah tentang
empat falsafah, iaitu pragmatisme, progresivisme, rekonstruksionisme dan
eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran pemikiran
tradisional.
2.5.Latar Belakang Falsafah PragmatismePragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari
lewat abad ke-19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi teori evolusi oleh
Charles Darwin dan teori relativiti oleh Albert Eistein. Falsafah ini cenderung kepada
falsafah epistemologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik.
Falsafah ini merupakan falsafah antara idea tradisional mengenai realiti dengan idea
moden mengenai nihilsme dan irrationalisme
Perkataan pragmatisme berasal daripada perkataan Greek, iaitu pragma yang
bermaksud kerja. Istilah ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan
mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang. Dari sudut falsafahnya, ia
boleh dikaitkan dengan pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan.
Sebenarnya, pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori
dan makna (theory and meaning). Ahli-ahli pragmatisme menganggap idea manusia
mengenai alam adalah neutral. Hal ini bermaksud realiti ialah interaksi antara
manusia dengan alam sekeliling.
Terdapat tiga orang tokoh utama dalam falsafah pragmatisme, iaitu Charles Sanders
Pierce, Williams James dan John Dewey. Charles Sanders Pierce berminat terhadap
kaedah saintifik dan matematik. Beliau juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke
dalam falsafah dan masyarakat. Beliau mengatakan peningkatan ilmu bertujuan
12
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
mewujudkan tabiat rohani yangboleh menguji idea melalui pemerhatian, pengujian
dan persoalan.
Williams James pula merupakan seorang ahli psikologi dan teologi. Beliau berminat
dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan. Beliau mengatakan bahawa
perasaan dan logik sangat penting sebagai asas kepada rasional sesuatu. Hal ini
boleh membawa isu-isu besar terhadap kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan
agama. Jika sesuatu perkara berlaku seperti mana yang difikirkan, maka ia adalah
benar.
Di sebaliknya pula, John Dewey merupakan seorang ahli sains, ahli teknologi, ahli
falsafah dan juga pendidik. Beliau mengatakan bahawa pengalaman, kepintaran dan
masyarakat ialah alat untuk perkembangan minda. Dengan kepintaran dan
pengalaman, manusia bolah menyelesaikan masalah. Tambahan pula, semua ahli
anggota masyarakat berkemampuan menyelesaikan masalah, justeru demokrasi
dicetuskan. Beliau juga berpendapat bahawa idea-idea tradisional hendaklah
dimasukkan atau dikaji semula. Proses pertanyaan ialah satu transaksi dua hala
yang melibatkan manusia dalam keadaan realiti. Manusia melakukan sesuatu
terhadap alam sekeliling. Manusia bertindak balas ke atas alam sekeliling dan
begitulah sebaliknya.
2.6.Latar Belakang Falsafah ProgresivismeFalsafah progresivisme dikatakan wujud pada abad ke-20, tetapi sebenarnya idea
berkaitannya sudah bermula pada akhir abad ke-19. Falsafah ini berkembang
daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh
John Dewey. Pada tahun 191 5, buku pertama yang telah diterbitkan berjudul School
of Tomorrow seterusnya pertubuhan pendidikan progresivisme dibentuk empat
tahun kemudian.
Pada mulanya, falsafah ini merupakan sebahagian daripada pergerakan sosiopolitik
yang besar di Amerika di mana ia mendukung cita-cita untuk pembaharuan umum
dan dipengaruhi oleh kehidupan di Amerika Syarikat pada abad ke-19 atau akhir
abad ke-20. Ahli-ahli politik progresivisme seperti Robert La Follette dan Woodrow
Wilson mahukan sistem demokrasi dilaksanakan bagi menggantikan dasar
13
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
monopoli. Mereka memberikan tumpuan memperbaik kehidupan manusia dalam
masyarakat.
Progresivisme bertujuan memberikan kemahiran dan alat yang diperlukan kepada
individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara tetap
(constant). Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana individu
boleh menggunakannya untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan
masalah dalam mata pelajaran yang dipelajari seperti mata pelajaran Matematik
Moden, Matematik Tambahan dan Iain-Iain lagi.
2.7.Latar Belakang Falsafah RekonstruksionismeKemunculan falsafah rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John
Dewey apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya
Reconstruction in Philosophy. Pada tahun 1930-an, pergerakan pendidikan progresif
berada di kemuncak dalam masyarakat Amerika. Pendidikan progresif yang
signit'ikan serta mempunyai kemajuan dan pembentukan semula dalam pendidikan
dan masyarakat telah berlaku. Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa
sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen
perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).
Secara amnya, rekonstruksionisme memberikan penekanan terhadap melahirkan
masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis dalam membangunkan masyarakat
tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat
menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Di samping itu juga, guru
berperanan mendidik masyarakat yang kreatif dalam menyelesaikan masalah-
masalah pada masa hadapan. Penekanan terhadap peranan sekolah juga
dinyatakan dalam falsafah rekonstruksionisme.
2.8.Latar Belakang Falsafah EksistensialismeEksistensialisme ialah salah satu falsafah baharu yang muncul di Eropah selepas
Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, iaitu Soren Kierkegaard
telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai
kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan kehidupannya. Falsafah ini tidak
begitu popular pada awalnya tetapi mula mendapat perhatian umum selepas Perang
14
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Dunia Kedua. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), falsafah ini bersifat
individualistik dan terlalu bergantung ke atas faktor-faktor yang subjektif seperti
intuisi, renungan ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.
Secara amnya, eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis
yang memberikan tumpuan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan cara
seseorang individu itu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Seseorang
individu juga harus bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan bebas untuk
menentukan arah kehidupannya. Dalam pendidikan, guru harus menghormati pelajar
dan pelajarpula mesti menghormati kebebasan guru. Kedua-dua situasi ini
drperlukan untuk membentuk pendidikan yang diinginkan.
2.9.Pengenalan Mazhab Falsafah Timur dan IslamFalsafah Timur termasuk beberapa falsafah dari Asia, iaitu Falsafah India, Falsafah
China, Falsafah Iran, Falsafah Jepun dan Falsafah Korea. Falsafah Islam juga
termasuk dalam Falsafah Timur.
2.9.1.Latar Belakang Falsafah IslamFalsafah Islam ialah suatu cabang pengajian Islam yang juga merupakan suatu
percubaan yang berterusan untuk mencipta keharmonian antara falsafah (alasan)
dengan ajaran Islam (kepercayaan). Sebelum melihat kepada Falsafah Pendidikan
Islam, adalah lebih bermakna sekiranya diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam
itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah.
Falsafah Pendidikan Islam pula bermaksud menye-diakan manusia dengan ilmu
pengetahuan yang cukup agar seseorang itu kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah. Perkara-perkara yang penting yang
difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
1 Pendidikan akidah
2 Pendidikan ibadah
3 Pendidikan akhlak
4 Pendidikan akal
5 Pendidikan jasmani
6 Pendidikan rohani
15
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
7 Pendidikan keterampilan
8 Pendidikan keibubapaan
9 Pendidikan kemasyarakatan
10 Pendidikan kepimpinan
2.10.PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM2.10.1.Ibn Rushd (1128-1198 M)Ibn Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibn Ahmad lahir di
Cordova yang terletak di Tanah Andalusia atau Sepanyol pada tahun 1128 M. Di
Barat, beliau dikenali sebagai Averroes'.
Kebolehan TokohIbn Rushd ialah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah
Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga
dalam kalangan masyarakat di Eropah. Beliau berketurunan ilmuwan dan ternama.
Bapa dan datuknya merupakan seorang kadi di Cordova. Oleh itu, beliau telah
dihantar untuk berguru dengan Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
Ibn Rushd mempelajari ilmu fiqah dan perubatan daripada rakannya yang juga
merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol. Ibn Rushd pernah bertugas
sebagai doktor istana di Andalusia.
SumbanganIbn Rushd terkenal sebagai penterjemah hasil kerja Aristotle yang semakin dilupai
oleh orang-orang Barat. Penterjemahan oleh Ibn Rushd pada awal abad ke-12
daripada bahasa Latin telah menyebabkan pengetahuan yang ditinggalkan oleh
Aristotle mula diketahui ramai. Ibn Rushd juga telah menghasilkan bukunya yang
terkenal, iaitu Al-Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
bahasa Inggeris yang berjudul Faclititation of Treatment. Karya besar yang pernah
dihasilkan oleh Ibn Rushd ialah Kulliyah fit-Thibb yang mengandungi 1 6 jilid
berkaitan dengan ilmu perubatan secara umum. Antara penulisan beliau yang lain
ialah Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza (membicarakan
perubatan dan tauhid), Taslul (mengenai ilmu kalam), Kasyful Adillah (mengungkap
persoalan falsafah dan agama), Tahafatul Tahafut (ulasannya terhadap buku Imam
16
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah) dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a
(menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama). Siri karya tulisan tersebut
menunjukkan betapa penguasaan Ibn Rushd dalam pelbagai bidang dan cabang
ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau ke
dalam bahasa lain banyak dilaksanakan.
Buku Kulliyah fit-Thibb ialah karya terbesar Ibn Rushd. Karya ini telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orangYahudi dari Padua.
Kemudian buku itu juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul
General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya,
terutamanya dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua
orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar
terpengaruh oleh falsafah Ibn Rushd, tetapi memperoleh ilham daripada pembacaan
karyanya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di
Perancis sehingga mengubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang
ada pada hari ini.
2.10.2.Imam al-Ghazali (1058-1111 M)Imam al-Ghazali dilahirkan di Kota Tus yang terletak di negeri Turasan. Beliau
dilahirkan pada 1058 M. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamad bin
Muhamad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafi'e. Namun nama asalnya ialah
Muhamad sahaja. Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam kerana kehebatannya
mempertahankan Islam. Bagi kalangan ilmuwan Barat, Imam al-Ghazali lebih
dikenali dengan nama Latin, iaitu Algazel'. Antara nama gelaran lain yang diberikan
kepada beliau ialah 'Siraj al-Mujtahidin' dan Zainal Abidin.
Kebolehan TokohImam al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yangamat terkenal
bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan bukan Islam.
Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fiqah,
ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan Iain-Iain.
17
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Di Al-Madrasah an-Nizamiyyah yang terletak di kota Nisyabur, ketajaman fikiran
Imam al-Ghazali yang luar biasa itu sudah terserlah. Misalnya di pusat pengajian
tinggi ini, beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan bahasa seperti ilmu fiqah, usul,
mantik, falsafah, kalam dan ilmu perdebatan. Semua ilmu ini telah dikuasainya
dengan mudah. Di sini juga, Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab-kitabnya.
Beliau merupakan seorang alim yang gemar mempelajari pelbagai jenis ilmu. Hal ini
telah diceritakan oleh beliau sendiri di dalam kitabnya yang berjudul al-Munqidh Min
ad-Dalal.
SumbanganKitab-kitab yang telah ditulis oleh Imam al-Ghazali dianggarkan meMohi. 400 buah
dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains dart iJmu sufi. Antara
penulisan beliau yang masih kekal hingga kini ada lefoih kurang 50 buah sahaja
termasuklah Tahafut al-Fa. Kebanyakan darip^da kitab-kitab ini telah ditulis dalam
bahasa Arab, dan ada juga yang telah ditulis di dalam bahasa Parsi. Antara kitab
lain yang ditulis oleh ImarrH al-Ghazali dan terkenal di Malaysia ialah:
1 Ar-Risalah al-Ladunniyyah
2 Al-Munqidh Min ad-Dalal
3 Bidayah al-Hidayah
4 Minhaj al-'Abidin
5 Mizan-al-'Amal
6 Kimiya'as-Sa'adah
7 Misykah al-Anwar
8 Ihya' Ulumiddin
2.10.3. Ibn Khaldun (1332-1406 M)Ibn Khaldun atau nama penuh beliau ialah Wali al-Din Abd al-Rahman ibn
Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun. Beliau dilahirkan di
Tunis tahun 1332 M dan meninggal dunia di Kaherah, tahun 1406 M.
18
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kebolehan TokohIbn Khaldun berasal dari keluarga berada.Oleh itu, beliau mendapat pendidikan
terbaik. Beliau merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung. Di samping
itu, Ibn Khaldun dikenali sebagai 'Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial
Moden'. Ibn Khaldun merupakan orang terawal mengembangkan falsafah yang tidak
berasaskan keagamaan. Falsafah ini terkandung dalam karya Muqaddimah
(Pengenalan). Beliau juga orang pertama menulis berkenaan sejarah Muslim di
Afrika Utara.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan penting di bawah pemerintah Tunisia dan
Morocco. Pada tahun 1363, beliau bertindak sebagai duta Raja Moordi Granada. Ibn
Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, di mana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Universiti Al-Azhar dan universiti lain. Ibn
Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo.
Selain itu, Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen memerangi
Tamerlane, pemerintah Mongol dan bertanggungjawab mengatur penyerahan
bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula
dengan penulisan yang mengetengahkan sejarah orang-orang Arab dan Barber,
tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemaharman sejarah, politik dan
ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang dikurniakan Allah
SWT boleh dibuktikan secara empirikal.
SumbanganPandangan Ibn Khaldun terhadap falsafah ada persamaan dengan Imam al-Ghazali
di mana beliau juga memfokuskan ilmu mistik dan teologi. Ibn Khaldun terkenal
kerana hasil kerjanya dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat). Beliau telah
menulis mengenai sejarah dunia di mana naskhah pertamanya mengandungi
analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskhah tersebut dikenali sebagai al-
Muqaddimah (Pengenalan). Penulisan ini ialah karya agung dalam kesusasteraan
mengenai falsafah sejarah dan sosiologi. Tema utama dalam karya besar ini adalah
untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang
menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa
dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan
menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu'b al-'asabiyyah) dapat menghasilkan
19
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
kemajuan tamadun dan kuasa politik baharu. Antara hasil karya Ibn Khaldun dalam
bidang sejarah ialah Universal History dan Sejarah Maghrib manakala dalam bidang
agama ialah Lubab al-Mahsul (.Summary of the Result) dan Shi fa' as-Sail (Healing
of the Inquirer).
2.11. Falsafah Pendidikan TimurBudaya dan latar belakang masyarakat bergantung kepada tempat berkembangnya
sesebuah tamadun. Setiap negara mempunyai cara mereka sendiri untuk
mengembangkan seseorang individu dari segi kemahiran dan sikap yang perlu
dimiliki oleh mereka.
Konsep dan PrinsipAhli Falsafah Timur menyatakan bahawa pendidikan merupakan suatu elemen yang
amat penting bagi seseorang individu baik di dunia mahupun di akhirat. Hal ini
kerana, pendidikan membolehkan seseorang individu mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang di samping
memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Oleh itu, guru seharusnya memainkan
peranan penting sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai serta mengajarkan
cara-cara hidup yang baik dan betul.
Prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur adalah seperti berikut:
1 Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Perubahan
ini akan berlaku akibat daripada konteks dengan guru masing-masing sama ada
guru itu seorang Nabi, Sifu atau Tok Guru.
2 Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian
kebahagiaan.
3 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi di mana refleksi kendiri
atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.
4 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana.
Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah tersebut. Apabila kita sudah
menjadi bijak, secara automatik, kita akan berbuat baik dan mengelakkan dari
melakukan kejahatan.
20
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2.11.1. Pandangan Ahli Falsafah TimurFalsafah Timur mempunyai akar umbinya dalam Islam, Konfusionisme, Taoisme dan
Budhisme (Mahayana).
2.11.2.Confucius (551-479 S.M)Confucius atau nama sebenar beliau ialah Kong Fu Tze. Beliau lahir di wilayah
Shantung pada tahun 551 S.M. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
Kebolehan TokohConfucius ialah seorang ahli falsafah Cina yang terkenal pada Dinasti Chou. Sejak
kecil lagi beliau minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang
Cina. Beliau juga sangat mahir tentang 'Li' (susunan tingkah laku yang baik). Walaupun
keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki
perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang beradadibawah
pentadbirannya berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan
Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab sangat puas hati dengan kerja-kerja Confucius,
pemerintah Lu itu telah menaikkan pangkat beliau dengan cepat. Namun begitu, pemerintah
Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius.
Confucius kemudiannya menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan
menjadi guru. Beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk
tempoh 10 tahun sebelum kembali ke negeri Lu pada tahun 484 S.M. Pada masa itu,
Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari
seorang pemerintah akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke negeri
Lu pada tahun 484 S.M. Beliau telah mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan
falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M semasa berusia 72 tahun.
Falsafah Pendidikan ConfusiusMengikut Confusius, pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status
sosioekonomi atau kedudukan sosial. Matlamat pendidikan adalah menghasilkan
individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi. Aspek kurikulum berfokus
kepada mata pelajaran seperti berikut:
21
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1 Pendidikan Moral—penekanan diberikan kepada nilai seperti hormat kepada ibu
bapa (x/'ao), hormat kepada orang yang lebih tua (£/'), ketekunan (min), kesetiaan
(zhong), jimat cermat (y'/'an), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan keberanian
(yong).
2 Buku-buku Confusius merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan
kebudayaan ialah:
• Muzik
• Puisi
• Kesusasteraan
• Sejarah
• Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik
Kesimpulannya, falsafah Confucius beranggapan guru sebagai fasilitator dan
penyampai ilmu yang mahir. Oleh sebab itu, guru perlu menunjukkan komitmen
terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, guru juga perlu
mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi
dan kebolehan.
2.11.3. R. Tagore (1861-1941)R. Tagore atau nama penuhnya Rabindranath Tagore dilahirkan dalam sebuah
keluarga Brahmana Bengali (Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali) yang
terletak di daerah sub benua India antara India dengan Bangladesh. Beliau dikenali
juga dengan nama Curudev.
Kebolehan TokohR. Tagore ialah seorang Brahmo Samaj,
penyair, penulis drama, ahli falsafah,
seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali. Tagore merupakan orang
Asia pertama yang mendapat hadiah Nobel dalam bidang sastera (1913). Karya-
karya tersohor Tagore termasuk Gitanjali (Song Offerings), Cora (Fair-Faced) dan
Chare-Baire (The Home and the World). Selain itu, karya puisi, cerita pendek dan
novel yang dihasilkan beliau amat terkenal dan dikagumi seluruh dunia. Beliau juga
seorang pembaharu kebudayaan dan polymath yang memodenkan seni budaya di
Benggala. Dua buah lagu daripada aliran Rabindrasangeet (sebuah aliran lagu yang
22
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
dicipta beliau) kini menjadi lagu kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan
India (Jana Maha Cana).
Pada tahun 1901, Tagore mendirikan sebuah sekolah di Santiniketan yang
kemudiannya telah menjadi sebuah universiti pada tahun 1921. Walaupun
kebanyakan hasil karya Tagore ditulis dalam bahasa Bengali tetapi ada juga di
antara karya tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Antaranya
termasuklah buku-buku dan esei mengenai falsafah, agama, pendidikan dan
sebagainya.
Falsafah Pendidikan R. TagoreHuraian falsafah pendidikan Rabindranath Tagore merangkumi beberapa aspek
berikut:
1 Konsep pendidikan
Merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup
masing-masing kelak.
2 Matlamat pendidikan
Menghasilkan individu yarjg menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan
persekitaran.
3 Kurikulum
Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata pelajaran yang
disyorkan termasuklah muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah dan
pendidikan alam sekitar.
4 Peranan guru
Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan
penjana idea dan bernas dalam kalangan murid.
Kesimpulannya, falsafahTagore beranggapan seseorangyang berpelajaran dalam
erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, i berani dan bebas,
tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan
untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap
internasionalisme yang positif. n Falsafah pendidikan Tagore adalah dipengaruhi
oleh falsafah pendidikan pragmatisme dan progresivisme.
23
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2.12. Kepentingan Falsafah Kepada Gurui. Menjadi panduan yang sangat penting dalam pelaksanaan sst sistem
pendidikan.
ii. Sebagai langkah permulaan dalam proses pendidikan.
iii. Merupakan ideologi atau tanggapan sesebuah masyarakat terhadap sistem
pendidikan yang dilaksanakan serta matlamatnya.
iv. Sebagai asas pergantungan kepada unsur-unsur dalam pendidian spt
matlamat, isi kandungan pendidikan, pendekatan, strategi dan kaedah
pengajaran .
v. Sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran
dan falsafah sesebuah negara.
2.13. Implikasi Falsafah Islam dan Timur terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Implikasi Falsafah Islam terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Antara falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di
Malaysia ialah Falsafah Pendidikan Timur dan Islam.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal oleh ideologi-ideologi negara
beraspirasikan Falsafah Pendidikan Islam. FPN yang berteraskan konsep
kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini
berbunyi:
: "Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."
24
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2.14. Implikasi Falsafah Timur Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Timur bertujuan mencapai kebijaksanaan, mengekalkan
struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial
dan ekonomi. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral, politik, ekonomi,
kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah terdapat dalam pendidikan di
Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di
China. Pendidikan di China menyatakan bahawa, guru merupakan fasilitator dan
penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan FPG untuk menghasilkan
guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan
di India juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi
menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan
bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar
berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai
rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.
2.13. RumusanFalsafah merupakan unsur yang paling utama dan tertinggi dalam bidang pendidikan
kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung kepada falsafah
yang digariskan melalui pendidikan tidak kira dalam Falsafah Pendidikan Barat,
Islam mahupun Timur. Walaupun terdapat pelbagai implikasi Falsafah Pendidikan
Timur dan Islam terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun
negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan
merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara bagi bersaing dengan dunia globalisasi.
AKTIVITI 2
Layari Internet
Kenalpasi Falsafah Pendidikan yang digunakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia.
25
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perbincangan
Apakah falsafah pendidikan di negara Malaysia?Bincangkan mengapa perlu
Falsafah Pendidikan bagi sistem pendidikan di sesebuah negara.
26
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TAJUK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3.1 SINOPSISTajuk ini akan memperkenalkan sistem pendidikan di Malaysia dari zaman
sebelum kemerdekaan di Malaysia sehingga masa kini kepada pembaca.
Pengenalan ini merangkumi sekolah agama tradisional dan perkembangan sistem
sekolah vernakular sehingga sekarang. Laporan-laporan yang dihasilkan akan turut
dibincangkan supaya sistem pendidikan pada masa kini dapat difahami dengan lebih
mendalam.
3.1 HASIL PEMBELAJARANSetelah mempelajari tajuk ini, pelajar dapat:
• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia sebelum merdeka,
selepas merdeka dan masa kini.
• Membanding beza sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka daripada
pelbagai aspek.
3.2. KERANGKAPERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN Dl MALAYSIA
Sebelum Merdeka• Sistem Pondok
• Sistem Vernakular
• Laporan Cheeseman
• Laporan Barnes
• Laporan Fenn-Wu
• Ordinan Pelajaran 1952
Selepas Merdeka• Laporan/Penyata Razak
• Laporan Rahman Talib
• Akta Pendidikan 1961
• Laporan Aminuddin Baki
1964
• Laporan Jawatankuasa
Kabinet
Semasa• Akta Pendidikan 1996
• Program Pendidikan
Semasa
- Sekolah Bestari
- KIA 2M
- Program Permata Pintar
3.3. Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka
3.3.1. Sistem Pendidikan Pondok
27
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pendidikan (bukan formal) dipercayai berkembang dengan penyebaran agama Islam
di rantau ini pada abad ke-14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam telah
memulakan pendidikan bukan formal ini dengan memperkenalkan sekolah-sekolah
pondok di beberapa buah negeri, iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Kelantan
dan Brunei.Pengajian agama Islam yang diadakan di surau-surau dan madrasah
biasanya berlangsung pada waktu malam. Pengajaran diadakan pada waktu ini
kerana guru-guru bekerja pada siang hari. Para guru terdiri daripada imam dan haji.
Pelajar pula terdiri daripada golongan dewasa, lelaki dan perempuan. Pengajaran
dan pembelajaran yang diajarkan termasuk bacaan al-Quran dan tajwid, tafsir al-
Quran dan hadis, serta pengajian fiqah dan tauhid.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok dijalankan dengan kaedah yang
lebih sistematik berbanding dengan pengajian di surau atau madrasah. Waktu
pembelajaran berlaku selepas waktu subuh, petang dan malam. Pada sebelah pagi,
para pelajar menjalankan kegiatan bertani, menangkap ikan, mencari kayu api dan
mengangkut air. Tujuannya adalah untuk membantu para guru menyara hidup
mereka. Yuran pengajian tidak ditetapkan jumlahnya oleh pihak pentadbir. Namun
bagi pelajar yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan, mereka
digalakkan untuk membantu dengan menderma bagi memajukan infrastruktur
sekolah. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka akan membawa buah
tangan seperti beras, pakaian dan keperluan lain dari rumah untuk guru mereka.
Kaedah pembelajaran yang utama pada masa itu adalah secara hafalan. Bagi
pengajaran al-Quran, pelajar akan mengeja dan membaca berulang-ulang sehingga
mereka dapat menghafal surah-surah dalam al-Quran dengan lancar. Dalam
pengajaran fiqah pula, pelajar mengingati hukum-hukum yang berkaitan dengan
syariat Islam. Seseorang pelajar dianggap telah menamatkan pengajian apabila
sudah empat atau lima kali khatam.
Bermula pada abad ke-18, ramai tokoh ulama Islam terdapat di Terengganu,
Kelantan dan Kedah. Tokoh-tokoh yang terdapat di Terengganu ialah Sheikh Abdul
Malik bin Abdullah (dikenali sebagai Tok Rulau Manis), Sheikh Daud bin Abdullah al-
Fatani (dikenali juga Tok Sheikh Duyung), Sheikh Abdul Kadir dan Sayid Muhamad
bin Zainal Abidin. Tokoh-tokoh di Kelantan pula terdiri daripada Tok Selehor, Tok
28
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Padang Jelapang, Tok Kemuning, Tok Bacok dan Tok Kenali. Tokoh-tokoh dari
Kedah pula ialah Haji Muhammad Taib Mufti, Haji Muhammad Noor, Haji
Muhammad Aji, Haji Muhammad Salleh Penaga, Haji Sahar, Sheikh Waksa dan Haji
Muhammad Tamin.
Setelah masa berlalu, sekolah-sekolah pondok ini juga telah ditubuhkan di semua
negeri di Tanah Melayu termasuk Singapura. Organisasi dan reka bentuk sekolah
pondok adalah berlainan untuk setiap negeri, manakala sistem dan organisasi
pendidikan yang terbentuk adalah tidak formal.
3.3.2. Sistem Pendidikan Vernakular
Dasar laissez-faire dalam pendidikan telah menyebabkan terdapatnya lima jenis
persekolahan pada zaman pemerintahan Inggeris. Sekolah-sekolah tersebut ialah
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil,
sekolah Inggeris dan sekolah agama/ madrasah. Keadaan ini telah menimbulkan
situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sehingga sekarang. Pada masa itu,
kerumitannya dirasai dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi
nasional. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu telah berlaku sebelum kedatangan
Inggeris pada abad ke-19. Pada mulanya, penghijrahan tersebut berlaku secara
kecil-kecilan sahaja. Namun mulai pertengahan abad ke-19, mereka telah berhijrah
secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah. Penjajah Inggeris telah
menggalakkan penghijrahan ini supaya pengeluaran bijih timah berlaku secara
besar-besaran untuk menampung industri-industri yang berkembang pesat di Empah
pacta W&sa "tu. Selain itu, penjajah Inggeris ini telah pun membenarkan orang IndP
berhijrah dari India untuk bekerja di ladang-ladang kopi, gambir dan gefah. Mereka
juga menjadi peniaga dan buruh dalam bidang pengangkutan-.
Penjajah telah datang ke rantau ini atas tujuan perdagangan. Ketibaan pihak
Inggeris telah menghasilkan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah
Melayu kerana mereka ingin memonopoli perniagaan bijih timah, emas, rempah,
penerokaan kawasan ladang kopi dan getah serta laluan perdagangan Timur-Barat.
Walau bagaimanapun, pihak Inggeris tidak mahu membazir wang untuk
29
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
memperkembangkan institusi pendidikan. Sekolah-sekolah hanya dibina untuk anak-
anak bangsawan Melayu sahaja. Oleh sebab itu, sekolah-sekolah persendirian
Inggeris didirikan oleh pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah Cina pula didirikan
oleh masyarakat Cina sendiri. Masyarakat India yang tinggal di ladang kurang
berminat mendirikan sekolah. Dengan penubuhan sekolah-sekolah ini juga, pihak
Inggeris telah menentukan kaum Cina, India dan Melayu tidak bergaul.
Guru-guru untuk setiap jenis sekolah dibawa dari negara masing-masing.
Misalnya, guru sekolah Cina mengambil tenaga pengajar dari China manakala guru
sekolah Tamil pula adalah dari India. Begitu juga dengan sekolah Inggeris yang
menggunakan tenaga pengajar dari England. Untuk mengatasi masalah
kekurangan guru ini, pihak Inggeris telah menubuhkan dua buah maktab perguruan,
iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Maktab Perguruan
Perempuan Melayu di Melaka. Dengan ini, masalah kanak-kanak perempuan tidak
ke sekolah dapat diselesaikan kerana guru-guru terdiri daripada kaum wanita.
Masyarakat Cina telah menubuhkan dan memajukan sekolah-sekolah vernakular
Cina bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka di tempat
asing. Usaha ini tidak dihalang oleh pihak Inggeris. Kurikulum sekolah vernakular
Cina ini berorientasikan pemikiran orang Cina kerana buku teks dan guru-guru
dibawa terus dari Tanah Besar China. Pelajar-pelajar di sekolah Cina diajar bahan-
bahan klasik, mengira dengan menggunakan sempoa dan menulis tulisan Cina.
Kaedah pembelajaran adalah secara hafalan.
Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah vernakular Tamil sangat rendah. Hal ini
disebabkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dari segi infrastruktur, buku
teks dan tenaga pengajar. Tambahan pula, kesedaran masyarakat India terhadap
pendidikan adalah rendah selain kesan tarikan sekolah-sekolah Inggeris di bandar-
bandar yang lebih kuat. Selain itu, kerajaan Inggeris tidak mempedulikan soal
mempertingkatkan bantuan dan mutu sekolah-sekolah Tamil. Menjelang tahun 1930,
terdapat empat jenis sekolah vernakularTamil, iaitu sekolah kerajaan, sekolah estet,
sekolah persendirian oleh masyarakat India dan sekolah persendirian oleh
pendakwah Kristian.
30
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3.3.3. Laporan Cheeseman
Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris sekali lagi setelah tamat Perang Dunia Kedua.
Pada masa ini, pandangan penduduk Tanah Melayu mula berubah. Orang Cina dan
India menunjukkan mereka ingin bermastautin di Tanah Melayu. Orang Melayu pula
sedar bahawa pendidikan penting untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan
sosial. Ekoran daripada peristiwa ini, kaum Melayu meminta kerajaan Inggeris
memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Justeru, Laporan
Cheeseman telah dihasilkan sebagai langkah oleh pihak Inggeris untuk membina
semula sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Antara
cadangan dalam laporan tersebut adalah seperti yang berikut:
1 Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah
vernakular pada peringkat rendah.
2 Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
3 Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
4 Pendidikan vokasional seperti mana yang termaktub dalam Laporan Pelajaran
1938 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Jelas di sini bahawa tujuan laporan ini adalah untuk membina semula dan
mengembangkan setiap sistem pendidikan dan tidak menyentuh tentang perpaduan
kaum. Dapat dilihat di sini bahawa syor-syor dalam Laporan Cheeseman tidak
dilaksanakan semata-mata kerana kerajaan terpaksa membina semula sekolah-
sekolah yang telah musnah semasa peperangan berlaku.
3.3.4. Laporan BarnesPada tahun 1950, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L..J. Barnes telah
ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan untuk kaum
Melayu. Laporan Jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu atau Laporan Barnes
(1951) mengesyorkan seluruh sistem pendidikan dirombak semula serta
mencadangkan:
1 Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa berasaskan pelbagai
kaum.
31
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2 Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah
kebangsaan.
3 Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah. Salah satu
bahasa ini akan digunakan secara meluas sebagai bahasa kedua.
4 Kanak-kanak berumur 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah
kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5 Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan
pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
6 Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7 Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni '
Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.
8 Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh
Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan.
9 Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
10 Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
Walau bagaimanapun, Laporan Barnes dan syor-syor yang disebutkan di atas
telah mendapat tentangan hebat, terutama daripada kaum Cina. Mereka
berpendapat laporan ini merupakan usaha untuk menghapuskan bahasa dan
kebudayaan mereka.
3.3.5. Laporan Fenn-WuEkoran tentangan Laporan Barnes, Sir Henry Gurney melantik sebuah jawatankuasa
baharu pada 1951. Jawatankuasa ini diketuai oleh dua orang penasihat daripada
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mereka ialah Dr. W.O. Fenn dan Dr. Wu
Teh Yau. Laporan Fenn-Wu mendapati bahawa:
1 Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa, namun orang Cina perlu diberi peluang untuk membentuk
kebudayaan negara.
2 Galakan diberikan kepada orang Cina untuk menguasai bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
32
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3 Orang Cina digalakkan oleh kerajaan Inggeris untuk menguasai ketiga-tiga
bahasa.
4 Pengajaran bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu hendaklah
diperbaiki.
5 Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
6 Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah.
7 Buku teks sekolah Cina, terutama dari negara China dan Hong Kong perlu
disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8 Dasar Pendidikan Negara hendaklah ke arah matlamat membentuk
kewarganegaraan Melayu.
9 Sekolah-sekolah mesti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek
kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Melayu.
3.3.6. Ordinan Pelajaran 1952Pihak Inggeris meneliti laporan-laporan di atas dan mendapati bahawa cadangan-
cadangan yang dikemukakan tidak sama. Oleh itu, kerajaan Inggeris menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut.
jawatankuasa ini mengemukakan cadangan seperti di bawah:
1 Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
2 Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
3 Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala bahasa
Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.
Laporan ini telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah
diluluskan pada September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1952. Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan di Persekutuan Tanah Melayu. Sekolah vernakular Cina dan Tamil
tidak diterima sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga.
Namun cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan
kerana masalah kewangan. Oleh itu, sebuah lagi jawatankuasa khas ditubuhkan
untuk mengkaji kaedah cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan. Antara
33
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
cadangan tersebut adalah penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan tiga
bahasa di sekolah Cina dan sekolah Tamil, mengehadkan kemasukan pelajar ke
sekolah Inggeris dan memulakan pendidikan menengah vokasional. Namun begitu,
atas faktor kekurangan wang, maka cadangan-cadangan ini tidak dapat dijalankan.
3.4. Sistem Pendidikan Selepas MerdekaPenulisan berikut ialah pelaporan tentang perkara yang berlaku selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan. Banyak tinjauan berbentuk kajian dijalankan untuk
memperoleh pendapat para pendidik dan penduduk di Malaysia. Semua ini
dijalankan supaya suatu sistem pendidikan dapat diwujudkan untuk membentuk
warga Malaysia yang makmur dan bersatu padu.
3.4.1. Laporan/Penyata RazakLaporan ini memberikan penekanan kepada dua perkara, iaitu perpaduan kaum dan
penghasilan tenaga kerja. Tujuan utama laporan ini diadakan adalah untuk:
1 Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2 Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem
pendidikan.
3 Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.
4 Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.
5 Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
6 Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7 Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan
progresif.
Maka dengan adanya laporan ini, syor-syor yang berikut disediakan:
1 Dasar pelajaran ialah tanggungjawab Menteri Pelajaran yang juga
bertanggungjawab atas pelajaran menengah dan latihan guru.
2 Pihak Berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjawab ke atas pelajaran sekolah
rendah dan pelajaran pertukangan.
3 Guru-guru akan menerima latihan yang serupa.
4 Penubuhan Jemaah Nazir-nazir Sekolah.
5 Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah di semua sekolah.
6 Penubuhan skim perkhidmatan yang sama bagi semua guru.
34
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
7 Dua jenis sekolah, iaitu sekolah rendah dan menengah persendirian, serta sekolah
rendah dan menengah yang menerima bantuan.
8 Sekolah rendah terdiri daripada sekolah umum (bahasa pengantar ialah bahasa
Melayu) dan sekolah jenis umum (bahasa pengantar ialah Mandarin, Tamil atau
Inggeris).
9 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di seHua sekolah. Jika
perlu, bahasa pengantar dalam bahasa lain b^'eh digunakan.
10 Hanya satu jenis sekolah menengah. Sekolah ini terbuka kepada s£mua bangsa
dan menggunakan satu sukatan pelajaran dafj kurikM'um-Semua bahasa boleh
dimasukkan yang mengambil kira kebudayaan Tanah Melayu.
11 Calon dari semua sekolah menengah mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.
12 Dirancang juga pelajaran menengah lanjutan dan sambilan.
13 Penyusunan semula pelajaran teknik.
14 Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
15 Semua sekolah diorientasikan supaya bersifat kemelayuan dan memperkenalkan
sukatan pelajaran serta jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.
16 Cadangan di atas telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan
disahkan oleh Ordinan Pelajaran Tahun 1957.
3.4.2. Laporan Rahman TalibSelepas pilihan raya 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik
Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor
yang diketengahkan dalam Laporan Razak. Syor-syor laporan ini adalah
seperti berikut:
1 Semua kanak-kanak sekolah rendah diberi pelajaran percuma yang bermula tahun
1962.
2 Semua sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah
jenis kebangsaan.
3 Penubuhan sekolah pelajaran lanjutan bermakna dinaikkan umur untuk berhenti
sekolah kepada 15 tahun. Hal ini membolehkan pelajar menyambung pelajaran
selama tiga tahun lagi yakni pelajaran perusahaan ditekankan.
4 Pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat diadakan peperiksaan
sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan juga peperiksaan tahunan.
35
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
5 Bantuan separuh dihentikan mulai 1 Januari 1962. Sekolah persendirian diberi
kebenaran untuk diteruskan tetapi beberapa syarat perlu dipatuhi.
6 Semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.
7 Guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah mereka
menjadi sekolah bantuan penuh.
8 Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan digantung.
9 Sistem Jemaah Pengurus atau Pengelola diteruskan. Kenaikan pangkat perlu
disahkan oleh menteri pelajaran.
10 Penubuhan Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Jemaah Penasihat
Pelajaran Negeri.
11 Sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik diadakan.
12 Penambahan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajaran vokasional
dan menekankan pelajaran perusahaan kampung menuju kepada Sijil Rendah
Pelajaran dan dibuka kepada lelaki dan perempuan.
13 Penambahan guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran vokasional
dan guru bahasa Melayu.
14 Pelajaran agama Islam disediakan di semua sekolah bantuan yang mempunyai
pelajar Islam tidak kurang daripada 15 orang.
15 Perbelanjaan pengajaran di sekolah rendah dibahagi antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri. Di sekolah menengah bantuan, perbelanjaan
tersebut ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
16 Mengatur langkah lanjutan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan
dalam sistem pelajaran di negara ini.
17 Membentuk Jemaah Nazir Tempatan.
18 Menitikberatkan pendidikan akhlak.
3.4.3. Akta Pendidikan 1961Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta
Pelajaran, 1961, iaitu "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan
dalam Ordinan Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya ..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
36
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ('tenaga rakyat' ialah istilah yang
digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan yang memberikan tumpuan atau penekanan kepada perkara-
perkara berikut:
1 Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
2 Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
3 Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.
Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara di
atas adalah untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang menyumbang
ke arah perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
3.4.4. Laporan Aminuddin Baki 1964Pada bulan September 1955, Encik Aminuddin Baki telah terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih
sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.
Berlandaskan Laporan Aminuddin Baki, sistem pendidikan aneka jurusan bagi
sekolah menengah rendah telah dimulakan pada 1965 untuk menggantikan sekolah
pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Dengan ini, semua pelajar yang tamat
pelajaran rendah selama enam tahun ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran
mereka ke tingkatan satu atau kelas peralihan untuk meneruskan pelajaran
menengah selama tiga tahun lagi. Pendidikan aneka jurusan ini disediakan kerana:
1 Pelajaran menengah rendah selama tiga tahun selepas pelajaran sekolah rendah
perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan untuk menaikkan umur berhenti
sekolah kepada 15 tahun.
2 Perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai setelah mereka tamat
pengajian.
37
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3 Menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan apabila pelaitammat pengajian
berdasarkan bakat dan kebolehan mereka.
4 Boleh mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat menLuarknkan pelbagai tenaga
manusia yang berkemahiran untuk rmenirluhi kehendak tenaga kerja negara.
3.4.5. Laporan Jawatankuasa KabinetJawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974. Perubahan yang
disyorkan oleh jawatankuasa Kabinet bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah
rendah adalah seperti yang berikut:
1 Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar
mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, manusia
dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu yang merangkumi aspek-aspek
pendidikan asas.
2 Kurikulum pada masa itu perlu disusun untuk membolehkan pelajar lemah
menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih maju.
3 Kajian semula untuk menentukan cara-cara penyediaan guru dan jenis
perkhidmatan.
4 Susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk memenuhi pendekatan pengajaran
dan pembelajaran masa kini.
5 Mengekalkan kenaikan darjah secara automatik.
6 Menyediakan pendidikan pemulihan bagi pelajar lemah. Jika pelajar terlalu lemah,
mereka dibenarkan mengulang tahun pengajian berkenaan. Penggunaan ujian
rujukan kriteria perlu diperluas.
7 Memperbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan peruntukan guru bagi
pendidikan pemulihan.
Perubahan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi mencapai matlamat
pendidikan sekolah menengah rendah adalah seperti yang berikut:
1 Kurikulum pada peringkat ini mesti berkembang dari kurikulum sekolah rendah
untuk mengukuhkan pendidikan asas.
2 Pelajar didedahkan kepada bidang teknik dan vokasional pada peringkat
menengah rendah secara meluas.
3 Jurusan perdagangan diberi perhatian khas.
4 Catatan pangkat pencapaian untuk tiap-tiap mata pelajaran yang lulus.
38
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
5 Memperkenalkan ujian rujukan kriteria dan pendidikan peralihan pada peringkat
menengah rendah.
6 Melanjutkan tempoh persekolahan umum dari 9 tahun kepada 11 tahun.
Keutamaan diberikan kepada usaha membaiki dan meningkatkan taraf pendidikan di
sekolah-sekolah di kawasan mundur.
39
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3.5. Pendidikan Semasa
3.5.1. Akta Pendidikan 1996Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550adalah bertujuan
memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 telah
mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh FPK
dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang
memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum
kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta
ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya serta dapat memenuhi keperluan
negara dan memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi
dan politik.
Akta Pendidikan 1996 bukan sahaja dapat memantapkan sistem pendidikan
kebangsaan tetapi memperluas skop pendidikan di negara kita. Akta ini meliputi
semua kategori sekolah kecuali sekolah antarabangsa dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Semua sekolah kebangsaan harus menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar, satu kurikulum dan peperiksaan awam yang sama.
Selain itu, akta ini juga menyediakan peluang untuk peningkatan pendidikan
prasekolah, pendidikan perguruan, pendidikan khas, pendidikan swasta dan
pendidikan teknikal. Pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua diteruskan
dan pengajaran bahasa asing turut digalakkan di samping memberi keutamaan
kepada pendidikan nilai-nilai murni.
3.6. RumusanSistem pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat . Sebelum merdeka,
system pendidikan dipengaruhi oleh sistem British . Selepas merdeka sehingga kini,
pihak kerajaan telah cuba megubahsuai sistem sedia ada supaya system sedia ada
dapat mencapai hasrat membentuk sebuah Negara yang boleh hidup dengan
harmonis.
40
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
AKTIVITI 3
Layari Internet
Kenalpasti Perkembangan Pendidikan di Malaysia semasa sebelum dan selepas merdeka.
Layari internet berkaitan Pendidikan Masa KiniPPPM 2013-2015
Perbincangan
Kenalpasti elemen penting dalam PPPM 2013-2015 berkaitan pendidikan Sekolah Menengah. Bincangkan.
41
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
RUJUKAN
Haliza Hamzah., & Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Noriati, A. Rashid, Lee, K.C., Zulkufli Mahayudin., & Zakiah Noordin. (2012). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Noriati, A. Rashid, Lee, K.C., Zulkufli Mahayudin., & Zakiah Noordin. (2014). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Edisi ke 2 (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff: Prentice Hall Ltd.
Suppiah Nachiappan (2014). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Perak: Perpustakaan Negara Malaysia.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
42
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
NAMA KELAYAKAN
EN MOHD SALLEH BIN MAHAT
PensyarahIPG Kampus Batu Lintang,Jalan Kolej,93200 Kuching.
Kelulusan:Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan) UM
Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian(Sejarah/Sains Politik) USM
Sijil Perguruan Asas MPRM Seremban (BM&SEJ)
Pengalaman:Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
PN LYDIA ZULAIFA SULLANG BINTI ABDULLAH
PensyarahIPG Kampus Batu Lintang,Jalan Kolej,93200 Kuching.
Kelulusan:Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) UUM
Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian UNIMAS
Diploma Pendidikan IPGKBL(B&K dan Kemahiran Hidup)
Pengalaman:Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
43